senjata pemusnah besar

10
Senjata pemusnah besar-besaran Senjata pemusnah besar-besaran (kadang kala juga disebut sebagai senjata pemusnah massa, Bahasa Inggeris: Weapon of mass destructionatau WMD) adalah sejenis senjata yang boleh membunuh manusia dalam jumlah yang ramai dan/ atau menyebabkan kerosakkan teruk kepada struktur buatan manusia seperti bangunan, struktur semulajadi (contohnya gunung-gunung) atau sfera bio. Istilah ini sering kali digunakan bagi merangkumi beberapa jenis persenjataan, termasuk nuklear, biologi, kimia (NBC) dan senjata radiologi. Istilah-istilah lain yang digunakan di dalam konteks ketenteraan termasuk peperangan atom, biologi dan kimia (ABC) dan peperangan kimia, biologi, radiologi dan nuklear (CBRN). Ungkapan ini digunakan dengan meluas bagi merujuk kepada persenjataan nuklear semasa Perang Dingin. Berikutan kejatuhan Kesatuan Soviet dan peningkatan tekanan di antara Timur Tengah dan Kuasa Barat, penggunaan istilah ini diperluaskan lagi kepada definasi yang moden. Ia digunakan secara meluas bagi merujuk hubungan serangan ke atas Iraq yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Senjata pemusnah besar-besaran Myanmar Kerajaan tentera Myanmar dikatakan sedang dalam proses menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran, termasuk senjata nuklear, menurut beberapa laporan anti-kerajaan sejak 2007 lagi. Bagaimanapun, tidak terdapat bukti yang boleh dipercayai dan hampir semua maklumat tidak dapat disahkan secara berasingan. [1] Pada 3 Jun 2010,penyelidikan oleh kumpulan anti kerajaan Myanmar Suara Demokrasi Myanmar mendapati Myanmar membangunkan senjata nuklear. Mereka mendapat dokumen yang telah diseludup ke luar negara. Ratusan fail dan bukti daripada Sai Thein Win, seorang major tentera Myanmar. Sai Thein Win adalah seorang jurutera pertahanan dan bekas pasukan pertahanan peluru berpandu yang bekerja di kilang khas di Myanmar. Dia ditugaskan untuk merekacipta komponen prototaip untuk peluru berpandu dan program nuklear. Laporan PBB mengatakan ada bukti bahawa Korea Utara telah mengeksport teknologi nuklear ke Myanmar, Iran dan Syria. Latihan kepakaran dipelajari dari Rusia. Pada 2009 disiarkan gambar rangkaian terowong yang dibina dengan bantuan Korea Utara. Robert Kelley, bekas pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), menyatakan ia adalah bukti jelas tentang program untuk membina senjata atom di Myanmar. Adalah tidak masuk akal ia digunakan untuk janakuasa elektrik. Amerika cukup bimbang dengan 'kegiatan yang mencurigakan di Myanmar'.

Upload: aloysius-raj

Post on 29-Oct-2015

470 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Punca punca penggunaan senjata besar

TRANSCRIPT

Page 1: Senjata Pemusnah Besar

Senjata pemusnah besar-besaran

Senjata pemusnah besar-besaran (kadang kala juga disebut sebagai senjata pemusnah

massa, Bahasa Inggeris: Weapon of mass destructionatau WMD) adalah sejenis senjata yang boleh

membunuh manusia dalam jumlah yang ramai dan/ atau menyebabkan kerosakkan teruk kepada

struktur buatan manusia seperti bangunan, struktur semulajadi (contohnya gunung-gunung)

atau sfera bio.

Istilah ini sering kali digunakan bagi merangkumi beberapa jenis persenjataan,

termasuk nuklear, biologi, kimia (NBC) dan senjata radiologi. Istilah-istilah lain yang digunakan di

dalam konteks ketenteraan termasuk peperangan atom, biologi dan kimia (ABC) dan peperangan

kimia, biologi, radiologi dan nuklear (CBRN).

