selangor penggerak kemajuan saksama kini · pdf filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan...

15
PERCUMA 22 - 29 Mac 2013, 10 - 17 Jamadilawal 1434 Selangor Kini Penggerak Kemajuan Saksama muka 2 Siasatan ke atas Taib Mahmud: Najib mesti jawab muka 4 Gambar oleh Rahimie Ariffin muka 6 Balu terharu terima kunjungan Exco SPRM mohon maaf kepada Menteri Besar Sultan bangga pencapaian Kerajaan Negeri lihat muka 2 OLEH AFEEQA AFEERA KUALA LUMPUR - Bekas Ke- tua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana kenyataannya berhubung kes pembelian lem- bu korban pada 2009. Datuk Seri Ahmad Said Ham- dan, memohon maaf dan me- narik balik kenyataan yang diberikan dan diterbitkan pada 21 Februari 2009 oleh pihak me- dia berhubung pembelian lembu oleh Abdul Khalid. “Kenyataan tersebut dibuat sebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam Negara. “Saya menyatakan segala ke- nyataan tersebut dibuat tanpa sebarang niat jahat, tanpa mem- punyai niat untuk menjejas- DISENANGI RAMAI... Pengunjung gerai Jalan Jujur, mengambil peluang bergambar dan beramah mesra dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semasa beliau dalam program turun padang di kawasan tersebut. Abdul Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, merupa- kan pemimpin yang kerap turun bertemu masyarakat di sana bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi mereka kan atau menjatuhkan reputasi, imej dan integriti plaintif,” Ah- mad Said berkata di dalam ke- nyataan maafnya. Kenyataan asal Ahmad Said pada 2009 itu berhubung dak- waan bahawa Abdul Khalid me- nyalahgunakan kuasanya un- tuk menderma RM110,400 bagi tujuan membeli 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Ai- diladha di Bandar Tun Razak pa- da tahun yang sama. Susulan daripada dakwaan itu, SPRM memulakan siasatan dan mendapati tidak ada unsur salah guna kuasa atau penyele- wengan dalam pembelian itu tersebut. Abdul Khalid dalam satu sidang media di Mahkamah Si- vil Kuala Lumpur berkata, beliau tidak bercadang untuk menun- tut sebarang ganti rugi walau- pun kenyataan Ahmad Said me- nyebabkan reputasinya sebagai pimpinan tertinggi negeri ter- calar. “Saya tidak mahu wang pem- bayar cukai digunakan bagi membayar ganti rugi itu me- mandangkan saman terhadap Ahmad Said atas kapasiti beliau sebagai penjawat awam yang ju- ga defendan pertama dan Kera- jaan Malaysia sebagai defendan kedua. “Atas alasan ini juga saya memutuskan untuk mengena- kan kos yang minima ke atas kes itu. “Saya berpandangan setiap rakyat di negara ini mempu- nyai hak untuk hidup dengan selamat dan terjamin dari segi keselamatan diri, maruah dan harga diri seperti yang termak- tub dalam Perlembagaan Perse- kutuan. “Hak ini hendaklah dihor- mati oleh setiap warganegara sekiranya kita mahu menjadi bangsa Malaysia yang berta- madun,” katanya yang ditemui selepas perbicaraan secara ter- tutup dalam kamar Hakim, Datuk Lau Bee Lan.

Upload: truonghanh

Post on 09-Feb-2018

270 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

PERCUMA 22 - 29 Mac 2013, 10 - 17 Jamadilawal 1434

Selangor KiniPenggerak Kemajuan Saksama

muka 2

Siasatan ke atas Taib Mahmud: Najib mesti jawab

muka 4

Gam

bar o

leh

Rah

imie

Arif

fin

muka 6

Balu terharu terima kunjungan Exco

SPRM mohon maaf kepada Menteri Besar

Sultan bangga pencapaian Kerajaan

Negeri

lihat muka 2

Oleh AfeeqA AfeerA

KUAlA lUMPUr - Bekas Ke-tua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana kenyataannya berhubung kes pembelian lem-bu korban pada 2009.

Datuk Seri Ahmad Said Ham-dan, memohon maaf dan me-narik balik kenyataan yang diberikan dan diterbitkan pada 21 Februari 2009 oleh pihak me-dia berhubung pembelian lembu oleh Abdul Khalid.

“Kenyataan tersebut dibuat sebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam Negara.

“Saya menyatakan segala ke-nyataan tersebut dibuat tanpa sebarang niat jahat, tanpa mem-punyai niat untuk menjejas-

DISENANGI RAMAI...

Pengunjung gerai Jalan Jujur, mengambil

peluang bergambar dan beramah mesra dengan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semasa beliau

dalam program turun padang di kawasan

tersebut. Abdul Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, merupa-kan pemimpin yang

kerap turun bertemu masyarakat di sana bagi menyelesaikan permasalahan yang

dihadapi mereka

kan atau menjatuhkan reputasi, imej dan integriti plaintif,” Ah-mad Said berkata di dalam ke-nyataan maafnya.

Kenyataan asal Ahmad Said pada 2009 itu berhubung dak-waan bahawa Abdul Khalid me-nyalahgunakan kuasanya un-tuk menderma RM110,400 bagi tujuan membeli 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Ai-diladha di Bandar Tun Razak pa-da tahun yang sama.

Susulan daripada dakwaan itu, SPRM memulakan siasatan

dan mendapati tidak ada unsur salah guna kuasa atau penyele-wengan dalam pembelian itu tersebut.

Abdul Khalid dalam satu sidang media di Mahkamah Si- vil Kuala Lumpur berkata, beliau tidak bercadang untuk menun-tut sebarang ganti rugi walau-pun kenyataan Ahmad Said me-nyebabkan reputasinya sebagai pimpinan tertinggi negeri ter-calar.

“Saya tidak mahu wang pem-bayar cukai digunakan bagi

membayar ganti rugi itu me-mandangkan saman terhadap Ahmad Said atas kapasiti beliau sebagai penjawat awam yang ju-ga defendan pertama dan Kera-jaan Malaysia sebagai defendan kedua.

“Atas alasan ini juga saya memutuskan untuk mengena-kan kos yang minima ke atas kes itu.

“Saya berpandangan setiap rakyat di negara ini mempu-nyai hak untuk hidup dengan selamat dan terjamin dari segi

keselamatan diri, maruah dan harga diri seperti yang termak-tub dalam Perlembagaan Perse-kutuan.

“Hak ini hendaklah dihor-mati oleh setiap warganegara sekiranya kita mahu menjadi bangsa Malaysia yang berta-madun,” katanya yang ditemui selepas perbicaraan secara ter-tutup dalam kamar Hakim, Datuk Lau Bee Lan.

Page 2: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

2 UTAMASelangorkini 22 - 29 Mac 2013

Dari muka depan

Teks permohonan maaf tersebut juga akan disiarkan di dalam akhbar The Star dan The New Straits Times dalam tempoh empat hari bermula dari Mac 19.

“Saya memahami kedudukan Datuk Ah-mad Said Hamdan selaku Pegawai Kanan Kerajaan dan memberi penjelasan beliau bahawa ketika mengeluarkan kenyataan tersebut beliau bertindak atas kapasiti se-bagai Pesuruhjaya SPRM,” kata Abdul Kha-lid lagi.

Peguam Kanan Persekutuan, Noorin Ba-daruddin dan Nadia Hanim mewakili man-tan Persuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

Sementara peguam, Sankara Nair dan Murali Kalidass mewakili Abdul Khalid.

Permohonan maaf turut disiar media lain

Jangan terpedaya fitnah dan khabar anginOleh MOhd ezli MAshUt

shAh AlAM - Umat Islam diperi-ngatkan agar tidak mudah terpedaya dengan berita fitnah dan khabar an-gin yang disebarkan melalui pelbagai media.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah agar setiap berita harus diteliti dengan lebih mendalam dan terperinci sebe-lum membuat sesuatu kenyataan atau mengambil tindakan.

