selamatkah kolej kediaman untuk pelajar kita_fairus

10

Click here to load reader

Upload: fairus

Post on 08-Jun-2015

1.449 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kolej kediaman merupakan kemudahan yang disediakan oleh universiti bagi penginapan pelajar. Kolej kediaman bukan sahaja berfungsi sebagai tempat tinggal malahan ianya merupakan tempat beristirehat, tidur dan juga menyimpan barangan dan peralatan pelajar. Elemen pengurusan risiko keselamatan nyawa dan harta benda penghuni merupakan perkara yang penting di dalam mengurus-tadbir sesebuah kolej kediaman. Kertas kerja ini membincangkan peranan dan tindakan pengurusan kolej kediaman yang perlu dilaksanakan di dalam mengurus dan mengendalikan isu-isu keselamatan daripada ancaman risiko keracunan makanan, kecurian dan bencana kebakaran serta bencana alam.

TRANSCRIPT

Page 1: Selamatkah Kolej Kediaman Untuk Pelajar Kita_Fairus

Seminar Tadbir urus Kemudahan Kediaman Pelajar Se-Malaysia 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

161

SELAMATKAH KOLEJ KEDIAMAN UNTUK PELAJAR KITA?

Muhamed Faeiz Haji Alwee, Fairus Muhamad Darus

Zitty Sarah

ABSTRAK

Kolej kediaman merupakan kemudahan yang disediakan oleh universiti bagi penginapan pelajar. Kolej kediaman bukan sahaja berfungsi sebagai tempat tinggal malahan ianya merupakan tempat beristirehat, tidur dan juga menyimpan barangan dan peralatan pelajar. Elemen pengurusan risiko keselamatan nyawa dan harta benda penghuni merupakan perkara yang penting di dalam mengurus-tadbir sesebuah kolej kediaman. Kertas kerja ini membincangkan peranan dan tindakan pengurusan kolej kediaman yang perlu dilaksanakan di dalam mengurus dan mengendalikan isu-isu keselamatan daripada ancaman risiko keracunan makanan, kecurian dan bencana kebakaran serta bencana alam. Kata kunci: Kolej kediaman, Pengurusan risiko, Keselamatan

PENGENALAN

Kemudahan kediaman pelajar atau asrama di insitut pengajian tinggi seperti universiti merupakan tempat tinggal pelajar untuk tidur, beristirehat, menyimpan perkakas dan peralatan serta barangan peribadi pelajar dengan selesa dan selamat. Selain itu, kemudahan kediaman juga menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan di kafeteria untuk pelajar menikmati minuman dan makanan. Isu keselamatan dan kesihatan bukanlah perkara yang baru tetapi kurang diberi penekanan sewajarnya di dalam mengurus tadbir kemudahan kediaman pelajar (kolej kediaman). Perhatian yang kurang dalam isu keselamatan dan kesihatan ini berkemungkinan disebabkan pertindihan skop kerja yang tidak jelas antara pihak-pihak pengurusan yang lain seperti Bahagian Pembangunan, Penyelenggaraan, Keselamatan dan Kesihatan. Pada umumnya isu keselamatan dan kesihatan amat penting apabila melibatkan staf dan pelajar yang bekerja dan menginap serta menjalani kehidupan sehari-hari di kawasan dan bangunan kolej kediaman. Kertas kerja ini akan membincangkan elemen keselamatan dan kesihatan khususnya kepada pelajar yang menginap di kolej kediaman di dalam konteks sistem urus tadbir kemudahan kediaman pelajar di Universiti Teknologi MARA.