Ungkapan ini digunakan dengan meluas bagi merujuk kepada persenjataan nuklear semasa Perang

Dingin. Berikutan kejatuhan Kesatuan Soviet dan peningkatan tekanan di antara Timur

Tengah dan Kuasa Barat, penggunaan istilah ini diperluaskan lagi kepada definasi yang moden. Ia

digunakan secara meluas bagi merujuk hubungan serangan ke atas Iraq yang diketuai oleh Amerika

Syarikat.

Senjata pemusnah besar-besaran Myanmar

Kerajaan tentera Myanmar dikatakan sedang dalam proses menghasilkan senjata pemusnah besar-

besaran, termasuk senjata nuklear, menurut beberapa laporan anti-kerajaan sejak 2007 lagi.

Bagaimanapun, tidak terdapat bukti yang boleh dipercayai dan hampir semua maklumat tidak dapat

disahkan secara berasingan.[1]

Pada 3 Jun 2010,penyelidikan oleh kumpulan anti kerajaan Myanmar Suara Demokrasi

Myanmar mendapati Myanmar membangunkan senjata nuklear. Mereka mendapat dokumen yang

telah diseludup ke luar negara. Ratusan fail dan bukti daripada Sai Thein Win, seorang major tentera

Myanmar. Sai Thein Win adalah seorang jurutera pertahanan dan bekas pasukan pertahanan peluru

berpandu yang bekerja di kilang khas di Myanmar. Dia ditugaskan untuk merekacipta komponen

prototaip untuk peluru berpandu dan program nuklear.

Laporan PBB mengatakan ada bukti bahawa Korea Utara telah mengeksport teknologi

nuklear ke Myanmar, Iran dan Syria. Latihan kepakaran dipelajari dari Rusia. Pada 2009 disiarkan

gambar rangkaian terowong yang dibina dengan bantuan Korea Utara.

Robert Kelley, bekas pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), menyatakan ia adalah

bukti jelas tentang program untuk membina senjata atom di Myanmar. Adalah tidak masuk akal ia

digunakan untuk janakuasa elektrik. Amerika cukup bimbang dengan 'kegiatan yang mencurigakan di

Myanmar'.

