umi shamsiah binti abu bakar tingkah laku...menguruskan perubahan dalam organisasi. sehubungan itu,...

24
AMALAN TINGKAH LAKU BERETIKA KAUNSELOR PELATIH UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: others

Post on 24-Mar-2021

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

AMALAN TINGKAH LAKU BERETIKA KAUNSELOR PELATIH

UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Sarjana Muda

Kaunseling dengan Kepujian

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

Projek bertajuk ’Amalan Tingkah Laku Beretika Kaunselor Pelatih’ telah

disediakan oleh Umi Shamsiah Binti Abu Bakar dan telah diserahkan kepada

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat

untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian.

Diterima untuk diperiksa oleh:

..................................................

Prof. Madya Zuraidah Abdul Rahman

Tarikh:

..................................................

Gred

Page 3: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

i

Page 4: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

ii

Page 5: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

iii

PENGHARGAAN / ACKNOWLEDGEMENT

Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya,

akhirnya saya berjaya menyiapkan projek tahun akhir ini.

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada penyelia projek

tahun akhir saya iaitu Prof. Madya Zuraidah Abdul Rahman yang telah banyak

memberikan tunjuk ajar dan membantu saya dalam menyiapkan kajian ini.

Terima kasih juga ditujukan kepada Jabatan Kaunseling kerana memberikan

peluang kepada saya untuk melaksanakan projek tahun akhir ini.

Khusus buat kedua ibu bapa saya, Puan Sapiah Jumat dan En. Abu Bakar Bin

Manis, serta adik-adik saya, Mohd Awis dan Umairah, ucapan terima kasih yang

tidak terhingga atas sokongan dan dorongan dalam menyempurnakan kajian ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan dan individu-individu yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung, sokongan dan tunjuk ajar kalian telah banyak

membantu saya menyiapkan projek tahun akhir ini.

Sekian, terima kasih.

Page 6: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

iv

ABSTRAK / ABSTRACT

AMALAN TINGKAH LAKU BERETIKA KAUNSELOR PELATIH

Umi Shamsiah Binti Abu Bakar (2007)

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang bertujuan mengenal pasti

amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih, perbezaan antara faktor demografi

iaitu jantina dan etnik dengan aspek etika yang merangkumi menjaga kerahsiaan,

tidak mengeksploitasi, melayan dengan hormat dan bertindak dengan

pemberitahuan persetujuan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 77 orang

kaunselor pelatih yang terdiri daripada pelajar Tahun Dua dan Tahun Tiga di

Jabatan Kaunseling, Universiti Malaysia Sarawak. Kaedah persampelan yang

digunakan adalah Kaedah Persampelan Bertujuan (Purposive Sampling). Data

dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS-

windows) versi 12. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan antara

faktor demografi jantina dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih

dari aspek menjaga kerahsiaan tetapi terdapat perbezaan antara faktor demografi

jantina dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek tidak

mengeksploitasi, melayan dengan hormat dan bertindak dengan pemberitahuan

persetujuan. Dapatan juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan antara faktor

demografi etnik dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek

menjaga kerahsiaan, tidak mengeksploitasi, melayan dengan hormat dan bertindak

dengan pemberitahuan persetujuan.

Page 7: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

v

ABSTRACT

PRACTICES OF TRAINEE COUNSELLORS’ ETHICAL BEHAVIOUR

Umi Shamsiah Binti Abu Bakar (2007)

This is a quantitative study to determine practices of trainee counsellors’

ethical behaviour, to determine the difference between demographical factors

(gender and ethnic) with ethical practice which are confidentiality, do not exploit,

treat people with respect and acting with informed consent. Questionnaires were

given to 77 trainee counsellors who are second year and third year students at

Counselling Department, University Malaysia Sarawak (UNIMAS). Purposive

Sampling method had been choosen in this study. The data was analysed by

Statistical Package for Social Sciences (SPSS-windows) 12 version. The result

shows that there is no significant difference between demographical factor

(gender) with trainee counsellors’ ethical behaviour in confidentiality. There are

however difference between demographical factor (gender) with trainee

counsellors’ ethical behaviour by do not exploit, treating people with respect and

acting with informed consent. The result shows that there is no significant

difference between demographical factor (ethnic) with trainee counsellors’ ethical

behaviour in confidentiality, do not exploit, treat people with respect for their

dignity and acting with informed consent.