Page 2: Selamatkah Kolej Kediaman Untuk Pelajar Kita_Fairus

Seminar Tadbir urus Kemudahan Kediaman Pelajar Se-Malaysia 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

162

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI KOLEJ KEDIAMAN

Hampir kesemua kolej kediaman menyatakan komimet mereka untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang selesa dan selamat kepada para penghuninya. Aspek selesa dan selamat ini merangkumi dua perkara asas iaitu kemudahan penginapan iaitu bangunan asrama dan kawasan persekitarannya serta perkhidmatan penyediaan makanan. Kemudahan kediaman menyediakan ruang untuk pelajar belajar, beristirehat dan tidur dengan selesa dan selamat. Selain itu juga ruang yang disediakan turut menjamin keselamatan harta benda pelajar tersebut. Secara umumnya, elemen pengurusan keselamatan dan kesihatan di kolej kediaman boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama :

i. Keselamatan nyawa ii. Keselamatan makanan iii. Keselamatan harta benda

Tadbir urus keselamatan dan kesihatan di sesebuah kampus seperti Universiti

Teknologi MARA (UiTM) yang juga merangkumi kemudahan penginapan di kampus melibatkan tiga bahagian yang utama iaitu Bahagian Penyelenggaraan di bawah Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan Pekerjaan, Pusat Kesihatan dan Bahagian Keselamatan. Manakala dalam konteks tadbir urus kemudahan penginapan, pengurusan keselamatan dan kesihatan terletak dibawah tanggungjawab Pengurus Asrama dengan dibantu staf sokongan di kolej kediaman tersebut.

Keselamatan Nyawa

Keselamatan nyawa di kolej kediaman dikaitkan dengan pengurusan risiko keselamatan bangunan dan persekitarannya yang boleh mengancam nyawa penghuni seperti risiko kebakaran, gempa bumi dan banjir. Di samping itu juga, elemen kesihatan iaitu jangkitan penyakit berjangkit contohnya seperti demam denggi yang dikaitkan dengan kebersihan persekitaran turut boleh dikaitkan dengan keselamatan nyawa penghuni di kolej kediaman.

Elemen keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan bangunan kediaman pelajar bermula dari perancangan rekabentuk sebelum bangunan itu didirikan. Bahagian Pembangunan yang bertanggungjawab di dalam merancang pembinaan sesebuah kolej kediaman mesti mendapat maklumat dan input daripada mereka yang mengurus tadbir kolej kediaman. Kesilapan di dalam mereka bentuk bangunan kediaman pelajar akan menyukarkan pihak pentadbir untuk penyelenggaran dan mengurus isu-isu keselamatan dan kesihatan di kemudian hari. Jika sesebuah bangunan yang telah siap dibina disewa atau dibeli bagi menjadikannya sebagai bangunan kemudahan penginapan pelajar, elemen keselamatan dan kesihatan juga harus diberi perhatian yang sewajarnya. Elemen keselamatan dan kesihatan yang dimaksudkan di sini ialah segala keperluan perundangan dan garis panduan yang sedia ada seperti Akta Bomba 1988, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Arahan Majlis Keselamatan dan sebagainya hendaklah dipatuhi. Apabila bangunan kemudahan penginapan mula diduduki dan beroperasi, maka adalah menjadi tanggungjawab pengurusan kolej kediaman tersebut untuk memastikan peralatan kawalan dan pencegahan serta pelan tindakan kecemasan

Page 3: Selamatkah Kolej Kediaman Untuk Pelajar Kita_Fairus

Seminar Tadbir urus Kemudahan Kediaman Pelajar Se-Malaysia 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

163

diadakan. Selain itu, latihan juga harus diberikan kepada staf dan juga penghuni kolej kediaman. Penyelenggaraan bangunan kemudahan penginapan yang bersistematik dan berkesan juga diperlukan khususnya di dalam mencegah risiko jangkitan penyakit bawaan vektor seperti demam denggi. Penyelenggaraan ini perlu melibatkan semua pihak itu pengurusan dan juga penghuni kolej kediaman tersebut.