Page 2: Senjata Pemusnah Besar

Bencana Senjata Kimia dan Biologi 

Saban hari kita terbaca atau terdengar pelbagai insiden dan ancaman keganasan  berlaku di dunia ini dan tidak kurang juga dengan kempen dan deklarasi anti keganasan.  Asas keganasan sama ada di atas sebab keselamatan, politik, dendam, kekecewaan dan sebagainya telah menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda dan alam sekitar. Kita bersyukur dengan keamanan yang wujud di Malaysia setelah 45 tahun merdeka dan tidak pernah terlintas di fikiran kita akan berlakunya peperangan dan keganasan apatah lagi yang melibatkan senjata pemusnah besar-besaran seperti sejata kimia dan biologi. Ancaman penggunaan senjata kimia dan biologi oleh pengganas antarabangsa kini muncul semula semenjak kejadian serangan ‘Antraks’ di Amerika tahun lalu. Kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia pada 26 Oktober lalu agar pakar perubatan sentiasa bersedia dengan kewujudan penyakit yang tidak diketahui puncanya dan  kematian misteri yang mungkin angkara pengganas bio harus  diberi perhatian oleh masyarakat umum dan bukan di kalangan pengamal perubatan sahaja. Orang ramai berhak untuk mengetahui tentang bahaya agen bio dan kimia ini dan bagaimana mengenali simptom-simptomnya dan seterusnya apa yang harus dibuat pada saat-saat kecemasan serta bagaimana mendapatkan bantuan. Kita masih ingat lagi bagaimana seluruh  negara berada dalam keadaan ketakutan dan panik, apabila  berlakunya peristiwa wabak penyakit Nipah yang menyebabkan kematian 118 orang penduduk di Bukit Pelanduk. Kita juga tidak lupa dengan peristiwa surat-surat yang mengandungi ‘kuman antraks palsu’ pada awal tahun,  dan yang terakhir penyakit meningitis yang meragut nyawa  beberapa pelajar universiti dan kawasan sekitarnya di Selangor pada September lalu. Sebenarnya penggunaan agen biologi dan kimia telah.dikesan semenjak tahun 1919 lagi dan yang terbaru penggunannya oleh tentera Rusia di sebuah panggung teater di Moscow pada 26 Oktober lalu di mana lebih 118 orang terbunuh dan beratus lagi di masukkan ke hospital. Penghasilan senjata jenis ini walau dilarang oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu namun ia tetap juga dihasilkan bukan sahaja di kalangan pengganas bahkan oleh negara-negara besar seperti Amerika dan Rusia. Penubuhan unit NBCD (Nuclear, Biology and Chemical Defence) oleh Angkatan Tentera Malaysia bagi menangani ancaman senjata nuklear, kimia dan biologi pada 1 April yang lalu amatlah dihargai. Unit ini  bertanggungjawab untuk mengesan dan meneutralkan agen-agen tersebut. Jika terpaksa unit tersebut juga dilaporkan akan membantu dalam rawatan. Diharap fungsi unit ini di samping agensi- agensi keselamatan dan kesihatan yang lain dapat diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Pusat Latihan Serantau Bagi Mencegah Keganasan di Kuala Lumpur.  Pusat ini yang  telah dipersetujui oleh pemimpin Asean semasa menghadiri Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Los Cabos, Mexico pada 27 Oktober lalu akan  memberi latihan bagi meningkatkan keupayaan  dan kemampuan negara serantau dalam menghadapi masaalah keganasan. Di samping meningkatkan keselamatan dalam menangani isu keganasan kimia dan bio , kita juga mengharapkan agar tahap keselamatan dipertingkatkan di tempat-tempat yang berpotensi boleh menyebabkan kehilangan nyawa besar-besaran seperti di industri berasaskan bahan kimia, pusat penyelidikan  atau perkhidmatan berasaskan bakteria dan virus  serta pusat perlupusan sisa toksik. Ini bagi mengelakkan bukan sahaja dari ancaman pengganas tetapi yang lebih merbahaya  iaitu kemalangan akibat kecuaian dan ketidakperihatinan manusia. Kita masih lagi ingat dengan penemuan berpuluh-puluh tong sisa potasium sianida terbiar di Pangkor pada 1999 yang mampu membebaskan hidrogen sianida dan boleh membunuh seluruh penduduk Pulau Pinang dalam masa yang singkat.  Insiden penggunaan senjata kimia dan biologi dunia  

Page 3: Senjata Pemusnah Besar

TahunAgen Lokasi

1919 AdamsiteDifenilkloroarsinGas mustard

Rusia

1923 – 1926

Bromometil etil ketonKloropikrinGas mustard

Morocco

1935 - 1940

Klorinw-kloroasetofenonDifenilkloroarsinGas mustardFenildikloroarsinFosgen

Ethopia

1937 - 1945

w-kloroasetofenonDifenilsianoarsinHidrogen sianidaLewisiteGas mustardFosgenYersinia pestis

China

1963 - 1967

w-kloroasetofenonGas mustardFosgen

Yemen

1965 - 1975

2-klorobenzalmalononitril

Vietnam

1983 - 1988

2-klorobenzalmalononitrilGas mustardSarinTabun

Iran-Iraq

1984 Salmonella enteritidis Amerika1994 - 1995

Sarin Jepun

2001- 2002 Bacillus anthracis(Antraks)

Amerika

2002 Terbitan Fentanyl Rusia  Senjata Kimia Rencana ini bertujuan memberi penerangan tentang agen kimia dan bio yang pernah di gunakan sebagai senjata pemusnah besar besaran dan bagaimana mengenalpasti samada alam sekitar kita telah di cemari dengan agen agen tersebut dan tanda tanda keracunannya.  ( Sumber: Public Health Response to Biological and Chemical Weapon-WHO Guide,2nd edition, November 2001) Senjata kimia Senjata kimia ditakrifkan sebagai bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kematian dan kerosakan samada sementara atau kekal. Peralatan penggunaanya juga dianggap sebagai

