sejarah tanah rizab melayu

Upload: afidatul-azwa

Post on 04-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Sejarah Tanah Rizab Melayu

    1/8

  • 8/13/2019 Sejarah Tanah Rizab Melayu

    2/8

    Namun, tumpuan terhadap industri perlombongan bijih timah telah mula mendapat perhatian

    pihak Kolonial Inggeris dimana kawasan lombong bijih timah telah mula dibuka di sekitar

    Larut, Kuala Lumpur dan Lembah Kinta. Menurut sejarah, bijih timah telah ditemui oleh

    Dato Long Jaafar pada tahun 1848 di Lembah Larut yang mana ia telah menyaksikan ramai

    pelombongpelombong bijih yang terdiri dari kaum Cina telah berhijrah dan mengerjakan

    lombonglombong bijih timah. British telah mula campurtangan dalam hal ehwal dalaman

    negeri Perak dan akhirnya termeterai Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 yang mana Sultan

    Abdullah telah diminta untuk menerima Residen British. Bermula dari saat itu, Perak telah

    menjadi Protectorate State oleh Kerajaan Inggeris. Kemudian diikuti Selangor melalui

    Perang Klang 1, 2 dan 3 dan menyaksikan British mula mencampuri urusan dalaman Selangor

    sehingga membawa kepada penerimaan Residen British oleh Sultan Selangor pada tahun

    1877.

    Sektor pertanian komersil mula diperkenalkan oleh British pada tahun 1877 apabila tanaman

    getah telah mula ditanam di Kuala Kangsar oleh Sir HN Ridley. Ladangladang getah mula

    dibuka di Tanah Melayu oleh syarikatsyarikat perladangan Inggeris seperti Guthrie dan

    Sime Darby (kemudiannya menjadi Syarikat Malaysia pada tahun 1981). Tenaga kerja bagi

    ladangladang getah telah dibawa khusus dari India melalui Sistem Kangany dan Kontrak

    yang dikendalikan oleh Kerajaan Inggeris. Pada masa yang sama, India merupakan tanah

    jajahan British.

    Tanaman kelapa sawit telah diperkenalkan oleh Penjajah British pada tahun 1917 yang mana

    Rantau Panjang, Selangor telah dijadikan kawasan perladangan pertama bagi penghasilan

    tanaman kelapa sawit. Buruhburuh dari India telah dibawa masuk bagi mengerjakan

    tanaman kelapa sawit yang menjadi komoditi ekonomi utama Kerajaan British di Malaya.

    Oleh kerana permintaan terhadap tanahtanah bagi tujuan perlombongan dan tanaman

    komersil telah menggalakkan masyarakat Melayu di Tanah Melayu untuk membuka tanah

    tanah hutan dan kemudiannya dijual kepada saudagarsaudagar lombong dan syarikat

    syarikat perladangan Barat. Berdasarkan kepada scenario berkenaan, pihak British telah

    melihat sekiranya aktiviti masih berterusan, maka masyarakat Melayu tidak akan mempunyai

    tanah dan akhirnya terpaksa merempat di tanahair sendiri. Oleh itu, atas inisiatif Badan

    Perundangan Kolonial British, maka Enakmen Rizab Melayu 1913 telah diwartakan bagi

    tujuan melindungi kepentingan Melayu sebagai anak watan di Tanah Melayu.

    Meskipun Kerajaan Inggeris memperkenalkan dan mewartakan Tanah Rizab Melayu bagi

    tujuan melindungi kepentingan Melayu, tanahtanah yang dirizabkan tersebut tidak semua

    sesuai untuk tujuan pertanian tradisi bagi masyarakat Melayu.

  • 8/13/2019 Sejarah Tanah Rizab Melayu

    3/8

    3.0 Sikap Pemilik Tanah oleh Melayu semasa era penjajahan British

    Sekitar tahuntahun 1900 hingga 1930, sektor ekonomi di Tanah Melayu berada dalam

    kemuncak yang mana banyak sektorsektor ekonomi telah diperkenalkan oleh British bagi

    kepentingan industri perkilangannya di Britain. Oleh yang demikian, permintaan tanah

    tanah mempunyai hasil bumi yang tinggi serta subur telah menjadi perhatian utama oleh

    saudagarsaudagar lombong dan syarikatsyarikat perladangan Eropah.