Keselamatan Makanan

Keselamatan makanan di kolej kediaman hanya melibatkan kemudahan penginapan pelajar yang menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan bermasak. Aspek keselamatan makanan ini melibatkan pemantuhan undang-undang dan garis panduan keselamatan makanan seperti Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Pengurusan risiko keselamatan makanan melibatkan pemeriksaan dipremis tempat makanan diproses dan sediakan untuk melihat tahap kebersihan dan pemantuhan prosedur kerja yang betul, persampelan makanan dan penyitaan makanan. Pengurusan risiko keselamatan makanan ini perlu untuk mencegah dan melindungi penghuni kolej kediaman terhadap risiko keracunan makanan yang merbahaya dan boleh mengancam nyawa.

Keselamatan Harta Benda

Keselamatan harta benda adalah tanggungjawab bersama antara Bahagian Keselamatan, Pengurusan Kolej Kediaman dan juga penghuni kolej itu sendiri. Namun begitu, sistem dan kawalan keselamatan di bangunan kemudahan penginapan pelajar perlu ada bagi memastikan tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda adalah selamat sepanjang masa.

PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI KOLEJ KEDIAMAN

Pentadbir Kolej

Pengurusan keselamatan dan kesihatan di kolej kediaman adalah menjadi tanggungjawab pentadbir kolej untuk menyelaraskan tugas dan tanggungjawab dengan pihak-pihak yang berkaitan. Pada masa kini, skop tugas dalam aspek keselamatan dan kesihatan masih tidak jelas khususnya yang melibatkan pengurusan pelan tindakan kecemasan. Amalan yang sedia ada di dalam pengurusan kolej kediaman yang melibatkan pentadbir kolej hanya merangkumi aspek pengurusan keselamatan makanan, kawalan dan pencegahan aedes serta kawalan dan sistem keselamatan harta benda.

Pegawai Pembangunan Pelajar

Peranan dan tanggungjawab Pegawai Pembangunan Pelajar di dalam konteks pengurusan keselamatan dan kesihatan di kolej kediaman masih tidak jelas dan berbeza-beza antara kolej-kolej kediaman. Antara peranan Pegawai Pembangunan Pelajar yang melibat diri secara langsung ialah pemantauan terhadap kemudahan dan

Page 4: Selamatkah Kolej Kediaman Untuk Pelajar Kita_Fairus

Seminar Tadbir urus Kemudahan Kediaman Pelajar Se-Malaysia 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

164

penyediaan makanan bermasak di kolej. Selain daripada itu, peranan mereka tidak diperincikan dan bergantung kepada inisiatif individu atau kolej kediaman yang tersebut.

Jawatankuasa Pelajar

Penglibatan Jawatankuasa Pelajar tidaklah wajib di dalam menguruskan keselamatan dan kesihatan di kolej kediaman, namun jika mereka terlibat sama ianya akan menjadikan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan tersebut lebih berkesan. Jawatankuasa Pelajar ini mempunyai pengaruhi tersendiri dalam memberi maklumat dan menerangkan kepada penghuni di kolej kediaman. Selain itu, penglibatan pelajar melalui Jawatankuasa Pelajar akan dapat membantu pengurusan kolej di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan keselamatan dan kesihatan yang berlaku di luar waktu pejabat.

PERSEPSI PENGHUNI KOLEJ TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN KOLEJ KEDIAMAN

Bagi mengetahui isu keselamatan dan kesihatan di kolej kediaman, satu kajian rintis dilakukan untuk mengetahui persepsi penghuni kolej terhadap isu ini. Objektif kajian ini adalah untuk menguji istrument (borang soal selidik) kajian dan meneroka masalah yang berkaitan dengan isu keselamatan dan kesihatan yang berlaku di kolej kediaman. Sebanyak 28 item (soalan) telah dibentuk berdasarkan 4 pembolehubah bersadar iaitu keselamatan nyawa (6 soalan), keselamatan harta benda (6 soalan), keselamatan makanan (6 soalan) dan pengurusan keselamatan dan kesihatan (7 soalan). Skala Likert digunakan (1 = Sangat Tidak Setuju hingga 5 = Sangat Setuju) dalam kajian ini kecuali soalan yang berkaitan dengan tahap keselamatan yang menggunakan skala berbeza (1 = Sangat Tidak Selamat hingga 10 = Sangat Selamat).