Page 8: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

JADUAL KANDUNGAN / TABLE CONTENTS

Penghargaan / Acknowledgement iii

Jadual Kandungan / Table of Contents

Senarai Rajah / List of Figures

Senarai Jadual / List of Tables

Abstrak iv

Abstract v

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang kajian 1

1.2 Penyataan masalah 3

1.3 Objektif

1.3.1 Objektif Umum 5

1.3.2 Objektif Khusus 5

1.4 Hipotesis Kajian 6

1.5 Kerangka Konseptual 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Kaunselor 9

1.7.2 Amalan 10

1.7.3 Tingkah Laku Beretika 10

1.7.4 Kerahsiaan 11

1.7.5 Pemberitahuan Persetujuan 11

1.8 Limitasi Kajian 12

1.9 Kesimpulan 12

BAB 2: SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.0 Pengenalan 13

2.1 Kajian Tentang Etika 13

2.2 Kajian Tentang Hubungan Antara Tingkah 14

Laku dan Kepercayaan

2.3 Kajian Tentang Tahap Pengetahuan Kaunselor 15

2.4 Kajian Tentang Tingkah Laku Kaunselor terhadap Kerahsiaan 15

2.5 Kajian Tentang Perhubungan Dua Hala 16

2.6 Kajian Tentang Kepercayaan Etnik Terhadap tingkah 16

Laku Beretika

2.7 Pendekatan Teori berkaitan dengan Tingkah Laku beretika

2.7.1 Teori Kohlberg 17

2.7.2 Teori Perkembangan Kognitif Piaget 20

2.8 Kesimpulan 21

Page 9: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 22

3.1 Rekabentuk Kajian 22

3.2 Prosedur Kajian

3.2.1 Responden Kajian 23

3.2.2 Populasi 23

3.2.3 Persampelan 23

3.3 Instrumen Kajian 24

3.3.1 Bahagian A: Faktor Demografi 25

3.3.2 Bahagian B: Amalan Tingkah Laku Beretika 25

3.4 Ujian Rintis 27

3.5 Teknik Pengumpulan Data 27

3.6 Prosedur Penganalisaan Data 28

BAB 4: HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan 29

4.1 Taburan Demografi 29

4.1.1 Jantina 30

4.1.2 Etnik 31

4.2 Hasil Dapatan Hipotesis 32

4.2.1 Perbezaan antara faktor demografi (Jantina) 32

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor

pelatih dari aspek menjaga kerahsiaan.

4.2.2 Perbezaan antara faktor demografi (Jantina) 34

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor

pelatih dari aspek tidak mengeksploitasi.

4.2.3 Perbezaan antara faktor demografi (Jantina) 35

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor

pelatih dari aspek hormat sebagai maruah seorang

manusia.

4.2.4 Perbezaan antara faktor demografi (Jantina) 36

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor

pelatih dari aspek bertindak hanya dengan

pemberitahuan persetujuan.

4.2.5 Perbezaan antara faktor demografi (Etnik) 38

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor

pelatih dari aspek menjaga kerahsiaan.

4.2.6 Perbezaan antara faktor demografi (Etnik) 39

Page 10: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor

pelatih dari aspek tidak mengeksploitasi.

4.2.7 Perbezaan antara faktor demografi (Etnik) 40

dengan amalan tingkahlaku beretika kaunselor

pelatih dari aspek hormat sebagai maruah seorang

manusia.

4.2.8 Perbezaan antara faktor demografi (Etnik) 41

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor

pelatih dari aspek bertindak hanya dengan

pemberitahuan persetujuan.

