sekularisme

16
DEFINISI SEKULARISME Menurut Kamus Dewan Melayu sekular ialah berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Sekularisme pula bermaksud fahaman (doktrin, pendirian, dan sebagainya) yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia. Manakala isme ialah kepercayaan ,gerakan politik atau keagamaan ,sikap serta perlakuan. (Shopuan Anuar Ahmad 2003:77) Sementara itu, dalam Kamus Dewan Inggeris secular bererti duniawi.Secular adalah berasal daripada kata Latin saeculum yang membawa makna yang menunjukkan kepada masa dan tempat. Masa atau zaman yang dimaksudkan adalah merujuk kepada masa sekarang atau masa kini. Manakala tempat pula merujuk kepada dunia atau yang bersifat keduniaan. (Shopuan Anuar Ahmad 2003:77). Menurut Altaf Gauhar sekularisme mempunyai 6 konsep iaitu : i. Penolakan ke atas kewibawaan unsur-unsur kerohanian. ii. Penafian tentang adanya hidup yang tetap (akhirat). iii. Pemisahan di antara agama dan nilai kerohanian dengan pemerintahan dan kehidupan dewa.

Upload: asun-raja

Post on 06-Dec-2015

87 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Page 1: SEKULARISME

DEFINISI SEKULARISME

Menurut Kamus Dewan Melayu sekular ialah berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan

tidak berkaitan dengan keagamaan. Sekularisme pula bermaksud fahaman (doktrin, pendirian,

dan sebagainya) yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.

Manakala isme ialah kepercayaan ,gerakan politik atau keagamaan ,sikap serta perlakuan.

(Shopuan Anuar Ahmad 2003:77)

•             Sementara itu, dalam Kamus Dewan Inggeris secular bererti duniawi.Secular

adalah berasal daripada kata Latin saeculum yang membawa makna yang menunjukkan

kepada masa dan tempat. Masa atau zaman yang dimaksudkan adalah merujuk kepada

masa sekarang atau masa kini. Manakala tempat pula merujuk kepada dunia atau yang

bersifat keduniaan. (Shopuan Anuar Ahmad 2003:77).

Menurut Altaf Gauhar sekularisme mempunyai 6 konsep iaitu :

i. Penolakan ke atas kewibawaan unsur-unsur kerohanian.

ii. Penafian tentang adanya hidup yang tetap (akhirat).

iii. Pemisahan di antara agama dan nilai kerohanian dengan pemerintahan dan kehidupan

dewa.

iv. Kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk merencana dan menyusun dengan hidup

manusia

v. melaksanakan sendiri tanpa apa-apa pengantungan dan hubungkait dengan tuhan.

vi. Gereja dan institusi agama hanya terbatas kepada perkara-perkara yang bergantung

dengan masalah ketuhanan

Malah Prof Syed Naquib Al-attas pula menyatakan bahawa sekularisme mempunyai 4 prinsip

iaitu:

Page 2: SEKULARISME

i. Aliran ini hendaklah membaiki hidup insan dengan cara material sahaja.

ii. Menyatakan kebenaran sekularisme adalah bebas dari ajaran wahyu dan kenabian.

iii. Ilmu sekular bebas dari prinsip-prinsip dan displin ilmu itu sendiri. Ia boleh diuji melalui

pemikiran dan pengalaman seperti ilmu matematik, fizik, kimia dan sebagainya.

iv. Kesejahteraan hidup di dunia tidak merujuk kepada dasar-dasar agama dan wahyu dalam

pencapaian ilmu pengetahuan dan pengalaman .Sumber utama adalah akal

SEJARAH PEMIKIRAN BARAT (ALIRAN PEMIKIRAN SEKULAR)

Menurut para penulis sejarah, aliran pemikiran barat dapat dibahagikan kepada tiga fasa:

·         Zaman klasik

·         Zaman pertengahan

·         Zaman moden

Akan tetapi,ketiga-tiga zaman ini tidak dapat dihuraikan dengan secara mendalam. Terdapat

pendapat sebahagian penulis sejarah mengatakan bahawa sejarah zaman pemikiran

barat bermula semenjak Renaissane pada akhir abad 15 atau awal abad 16 M sampai hari

ini. Renaissance berlaku apabila runtuhnya kekuasaan Romawi Barat pada tahun 476 M apabila

rakyat menentang pentadbiran gereja.