Kajian rintis ini melibatkan tiga buah kolej kediaman. Sebanyak 50 borang soal selidik diedarkan disetiap kolej melalui Jawatankuasa Pelajar di kolej berkenaan. Jumlah borang soal selidik yang dikembalikan adalah sebanyak 75% daripada 150 borang yang telah diedarkan. Ketiga-tiga buah kolej yang terlibat merupakan bangunan yang tinggi dengan ketinggian yang paling rendah 5 tingkat dan ketinggian yang paling tinggi ialah 10 tingkat.

Keselamatan nyawa

Soal selidik berkaitan dengan keselamatan nyawa bertujuan untuk mengetahui persepsi penghuni kolej terhadap perasaan selamat mereka apabila tinggal dan menjalani kehidupan sehari-hari di kolej kediaman. Jadual 1 menunjukkan maklum balas penghuni berdasarkan skala likert.

Page 5: Selamatkah Kolej Kediaman Untuk Pelajar Kita_Fairus

Seminar Tadbir urus Kemudahan Kediaman Pelajar Se-Malaysia 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

165

Jadual 1: Maklum balas penghuni terhadap soal-selidik yang berkaitan dengan keselamatan

yang melibatkan nyawa.

Soalan Kolej A (n=38)

Kolej B (n=32)

Kolej C (n=43)

Purata Keseluruhan

1. Saya rasa selamat tinggal di kolej kediaman.

3.76 3.18 4.07 3.67

2. Saya tidak berasa bimbang apabila tinggal sendirian di bilik asrama, kolej kediaman saya.

3.66 2.85 3.93 3.48

3. Saya tidak tahu apakah yang perlu saya buat jika berlaku gempa bumi.

3.26 2.64 2.90 2.93

4. Saya akan berasa bimbang / takut jika berjalan sendirian di kawasan kolej kediaman pada waktu malam.

2.76 3.48 3.21 3.15

5. Semua kemudahan yang disediakan di kolej kediaman saya adalah selamat untuk digunakan.

3.32 3.36 3.68 3.45

Daripada ketiga-tiga buah kolej, didapati Kolej C sahaja yang penghuninya memberi respon purata ’Setuju’ tentang penyataan yang mereka bersama selamat apabila tinggal di kolej mereka. Begitu juga dengan perasaan bimbang apabila tinggal sendirian di bilik asrama, hanya Kolej C yang mendapat purata respon menghampiri ’Setuju’.

Bagi soalan-soalan yang lain berkaitan dengan keselamatan nyawa, didapati majoriti memberi respon purata yang menunjukkan mereka ’Tidak Pasti’ terhadap jaminan keselamatan yang melibatkan nyawa di kolej kediaman mereka.

Namun begitu, apabila diajukan soalan mengenai tahap keselamatan melibatkan nyawa, didapati maklum balas penghuni memberikan nilai ’Selamat’ yang membawa maksud tahap keselamatan yang melibatkan nyawa penghuni berada pada tahap yang memuaskan (Jadual 2).

Jadual 2: Maklum balas penghuni kolej terhadap tahap keselamatan yang berkaitan dengan keselamatan nyawa.

Soalan Kolej A Kolej B Kolej C Purata Keseluruhan

Tahap keselamatan nyawa; iaitu yang melibatkan keselamatan diri anda semasa berada di kolej kediaman.

6.25 5.13 6.21 5.87

Page 6: Selamatkah Kolej Kediaman Untuk Pelajar Kita_Fairus

Seminar Tadbir urus Kemudahan Kediaman Pelajar Se-Malaysia 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

166

Keselamatan harta benda

Maklum balas penghuni kolej terhadap keselamatan harta benda menunjukkan persepsi mereka perkara atau peristiwa yang berlaku di kolej kediaman berkaitan dengan keselamatan harta benda. Jadual 3 menunjukkan maklum balas penghuni terhadap soal-selidik yang berkaitan dengan keselamatan yang melibatkan harta benda.

