sejarah evolusi komputer dan tokoh-tokoh terkemuka teknologi maklumat (rujukan)

5
10/18/12 i Komputer Dan Tokoh-tokoh Terkemuka Teknologi Maklumat 1/6 leocamp.tripod.com/SEJARAH.htm Sebelum 1940 Selepas 1940 Sejarah Perisian Ringkasan Richard Stallman Donald Knuth Steve Paul Jobs Samuel Morse Jerry Yang Bill Gates Sejarah Perkembangan Komputer PENGENALAN KOMPUTER Pada hari ini komputer digunakan dalam urusan perniagaan, hiburan atau kegunaan peribadi. Tujuan utamanya untuk memudahkan dan meningkatkan mutu kerja. Lain-lain kepentingan komputer dalam masyarakat termasuk mengawal lampu isyarat, perubatan, penerbitan,penguatkuasaan undang-undang, mengawal pencemaran serta lain-lain kepentingan yang berkaitan dengan manusia. Pada mulanya komputer digunakan didalam penyelidikan kerajaan dan untuk menyelesaikan masalah saintifik dan kejuruteraan. Dalam masa yang tidak begitu lama, komputer mulai mempunyai kepentingan kepada masyarakat apabila penggunaannya diperluaskan. Bapa komputer ialah Charles Barbage iaitu pencipta bagi arahan Start dan Reboot. Sejarah Perkembangan Komputer Terbahagi kepada dua zaman iaitu: a) Sebelum tahun 1940 b) Selepas tahun 1940 Sebelum tahun 1940 Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit- digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkansistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.

Upload: piriya94

Post on 21-Nov-2015

65 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

hbhjvkghhg

TRANSCRIPT

  • 10/18/12Sejarah Evolusi Komputer Dan Tokoh-tokoh Terkemuka Teknologi Maklumat

    1/6leocamp.tripod.com/SEJARAH.htm

    Sebelum 1940Selepas 1940Sejarah Perisian Ringkasan

    Richard StallmanDonald KnuthSteve Paul Jobs Samuel Morse Jerry YangBill Gates

    Sejarah Perkembangan KomputerPENGENALAN KOMPUTER

    Pada hari ini komputer digunakan dalam urusan perniagaan, hiburan ataukegunaan peribadi. Tujuan utamanya untuk memudahkan dan meningkatkanmutu kerja.

    Lain-lain kepentingan komputer dalam masyarakat termasuk mengawal lampuisyarat, perubatan, penerbitan,penguatkuasaan undang-undang, mengawalpencemaran serta lain-lain kepentingan yang berkaitan dengan manusia.

    Pada mulanya komputer digunakan didalam penyelidikan kerajaan dan untukmenyelesaikan masalah saintifik dan kejuruteraan. Dalam masa yang tidakbegitu lama, komputer mulai mempunyai kepentingan kepada masyarakatapabila penggunaannya diperluaskan. Bapa komputer ialah Charles Barbageiaitu pencipta bagi arahan Start dan Reboot.

    Sejarah Perkembangan Komputer

    Terbahagi kepada dua zaman iaitu: a) Sebelum tahun 1940 b) Selepas tahun 1940

    Sebelum tahun 1940 Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkansistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campurdan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yangbertambah rumit.

  • 10/18/12Sejarah Evolusi Komputer Dan Tokoh-tokoh Terkemuka Teknologi Maklumat

    2/6leocamp.tripod.com/SEJARAH.htm

    Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untukmelakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungibatu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukanbatu-batu itu. Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier

    (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga bolehmencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan. Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasidengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidangmatematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz. Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini bolehmenyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepatsehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagaiinput, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik danseterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas. Konsep mesin ini memeranjatkanahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa

    tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekuranganteknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkankedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden padahari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan olehBabbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.

    Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesinpenenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaanpenggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.

    Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnyayang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikatpada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang sepertiinsuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.

    Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada

    tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besardan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankanoleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di sampingpengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storaningatan yang sedikit.