4.3 Rumusan Dapatan 43

BAB 5: RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 45

5.1 Rumusan Kajian 45

5.2 Limitasi Kajian 47

5.3 Implikasi Kajian 48

5.4 Cadangan 49

5.5 Kesimpulan Kajian 49

RUJUKAN / REFERENCES 50

LAMPIRAN

Page 11: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

SENARAI RAJAH / LIST OF FIGURES

Rajah 1

Kerangka Konseptual 7

Page 12: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

SENARAI JADUAL / LIST OF TABLES

Jadual 1

Kohlberg’s Stages of Moral Development 17

Jadual 2

Jumlah Borang Soal Selidik yang dianalisis dalam kajian 24

Jadual 3

Aspek kajian dan Item 26

Jadual 4

Skala Likert dengan lima skor 26

Jadual 5

Taburan responden berdasarkan Jantina 30

Jadual 6

Peratusan responden berdasarkan Etnik 31

Jadual 7

Keputusan Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Antara 32

Faktor Demografi (Jantina) Dengan Amalan Tingkah laku

Beretika Kaunselor Pelatih Dari Aspek Menjaga Kerahsiaan.

Jadual 8

Keputusan Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Antara 34

Faktor Demografi (Jantina) Dengan Amalan Tingkah Laku

Beretika Kaunselor Pelatih Dari Aspek Tidak Mengeksploitasi.

Jadual 9

Keputusan Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan 35

Antara Faktor Demografi (Jantina) Dengan Amalan Tingkah

laku Beretika Kaunselor Pelatih Dari Aspek Melayan Dengan

Hormat Sebagai Maruah Seorang Manusia.

Jadual 10

Keputusan Ujian-T Bagi Mengenalpasti Perbezaan Antara 36

Faktor Demografi (Jantina) Dengan Amalan Tingkah Laku

Beretika Kaunselor Pelatih Dari Aspek Bertindak

Hanya Dengan Pemberitahuan Persetujuan.

Jadual 11

Keputusan Ujian ANOVA Satu Hala Bagi Mengenalpasti 38

Perbezaan Antara Faktor Demografi (Etnik) Dengan

Amalan Tingkah Laku Beretika Kaunselor Pelatih Dari

Page 13: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

Aspek Menjaga Kerahsiaan.

Jadual 12

Keputusan Ujian ANOVA Satu Hala Bagi 39

Mengenalpasti Perbezaan Antara Faktor Demografi (Etnik)

Dengan Amalan Tingkah Laku Beretika Kaunselor

Pelatih Dari Aspek Tidak Mengeksploitasi.

Jadual 13

Keputusan Ujian ANOVA Satu Hala Bagi Mengenalpasti 40

Perbezaan Antara Faktor Demografi (Etnik) Dengan Amalan

Tingkah Laku Beretika Kaunselor Pelatih Dari Aspek Melayan

Dengan Hormat Sebagai Maruah Seorang Manusia.

Jadual 14

Keputusan Ujian ANOVA Satu Hala Bagi Mengenalpasti 41

Perbezaan Antara Faktor Demografi (Etnik) Dengan Amalan

Tingkah Laku Beretika Kaunselor Pelatih Dari Aspek

Bertindak Hanya Dengan Pemberitahuan Persetujuan.

Jadual 15 Keputusan Dapatan Data 43

Page 14: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

1

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan secara khusus mengenai kajian ini iaitu latar

belakang, kenyataan masalah, objektif, kerangka konseptual, hipotesis,

kepentingan kajian, definisi dan limitasi kajian.

1.1 Latar belakang kajian

Pada masa ini kerjaya kaunseling semakin berkembang di Malaysia.

Kerjaya kaunseling bukan hanya di sekolah, malah keperluan kaunseling ketika

ini semakin mendapat tempat di organisasi kerajaan dan swasta. Menurut Carroll

(1996), terdapat pelbagai sebab majikan berminat terhadap kaunseling dan

menjadikannya sebagai salah satu cara untuk mengambil berat terhadap pekerja.