Jadual 3: Maklum balas penghuni terhadap soal-selidik yang berkaitan dengan keselamatan yang melibatkan harta benda.

Soalan Kolej A (n=38)

Kolej B (n=32)

Kolej C (n=43)

Purata Keseluruhan

6. Saya berasa yakin untuk menyimpan barang berharga di bilik asrama, kolej kediaman saya.

2.71 2.03 3.31 2.68

7. Terdapat kes kecurian / kehilangan harta benda di kolej kediaman saya.

4.24 4.55 3.40 4.06

8. Saya tidak pernah mendengar tentang bilik asrama yang telah dicerobohi / pecah masuk di kolej kediaman saya.

2.03 1.45 3.14 2.21

9. Saya sangat berpuas hati dengan aspek kawalan keselamatan di kolej kediaman saya.

3.25 2.24 3.76 3.08

10. Saya yakin pihak pengurusan kolej telah mengambil segala tindakan yang sewajarnya demi memastikan keselamatan harta-benda penghuni kolej kediaman saya adalah selamat.

3.42 3.00 3.88 3.43

Apabila soalan diajukan tentang keyakinan mereka untuk menyimpan harta benda di bilik asrama, didapati tiada satu pun dikalangan penghuni kolej yang bersetuju tentang tahap keselamatan harta benda. Kolej A dan B secara puratanya menyatakan ’Tidak Setuju’, manakala Kolej C menyatakan ’Tidak Pasti’. Apabila tidak tanya tentang pernah mereka mengetahui atau mendengar sebarang kes kecurian di asrama mereka di dapati Kolej A dan B secara purata menyatakan ’Setuju’, begitu juga dengan soalan tentang kejadian bilik dicerobohi atau pecah masuk kedua-dua Kolej A dan B menyatakan yang mereka pernah mendengar kejadian yang sedemikian. Tahap kepuasan penghuni terhadap sistem dan kawalan keselamatan bagi melindungi harta benda mereka di asrama, secara puratanya penghuni menilaikan sebagai ditahap yang kurang memuaskan (Jadual 4).

Page 7: Selamatkah Kolej Kediaman Untuk Pelajar Kita_Fairus

Seminar Tadbir urus Kemudahan Kediaman Pelajar Se-Malaysia 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

167

Jadual 4: Maklum balas penghuni kolej terhadap tahap keselamatan yang berkaitan dengan

keselamatan harta benda.

Soalan Kolej A Kolej B Kolej C Purata Keseluruhan

Tahap keselamatan harta-benda; iaitu yang melibatkan keselamatan harta-benda anda yang berada di kolej kediaman.

3.69 2.43 5.55 3.89

Keselamatan makanan

Jadual 5 menunjukkan Maklum balas penghuni terhadap soal-selidik yang berkaitan dengan keselamatan makanan. Secara keseluruhannya penghuni kolej memberi maklum balas yang menunjukkan mereka ’Tidak Pasti’ terhadap perkara yang ditanya berkaitan dengan keselamatan makanan kecuali bagi Kolej A yang bersetuju bahawa makanan di kafeteria adalah selamat untuk dimakan. Jadual 6 pula menunjukkan tahap keselamatan makanan berdasarkan persepsi penghuni kolej yang secara puratanya menyatakan ’Selamat’.

Jadual 5: Maklum balas penghuni terhadap soal-selidik yang berkaitan dengan keselamatan yang melibatkan makanan.

