seni 2013

Upload: ezzani82

Post on 02-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SENI

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merupakan satu mata pelajaran yang melibatkan empat bidang iaitu menggambar,membentuk dan membuat binaan, mengenal kraf tradisional serta membuat corak dan rekaan. Pendidikan Seni Visual menitik beratkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kretiviti individu, persepsi, imiginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik dan berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak boleh mempertingkat dan menpertajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni.

Menurut Daoed Yoesoef (1980 ) seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas professional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan. Secara umumnya tugas profesional guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui oleh murid-murid. Tugas manusiawi pula ialah tugas-tugas mendidik anak-anak murid agar menjadi manusia yang berguna. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah tranformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula lebih kepada sikap guru sebagai warganegara yang baik dalam melaksanakan tanggungjawab kepada bangsa dan Negara.

Setiap guru Pendidikan Seni Visual sewajarnya telah melalui latihan profesional dan semestinya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikan kepada anak didik di sekolah. Seseorang itu sukar untuk dianggap sebagai guru seni yang cemerlang sekiranya tidak menguasai pengetahuan seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang . Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar. Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator dan pemudah cara bagi meningkatkan lagi kepekaan, kretiviti, daya imiginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.2.0 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual

Di sini akan diterangkan beberapa peranan guru Pendidikan Seni Visual. Guru pendidikan seni visual berperanan sebagai pengurus. Pengurus bermaksud guru perlu menjalankan tugas-tugas pengawasan serta tugas-tugas yang berkaitan untuk mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh guru Pendidikan Seni Visual ialah menguruskan rutin bilik seni, menguruskan murid-murid supaya menyiapkan tugasan yang diberi, menguruskan murid-murid mematuhi peratuaran bilik seni, mengurus keadaan fizikal bilik seni, mengurus aktiviti kumpulan, mengurus karya dan hasil kerja murid, mengurus sumber alat serta bahan pendidikan seni visual, mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistemetik dan menguruskan serta mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni yang menyeronokkan.

Guru Pendidikan Seni Visual juga berperanan sebagai pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru Pendidikan Seni Visual berperanan memberikan pengetahuan baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mengcungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Sebagai pembimbing seorang guru Penddikan Seni Visual itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh jika seorang guru itu mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di dasar laut, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di dasar laut. Kemudian guru perlu membimbing murid melukis gambar tersebut dengan memberikan pengetahuan-pengetahuan baru mengenai perkara tersbut. Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual iaitu bersopan santun, menghormati pandangan murid, peramah, jujur dan prihatin.

Selain itu guru Pendidikan Seni Visual juga berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat murid-murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang isi pelajaran yang disampaikan. Selain itu, motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh guru Pendidikan Seni Visual untuk memotivasikan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual. Antaranya ialah memberikan komen yang positif pada karya murid, mewujudkan persaingan yang positif dan berkerjasama dikalangan murid dan murid diberi peluang untuk memilih alat dan bahan yang boleh digunakan serta bersesuaian dengan pelbagai aktiviti Seni Visual yang diajar. Guru boleh mempamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan untuk merangsang dan menarik minat murid dalam menghasilkan lebih banyak lagi karya seni yang cantik dan berkualiti. Guru Pendidikan Seni Visual juga boleh menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memotivasikan murid-murid. Guru seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat dan penerimaan murid. Selain itu guru Pendidikan Seni Visual pula perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang diberikan oleh murid dan sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual haruslah mengelakkan daripada mengkritik keterlaluan karya murid sehingga murid patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya dan guru juga boleh memberikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

Peranan lain yang perlu ada pada guru Pendidikan Seni Visual ialah sebagai pemudah cara. Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang, guru perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah difahami oleh murid-murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara. Contohnya, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat poster mengenai Hari Kemerdekaan. Seperti yang diketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar jika guru tidak memberikan bantuan sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan, guru bolehlah bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyediakan perkataan yang sesuai untuk membuat poster tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang disediakan oleh guru. Dengan cara ini murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat poster.