Secara umum, kelahiran pemikiran Barat bermula daripada Roger Bacon dan Rene Descartes

yang terkenal dengan Cogito ergu Sum-nya. Kemunculan Descartes menandakan

bahawa berakhirnya pemikiran Skolastik yang sangat kuat dipengaruhi gereja.

Setelah kemunculan Descartes, pada awal abad 17 M, ramai ahli-ahli

falsafah yang mengambil teori “pengetahuan fitri’ dari Descartes. Di antara mereka

Page 3: SEKULARISME

adalah Spinoza, Leibniz dan Wolf. Selain itu, pada abad yang sama, kemunculan kaum

empirisme yang diketuai oleh John Lock, George Barkeley dan David Hume. Setelah itu, pada

abad 18 dan 19 M, terdapat banyak kemunculan aliran-aliran pemikiran barat lainnya, terutama

di England, Perancis dan jerman, seperti idealisme, positivisme, empirisisme, materialisme

dan sebagainya.

FAHAMAN BERPAKSIKAN PEMIKIRAN SEKULAR

i. Modernisme

Masyarakat Eropah mempunyai sejarah hidup dan pemikiran mereka sendiri. Selama 1000 tahun

(abad ke 5– ke 15) mereka dicengkam kuat oleh agama Kristian Katholik. Kristian kontrol

kepercayaan, ilmu, dasar dalam dan luar negeri. Kristian Katholik yang berpegang pada dasar

bahawa mereka adalah wakil Tuhan di bumi, memaksa semua lapisaan masyarakat agar patuh

kepada kuasa agama dan gereja. Hak asasi gereja ialah meletakkan dasar-dasar kehidupan,

pentadbiran, ekonomi hinggalah kepada akhlak dan kehidupan individu. Kumpulan bangsawan,

ahli perniagaan, ilmuan dan orang awam dikongkong dan tugasnya ialah patuh dan turut

ketentuan gereja. Kitab Injil tidak boleh dibaca, apalagi untuk mentafsir. Perempuan adalah najis,

tidak boleh  baca atau pegang Bible. Akhirnya semua kumpulan masyarakat bangun

memberontak.

Dari dalam Kristian sendiri timbul protes yang serius dan akhirnya lahir Mazhab Protestan. Injil

perlu ditafsir semula. Tafsiran lama tidak boleh dipakai lagi. Intelektual pun bangun menulis

buku-buku menentang fatwa-fatwa gereja. Nicolai Copenicus, Kepler, Brehe dan Galileo Galilee

adalah antara tokoh yang mengkritik otonomi dan tafsiran-tafsiran Gereja Khatolik. Sehubungan

dengan penglibatan intelek mengkritik agama, kumpulan-kumpulan feudal, kemudian kapitalis,

kumpulan sosioalis-marxis juga muncul dengan teori dan gerakan yang menentang otonomi

Gereja Katholik. Karl Marx menganggap agama adalah candu-masyarakat! Ahli-ahli fikir moden

Eropah mempersoal agama dan kriteria kebenaran. Akibat dari gerakan itu, agama dibenci. Kitab

agama dikatakan perlu dinilai semula. Kebenaran itu relatif. Semua orang bebas mentafsir

Page 4: SEKULARISME

agama, atau tuhan! Eropah akan terus berada dalam kemunduran jika masih kuat berpegang pada

agama.

