senarai tugas dan tanggungjawab

20
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KURIKULUM 1. Pembantu guru kelas 6 Aminuddin 2. Guru mata pelajaran Pendidikan Muzik dan Pendidikan Kesihatan 3. Ketua Panitia Pendidikan Muzik 4. Guru bertugas mingguan PEMBANTU GURU KELAS 6 AMINUDDIN 1. Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001. 1.1 Memastikan setiap murid mempunyai (a) Rekod Profil / Kemajuan Murid (b) Kad 001R (c) Kad Kesihatan (d) Kad Pergigian (e) Buku Nilam 1.2 Mengisi E Menengah murid-murid. 1.3 Mengisi PAJSK

Upload: kasthuribai-narayanan

Post on 13-Apr-2017

88 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai tugas dan tanggungjawab

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

KURIKULUM 1. Pembantu guru kelas 6 Aminuddin2. Guru mata pelajaran Pendidikan Muzik dan Pendidikan Kesihatan3. Ketua Panitia Pendidikan Muzik4. Guru bertugas mingguan

PEMBANTU GURU KELAS 6 AMINUDDIN

1. Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod

Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001.

1.1 Memastikan setiap murid mempunyai

(a) Rekod Profil / Kemajuan Murid

(b) Kad 001R

(c) Kad Kesihatan

(d) Kad Pergigian

(e) Buku Nilam

1.2 Mengisi E Menengah murid-murid.

1.3 Mengisi PAJSK

1.4 Mengisi PBS

Page 2: Senarai tugas dan tanggungjawab

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada

Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.

2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata

pelajaran yang berkenaan.

3. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata

pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu

dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal

bagi tiap tingkatan.

4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk

tempoh setahun, sepenggal, seminggu atau harian dan melaksanakan pengajarannya

mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.

5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar

dan  memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan atau menunjukkan buku latihan

murid kepada pengetua atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.

6. Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan 

keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.

Page 3: Senarai tugas dan tanggungjawab

7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan atau bimbingan. Menjadi

ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan  keputusan

mesyuarat panitia.

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

8. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan

oleh Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan dan PPD.

9. Memastikan keselamatan pelajar di makmal, bengkel KH, Bilik ERT atau Sains Pertanian

serta  mengawasi penggunaan peralatan.

10. Menghadiri mesyuarat dan taklimat mengenai mata pelajaran  yang berkenaan sama ada

yang  dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD.

Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.

11. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata

pelajaran  berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

12. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan

pembelajaran  untuk  tindakan selanjutnya.

13. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,

memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab

dalam menambah alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

14. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.

Page 4: Senarai tugas dan tanggungjawab

15. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran

dan huraian mata pelajaran berkenaan. 

16. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan

mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai di akhir

tiap penggal bagi tiap tingkatan. 

17. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik mengikut Jadual waktu yang

telah ditentukan.

18. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bersama panitia pendidikan muzik

sepanjang tahun.

19. Mengurus Bilik Muzik dengan baik, kemas dan teratur.

20. Mengurus dan menjaga peralatan muzik dengan baik.

21. Memastikan Nyayian Lagu Rasmi sewaktu perhimpunan setiap pagi hari Isnin berjalan

dengan lancar juga di majlis tertentu yang diarahkan.

22. Menyediakan persembahan tertentu di majlis tertentu jika diarahkan.

23. Memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika berada di Bilik

Muzik semasa pengajaran dan pembelajaran.

Page 5: Senarai tugas dan tanggungjawab

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

KETUA PANITIA MUZIK

(A). Bidang Tugas Ketua Panitia Pendidikan Muzik

1. Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan dengan  pendidikan

muzik.

2. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang

berkaitan dengan pendidikan muzik.

3. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang

berkaitan dengan pendidikan muzik,

4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.

5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang

berkaitan dengan pendidikan muzik.

6. Membantu Guru Besar menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan muzik,

dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir sekolah, latihan mengajar

bagi guru-guru pelatih dari maktab, universiti dan seumpamanya.

Page 6: Senarai tugas dan tanggungjawab

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

(B) Senarai Tugas Ketua Panitia Pendidikan Muzik

1. Memperolehi Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan

ahli-ahli panitia.

2. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai

dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat

Sumber Sekolah.

3. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang disediakan bagi tiap-tiap tahun dan

jika perlu menubuhkan bank soalan.

4. Mengadakan mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

5. Mengatur mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik untuk membincangkan isu-isu atau masalah-

masalah yang berkaitan dengan pelajaran Pendidikan Muzik.

6. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru setelah mengikuti kursus atau seminar

pendidikan muzik dengan guru-guru muzik.

7. Melantik seorang setiausaha daripada ahli-ahli panitia pendidikan muzik untuk menyediakan

dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli panitia.

Page 7: Senarai tugas dan tanggungjawab

8. Menyelenggarakan dan menyimpan semua fail minit mesyuarat, rekod-rekod serta laporan

dengan baik dan teratur.

9. Menyediakan aktiviti-aktiviti tahunan panitia pendidikan muzik bersama semua ahli panitia.

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan

bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang / tingkap telah

ditutup setelah tamat persekolahan.

3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu sebelum

loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah

jika perlu.

4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, dapur RMT, bilik-bilik khas dan kawasan

sekolah.

5. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital atau ke rumah.

6. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.

7. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa

Page 8: Senarai tugas dan tanggungjawab

pertukaran guru atau mata pelajaran.

8. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

9. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda

sekolah.

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

10. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan

aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.