Soalan Kolej A (n=38)

Kolej B (n=32)

Kolej C (n=43)

Purata Keseluruhan

11. Saya yakin makanan yang disediakan di kafeteria kolej kediaman tidak tercemar.

2.82 2.82 3.33 2.99

12. Belum pernah lagi kes keracunan makanan berlaku di kolej kediaman saya.

3.24 3.12 3.83 3.40

13. Tahap kebersihan kafeteria kolej kediaman saya adalah sangat baik.

2.68 2.82 3.36 2.95

14. Makanan di kafeteria kolej kediaman adalah selamat untuk dimakan.

4.21 3.39 3.50 3.70

15. Saya yakin bahawa pihak pengurusan kolej sentiasa memantau tahap keselamatan makanan di kafeteria kolej kediaman saya.

3.34 3.21 3.64 3.40

Page 8: Selamatkah Kolej Kediaman Untuk Pelajar Kita_Fairus

Seminar Tadbir urus Kemudahan Kediaman Pelajar Se-Malaysia 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

168

Jadual 6: Maklum balas penghuni kolej terhadap tahap keselamatan yang berkaitan dengan keselamatan makanan.

Soalan Kolej A Kolej B Kolej C Purata Keseluruhan

Tahap keselamatan makanan; iaitu yang melibatkan keselamatan makanan di kafeteria kolej kediaman anda.

4.47 4.21 5.14 4.61

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hasil tinjauan awal melalui kajian rintis ini dapat sedikit sebanyak memberi gambaran tentang persepsi penghuni kolej. Meskipun diakui hasil dapatan kajian ini tidak boleh digunapakai sepenuhnya atas faktor kelemahan yang terdapat pada instrument (borang soal selidik) dan bilangan responden. Namun begitu, hasil kajian rintis ini menunjukkan tahap keselamatan yang ada di kolej kediaman mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki dan diperkemaskan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penghuni selaras dengan matlamat menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan selamat.

Menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sememangnya telah diwujudkan di kampus, namun skop tugasnya merangkumpi semua fakulti, bahagian, jabatan dan unit yang terdapat di dalam kampus. Justeru, tumpuan kerja tidak dapat dilaksanakan di sesuatu tepat khususnya di kolej kediaman. Pada masa kini hanya terdapat Jawatankuasa Kawalan dan Pencegahan Aedes dan Jawatankuasa Pemantauan Makanan di dalam tadbir urus kolej kediaman. Keahlian jawatankuasa ini juga terhad kepada staf pengurus kolej sahaja tanpa melibatkan Pegawai Pembangunan Pelajar dan Pelajar itu sendiri. Maka adalah dicadangkan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang dapat melibatkan ketiga-tiga pihak yang mengurus dan mendiami di kawasan kolej kediaman tersebut. Jawatankuasa ini juga dapat menyelaraskan isu-isu yang berkaitan keselamatan dan kesihatan bagi dimajukan kepada jawatankuasa yang sedia ada sebelum ini (Jawatankuasa Kawalan dan Pencegahan Aedes dan Jawatankuasa Pemantauan Makanan).

Mesyuarat Keselamatan dan Kesihatan Berkala

Isu keselamatan dan kesihatan di kolej kediaman bukan sahaja membabitkan Pengurusan Asrama, Pegawai Pembangunan Pelajar dan Pelajar (Penghuni Kolej), tetapi juga melibatkan pihak di luar pengurusan kolej iaitu seperti Bahagian Keselamatan, Bahagian Penyelenggaraan, dan Pusat Kesihatan serta pihak-pihak di luar kampus seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Daerah dan pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah).

Page 9: Selamatkah Kolej Kediaman Untuk Pelajar Kita_Fairus

Seminar Tadbir urus Kemudahan Kediaman Pelajar Se-Malaysia 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

169

Isu-isu keselamatan dan kesihatan, adakalanya memerlukan tindakan secara bersepadu dan membabitkan banyak pihak, justeru dicadangkan menganjuran mesyuarat secara berkala bagi membincang dan menyelesaikan masalah-masalah berbangkit yang berkaitan dengan isu-isu keselamatan dan kesihatan di kolej kediaman.