Aliran modenisme sebagai satu kerangka berfikir muncul dari latar sejarah yang kompleks dan

tersendiri yang dialami oleh masyarakat Barat sekitar abad ke 16 hingga 18 masihi. Ia adalah

natijah dari reaksi penentangan sekelompok manusia di Barat terhadap sistem budaya dan

struktur berfikir masyarakatnya yang dianggap mengongkong.

Institusi gereja yang mewakili kelompok penguasa dianggap sebagai penghalang kepada

kemajuan hidup dan kebejatan masyarakat. Tafsiran-tafsiran sempit penguasa agama tentang

realiti, hukum dan kebenaran mengekang perkembangan ilmu dan kreativiti manusia. Untuk itu,

masyarakat perlu dibebaskan dari tradisi ini iaitu monopoli satu kelompok masyarakat (penguasa

agama dari institusi gereja) dalam menentukan kebenaran.

Di sinilah bermulanya idea dan gerakan modenisme. Ia adalah satu kepercayaan bahawa untuk

mencapai kemajuan hidup, masyarakat harus dibebaskan dari tradisinya. Dari asas kepercayaan

ini, ia berkembang sebagai satu gerakan intelektual dan kebudayaan berusaha merombak segala

sistem kepercayaan dan struktur sosial yang dianuti dan diamalkan oleh tradisi. Secara khusus,

aliran modenisme ialah gerakan protes yang berasa kecewa dengan kongkongan, monopoli dan

manipulasi kelompok agama terhadap kebebasan dan hak-hak asasi individu dan masyarakat.

ii. Emperikalisme

            Kata empirikalisme berasal dari kata Yunani Empirikos, yang bermaksud

pengalaman.  Manusia memperoleh pengetahuan melalui pengalamannya dan pengalaman yang

dimaksudkan ialah pengalaman pancaindera. Dengan pancaindera manusia dapat melihat sesuatu

yang fizikal semata-mata walaupun masih sangat sederhana. Setiap pancaindera manusia

mempunyai keistimewaannya tersendiri.hal ini menyebabkan pengetahuan pancaindera berbeza

mengikut sensibiliti organ-organ tertentu.

            Menurut Ahmad Syadali, Empirisme diambil dari bahasa Yunani Empiria, yang

bermaksud mencuba-cuba atau pengalaman. Aliran ini menekankan peranan pengalaman dalam

memperoleh pengetahuan dan mengecilkan peranan akal. Penganut empirisme berpandangan

Page 5: SEKULARISME

bahawa pengalaman merupakan sumber pengetahuan bagi manusia dan mengatasi akal fikiran

manusia itu sendiri. Tanpa pengalaman manusia tidak memiliki kemampuan untuk memberi

gambaran tertentu. 

            John Locke mengatakan bahawa pada waktu manusia dilahirkan, keadaan akalnya masih

bersih, sebagaimana kertas yang kosong yang belum tertulis apapun. Pengetahuan muncul ketika

pancaindera manusia menimba pengalaman dengan cara melihat dan mengamati pelbagai

kejadian dalam kehidupan. Kertas tersebut mulai dicorak dengan pelbagai pengalaman

pancaindera. Seluruh sisa pengetahuan diperoleh dengan jalan menggunakan serta

memperbandingkan idea-idea yang diperoleh dari pancaindera.

Kesan Ideologi Rasionalisme

1. Memecahkan perpaduan umat Islam melalui saluran politik

2. Dasar pecah dan perintah. Negara Islam dipecahkan kepada sempadan, wilayah,

daerah, kampung, desa dan sebagainya. Kemudian ditiupkan semangat bkebangsaan, suku, puak

kedaerahan.

