seni khat sebagai satu bentuk zikir visual

11
SENI KHAT SEBAGAI SATU BENTUK ZIKIR VISUAL Ruzaika Omar Basaree Hasnul Jamal Saidon Sinopsis Kesenian dalam Islam mempunyai hubungkait dengan pembangunan akal budi manusia. Ia bertujuan menggariskan sesuatu yang sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia yang berpandukan pada batas-batas syariah yang bersifat ibadah. Selain daripada membentuk seseorang itu menjadi seorang yang baik dan beradab, ianya juga berperanan sebagai perantara yang amat berkesan untuk berdakwah. Pengamalan seni seharusnya menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah swt. Ianya mesti bermatlamatkan kepada perkara-perkara yang bersifat ma’ruf iaitu kebaikan dan berakhlak. Fungsi kesenian Islam adalah sama dengan akal kerana dengannya manusia menyedari kaitan antara alam, ketuhanan dan kerohanian serta menyedari tentang keagungan Allah swt dan keunikan ciptaanNya. Islam itu adalah cara hidup yang menekankan kepada keindahan dan kesenian. Kesenian Islam menumpukan pada karya hasil ciptaan yang berkaitan dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Kesenian ini yang berlandaskan tauhid merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt yang cintakan kepada keindahan. Sebagai contoh, seni khat, seni tulisan yang suci dan paling mulia itu menumpukan pada keindahan ayat-ayat al-Qur’an. Ianya diserlahkan lagi dengan sentuhan kehalusan tulisan yang memberi ketenangan di jiwa manusia dengan fitrah yang berdasarkan kecintaan kepada sesuatu yang indah. Seni khat boleh dianggap sebagai seni “transcendental”, iaitu seni yang menjangkaui pengetahuan manusia dengan hasil seni yang diungkapkannya melalui nilai kebenaran yang kekal abadi. Nilai kebenaran ini yang membuat seni khat itu hidup, segar dan menghayati sanubari penonton pada setiap masa di sepanjang zaman. Tulisan ini akan membincangkan seni khat sebagai satu bentuk ekspresi zikir visual, kerana ianya dibaca dan dikaitkan terus menerus dengan ayat-ayat al-Qur’an. Ini adalah kerana zikir visual itu mengutarakan kepada perkara-perkara yang menyentuh tentang ketuhanan yang berkait dengan gegiatan berwirid.

Upload: along

Post on 11-Aug-2015

72 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

(:

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Khat Sebagai Satu Bentuk Zikir Visual

SENI KHAT SEBAGAI SATU BENTUK ZIKIR VISUAL

Ruzaika Omar Basaree Hasnul Jamal Saidon

Sinopsis

Kesenian dalam Islam mempunyai hubungkait dengan pembangunan akal budi manusia. Ia bertujuan menggariskan sesuatu yang sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia yang berpandukan pada batas-batas syariah yang bersifat ibadah. Selain daripada membentuk seseorang itu menjadi seorang yang baik dan beradab, ianya juga berperanan sebagai perantara yang amat berkesan untuk berdakwah. Pengamalan seni seharusnya menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah swt. Ianya mesti bermatlamatkan kepada perkara-perkara yang bersifat ma’ruf iaitu kebaikan dan berakhlak. Fungsi kesenian Islam adalah sama dengan akal kerana dengannya manusia menyedari kaitan antara alam, ketuhanan dan kerohanian serta menyedari tentang keagungan Allah swt dan keunikan ciptaanNya.

Islam itu adalah cara hidup yang menekankan kepada keindahan dan kesenian. Kesenian Islam menumpukan pada karya hasil ciptaan yang berkaitan dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Kesenian ini yang berlandaskan tauhid merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt yang cintakan kepada keindahan. Sebagai contoh, seni khat, seni tulisan yang suci dan paling mulia itu menumpukan pada keindahan ayat-ayat al-Qur’an. Ianya diserlahkan lagi dengan sentuhan kehalusan tulisan yang memberi ketenangan di jiwa manusia dengan fitrah yang berdasarkan kecintaan kepada sesuatu yang indah.

Seni khat boleh dianggap sebagai seni “transcendental”, iaitu seni yang menjangkaui pengetahuan manusia dengan hasil seni yang diungkapkannya melalui nilai kebenaran yang kekal abadi. Nilai kebenaran ini yang membuat seni khat itu hidup, segar dan menghayati sanubari penonton pada setiap masa di sepanjang zaman. Tulisan ini akan membincangkan seni khat sebagai satu bentuk ekspresi zikir visual, kerana ianya dibaca dan dikaitkan terus menerus dengan ayat-ayat al-Qur’an. Ini adalah kerana zikir visual itu mengutarakan kepada perkara-perkara yang menyentuh tentang ketuhanan yang berkait dengan gegiatan berwirid.

