set ujian bm

9
A. Bulatkan jawapan yang betul. 1. Salmah membeli dua _________ bunga ros untuk dihadiahkan kepada gurunya. A. biji B. cabang C. kuntum 2. Dia berasa __________ kerana ayahnya sakit tenat. A. riang B. sedih C. gembira 3. Arumugam seorang murid yang rajin __________ adiknya malas. A. tetapi B. oleh C. atau 4. Ibu ________________ pokok bunga di halaman rumah. A. menyiram B. disiram C. bersiram 5. Mereka berjaya _______________ gunung yang tinggi itu. A. didaki B. mendaki C. menaiki 6. ________________kah nama kakak kamu? A. Apa B. Siapa C. Mengapa 7. “____________ saya kerana terlambat,” kata Ramli kepada rakannya. A. Silalah B. Izinkan C. Maafkan 8. Kamu suka bermain _________ di kawasan lapang atau di padang. A. layang-layang B. layar-layar C. bayang-bayang 9. Jangan _________ ketika guru besar sedang berucap. A. bualan B. berbual-bual C. dengar-dengar

Upload: chop-za

Post on 03-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

A. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Salmah membeli dua _________ bunga ros untuk dihadiahkan kepada gurunya.A. bijiB. cabangC. kuntum

2. Dia berasa __________ kerana ayahnya sakit tenat.A. riangB. sedihC. gembira

3. Arumugam seorang murid yang rajin __________ adiknya malas.A. tetapiB. olehC. atau

4. Ibu ________________ pokok bunga di halaman rumah.A. menyiramB. disiramC. bersiram

5. Mereka berjaya _______________ gunung yang tinggi itu.A. didakiB. mendakiC. menaiki

6. ________________kah nama kakak kamu?A. ApaB. SiapaC. Mengapa

7. ____________ saya kerana terlambat, kata Ramli kepada rakannya.A. SilalahB.IzinkanC. Maafkan

8. Kamu suka bermain _________ di kawasan lapang atau di padang.A. layang-layangB. layar-layarC. bayang-bayang

9. Jangan _________ ketika guru besar sedang berucap.A. bualanB. berbual-bualC. dengar-dengar

10. Nyamuk aedes __________ penyakit demam denggi.A. memberiB. membawaC. melibatkan

B. Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul.11. Rumah Devi tidak __________________ rumah Lisa. ( tercantik / secantik )12. Puan Lina sedang __________________ anaknya yang sedang menangis.( mendukung / pendukung )13. Adik menangis kerana __________________ dari katil. ( berjatuh / terjatuh )14. __________________ Ramu tidak diterima oleh abangnya. ( Pendapat / Mendapat )15. Anis dan Intan ________________________ ke rumah Mei Ling pada Tahun Baru Cina.( kunjungan / berkunjung )

C.Lengkapkan cerita di bawah dengan perkataan yang diberi dengan betul.seorang

terjatuhdahandirawatmemanjat

Sulaiman ialah ____________________(16) budak yang nakal. Pada suatu hari, dia ____________________(17) sebatang pokok jambu di kebun Pak Abu. Tiba-tiba dia terpijak ____________________(18) pokok yang reput. Dahan itu patah lalu Sulaiman pun ____________________(19) ke bawah. Dia meraung kesakitan kerana kakinya luka dan tangannya patah. Dia perlu dihantar ke hospital untuk ____________________(20). Sulaiman menyesal atas perbuatannya. Dia berjanji tidak akan memanjat lagi.

D.Garis kata ganti diri yang betul.21. " Di manakah rumah nenek ( awak / saya )?" tanya Abu kepada Ali.

22. Sultan menganugerahi bintang kebesaran sempena hari keputeraan (beliau / baginda) yang ke-78.

23. Guru besar seorang yang baik hati. (Kamu / Beliau) menasihati muridnya supaya belajar bersunguh-sungguh.

24. Adik berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan mewarna. (Dia, Kamu) telah menerima hadiah daripada wakil rakyat.

25.Ah Meng, Johan dan Maniam sahabat baik. ( Mereka / Kita ) ke sekolah bersama-sama.

E.Baca dan lengkapkan pantun yang berikut.

Pulau Pandan jauh ke ___(26)___,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang ___(27)___.

Pisang emas di bawa belayar,Masak sebiji di atas ___(28)___;Hutang emas boleh di ___(29)___,Hutang budi dibawa mati.