3. Melalui pendidikan, mengangkat martabat negara masing-masing dengan sejarah zaman

jahiliyyah negara tersebut sehingga menenggelamkan sejarah Islam yang gemilang. Sebagai

contoh di Mesir, mengagungkan kehebatan Firaun, di Iran dengan agama Majusi, dan kehebatan

patung Baalbek di Lubnan.

iii. Liberalisme

Penentangan besar diambil oleh kumpulan cendekiawan. Mereka mula mengkritik agama

Kristian dari segenap penjuru. Kitab Injil, yang asalnya juga banyak diubah, dikritik lagi dan

lebih  mendasar. Kitab Injil sudah  jadi macam buku sastera yang dikritik oleh semua peminat.

Kandungannya tidak lagi relevan. Mazhab protestatan terus mendapat sokongan. Akhirnya

timbul Renaissance. Agama dan Tuhan sudah kehilangan kuasa dan daulat. Kebenaran boleh

didapati dari manusia sendiri berasaskan akal rasional atau pengalaman dan bukan  teks-teks

agama. Ahli falsafah Barat yang memimpin tentangan dan  fikiran bebas  ini  antaranya Rene

Page 6: SEKULARISME

Descartes (1592-1650), John Locke (1632-1704), Immanuel Kant (1724-1804), David Hume

(1711-1776), Auguste Comte (1798-1857), Jeremy Bentham (1748-1832), John S.Mill (1806-

1873), Frederich Nietzsche (1844-1900) dan ramai lagi. Terdapat tiga jenis fikiran asas yang

diperjuang oleh pemikir-pemikir ini; Pertama, Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya;

Kedua, alam ini wujud secara mekanistik, iaitu hukum alam bukan hukum Tuhan; Ketiga, akal

manusia mampu memahami semua masalah manusia, fenomena alam dan lain-lain. Di sini,

otoriti agama ditolak. Berkaitan dengan agama secara khusus, pemikir Barat W.C. Smith

memperkenalkan slogan “Universal Theologi of Religion”. Idea ini menarik pemikir-pemikir

Eropah yang lain dalam kerangka dan  semangat menolak otoriti agama. Muncul John Hick dan

Hans Kung tokoh pemikir  Barat sekular dan terus mempopularkan gagasan ini. Gagasan ini

memperjuangkan bahawa semua agama boleh diterima dan benar, sebab tujuannya adalah satu,

hanya jalannya sahaja berlainan. Maka popularlah ‘Pluralisme ’. Tuhan cipta banyak agama

menurut mereka untuk kepentingan berbagai bangsa di pelbagai masa dan wilayah. Semua ajaran

betul belaka dan semua orang boleh sampai pada Tuhan dengan mengikut jalan mana pun. Oleh

itu semua agama di dunia ini menyeru pada Tuhan dan benar belaka. Siapa pun tidak boleh

dakwa agama mereka sahaja yang benar dan betul! Apabila berlaku interaksi Islam-Barat melalui

penjajahan dan pembaratan, gagasan liberalisma  ini  turut sama masuk dan  ia subur

berkembang dibawah payung sekularisma. Keadaan ini berjalan hingga kini serata dunia Islam.

Idea-idea Utama Liberalisma-Pluralisma

 

Mengkritik teks al-Quran.

Antara tokoh utama di sini ialah  Nasr  Hamid Abu Zaid  (Mesir). Beliau  bertugas  di Univ.

Leiden, Belanda. Beliau  dihukum  murtad  oleh Univ. al-Azhar. Beliau  kritik al-Quran dalam

bukunya, Mafhum  an-Nas – Dirasat fi’ulum Al-Quran (kefahaman mengenai Teks – Satu kajian

mengenai al-Quran). Nasr Hamid ini setuju dengan Frederich Schlie Marcher (1768-1834) yang

pernah memberi teori bahawa al-Quran yang diturunkan melalui Malaikat Jibril a.s. kepada

Muhammad yang (sifatnya) manusiawi, sebagai  penerima pertama, adalah penyampaian Teks

hal ehwal manusia. Qur’an  itu bukan Teks Ilahi dalam bentuk asli, tapi telah disaring menurut

pemikiran  Muhammad. Jadi al-Quran itu bukan asli seperti yang selamanya kita faham. Apa

Page 7: SEKULARISME

yang kita pelajari adalah Malaikat membaca ayat-ayat wahyu dan Rasulullah SAW menurutnya

dan kemudian dihafal  serta dikumpul oleh para sahabat.

