seni bina

6
Huraikan konsep dan ciri-ciri seni bina islam kerajaan Andalusia abad ke-13 Masihi Pendahuluan : § Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan , reka bentuk , reka letak yang dibina oleh manusia. § Alfred Frazer berpendapat , seni bina islam merupakan gambaran dari sudut agama , dan tumpuannya ialah pada bangunan masjid , madrasah , istana, pasar , dan rumah kediaman. § Seni bina islam merupakan gabungan unsur-unsur daripada bangsa parsi , Roman , Turki dan Byzantine. § Merupakan hasil usaha serta kreativiti orang islam untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani memandangkan kejiwaan manusia sangat dipengaruhi oleh rohaninya. Isi-isi penting : 1. KONSEP SENI BINA ISLAM § Unsur seni bina islam mula bertapak di Cardova dan bandar-bandar lain di Andalusia yang meliputi bangunan , masjid , istana dan taman yang mempunyai ciri-ciri keislaman. § Menjadi kelaziman bagi kaum muslimin untuk membina masjid ketika membuka sesuatu Bandar. 2. MEMPUNYAI MENARA TINGGI § Menara ialah tempat muazzin melaungkan azan dan dibina tinggi dengan maksud untuk memanggil orang ramai melakukan sembahyang

Upload: kutukuku

Post on 04-Sep-2015

49 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

SEJARAH STPM P2

TRANSCRIPT

Huraikan konsep dan ciri-ciri seni bina islam kerajaan Andalusia abad ke-13 Masihi

Pendahuluan : Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan , reka bentuk , reka letak yang dibina oleh manusia. Alfred Frazer berpendapat , seni bina islam merupakan gambaran dari sudut agama , dan tumpuannya ialah pada bangunan masjid , madrasah , istana, pasar , dan rumah kediaman. Seni bina islam merupakan gabungan unsur-unsur daripada bangsa parsi , Roman , Turki dan Byzantine. Merupakan hasil usaha serta kreativiti orang islam untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani memandangkan kejiwaan manusia sangat dipengaruhi oleh rohaninya.Isi-isi penting :

1. KONSEP SENI BINA ISLAM

Unsur seni bina islam mula bertapak di Cardova dan bandar-bandar lain di Andalusia yang meliputi bangunan , masjid , istana dan taman yang mempunyai ciri-ciri keislaman. Menjadi kelaziman bagi kaum muslimin untuk membina masjid ketika membuka sesuatu Bandar.

2. MEMPUNYAI MENARA TINGGI

Menara ialah tempat muazzin melaungkan azan dan dibina tinggi dengan maksud untuk memanggil orang ramai melakukan sembahyang berjemaah di masjid atau suara muazzin itu kedengaran sampai ke tempat jauh. Kebanyakan menara di Andalusia berbentuk segi empat dan dipanggil murabba.yang memperlihatkan gaya yang dipinjam daripada masjid-masjid di Syria. Menara-menara yang dibina di istana merupakan satu ciri seni bina islam di Andalusia. Sebagai contoh , di sekeliling dinding Alhambra terdapat menara-menara yang megah sebanyak 13 buah da nada antaranya menjangkau 26 meter.

3. TEKNIK PENCAHAYAAN

Dititikberatkan agar isi bangunan lebih terdedah kepada pancaran cahaya yang tidak terik mahupun tidak terlalu kurang sehingga menyebabkan ruang dalam sesebuah bangunan nampak muram. Dengan sistam pencahayaan yang baik dalam seni bina islam , bangunan yang dibina kelihatan lebih cerah , hening , dan tenang. Jesteru itu bangunan-bangunan yang dibina di Andalusia sama ada masjid atau istana mengambil kira soal pancaran cahaya yang menembusi sesuatu bangunan itu.

4. TEMPAT TERBUKA ATAU TAMAN DALAM BANGUNAN

Kawasan terbuka atau diletakkan di tengah-tengah Bandar atau di dalam bangunan yang dipenuhi dengan pokok-pokok untuk memberi bekalan oksigen yang segar dan menapis udara kotor di sekeliling. Selain itu, pemandangan taman yang indah juga dapat menenangkan jiwa. Di Alhambra misalnya , terdapat taman-taman yang dilengkapi dengan kolam dan pancutan air.

5. SENI UKIR ISLAM

Turut berkembang pesat pada zaman pemerintahan kerajaan-kerajaaran islam di Andalusia. Ukiran-ukiran yang mempamerkan seni khat dan corak geometri merupakan ciri utama seni bina di Andalusia. Ukiran dan hiasan berbentuk ayat-ayat al-Quran , hadis-hadis dan kata-kata hikmat menghiasi dinding-dinding istana dan masjid. Sebagai contoh , di istan Alhambra iaitu di dinding masjid dipenuhi dengan hiasan ukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat menggunkan tulisan arab seperti al-Qudratu billah , al-mulku lillah dan La ghaliba illaalah.

