sektor pelancongan di malaysia

23
pengajian am -sektor pelancongan- -ain ila-

Upload: nabila-ain

Post on 19-Jun-2015

2.123 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

disini ada sedikit maklumat berkaitan dengan sektor pelancongan.di malaysia dalam subjek pengajian am.

TRANSCRIPT

Page 1: Sektor pelancongan di malaysia

pengajian am-sektor

pelancongan--ain ila-

Page 2: Sektor pelancongan di malaysia

Industri pelancongan memang merupakan suatu Sektor Yang Penting Bagi Sesebuah Negara.Hal

Ini Demikian Kerana Industri Ini Menyumbangkan Hasil Dan Pulangan Yang Lumayan Kepada

Sesebuah Negara Dalam Aspek Pendapatan Negara.

Sektor pelancongan di iktiraf Sebagai Penyumbang Dalam Perkembangan

Ekonomi Negara .

Mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat Pelancongan Adalah

Perihal Yang Melancong Dan Perkhidmatan Yang Berkaitan Dengannya

Pelancongan Antara Sektor Terpenting Dalam Negara

Malaysia.

Page 3: Sektor pelancongan di malaysia

Jenis-jenis pelancongan di Malaysia

1. Ekopelancongan 2. Agropelancongan

3. Inap desa 4. Pelancongan perubatan

5. Pelancongan pendidikan

Page 4: Sektor pelancongan di malaysia

Kawasan alam semula jadi yang melibatkan kehidupan flora 

dan fauna. Contoh: taman negara kinabalu,sabah.

Reseversi tumbuh-tumbuhan liar tropika - lokasi Gunung Kinabalu ; 

tertinggi di Malaysia -

Pusat Reseversi Kuala Gula- pusat migrasi 48 jenis burung 

Dari negara Siberia, Mongolia, Jepun dan China Kuala Gula, Kerian, Perak

1-Ekopelancongan

Page 5: Sektor pelancongan di malaysia

-Aktiviti pelancongan yang melibatkan kegiatan pertanian,

Penternakan dan perikanan.- Ladang-ladang buah-buahan dan sayur-

sayuran tempatan;pusat penternakan haiwan tempatan 

dan akitiviti menangkap dan memancingContoh: ladang buah-buahan dan sayur-

sayuran di Cameron Highlands, Sawah padi dan Muzium Padi di Alor Star, Kedah

Pertandingan memancing- Rompin Billfish

2-Agropelancongan: 

Page 6: Sektor pelancongan di malaysia

 Inap desa (bahasa Inggeris:Homestay) ialah rumah orang

awam Yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. 

Konsep inap desa ini bertujuan menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat.

Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak

mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya

3-Inap Desa

Page 7: Sektor pelancongan di malaysia

Konsep inap desa dapat menambah pendapatan orang

kampung tradisional .Kampung-kampung di Pahang, Perak,

Selangor, Terengganu dan negeri-negeri lain berpotensi dijadikan

kawasan untuk program inap desa bagi menarik pelancong dari luar negara

Keunikan kampung di Pahang, Perak , Sarawak dan Sabahseperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaa

ngeografi serta

 sistem ekonomi, boleh menarik perhatianpelancong luar untuk 

mendekatinya

3-Inap Desa

Page 8: Sektor pelancongan di malaysia

Pelancongan kesihatan dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain untuk mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan. •Dua faktor penting yang menyebabkan Malaysia menjadi pilihan untuk pelancongan perubatan adalah disebabkan oleh i. kos perubatan yang kompetitif dan rendah serta ii. kemudahan infrastruktur yang canggih dan moden. Sebagai contoh, pembedahan jantung di Malaysia adalah dalam lingkungan RM 18000.00 ke RM 21000.00 berbanding di Amerika Syarikat yang bernilai RM 60000.

4-Pelancongan perubatan

Page 9: Sektor pelancongan di malaysia

Menurut satu kajian oleh firma industri Frost & Sullivan dalam International Medical Travel Journal , pelancong perubatan memberikan perhatian terhadap tiga perkara yang penting apabila memilih destinasi untuk mendapatkan rawatan iaitu, i. doktor dan jururawat yang diakreditasi, ii. kemudahan untuk sampai ke hospital tersebut dan iii. kemudahan penginapan.

 selain kestabilan politik yang merupakan satu lagi kelebihan kepada Malaysia. Antara pusat perubatan yang menawarkan perkhidmatan perubatan bertaraf lima bintang ialahi. Prince Court , Kuala Lumpur ii. Institut Jantung Negara, Kuala Lumpuriii. Hospital Pakar Johor.

4-pelancongan perubatan

Page 10: Sektor pelancongan di malaysia

Pelancong dari negara lain yang mempunyai jangka masa cuti tahunan yang panjang datang melancong ke Malaysia

dan mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Contoh: Cuti musim panas di negara Timur Tengah semasa cuti mereka datang dan tinggal di Malaysia

selama beberapa bulan dan boleh mengikuti kursus jangka pendek

bagi memanafaatkan masa mereka disini. Pelancong ini akan mempromosikan kursus-kursus

pendidikan yang ditawarkan oleh pusat pendidikan tinggi negara ini apabila pulang ke negara asal

Lebih ramai warga asing akan belajar di negara kita.

