sejarah kedatangan etnik banjar ke tanah melayu

Upload: he-loveschalk

Post on 29-Oct-2015

109 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sejarah Kedatangan Etnik Banjar Ke Tanah Melayu

TRANSCRIPT

MAKANAN TRADISIONAL

WADAI KEPENG Perkataan wadai dalam bahasa Banjar bermaksud kuih. Biasanya dihidangkan selepas selesai menanam padi ataupun di sebarang majlis doa kesyukuran atau doa selamat.Rasanya seakan kuih Badak Berendam.Diperbuat daripada adunan tepung pulut, garam dan air suam. Semua bahan tersebut akan diuli bersama sehingga menjadi doh. Kemudian bentukkan menjadi bulat kemudian dipicit sedikit agar menjadi leper.Kuahnya pekat dan lemak bersantan dicampur gula merah

KUIH BALUNGAN HAYAMDalam bahasa Banjar balungan hayam bermaksud balung ayam.Mendapat nama balungan hayam kerana bentuknya seakan-akan balung ayam.Disajikan sebagai hidangan sewaktu minum petang. Bahan-bahan asas membuatnya adalah hanya seperti tepung pulut dan daun pandan. Intinya pula diperbuat daripada kelapa, gula merah, gula putih yang dimasak terlebih dahulu.Ia akan dibalut dengan daun pisang dan dikukus selama 15 minit Menyamai rasa kuih koci cuma bentuknya berlainan.

IKAN WADIDiperbuat daripada ikan-ikan darat seperti ikan sepat.Cara penyediannya sama seperti membuat ikan pekasam iaitu dengan menaburkan beras goreng,garam dan asam keping di dalamnya. Ikan tersebut perlu diperap sehingga sebulan bagi memastikan ikan-ikan tersebut benar-benar terperap dan sebati dengan bahan-bahan yang telah dimasukkan .Ikan wadi akan digoreng bersama bawang besar dan cili padi serta dimakan panas-panas bersama nasi putih. Hidangan ini nyata dapat membangkitkan selera kepada orang yang menikmatinya terutama sekali bagi wanita sedang hamil.

KUIH KALAKATARBahan-bahan utamanya adalah tepung gandum, biji telur, gula dan sedikit garam.Cara membuatnya sama seperti membuat kuih bingka tetapi istimewanya ia ditambah campuran air serta isi kelapa muda.Tekturnya sangat lembut dan enak dimakan.Kuih ini dibakar secara tradisional menggunakan sabut kelapa menjadikan aromanya sangat wangi.Hanya terdapat di kawasan yang mempunyai masyarakat banjar.