“Setiap gerak-geri percakapan, per-buatan, serta keputusan yang diam-bil akan menentukan masa depan diri sendiri, keluarga dan negara,” titah Sultan Sharafuddin.

Baginda bertitah demikian semasa Majlis Perasmian Masjid Tengku Am-puan Jemaah Bukit Jelutong di sini.

Masjid tersebut dibina dengan kos RM 25.5 juta.

Kos itu ditampung sumbangan wang

Sultan bangga pencapaian Kerajaan NegerishAh AlAM - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berasa bangga dengan integriti dan kecekapan Menteri Besar serta barisan Exco Kerajaan Negeri yang bersungguh-sungguh mentadbir Selangor dengan jayanya.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kha-lid Ibrahim, pujian tersebut dititahkan kepa-danya sendiri dalam satu pertemuan sedikit masa dahulu.

“Ada masanya, kami berbual ringan dan da-lam perbualan kami Baginda kata, bahawa Ba- ginda bangga dengan ‘team’ Kerajaan Ne-geri sekarang,” kata Abdul Khalid dalam Maj- lis Penyampaian Cek Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor, baru-baru ini.

Menurut Abdul Khalid, penghargaan Sul-tan Selangor itu tidak pernah diceritakan kepada mana-mana ahli Exco supaya mereka tidak riak dan lalai dengan pujian tersebut.

Dalam ucapan sama, Abdul Khalid turut menyelar Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini mendakwa pentadbirannya gagal mentadbir Kerajaan Negeri dengan baik.

Sedangkan prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor jauh lebih baik berban-ding prestasi pentadbiran Umno-BN selama 11 penggal sebelum ini.

Kejayaan tersebut termasuklah peningka-tan rizab negeri dari hanya RM400 juta yang tinggalkan pentadbiran Umno-BN, kepada RM2.6 bilion semasa pemerintahan PR Se-langor.

Selangor turut mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM49.75 bilion sepan-jang 2008 ke 2012, sekaligus mengekal-kan prestasi negeri itu sebagai destinasi pelaburan utama Malaysia.

Setiap gerak-geri percakapan, perbuatan, serta keputusan yang diambil akan menentu-kan masa depan diri sendiri, keluarga dan negara

DYMM Sultan ShaRafuDDin iDRiS Shah

Sultan Selangor

DYMM Sultan Selangor sewaktu merasmikan Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong

wakaf Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebanyak RM6 juta, Kerajaan Selangor (RM 11 juta), Sime Darby Property Bhd (RM 6 juta) dan kutipan ahli-ahli kariah masjid seba-nyak (RM2.5 juta).

Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong yang juga Masjid Dira-ja dibina pada Mei 2010 dan siap se-penuhnya pada Mac 2013.

Ia mempunyai keluasan 2.07 hek-tar dan mampu memuatkan kira-kira

4,000 jemaah dalam satu-satu masa.Sultan Sharafuddin juga bertitah

agar ahli jawatankuasa Masjid Teng-ku Ampuan Jemaah hendaklah ter-diri daripada mereka yang sanggup memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan.

“Beta berkenan supaya Ahli Jawa-tankuasa Masjid ini sentiasa bersikap amanah, berwibawa dan profesional serta dapat bekerjasama antara satu sama lain dengan erat bagi merangka program yang boleh memakmurkan masjid.

“Diharap Masjid ini juga dijadikan tempat untuk umat Islam di kawasan ini bersatu padu dengan semangat persaudaraan yang kukuh dan teguh.

“Masyarakat di sini hendaklah sen-tiasa hidup dalam suasana harmoni dan bersikap muhibah,” titah Baginda Sultan.

Turut hadir dalam majlis itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Page 3: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

Badan tugas khas (Spe-cial Purpose Vehicle – SPV) untuk mengurus dan mengendalikan

aset air Selangor bakal dimiliki bersama negeri dan rakyatnya, apabila pelan penstrukturan semula industri air yang diran-cang Menteri Besar, Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim, berjaya di-laksanakan.

Abdul Khalid menyatakan, jika pelan itu berjaya, beliau mahu memperuntukkan ekuiti dalam SPV kepada lima juta pen-duduk Selangor serta disenarai-kan di bursa suatu hari nanti.

Aset sebenar akan dipegang oleh Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) apabila ia menswasta-kan empat pemegang konsesi air – Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Sela- ngor Bhd (Syabas), Konsortium ABASS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Hol-dings Sdn Bhd (Splash).

Aset-aset yang disatukan ini kemudiannya akan dipajak se- mula kepada SPV di bawah sya-rikat milik penuh negeri, Kum-pulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

“Satu daripada kelemahan monopoli penswastaan adalah ia tidak melindungi kepenting-an rakyat. Jika kita berjaya da-

Meletakkan Air di tangan awam

lam tindakan RM9.65 bilion ini, kita akan minta rakyat Selangor membelinya,” kata Abdul Khalid.

“Terdapat lima juta rakyat Selangor. Jika semua orang membeli di atas asas yang sama, kosnya kira-kira RM2,000 setiap orang. Kita boleh mengumpul-kan, katakan, 2,000 saham bagi setiap penduduk Selangor.

“Kemudian, setelah kita men-guruskan aset tersebut dengan jayanya, kita akan mengguna-kan dividennya untuk mengim-bangi kos RM2,000 tadi.

“Akhirnya, setiap orang akan

mempunyai saham dalam SPV. Mereka akan menjadi pemilik dan pelanggan. Seterusnya, sete-lah untung, kita boleh apung-kannya sebagai sebuah syarikat awam dengan ramai pemegang saham,” jelas Abdul Khalid.

Angka yang digunakan dalam penjelasan beliau ini adalah mu-dah dan bersifat andaian, tetapi menyerupai model yang diwujud-kan oleh bekas ketua Pegawai Ek-sekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB) ini, hampir 30 tahun lalu untuk syarikat pengurusan dana.

Pada tahun 1981 dahulu, Kha-lid cuba melancarkan unit ama-nah bagi bumiputera miskin, tetapi mendapati ramai yang tidak mampu, jadi dia meyakin- kan Perbendaharaan untuk me- ngeluarkan pinjaman RM500 juta bagi membolehkan bumipu- tera melanggan saham. Kosnya ditolak dari dividen dan akhir- nya, setiap orang boleh me- miliki unit amanah.

Di bawah pengurusan KDEB, Abdul Khalid yakin aset air ne-geri boleh diurus secara meng-untungkan untuk para peme-gang sahamnya.

“Aset air kini beroperasi de-ngan 33 peratus adalah air tidak berhasil (NRW). Bolehkah anda bayangkan jika kita kurangkan

kepada 20 peratus? Malah, ke-tika pengurusannya tidak cekap sekarang ini pun, masih ada margin (keuntungan).

“Apa yang akan berlaku jika anda kurangkan kadar (NRW)?” soal Abdul Khalid.

Kadar air tidak berhasil (NRW) ini menjadi titik telagah antara Syabas dan kerajaan negeri Se-langor, apabila Syabas mendak-wa ia tidak dapat mencapai sasar-an 19.98 peratus tersebut kerana kekurangan dana dari negeri.

Walau bagaimanapun, Abdul Khalid menegaskan Syabas sejak

dari awal bersetuju untuk me-menuhi sasaran 19.98 peratus air tidak berhasil dengan bajet sebanyak RM784.1 juta.

Akan tetapi, sejak 2005, Sya-bas telah membelanjakan lebih daripada RM995.7 juta, tetapi ha-nya mengurangkan kadar NRW kepada 32.31 peratus daripada 37.65 peratus.

