sejauh manakah dbp memainkan peranan memperkasa bahasa melay

Upload: osman-mamat

Post on 07-Apr-2018

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    1/18

    Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa

    Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan.

    Oleh

    Nazri Bin Abu BakarMuhammad Salaebing

    Shamsinah Bt. Salleh

    Norizillah Bt. Mohd. Rodzes

    Laila Bt. Abdullah

    Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak

    Latar Belakang

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya, Balai Pustaka ditubuhkan pada

    22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah

    Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa

    Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdekaketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan,

    Johor Bahru.

    Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di

    Singapura dan Johor Bahru pada 16-21 September 1956, Kerajaan telah menerima

    cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa

    dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai sebuah badan yang

    mempunyai anggota lembaganya sendiri.

    Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas

    wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala

    pelaksanaan tugasnya, yang selaras dengan perisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa

    kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tinggal negara. Biarpun berumur setahun jagung dan beroperasi di sebuah pejabat yang usang lagi daif, DBP tetap

    bersemangat waja untuk mendepani segala cabaran.

    Pada tahun 1959, DBP menempa kejayaan apabila dinaikkan taraf menjadi sebuah

    badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan

    menaikkan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu: (i) Menggubal dasarnya yang

    khusus; (ii) Menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera;

    (iii) Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif

    menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

    Kuasa autonomi di atas juga adalah selaras dengan matlamat utama DBP untuk

    membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar negara dan

    hasrat rakyat.

    Pada 31 Januari 1962, DBP berpindah ke bangunannya sendiri di Jalan Lapangan

    Terbang Lama ( sekarang Jalan Dewan Bahasa). Perpindahan ini memberi gambaran

    betapa bersungguhnya DBP memainkan peranannya sebagai institusi yang menjulang

    bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara.

    Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan

    membuka dua cawangan, iaitu: DBP Cawangan Sabah yang beribu pejabat di Kota

    Kinabalu dan DBP Cawangan Sarawak yang beribu pejabat di Kuching. Kedua-dua

    cawangan ini menjalankan tugas pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, di

    samping membantu ibu pejabat DBP di Kuala Lumpur menjalankan tugas penerbitan

    dan pemasaran buku di Sabah dan Sarawak.

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    2/18

    Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga Pejabat DBP Wilayahnya, iaitu Pejabat

    DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah

    Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan, Johor

    Bharu, Johor (2000). Pembukaan ini adalah untuk membantu menyebarluaskan

    bahasa, sastera dan budaya Melayu hingga ke Thailand negara-negara Indo-China,

    Sumatera dan Singapura.DBP akhirnya mendapat restu daripada Kerajaan dengan terbina bangunan baharu

    setinggi 33 tingkat yang siap dibina pada tahun 2002. Bangunan ini memuatkan ruang

    pejabat, Muzium Bahasa dan Sastera, auditorium dan Galeri Penulis. Di samping itu,

    ia menjadi mercu tanda bahasa dan sastera melalui penyediaan pelbagai kemudahan

    canggih untuk melaksanakan pelbagai kegiatan kebahasaan, kesusasteraan dan

    kepustakaan bahasa Melayu.

    Perancangan Strategik Menjelang Tahun 2020

    Berbekal Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, yang memberinya kuasaautonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa

    kebangsaan di Malaysia, DBP telah menyatakan wawasan dan misi untuk menjadikan

    bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia menjelang tahun 2020.

    Wawasan keramat ini termaktub dalam Matlamat, Falsafah, Misi, Moto, Rukun

    Budaya Korporat dan Piagam Pelanggan.

    Matlamat

    1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuksains dan teknologi.

    2. Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan

    buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan

    dan bahasa lain.

    4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalambahasa kebangsaan.

    5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara

    meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat

    kuasa.

    FalsafahPembinaan Negara Bangsa melalui Bahasa Melayu.

    Ungkapan ini merupakan manifestasi tugas yang akan dilaksanakan oleh DBP, dan

    cara melaksanakan program dan aktiviti yang terancang, demi penegasan identiti dan

    pengukuhan status bahasa Melayu sebagai wahana berfikir dan berkomunikasi serta

    wahana membina tamadun moden bangsa Malaysia.

    Misi

    Menjadikan Bahasa Melayu Bahasa Ilmu yang Berwibawa dalam Pembinaan

    Tamadun Bangsa.

    MotoBahasa Jiwa Bangsa

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    3/18

    Pemodenan Korpus Bahasa Melayu

    Pemodenan Korpus Bahasa Melayu bergerak melalui beberapa program, iaitu Bank

    Istilah Berkomputer dalam Talian (Bikomta), Kerjasama Kebahasaan PeringkatSerantau, Pembinaan dan Pemantapan Korpus Bahasa Melayu, Sebutan Baku Bahasa

    Melayu, Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu, Kodifikasi Bahasa

    Melalui Perkamusan dan Pengkomputeran Bahasa Melayu.

    i. Bank Istilah Berkomputer dalam Talian (Bikomta)

    Penggunaan komputer dalam kerja peristilahan kini semakin meningkat. DBP telah

    menubuhkan Bikomta yang merupakan satu sistem penyimpanan dan perekodan

    maklumat tentang istilah yang diterbitkan oleh DBP dengan menggunakan komputer.

    Sistem ini dimulakan pada awal tahun 1980-an dengan kerjasama Universiti Sains

    Malaysia (USM). Keupayaan Bikomta ini ditingkatkan dari semasa ke semasa

    menyediakan maklumat yang tuntas dan kemas kini tentang sesuatu istilah.

    ii. Kerjasama Kebahasaan Peringkat Serantau

    Penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 memulakan

    era baru dalam kerjasama kebahasaan di rantau ini. Dengan penyertaan negara Brunei

    Darussalam dalam kerjasama ini, MBIM diperluas menjadi Majlis Bahasa Brunei

    Darussalam- Indonesia- Malaysia (MABBIM) pada tahun 1985. Singapura juga sering

    mengikut sidang MBIM dan MABBIM sejak tahun 1983 sebagai pemerhati.

    Kerjasama ini telah menghasilkan penyeragaman pedoman ejaan dan transliterasi,

    penyeragaman pedoman pembentukan istilah, di samping penyeragaman istilah-istilah

    ilmu pengajian tinggi dan profesional.

    Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Pembentukan

    Istilah Bahasa Melayu merupakan hasil yang penting daripada kerjasama tersebut

    yang telah banyak membentuk kerja-kerja peristilahan. Setelah hampir 25 tahun

    penubuhannya, MBIM/MABBIM berjaya memperlihatkan hasil kebahasaan yang

    semakin mantap dimasyarakatkan di ketiga-tiga buah negara. Sejumlah 164049 istilah

    dalam pelbagai bidang/subbidang ilmu telah berhasil disepakati. Selain itu, sebanyak

    40 buah kamus istilah dapat diterbitkan dalam tempoh dari tahun 1986-2002 dan

    beberapa buah kamus yang lain sedang diusahakan.

    Antara hasil kerja peristilahan berbentuk penerbitan sepanjang dua dekad yang

    lalu termasuklah: (i) Pedoman dan Daftar (enam judul); (ii) Kamus Istilah (empat

    puluh judul); (iii) Prosiding Seminar Kebahasaan (tiga keluaran); (iv) JurnalSerantau (tiga keluaran); dan (v) Terbitan Khas: Persidangan dan Keputusan 1972-

    1992; Ke Arah Pembentukan Istilah yang Sempurna; General Guidelines for the

    Formation of Terms in Malay; General Terminological Cictionaries; dan MABBIM

    Wahana Kebahasaan Serantau yang Akrab, Mantap dan Berwibawa.