Akihrnya, guru Pendidikan Seni Visual berperanan menjadi individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru Pendidikan Seni Visual seharusnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu Seni Visual kepada murid-murid secara berkesan. Apabila seseorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh guru Pendidikan Seni Visual adalah merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid, merangsang murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam kelas, memahami dinamika kumpulan, membantu murid-murid mengembangkan ilmu seni, menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual mereka dan dapat mengubah serta menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik perhatian murid-murid. Guru Pendidikan Seni Visual sekolah rendah yang baik juga sepatutnya mengetahui psikologi yang ada pada diri kanak-kanak selain daripada peranan guru seperti yang dinyatakan. Terdapat beberapa teori berkaitan psikologi kanak-kanak yang boleh dipraktikkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Seni Visual. Antaranya ialah teori Jean Piaget. Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergsntung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. Perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu factor keturunan dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semulajadi untuk belajar. Jean Piaget memandang kecerdikan sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan orang lain di persekitarannya.

3.0 Teori Kecergasan Pelbagai Howard Gardner (1983)

Teori Kecergasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983). Gardner menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti. Gardner beranggapan, kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut iaitu pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan tidak mengalah, memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi, menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan, membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal serta menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang suka mencabar autoriti.Kebenarannya, psikologi kanak-kanak dapat dikesan daripada beberapa teori yang sinonim dengan kerjaya seorang guru antaranya ialah Teri Jean Piaget, Teori Vygotsky dan Teori Kecergasan Pelbagai. Daripada teori-teori yang dinyatakan ini dapatlah dirumuskan bahawa teori-teori ini dapat memberi inspirasi dan panduan berguna kepada guru Pendidikan Seni Visual kerana dapat memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid. Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu untuk mengatasi kelemahan atau kekurangan di dalam perkembangan pemikiran murid, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti . Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imiginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraftangan, muzik, drama, membentuk arca dan sebagainya. Kesimpulannya, sebagi seorang guru Pendidikan Seni Visual perlulah mengetahui bahawa kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik akan membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

Guru Pendidikan Seni Visual haruslah mengetahui kreativiti yang ada pada diri murid-muridnya. Kreativiti adalah proses dimana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya akanmencari produk baru atau original yang memadai. Penting untuk disedari oleh guru Pendidikan Seni Visual bahawa kreativiti adalah satu proses. Terdapat dua jenis kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang berlaku secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitk pula adalah apa yang mereka gunakan, yang apabila merancang untuk sesuatu tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kedua-dua jenis kreativiti ini.

Kreativiti biasanya bersifat fleksibel. Murid-murid yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan yang tinggi. Murid-murid yang kreatif juga sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik. Hasil kerja mereka berdasarkan cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa. Selain itu murid-murid yang kreatif juga bersifat terbuka didalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik. Mereka juga peka dan sering berfikir secara logik dan rasiona serta tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara bahkan sangat menghargai dan menghormati masa. Mereka mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang sesuatu. Murid yang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

