seni seo

13

Upload: educattic-mind

Post on 14-Jul-2015

319 views

Category:

Technology


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni SEO
Page 2: Seni SEO

1

SENI SEO

“Seni SEO boleh dipelajari “

Firdaus Latib

Page 3: Seni SEO

2

Educattic Mind Resources (002000549-W),

31-4-2, Jalan 3/50,

Diamond Square Business Center,

Off Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

+603-40234641

E-mel: [email protected]

Web: www.educatticmind.com

Facebook: http://facebook.com/EducatticMind

Hakcipta © Firdaus Latib 2011

Edisi Pertama 2011

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan buku

ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi,

rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Educattic Mind Resources.

Editor: Cik Mal ([email protected])

Grafik: Nurulhayati

Muka Taip Teks: Arial

Saiz Taip Teks: 11/20

Diterbit dan diedarkan oleh: Educattic Mind Resources

Page 4: Seni SEO

3

Kandungan

Penghargaan

5

Bab 1 Apakah Itu SEO

• Crawling dan Indexing

• Menyediakan Maklumat Relevan Yang Dicari Pengguna

• Kepentingan SEO Bagi Pemilik Laman Web

• Keuntungan Jangka Masa Panjang Dengan SEO

7

8

8

11

12

BAB 02 - Mengapakah Perlu Menguasai SEO Hari Ini?

• Prospek Perlukan Enjin Carian Untuk Bantuan

• Trafik Organik Sentiasa Relevan

• Memahami 'Buying Keywords' Yang Betul Memudahkan Jualan

14

17

19

20

BAB 03 – Strategi Memaksimakan Penstrukturan Web

• Apa Itu On-Site SEO?

• Pemilihan Domain Laman Web

• Penstrukturan Title dan Meta Description Tags

• Penstrukturan Title

• Memaksimakan Penggunaan Title

• Penstrukturan Meta Description Tags

22

23

25

27

28

30

32

Page 5: Seni SEO

4

BAB 04 - Kepentingan Backlinks

• Apa Itu Backlinks?

• Jumlah Backlinks Menentukan Kedudukan Laman Web

• Backlinks Membantu Mendominasi Enjin Carian

• Mengapa Laman Web Bagus Tapi Dipandang Rendah Oleh Enjin

Carian?

• Kesan Pembinaan Backlinks Yang Baik

• Semak Jumlah Backlinks Laman Web

• Elakkan Spam Atau Web Anda Kena Pam

35

37

38

38

40

41

42

43

Bab 05 – Melakukan Kajian Keyword

• Apakah Itu Google Keyword Tool?

• Bagaimana Menggunakan Google Keyword Tool?

• Gunakan Google Keyword Tools bagi Menguasai Search Engine

• Gunakan Keyword Cadangan Lain

• Gunakan Keyword Berdasarkan Laman Web Pesaing

44

45

47

53

53

54

BAB 06 – Strategi Membina Backlinks

• Apakah Itu Anchor Text?

• Contoh Penggunaan Anchor Text

• Blog Commenting

• Dominasi Web 2.0 (Squidoo dan Hubpages)

• Optimasi Squidoo dan Hubpages bagi SEO

• Pendaftaran Squidoo

• Pendaftaran Hubpages

• Social Bookmarking

55

58

60

62

65

67

69

73

76

Page 6: Seni SEO

5

BAB 07 - Meneliti Keperluan Pengguna Enjin Carian

• Pelawat Sentiasa Dahagakan Maklumat Baru

• Guna Blog Untuk Kemaskini Maklumat Terkini

78

80

80

BAB 08 - Pemasaran SEO Menggunakan Blog

• Platform Utama Blog Untuk SEO

• Mengapa Wordpress?

• Permalink Memaksimakan Kualiti Links

• Proses Pengubahsuaian Permalinks

• Plugin Wajib SEO Untuk Wordpress

• Proses Pemasangan (Installation) Plugin All in One SEO Pack

82

85

86

88

89

92

93

Page 7: Seni SEO

6

Penghargaan

Assalamualaikum warohmatullah.

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. Selawat dan salam

ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w dan atas semua keluarga,para sahabat

serta para pengikut baginda sambung bersambung hingga hari kiamat.

Terima kasih kepada pihak Educattic Mind (EM) atas penerbitan ebook Seni SEO

ini. Dalam ebook ini, saya akan mengetengahkan beberapa poin penting berkenaan

Search Engine Optimization (SEO) termasuklah Strategi Memaksimakan

Penstrukturan Web, Backlinks juga pemasaran SEO menggunakan blog.