5-Pelancongan Pendidikan

Page 11: Sektor pelancongan di malaysia

Faktor-faktor yang mampu menarik rakyat negara ini dan pelancong asing melancong di Malaysia

1)Alam Semula Jadi2)Budaya Rakyat Malaysia3)Tinggalan sejarah4)Kemudahan Awam yang

berkualiti dan bertaraf antarabangsa

5)Kestabilan Politik

Page 12: Sektor pelancongan di malaysia

-Hutan Khatulistiwa yang terdiri daripada pelbagai spesies flora dan fauna Bunga Pakma atau Rafflesia menjadi tarikan kerana hanya terdapat di Malaysia-Kawasan laut yang bersih dengan hidupan akuatik

yang unikPulau Redang dengan batu karang yang sangat cantik

1- Alam Semula Jadi

2- Budaya Rakyat Malaysia

- cara hidup yang tidak terdapat di negara lain- cara hidup tradisional Melayu, Cina , India ,

Kadazan, Iban dan etnik-etnik lain- kepelbagaian makanan tempatan

Page 13: Sektor pelancongan di malaysia

- bangunan bersejarah: 33 lokasi diiktiraf sebagai bangunan bersejarah di Malaysia Contoh: Bangunan Masjid Negara, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur - lokasi bersejarah: Bandaraya Melaka Bersejarah dan Georgetown sebagai tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO/Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 

3- Tinggalan Sejarah

Page 14: Sektor pelancongan di malaysia

- penginapan jenis hotel, resort dan inap desa yang lengkap dengan kemudahan seperti elektrik dan bekalan air yang bersih. - sistem perhubungan: pengangkutan darat dan udara yang berkualiti Sistem telefon, internet, wifi untuk berhubung .-makanan masyarakat pelbagai bangsa dan negara mudah diperoleh.Makanan merupakan faktor utama yang menarik minat pelancong asing ke sini. Kemudahan mereka mendapatkan makanan dari negara asal menjadikan Malaysia destinasi yang sering dikunjungi. Contohnya; Pelancong Timur Tengah sudah pasti mahu menikmati makanan yang sesuai dengan selera dan cara hidup mereka. Maka kemampuan Malaysia menyediakan restoran-restoran makanan Arab dan Timur Tengah akan memberikan kemudahan kepada pelancong-pelancong ini. 

4- Kemudahan Awam yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa

Page 15: Sektor pelancongan di malaysia

-kestabilan politik menggambarkan keamanan yang dikecapi rakyat di negara ini-kestabilan politik menggambarkan sistem pemerintahan yang stabil dan tiada kekacauan seperti pemberontakan yang mengganggu aktiviti harian rakyat.- Situasi ini menjadi faktor utama yang sering difikirkan oleh pelancong apabila bercadang untuk melancong ke negara ini.

5- Kestabilan Politik

Page 16: Sektor pelancongan di malaysia

• Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang

• Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf

• Menambah lesen agensi pelancongan.• Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan

pelancongan sedia ada• Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking -

Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot

Usaha Memajukan Industri Pelancongan

Page 17: Sektor pelancongan di malaysia

Usaha memajukan sektor pelancongan • Membina chalet yang sewanya rendah untuk

menarik pelancong.•  Promosi oleh agensi kerajaan

• Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa -Membaiki jalan raya / keretapi /

lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah

ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi ,penerbangan MAS ke destinasi

antarabangsa.• Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru /

membina hotel kos sederhana.• Mengadakan kedai bebas cukai . , polis pelancong

untuk menjamin keselamatan pelancong

Usaha memajukan sektor pelancongan

Page 18: Sektor pelancongan di malaysia

• Menyediakan peluang pekerjaan• Memajukan bandar-bandar pelancongan spt

Melaka, Kuala Kangsar.• Pemangkin kepada pembangunan kawasan

pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.

• Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.

• Menggalakkan industri kraftangan / desa.• Memajukan bekas lombong spt dijadikan

padang golf, rekreasi • Hubungan dua hala dengan negara asal

pelancong.• Industri kraftangan

Kepentingan Pelancongan

Page 19: Sektor pelancongan di malaysia

Menyediakan peluang pekerjaan

1) Meningkatkan pendapatan per kapita 2) Mengelakkan pengangguran3) Peluang pekerjaan seperti dalam sektor

perhotelan dan pengangkutan

Menjana pendapatan negara

4) Tukaran mata wang asing5) Pelancongan dari negara luar seperti Jepun

, China, dan Amerika Syarikat .6) Perbelanjaan perlancongan untuk

penginapan,makanan,komunikasi dan lain-lain

Page 20: Sektor pelancongan di malaysia

Industri kraftangan• Meraih keuntungan daripada hasil

penjualan kraftangan.• Memperkenalkan hasil kreatif dan

kreativiti penduduk tempatan kepada pelancong.

• Menarik perhatian pelancong yang tidak pernah lihat pembuatan kraftangan Malaysia sebelum ini.

Page 21: Sektor pelancongan di malaysia

1) Memusnahkan flora dan fauna(pembinaan infrastruktur)

2) Fenomena alam terjadi(tanah runtuh,pencemaran)

3) Penularan wabak penyakit(H1N1,selsema burung)

4) Nilai hidup barat yang tidak sesuai dengan selera tempatan dilakukan(bercumbu.berbikini)

5) Penyalahgunaan visa pelancongan.

Kesan negatif daripada sektor pelancongan

Page 22: Sektor pelancongan di malaysia

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR 

Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya,taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai.

• Kepupusan pokok berharga • Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis

yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumiterdedah kepada sinaran matahari.

• Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus

• Kemusnahan kawasan tadahan hujan.Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.

• Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilatmudah berlaku.Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong

Page 23: Sektor pelancongan di malaysia

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR 

• Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.

• Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan laut berkenaan.

• Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.

• Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.

• Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan sptkelawar.