senarai tugas guru

3
SK.KAMPUNG SENAU (YBE3506) SENARAI TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN 1. Memperoleh dan menyimpan sukatan pelajaran yang terkini / kemaskini untuk semua ahli panitia. 2. Membincang dan menyediakan rancangan mengajar tahunan / penggal / mingguan / harian dengan ahli-ahli panitia pada awal sesi persekolahan baru. Guru baru dan guru sandaran tidak terlatih perlu diberi bantuan dan bimbingan khas dalam menyediakan rancangan mengajar itu. 3. Menyediakan Pelan Tindakan Panitia bersama-sama dengan ahli panitia pada awal sesi persekolahan baru. 4. Pastikan perkara-perkara yang dirancang itu dilaksanakan dengan serius dan sepenuhnya. 5. Menyediakan Pelan Tindakan Panitia bersama-sama dengan ahli panitia pada awal sesi persekolahan baru. Pastikan perkara-perkara yang dirancang itu dilaksanakan dengan serius dan sepenuhnya. 6. Mengadakan mesyuarat panitia formal sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan mesyuarat panitia tambahan apabila perlu. Perjumpaan tidak formal dengan ahli-ahli panitia dari semasa ke semasa untuk membincang hal-hal panitia adalah digalakkan. 7. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit / laporan mesyuarat panitia yang harus dimajukan kepada pengetua dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat diadakan. Minit mesyuarat harus diedarkan kepada semua ahli panitia dan juga perlu disimpan dalam Fail Panitia. 8. Menyelaraskan kertas soalan ujian / peperiksaan bagi setiap tingkatan. Kertas soalan bagi setiap ujian / peperiksaan perlu disimpan dalam Fail Panitia untuk mewujudkan bank soalan panitia. 9. Mengakaji dan menganalisa keputusan peperiksaan sekolah/ awam. Mengenalpasti masalah / kelemahan dan mengambil langkah untuk mengatasinya. 10. Menetapkan sasaran pencapaian panitia (dari segai kuantiti dan kualiti ) dalam peperiksaan awam (UPSR) dan memastikan semua ahli panitia berusaha mencapai matlamat itu. 11. Memastikan ahli-ahli panitia memberi latihan yang mencukupi dan berkualiti bagi setiap tajuk yang telah diajar serta buku latihan / kerja pelajar sentiasa disemak dengan serius.

Upload: noraini-razali

Post on 14-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sekadar perkongsian

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai Tugas Guru

SK.KAMPUNG SENAU (YBE3506)SENARAI TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

1. Memperoleh dan menyimpan sukatan pelajaran yang terkini / kemaskini untuk semua ahli panitia.

2. Membincang dan menyediakan rancangan mengajar tahunan / penggal / mingguan / harian dengan ahli-ahli panitia pada awal sesi persekolahan baru. Guru baru dan guru sandaran tidak terlatih perlu diberi bantuan dan bimbingan khas dalam menyediakan rancangan mengajar itu.

3. Menyediakan Pelan Tindakan Panitia bersama-sama dengan ahli panitia pada awal sesi persekolahan baru.

4. Pastikan perkara-perkara yang dirancang itu dilaksanakan dengan serius dan sepenuhnya.

5. Menyediakan Pelan Tindakan Panitia bersama-sama dengan ahli panitia pada awal sesi persekolahan baru. Pastikan perkara-perkara yang dirancang itu dilaksanakan dengan serius dan sepenuhnya.

6. Mengadakan mesyuarat panitia formal sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan mesyuarat panitia tambahan apabila perlu. Perjumpaan tidak formal dengan ahli-ahli panitia dari semasa ke semasa untuk membincang hal-hal panitia adalah digalakkan.

7. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit / laporan mesyuarat panitia yang harus dimajukan kepada pengetua dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat diadakan. Minit mesyuarat harus diedarkan kepada semua ahli panitia dan juga perlu disimpan dalam Fail Panitia.

8. Menyelaraskan kertas soalan ujian / peperiksaan bagi setiap tingkatan. Kertas soalan bagi setiap ujian / peperiksaan perlu disimpan dalam Fail Panitia untuk mewujudkan bank soalan panitia.