Manual Keselamatan dan Kesihatan

Pada ketika ini belum ada lagi satu manual keselamatan dan kesihatan untuk penghuni kolej kediaman untuk dijadikan panduan dan rujukan. Apa yang ada hanyalah buku panduan kolej yang hanya menyentuh peraturan-peraturan yang sedikit sebanyak ada juga berkaitan dengan isu keselamatan dan kesihatan. Kandungan yang terdapat di dalam buku panduan kolej tersebut masih tidak memandai, malahan terdapat perkara-perkara yang penting yang tidak dinyatakan dalam buku tersebut seperti langkah-langkah yang perlu dilakukan bila menghadapi bencana alam seperti kebakaran atau gempar bumi.

Maka dicadangkan pihak pengurusan kolej menerbitkan buku manual atau panduan keselamatan dan kesihatan bagi diedarkan kepada semua penghuni kolej demi memastikan mereka faham perkara-perkara yang perlu diambil jika berlaku kecemasan.

Kursus dan Latihan Keselamatan dan Kesihatan

Pihak pengurusan kolej perlu mereka bentuk modul-modul kursus dan latihan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan yang bersesuaikan dengan kumpulan sasaran yang berbeza seperti staf pengurusan kolej, Pegawai Pembangunan Pelajar, pelajar dan sebagainya.

Selain itu, latihan secara amali ’mock-up training’ seperti latihan mengosongkan bangunan, latihan pencegahan kebakaran, latihan mengenali tempat pembiakan aedes dan sebagainya perlu dilaksanakan secara berkala kepada kumpulan sasaran yang berbeza.

Audit Keselamatan dan Kesihatan

Keberkesanan pengurusan isu keselamatan dan kesihatan di kolej kediaman perlu dilakukan secara konsisten dan dipantau dengan cara yang betul. Salah satu kaedah untuk pemantauan ialah dengan melaksanakan audit bagi melihat kelemahan yang ada dan memperbaikinya ke arah menambah baikan yang berterusan. Audit ini boleh dilaksanakan secara integrasi dengan sistem audit yang sedia ada seperti audit ISO atau audit anugerah kualiti. Ini bertunjuan untuk tidak memberatkan beban tugas yang sedia ada.

KESIMPULAN

Pengurusan keselamatan dan kesihatan di kolej kediaman bukanlah perkara yang baru, Cuma pelaksanaanya adalah secara berasingan. Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan tidak sahaja terhad skop terhap kerja-kerja yang dilakukan oleh staf di fakulti, jabatan atau unit. Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan seharusnya dipanjangkan ke kolej-kolej kediaman dan melibatkan sekali

Page 10: Selamatkah Kolej Kediaman Untuk Pelajar Kita_Fairus

Seminar Tadbir urus Kemudahan Kediaman Pelajar Se-Malaysia 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis

170

staf, pegawai pembangunan dan pelajar supaya sama-sama dapat mengembleng tenaga menjaga keselamatan dan kesihatan di kolej kediaman.

RUJUKAN

Ismail Bahari. 2006. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. McGraw Hill: Kuala Lumpur.

Huseyin, I and Satyen, L. 2004. Fire safety training: Its importance in enhancing fire

safety knowledge and response to fire. The Australia Journal of Emergency Management. 21 (4) : 48 – 53

Mohamad Khan Jamal Khan, Nor Azmah Chew Abdullah dan Ab. Aziz Yusof. 2005.

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Organisasi. Person Malaysia Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

Universiti of Edinburgh. 2008. Health and Safety Guidelines for Student. ------- Muhamed Faeiz Hj Alwee Kolej Jati Universiti Teknologi MARA [email protected] Fairus Muhamad Darus dan Zitty Sarah Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA Muhamed Faeiz Hj Alwee, Fairus Muhamad Darus dan Zitty Sarah. 2008. Selamatkah Kolej Kediaman Untuk Pelajar Kita?. Dlm. Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008. Ed.: Syed Yusainee Syed Yahya, Fairus Muhamad Darus dan Adnan Omar. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).