    Masyarakat Melayu pada ketika itu lebih bersifat material sematamata dan sanggup

    membuka tanahtanah baru untuk dijual kepada golongan pendatang bagi kepentingan

    ekonomi mereka. Kawasankawasan tanah yang telah dibuka telah menjadi sebuah kawasan

    perbandaran dan petempatan yang moden hasil daripada kemajuan sektor pertanian dan

    perlombongan berkenaan. Golongan pendatang juga menawarkan harga yang tinggi kepada

    masyarakat Melayu yang memiliki tanah bagi tujuan kemajuan ekonomi zaman kolonial.

    Akibatnya banyak kawasankawasan hutan telah dibuka dan dijual. Boleh dikatakan pada

    masa lalu, masyarakat Melayu mempunyai banyak tanah, namun keadaan tersebut mula

    berubah apabila banyak tanahtanah milik masyarakat Melayu telah jatuh ke tangan Bukan

    Melayu.

    Akhirnya, kawasan petempatan Melayu yang dahulunya terletak di dalam kawasan Bandar

    telah berubah ke kawasan pendalaman yang tidak mempunyai kelengkapan yang serba

    lengkap dan daif. Ekonomi masyarakat Melayu hanyalah berdasarkan aktiviti ekonomi tradisi.

    Ini adalah kerana kawasankawasan petempatan komersil yang dahulunya milik Melayu

    telah jatuh ke tangan pendatang.

    4.0 Jenis Kegunaan Tanah bagi Tanah Rizab Melayu

    Tanahtanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu telah dikhususkan

    kegunaannya seperti berikut :-

    a) Tanaman Padi : tanaman ini merupakan sumber makanan utama bagi masyarakat Melayu

    sejak dari zaman dahulu. Tujuan British mengekalkan kegunaan tanah tersebut bagi maksud

    tanaman padi adalah untuk menjamin pengeluaran beras bagi kegunaan masyarakat Melayu

    dan pendatang Asia yang lain. Namun aktiviti pertanian padi dijalankan secara kecilkecilan

    dan tidak dibuat dalam bentuk perladangan sebagaimana yang diamalkan di ladangladang

    getah dan kelapa sawit.

  • 8/13/2019 Sejarah Tanah Rizab Melayu

    4/8

    b) Tanaman BuahBuahan : dikhususkan untuk tanaman buahbuahan tempatan seperti

    durian, rambutan, manggis dan sebagainya sebagai sumber ekonomi utama bagi masyarakat

    Melayu. Ini adalah kerana, hasil tanaman ini akan dijual kepada pembeli melalui pasarpasar

    yang disediakan secara khusus.

    c) Kampong : Kegunaan ini adalah merujuk sebagai sebuah petempatan tradisi bagi

    masyarakat Melayu yang terletak di kawasan pendalaman. Petempatan ini akan mengekalkan

    nilai tradisi Melayu bagi memberi peluang mengamalkan adat dan amalan keagamaan mereka

    secara bebas. Selain itu juga, British ingin terus mengekalkan dasar Pecah dan Perintah dan

    tidak menggalakkan masyarakat Melayu untuk berkomunikasi dan bergaul dengan kaum

    kaum Cina dan India yang mungkin akan menyebabkan kekuasaan British di Tanah Melayu

    tergugat.

    5.0 Pihak yang mempunyai kepentingan dalam Tanah Rizab Melayu

    Di dalam membincangkan kepentingan yang wujud di dalam pemilikan Tanah Rizab Melayu

    di Malaysia, secara amnya, ia boleh dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu secara langsung dan

    tidak langsung. Pemilik tanah itu sendiri adalah merujuk kepada pihak yang mempunyai

    kuasa pemilikan dan penentu terhadap Tanah Rizab Melayu. Manakala bentuk tidak langsung

    adalah merujuk kepada pihakpihak yang telah diberi kuasa untuk merangka dan merancang

    masa depan dan keperluan Tanah Rizab Melayu. Pihakpihak ini telah diberi amanah dalam

    bentuk kuasa sama ada secara terus atau tidak terus untuk membuat, menggubal danmemansuhkan apaapa perkara berkaitan dengan Tanah Rizab Melayu termasuklah

    perundangan yang telah dikuatkuasakan sejak 75 tahun tersebut. Pihakpihak yang

    mempunyai peranan secara tidak langsung ialah Ketua Kampung, Penghulu Mukim, Pegawai

    Daerah, AhliAhli Politik, Orang Besar Jajahan, Pihak Berkuasa Negeri, Kerajaan

    Persekutuan, AhliAhli Dewan Rakyat dan Raja Dalam Majlis.

    a) Pemilik Berdaftar

    Pemilik berdaftar adalah merujuk kepada pemilik sama ada yang telah menerima

    pemberimilikan tanah oleh pihak berkuasa negeri melalui peruntukkan dibawah Seksyen 42,

    Akta Kanun Tanah Negara 1965 ataupun penerima milikan tanah melalui pemberian secara

    pusaka atau penerima pindahmilik tanah. Pemilik Tanah dilindungi haknya sebagai pemilik

    tanah dan pemilikannya adalah tidak boleh disangkal sebagaimana yang termaktub di dalam

    Akta Kanun Tanah Negara 1965.