9. Mengakaji dan menganalisa keputusan peperiksaan sekolah/ awam. Mengenalpasti masalah / kelemahan dan mengambil langkah untuk mengatasinya.

10. Menetapkan sasaran pencapaian panitia (dari segai kuantiti dan kualiti ) dalam peperiksaan awam (UPSR) dan memastikan semua ahli panitia berusaha mencapai matlamat itu.

11. Memastikan ahli-ahli panitia memberi latihan yang mencukupi dan berkualiti bagi setiap tajuk yang telah diajar serta buku latihan / kerja pelajar sentiasa disemak dengan serius.

12. Mengadakan pecerapan bilik darjah apabila dikehendaki oleh pihak sekolah.

13. Mengadakan latihan dalaman panitia untuk bertukar-tukar fikiran / berkongsi pengalaman / kepakaran ahli-ahli panitia.

14. Membahagikan kerja menyediakan bahan-bahan bacaan / rujukan tambahan untuk dipamerkan di sudut mata pelajaran di dalam bilik darjah.

15. Berjumpa Pengetua / PK1 dengan segera jika timbul sebarang masalah / isu yang berkaitan dengan kepentingan panitia.

16. Mengemukakan cadangan kepada pihak sekolah buku teks / buku kerja / buku rujukan / bahan-bahan bacaan tambahan / alat bantuan mengajar / barangan keperluan panitia yang perlu dibeli untuk kegunaan pelajar / panitia. Gunakan Borang Pesanan yang disediakan oleh pihak sekolah. Pastikan barang yang diterima itu disemak dan direkod dalam buku stok panitia.

17. Menjalankan tugas tambahan yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

Pentadbir SekolahSK.KAMPUNG SENAU

Page 2: Senarai Tugas Guru

SK.KAMPUNG SENAU (YBE3506)SENARAI TUGAS GURU KELAS

1. Menjadi Guru Penasihat Jawatankuasa Kelas.

2. Mentadbir dan menguruskan semua hal-ehwal pelajar dalam kelas.

3. Mempastikan perjalanan kelas setiasa licin dan lancar tanpa masalah-masalah yang tidak diingini.

4. Melantik / memilih Ketua Darjah (L & P)

5. Menyusun jadual tugas harian kelas serta memastikan tugas-tugas itu disempurnakan.

6. Menjaga, menyelia dan mengawal disiplin kelas. Melapor kes disiplin / pelajar bermasalah kepada PK(HEM) / pihak pentadbir sekolah dengan segera.

7. Menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. Ini termasuk kebersihan di dalam dan di luar bilik darjah.

8. Melapor kerosakan dan kes vadalisme.

9. Mengutip yuran / bayaran pelajar. Rekod kutipan perlu disimpan dengan baik.

10. Menguruskan borang-borang KWAMP, buku teks dan lain-lain borang yang berkaitan dengan kebajikan pelajar.

11. Mengedar dan mengutip buku teks dan memastikan pelajar mengganti atau membayar buku teks yang hilang atau rosak itu. Sebarang kehilangan atau kerosakan buku teks perlu dilapor kepada Unit Skim Pinjaman Buku Teks dengan segera.

12. Menguruskan Buku Laporan Kemajuan Pelajar dengan kemas dan lengkap.

13. Memberi bimbingan dan kaunseling setakat kemampuan kepada pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran atau yang menghadapi masalah peribadi.

14. Berusaha mewujudkan iklim dan budaya dalam kelas yang mesra dan harmonis, kondusif untuk pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

15. Membuat pencalonan pelajar cemerlang / harapan / penyayang kepada pihak pentadbir sekolah.

16. Memastikan kelas jagaan berbaris di dataran serbaguna untuk perhimpunan sekolah.

17. Mengasuh, mendidikan dan membimbing kelas ke arah kecemerlangan dalam pelajaran, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

18. Menjalankan tugas-tugas tambahan yang dikehendaki oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

19. Guru Tingkatan merupakan penyelia kelas, penasihat kelas, pemimpin kelas, pelindung kelas, pembimbing kelas dan penggerak kemajuan kelas.

Pentadbir Sekolah SK.KAMPUNG SENAU

17