    Sehingga tahun 2002, iaitu sepanjang hampir 46 tahun, DBP telah berjaya

    menyebarkan sebanyak 752988 istilah menerusi penerbitan dalam pelbagai bidang

    dan kerja penciptaan istilah terus dijalankan.

    iii. Pembinaan dan Pemantapan Korpus Bahasa Melayu

    Pembinaan dan pemantapan korpus bahasa Melayu yang diasaskan pada penyelidikan

    ilmiah terhadap bahasa dan penggunaannya di kalangan masyarakat bertujuan untukmembakukan dan memantapkan aspek-aspek bahasa, seperti sistem ejaan, sebutan,

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    4/18

    tatabahasa, sejarah bahasa Melayu, laporan kaji selidik penggunaan bahasa Melayu,

    dan perancangan pembinaan dan pengembangan bahasa secara menyeluruh.

    a. Ejaan Rumi Bahasa Melayu

    Pada bulan Mac 1957, DBP telah menerbitkan risalah yang pertama, iaitu Kaedah

    Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Seterusnya, usaha telah dijalankan untuk menggandakansatu sistem ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Pada 27 Jun 1967, kedua-dua

    negara telah mencapai keputusan muktamad di DBP, dan sistem ejaan bersama

    Malaysia-Indonesia pun dilaksanakan. Sistem Ejaan Baharu tersebut telah

    diisytiharkan secara rasmi serentak di kedua-dua buah negara pada 16 Ogos 1972.

    Pada tahun 1975, DBP telah menerbitkan sebuah buku pedoman ejaan, iaitu

    Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu. Dengan terbitnya buku ini, maka sebahagian

    besar kekeliruan tentang sistem ejaan bahasa Melayu dapat diatasi.

    Pada tahun 1981, DBP telah mengeluarkan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa

    Malaysia. Buku yang paling mutakhir tentang sistem ejaan Rumi bahasa Melayu ialah

    Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1996.

    b. Ejaan Jawi Bahasa Melayu

    Usaha yang dilakukan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (1937)

    dan Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad atau Zaba pada tahun 1939, merupakan

    langkah awal ke arah pembinaan dan pemantapan sistem ejaan Jawi di negara ini.

    Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak

    berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta, seperti penerbit

    majalahDian. Dalam dekad 1980-an, usaha untuk membina dan memantapkan sistem

    ejaan Jawi semakin giat dilakukan. Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji

    Penggunaan Bahasa Malaysia telah memperakukan supaya sistem ejaan Jawi yang

    sedia ada hendaklah dikaji semula dan diperkemaskan.

    Pada tahun 1996, buku Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu diusahakan

    penerbitannya. Buku ini memuatkan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang

    disusun berdasarkan dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP,

    dan maklumat yang diselaraskan selepas terbitnya Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989),

    buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1993) dan Pedoman Ejaan Jawi

    Bahasa Melayu telah diterbitkan dan dilancarkan pada tahun 2001.

    iv. Sebutan Baku Bahasa Melayu

    Perancangan pembakuan sebutan bahasa Melayu merupakan salah satu objektif DBP,

    iaitu sebagaimana yang termaktub dalam Akta DBP 1959 (disemak 1978/95):

    (iv) Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah

    yang sesuai dalam kebangsaan.

    Pelaksanaan sebutan baku di Malaysia bermula apabila Kementerian Pendidikan

    memulakan penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan pada penggal kedua tahun

    1988, berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1988: Pelaksanaan Penggunaan Sebutan

    Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-Sekolah bertarikh 2 April 1988.

    dengan demikian, DBP telah berjaya menerbitkan beberapa buah buku pedoman

    sebutan berdasarkan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (1988), Daftar

    Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (1991) dan Pedoman Sebutan Baku Bahasa

    Malaysia (1994).

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    5/18

    v. Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu

    Gagasan untuk menyusun sejarah bahasa Melayu timbul dengan adanya keinsafan dan

    kesedaran terhadap ketiadaan satu dokumen yang lengkap, menyeluruh dan yang

    berwibawa secara ilmiah tentang sejarah bahasa Melayu. Justeru itu, DBP telah

    berusaha untuk menyusun sejarah bahasa Melayu sebagai satu projek jangka panjang

    dan bersifat antarabangsa. Projek ini dimulakan pada awal tahun 1984. Sehinggapenghujung tahun 1995, sebanyak 11 penerbitan di bawah siri Monograf Sejarah

    Bahasa Melayu telah diterbitkan. Pada tahun 2000, Jabatan Bahasa meneroka satu

    tapak lagi dalam penyusunan sejarah bahasa Melayu, iaitu Projek Sejarah Lisan

    Perkembangan Bahasa Melayu di samping melanjutkan kajian tertulis.

    vi. Kodifikasi Bahasa Melalui Perkamusan

    Kodifikasi atau pengekodan bahasa Melayu dipercayai telah bermula sejak awal abad

    ke-20 lagi dengan terbitnya kamus yang diberi judul Kitab Benih Bahasa susunan

    Fadhil Jaafar pada tahun 1917. Buku ini merupakan kamus Melayu yang pertama

    dihasilkan pada abad ke-20. selepas itu, Kamus al-Muhamudiah (1925) susunan Syed

    Mahmud Syed Abdul Kadir al-Hindi; Kamus Melayu (1935) susunan Shamsuddin

    Yunos al-Haj:Buku Katan P.Bm. P.B. Diraja Johor(1936); Kamus Angkatan BahasaMelayu (1957) susunan Che Yusof Ahmad et al.; dan Kamus Bahasa Melayu (1960)

    susunan R.O. Winstedt. Selepas kamus ini, terbit Kamus Am Bahasa Melayu (1961)

    susunan Md. Shah Jetty.

    Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa yang pertama bagi DBP telah berjaya

    diterbitkan pada tahun 1970, dan diulang cetak pada tahun 1984, dengan perubahan

    ejaan mengikut sistem ejaan baru; edisi kedua, iaitu Kamus Dewan Edisi Baru

    diterbitkan pada tahun 1989; dan edisi ketiga diterbitkan pada tahun 1994.

    Kamus Melayu Edisi Pelajar, iaitu Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar,

    terbit pada tahun 1975. lanjutan daripada kamus ini, Kamus Pelajar Bahasa Malaysia

    telah diterbitkan pada tahun 1983. Kamus Pelajar disusun berasaskan Kamus Bahasa

    Malaysia Edisi Pelajardan sebahagian besar daripada kandungannya diserap

    daripada kamus tersebut, tetapi dilakukan sedikit pengubahsuaian.

    Selain kamus ekabahasa, kamus pelbagai bahasa juga penting dalam kodifikasi

    bahasa Melayu. Kamus pelbagai bahasa bertujuan untuk memenuhi hasrat dan

    keperluan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Atas kesedaran

    ini, pada pertengahan tahun 1971, Kamus Dwibahasa, iaitu Bahasa Inggeris-Bahasa

    Malaysia telah mula diusahakan dan terbit pada tahun 1991.

    Selain kamus dwibahasa Inggeris-Melayu, terdapat beberapa kamus

    dwibahasa lain yang sedang diusahakan oleh DBP, iaitu Kamus Bahasa Tamil-Bahasa

    Melayu Dewan, Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan dan Kamus Bahasa

    Korea-bahasa Melayu Dewan serta kamus bahasa-bahasa utama dunia-bahasaMelayu. Pada tahun 1996, Kamus Perancis-Melayu Dewan telah diterbitkan dengan

    kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kedutaan Perancis di Malaysia.