    Selain itu, nama pemilik berdaftar adalah tertera di dalam sama ada muka surat ketiga

    (penerima pemberimilikan tanah yang pertama) atau mukasurat ketiga adalah dijamin haknya.

  • 8/13/2019 Sejarah Tanah Rizab Melayu

    5/8

    Di dalam sistem pentadbiran tanah di Malaysia, terdapat 2 dokumen hakmilik yang

    dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri iaitu Dokumen Hakmilik Daftar yang disimpan di

    Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Hakmilik dan Dokumen Hakmilik Keluaran yang

    disimpan oleh pemilik berdaftar.

    Dalam konteks Tanah Rizab Melayu, biasanya pemilikpemilik berdaftar bagi tanahtanah

    Rizab adalah terdiri dari orang perseorangan atau perbadananperbadanan Melayu

    sebagaimana yang diperuntukkan dibawah EnakmenEnakmen Rizab Melayu. Pemilik

    berdaftar mempunyai kebebasan terhadap penggunaan tanah yang dimilikinya yang diakui sah

    dari segi undangundang. Akan tetapi kebebasan pemilik tanah tersebut adalah tertakluk

    kepada syarat dan penggunaan tanah sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam dokumen

    hakmilik. Pemilikan tanah oleh pemilik berdaftar tersebut adalah juga dijamin dibawah Fasal

    13 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan :-

    Hak keatas Harta

    a) Tiada seseorang pun yang dilucutkan hak ke atas hartanya sebagaimana yang

    diperuntukkan di dalam undangundang,

    b) Tiada suatu pun undangundang yang boleh mengambil tanah tersebut atau

    menggunakannya secara paksaan melainkan dibayar dengan sejumlah pampasan yang

    munasabah.

    b) Ketua Kampung

    Dalam konteks kampung tradisi di Malaysia, sesebuah petempatan tradisi Melayu di kawasan

    pendalaman akan diketuai oleh seorang Ketua Kampung. Pemilihan Ketua Kampung boleh

    dibuat sama ada melalui perlantikan secara langsung dari pihak berkuasa negeri atau melalui

    proses pemilihan dari kalangan penduduk kampung tersebut. Tugas utama Ketua Kampungadalah untuk mengurus dan mentadbir pentadbiran dan keselamatan kampung, menjaga

    kebajikan dan ketenteraman pendudukpenduduk kampung yang berada di dalam

    pentadbirannya dan menyampaikan segala maklumat atau makluman yang disampaikan oleh

    pentadbiran Mukim, Daerah dan Negeri.

    Dalam konteks pentadbiran Ketua Kampung di Malaysia, Ketua Kampung biasanya

    mempunyai hubungan yang baik dengan Penghulu Mukim, Pegawai Daerah, AhliAhli

    Politik yang memenangi Pilihanraya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) danPihak Berkuasa Negeri. Oleh yang demikian, sedikit sebanyak ia akan boleh menyampaikan

  • 8/13/2019 Sejarah Tanah Rizab Melayu

    6/8

    kehendak dan keperluan kampung yang berada dibawah pentadbirannya bagi tujuan

    pembangunan dan kemajuan dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

    c) Penghulu Mukim

    Penghulu Mukim merupakan anggota Perkhidmatan Awam Negeri yang dilantik oleh

    Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri. Jawatan Penghulu Mukim dikenali sebagai jawatan

    Penolong Pegawai Tadbir (Penghulu) (N27). Fungsi dan peranan Penghulu Mukim adalah

    tertakluk kepada dasar perkhidmatan awam negeri yang sedang digunapakai dan bagi tujuan

    pengurusan dan pentadbiran di dalam Mukimnya yang terdiri daripada kampungkampung

    yang berada di dalam kawasan pentadbiran Mukim.