Page 2: Seni Khat Sebagai Satu Bentuk Zikir Visual

1. Seni Khat:

“ …penjasadan visual segala kehabluran realiti kerohanian (al-haqa’iq)

yang mengandungi wahyu Islam…memberikan penggunaan abadi

segala qalam Allah dalam duniawi ini” 1

Dalam peradaban Islam,seni khat menggambarkan kehalusan seni dan ketamadunan

yan tinggi. Seni khat dan cara pembentukannya dalam bahasa Arab itu bermaksud

garisan geometri. Ini adalah kerana ia mempunyai disiplin bentuk dan kadar banding

hurufnya dikuasai oleh kadar banding matematik. Bagi mencapai daya imajinasi

yang menarik ianya disusun dengan berbagai pengolahan seperti bersegi, bulat dan

seterusnya. Gerak baris susunan dari bahagian yang tegak, baring dan melengkung

serta huruf-huruf yang dipanjang pendikkan alunan pergerakannya membangkitkan

lagi irama visual dalam seni. Pengucupan berbentuk geometri ini selain daripada

menekankan ajaran tauhid yang merujuk kepada kebenaran ia juga memancarkan

tentang keindahan. Dengan ini, tidak keterlaluanlah sekiranya keindahan seni khat

itu sebenarnya adalah pancaran dari kebenaran.

Seni khat bermula ketika turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi

MuhammadS.A.W. Sejak itu masyarakat Islam mula memberi perhatian yang khusus

terhadap bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya berkembang dan bukan hanya

boleh dibaca malahan ianya lebih bersistematik dan menarik lantaran keindahan

gaya serta lengkokan bentuk huruf-hurufnya. Peranannya yang teragung ialah

apabila digunakan untuk menulis wahyu Allah bagi tatapan seluruh umat Islam, yang

menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari

al-Qur'an itu sendiri. Seni khat Islam menekankan tauhid secara estetik samaada

dari segi isi maupun bentuknya. anya digunakan sebagai salah satu motif abstrak

penting bagi menghasilkan rekaan corak yang berbentuk infiniti.

1 Seyyed Hossein Nasr, Islamic Art and Spirituality, State University of New York Press: 1987,

muka 18.

Page 3: Seni Khat Sebagai Satu Bentuk Zikir Visual

2. Zikir

Zikir dilakukan dengan menyebut nama Allah atau ayat suci Al-Qur'an berulang kali

dalam jumlah dan waktu yang tertentu. Zikir merupakan salah satu ajaran penting

yang mendapat penekanan, baik dalam al-Qur’an maupun hadis. Zikir yang lebih

dikenali dalam masyarakat adalah zikir lisan, iaitu zikir yang menyebut nama Allah

dengan membaca tasbih (subhanallah), tahlil (la ilaha illallah), tahmid

(alhamdulillah), takbir (allahu akbar), dan seterusnya. Zikir juga menimbulkan

kesadaran untuk selalu berdamping dan berdekatan dengan Allah, seperti

firmanNya:

(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikirullah mengingat Allah. Ketahuilah dengan zikirullah itu hati manusia menjadi tenang.2 S. Al-Ra’d (13): (28)

Manusia secara fitrah memang sukakan kesempurnaan dan keindahan. Al-Kamal

dan Al-Jamal kedua-dua nama Allah pada hakikatnya adalah puncak segala

kesempurnaan dan keindahan. Zikir yang dihayati dalam kehidupan manusia boleh

membentuk dan mewujudkan kesejahteraan, keilmuan, keharmonian, keadilan dan

seterusnya.

Banyak sekali ayat-ayat al-Qur’an yang menyuruh umat Islam berzikir kepada Allah

SAW. Satu diantaranya ialah:

Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.3

S. Al-Ahzab (33): (41)

Zikir merupakan salah satu daya bagi mendekatkan lagi diri kepada Allah SAW,

sepertimana firmanNya:

Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi syari’at-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan ni’mat-Ku).4 S. Al-Baqarah (2): (152)

2 Dirujuk pada Al Our’an Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Times

Offset, Shah Alam: 2006, ms 255. 3 Rujukan yang sama, ms 432. 4 Rujukan yang sama, ms 23.

Page 4: Seni Khat Sebagai Satu Bentuk Zikir Visual

3. Zikir Visual

Pembentukan abstrak dan seni khat yang dipengaruhi ajaran al-Qur’an, boleh dianggap sebagai satu latihan zikir visual, bagi renungan mencari ketuhanan yang menjangkaui pengalaman manusia menerusi bentuk nyata.5

Zkir visual adalah gabungan penggunaan nama Allah, ayat-ayat suci, dan doa

melalui tulisan khat yang diulang beberapa kali dalam satu karya seni visual. Seni

khat dengan elemen pengulangan ini merupakan ekspresi zikir visual, kerana

pembacaan dan kaitannya yang terus menerus dengan ayat-ayat Allah. Semakin

canggih kemampuan manusia berzikir, semakin dalam lagi kepekaan mata batinnya.