    DBP juga turut memberi penumpuan pada penerbitan kamus khusus dan

    teknikal. Bertitik tolak daripada hasil sidang MBIM ke-14 di Bali, bahan istilah

    Hidrologi, Meteorologi dan Ilmu Kependudukan disediakan sebagai bahan pertukaran

    untuk Sidang MBIM ke-15, pada bulan September 1980. Akhirnya, penyusunan

    kamus yang didasarkan pada hasil sidang kelompok Hidrologi MBIM-UNESCO

    yang pertama, kedua, ketiga dan keempat iaitu Kamus Istilah Hidrogeologi, berjaya

    diterbitkan pada tahun 1982.

    Untuk membantu usaha menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu di

    kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai bentuk

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    6/18

    kamus khusus diusahakan. Kamus bahasa sukuan yang pertama diterbitkan oleh DBP

    ialah Kamus Bahasa Iban-Bahasa Malaysia pada tahun 1989.

    Beberapa glosari dialek turut diusahakan, antaranya: Glosari Dialek

    Terengganu, Glosari Dialek Kedah, Glosari Dialek Kelantan, Glosari Dialek Negeri

    Sembilan, Glosari Dialek Pulau Pinang dan Glosari Dialek Perak.

    Tesaurus bahasa Melayu yang pertama diterbitkan oleh DBP pula ialahTesaurus Umum Bahasa Melayu pada tahun 1990 dan Tesaurus Linguistik Bahasa

    Melayu pula diterbitkan pada tahun 1995.

    Satu lagi kamus yang telah diterbitkan oleh DBP ialah Kamus Kebalikan

    Dewan pada tahun 1995. kamus Kebalikan Dewan berbeza daripada kamus biasa

    kerana proses penggunaan kamus ini terbalik daripada kamus biasa. Kamus jenis ini

    membolehkan pengguna mencari sesuatu perkataan apabila makna perkataan itu

    diketahui secara kasar, seperti yang digunakan dalam teka silang kata.

    vii. Pengkomputeran Bahasa Melayu

    Pengkomputeran bahasa, dalam perspektif yang luas, melibatkan dua perkara utama,

    iaitu penyediaan prasarana dan pemprosesan bahasa. Dari sudut linguistik, yangdimaksudkan dengan aspek pemprosesan bahasa (khususnya bahasa tabii) ialah

    pengkomputeran bahasa per se. Walau bagaimanapun, aspek-aspek pembinaan dan

    pembangunan sistem yang sekadar mengautomatikkan kerja rutin yang dahulunya

    ditangani secara insani juga dikatakan pengkomputeran, tetapi secara tegar, bukan

    pengkomputeran bahasa.

    a. Pangkalan Data Bahasa Melayu Berkomputer

    Pembinaan Pangkalan Data Bahasa Melayu Berkomputer bertujuan untuk

    menyepadukan semua sistem aktiviti dan program kebahasaan berkomputer yang

    telah dibina, supaya saling dicapai antara satu dengan yang lain bagi tujuan

    mempermudah dan mempercepat segala aktiviti kebahasaan dan pemprosesan

    maklumat bahasa. Pangkalan Data Bahasa Melayu Berkomputer mengandungi

    pelbagai pangkalan data dan sistem pengkomputeran bahasa, iaitu sistem

    pengkomputeran bahasa,iaitu Sistem Peristilahan Berkomputer, Pangkalan Data

    Leksikon, Pangkalan Data Korpus, Pangkalan Data Perkamusan, Pangkalan Data

    Umum Bahasa Melayu dan Sistem Khidmat Nasihat Bahasa.

    b. Sistem Peristilahan Berkomputer (Bikomta)

    Sistem Peristilahan Berkomputer merupakan sistem penyimpanan dan perekodan

    maklumat tentang istilah yang dibentuk di DBP dalam sistem komputer. Projek

    peristilahan menggunakan komputer pada tahun 1979, merupakan titik permulaanwujudnya usaha sama antara DBP dengan Universiti Sains Malaysia (USM). Pada

    tahun 1982, setelah sistem ini siap dibina, satu perjanjian kerjasama pengkomputeran

    bahasa antara DBP dengan USM dan IBM World Trade Corporation telah diadakan.

    Dalam kerjasama ini, DBP bertindak sebagai pengguna dan pembekal maklumat

    bahasa, USM sebagai pembina dan pembekal perisian sistem peristilahan, dan IBM

    pula sebagai pembekal perkakasan komputer. Sistem ini disertakan kepada DBP

    untuk diuji guna.

    c. Pangkalan Data Leksikon

    Pangkalan Data Leksikon dibina untuk mereka bentuk dan membina sebuah sistem

    leksikon untuk menyimpan semua maklumat tentang sesuatu kata dalam bahasa

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    7/18

    Melayu, termasuk maklumat, seperti ejaan, sebutan, makna, morfologi, sintaksis dan

    etimologi.

    Pangkalan Data Leksikon terdiri daripada sistem leksikon yang dibina oleh

    USM, dan sistem daftar induk bahasa Melayu (Dafin BM) yang diusahakan di DBP.

    Pangkalan data ini telah diwujudkan sejak akhir tahun 1980-an. Sebuah sistem

    leksikon prototaip telah siap dibina pada tahun 1990 dan pembinaan data diusahakandengan giatnya melalui kerjasama DBP-USM.

    d. Pangkalan Data Korpus

    Projek Pangkalan Data Korpus mempunyai dua matlamat, iaitu pembinaan sistem

    korpus dan pengumpulan data korpus sebanyak 50 juta perkataan menjelang tahun

    2000. Sistem korpus dibina untuk tujuan memproses dan mengolah data mentah

    bahasa Melayu yang komprehensif ke dalam bentuk output, yang menjadi asas

    analisis dan kajian bahasa Melayu terutamanya untuk penyusunan pelbagai jenis

    kamus. Data korpus yang terakam dikategorikan mengikut karya asli, karya

    terjemahan, buku klasik, data akhbar, majalah, efemeral, puisi, drama dan kad bahan.

    e. Pangkalan Data Perkamusan

    Secara ringkas, matlamat projek Pangkalan Data Perkamusan adalah untuk mereka

    bentuk dan membina sebuah sistem perkamusan yang dapat menyimpan semua kamus

    terbitan DBP dalam suatu sistem pangkalan data perkamusan, untuk menyusun kamus

    baru dan menjana kamus terbitan daripada kamus-kamus yang sudah ada dalam

    Pangkalan Data Perkamusan.

    Pada masa hadapan, Pangkalan Data Perkamusan ini boleh beroperasi pada

    persekitaran antara muka pengguna grafik atau tetingkap, dengan pemprosesan boleh

    dilakukan secara dalam talian dan luar talian, dan pencapaian boleh dibuat melalui

    LAN dan WAN.

    f. Pangkalan Data Umum Bahasa Melayu

    Pangkalan data ini merupakan salah satu impian DBP yang dirancang untuk

    menempatkan segala maklumat kebahasaan, khususnya buku dan bahan rujukan yang

    berkaitan dengan pedoman dan rumus bahasa. Pangkalan data ini masih di peringkat

    pembinaan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Semua penyelidikan

    tentang kebahasaan sedapat-dapatnya diusahakan dengan menggunakan komputer,

    dan bahan kebahasaan yang telah diterbitkan ditukarkan ke bentuk terbacakan

    komputer untuk dimasukkan ke dalam Pangkalan Data Umum Bahasa Melayu.