    Penghulu Mukim mempunyai hubungan pentadbiran dan pengurusan dengan Pegawai Daerah

    di Pejabat Daerah bagi sesebuah pentadbiran daerah mukim berkenaan. Penghulu Mukim juga

    akan mempengerusikan mesyuarat dikalangan ketuaketua kampung yang berada di dalam

    pentadbiran mukimnya bagi menyampaikan hasrat dan cadangan kemajuan dan pembangunan

    daerah supaya ianya dapat disampaikan ke kawasankawasan yang berada di dalam

    pentadbirannya.

    d) Pegawai Daerah

    Dalam konteks Negeri Perak, seseorang Pegawai Daerah yang dilantik bagi mengetuai

    pentadbiran daerah adalah dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang dilantik

    melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan. Peranan Pegawai Daerah adalah

    untuk mengkoordinasikan perancangan dan cadangan kemajuan dan pembangunan daerah

    melalui dasardasar yang telah diperkenalkan sama ada di peringkat Negeri atau

    Persekutuan. Pegawai Daerah tidak mempunyai kuasa secara langsung di dalam memaju danmembangunkan sesebuah petempatan. Ini adalah kerana penglibatan dan peranan pihak

    berkuasa tempatan di dalam menentukan perancangan dan pembangunan kawasan melalui

    Pelan Struktur dan Pelan Tempatan yang telah diluluskan melalui Ahli Majlis Mesyuarat

    Kerajaan Negeri yang merupakan Jentera Pentadbiran Utama Kerajaan Negeri.

  • 8/13/2019 Sejarah Tanah Rizab Melayu

    7/8

    e) AhliAhli Politik (merujuk kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri)

    Di dalam membincangkan peranan ahliahli politik di dalam merancang dan membangunkan

    kawasankawasan kampung tradisi Melayu yang sebahagian besarnya terdiri dari tanahtanah Rizab Melayu, terdapat 2 jenis ahli politik iaitu Parti Pemerintah dan Parti

    Pembangkang. Namun terdapat perbezaan antara Ahli Parlimen (AP) yang mewakili rakyat di

    Dewan Rakyat di Persekutuan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang

    kemungkinan sebagai wakil rakyat biasa di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau ahli Exco

    Kerajaan Negeri.

    AP dan ADUN adalah terdiri daripada individuindividu yang dipilih oleh rakyat melalui

    proses pilihanraya. Peranan utama AP dan ADUN adalah untuk membawa suara dan hasrat

    rakyat ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi diberi perhatian oleh Jentera

    Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Biasanya ahliahli politik ini sangatberpengaruh dan mempunyai hubungan dengan pelbagai pihak bagi kepentingan kawasan

    yang diwakilinya. Bagi AP dan ADUN yang mempunyai portfolio sama ada di peringkat

    Negeri atau Persekutuan, mereka ini mempunyai peranan dan penglibatan di dalam merangka

    sesuatu dasar atau rang undangundang bagi kepentingan politik, ekonomi dan sosial.

    Walaubagaimanapun, persepsi dan pandangan berhubung dengan penyelesaian permasalahan

    dan pembangunan bagi tanahtanah Rizab Melayu adalah berdasarkan kepada kepentingan

    masyarakat Melayu itu sendiri, negeri, parti politik dan negara. Namun ia bergantung kepadakeikhlasan dan kejujuran AP dan ADUN di dalam mentadbir kawasan yang diwakilinya atau

    semangat kebangsaannya di dalam membela bangsa Melayu.

    f) Orang Besar Jajahan (OBJ)

    Orang Besar Jajahan (OBJ) merupakan satu jawatan yang berbentuk feudal dan aristokrat

    yang masih diamalkan di negeri Perak. Pada masa dahulu, OBJ merupakan pembesar

    pembesar kerajaan yang dilantik oleh Sultan Perak yang mana jawatan ini adalah bersifat

    warisan. Sebelum Britain menjajah Malaysia, fungsi dan peranan OBJ adalah hampir sama

    dengan fungsi dan peranan Pegawai Daerah yang merupakan satu jawatan yang telah

    diperkenalkan oleh British dan masih digunapakai sejak Sistem Persekutuan diperkenalkan

    pada tahun 1897.

    Fungsi dan peranan OBJ pada masa kini lebih bersifat untuk menjaga kepentingan Adat

    Istiadat Melayu dan Agama Islam. Oleh kerana Tanah Rizab Melayu merupakan salah satu

    keistimewaan orangorang Melayu dan menjadi tugas utama OBJ di peringkat Jajahan untuk

  • 8/13/2019 Sejarah Tanah Rizab Melayu

    8/8

    melindungi dan mempertahankan Tanah Rizab Melayu. Perisytiharan dan perlantikan kuasa

    adalah diberi oleh Sultan.