11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari /minggu

persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:

11.1 kedatangan murid, guru dan staf sokongan

11.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit

11.3 lawatan-lawatan / pelawat

11.4 ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan

11.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan

12. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan

terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

13. Perhimpunan

13.1 Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan

13.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan

13.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas

Page 9: Senarai tugas dan tanggungjawab

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

HAL EHWAL

MURID

1. AJK RMT

2. AJK Program Transisi Tahun 1

AJK RMT

1. Mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan RMT.

2. Menguruskan murid yang mendapat RMT dengan memenuhi borang-borang mengikut

arahan PPD.

3. Berurusan dengan pengusaha kantin mengenai penyediaan makanan kepada murid-murid

RMT.

4. Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan pada awal dan akhir tahun.

5. Mencatat berat dan tinggi murid RMT pada awal dan akhir tahun.

6. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa RMT.

Page 10: Senarai tugas dan tanggungjawab

7. Menyediakan borang pemilihan murid RMT.

8. Menyediakan jadual kedatangan harian RMT.

9. Memilih menu RMT.

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

10. Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu, berada dalam kualiti yang

baik dan kuantiti yang mencukupi dengan jumlah muid RMT.

11. Memungut dan menyemak jadual kedatangan murid RMT.

      

12. Bekerjasama dan sentiasa berbincang dengan pihak penyediaan makanan.

AJK PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

1. Menjadi ajk iaitu jurufoto semasa program dijalankan.

Page 11: Senarai tugas dan tanggungjawab

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

KO KURIKULUM

1. Guru Penasihat Rumah Sukan2. Guru Penasihat Kelab Seni dan Kebudayaan3. Guru Penasihat Unit Beruniform Pengakap4. Guru Penasihat Permainan Bola Jaring

GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN

1. Menguruskan dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan serta olahraga yang

melibatkan Rumah Sukan.

2. Membimbing dan mengadakan mesyuarat Rumah Sukan.

a. Membimbing AJK Rumah Sukan menjalankan Mesyuarat Agung AJK.

i. Melantik AJK Induk Rumah Sukan.

ii. Menyediakan minit mesyuarat Rumah Sukan.

3. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab AJK Rumah Sukan.

4. Memastikan rumah sukannya mempunyai Fail Rumah Sukan yang dilengkapkan dengan

maklumat dan perkara-perkara berikut:-.

i. Carta Organisasi Rumah Sukan.

ii. Senarai nama Guru Penasihat Rumah Sukan.

Page 12: Senarai tugas dan tanggungjawab

iii. Senarai tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Rumah Sukan.

iv. Perlembagaan Rumah Sukan.

v. Senarai nama AJK Rumah Sukan (pelajar).

vi. Senarai nama ahli rumah sukan (pelajar). 

vii. Senarai aktiviti tahunan Rumah Sukan. 

viii. Akaun kewangan (penerimaan, kutipan dan perbelanjaan wang yang lengkap dengan

resitnya - sekiranya ada membuat kutipan wang).

ix. Jadual latihan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.

x. Jadual pertandingan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.

xi. Senarai nama peserta yang didaftar dan menyertai kejohanan Merentas Desa, Kejohanan

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

Olahraga dan sukan yang lengkap (bagi tujuan pemberian markah kokurikulum). 

xii. Senarai nama penerima hadiah sukan dan permainan bagi aktiviti yang diwakilinya.

xiii. Keputusan Kejohanan Olahraga.

5. Menyediakan nombor peserta seperti yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah.

6. Menggantikan nombor peserta yang hilang dengan menggunakan kain berwarna yang sama

atau hampir sama dengan ton warna kain asalnya.

7. Memastikan nombor peserta yang dibuat (diganti), ditulis dengan jelas (saiz lebih kurang sama

dengan yang asal).

8. Mendapatkan ganti rugi yang berpatutan daripada peserta yang menghilangkan nombor

pesertanya.

9. Jumlah wang yang boleh didenda berdasarkan keputusan yang ditetapkan oleh AJK

Page 13: Senarai tugas dan tanggungjawab

Penyelaras Rumah Sukan (sila rujuk Penyelaras Rumah Sukan anda).

10. Menguruskan penyediaan makanan dan minuman (sekiranya perlu) untuk peserta semasa

aktiviti sukan dan permainan / olahraga.

11. Menjaga keselamatan pelajar semasa mereka menyertai aktiviti sukan dan olahraga.

12. Bertindak selaku Pengurus Pasukan / Jurulatih untuk menghantar pelajar / peserta dari rumah

sukannya ke tempat permulaan acara atau pertandingan.

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

13. Memastikan pelajar yang didaftar menyertai sesuatu acara / pertandingan mengambil

bahagian mengikut masa yang ditetapkan.

14. Membuat Laporan Tahunan Rumah Sukan.

15. Mengambil alatan dan memulangkan alatan dari bilik sukan.

16. Membuat tempahan awal untuk menggunakan alatan sukan yang terhad bilangannya. 

17. Hal-hal lain yang difikirkan sesuai dengan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Guru

Penasihat Rumah Sukan.

Page 14: Senarai tugas dan tanggungjawab

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

GURU PENASIHAT KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN, UNIT BERUNIFORM

PENGAKAP DAN PERMAINAN BOLA JARING

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.

3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.

5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

6. Memastikan perancangan aktiviti tahunan didokumentasikan, difailkan dan sesalinan

diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.

7. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

8. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Kelab/Persatuan/ Unit

Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan.

9. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

Page 15: Senarai tugas dan tanggungjawab

10. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.

11. Mendaftarkan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan kepada

Pengetua atau Badan Induk.

12. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

13. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan

kebangsaan dengan baik.

14. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.

15. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

16. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

17. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

18. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.

19. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

20. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa

Kokurikulum Sekolah.

21. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.

22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.