4.0 Kaedah Laura Chapman

4.1 Kaedah Penjanaan Idea

Menurut Laura Chapman terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk mengembangakan kreativiti kanak-kanak. Kaedah yang pertama ialah kaedah penjanaan idea. Di dalam kaedah menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Yang nyata, proses ini agak lambat dan memakan masa. Di dalam kelas guru berperanan menerangkan kepada murid tentang kaedah menjana idea. Pengolahan dan pemurnian setiap idea hendaklah dilakukan bagi mendapatkan kesan visual. Ia demi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih oleh murid bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Berdasarkan contoh karya yang dihasilkan oleh murid, beberapa percubaan dilakukan untuk menguji idea yang ada pada murid berdasarkan pengalaman sedia ada. Pada peringkat awal guru hanya meminta murid melukis pokok bunga yang terdapat didalam pasu tetapi murid menghasilkan karya dengan mengambil masa yang lama dan karya yang dihasilkan kurang berkualiti. Percubaan seterusnya ialah guru menerangkan perkara-perkara yang perlu ada dalam karya dan murid boleh mennghasilkan karya dengan lebih baik. Ini terbukti, dalam konteks Pendidikan Seni Visual dan kaedah penjanaan idea ,guru perlu membimbing murid dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya. Guru juga boleh menggunakan pendekatan menunjukkan contoh karya yang talah siap kepada murid-murid diperingkat yang lebih rendah untuk menjana idea yang ada pada mereka . Sekiranya kaedah ini diabaikan, kemungkinan murid tidak mampu menghasilkan karya dan menimbulkan rasa bosan dalam diri murid sekaligus membuatkan murid tidak berminat dengan Seni Visual. Bukan semua murid yang dilahirkan berbakat dan bakat boleh dipupuk jika betul caranya.4.2 Kaedah Pengolahan dan Pemurnian

Kaedah pengolahan dan pemurnian pula bermaksud cara-cara yang perlu digunakan untuk mendapatkan hasil seni yang lebih baik setelah murid dapat melukis dengan idea-idea yang diberikan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap sesuai kerana proses pengolahan dan pemurnian bermaksud pengulangan beberap kali karya yang sama bagi mendapatkan hasil terbaik. Contoh yang diberikan ini merupakan karya murid yang dilakukan pada kali yang kelima. Murid melukis perkara yang sama sehingga mendapat hasil yang terbaik seperti contoh yang diberikan. Apabila proses ini dilakukan, secara tidak langsung murid didedahkan untuk mempunyai pengamatan yang mendalam terhadap ketelitian.4.3 Kaedah Olahan BahanKaedah ketiga yang disarnkan oleh Laura Capman ialah kemahiran menggunakan bahan, pelbagai bahan boleh digunakan untuk meghasilka karya. Contohnya, pensel warna, pen, warna air, cat minyak, arang dan sebaginya. Pemilihan bahan biasanya bergantung kepada orang yang menghasilkan karya dan ada juga yang menghasilkan karya dengan mencampurkan beberapa jenis bahan. Pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan karya. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Seni Visual Sekolah Rendah murid biasanya menggunakan bahan seperti warna air, pensel warna dan krayon. Semasa menggunakan bahan guru perlu membimbing murid tentang cara penggunaan serta penghasilannya. Guru juga perlu menerangkan mengenai keselamatan diri murid jika murid menggunakan alatan yang berbahaya. Contohnya seperti gunting. Biasanya teknik penggunaan bahan dijelaskan oleh guru melalui demontrasi dan tunjuk cara terlebih dahulu supaya murid dapat membuat pemilihan bahan yang boleh menghasilkan makna dan nilai tersendiri. Berdasarkan contoh karya yang diberikan, murid cuba bereksperimentasi dengan menggunakan tiga jenis bahan iaitu warna air, pensel warna dan dakwat. Guru hanya melihat dan memberikan bimbingan kepada murid dalam usaha tidak mahu menyekat kreativiti yang ada pada murid dan terhasillah karya seperti contoh yang diberikan.5.0 Unsur-unsur SeniSelain daripada kaedah-kaedah yang disarankan oleh Laura Chapman, dalam penghasilan kaya seni unsur-unsur seni tidak boleh ditinggalkan. Unsur seni merupakan elemen yang paling asas dan penting dalam mencipta segala bentuk karya Seni Visual. Terdapat enam unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna.5.1 Unsur Garisan

Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi pelbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam Seni Visual. Terdapat pelbagai jenis garisan. Contohnya tebal, nipis, beralun, belingkar dan sebagainya dan biasanya garisan akan memberikan kesan visual tertentu. Berdasarkan karya yang diberikan, murid banyak menggunakan garisan lurus untuk menggambarkan keadaan yang teguh dan stabil pada karyanya. Murid juga menggunakan garisan tebal dan rapat serta nipis dan jarang untuk menggambarkan ton gelap dan ton cerah. Garisan melengkung digunakan oleh murid untuk menggambarkan sedikit ruang dan pergerakan pada gambar yang dihasilkan.

