sejarah presentation tingkatan 1

19
Ahli Kumpulan: Melvyn Gnai Phang Chang Xiong Rachel Cheah Wong Xin Yi

Upload: chee-lum-chee-lum

Post on 02-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kegiatan Ekonomi di Negeri-Negeri MelayuSejarah Tingkatan 1 Bab 9

TRANSCRIPT

  • Ahli Kumpulan: Melvyn Gnai Phang Chang Xiong Rachel Cheah Wong Xin Yi

  • Kegiatan ekonomi seperti pertanian, perikanan dan pembuatan kraf tangan dijalankan secara kecil-kecilan atau sara diri Pengeluaran aktiviti tersebut adalah untuk memenuhi keperluan harian sahaja

  • Hasil tanaman menjadi sumber makanan penting Masyarakat Melayu rajin menanam tanaman seperti padi sawah, padi huma, ubi, sayur-sayuran dan buah-buahan Membina empangan untuk menakung air bagi menyalurkannya ke kawasan pertanian

  • Kawasan pertanian utama adalah di delta sungai Kedah dan delta sungai Kelantan. Kawasan tersebut bertumpu berhampiran sungai kerana tanah subur dan mudah mendapat bekalan air Peralatan yang digunakan ialah tajak, bajak, penyisir, cangkul tenggala dan kuku kambing Tenaga binatang seperti kerbau digunakan untuk kerja membajak

  • CangkulKetam PadiSabitBajak

  • Kuku KambingPencakarTenggalaTajak

  • Menggunakan alat tradisional seperti serkap, tangguk, tanggul dan bubu Hasil tangkapan akan diperdagangkan kerana mendapat permintaan yang tinggi Lebihan daripada hasil tangkapan dibuat ikan kering, belacan, budu dan keropok

  • Penggunaan alat tradisional menangkap ikan membuktikan masyarakat Melayu kreatif dan mahir membuat alat menangkap ikan

  • TanggulBubuSerkapTangguk

  • Masyarakat Melayu tradisional juga bijak memanfaatkan sumber alam semulajadi Daun mengkuang, daun pandan dan daun nipah dijadiakan tikar, bakul dan tudung salji Membuat senjata seperti keris Menghasilkan perhiasan daripada emas dan perak Menenun songket

  • Aktiviti lombong- bijih timah dan emas Kaedah- mendulang atau melampan Lombong Siam Hasil bijih timah: 1) bahan dagangan 2) mata wang 3) perkakas rumah Hasil emas dan perak: 1) barang perhiasan

  • Kawasan perlombongan bijih timah: 1) Limbah Kinta 2) Larut3) Dinding4) Beruas, Perak5) Sungai Ujung dan Sungai Linggi, Negeri Sembilan6) Sungai Bernam7) Sungai Selangor dan Sungai Klang, Selangor

  • Kawasan perlombongan emas: 1) Kelantan2) Pahang3) Terengganu

  • Cukai ialah bayaran yang dikenakan ke atas hasil pertanian, perlombongan, perdagangan dan hasil hutan Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah dan lambang kekuasaan seseorang pembesar

  • Pemberian sebahagian daripada hasil tanaman oleh rakyat kepada pemerintah Sebagai balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah untuk rakyat Nilai dan kadar bergantung pada hasil tanaman atau ternakan dalam setahun

  • Sesuatu pekerjaan yang dibuat oleh rakyat tanpa diberi sebarang upah Tujuannya adalah untuk menunjukkan taat setia dan sedia berkorban rakyat untuk pemerintah Tiada kadar kerana hanya melibatkan tenaga kerja membantu pemerintah

  • Contoh pekerjaan ialah membina istana, kubu, jalan dan saliran

  • *