Page 4: Senjata Pemusnah Besar

senjata kimia sekiranya tujuan utama penggunaannya ialah untuk menghasilkan kesan toksik terhadap musuh. Gas pemedih mata atau lain lain kimia bagi mengawal ketenteraman awam akan juga dianggap sebagai senjata kimia jika diguna bagi tujuan permusuhan atau persengketaan. Mengenali pencemaran senjata kimia Kejadian pencemaran oleh senjata kimia dikenali melalui:

1. Ramai mangsa mempunyai simptom keracunan yang sama dan serentak serta datang dari satu daerah yang sama. Simptom ini timbul dengan cepat dari beberapa minit hingga beberapa jam. Secara amnya simptom-simptom tersebut melibatkan sistem pernafasan, mata, kulit dan saraf. Contoh, loya, sakit kepala, pedih mata, hilang kawalan diri atau orientasi, sukar bernafas, sawan dan mati secara tiba-tiba.

2. Banyak haiwan yang hampir mati atau mati3. Ketiadaan serangga yang biasa kelihatan4. Peralatan atau bungkusan yang meragukan dengan titisan atau lapisan minyak, sisa

atau residu berwarna serta bau yang busuk (pungent).5. Kabus yang tidak berkaitan dengan cuaca.

        Jenis jenis senjata kimia dan simptom keracunannya  Kumpulan Contoh kimia Simptom keracunanGas Pemedih Mata; Ia di kenali juga sebagai perengsa sistem deria.

10-kloro-5,10-dihidrofenarsazina (Adamsite atau DM) w-kloroasetofenon (CN) a-bromofenilasetonitril (Larmine,BBC atau CA) 2-klorobenzalmalononitril (CS) dibenzoxepin (CR) oleoresin capsicum(OC) 3-quinuclidinil benzilat (BZ)

Kesan keracunan yang serta merta.  Mata kesakitan, berair dengan banyak dan kejang kelopak mata. Keradangan pada mulut, tekak, hidung dan kulit. Boleh juga mengakibatkan muntah. 

Perengsa paru-paru

Fosgen Kloropikrin   

Kesan seperti  sesak nafas dapat dilihat di antara  24-72 jam . Selain itu ialah batuk, ketat dada, kahak berbuih dan berdarah, loya dan rasa ketegangan serta kegagalan fungsi jantung. Lain-lain simptom ialah keradangan pada mata, kulit, sakit perut, sakit kepala, pucat dan mengantuk. 

Page 5: Senjata Pemusnah Besar

Gas darah Hidrogen sianida 

Cepat kadar pernafasan, gayat, pening, sukar bernafas, muntah, sawan dan tidak sedarkan diri. Pada dos yang tinggi, simptom tidak sempat muncul kerana biasanya mangsa akan terus tidak sedarkan diri dan mati. 

Gas pelepuh 

Bis(2-kloroetil)sulfide ( Gas mustard) 2-klorovinildikloroarsin ( Lewsite) bis(2-kloroetilthioetil)eter ( Agen T) tris(2-kloroetil)amin ( Mustard nitrogen) 2-chlorovinyldichloroarsine (arsin)

Kesan keracunan berlaku dalam jangkamasa 2-24 jam Kecederaan kecil;Mata sakit dan berair,keradangan pada kulit dan lapisan mukosa, bersin dan batuk, Kecederaan teruk;Buta mata, kulit melepuh, nekrosis,loya, muntah, cirit dan kesukaran bernafas. 

Gas Saraf  

Etil N,N-dimetilfosforamidosianidat (Tabun atau GA) O-isopropil metilfosfonofluoridat(Sarin atau GB) O-1,2,2-trimetilproppil metilfosfonofluoridat (Soman atau GD) O-siklo metilfosfonofluoridat (Siklosarin atau GF) O-etil S-2-diisopropilaminoetil metilfosfonofluoridat (VX)O-etil S-2-dimetilaminoetil metilfosfonofluoridat(Medemo) O-isobutil S-2-dietilaminoetil metilfosfonofluoridat(VR)

Sangat toksik dan cepat bertindakbalas. Ia boleh meresap melalui kulit. Dos rendah;Air liur berlebihan, selsema, tekanan pada dada, anak mata mengecil,kesukaran melihat, sakit kepala,keletihan, halusinasi dan loya. Dos tinggi;Kesukaran bernafas dan batuk,sakit perut,muntah, berpeluh, mata berair dan berlebihan air liur, terkencing, mengigil, sawan, kekejangan otot, tidak sedarkan diri dan mati.