“Di samping itu, laporan au-dit menunjukkan Syabas tidak mengamalkan urus tadbir yang baik, kerana tidak membuat ta-waran tender kontrak secara betul. Jika kita boleh memper-baiki sistem tender, kita boleh mengurangkan kos.”

Kira-kira RM700 juta nilai kontrak diserahkan oleh Syabas, di mana lebih 80 peratus daripa-danya dilakukan secara tender rundingan, tegas Khalid, sambil menyebut kerajaan negeri juga diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara.

“Jika kita boleh mengurang-kan kos dan meningkatkan ha-sil, sudah tentu kita boleh mem-buat keuntungan.

“Persoalannya ialah: Perlu-kan keuntungan ini dinikmati oleh segelintir ahli perniagaan, atau ia perlu dikembalikan ke-pada rakyat yang menggunakan kemudahan tersebut.

3UTAMASelangorkini 22 - 29 Mac 2013

Di samping itu, laporan audit menunjukkan Syabas tidak

mengamalkan urus tadbir yang baik,

kerana tidak membuat tawaran

tender kontrak secara betul. Jika

kita boleh memperbaiki sistem

tender, kita boleh mengurangkan kos

Setiap orang akan mempunyai saham dalam SPV.

Mereka akan menjadi pemilik dan pelanggan,

Seterusnya, setelah untung, kita boleh

apungkannya sebagai sebuah syarikat awam dengan ramai

pemegang saham

Page 4: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

4 UTAMASelangorkini 22 - 29 Mac 2013

Oleh hAfizAn tAib KUAlA lUMPUr - Kerajaan Persekutuan Umno-BN perlu memberi penjelasan segera me-ngenai siasatan agensi antara-bangsa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang didakwa me- ngumpul dana berbilion ringgit di luar negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai kerajaan bertanggung-jawab, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus memberi penjelasan kepada masyarakat umum.

“Pendedahan video siasatan agensi antarabangsa itu hanya mengukuhkan hujah kita sela-ma ini tentang jumlah dan dana dikumpul Taib Mahmud.

“Kalau Najib pemimpin ber-wibawa, mustahil dia boleh diam, mesti bagi respon dan apa langkah akan diambil,” katanya dalam sidang media di sini, ba-ru-baru ini.

Anwar mengulas perkara itu selepas pendedahan video oleh sebuah NGO antarabangsa, Global Witness mengenai sia-satan terhadap Taib Mahmud yang didakwa mengumpul se-jumlah harta yang besar di luar negara.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir berkata, apa yang berlaku memberi gam-baran Ketua Menteri Sarawak lebih berkuasa daripada Per-dana Menteri.

“Dulu dia janji Ketua Menteri Sarawak yang baru, tapi tidak ditunaikan,” katanya.

shAh AlAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, falsafah idealisme di dalam institusi pendidikan yang selama ini disekat Kerajaan Umno-BN perlu diubah demi memastikan generasi muda sen-tiasa berfikiran matang dalam melakukan perubahan.

Menurutnya, insiden yang menimpa mahasiswa jurusan Undang-Undang Universiti Uta-ra Malaysia, KS Bawani adalah satu bukti bahawa masih terda-pat golongan mahasiswa yang tidak menyedari kepentingan falsafah idealisma.

“Saya tonton video klip lis-ten, listen, listen dan saya sedih, kerana bagaimana mungkin se-

bahagian anak-anak muda atau mahasiswa yang boleh begitu sekali hilang idealismanya,” katanya dalam satu sesi Dialog Bersama Anak Muda anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) di Bandar Utama, baru-baru ini.

Melalui rakaman yang di-paparkan di laman Youtube itu, terdapat juga di kalang-an mahasiswa yang tertawa dan bertepuk tangan sewaktu Bawani dihalang dan dimalu-kan oleh Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Ja-been Syed Shah Miskin daripada memberikan pendapat menge-nai pendidikan percuma dalam satu forum yang dianjurkan di universiti tersebut.

shAh AlAM - Pakatan Rakyat (PR) menawarkan sistem cukai yang adil kepada semua golon-gan di negara ini jika berjaya ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, sistem cukai yang sedia ada sudah lapuk dan perlu dirombak semula supaya tidak berterusan menindas go-longan bawahan.

Katanya, sistem cukai yang diguna pakai Kerajaan Umno-BN

Najib mesti jawab

Siasatan ke atas Taib Mahmud

Anwar: Idealisma mahasiswa terus dikongkong Umno-BN

Malah, Anwar berpendapat, keupayaan dan ketajaman pe-mikiran mahasiswa turut di-pengaruhi para pensyarah di in- sititusi pendidikan tinggi di ne-gara ini.

“Ada profesor yang baik dan ada yang saya kenal dan me-mang layak digelar profesor, ada yang cukup komited dan tinggi penghormatan saya.

“Tapi saya juga tahu, ada pro-fesor ‘kangkung’, yang kerjanya masuk kuliah, ampu, sekat, ugut dan bawa pandangan anti intelek-tualisme, anti kebebasan aka- demik dan ini akan menumpul-kan keupayaan dan ketajaman mahasiswa,” ujarnya di hadapan 200 peserta.

Rafizi: Pakatan Rakyat tawar sistem cukai lebih adilsekarang dibuat pada puluhan tahun dahulu dan tidak sesuai di-guna pakai pada masa kini.

“Sistem cukai ini dibuat kira- kira 40 ke 50 tahun dahulu, mengikut tangga gaji lama, se-bab itu contohnya di bawah Umno-BN sekarang, bagi me- reka yang mendapat pendapatan boleh cukai bersih RM100,000 ke atas setiap tahun,” katanya da-lam satu sesi Dialog Anak Muda bersama Anwar Ibrahim di Ban-dar Utama, baru-baru ini.

Jelasnya, ini bermakna peker-ja di negara ini yang mendapat gaji bulanan RM10,000 ke atas merupakan pembayar cukai ter-tinggi di negara ini.

“Maknanya, awak kerja seba-gai eksekutif kanan, awak bayar cukai sama nilai macam Ananda Krishnan, Ananda Krishnan ada RM18 bilion kekayaan,” sindirnya.

Tambah Rafizi, jika PR berja-ya membentuk Kerajaan Perse-kutuan, struktur cukai akan dirombak dan dinaikkan kepa-

da RM450,000 setahun dan ini hanya akan melibatkan pekerja yang mendapat gaji RM45,000 sebulan dan ke atas.

“Kalau RM450,000, maksud-nya yang pendapatan bulanan RM40,000 sebulan dia akan jadi pembayar cukai tertinggi.

“Kemudian yang lain kita akan buat pengagihan kelas cu-kai supaya akhirnya eksekutif tidaklah perlu bayar cukai pada kadar yang sama dengan orang yang paling kaya,” katanya.

Struktur cukai akan dirombak dan dinaikkan kepada RM450,000 setahun dan ini hanya akan melibatkan pekerja yang mendapat gaji RM45,000 sebulan dan ke atas

RafiZi RaMliPengarah Strategi PKR

SOKONG... Anwar dikelilingi orang muda yang kagum dengan perjuangan beliau

Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat sewaktu sidang media di Ibu Pejabat PAS

Page 5: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

5UTAMASelangorkini 22 - 29 Mac 2013

Gelanggang sukan untuk kemudahan anak muda

GERAN

Kemudahan moden di taman permainan

Oleh hAfizAn tAib

KlAnG - Kewujudan Dataran Anak Muda dengan kemudah-an gelanggang sukan memberi kelegaan kepada masyarakat setempat di kawasan berke-naan.

"Projek yang diusahakan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru menerusi geran Selangorku ini, bernilai lebih RM160,000 bermula Septem-ber hingga November tahun lalu di kawasan bersebelahan Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.