Antara sebab tersebut adalah majikan bertanggungjawab pada kebajikan

pekerjanya dan majikan merasakan kaunseling boleh membantu untuk

Page 15: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

2

menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang

kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat Abdul

Jalil, beliau berharap negara dapat melahirkan sebanyak mungkin kaunselor yang

diiktiraf bagi memperkasa agenda sosial negara (Sapora Sipon, 2006, 15

Disember: Utusan Malaysia).

Kaunseling boleh difahami dalam konteks perhubungan menolong

(Nystul, 2003). Etika adalah salah satu cabang falsafah yang merangkumi nilai

dan moral seseorang individu. Menurut Shebib (2003), etika merupakan prinsip

dan peraturan yang boleh diterima atau kelakuan yang wajar.

Swanson (1983, dalam Gladding, 1992), menyenaraikan empat garis

panduan dalam membuat penilaian terhadap tingkah laku beretika. Garis panduan

tersebut adalah:

1. Kejujuran peribadi dan professional

2. Bertindak mengikut kehendak klien

3. Kaunselor bertindak tanpa rasa iri hati dan mengikut kepentingan diri

4. Kaunselor boleh bertindak secara adil berdasarkan keputusan yang baik.

Dalam Peraturan-peraturan Kaunselor (Kelakuan & Tatatertib) 1999 Akta

Kaunselor 1998 ada menyatakan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi

oleh setiap kaunselor berdaftar. Dalam pada itu, Kod Etika Lembaga Kaunselor

Malaysia yang bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan tatalaku bagi

kaunselor telah menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalinkan

perhubungan profesional dengan klien, rakan kaunselor, majikan, individu dan

profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Oleh itu, segala tindak-tanduk

kaunselor di Malaysia tertakluk pada Akta dan Kod Etika ini.

Page 16: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

3

1.2 Penyataan masalah

Kaunselor adalah individu yang menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor

disifatkan sebagai individu yang mempunyai tingkah laku yang baik. Menurut

Stein (1990), kaunselor perlu beretika kerana masyarakat melihat individu yang

terlibat dalam profesyen menolong sebagai “noblesse obligate”. Ini kerana

keistimewaan kaunselor telah dipengaruhi oleh sesuatu yang profesional.

Profesyen ini juga merupakan suatu kewajipan terhadap masyarakat

Menurut Stein (1990) lagi, pada masa sekarang kaunselor sering

berhadapan dengan banyak cabaran dalam etika. Kehidupan seharian kaunselor

sering berhadapan dengan dilema manusia sama ada secara terus atau personal

seperti penderaan kanak-kanak, pengguguran, rogol dan lain-lain lagi (Blocher,

2000). Bilangan perlanggaran etika ketika ini berada di tahap yang tinggi

(Biaggio, Duffy & Staffelbach, 1998; Pope & Vasquez, 1998 dalam Welfel,

2002). Menurut Welfel (2002), hanya sebilangan kecil klien membuat laporan. Ini

kerana klien tidak mengetahui hak mereka atau merasakan mereka tidak diberi

kuasa untuk mengadu.

Oleh itu, kaunselor perlu mengekalkan komitmen peribadi supaya nilai

dan prinsip diri lebih stabil. Kaunselor juga tidak boleh lari daripada mempunyai

sistem nilai peribadi. Ini disebabkan oleh realiti kehidupan yang kompleks.

Menurut Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin (1993),

hubungan antara kaunselor dengan klien adalah penting dan hubungan tersebut

perlu dijalinkan dengan erat dan mesra agar dapat mewujudkan perasaan bersama.

Tingkah laku kaunselor boleh merosakkan hubungan antara kaunselor dan klien

serta meninggalkan kesan dari sudut emosi klien. Merujuk kepada American

Association for Counseling and Development Code (AACD), kewajipan utama

kaunselor adalah untuk menghormati kejujuran dan menjaga kebajikan klien

(dalam Nugent, 1990).