 Senjata Biologi Senjata biologi ialah agen toksin sama ada dari kumpulan bakteria, kulat, virus atau toksin dari

Page 6: Senjata Pemusnah Besar

haiwan dan tumbuh-tumbuhan dengan sebab toksisitinya (bukan sebab jangkitan) akan menyebabkan kerosakan yang sama seperti dalam senjata kimia tadi. Mengenali pencemaran senjata biologi Kejadian pencemaran oleh senjata biologi agak sukar dikenali kerana ia tidak mempunyai ciri-ciri fisikal yang jelas seperti bau. Gejalanya hanya timbul setelah beberapa jam atau beberapa hari. Insiden biologikal selalunya merangkumi kawasan yang lebih luas kerana pergerakan individu yang tercemar tanpa disedari. Secara amnya kejadian pencemaran oleh senjata biologi dikenali melalui:

1. Kewujudan dan pertambahan mendadak sesuatu jenis penyakit di kalangan populasi yang sihat.

2. Ramai mangsa  menghadapi simptom yang sama seperti masalah pada sistem pernafasan, sakit di bahagian perut dan demam.

3. Kewujudan penyakit yang lazimnya berlaku (endemik) tetapi tidak pada masa dan corak yang sepatutnya.

4. Kewujudan penyakit yang biasanya tidak normal pada geografi sesuatu negeri.5. Corak rintangan antibiotik yang tidak normal.6. Kematian atau kecederaan spesis haiwan dan ikan.7. Kemunculan kumpulan serangga tertentu.

             Jenis jenis senjata biologi dan simptom keracunannya. Kumpulan Contoh biologi Simptom keracunanBakteria dan virus

Toksin Botulinum atauClostridium botulinum    Ricin dari Escherichia coli   Salmonella enteritidis(telur ayam)   Lain-lain; Antraks(Bacillus anthracis), Taun, Campak, Cacar , Aflatoxins, Brucellosis, Glanders, Demam Q dan lain- lain.

Dalam masa 1- 3 hari, mangsa akan sakit perut, cirit birit, gangguan penglihatan, pening dan lemah otot. Setelah beberapa hari sistem pernafasan dan lain-lain fungsi badan akan lumpuh dan menyebabkan kematian.  Badan dihalang dari mengeluarkan protein dan menyebabkan tekanan darah menurun dan seterusnya menyebabkan jantung tidak berfungsi dan mati. Demam, perut memulas dan cirit-birit bermula di antara 12-72 jam dan berakhir di antara 4-7 hari. Ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.  Bergantung kepada jenis agen biologi.

bioregulators Bahan P, sejenis polipeptid (berat molekul = 1,350 D)

Penurunan tekanan darah yang mendadak dan menyebabkan tidak sedarkan diri.

Page 7: Senjata Pemusnah Besar

 

1988-Halabja, Iraq-

 

Gas pelepuh

      

   Ketidaksuburan dan kecacatan bayi:Senjata kimia Gas mustard telah dikesan dalam peperangan teluk di antara Iran dan Iraq di antara 1985-1988. Analisa air mani, pengukuran hormon dan ‘testicular biopsy’ telah dijalankan ke atas 81 orang setelah pendedahan selama 3 tahun  bagi penentuan ketidaksuburan. Keputusan mendapati 34 orang tidak mempunyai sperma langsung di dalam air maninya dan 47 orang mengalami kekurangan bilangan sperma. Saintis tersebut mengaitkan insiden tersebut dengan pendedahan ke atas gas mustard. Agen ‘orange’ yang digunakan oleh tentera Amerika dalam peperangan di Vietnam telah memberi kesan teruk ke atas sistem pembiakan lelaki dan wanita di samping kesan lain ke atas sistem saraf dan kanser. Kesan penggunaanya masih lagi dapat di lihat hingga hari ini melalui anak-anak yang cacat anggota badan.

Page 8: Senjata Pemusnah Besar