shamsiah fakeh

19
SHAMSIAH FAKEH PEJUANG,PEMIMP IN,PEREMPUAN

Upload: appy-hamid

Post on 24-Sep-2015

48 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

shamsiah fakeh

TRANSCRIPT

SHAMSIAH FAKEH

SHAMSIAH FAKEHPEJUANG,PEMIMPIN,PEREMPUAN1

"kami sebenarnya bukan pengganas, kami berjuang untuk membebaskan Negara untuk memerdekakan Negara. Pengganas yang sebenarnya adalah British kerana mereka menentang usaha ini dan bertindak membakar rumah rakyat dan tenteranya telah memperkosa ramai wanita Melayu di kampung-kampung."

SHAMSIAH FAKEH

RATU RIMBA MALAYANAMA: Shamsiah Binti Fakeh SultanTARIKH LAHIR: 20 oktober 1924TEMPAT LAHIR: Kg Gemuruh, Kuala PilahPENDIDIKAN: (i) Sekolah Tinggi Islam Pelangai N.9 (ii) Madrasah Tuddimiah, Sumatera BrtSUAMI: Yasin Kina, J.M Rusdi, Ahmad Boestamam, Wahi Anuar & Ibrahim Mohamad

Dari AWAS ke Rejimen 10Ketua AWAS (Sayap Kiri PKMM)Tujuan penubuhan AWAS tidak lain hanya untuk menuntut kemerdekaan Tanah MelayuBerganding dengan Ahmad Boestamam- membakar semangat sebilangan orang Melayu untuk mengangkat senjataPada 1948, AWAS telah diharamkan oleh British

Menyertai Rejimen 10 sayap Melayu PKMTekanan daripada penjajah memaksa Shamsiah untuk mengikut jejak sahabatnya untuk lari ke hutan di Lubok Kawah, Temerloh

Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Aku pun masuk hutan dan bermulalah era aku berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanahair dan Kemerdekaan serta kesetiaan kepada perjuangan telah mebuat aku teguh dan sanggup masuk hutan. Yang penting ialah mencapai Kemerdekaan. Pada fikiranku setelah Merdeka maka segala-galanya akan dapat diselesaikan.

Bertugas di China1956- Shamsiah dan Ibrahim telah dihantar ke China oleh PKM untuk belajarShamsiah meneruskan kehidupan di China dengan bekerja di kilang besi1965- Bertugas di Indonesia dan menubuhkan Pejabat Perwakilan Liga Pembebasan Nasionala Malaya di IndonesiaDipenjara sehingga 1967 dan kembali ke China

Membunuh Anak SendiriBeliau dikatakan pernah membunuh anak kecilnya di dalam hutan kerana melambatkan pergerakannya di dalam hutan. Tetapi itu semua dinafikan dan menjadi propaganda tentera British untuk melemahkan perjuangan PKM. Shamsiah menyatakan bayi baru lahir itu dibunuh oleh anggota PKM sendiri tanpa pengetahuan Shamsiah kerana bimbangkan kehadirannya akan menyusahkan pergerakan mereka.Bekas Pengerusi PKM Musa Ahmad semasa wawancara di RTM pada tahun 1981 menyatakan bahawa Shamsiah telah mencampakkan sendiri anaknya ke sungai untuk mati. Dan dalam Utusan Malaysia pada tahun 1987 seorang yang mengaku sebagai bekas teman sekolahnya telah menyatakan bahawa Shamsiah telah menghempaskan anaknya ke batu setelah mengetahui suaminya menyerah diri kepada polis. Shamsiah menafikan kedua-dua cerita tersebut.

Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak.

Tanah Tumpah DarahkuKembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994 selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada tahun 1989.

Al-fatihahShamsiah Fakeh(1924-2008)

Aishah GhaniTan Sri Datin Paduka Seri Dr. Aishah Ghani ialah Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia antara 1973 dan 1984, serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia antara tahun 1972 sehingga 1984. Beliau meninggal dunia pada 19 April 2013 pada pukul 12.50 a.m. Beliau berumur 90 tahun.

Biodata RingkasNama: Aishah GhaniTarikh Lahir: 15 Disember 1923Tempat Lahir: Hulu Langat, SelangorPendidikan: (i) Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras (ii) Sekolah Menengah Diniyah Putri, Sumatera Barat (iii) Politeknik Regent Street, LondonPasangan: Abdul Aziz Abu Hassan

Kerjaya PolitikPenglibatan Aishah dalam bidang politik bermula sebaik sahaja Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada tahun 1945, dan beliau menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekaligus mengetuai sayap wanita yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Ketika itu, beliau juga bertugas sebagai wartawan Pelita Malaya, lidah rasmi PKMM.

Aishah keluar daripada AWAS pada tahun 1946 (AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948) dan menyertai perhimpunan yang menuntut kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada Mac tahun yang sama. Beliau menyertai UMNO Kampung Baru pada tahun 1949 dan dilantik sebagai Setiausaha.

Sekembalinya Aishah dari kursusnya di London pada tahun 1959, beliau bertugas sekali lagi sebagai wartawan, kali ini untuk Berita Harian, serta sebagai penyunting di Kumpulan Akhbar New Straits Times. Beliau meletakkan kedua-dua jawatannya pada tahun 1963 apabila beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Naib Ketua Wanita UMNO.Pada 13 September 1962, beliau dilantik sebagai Senator dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.Beliau adalah wanita yang pertama di Malaysia menjadi senator serta wakil wanita Malaysia yang pertama ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dari tahun 1967 hingga 1972, Aishah menjadi wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Taraf Wanita PBB. Beliau juga menyandang jawatan Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor antara tahun 1960 hingga 1972.

Pada tahun 1972, Aishah dipilih menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, satu pertubuhan yang beliau mengetuai selama 12 tahun sehingga 1984. Pada 1 Mac 1973, beliau dilantik sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat selepas persaraan Tun Tan Sri Dr. Fatimah dan memegang jawatan ini selama 11 tahun sebelum menamatkan khidmatnya pada tahun 1984. Semasa menyandang jawatan Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau melancarkan Yayasan Kebajikan Negara, sebuah pertubuhan yang masih berfungsi pada hari ini. Aishah ialah Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sejak tahun 1986 hingga sekarang.

Selepas PolitikSelepas kerjaya politiknya, Aishah menyandang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1985-1997), Ahli Jawatankuasa Yayasan Tun Abdul Razak, serta Pengerusi Pusat Perlindungan Wanita Darsaadah. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad sejak penubuhannya pada tahun 1975.

Seakan-akan ini tidak mencukupi, Aishah juga menumpukan masanya dalam bidang perniagaan, dan merupakan pengerusi dan/atau pengarah untuk sekurang-kurang tujuh syarikat sendirian berhad.

Anugerah1971: Johan Mangku Negara (J.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong1978: Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua (D.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datin Paduka' oleh Kerajaan Selangor1985: Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran 'Tan Sri' oleh Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong1986: Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia (USM)1999: Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama (S.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datin Paduka Seri' oleh DYMM Sultan Selangor2002: Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).