Konsep kesimetrian dalam matematik serta keseimbangan dan pengulangan yang

selalu digunakan dalam seni khat boleh memapar dan menghasilkan keindahan ayat-

ayat al-Qur’an. Selain daripada itu zikir visual juga menekankan pada perkara-

perkara yang menyentuh tentang ke Esaan dan ke Agungan Tuhan, ia berkait rapi

dengan kegiatan berwirid. Seni khat yang selain daripada menggunakan bahasa

suci, ia juga memaparkan gubahan komposisi tulisan serta lukisan yang amat indah.

4. Seni Zikir Visual

Kertas ini adalah satu tinjauan untuk mengkaji seni khat yang berbentuk zikir visual.

Ia mempunyai paduan erat di antara isi dan bentuk ia itu pertamanya ia

bersumberkan pada al-Qur’an sebagai inspirasi kerohanian dan nilai bentuk estetik

yang menarik. Salah satu proses keseimbangan dan pengulangan yang akan dikaji

adalah berdasarkan kepada seni khat yang di hasilkan Fayeq S. Oweis.

Beliau menyusun perkataan Allah dalam rupa geometrik bagi membentuk bintang

lapan penjuru. Berikut digambarkan setiap peringkat imej Allah itu disusun.

5 Kenneth M. George (University of Wisconsin. Madison; [email protected]): Dzikir and the Acehnese Dead: Notes on the Predicaments of Islamic Visual Culture in Contemporary Indonesia. (March 2006).

Page 5: Seni Khat Sebagai Satu Bentuk Zikir Visual

GAMBAR 1: Huruf Allah

GAMBAR 2: Huruf Allah Sebagai Imej Cermin Terbalik (Tegak)

GAMBAR 3: Huruf Allah Diterbalikkan Imej Cermin Tegak, Mendatar dan Berbentuk Empat Segi

Page 6: Seni Khat Sebagai Satu Bentuk Zikir Visual

GAMBAR 4 Imej Allah Dijadikan Sebagai Satu Unit

GAMBAR 5 Unit-Unit Imej Allah Disusun Dalam Bentuk Empat Segi Bagi Mendapatkan Bentuk Bintang

Page 7: Seni Khat Sebagai Satu Bentuk Zikir Visual

GAMBAR 5

FAYEQ S. OWEIS, “ALLAH” (2001)

Page 8: Seni Khat Sebagai Satu Bentuk Zikir Visual

BEBERAPA CONTOH SENI KHAT YANG DIANGGAP BERBENTUK ZIKIR VISUAL

GAMBAR 6

SEBAHAGIAN DARIPADA KAIN KISBAH YANG MENUTUPI KA’ABAH

Page 9: Seni Khat Sebagai Satu Bentuk Zikir Visual

GAMBAR 7

CORAK GEOMETRIK DAN SENI KHAT ISLAM ABAD 19 (KOLEKSI SIR CAM)

Page 10: Seni Khat Sebagai Satu Bentuk Zikir Visual

GAMBAR 8

PONIRIN AMIN, “ALLAH” (2006)

Page 11: Seni Khat Sebagai Satu Bentuk Zikir Visual

RUJUKAN

1. A. D. Pirous, Melukis itu Menulis, Penerbit ITB, Bandung: 2003.

2. Al-Qur’an Munshaf dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Times Offset,Shah Alam: 2006.

3. Anthony Welch, Calligraphy in the Arts of the Muslim World, The Asia

Society, New York: 1979. 4. Gabriel Mandel Khan, Arabic Script – Styles, Variants and Calligraphic

Adaptations, Abbeville Press Publishers, New York: 2001.

5. Kenneth M. George, Dzikir and the Acehnese Dead: Notes on the Predicaments of Islamic Culture in Contemporary Indonesia, University of Wisconsin, Madison: 2006.

6. Seyyed Hossein Nasr, Islamic Art and Spirituality, State University of New

York Press: 1987.

7. Katalog Kesenian Islam: Suatu Perspektif Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur: 1995.

8. Katalog Pameran Seni Lukis & Seni Khat, Pameran Tamaddun Islam, Balai

Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur: 1984.

9. Katalog Pameran Seni Khat Antarabangsa, Hamid Al-Amidi, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur: 1988.

10. Fayeq S. Oweis, San Francisco, California, (Copyright © 2008, All rights

reserved. (email:[email protected])