    Pangkalan data ini dibina untuk menyimpan maklumat dalam bentuk teks

    wacana yang utuh, seperti buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah BahasaMelayu, Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, Pedoman Umum Transliterasi Arab-

    Rumi, Daftar Ejaan Rumi dan Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu;

    maklumat para penyelidik dan pakar bidang yang terlibat dengan DBP; maklumat

    kegiatan penyelidik bahasa yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh DBP

    khususnya, dan oleh badan penyelidikan kebahasaan yang lain amnya; dan segala

    perisian yang digunakan untuk memproses bahasa, seperti penyemak ejaan, penyemak

    tatabahasa, penanda dan penghurai.

    Pangkalan data ini akan menjadi pusat sumber rujukan umum bahasa Melayu

    yang lengkap dan kemas kini untuk kegunaan orang awam dan para penyelidik

    melalui LAN atau WAN untuk tujuan rujukan ataupun penyelidikan.

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    8/18

    Kempen Kesedaran Bahasa

    i. Minggua Bahasa Kebangsaan

    Gerakan yang bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan kecintaan terhadap bahasa

    kebangsaan di kalangan rakyat dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

    pada 30 Januari 1960 dan berakhir pada 6 Februari 1960. Gerakan ini dicadangkanoleh DBP kepada kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, DBP diberi mandat untuk

    merancang dan mengatur persiapan dan mengumpul segala tenaga untuk

    melaksanakan rancangan itu. Tun Syed Nasir Ismail dilantik sebagai Pengerusi

    Jawatankuasa Pusat Minggu Bahasa Kebangsaan. Gerakan ini diadakan juga di setiap

    negeri Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1961, gerakan ini diperbesar menjadi

    gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan.

    ii. Bulan Bahasa Kebangsaan

    Pada tahun 1961, sekali lagi DBP menerima tugas daripada Kementerian Pelajaran

    untuk menangani gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan yang dilancarkan pada 28

    Januari 1961. Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan selama enam tahun, iaitu dari

    tahun 1961 hingga tahun 1966. Bulan Bahasa Kebangsaan mempunyai dasarnya yangtersendiri, dikukuhkan dengan cara kerja dan acara yang bersepadu pada peringkat

    negeri dan daerah. Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan secara berperingkat-

    peringkat.

    iii. Gerakan Cintailah Bahasa Kita

    Program Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987

    oleh Perdana Menteri Malaysia, bertujuan untuk membina kesedaran dan

    mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan di kalangan masyarakat pengguna bahasa

    di Malaysia.

    Sempena pelancaran Gerakan Cintailah Bahasa Kita, beberapa kegiatan

    dilaksanakan. Antaranya termasuklah penyiaran lagu tema Gerakan Cintailah Bahasa

    Kita di RTM dan TV3; penerbitan dan pengedaran risalah bahasa terbitan DBP;

    pengedar poster dan pelekat kempen; penayangan filem lagu tema di pawagam;

    promosi kempen melalui media cetak dan elektronik; pembinaan papan iklan besar di

    tempat-tempat strategik di Wilayah Persekutuan; dan pameran buku pengajian tinggi.

    Di antara tahun 1990 hingga tahun 1994, kegiatan yang digerakkan sempena

    Gerakan Cintailah Bahasa Kita termasuklah penyebaran bahan-bahan panduan bahasa

    kepada masyarakat. Antara bahan yang diedarkan termasuklah Pedoman Umum Ejaan

    Rumi Bahasa Melayu, Bahasa Melayu dan Penyalahgunaannya, risalah Khidmat

    Nasihat Bahasa dan Ke Arah Bahasa Melayu yang Berkesan.

    Gerakan yang diadakan pada peringkat pusat dan peringkat negeri ini telahmemberikan kesan yang positif terhadap beberapa golongan masyarakat pengguna

    bahasa di negara kita, termasuklah sektor perundangan dan kehakiman, yang secara

    langsung atau tidak langsung, menghasilkan pindaan terhadap Akta Bahasa

    Kebangsaan 1963/1967, yang menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu di

    mahkamah bermula pada Jun 1990.

    iv. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

    DBP sebagai institusi bahasa yang berwibawa di Malaysia memang sentiasa proaktif

    mengembangkan dan mencitrakan bahasa Melayu di peringkat ASEAN, dan

    seterusnya ke peringkat antarabangsa. Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-

    Malaysia (MABBIM) sejak 21 tahun kebelakangan ini menjadi tapak langsung

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    9/18

    kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khususnya dalam bidang penyelarasan

    peristilahan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.

    Langkah awal yang dimulakan oleh DBP untuk merangka hala tuju

    pengantarabangsa bahasa Melayu adalah dengan mengadakan Kongres Bahasa

    Melayu Sedunia dari 21 hingga 25 Ogos 1995, yang antara lain, mengusulkan

    penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), penubuhan pusatpemelajaran bahasa Melayu di luar negara. Supaya bahasa Melayu dijadikan salah

    satu bahasa rasmi dalam setiap pertemuan negara-negara Asia Tenggara dan

    antarabangsa, meneruskan dan meningkatkan pusat bahasa dan pengajian Melayu di

    luar negara, di samping membuka peranan yang lebih cergas dalam soal

    memperkenalkan serta menggalakkan pengajaran bahasa Melayu di luar negara.

    DBP juga mengadakan kerjasama kebahasaan dengan pelbagai institusi di

    peringkat antarabangsa dengan mengadakan dan menandatangani Memorandum

    Persefahaman (MOU) bersama beberapa institusi, antaranya: Universiti Pengajian

    Asing Beijing (BFSU). Beijing; Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan

    Islam (IRCICA), Istanbul; Prince of Songkla University (PSU) Pattani, Thailand;

    Institut Kajian Asia Tenggara (ISAC), Hanoi, Vietnam; The University of New SouthWales (UNSW) Sydney, Australia; dan Persatuan Nusantar, Moscow, Rusia.

    Di samping itu, DBP juga mengadakan kerjasama kebahasaan, kesusasteraan

    dan penerbitan dengan Goethe Institute, Jerman; British Library, London; World

    Book International. Chicago; The Australian National University, Australia; China

    Radio International (CRI), Beijing; Tokyo University of Foreign Studies, Tokyo;

    Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea Selatan; School of Oriental and

    African Studies (SOAS), University of London; dan Universitas Sumatera Utara

    (USU), Medan, Indonesia.

    Dengan mengadakan dan menandatangani memorandum persefahaman serta

    kerjasama kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan, bersama pelbagai institusi luar

    negara, maka Malaysia kini telah melangkah ke satu lagi era pemantapan diaspora dan

    pengantarabangsaan bahasa Melayu ke seantero dunia. Menerusi kebahasaan dan juga

    sastera serta penerbitan dapat dipertingkat, khususnya pada abad ke-21.

    Kejayaan kesan kecapaian yang telah dan bakal dilaksanakan

    Penerbitan Ensiklopedia

    DBP memberi keutamaan kepada penerbitan ensiklopedia dalam bahasa Melayu yang

    akan menjadi sumber rujukan utama. Penekanan diberi kepada ensiklopedia tentang

    kesusasteraan, bahasa dan kebudayaan. Penerbitan ensiklopedia dalam talian akandiusahakan sementara penerbitan dalam bentuk konvensional masih diteruskan.