Masalah etika yang wujud semasa menjalani latihan boleh mempengaruhi

amalan etika kaunselor pada masa akan datang (Wagner, 1981). Oleh itu,

pendidikan etika adalah penting bagi kaunselor (dalam Zibert, Engles, Kern, &

Durodoye, 1998). Namun, pengetahuan yang diperolehi perlu dipraktikkan agar

Page 17: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

4

tidak terlibat dengan masalah etika pada masa akan datang. Menurut Fretz dan

Gelso (2001), di akhir tahun 1980 an dan awal tahun 1990 an, terdapat

peningkatan bukti terhadap ahli psikologi yang tidak mempraktikkan pengetahuan

mereka untuk bertindak bersesuaian dengan etika. Sehubungan itu, kajian ini

dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan apakah pengetahuan tentang

amalan tingkah laku beretika di kalangan kaunselor pelatih dari empat aspek iaitu

menjaga kerahsiaan, tidak mengeksploitasi, melayan dengan hormat sebagai

maruah seorang manusia dan bertindak hanya dengan pemberitahuan persetujuan.

Page 18: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

5

1.3 Objektif

Terdapat 2 bahagian objektif kajian iaitu objektif umum dan objektif khusus.

1.3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan tingkah laku

beretika kaunselor pelatih.

1.3.2 Objektif Khusus

1. Mengenal pasti perbezaan antara faktor demografi jantina dan etnik

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek

menjaga kerahsiaan.

2. Mengenal pasti perbezaan antara faktor demografi jantina dan etnik

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek tidak

mengeksploitasi.

3. Mengenal pasti perbezaan antara faktor demografi jantina dan etnik

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek

melayan dengan hormat sebagai maruah seorang manusia.

4. Mengenal pasti perbezaan antara faktor demografi jantina dan etnik

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek

bertindak hanya dengan pemberitahuan persetujuan.

Page 19: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

6

1.4 Hipotesis Kajian

Ho 1: Tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi jantina dengan

amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek menjaga kerahsiaan.

Ho 2: Tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi jantina dengan

amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek tidak mengeksploitasi.

Ho 3: Tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi jantina dengan

amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek melayan dengan hormat

sebagai maruah seorang manusia.

Ho 4: Tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi jantina dengan

amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek bertindak hanya dengan

pemberitahuan persetujuan.

Ho 5: Tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi etnik dengan

amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek menjaga kerahsiaan.

Ho 6: Tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi etnik dengan

amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek tidak mengeksploitasi.

Ho 7: Tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi etnik dengan

amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek melayan dengan hormat

sebagai maruah seorang manusia.

Ho 8: Tiada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi etnik dengan

amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek bertindak hanya dengan

pemberitahuan persetujuan.

Page 20: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

7

1.5 Kerangka Konseptual

Pembolehubah tak bersandar Pembolehubah bersandar

Rajah 1: Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual ini dibentuk bagi mengenal pasti amalan tingkah

laku beretika kaunselor pelatih. Dalam kerangka konseptual ini dinyatakan faktor

demografi terpilih iaitu jantina dan etnik.

Faktor Demografi

Jantina

Etnik

Amalan Tingkah Laku Beretika

Menjaga Kerahsiaan

Tidak mengeksploitasi

Melayan dengan hormat

sebagai maruah seorang

manusia.

Bertindak hanya dengan

pemberitahuan persetujuan.

Page 21: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

8

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberi banyak implikasi kepada pengkaji, kaunselor pelatih

dan bidang kaunseling itu sendiri.

Melalui kajian ini, pengkaji dapat memperolehi maklumat baru berkenaan

dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih terutama sekali amalan

menjaga kerahsiaan, tidak mengeksploitasi, melayan dengan hormat sebagai

maruah seorang manusia dan bertindak hanya dengan pemberitahuan persetujuan.

Kajian ini juga dapat dijadikan panduan kepada para pengkaji lain untuk

menjalankan kajian pada masa akan datang.

Implikasi kepada kaunselor pelatih ialah kajian ini dapat membantu

kaunselor pelatih itu sendiri untuk memahami sejauhmana penerapan tingkah laku

beretika dalam diri mereka. Pemahaman tersebut adalah penting untuk memberi

kesedaran kepada kaunselor pelatih agar mereka dapat melakukan perubahan pada

diri mereka. Sehubungan itu, amalan tingkah laku beretika dapat ditingkatkan.