"Kawasan ini asalnya ge-langgang tenis yang diubah-suai menjadi Dataran Anak Muda dengan kemu- dahan gelanggang futsal, sepak takraw dan bola jaring," kata Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman (gambar).

Katanya, dataran itu kini dalam pro-ses terakhir bagi pe-masangan kabel elek-trik dan ia dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, pembinaan da- taran itu bagi memenuhi ke-hendak dan keperluan pen-duduk, terutama golongan muda yang memerlukan ke-mudahan gelanggang sukan.

"Kita memahami betapa tiada kemudahan gelanggang sukan seperti ini sebelumnya,

manakala futsal begitu popu-lar dan menjadi pilihan anak muda mengikut perkembang-an masa kini," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Meru, Thaifor Noor menyatakan, langkah Keraja-

an Negeri menyedia- kan kemudahan itu bertepatan dengan kehendak penduduk di situ.

"Gelanggang sukan futsal, sepak takraw dan bola jaring dilihat lebih sesuai berban- ding tenis yang jarang mendapat perhatian.

"Keputusan menukarkan wajah kawasan ini bagi saya bagus dan pastinya memberi manfaat kepada orang ramai," katanya.

Beliau menambah, gelang-gang itu dijangka akan mula digunakan pada awal Mac ini untuk satu kejohanan futsal peringkat daerah.

KlAnG - Taman permainan di kawasan perumahan DUN Kota Alam Shah kini dilengkapi kemudahan moden untuk ke-selesaan penduduk setempat.

Proses naik taraf ini menggunakan pe-runtukan berjumlah RM500,000 yang di beri Kerajaan Negeri kepada setiap Adun Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Adun Kota Alam Shah, M Manoharan berkata, ia menjalani proses menaik taraf beberapa kemudahan dan tambahan di taman permainan sedia ada di kawasan perumahan seperti Taman Melawis, Ta-man Gembira, Taman Bayu Perdana, Ta-man Chee Leong dan Taman Selatan.

Beliau menjelaskan kemudahan se-perti laluan joging lebih moden termasuk padang permainan yang selesa bagi ke-perluan penduduk setempat.

"Di setiap taman ini kita sediakan RM100,000. Melalui peruntukan Adun, di Taman Melawis diwujudkan padang bola sepak dan laluan joging lebih baik yang selesai dibangunkan.

"Begitu juga taman permainan lain di Taman Gembira, diikuti Taman Bayu Perdana, Taman Chee Leong dan Taman Selatan dengan ramai penduduk kini

berpuas hati apabila ia disiapkan," ka-tanya.

Manoharan berkata, rakyat di Sela- ngor, khususnya di DUN Kota Alam Shah, mendapat manfaat daripada pro-jek tersebut kerana secara tidak lang-

sung menggalakkan amalan hidup yang lebih sihat.

"Ia satu amalan yang baik, di mana kita bukan saja menyediakan kemu- dahan tempat, tetapi meninggikan kua-liti hidup rakyat," katanya.

SELESA… gelanggang luas bagi memenuhi aktiviti anak muda yang gemar bersukan

Laluan joging yang selesa dan selamat

Kemudahan riadah bagi memenuhi keperluan penduduk

Page 6: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

PENASIHATFaekah Husin

Arfa’eza Abdul AzizKETUA PENGARANG

Sheridan Mahavera Mohd ShakirPENGARANG BERITA

Najib HashimPEN. PENGARANG BERITA

Mohd Ezli MashutPEMBANTU PENGARANG

Rusidah SalimWARTAWAN

Afix Redzuan: [email protected] Afeeqa Afeera: [email protected]

Hafizan Taib: [email protected] Umor: [email protected]

JURU GAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKALETAKUnit Grafik CCSB

Selangor Kini

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran Akuatik 13/43,Seksyen 13,

40100, Shah Alam, SelangorTel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856

Emel: [email protected]

6 Selangorkini 22 - 29 Mac 2013UTAMA

Jom Shopping: Warga emas rasa dihargaiCherAs - Meskipun diasak hebat Kerajaan Persekutuan, namun program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), khususnya 'Jom Shopping' mendapat tempat di hati warga emas.

Tinjauan Selangor Kini ke program 'Jom Shopping', Parli-men Bandar Tun Razak menda-pati sambutan positif kumpulan warga emas yang terus menda-pat manfaat daripada hasil ke-

Balu terharu terima kunjungan Exco

Oleh nOrhAyAti UMOr

iPOh - Dua balu anggota koman-do polis (VAT 69) Inspektor Zulki-fli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud yang terkorban dalam per-tempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah menerima sumbangan RM20,000 setiap se-orang.

Sumbangan disampaikan Kerajaan Negeri dengan diwakili Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wani-ta, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail di kediaman balu Zulkifli di Bandar Baru Putra, Ipoh.

Noraziah Mohd Noor, 29, isteri kepada Zulkifli ketika ditemui melahirkan kesyukuran atas ban-tuan yang diberikan.

“Saya ucap terima kasih ke-pada Kerajaan Negeri Selangor. Dengan adanya sumbangan ini dapat membantu meringankan beban anak dan masa depan me-reka serta keluarga arwah,” ka-tanya kepada Selangor Kini.

Beliau dengan nada sebak ber-kata, walaupun perasaan sedih masih ada, namun beliau reda dengan pemergian suaminya itu.

“Masa arwah mahu tinggalkan kami untuk ke Sabah, arwah sa-ngat ceria sehinggalah saya me-nelefon arwah menanyakan bila mahu pulang kerana saya menga-

Pen Wong

Rabiah Ahmad

lami alahan teruk kerana sedang mengandung tiga bulan.

“Namun arwah berkata, abang pergi bawa amanah yang besar,

harap sayang tidak kecil hati. Ar-wah turut berpesan supaya men-jaga anak-anak dengan baik,” katanya yang mempunyai dua

orang anak.Sementara itu, balu Sabarud-

din, Nurul Nisa Abu Bakar, 42, terkejut dan tidak sangka Kera-

jaan Negeri Selangor prihatin dengan keluarganya.

“Gembira sangat. Tak sangka YB sanggup turun melawat dari jauh. Terima kasih YB. Bantuan ini dapat ringankan beban kami,” katanya.

Sabaruddin yang sudah me-nyertai pasukan itu sejak 25 ta-hun lalu meninggalkan tiga anak berumur 19, 15 dan 12 tahun.

“Arwah memang minat, itu cita-citanya sejak kecil. Walau-pun sedih, saya bangga dengan arwah yang meninggal sebagai perajurit negara, ” katanya.

Kedua-dua balu turut men-girim salam kepada Menteri Be-sar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rodziah ketika menyampai-kan sumbangan turut membaca amanat Menteri Besar sebagai tanda takziah kepada kedua-dua keluarga. Bercakap kepada pem-berita, Rodziah berharap kedua-duanya tabah menjalani kehidu-pan akan datang.

“Saya juga harapkan keluarga yang terkorban dapat diberi sum-bangan berterusan. Kita harap ia tidak diberikan ketika waktu ini saja,” katanya.

Sumbangan itu adalah pe-runtukan daripada Tabung Wira Rakyat Selangor berjumlah RM10 juta yang diumum Menteri Besar baru-baru ini.

Beliau turut menyanggah kredibiliti yang dimiliki parti MCA yang gagal membangunkan golongon Cina miskin.

“MCA tak tolong. Saya tak sokong MCA, setiap kali te-ngok Internet, baca berita saya sangat benci sama (Datuk Seri) Chua Soi Lek. Dia tiada moral.

“Kita tidak nam-pak apa-apa peruba-han. Orang Melayu, Cina dan India mis-kin. (Umno-BN) to-long kroni saja,” jelasnya lagi.

Keprihatinan Ke- rajaan Selangor ini turut disokong Rabi-ah Ahmad, 65, yang berkata, bantuan tersebut dapat meno-long meringankan perbelanjaannya.