    Penerbitan Majalah

    Bagi merealisasikan tuntutan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, bahan korpus bahasa

    dan sastera dalam bentuk penerbitan berkala yang merangkumi pelbagai bidang ilmu

    juga diterbitkan dan mencakupi sasaran pembaca dari pelbagai peringkat umur dan

    kelas. Penerbitan berkala yang dimaksudkan ialah majalah dan jurnal.

    Penerbitan majalah dan jurnal juga diselenggarakan oleh pihak swasta atas

    nama DBP. Penerbitan cara ini dinamai francais. Majalah yang terlibat ialah Dewan

    Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Ekonomi dan Dewan Kosmik,

    manakala penerbitan jurnal pula ialah Kanun, iaitu sebuah jurnal undang-undang.

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    10/18

    Penerbitan Buku Sekolah

    DBP akan terus menerbitkan buku pendidikan bagi memenuhi sebahagian besar

    keperluan pendidikan negara. Buku yang termasuk dalam kategori ini ialah buku

    pengetahuan am, buku teks, buku kerja, buku panduan guru dan buku bacaan

    tambahan yang menyokong pemelajaran sesuatu bidang ilmu berdasarkan kurikulum

    yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Penerbitan buku sekolah terbahagi kepada dua, iaitu penerbitan buku teks dan

    buku sokongan. Penerbitan buku teks sekolah (rendah dan menengah) untuk

    Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan atas prinsip kerjasama antara agensi

    di bawah kementerian berkenaan. DBP memusatkan penerbitan buku teks dalam satu

    bahagian, iaitu di Bahagian Buku Teks bagi memudahkan pengurusan, penyelarasan

    dan pemantauan projek serta memaksimumkan penggunaan tenaga kerja dan

    peralatan. Kerjasama ini bermula dengan Kementerian Pendidikan menyediakan

    manuskrip bersih untuk DBP. Buku sokongan pula, dirancang penerbitannya bagi

    menyokong penggunaan buku teks. Selain membina dan mengembangkan bahasa dan

    sastera, buku sokongan juga disediakan untuk menambah pengetahuan pelajar.

    Penerbitan Buku Umum

    Buku umum terbitan DBP meliputi buku kreatif dan informatif serta ilmiah yang tidak

    terikat dengan kurikulum untuk bacaan masyarakat umum dari peringkat kanak-kanak

    hingga dewasa. Skop penerbitan kreatif merangkumi karya sastera klasik dan moden,

    antologi cerpen, puisi, drama, cereka sains, cerita agama dan komik manakala buku

    informatif pula, merangkumi buku pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu, esei dan

    kritikan, biografi, buku panduan, buku istilah, glosari, direktori dan lain-lain.

    Jenis penerbitan buku kreatif dan informatif pula terdiri daripada karya asli,

    karya terjemahan, adaptasi dan edisi ringkas. Sejajar dengan matlamat penubuhan dan

    fungsi DBP, penerbitan buku umum boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu (i)

    judul yang diterbitkan untuk memenuhi tanggungjawab sosial DBP dan penerbitannya

    memerlukan subsidi. Kategori ini meliputi buku sastera klasik, antologi puisi dan

    cerpen, esei dan kritikan, biografi, buku dalam bidang ilmu tertentu dan buku sastera

    yang digolongkan dalam karya agung; dan (ii) judul yang mempunyai potensi dari

    sudut pasaran meliputi pelbagai jenis bidang sama ada yang berbentuk kreatif

    mahupun informatif. Tumpuan dan pengembangan bahasa, sastera, budaya Melayu

    dan yang merangsang minda pembaca, buku ilmiah seperti teori falsafah serta buku

    yang bercorak pengetahuan, terutamanya karya asli atau yang dihasilkan oleh tokoh

    setempat dan yang berunsurkan Malaysiana akan diberi keutamaan. Penerbitan buku

    ilmiah dalam bidang khusus pula ditangani oleh Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia

    (MAPIM). MAPIM merupakan sebuah badan induk yang bergiat dalam pembangunanbidang penerbitan ilmiah dan saintifik. MAPIM ditubuhkan pada tahun 1996 dan

    dianggotai oleh semua bahan penerbitan bahan ilmiah dari segi pusat pengajian tinggi

    awam tempatan dan agensi kerajaan seperti DBP, MARDI, INTAN dan lain-lain.

    MAPIM berfungsi untuk membangun, mengembang dan menyelaras penerbitan

    ilmiah di Malaysia dalam pelbagai bidang.

    Terdapat tiga jawatankuasa yang bernaung di bawah MAPIM, iaitu (i)

    Jawatankuasa Pemandu MAPIM; (ii) Jawatankuasa Kerja MAPIM; dan (iii)

    Jawatankuasa Penyelenggara Aktiviti MAPIM. Dalam hal ini, DBP menjadi

    setiausaha tetap bagi Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Kerja.

    Penerbitan Elektronik

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    11/18

    Bagi menghadapi perkembangan yang pesat dan canggih dalam dunia penerbitan,

    DBP telah mual melibatkan diri dalam penerbitan elektronik. Jenis penerbitan

    elektronik yang diusahakan ialah penerbitan multimedia dan penerbitan web. Bahan

    yang diterbitkan dalam bentuk elektronik ialah bahan rujukan seperti kamus,

    ensiklopedia, istilah, biografi dan bahan pemelajaran untuk kanak-kanak dan remaja.

    DBP melalui Unit Multimedia sedang dan akan melaksanakan penerbitan elektronikmengikut kaedah seperti yang berikut: (i) Menjadi pembekal kandungan bahan

    penerbitan; (ii) Penerbitan bersama dengan syarikat multimedia swasta; dan (iii)

    Menerbitkan sendiri bahan melalui Unit Multimedia.

    Penerbitan Bersama

    DBP sebagai sebuah organisasi bahasa dan sastera terbesar dan terulung di Malaysia

    tidak ketinggalan menjalankan hubungan dengan beberapa badan penerbit, badan

    penyelidikan, badan korporat dan beberapa badan lain bukan sahaja dalam negara

    malahan di peringkat antarabangsa. Usaha ini bertujuan untuk menyebarluaskan ilmu

    dalam bentuk penerbitan bagi mendaulatkan bahasa kebangsaan di Malaysia dan

    pengembangan bahasa Melayu di seluruh dunia.Kejayaan membentuk kerjasama ini merupakan ekoran daripada penyertaan

    pegawai DBP dalam seminar dan persidangan bahasa, sastera dan penerbitan

    antarabangsa, melalui pelawat yang sering mengunjungi DBP dan melalui buku-buku

    DBP yang dipamerkan di pameran buku luar negara, seperti Frankfurt International

    Book Fair di Jerman, Jakarta International Book Fair di Indonesia, Asian International

    Book Fair di Singapura dan Balogna Childrens Book Fair di Itali

    Kerjasama juga diwujudkan dalam bentuk Memorandum Persefahaman

    (MOU) dan pelbagai bentuk lain. Antara kerjasama yang dijalin oleh DBP

    termasuklah kerjasama dengan: Kedutaan Perancis (1986), Beijing Foreign Studies

    University, China (1995), Institut Terjemahan Negara Malaysia (1997), Hankuk

    University of Foreign Studies, Korea Selatan (1997), Universiti Pendidikan Sultan

    Idris (1999), Guandong University Foreign Studies, China (2000); Universiti Ains

    Sham, Kaherah (2001) dan Universiti La Rochelle (2002)

    Satu lagi usaha sama yang dimeterai pada dekad ini ialah Kerjasama DBP-

    Research Centre for Islamic History, Art and Culture (IRCICA), Istanbul pada 24 Jun

    2000 di DBP. IRCICA merupakan sebuah pusat penyelidikan sejarah, sastera dan

    budaya Islam dan ditubuhkan sebagai cawangan pertama Pertubuhan Persidangan

    Islam (OIC) dalam bidang budaya. Sempena majlis tersebut, dua buah buku telah

    dilancarkan, iaitu Tamadun Islam di Malaysia yang merupakan karya asli dan Seni

    Khat Warisan Islam, sebuah karya terjemahan berdasarkan hasil terbitan IRCICA.