Unsur seni iaitu rupa juga digunakan oleh murid dalam karyanya. Rupa mesti mempunyai garisan luar dan sempadan yang mengelilinginya. Rupa boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu rupa geometri, rupa organik, rupa positif dan rupa negatif. Murid ini menggunakan rupa organic dalam olahan karyanya. Apabila olahan rupa organik digunakan ia dapat memberikan gambaran visual yang rancak, bebas, spontan dan berirama.

5.2 Unsur Bentuk

Seterusnya ialah unsur bentuk, bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk konkrit ialah bentuk objek sebenar yang bersifat tiga dimensi dan dapat dilihat, disentuh dan dirasa. Karya murid ini berbentuk ilusi kerana pada kebiasaannya lukisan dan catan yang dihasilkan mesti berbentuk ini kerana bersifat dua dimensi. Karya murid ini dapat menggambarkan bentuk ilusi dengan baik apabila unsur jalinan, warna, ton, garisan dan ruang digunakan.

5.3 Unsur Jalinan

Unsur seni yang seterusnya ialah jalinan. Jalinan bermaksud kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan sesuatu benda. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Berdasarkan contoh karya yang diberi, murid menghasilkan karya berbentuk lukisan dan jalinan tampak dua dimensi dapat dilihat dalam karyanya dan tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Jalinan tampak penting dalam penghasilan seni visual seperti lukisan untuk menampakkan suasana yang hidup dan menarik.

5.4 Unsur Ruang

Unsur ruang sememangnya akana da dalam setiap hasil seni. Dalam karya ini juga murid mengaplikasikan unsur ruang dengan baik. Ruang adalah kawasan kosong di sekelilng sesuatu objek, jarak diantara dua objek ataupun rongga yang terdapat pada sesuatu objek. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang fizikal dan ruang ilusi. Ruang ilusi pula dibahagikan kepada tiga jenis dan murid memilih menggunakan ruang cetek di dalam karyanya. Ini menggambarkan karya yang dihasilkan oleh murid ini berada dalam ruang dalam lingkungan yang terbatas dan terhad.

5.5 Unsur Warna

Unsur warna merupakan unsur seni yang terakhir dan unsur warna amat penting dalam segala ciptaan hasil seni visual kerana unsur ini dapat mempengaruhi perasaan seseorang. Contohnya warna yang terang dan cerah menimbulkan perasaan yang riang dan gembira. Sebaliknya warna yang gelap dan kelam aka menimbulkan perasaan muram dan sedih. Terdapat tiga jenis kumpulan warna dalam roda warna iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Setiap warna akan memberikan kesan visual yang tersendiri. Berdasarkan contoh karya, murid menggunakan warna asas iaitu biru untuk menggambarkan satu kuasa yang hebat pada karyanya. Warna hijau pada daun dapat menyeimbangkan kehebatan warna biru tambahan pula murid dapat menghasilkan ton warna kesan dan kadar yang bersesuaian pada daun-daun yang dilukis.Biasanya kombinasi beberapa unsur seni wujud pada sesuatu karya seni visual yang baik dan menarik. Guru berperanan menerapkan pengetahuan dan kemahiran unsur-unsur seni, teknik pengolahan serta gaya persembahan. Berdasarkan contoh karya, murid dibiarkan bebas berieksprementasi setelah murid mempelajari unsur-unsur seni yang perlu ada dalam karya yang dihasilkan.