“Mak cik tinggal dengan anak. Sebu-

lan belanja dalam lingkungan RM300 lebih. Sudah hampir em-pat tahun duduk bersama anak. Alhamdulillah... kami gembira

dengan skim bantuan ini,” kata-nya ketika dibawa membeli-belah di Giant Taman Connaught

Manakala Yong Chee Loke, 67, pula berkata, baucer Jom Shop-ping itu dapat menolong warga emas sepertinya yang hidup se-orang diri.

“Saya sangat gembira de- ngan bantuan ini. Sehari belanja

seorang diri untuk makan dekat RM30. Seronok dapat membeli barang keperluan”

Program Jom Shopping, Parli-men Bandar Tun Razak dihadiri oleh Ahli Parlimennya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang me-nyerahkan sendiri baucer pem-belian bernilai RM100 kepada 60 warga emas.

kayaan Selangor.Bekas kakitangan kerajaan,

Pen Wong, 67 berkata, rakyat perlu berikan peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negara. Ini setelah melihat pelbagai program kebajikan yang di-anjurkan Kerajaan Selangor, mem-bantu semua kaum tanpa mengira fa-haman politik.

Katanya, selepas hampir 56 tahun di bawah peme-rintahan Umno-BN, kedudukan orang miskin masih tidak berubah, malah ker-ajaan lebih meng-utamakan golongan berkepentingan sa-haja.

“Kita rasa ini PKR (Kerajaan Negeri) banyak bantu orang miskin. Kita sangat suka parti ini.

“Kita sekarang pun pencen, tapi tidak cukup. Kalau dapat bantu memang suka,” katanya.

Noraziah (kiri) menceritakan sesuatu kepada Rodziah, sambil diperhatikan Nurul Nisa

Menteri Besar menemani warga emas membeli-belah

Page 7: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

7UTAMASelangorkini 22 - 29 Mac 2013

Oleh lizAWAti MAdfA

shAh AlAM - Latihan yang dipelajari di Inpens Internation-al College bukan sahaja mem-berikan kemahiran bagi pela-jarnya memulakan perniagaan sendiri, malah membolehkan mereka meraih peluang peker-jaan di peringkat antarabangsa.

Nor Suriyani Musa (gambar), 21, yang berasal dari Melaka, berbangga apabila kebolehannya membuka mata sebuah peng- usaha butik di Brunei untuk mengambilnya bekerja di sana.

“Tawaran diterima pada Feb-ruari lalu untuk menjadi pe- reka fesyen di butik tersebut dan saya sudah nyatakan persetu-juan dengan tawaran itu.

“Bagi saya, ini pengalaman baru sebelum saya menyam-bung kembali pengajian ke pe-ringkat lebih tinggi pada masa akan datang,” tegas anak kelima daripada enam beradik ini.

Nor Suriyani merupakan pe-nerima Anugerah Khas Datuk Menteri Besar di Majlis Konvoke-syen Inpens International College kali ke-17 yang diadakan di De-wan Jubli Perak, Bangunan Se-tiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Beliau sebelum ini pernah memenangi tempat pertama dalam Kategori Teknologi Fe- syen dan membolot pingat emas dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia ke-21 pada pertengah-an tahun lalu.

Lebih manis lagi apabila be-liau yang menerima latihan se- lama setahun dalam kursus Pembuat Pakaian Wanita Ka-nan di Inpens, turut dinobatkan sebagai peserta terbaik keselu-ruhan dan membolot Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri.

Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang, S. Thinesha 21, membuktikan bahawa sakit barah yang dialaminya sejak dua tahun lalu bukanlah pen-ghalang untuk beliau berjaya dalam pelajaran dan bidang yang diminati.

Graduan INPENS mampu raih perhatian antarabangsa

Mohd Hisham Mohamad Aseray menerima Anugerah Khas Dato’ Menteri Besar, sambil ditemani ibu bapanya

“Bagi saya, paling penting un-tuk berjaya adalah fokus dalam bidang yang kita minat supaya dapat lakukan yang terbaik.

“Biar apapun cabaran yang datang, seandainya kita komi-ted dan kekal fokus, kejayaan pasti akan jadi milik kita,” ujar penerima Anugerah Semangat dan Jati Diri ini.

Menjadikan keluarga, sahabat, dan guru-guru sebagai pemba-kar semangat, beliau yang ting-gal di Banting kini dalam proses membuka salonnya sendiri.

“Jika tiada aral melintang, da-lam masa dua bulan lagi saya mu-lakan perniagaan sendiri dan ini pasti membakar semangat saya untuk terus berusaha lebih gigih,” tambah penerima sijil kemahiran kursus Pendandan Rambut ini.

Terdahulu, seramai 411 gra-duan Inpens dari sembilan kursus latihan dan kemahiran menerima sijil mereka yang di-sempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau diiringi Presiden In-pens International College, Datuk Md Mydin Md Sheriff ke-tika acara penyampaian sijil.

Hadir sama ialah Exco Kera-jaan Negeri, Dr Halimah Ali dan Dr Xavier Jayakumar.

Page 8: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

98Selangorkini 22 - 29 Mac 2013 Selangorkini 22 - 29 Mac 2013

ALBUM ALBUM

Bagi mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan kakitangan Kerajaan Negeri, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, meraikan kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) sempena Hari Wanita baru-baru ini dengan mengedarkan diari dan cenderahati

Program Rakyat Sepakat JKP MPAJ Zon 23, memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya wabak denggi dan cara-cara membasmi wabak tersebut. Adun Teratai, Jenice Lee hadir merasmikan program

Waris-waris yang menerima baki duit Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa II sebanyak RM1500 bergam-bar dengan Adun Taman Medan, Haniza Talha setelah selesai acara penyera-han tersebut

Pusat Wanita Berdaya (PWB) Hulu Kelang,

menganjurkan kursus memasak nasi Arab.

Kelihatan tenaga pengajar, Marwah Saari

menunjukkan kepada peserta cara-cara mema-sak Nasi Arab Maqlubah

Adun Meru, Dr Abd Rani Osman dengan kerjasama JKKK meninjau keadaan Sekolah Rendah Kebangsaan 2, Meru dan beberapa buah rumah di Kampung Budiman yang teruk dilanda ribut

GEMBIRA... Adun Hulu Kelang, Saari Sungib memberi semangat kepada pelajar Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Taman Keramat sewaktu program Sukan Dwi-Tahunan Ke-5 di padang AU2A Taman Seri Keramat.

Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar, meninjau dan beramah mesra

dengan para peniaga di pasar tani Bandar

Bukit Seri Makota selepas merasmikan

pasar tersebut

Sempena Sambutan hari Wanita Sedunia, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, bagi pihak Dewan Muslimat PAS Pusat, menyampaikan bunga kepada polis wanita di Balai Polis Dang Wangi, selain menyampaikan ucapan takziah ke atas insiden yang menimpa polis di Lahad DatuAhli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dan

Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi melawat dan menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Orang Asal, Pulau Carey, Banting

Page 9: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

PKNS dan PLUS sedang mengenal pasti punca runtuhan berlaku

10 Selangorkini 22 - 29 Mac 2013UTAMA

Oleh sirAj MOhd zAini

shAh AlAM - Kerajaan Negeri mempelawa warga emas yang masih belum mendaftar untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) supaya menyertainya bagi mengelak salah faham yang cuba dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kera-jaan Negeri akan menulis surat kepada warga emas yang ber-cadang menyaman Kerajaan Negeri kerana didakwa tidak menunaikan janji memberi-kan caruman takaful sebanyak RM2,500 setiap seorang.