    Sebelum ini judul pertama yang telah diterbitkan dalam rangka kerjasama denganIRCICA ialah Islamic Civilization in the Malay World pada tahun 1997.

    DBP juga merupakan agensi kebangsaan yang menyertai Rancangan

    Penerbitan Bersama Wilayah Asia di bawah kelolaan Asian Culture for UNESCO

    (ACCU) di Tokyo sejak tahun 1974. sehingga kini, lima buah siri buku daripada

    rancangan tersebut telah diterbitkan oleh DBP dalam bahasa Melayu. Selain itu, pada

    bulan September 1994, DBP telah menjadi tuan rumah Persidangan Majlis Buku

    Asia-Africa.

    Rancangan Jabatan Penerbitan

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    12/18

    Jabatan Penerbitan akan menerbitkan bahan bacaan dalam bahasa Melayu

    berdasarkan struktur dan fungsi yang ada dengan keperluan penerbitan sebanyak 30%

    judul dalam bidang sosial dan 70% judul komersial yang merangkum penerbitan

    konvensional dan elektronik. Judul yang diterbitkan akan memberi manfaat kepada

    pembaca di samping memenuhi tanggungjawab sosial DBP. Judul yang diterbitkanakan menjadi judul yang laris di pasaran, judul yang membina tamadun bangsa dan

    judul yang merangsang minda pembaca. Untuk tujuan itu, tumpuan diberi kepada

    penerbitan buku dan bahan rujukan seperti ensiklopedia dan kamus, penerbitan

    berkala-majalah dan jurnal, buku teks sekolah rendah dan menengah, buku ilmiah

    dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu, dan buku dalam pelbagai bidang

    untuk bacaan umum bagi peringkat dewasa, remaja dan kanak-kanak.

    Dalam usaha pembinaan judul, penekanan akan diberi kepada judul tentang

    Malaysia (Malaysia), baik dalam bentuk karya asli mahupun terjemahan. Tumpuan

    juga diberi kepada penerbitan judul yang berkaitan dengan warisan bangsa Melayu-

    yang membincangkan sistem nilai, budaya dan kemahiran orang Melayu. Contohnya,

    sistem kerajaan dalam masyarakat Melayu, sistem politik, kepemimpinan dan

    ekonomi orang Melayu, dan sistem nilai masyarakat Melayu seperti yang tersiratdalam kumpulan puisi lama Melayu.

    Buku ilmiah dalam bahasa-bahasa dunia yang membicarakan teori, falsafah,

    agama Islam, politik, ekonomi atau ilmu semasa akan diterjemahkan apabila perlu

    untuk memastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus perkembangan

    ilmu dunia. Penekanan akan diberi kepada karya asli yang ditulis oleh penulis

    tempatan. Dengan usaha ini, diharap penerbitan DBP dapat mengambil tempatnya

    yang wajar dalam dunia penerbitan antarabangsa.

    Memasyarakatkan Ilmu

    Berdasarkan fungsi bahagian-bahagian di Jabatan Penerbitan, jelas menunjukkan

    bahawa hasil penerbitan bahagian-bahagian tersebut bertujuan untuk menyebarkan

    ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu secara lengkap, padat dan mantap. Secara

    tidak langsung, usaha ini dapat membantu proses pembentukan masyarakat yang

    progresif dan saintifik, iaitu masyarakat berbudaya yang mampu memanifestasikan

    perkembangan idea, adat resam, cita rasa dan aspirasi ke arah pembangunan sosial,

    pendidikan, teknologi, ekonomi dan politik yang merupakan keperluan dan matlamat

    kehidupan.

    Untuk merealisasikan harapan tersebut, Jabatan Penerbitan melalui bahagian-

    bahagian di bawah kawalannya berusaha menerbitkan karya-karya yang menjurus

    kepada kebangsaan negara dan kedaulatan bangsa. Justeru itu, satu Siri WacanaMinda telah diilhamkan dengan bertujuan bukan sahaja untuk memperkasa khazanah

    ilmu atau budaya bangsa tetapi juga untuk mengangkat tamadun bangsa ke peringkat

    antarabangsa atau persada dunia global.

    Dalam Siri Wacana Minda, beberapa terbitan akan dijalankan sebagai bahan

    pembicaraan dalam sesi dialog ilmu ini. Dalam sirinya yang pertama, sebuah buku

    hasil nukilan Ketua Pengarah DBP berjudul Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa

    Malaysia telah dilancarkan dan dibicarakan pada 14 Julai 2000.

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    13/18

    Pemerkasaan Bahasa Melayu

    Kita kini berada pada alaf baru yang menjanjikan seribu harapan dan cabaran. Dalam

    dekad sebelum memasuki alaf baru ini, pelbagai persediaan telah dibuat supaya alaf

    baru menjadi alaf yang gemilang bagi negara kita. Paling ketara ialah konsep

    Wawasan 2020 yang disusun dengan rapi dan teratur. Walaupun kemajuan

    perancangan ini tergendala sedikit oleh kegawatan ekonomi di rantau ini dan

    pergolakan politik negara, proses memajukan negara berdasarkan teras yang telah

    ditetapkan terus berjalan. Siberjaya dan Putrajaya muala menjadi realiti dan projek

    yang buat seketika dihentikan telah beroperasi kembali. Keadaan ekonomi dikatakan

    telah kembali pulih. Tidak dapat dinafikan bahawa teras pembinaan negara Malaysia

    pada awal abad ke-21 ialah Wawasan 2020. Usaha ini telah dimulakan sejak dekad

    90-an lagi. Wawasan 2020 berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara industri

    berasaskan kemajuan sains dan teknologi.

    Selaras dengan gejala globalisasi, usaha pembangunan di Malaysia dikaitkandengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat. Dengan kadar yang amat cepat,

    kita digesa melengkapkan diri dalam didang teknologi maklumat agar taraf

    pencapaian dapat diperoleh dengan segera. Dunia siber diharapkan dapat dialami

    setelah kita memasuki abad ke-21. Dalam semua aspek kehidupan, kita dikehendaki

    menyesuaikan diri dengan suasana kemajuan bidang teknologi maklumat.

    Dalam bidang pendidikan, permulaan secara besar-besaran dibuat melalui

    sistem sekolah bestari. Sebelum itu, kempen celik komputer sudah bermula dan

    generasi muda telah dijinak-jinakkan dengan internet dan e-mel, serta pelbagai

    rangkaian jaringan. Pusat komputer dan kafe siber telah muncul seperti cendawan

    selepas hujan, dan para remaja (termasuk yang sudah berumur juga) menghabiskan

    jam demi jam melayari pelbagai jenis laman web dan bermain pelbagai jenispermainan komputer.

    Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh dunia Barat. Oleh yang

    demikian, bahasa asas bidang ini sudah semestinya bahasa Inggeris. Namun,

    teknologi maklumat telah tersebar luas ke seluruh dunia hingga ke alam yang bahasa

    Inggeris tidak menjadi bahasa utama.