26. A. kotaB. sanaC. tengah

27. A.jugaB.orangC. kawan

28. A. petiB. sinaC. para

29. A. beliB. jualC. bayar

30. Apakah tema pantun di atas?A. tema budiB. tema badanC. tema hutangD. Gabungkan ayat-ayat di bawah dengan menggunakan kata hubung yang diberi.31. Rajan menangis.Rajan terjatuh dari pokok. ( kerana )

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

32. Bapa mendengar radio.Bapa membaca surat khabar. ( sambil )

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

33. Kakak memadamkan lampu.Kakak tidur. ( lalu )

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

34. Budak itu rajin.Budak itu pintar. ( dan )

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

35. Sang Kancil bijak.Sang Buaya bodoh. ( tetapi )____________________________________________________________________________________________________________________________________________

E. Sambung ayat di bawah supaya menjadi ayat yang lengkap.kerana dia seorang murid yang rajin.

perlu dimasak sebelum dibuat minuman.

hari sudah larut malam.

perhentian bas untuk menunggu bas

disembelih pada hari kenduri perkahwinan Pak Busu.

36. Zahid berasa mengantuk kerana ______________________________________

______________________________________________________________________

37. Air paip di rumah kita _________________________________________________

______________________________________________________________________

38. Dia berjalan kaki ke __________________________________________________

______________________________________________________________________

39. Dua ekor lembu telah ________________________________________________

______________________________________________________________________

40. Cikgu Yati selalu memuji Jasmin _______________________________________

______________________________________________________________________

F. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Kampung Sidam telah dilanda banjir. Banjir ini berlaku kerana hujan yang turun tidak berhenti-henti selama seminggu. Air banjir telah memusnahkan harta benda penduduk kampung. Tanaman telah musnah dan haiwan ternakan pula mati. Semua penduduk kampung Sidam diarahkan berpindah ke tempat yang selamat. Pasukan keselamatan seperti polis dan bomba membantu memindahkan penduduk kampung. Mangsa-mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sidam. Sementara menunggu air surut, pihak kerajaan dan badan sukarela memberi bantuan makanan dan keperluan lain.

41. Kampung manakah yang telah dilanda banjir ?A. Kampung Sekam telah dilanda banjir.B. Kampung Sidam Nibung telah dilanda banjir.C. Kampung Siram telah dilanda banjir.

42.Mengapakah banjir ini berlaku ?A. empangan di kampung itu pecah.B. hujan turun tidak berhenti-henti selama seminggu.C. tebing sungai telah runtuh.

43. Siapakah yang membantu penduduk kampung berpindah ?A. Pasukan polis dan bombaB. Ketua kampungC. Pasukan Bulan Sabit Merah44. Ke manakah mangsa-mangsa banjir dipindahkan ?A. ke atas bukitB. ke balai rayaC. ke Sekolah Kebangsaan Sidam45. Apakah yang musnah akibat banjir itu ?A. Pakaian merekaB. Harta benda merekaC. Rumah mereka

G.Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikut.

Pada suatu hari iaitu hari Rabu, satu kemalangan yang dahsyat telah berlaku. Kemalangan itu berlaku di simpang tiga Jalan Hang Tuah. Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dengan sebuah bas sekolah. Pemandu kereta itu cedera parah di bahagian kepala. Manakala pemandu bas sekolah pula hanya cedera ringan. Pemandu kereta itu telah dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk di rawat.

1. Bilakah kemalangan itu berlaku ?A . Malam hariB. Hari SabtuC. Hari RabuD. Siang Hari

2. Di manakah kemalangan itu berlaku ?A. Simpang jalanB. Jalan Hang TuahC. Di simpang tiga Jalan Hang TuahD. Di Kuala Lumpur

3. Bagaimanakah keadaan pemandu kereta itu ?A. Mendapat cedera parah di bahagian kepalaB. Mendapat cedera ringan sahaja.C. Mendapat cedera di tangan kananD. Mendapat cedera parah4. Siapakah yang telah dihantar ke hospital ?A. Pemandu loriB. Pemandu keretaC. Pemandu bas sekolahD. Pemandu teksi

5. Adakah pemandu bas kilang itu mendapat cedera parah ?A. Tidak , pemandu bas sekolah itu tidak mendapat cedera parahB. Ya , pemandu bas itu cedera parahC. Ya , pemandu bas itu hanya pengsanD. Ya, pemandu kereta itu cedera parah.