“Saya bercadang menulis

Warga emas dipelawa sertai SMUE

shAh AlAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan PLUS Malaysia Ber-had (PLUS) bersetuju melantik perunding bebas bagi mengenal pasti punca berlakunya kejadi-an runtuhan persimpangan ber-tingkat baru-baru ini.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim ber-kata, PKNS sudah mengemuka-kan tiga nama perunding bebas bagi menyiasat punca sebenar kejadian itu.

“PKNS sudah meminta Lem-baga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengambil langkah se-gera bagi memilih perunding bebas yang disyorkan PKNS dan PLUS untuk memudahkan pro-ses mengenal pasti punca per-simpangan bertingkat itu run-tuh,” katanya.

Pada waktu yang sama, satu perunding bebas turut dilantik PKNS bagi menentukan sama ada kerja-kerja pembinaan per-simpangan bertingkat itu me-matuhi syarat-syarat pembi-naan.

“Ini adalah selaras dengan amalan tadbir korporat yang diamalkan PKNS,” tambahnya kerja-kerja pembersihan kini se-dang giat dijalankan oleh PKNS.

Kos perlantikan perunding akan ditanggung bersama di antara PLUS dan PKNS.

Hujung Februari lalu persim-pangan bertingkat berdekatan Kilometer 2.4 Lingkaran Putra-jaya menghala ke Lebuhraya Elite runtuh.

Semasa kejadian berlaku, kerja- kerja pembaikan jalan se-dang dijalankan di bawah lokasi jambatan berkenaan.

Jambatan persimpangan ber-tingkat yang mula dibina pada Oktober 2007 itu mula berope-rasi pada November 2009 dan diserahkan kepada PLUS pada 22 Mac 2012.

Sebelum kejadian, jambatan tersebut ditutup kepada semua lalulintas mulai 7 Disember 2012 lalu dan dijangka dibuka semu-la pada 31 Disember 2013 nanti bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan.

PKNS tunggu keputusan LLM

surat kepada mereka untuk memberikan borang supaya menyertai SMUE kita,” ujarnya sewaktu ditanya pemberita di Masjid Negeri, Shah Alam.

Abdul Khalid berkata de-mikian susulan 1,001 warga emas yang memfailkan saman menuntut caruman takaful RM 2.5 juta.

Mereka berkata, ia merupa-kan janji yang tidak ditunaikan di dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lima ta-hun dahulu.

Sebelum ini, Abdul Khalid menegaskan Kerajaan Neg-eri melakukan lebih daripada apa yang dijanjikan daripada manifestonya untuk golongan

warga emas.Katanya, Kerajaan Negeri

menyediakan SMUE iaitu skim khairat kematian yang menye-diakan RM 2,500 kepada ahli keluarga warga emas apabila mereka meninggal dunia.

Malah, Kerajaan Negeri juga memberikan baucer membeli-belah RM 100 melalui program ‘Jom Shopping’ khusus untuk warga emas.

Abdul Khalid berkata de-mikian selepas majlis per-jumpaan bersama Yang Diper-tua PIBG, Badan Pendidikan Agama Islam Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kursus Asas Fardu Ain (Kafa) di masjid negeri.

Menteri Besar menandatangani buku ‘Hala Tuju Pendidikan Jais’

Page 10: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

11UTAMASelangorkini 22 - 29 Mac 2013

Oleh nOrhAyAti UMOr

KlAnG - Sambutan menggalak-kan daripada ibubapa terhadap bantuan tambang bas sekolah menyebabkan Kerajaan Nege-ri bercadang memperluaskan skim tersebut di kalangan kelu-arga berpendapatan rendah.

Bantuan subsidi tambang bas sekolah itu adalah salah satu program yang dilaksanakan Kerajaan Negeri sejak tiga tahun lalu di bawah agenda Merakyat-kan Ekonomi Selangor (MES).

Exco Kesihatan, Pekerja La-dang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, sumbangan RM300 set-iap keluarga boleh menampung tambang bas sekolah untuk se-orang anak selama 10 bulan.

“Sumbangan ini diberikan kepada keluarga yang berpendapatan RM-1,500 ke bawah.

“Namun, disebab-kan sambutan yang menggalakkan, kita akan cuba untuk kelu-arga yang berpendapa-tan RM3,000 ke bawah. Saya akan usulkan kepada Kera-jaan Negeri,” katanya yang juga Adun Sri Andalas.

Dr Xavier menyampaikan sumbangan tersebut kepada 62 keluarga dari DUN Andalas di satu majlis di Dewan Sukan Maj-

shAh AlAM - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM2 juta sejak tahun 2011 bagi melak-sanakan kerja-kerja menaiktaraf serta menyelenggara jalan raya dan longkang di kawasan Klang.

Exco Kerajaan Tempatan, Ka-jian dan Penyelidikan, Ronnie Liu (gambar) berkata, kerja-ker-ja penyelenggaraan itu meng-gunakan dana Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (Marris) dan perun-tukan Adun sepenuhnya.

Tambahnya, sebahagian be-sar jalan raya di Pandamaran juga sudah diturap, malah sega-la aduan yang diterima daripada penduduk setempat juga di atasi secara berperingkat.

“Kita tidak hanya menyeleng-gara jalan raya, malah longkang juga diselenggara dengan baik oleh Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT). Kerajaan Negeri sudah peruntukkan banyak dana un-tuk kerja-kerja pembaikan ini.

“Malah, untuk tahun ini sa-haja RM1 juta diperuntukkan, dan ia tidak termasuk peruntukan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK). Kita ada rekod tender, sebut harga dan sebagai-nya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Ronnie turut menyifatkan dak-waan bahawa PBT Selangor ga-gal menunaikan janji menye-langgara jalan raya disifatkan sebagai satu sandiwara politik yang sengaja dimainkan Umno-BN lebih-lebih lagi ketika Pili-han Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir.

Tegasnya, ia adalah taktik

biasa Umno-BN yang sengaja menimbulkan pelbagai speku-lasi untuk memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menyentuh me-ngenai dakwaan jalan raya tidak diturap di Taman Tengku Ben-dahara Azman di Pan-damaran, Ronnie me-negaskan ia masih dalam perancangan dan akan dibaiki da-

lam tempoh terdekat.“Hakikatnya jalan raya di

bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) yang masih belum diselenggara. Berapa kali kita buat aduan pun mereka tidak ambil sebarang tindakan, tetapi mereka mengemukakan alasan kononnya JKR tidak mempunyai dana,” katanya lagi.

Lebih ramai terima bantuan tambang bas

Lebih RM2 juta baiki jalan dan longkang

lis Perbandaran Klang, Andalas, di sini.

Katanya, skim itu tidak ha- nya membantu anak pekerja la-dang tetapi juga kawasan bandar.

Pemberian itu melibatkan pe-runtukan sebanyak RM18,600.

Suri rumah, Nori-zah Marwan, 48, (gam-bar) gembira dengan bantuan yang diteri-ma anaknya, Amir Ir-fan, 13, kerana selama ini pihaknya tidak pernah menerima ganjaran seperti itu.

“Terima kasih kepada Kera-jaan Negeri yang amat mengam-bil berat kesusahan rakyat. Saya amat gembira.

“Suami saya hanya bekerja sebagai pemandu lori dan lima orang anak masih bersekolah,

jadi ia banyak mengurangkan beban keluarga,” katanya.

Manakala bagi, Ketua Kam-pung Sungai Kandis, Miswan Salleh, 58, berkata pentadbi-ran Kerajaan Negeri pada masa kini jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Ia kerana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) jauh lebih prihatin terhadap kesusahan rakyat.

“Kami berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana priha-tin dengan masalah kami. Saya berharap pemberian subsidi bas sekolah ini akan berterusan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam majlis itu juga, lebih 300 pelajar cemerlang Ujian Pe-nilaian Sekolah Rendah (UPSR) menerima sijil penghargaan dan wang saguhati yang melibatkan 15 buah sekolah.