    Walaupun bahasa Inggeris bermula dan kekal sebagai satu bahasa penting

    dalam dunia teknologi maklumat, ruang bagai penggunaan bahasa lain mengikut

    keperluan masyarakat dan negara masing-masing masih ada. Persepektif demikianlah

    yang digunakan apabila persoalan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dilihat

    dalam konteks kemajuan yang dirancang di negara ini.

    Dalam kes penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam konteksteknologi maklumat, persoalannya tidak berbentuk situasi kalah-menang.

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    14/18

    Menggunakan bahasa Inggeris tidak bermakna menolak penggunaan bahasa Melayu.

    Penggunaan bahasa Melayu dalam dunia teknologi maklumat pula tidak sekali kali

    membawa erti bahawa bahasa Inggeris tidak lagi boleh digunakan. Sikap yang sihat

    perlu wujud. Orang yang begitu kagum dengan bahasa Inggeris diharapkan tidak

    membuat kesimpulan yang salah. Semua rakyat Malaysia sedar tentang kepentingan

    bahasa Inggeris dalam konteks dunia ilmu dan arena antarabangsa. Oleh sebab itu,tiada orang yang mahu menolak langsung bahasa Inggeris, apatah lagi dalam dunia

    teknologi maklumat.

    Pada masa ini, pendirian yang dipegang oleh sebahagian besar penduduk

    Malaysia ialah bahawa dunia teknologi maklumat itu dunia bahasa Inggeris dan

    bahasa lain tidak mampu menanganinya. Pendirian ini agak terpesong. Dunia awal

    teknologi maklumat memang dunia bahasa Inggeris. Namun, apabila teknologi itu

    diperkenalkan kepada masyarakat kita, peluang untuk menjadikan dunia tersebut

    dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu masih ada. Bahasa Melayu

    bukan tidak mampu menangani teknologi maklumat, tetapi oleh sebab dunia ini baru

    bagi kita kerana datangnya daripada budaya orang lain, bahasa Melayu perlu

    dilengkapkan dengan istilah yang cukup. Bagai orang yang pertama kali berhadapandengan komputer, istilah mouse atau tetikus sama pelik bunyinya. Oleh sebab itu,

    soal berasa ganjil tidak timbul. Alat itu ada, yang diperlukan ialah perkataan untuk

    merujuk kepada alat tersebut. Selagi tidak ada perkataan, selagi itu bidang tersebut

    tidak mampu diperkatakan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai tempat

    dalam dunia teknologi maklumat dengan syarat bahasa itu terlebih dahulu

    dilengkapkan dengan istilahnya.Pembinaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat

    meliputi dua aspek, iaitu pembinaan kosa kata dan pembinaan laras.

    Kedua-dua aspek ini memerlukan iltizam dan usaha gigih. Jalan yang paling

    senang adalah dengan terus menggunakan bahasa Inggeris yang sedia lengkap dengan

    segala istilah yang diperlukan. Tetapi, jika kita ingin menjadikan bahasa kebangsaan

    kita turut terlibat dalam dunia teknologi maklumat, pembinaan kosa kata dan laras ini

    haus diusahakan.

    Secara kasar, pemerkasaan bahasa Melayu dalam bidang teknologi maklumat

    meliputi bidang pembinaan kosa kata, pembinaan penggunaan bahasa Melayu yang

    baik dan betul, pembinaan laras, dan pembinaan bahan.

    Bahasa Melayu hanya dapat menangani bidang teknologi maklumat jika

    wujud semua istilah yang relevan. Istilah ini tidak semestinya terdiri daripada

    ungkapan tulen daripada bahasa Melayu, tetapi boleh terdiri daripada pelbagai bentuk,

    seperti bentuk pinjaman daripada bahasa Inggeris dengan atau tanpa penyesuaian

    sistem bunyi bahasa Melayu, dan menterjemah konsep dan istilah bahasa Inggeris

    kepada bahasa Melayu. Contohnya, internet, e-mel, multimedia, tetikus, pepijal,laman web, perisian, cakera padat, pengaturcaraan, dan pemprosesan data.Namun, yang menjadi masalah ialah manusia. Oleh sebab terlalu biasa dengan

    bahasa Inggeris, istilah dalam bahasa Melayu dianggap ganjil atau janggal.

    Dalam hal ini, cita rasa terhadap sifat bahasa Melayu perlu dipupuk. Janganlah kerana

    terlalu biasa makan keju, rasa belacan sudah tidak enak lagi.

    Semua pihak, terutama Bahagian Peristilahan Dewan Bahasa dan Pustaka,

    hendaklah berusaha menyesuaikan kosa kota yang cukup supaya ketiadaan istilah

    tidak lagi diulang-ulang sebagai alasan bahasa Melayu tidak dapat digunakan dalam

    dunia teknologi maklumat.

    Kita telah membina satu generasi yang menerima seluruh pendidikan dalam

    bahasa Melayu. Oleh sebab itu, jika bahasa Melayu dilengkapkan dengan istilah yang

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    15/18

    cukup, kita dapat mewujudkan penggunaan teknologi maklumat yang menguasai

    bahasa Melayu.

    Namun, perlu disedari bahawa ada juga pengguna teknologi maklumat yang

    tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik, iaitu mereka yang tidak terdidik melalui

    sistem pendidikan kebangsaan. Golongan ini (yang jumlahnya besar juga) hendaklah

    diyakinkan tentang perlunya bahasa Melayu digunakan di samping bahasa Inggeris.Penggunaan bahasa Melayu mereka juga perlu ditingkatkan ke tahap yang

    memuaskan.

    Untuk menyaksikan sesetengah pihak tentang keupayaan bahasa Melayu

    dalam bidang teknologi maklumat, sifat bahasa Melayu dalam bidang ini hendaklah

    jelas. Dengan kata lain, perlu wujud laras bahasa Melayu teknologi maklumat yang

    nyata, melalui peristilahan dan acara pengungkapan tersendiri. Hal ini bermakna

    bahawa perlu wujud contoh bahasa Melayu yang dengan sekali imbas dapat dikaitkan

    dengan bidang ini.

    Dalam hal ini, yang perlu dilakukan ialah penghasilan tulisan dalam bahasa

    Melayu dalam bidang ini, disertai bahan lain seperti laman web dan perisian. Hal ini

    harus dijadikan cabaran bagi semua pihak yang ingin melihat bahasa Melayu berjayadigunakan dalam teknologi maklumat.

    Teknologi maklumat sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita.

    Datangnya melalui arus yang deras, dan kita tidak berupaya menahannya. Oleh sebab

    itu, usaha perlu dibuat supaya kita tidak ketinggalan. Kita harus menyertai arus

    perdana ini.

    Namun, usaha ini memerlukan kerjasama erat antara beberapa pihak, misalnya

    Dewan Bahasa dan Pustaka, para cendekia, para pengamal teknologi maklumat, dan

    para pemimpin.