Harapan saya, ebook ini dapat membantu ramai pembaca memahami SEO dan

mengaplikasikannya dalam perniagaan internet masing-masing.

Selamat membaca dan semoga mendatangkan manfaat. Amin.

Sekian.

Firdaus Latib

Kuala Lumpur

Page 8: Seni SEO

7

1 | APAKAH ITU SEO?

Page 9: Seni SEO

8

BAB 01 - Apakah itu SEO?

Menurut Seomoz.org, SEO adalah singkatan daripada Search Engine

Optimization, iaitu sejenis proses optimasi enjin carian yang dilakukan ke atas laman

web/blog. Apabila anda melakukan carian di Internet, maka enjin carian inilah yang

akan menjalankan tugasnya untuk memaparkan carian yang anda inginkan.

Tugas SEO adalah memaparkan carian yang anda inginkan di Internet.

Syarikat-syarikat enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing, memainkan

dua peranan penting dalam SEO. Dua peranan penting itu adalah:

1. Crawling dan indexing

2. Menyediakan maklumat relevan yang dicari pengguna.

Page 10: Seni SEO

9

Crawling dan Indexing

Setiap enjin carian mempunyai peranti mereka tersendiri yang dipanggil

crawlers atau spiders. Tugas peranti ini adalah mencari data-data penting yang

diperlukan, khususnya berbentuk pautan (links), bagi meletakkan laman web itu

dalam kedudukan yang relevan di enjin carian.

Proses ini agak kompleks kerana peranti tersebut akan mengkaji berbilion-

bilion laman web yang wujud di seluruh dunia, dan laman web-laman web tersebut

akan dipilih mengikut ketetapan sistem syarikat enjin carian. Ini dapat dilihat

menerusi Google, Yahoo dan Bing, yang mengeluarkan carian berbeza kepada

pengguna apabila carian yang sama dilakukan.

Enjin carian juga perlu sentiasa mengemaskini data laman web mereka. Ini

bagi mengelakkan berlakunya rasa tidak puas hati pengguna terhadap proses SEO

yang dijalankan oleh enjin carian berkenaan. Berdasarkan kajian yang dilakukan,

pengguna mengharapkan carian yang ditaip menerusi enjin carian akan keluar

dalam masa 3 hingga 4 saat sahaja.

Menyediakan Maklumat Relevan Yang

Dicari Pengguna

Apabila anda mencari maklumat menggunakan Internet, tugas enjin carian

adalah memastikan maklumat yang dipaparkan dalam keputusan carian adalah

relevan dan berguna.

Sebagai contoh, apabila anda menaip perkataan ‘senarai kedai buku di

Malaysia’, maka enjin carian akan menghimpunkan data dari berbilion-bilion laman

web, untuk memastikan mereka memaparkan maklumat yang relevan dengan carian

senarai kedai buku di Malaysia.

Page 11: Seni SEO

10

Enjin carian akan menghimpunkan data dari berbilion laman web bagi memastikan

keputusan yang dicari adalah relevan.

Sebelum wujudnya persaingan sengit antara dua enjin carian terbesar iaitu

Yahoo dan Google, enjin carian tidak begitu mementingkan dua elemen yang

dikehendaki oleh pengguna ketika mereka melakukan carian di Internet. Kedua-dua

elemen tersebut adalah:

• Relevansi.

• Kepentingan.

Ini kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kedua-dua elemen di

atas. Salah satu faktor yang wujud adalah kekurangan maklumat yang disediakan

oleh laman web dalam Internet. Ini menyebabkan enjin carian sukar mengenalpasti

sama ada sesebuah laman web itu mempunyai maklumat yang diperlukan pengguna

atau sebaliknya.

Namun ketika bermulanya era Google dan Yahoo sebagai peneraju enjin

carian, kini terdapat beratus-ratus cara untuk mengoptimasikan enjin carian yang

Page 12: Seni SEO

11

mereka gunakan bagi mengenalpasti laman web anda wajar diletakkan dalam

halaman pertama carian atau sebaliknya agar ia menepati carian yang dilakukan

oleh pengguna.

Dapatkan versi penuh di laman berikut:

http://www.educatticmind.com/ebook-seniseo/

(c) Hak Cipta Terpelihara

Page 13: Seni SEO

12