Bagi  para pemikir  LP ini, metod di atas adalah metod lama dan salah. Umpamanya professor

pemikiran Islam di Universiti Sorbone, Perancis iaitu Prof. Muhammad  Arkoun membawa

pendekatan “Makna Teks ”.Perkara ini  ada  ditulis  oleh beliau dalam beberapa buah bukunya

seperti The Unthought in Comtemporary Thought (2002) dan  Min al-Ijtihad ila Naqd al-Aqli al-

Islami (1992). Menurutnya kajian kritis terhadap al-Quran adalah bentuk ijtihad, (sama seperti

pemikir Barat bersifat kritis terhadap Bible). Arkoun berpendapat wahyu perlu dilihat dalam

kontek umum. Ia juga termasuk kitab-kitab agama lain seperti kitab agama Hindu, Buddha, Injil

Perjanjian Lama dan Baru. Ini bermakna kebenaran agama dimiliki semua. Teori mereka ini

memberi maksud (i) Muhammad itu pengarang al-Quran (ii) Syariat juga dicipta oleh

Muhammad (iii) al-Quran tidak suci lagi (iv) semua kitab-kitab tafsir di dunia Islam tidak boleh 

dipakai  lagi (v) al-Quran perlu ditafsir semula. (seperti laungan terhadap Bible)

 

Idea Theologi Pluralis

Idea ini, seperti yang telah disebutkan di atas, menganggap semua agama adalah sama, sama

benarnya dan semua membawa kepada Tuhan, hanya jalannya sahaja yang berlainan. Nama

Tuhan boleh berbeza menurut bahasa-bahasa bangsa manusia. Kitab suci pun boleh berlainan

bahasa. Islam mempunyai syariat dan Tariqat. Syariat adalah hukum-hukum lahiriyah,

sedangkan tariqat adalah perjalanan hamba menuju Tuhannya dengan cara menyucikan batin 

dan  bersih dari sifat-sifat  tercela. Ini ada  dalam  semua agama. Persamaan ini akan membentuk

hidup yang harmoni, asalkan  jangan ego mengatakan akidah atau agamanya sahaja benar, yang

lain batil. John Hick  pendukung kuat liberalisme mengatakan semua orang boleh masuk syurga

tanpa  mengira bangsa, warna kulit dan agama. Tuhan boleh dikenali dengan apa  sahaja identiti

oleh semua penganut agama. Brahma dan Allah kata mereka adalah Tuhan yang sama, cuma

dilihat dan diucap dengan cara berlainan antara Hindu dan Islam. Soalannya: Apakah  sifat 

Brahma, Tuhan dalam  Shinto dan lain-lain itu sama dengan sifat-sifat Allah SWT dalam al-

Quran? Apa yang kita faham Allah SWT mempunyai sifat-sifat yang tersendiri seperti yang

tertera di dalam al-Quran.

Page 8: SEKULARISME

Penolakan Syariat Islam

Abdullah  an-Naim seorang  penulis berasal dari Sudan telah menulis  buku “Toward an Islamic

Reformation” (1989). Abdullah  mahu merombak cara berfikir umat Islam terhadap syariat.

Syariat hanyalah ciptaan  manusia. Ia  tidak  suci.

Perlaksanaan hukum Islam hanya memberi impak counter-productive. Hukum-hukum  Islam

melanggar Hak Asasi Manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Abdullah

terpengaruh kuat dengan orientalis Barat yang bencikan Islam iaitu antaranya Goldziher, Schacht

dan Coulsan yang lama menyebut bahawa syariat Islam adalah ciptaan fuqaha selama 300 tahun.