Selain daripada unsur seni, prinsip rekaan juga memainkan peranan dalam penghasilan sesuatu karya. Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur seni seperti yang dibincangkan sebelum ini. Terdapat tujuh prinsip rekaan iaitu harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. Seorang pelukis biasanya mengaplikasikan lebih daripada satu prinsip rekaan dalam gubahan seninya untuk menghasilkan karya yang lebih sempurna dan tidak semestinya menggunakan kesemua prinsip rekaan yang ada.6.0 Hasil Karya Murid6.1 Huraian Hasil Karya Murid

Berdasarkan contoh karya,murid menggunakan prinsip harmoni dengan sangat. Unsur harmoni tidak akan hadir jika terdapat ciri-ciri yang bercanggah kerana ia memerlukan ulangan unsur-unsur seni yang sama, seimbang atau berhubung kait. Contoh dapat dilihat pada ulangan kuntuman bunga dalam karya murid.

Murid tidak menggunakan prinsip kontra dalam karya yang dihasilkan tetapi terdapat prinsip penegasan. Penegasan ialah satu teknik yang amat berkesan untuk menimbulkan fokus atau tumpuan terhadap sesuatu perkara atau objek. Dalam karya ini murid menggunakan kaedah meletakkan objek di pusat atau di tengah-tengah untuk penegasan.

Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Terdapat dua jenis imbangan iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Imbangan tidak simetri wujud apabila objek atau reka letak tidak sama tepat di bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah tetapi berjaya menimbulkan keadaan yang kelihatan seimbang. Berdasarkan contoh karya yang diberikan, murid menggunakan imbangan simetri apabila bahagian atau ruang di sebelah kiri sama dengan kanan dan bahagian atas sama dengan bawah.Prinsip rekaan yang seterusnya ialah irama dan pergerakan. Keadaan ini boleh dilihat pada keadaan garisan yang bergetar, bergoyang, berayun dan sebagainya. Prinsip irama dan pergerakan digunakan bertujuan untuk memberi nyawa kepada rupa dan bentuk visual dalam lukisan agar menimbulkan imej yang lebih hidup dan realistik dan boleh menjadikan karya kelihatan lebih menarik seperti contoh karya yang diberikan, dimana murid cuba menggunakan prinsip irama dan pergerakan dengan sebaik mungkin.

Kesatuan wujud pada sesuatu karya apabila unsur-unsur yang dipraktikkan mempunyai satu tema atau idea yang sama atau menyeluruh. Dalam contoh karya ini, murid dapat menggunakan unsur-unsur seni, pengelolaan tema, serta rekaan yang baik dalam menaplikasikan prinsip kesatuan dan menjadikan hasil itu lebih lengkap, teratur dan sempurna disamping menimbulkan suasana yang tenteram dan perasaan yang selesa.

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, penghasilan karya seni merupakan satu proses artisitik yang boleh dijalankan dengan pelbagai kaedah. Pendidikan Seni Visual sebenarnya bertujuan untuk memberi peluang kepada semua murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan estetika. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat ini melalui persepsi visual, imiginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam empat bidang Pendidikan Seni Visual sekolah rendah akan membolehkan murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia akan membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali citarasanya sendiri. Buat renungan, sebenarnya, bagi murid berkarya bukan terbit daripada kegelojohan mahu meletakkan seni sebaris dengan barangan runcit dan bahan tontonan. Mereka sebenarnya seratus peratus jujur dalam berkarya, itu niat yang tidak nyata dan perlu dinyatakan. Karya yang dihasilkan bukanlah karya yang boleh mengubah dunia, cuma manifestasi kecil kabut-kalut-karut dalam diri yang dapat menonjolkan bakat dan kebolehan hasil dorongan dari seorang guru dan harapannya menerusi seni inilah juga dapat merangsang segenap panca indera hingga terkuak minda lena murid. Jesteru di tengah-tengah kelompongan, diri guru harus bertafakur tentang kesedaran kosmik kerana kadangkala karya murid atau logik estetik mereka kerapkali kelihatan tercapah daripada keserasian estatik yang lazim ada pada kita.

8.0 Lampiran9.0 Bibliografi16