TAHNIAH... antara pelajar cemerlang UPSR yang menerima sijil penghargaan dan saguhati

Page 11: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

12 Selangorkini 22 - 29 Mac 2013

Page 12: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

Oleh lizAWAti MAdfA

shAh AlAM - Kerajaan Ne-geri menyediakan pinjaman pe-runtukan kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) un-tuk membaiki atau memba-ngunkan kemudahan sukan.

Inisiatif itu diharap dapat meningkatkan mutu dan kua-liti atlit Selangor, ujar Exco Be-lia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

“Kita faham bahawa untuk menyediakan kemudahan su-kan memerlukan perbelanjaan yang besar, maka Kerajaan Ne-geri membuat keputusan untuk memberikan pinjaman kepada mana-mana PBT.

“Dengan itu, pihak PBT bo-lehlah meningkatkan kemudah-an seperti di padang dan seba-gainya,” katanya.

Beliau berkata demikian da-lam Majlis Penyerahan Wakitah Pelantikan Pengurus Pasukan dan Penyerahan Sukan kepada Bapa Angkat Sukma ke-16 di sini petang semalam.

Dalam pada itu, beliau ber-harap agar program bapa ang-kat tersebut dapat memberi manfaat kepada pasukan negeri dalam menghadapi kejohanan Sukma (Sukan Malaysia) ke-16 yang dijangka diadakan di Kuala Lumpur pertengahan tahun ini.

“Diharapkan Sukma kali ini

AMAL…Pelancaran Tabung Madrasatul Khairiah oleh Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri, pada majlis ramah mesra bersama penghuni kuarters Jalan Bandaran, Klang

Pinjaman peruntukan untuk sukan PBTDiharapkan Sukma pada kali ini dapat mengembalikan nostalgia kegemilangan pasukan Selangor yang kali terakhir menjadi juara pada 2006

- DR YunuS haiRiExco Belia dan Sukan

Dr Yunus menyampaikan watikah perlantikan kepada penerima

dapat mengembalikan nostal-gia kegemilangan pasukan Se-langor yang kali terakhir men-jadi juara pada 2006,” tambah Ahmad Yunus yang juga Adun Sijangkang.

Sejak Sukma diperkenalkan pada tahun 1986, Selangor per-nah tujuh kali menjadi juara, di-ikuti Terengganu sebanyak em-pat kali, Sarawak tiga kali dan Kuala Lumpur sekali.

13UTAMASelangorkini 22 - 29 Mac 2013

Page 13: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

14 UTAMASelangorkini 22 - 29 Mac 2013

Oleh nAzli ibrAhiM

shAh AlAM - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) terharu dengan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap seko-lah-sekolah Tamil di seluruh Se-langor.

Menurut wakil PIBG terse-but, kerajaan Umno-BN sebe-lum ini, sama ada tidak per-nah atau amat jarang memberi bantuan kepada sekolah-seko-lah mereka.

Keadaan tersebut berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Selangor sekarang yang menghulurkan bantuan setiap tahun sejak mula men-tadbir negeri.

Di bawah dasar membantu sekolah rakyat, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4 juta se-

PIBG sekolah Tamil terharu terima sumbangan RM2.6 juta

Kuala Langat, Vasu Muniandy pula berkata sebelum 2008, sekolah SJKT di Selangor kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri.

“Dahulu susah nak da- pat bantuan Kerajaan Negeri, kena mohon banyak kali baru boleh dapat. Itu pun sedikit sahaja kurang RM10 ribu, tetapi sekarang tiap-tiap ta-hun dapat dan jumlahnya pun banyak.

“Dengan sumbangan seban-yak RM85,000 ini kami dapat

tiap tahun untuk sekolah Ta-mil.

“Dahulu tak pernah dapat sumbangan, sekarang tiap-tiap tahun dapat dan kami dapat manfaatkan untuk ke- selesaan pelajar dan guru-gu-ru seperti menambah kemu-dahan yang lebih baik.

“Saya berterima kasih ba-nyak kepada Kerajaan Nege-ri, khususnya kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” kata Yang Dipertua PIBG SJKT Su-ngai Sedu, R. Gunasegaran.

SJKT Sungai Sedu mene-rima sumbangan sebanyak RM40,000 yang disampaikan oleh Abdul Khalid dalam Maj-lis Penyampaian Bantuan ke Sekolah-sekolah Tamil Sela-ngor di sini.

Sementara itu, Ahli Jawa-tankuasa PIBG SJKT Jugra,

gunakan untuk membina mak-mal komputer untuk pembela-jaran lebih baik untuk murid dan guru,” kata Vasu.

Manakala YDP PIBG SJKT Su-ngai Renggam, Chandra Se-garan berkata, di samping ber-terima kasih kepada Kerajaan Negeri, beliau memberitahu, sumbangan tersebut amat ber-makna kepada para pelajar, ibu bapa dan guru-guru SJKT Sungai Renggam.

“Keadaan sekolah kami di bawah kerajaan sekarang su-dah banyak berubah dan ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri sekarang.

“Tidak macam dahulu. Te-rima kasih tidak terhingga ke-pada Kerajaan Negeri,” ujar Chandra selepas menerima bantuan sebanyak RM 50,000 bagi pihak sekolahnya.

Dalam majlis tersebut se-banyak 84 buah sekolah selu-ruh Selangor menerima sum-bangan dari Kerajaan Negeri dengan nilai keseluruhan se-banyak RM 2.6 juta

Majlis yang dihadiri kira-kira lebih 500 hadirin itu turut disertai Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Xavier Ku-mar, Dr Yaakob Sapari, Ron-nie Liu dan Adun Telok Datuk, Phillip Tan

Menteri Besar menyerahkan cek kepada wakil PIBG

Vasu Muniandy

Page 14: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

15UTAMASelangorkini 22 - 29 Mac 2013

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-5521 8740 atau 03-5521 8741, Faks : 03-5521 8742 atau 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMAS Rantaian Mesra Sdn Bhd,Tingkat G, Bangunan DarulEhsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel : 03-55103468 /3472, Faks: 03-55103455emel: [email protected]

HADIAH ANAK MASUK IPT Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S, 40503 Shah Alam Tel: 03-55447385 atau 03-55212275 Faks: 03-55104095 atau 03-55110659

PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN GALIANKumpulan Semesta Sdn. Bhd. Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, SelangorTel : 03-5518 7735 , Faks : 03-5518 7736 email : [email protected] Laman Web : www.semesta.com.my

TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANGPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan SSAAS, 40503 Shah AlamTel : 03-5544 7306 atau 03-5512 3618. Faks : 03-5510 6678

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan InovasiTel : 03-5519 4346 atau 03-5544 7622. Faks : 5519 3304

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADUKumpulan Darul Ehsan Berhad, 16th - 17th Floor,Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3999. Faks : 03-5510 9977 Emel: [email protected]

SKIM KESIHATAN WANITARantaian Mesra Sdn. Bhd. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel: 03-55103468 / 3472. Faks: 03-55103455Laman Web http://www.e-mesra.org.my

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)Mimbar Selangor, A23, Pusat Perniagaan Jubli 20, Jalan Singa J20/J, Seksyen 20, 40300Shah Alam, SelangorTel: 03-55413616. Faks: 03-55413617Laman Web http://www.mimbarselangor.org

SKIM MIKROKREDIT SELANGORYayasan Dar al Qard al Hasan Selangor, Tingkat 2,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 4000,Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-55447104/ 03-55191692/ 03-55212312 Fax : 03-551055829 Laman Web http://www.skimsel.com

PUSAT DIALISIS RAKYATRantaian Mesra Sdn. Bhd. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah AlamTel: 03-55103468 / 3472. Faks: 03-55103455 Laman Web http://www.e-mesra.org.my

PUSAT TUISYEN RAKYATUnit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, SelangorTel: 03-5544 7480/7481/7482/7543 Faks: 03-55104095/ 55135564/ 55447391Blog http://tuisyenrakyat.blogspot.com

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Oleh AfeeqA AfeerA

shAh AlAM - Kerajaan Negeri akan mengarahkan Majlis Ban-daraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan pembinaan jalan raya alternatif di Parit Besar, Pa-dang Jawa berikutan kematian se-orang remaja kerana mengguna-kan jalan pintas di situ.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wani-ta, Sains, Teknologi, Inovasi dan Ke-budayaan, Rodziah Ismail berkata, jalan alternatif itu adalah bagi menggantikan laluan sedia ada yang menggugat keselamatan penduduk.

Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat berikutan kematian se-orang remaja, Nur Alisa Balqis Mohd Zakir, 15, yang tergelincir ke dalam longkang besar kira-kira

pukul 4 petang, sewaktu hujan lebat.

“Beberapa tindakan perlu dibuat secara drastik terutama laluan yang digunakan oleh penduduk (jalan pintas) yang menggadaikan nyawa. Kebanyakan remaja seko-lah menggunakan lintasan kereta api dan melintasi parit besar untuk pulang ke rumah.

“Masalah ini telah diperhati-kan sejak tiga tahun lepas lagi di mana satu usaha untuk menyedia-kan jalan alternatif telah dilaksa-nakan.

“Bantuan Kerajaan Negeri telah diberikan untuk menyegerakan ker-ja-kerja pembinaan jalan ter-sebut.

“Saya selaku Adun berharap ia dapat siap dengan segera supaya penduduk boleh gunakan jalan

yang lebih selamat,” katanya keti-ka membuat tinjauan di kawasan Parit Besar, Padang Jawa, di sini.

Mengikut laporan akhbar, Nur Alisa bersama tiga lagi rakannya terjatuh ke dalam longkang besar ketika menggunakan jalan di tepi parit tersebut semasa hujan lebat.

Namun, dua rakannya berjaya menyelamatkan diri, manakala se-orang lagi rakannya berjaya dise-lamatkan kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, Nur Alisa gagal dikesan selepas pihak bomba men-jalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat, termasuk menggu-nakan pasukan skuba.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui dua hari kemudian tera-pung di Sungai Klang.

Segera bina jalan alternatif di Padang Jawa

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTU SOLATSelangor22 - 29 Mac 2013

10 - 17 Jamadilawal 1434

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

22 Jumaat 5:52 6:02 7:17 1:23 4:27 7:25 8:3423 Sabtu 5:51 6:01 7:17 1:23 4:27 7:25 8:3424 Ahad 5:51 6:01 7:17 1:22 4:26 7:25 8:3425 Isnin 5:50 6:00 7:16 1:22 4:25 7:25 8:3426 Selasa 5:50 6:00 7:16 1:22 4:24 7:25 8:3427 Rabu 5:49 5:59 7:15 1:21 4:23 7:24 8:3328 Khamis 5:49 5:59 7:15 1:21 4:22 724 8:3329 Jumaat 5:49 5:59 7:15 1:21 4:21 7:24 8:33

22 Jumaat 5:54 6:04 7:19 1:25 4:30 7:27 8:3623 Sabtu 5:53 6:03 7:19 1:25 4:29 7:27 8:3624 Ahad 5:53 6:03 7:19 1:24 4:28 7:27 8:3625 Isnin 5:52 6:02 7:18 1:24 4:27 7:27 8:3626 Selasa 5:52 6:02 7:18 1:24 4:26 7:27 8:3627 Rabu 5:51 6:01 7:17 1:23 4:25 7:26 8:3528 Khamis 5:51 6:01 7:17 1:23 4:24 7:26 8:3529 Jumaat 5:50 6:00 7:17 1:23 4:23 7:26 8:35

Rodziah, mendengar

taklimat daripada anggota

bomba penyelamat

selepas meninjau longkang

besar, tempat Nur Alisa

Balqis tergelincir

DIHARGAI… Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali menerima cenderahati daripada Pengerusi Penduduk Kampung Keretapi, Redzuan Dahlan, sewaktu majlis kesyukuran tanda terima kasih kerana membantu mereka mendapat geran tanah setelah hampir 40 tahun menanti

Page 15: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filesebelum kertas hasil siasatan dirujuk dan diputuskan Peguam ... bayar cukai digunakan bagi ... diaudit oleh Jabatan Audit Ne-gara

Selangor Kini

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

Oleh nAzli ibrAhiM

shAh AlAM - Pemimpin penceroboh di La-had Datu, Sabah yang menggelar dirinya seba-gai Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram didapati seorang rakyat Malaysia dan pernah bertugas sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat.

Siasatan di Jabatan Arkib Negara Sabah mendapati nama Azzimuddie tersenarai da-lam Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat.

Menurut dokumen itu, beliau dilantik ber-mula 1 Mac 1974 dengan gaji RM 610 sebulan, kata Pengarah Strategi Rafizi Ramli yang men-dedahkan dokumen tersebut, baru-baru ini.

Menurut Rafizi dan Timbalan Setiausaha Agong PKR, Darell Leiking, maklumat terbaru ini mengesahkan kaitan di antara pencerobohan bersenjata di Sabah dengan Projek IC yang dikait-kan dengan Tun Mahathir Mohamed dan Umno.

“Dengan maklumat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi di sebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak daripada menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat,” menurut kenyataan tersebut.

Antara yang berlegar di kalangan umum pada masa ini termasuklah persoalan, berapa ramaikah daripada kalangan penceroboh ber-senjata merupakan penduduk Filipina yang mendapat kerakyatan Malaysia setelah diberi-kan kad pengenalan biru seperti Agbimudin.

Turut dipersoalkan adalah terdapat berapa ramaikah di kalangan penceroboh tersebut merupakan ahli Umno?

Rafizi dan Darell turut menggesa Najib berterus terang kepada rakyat, adakah benar ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina dan diberi-kan kad pengenalan biru.

Ketua penceroboh Sabah rakyat Malaysia?

Maklumat terbaru ini mengesahkan kaitan di antara pencerobohan bersenjata di Sabah dengan Projek iC yang dikaitkan dengan tun Mahathir Mohamed dan umno

Menurut Rafizi, jesteru itu PKR akan menganjurkan Bicara Kedaulatan dan Ke-selamatan Negara (BKKN) dalam bentuk fo-rum yang disertai beberapa bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan polis di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru bagi mengupas isu ini.

“BKKN yang pertama akan berlangsung di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Ampang pada hari Khamis, 21 Mac 2013 jam 9 malam dan akan dipengerusikan oleh saya sendiri.

“Melalui BKKN, persoalan hubung kait Projek IC dan ancaman keselamatan akibat dari semborono Umno itu akan dikupas dengan sejelas-jelasnya, selain daripada isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara

yang lain,” ujar Rafizi.Pada 9 Februari lalu, Azzimuddie menge-

tuai kumpulan yang mendakwa mereka seba-gai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang me-masuki Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu dengan tujuan mahu menuntut hak milik Kesultanan tersebut ke atas Sabah.

Sebanyak 63 nyawa terkorban di dalam operasi tentera dan polis bagi menghapus dan menangkap ahli kumpulan tersebut yang sudah berlangsung selama sebulan.

Sehingga 12 Mac dilaporkan seramai 53 pengikut Kesultanan Sulu, sembilan anggota pasukan keselamatan dan satu orang awam terkorban dalam beberapa siri pertempuran antara kedua-dua belah pihak itu.

TERbukTI... Pemimpin penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah, yang menggelar dirinya sebagai Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram didakwa seorang rakyat Malaysia dan pernah bertugas sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat. Siasatan di Jabatan Arkib Negara Sabah mendapati beliau tersenarai dalam Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat yang dilantik pada 1 Mac 1974