Abdullah juga turut bersetuju dan menyebut

hal berkenaan. Kumpulan Islam liberal  menggunakan idea ini untuk menolak hukum Islam.

Oleh itu Negara Islam pun tidak ada. Mereka sebenarnya gagal membezakan antara Syariat dan

Fiqh, Qat’iyyat dan Ijtihadiyat, Thabat dan Mutaghaiyirat dan sebagainya dalam sistem Ilmu-

ilmu Islam. Konsep Ijtihad dalam Islam membuka ruang untuk umat Islam menyusun keputusan

baru menurut masalah-masalah semasa.

Golongan Liberal ini tidak berminat berpegang kepada hadis nabi. Mereka mempertikaikan

kesahihan  hadis  dan  menolak otoritinya. Di Malaysia  kumpulan ini  telah  menolak  hadis.

Hadis menurut mereka hanyalah rakaman sejarah masa lalu. Ia boleh dibaca jika perlu.

Sedangkan dalam  Islam, Allah SWT telah memerintahkan  hambanya taat kepada Tuhan melalui

patuh kepada al-Quran turut dan patuh kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan juga Rasul.

Ijmak para ulamak juga telah diinstitusikan. Kumpulan liberal ini menolak ijmak. Malah menurut

mereka ijmak-ijmak itu adalah ijmak Pak Arab! Kebebasan berijtihad dan penolakan Otoriti

Agama. Gologan Liberal ini menolak otoriti agama. Mereka menekankan kebebasan memberi 

dan menentukan fikiran. Apa pun permasalahan agama, semua orang berhak memberi pendapat.

Semua orang  boleh berijtihad. Otoriti agama hanya diada-adakan. Oleh  itu  ulamak pun  tidak 

perlu. Mereka merujuk kepada analisa-analisa  orientalis-Kristian, sebab mereka lebih pandai

dan lebih  kritis. Sedangkan dalam apa ilmu pun ada  pakarnya. Dalam agama ada ulamak dan

cendiakawan-cendiakawan  Islam. Mereka bukan  monopoli hal-hal  Islam, tetapi ahli atau pakar.

Page 9: SEKULARISME

iv. Pragmatisme

Istilah Pragmatisme berasal dari bahasa Yunani “ Pragma” yang berarti perbuatan ( action) atau

tindakan (practice).yang bererrti ajaran atau paham. Dengan demikian Pragmatisme itu bererti

ajaran yang menekankan bahwa pemikran itu menuruti tindakan.

 

Pragmatisme telah membawa perubahan yang besar tehadap budaya Amerika dari lewat abad ke

19 hingga kini. Fasafah ini telah dipengaruhi oleh Charles Darwin dengan teori evolusinya dan

AlbertEstein dengan teori relativitasnya. Falsafah ini cenderung kepada falsafah Epistemologi

(cabang darifilsafat yang menyelidiki sumber-sumber serta kebenaran pengetahuan) dan

aksiologi (penyelidikanterhadap nilai atau martabat dan tindakan manusia) dan sedikit perhatian

terhadap metafisik.Pada awal perkembangannya, Pragmatisme lebih merupakan suatu usaha-

usaha untuk menyatukanilmu pengatahuan dan falsafah agar filsafat menjadi ilmiah dan berguna

bagi kehidupan praktis manusia. Sehubungan dengan masalah tersebut, Pragmatisme akhirnya

berkembang menjadi suatu metodeyang memecahkan berbagai perdebatan filosofis-metafisik

yang hampir mewarnai seluruhperkembangan dan perjalanan filsafat sejak zaman yunani kuno

(Guy W.Stroth :1968). Dalam usahanya untuk memecahkan masalah metafisik yang

selalu menjadi Bahasa berbagai filosofi itulah pragmatisme menemukan suatu yang spesifik

(khusus) itu dengan mencari konsekuensi praktis dari setiap konsep atau gagasan dan pendirian

yang di amalkan.Ia diterapkan dalam setiap bidang kehidupan manusia kerana pragmatisme

adalah suatu falsafah tentang tindakan manusia maka setiap bidang kehidupan manusia menjadi

bidang penerapan dari filsafat pragmatisme.Pada akhirnya falsafah ini lebih terkenal sebagai

suatu kaedah dalam mengambil keputusan melakukan tindakan tertentu atau yang menyangkut

kebijaksanaan tertentu.