Selain itu, kajian ini juga dapat dijadikan panduan pada masa hadapan untuk para

kaunselor pelatih kaunseling untuk memahami nilai moral diri sendiri.

Dalam bidang kaunseling, kajian ini dapat dijadikan bahan rujukan pada

para pengkaji lain berkenaan dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor

pelatih. Kajian ini juga dapat membantu Persatuan Kaunseling Malaysia untuk

memahami dan memperincikan lagi Akta dan Kod Etika.

Page 22: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

9

1.7 Definisi Istilah

Kajian ini akan menggunakan beberapa istilah konseptual dan operasional yang

berkaitan dengan persoalan dan objektif kajian.

1.7.1 Kaunselor

Konseptual

Kaunselor adalah individu terlatih dalam bidang kaunseling yang

mempunyai hubungan yang teraputik dengan klien. Kaunselor ertinya seseorang

yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu fee yang ditetapkan atau

apa-apa balasan lain (Akta Kaunselor 1998, Akta 580).

Menurut Muhd. Mansur Abdullah dan S. Nordinar Mohd. Tamin (1993),

peranan kaunselor adalah sebagai pembantu kepada kliennya untuk mengenali

dirinya sendiri dan menjadi pembekal maklumat pendidikan dan pembelajaran

kepada kliennya sehingga dapat membuat keputusan sendiri.

Operasional

Kaunselor pelatih didefinisikan sebagai kaunselor yang sedang menjalani

latihan.

Page 23: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

10

1.7.2 Amalan

Konseptual

Amalan bermaksud sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan)

sebagai suatu kebiasaan (Kamus Dewan, 2002).

Operasional

Amalan merujuk kepada kebiasaan tindak tanduk yang sering dilakukan

oleh kaunselor terhadap klien.

1.7.3 Tingkah Laku Beretika

Konseptual

Menurut Capuzzi dan Gross ( 1999 ), “tingkah laku beretika adalah

berhubung dengan penerapan konsep moral, nilai dan baik serta buruk sesuatu

situasi yang dihadapi oleh seseorang individu di dalam hidup mereka”.

Operasional

Tingkah laku beretika merujuk kepada perbuatan beretika kaunselor

pelatih.

Page 24: UMI SHAMSIAH BINTI ABU BAKAR TINGKAH LAKU...menguruskan perubahan dalam organisasi. Sehubungan itu, keperluan bidang kaunseling amat tinggi. Ini selaras dengan harapan Datuk Seri Sharizat

11

1.7.4 Kerahsiaan

Konseptual

Kerahsiaan adalah kontrak antara dua pihak iaitu kaunselor dan klien, di

mana setiap persetujuan berkenaan dengan maklumat yang diterima tidak boleh

dikongsi dengan pihak ketiga (Stein, 1990). Kerahsiaan menekankan tentang

kepercayaan terhadap individu lain agar maklumat tidak disebarkan kepada

individu lain tanpa pengetahuan dan persetujuan (Nugent, 1990).

Operasional

Kerahsiaan adalah suatu aspek yang penting dalam hubungan kaunseling.

Segala maklumat dalam sesi tidak boleh didedahkan kepada individu lain.

Menjaga kerahsiaan adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh

kaunselor.

1.7.5 Pemberitahuan Persetujuan

Konseptual

Pemberitahuan persetujuan merujuk kepada hak klien untuk bersetuju atau

tidak bersetuju terlibat dalam pelbagai bentuk bantuan dan prosedur atau

perkhidmatan yang spesifik untuk dipraktikkan (Parsons, 2001). Pemberitahuan

persetujuan merupakan proses penyediaan maklumat kepada klien tentang

matlamat kaunseling, perkhidmatan yang akan diberikan, kebaikan dan risiko,

bayaran, tempoh kaunseling, limitasi kerahsiaan, kelayakan kaunselor, prosedur

dan teknik yang akan digunakan dan hak klien untuk melihat rekod sesi (Corey et

al., 1988 dalam Nugent, 1990).