    Dengan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dimaksudkan peranan Bahasa

    Melayu sebagai penghantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu

    pengetahuan moden, iaitu ilmu Sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuruteraan,

    Kedoktoran, dan Undang-undang di samping itu sastera dan agama. Dengan perkataan

    lain Bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap

    dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka

    bidang ilmu moden, misalnya dalam kejuruteraan, Bahasa Melayu harus mempunyai

    laras-laran bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan

    awam, kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal, dan kejuruteraan

    kimia. Begitu juga dalam bidang kedoktoran, Bahasa Melayu perlu mempunyai laras

    bahasa untuk memperkatakan hal-hal dengan tepat tentang bidang Anatomi,Biokimia, Farmakologi, otothinolaringologi, parasitologi, patologi, pediatrik,

    perubatan psikologi, perubatan kemasyarakatan dan surgeri. Laras-laras saintifik ini

    berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan,

    laras sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya (Nik Safiah

    Karim, 1986: 6). Sebagai bahasa ilmu Bahasa Melayu harus mempunyai

    perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk

    menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa,

    perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perkauman dan

    perangkaan. Maksudnya kekuatan Bahasa Melayu seharusnya setanding dengan

    kekuatan bahasa Inggeris dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden.

    Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    16/18

    Jerman, dan Bahasa Jepun, yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden

    dengan jayanya. (Abdul Hamid Mahmood, 1993: 79).

    Cabaran dan Harapan

    Cabaran pertama dan paling hangat dibincangkan timbul daripada cadangan

    kerajaan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains

    dan teknologi di peringkat pengajian tinggi. Perdana Menteri sebagaimana dilaporkan

    oleh media elektronik pada malam 2 Disember 1994 dan media cetak pada 3

    Disember 1994 telah memberikan bayangan yang jelas tentang hal itu. Malahan beliau

    memberikan pilihan kepada rakyat sama ada ingin maju dengan merujuk kepada

    pentingnya Bahasa Inggeris atau terus mempertahankan warisan bangsa (bahasa

    Melayu) tetapi mundur. (Utusan Malaysia, 3 Disember 1994). Pada tanggal 6 Mei

    1995 Perdana Menteri mengulang lagi kenyataan dengan mengatakan:

    BIBLIOGRAFI

    Abdul Ghaffar Ramli, 1991. Keradioaktifan Asas dan Penggunaan. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Abdul Hamid Mahmood, 1993. Betulkan Kesalahan Bahasa Anda. Kuala Lumpur:Ensimal (M) Sdn. Bhd.

    Abdul Hamid Mahmood, 1995. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran

    dan Harapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

    Abdul Hamid Mahmood, 2001. MenguasaiBahasa Melayu Tinggi. Kuala Lumpur :

    Affluent Master Sdn. Bhd.

    Abdullah Hassan, 1981. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling

    Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Awang Had Salleh,Laporan Jawatankuasa mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia,

    Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur, 1981.

    Awang Sariyan, 1983. Pengaruh Sintaksis Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu

    dengan Rujukan Khusus kepada Laras Bahasa Ilmiah.Kertas kerja Seminar

    Unsur Asing dalam Bahasa Melayu, Persatuan Linguistik Malaysia ( 23-25

    April1983). Terbitan dalam Dewan Bahasa (September).

    Awang Sariyan, 1984. Isu-Isu Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.

    Bhd.

  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    17/18

    Awang Sariyan, Sinarnya Satu Idealisme. Pelita Bahasa, Dewan Bahasa dan

    Pustaka, Julai 1995.

    Bahasa Melayu dulu, kini dan selamanya.

    (http://202187.231/messageboard/messages/158.html)

    Bambang Kaswati Purwo, 1984. Deiksis dalam Bahasa Indonesia. Jakarta :

    Penerbitan Balai Pustaka.

    Citra 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. Pedoman Umum Pembentukan Bahasa Melayu.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. (http://www.dbp.gov.my)

    Hairulazim Mahmud.Berurusan gunakan bahasa Melayu.(http://www.jphpk.gov.my/malay/jun)%2002001%20023.htm

    Hazizi Johuni. (http://202.187.18.231/messageboard/messages/158.html)

    Ismail Dahaman, Oktober 1994. Agenda Bahasa Melayu Dalam Wawasan 2020:

    Pemantapan Bahasa Rasmi. Dewan Bahasa dan Pustaka

    Ismail Hussein, 1985. Elit Melayu & Masalah Bahasa Melayu.Dewan Bahasa

    (November).

    James T. Collins, 1997. Bahasa Melayu Dalam Konteks Globalisasi. Kertas Kerja

    Konvensyen Pendidikan Bahasa Melayu VIII. (8 9 Oktober).

    Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia.1981. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Marzuki, Sembang-sembang Mengenai DBP dan Bahasa Inggeris.

    (http://marhaeno.tripot.com/mar_a_marzukio1.html)

    Melayu bahasa utama MSC. (http://www.tntsb.com)/news/prq705 som.htm)

    Mingguan Malaysia, Ahad 7 Mei 1995.

    Mohd Salleh Majid, 1991/1992. Bahasa Melayu Menjelang 2020. Jurnal Persatuan

    Linguistik.

    Mohd Salleh Majid, 1997. Peranan Agensi-agensi Swasta dalam Memartabatkan

    Penggunaan Bahasa Melayu. Kertas Kerja Konvensyen Pendidikan bahasa

    Melayu VIII. (8 9 Oktober).

    Musa Mohamad, Datuk. 1984. Bahasa Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi.Kertas Kerja Kongres Bahasa &Persuratan Melayu keempat.

    http://www.dbp.gov.my/http://www.jphpk.gov.my/malay/junhttp://202.187.18.231/messageboard/messages/158.htmlhttp://marhaeno.tripot.com/mar_a_marzukio1.htmlhttp://www.tntsb.com/http://www.tntsb.com/http://marhaeno.tripot.com/mar_a_marzukio1.htmlhttp://202.187.18.231/messageboard/messages/158.htmlhttp://www.jphpk.gov.my/malay/junhttp://www.dbp.gov.my/
  • 8/6/2019 Sejauh Manakah DBP Memainkan Peranan Memperkasa Bahasa Melay

    18/18

    Nik Safiah Karim, 1986.Bahasa Melayu Tinggi, Teori dan Penerapan. Persatuan

    Linguistik Malaysia dengan kerjasama Alam Enterprise.

    Nik Safiah Karim dan Rakan-Rakan, 1996. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala

    Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Rohani Rustam. Pusat Dokumentasi Melayu Abad ke-25: Pengurusan Kala Depan

    Kepustakaan Melayu. (http://dbp.gov.my/dbp98/pdm99/RR.html)

    Samsudin bin Osman.Tan Sri. MajlisPerayaan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan

    Pustaka yang Ke-45.

    (http://www.smpke.jpm.my/web)NotesApp/KSNmain.ns8/0/09c90c90dbe98eb

    689548256a7e000)

    Shaharir Mohd Zain, 1996. PembangunanSains & Teknologi di Malaysia Menerusi

    Bahasa Melayu. (Syarahan Raja Ali Haji 1996), Persatuan Linguistik

    Malaysia.

    Takdir Alisjahbana, st. 1977. Dari Perjuangan dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia

    dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Modren. Jakarta : PT Dian Rakyat.

    Utusan Malaysia Isnin, Januari 1995.

    Wan Hashim Wan The, 1997. Bahasa Melayu Sebagai Wahana Perkembangan

    Budaya Berfikir. Kertas Kerja Konvensyen Pendidikan Bahasa Melayu VIII.

    (8 9 Oktober).

    Zainal Abidin Mohd. Said, 1989. Memahami KonsepPemasaran . Arena Buku Sdn.

    Bhd.

    http://dbp.gov.my/dbp98/pdm99/RR.htmlhttp://www.smpke.jpm.my/webhttp://www.smpke.jpm.my/webhttp://dbp.gov.my/dbp98/pdm99/RR.html