Pragmatisme mulai dirintis di Amerika oleh Charles S. Peirce (1893-1942), yang kemudian

dikembangkan oleh William James (1842-1910) dan John Dewey (1859-1952).

Page 10: SEKULARISME

Ahli-ahli falsafah ini percaya bahawa pengalaman manusia menggambarkan realiti. Segala yang

wujud sentiasa berubah dan tidak tetap atau kekal. Jadi, sesuatu idea harus dipraktikkan dahulu

secara objektif untuk mengesahkan kebenaran sesuatu idea.

Mereka menganggap bahawa jika alam ini mempunyai sesuatu tujuan yang tersembunyi daripada

manusia, maka tujuan tersebut dianggap tidak nyata kerana manusia tidak dapat mengalaminya.

Maka, dalam pragmatisme, manusia adalah pengukur utama. Ia terikat ketat dengan cara saintifik

(kaedah yang memerlukan sesuatu andaian dibentangkan dan dikajikan dengan teliti).

Kelebihan Pragmatisme

Keteguhan falsafah ini terkandung dalam keutamaan yang diberi kepada proses untuk mendapat

kebenaran.  Cara saintifik merupakan cara yang anggap paling sesuai untuk mengenali yang

benar atau realiti kerana proses uji-menguji itu sendiri akan menghasilkan apa yang benar.

Dalam falsafah ini, timbulnya kehendak sosial dan individu di mana idea tindakan yang baik

timbul daripada kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat.

Falsafah ini turut menghasilkan konsekuen awam. Nilaian akhir dibuat apabila terdapat kesan

sesuatu tindakan atau objek atas masyarakat. Setiap tindakan wujud hanya dalam konteks

pengalaman manusia. Tindakan tersebut akan dikatakan baik apabila masyarakat menganggap

tindakan tersebut berguna.

Malah, para pendidik juga mempunyai kepelbagaian kaedah pengajaran bergantung kepada

perubahan situasi pembelajaran

Kelemahan Pragmatisme

Hanya satu cara untuk mengenalpasti kebenaran dan realiti iaitu bergantung kepada kaedah

saintifik sahaja. Malah, aspek nilai dan moral tidak begitu jelas dan kurang diberi penekanan

dalam pandangan pragmatisme. Mengikut pandangan falsafah, nilai-nilai kemanusiaan kurang

stabil kerana segalanya sentiasa berubah. Contohnya, bagaimanakah pendidik dapat berfungsi

dengan baik tanpa nilai atau objek yang stabil dan tertentu.

Page 11: SEKULARISME

KESIMPULAN SEKULARISME

Dalam konteks ini, hanya para intelektual, sarjana, ilmuan, mahasiswa dan golongan terpelajar

yang mengabdikan diri kepada tujuan-tujuan ideologi akan mampu memimpin pergerakan yang

progresif dalam sejarah dan menyedarkan umat terhadap kenyataan kehidupan. Namun begitu,

tajdid bukan bererti bermula dari menara gading tetapi dari tengah-tengah rakyat jelata dari suatu

gerakan ideologis. Tajdid akan muncul dari kalangan mereka yang dapat menyedarkan fikiran

yang tumpul, membangkitkan semangat yang lemah dan tidak berkeyakinan, malah

menggerakkan agama yang sudah menjadi tradisi kepada agama yang mempunyai jiwa. Peranan

golongan terpelajar boleh menjadi titik awal yang paling berkesan, tetapi orang awam yang dapat

mewujudkannya dalam bentuk tindakan.