Penutup :

Zaman pertengahan merupakan zaman perkembangan dan kegemilangan seni bina islam. Istana Alhambra boleh disaksikan sehingga hari ini hasil daripada tinggalan teknologi silam dalam bidang seni bina dan seni ukir. Ini membuktikan bahawa betapa besarnya jiwa dan kemahiran umat islam pada masa lampau.

Huraikan ciri-ciri seni bina Islam kerajaan India abad ke-16 hingga ke-17 M.

Pendahuluan: Seni bina merupakan salah satu kegiatan seni yang digalakkan oleh agama islam disebabkan sifat agama islam yang menyukai sesuatu yang indah. Islam bertapak di India sejak abad ke-10 M.Kerajaan Islam pertama di India diasaskan oleh Sultn Mahmud Ghaznawi (997-1030 M ) yang berketurunan Turki diikuti Sultan Mahmud Ghori (1175-1206 M). India seterusnya diperintah oleh kesultanan Delhi (1206-1526 M ) Walaupun terjadinya pertembungan budaya antara Islam dan budaya tradisional India, segala budaya tempatan tetap diterima dengan mudah oleh Islam. Maharaja Akbar dan Syah Jahan merupakan pemerintah yang aktif dalam menyumbang kepada perkembangan seni bina Islam di India.

Isi-isi penting: Salah satu ciri seni bina ialah pembinaan istana dan masjid dalam sebuah kompleks yang mengandungi pelbagai kemudahan. contohnya, kompleks Fatehpur Sikri,iaitu sebuah Bandar yang didirikan oleh akbar pada pertengahan abad ke-16 M.kompleks ini mengandungi istana, pentadbiran dan perbendaharaan, bangunan sekolah, kawasan permainan, masjid, gerbang, tempat persinggahan musafir, dewan, rumah-rumah pekerja, hospital ,dan bilik rekod. begitu juga dengan kubu agra yang mengandungi pelbagai kemudahan termasuk masjid dan istana. Bahan-bahan binaan untuk membina masjid dan monumen lain ada yang menggunakan bahan-bahan seni bina hindi terutamanya bekas pembinaan candi-candi hindu.Misalnya terdapat tiang-tiang masjid yang dibina msih menunjukkan ukiran-ukiran unsur hindu secara jelas. hal ini terjadi kerana bahan-bahan binaan yang digunakan diambil daripada peninggalan bangunan-bangunan candi. contohnya, masjid tertua delhi,masjid qutubbudin. gapura (pintu gerbang) pada dinding bahagian depan yang berhadapan dengan dinding yang mengarah ke kiblat masih mempamerkan ciri-ciri bangunan ala-india. Dari segi bahan binaan pula, kebanyakannya mahal dan bermutu tinggi. Bumbung,kubah dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih serta seni mozek yang indah.sebanyak 43 jenis batu permata termasuk berlian,jed,Kristal,topaz dan nilam telah digunakan untuk menghasilkan bangunan yang diiktiraf salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bentuk-bentuk binaan lebih memperlihatkan penonjolan ciri-ciri tempatan. Sejak kerajaan Monghul memerintah, seni bina islam di india banyak menerapkan ciri-ciri dan gaya seni Parsi.selain minat yang mendalam dalam bidang seni,pemerintah-pemerintah monghul pernah diasuh oleh ahli-ahli seni dari parsi.akbar pernah diasuh oleh dua orang pelukis terkenal parsi,iaitu mir sayyid ali dan abd al-samad.kedua-dua pelukis ini kemudiannya dilantik menjadi pelukis istana. Seni bina Islam juga mempunyai menara yang tinggi. menara Qutubminar misalnya mencecah 70 meter tinggi dan terdiri daripada lima tingkat. selain itu,terdapat empat menara yang mempunyai ketinggian lebih kurang 46 meter menghiasi setiap penjuru Taj Mahal. Bentuk binaan masjid di India umumnya menyerupai bentuk masjid lapangan yang dilengkapi dengan Gapura yang dihiasi indah dengan motif-mitif arab.Misalnya Taj Mahal merupakan bangunan yang didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkung yang menawan. Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India berunsurkan jambangan bunga atau geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Monumen lain yang terdapat pada kekuasaan kerajaan Moghul ialah kubur atau tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya. bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan bahan-bahan merah yang kekal lama.kabiasaanya bangunan berkenaan dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian,iaitu terpisah dari bangunan yang menjadi induknya.

Penutup: Seni bina di india dipengaruhi oleh seni bina parsi. Selain andalusia ,india juga sehingga kini menjadi sebutan kerana meninggalkan kesan yang cukup membanggakan dalam aspek seni bina.