    Selepas tahun 1940

    Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan

  • 10/18/12Sejarah Evolusi Komputer Dan Tokoh-tokoh Terkemuka Teknologi Maklumat

    3/6leocamp.tripod.com/SEJARAH.htm

    yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggiuntuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.

    Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalamkurungan menandakan tarikh anggaran.

    Generasi Pertama (1940 - 1959) Generasi Kedua (1959 -1964) Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an) Generasi Keempat (awal 80-an - ?) Generasi Kelima (masa depan)

    Generasi Pertama

    Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpanmaklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudahterbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidakmenjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyaksehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.

    Komputer jenis ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sainsmenyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh

    dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC

    (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckertpada tahun 1946.

    Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di

    dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yangdicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semuatugas pemprosesan dan storan.

    Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete

    Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadilebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcaratersimpan.

    Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan

    penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomidaripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan olehUnviersiti Cambridge, England.

    Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic

    Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakantiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul

    selepasnya.

    Genarasi Kedua

    Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikantiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebihbaik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatanjuga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit olehlitaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadikomputer lebih pantas menjalankan tugasnya.

    Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untukmenggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikianpengendalian komputer menjadi lebih mudah.

    Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam familikomputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah

    minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain

  • 10/18/12Sejarah Evolusi Komputer Dan Tokoh-tokoh Terkemuka Teknologi Maklumat

    4/6leocamp.tripod.com/SEJARAH.htm

    komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.

    Generasi Ketiga

    Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saizmikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikonmelalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkanlitar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip. Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecilmenjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murahberbanding dengan komponen elektronik yang lain.

    Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputermenjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputerdidapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murahdan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIACdalam menjalankan sesuatu tugas.

    Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakanmikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untukmembolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling

    popular pada mikrokomputer.

    Generasi Keempat

    Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungisehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi inidipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapatdilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besarsehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurangdi antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini jugamewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbandingkerangka utama.

    Generasi Kelima

    Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakankomputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Iadijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebihdaripada satu tugas dalam satu masa.

    Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supayamembolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat jugamungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyaikepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatukeputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".

    Dari Segi Perisian

    Evolusi Komputer Elektronik 1940.Bidang perkomputeran tertumpu kepada perkakasan yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Amatsukar. Pada masa ini sistem pengoperasian (OS) belum wujud lagi. Kebanyakkan aturcara komputeradalah tertanam (embbeded) di dalam litar atau tape. Juru aturcara perlu mengetahui secara detailmengenai mesin.

    Evolusi Generasi-Mesin Kedua 1950

  • 10/18/12Sejarah Evolusi Komputer Dan Tokoh-tokoh Terkemuka Teknologi Maklumat

    5/6leocamp.tripod.com/SEJARAH.htm

    Konsep single-user OS. Bahasa paras tinggi seperti FORTRAN dan COBOL berserta denganpengkompil.Juru aturcara boleh tumpu kepada penyelesaian masalah menggunakan komputer.

    Era Tahun 1960OS semakin canggih dan melibatkan multiprogramming OS. Harga perkakasan semakin murah dankesedaran terhadap kepentingan komputer semakin meningkat.Pengguna boleh memperolehi hargamesin yang murah, bahasa-paras tinggi dan OS yang lebih mesra pengguna.

    Krisis Perisian 1960

    Teknik cara menulis aturcara yang mudah tidak boleh dijadi ukuran membina untuk pembangunanperisian sistem .Pembangunan perisian berskala besar memerlukan usaha daripada berbagi pihak.Konference NATO pada 1960 membincang secara detail krisis ini. Istilah software engineering telahditemui dalam konference ini.

    Era 90anPenggunaan komputer semakin meningkat. Komputer digunakan di dalam pelbagai bidang sepertibusiness, penyelidikan saintifik, video games, kawalan trafik, kawalan trafik udara, kawalan missile,pengurusan hospital, tempahan kapal terbang dan peralaltan rawatan perubatan.Barangkali tiadadisplin di dunia yang tidak mengguna komputer.Dengan bertambahnya penggunaan komputer maka permintaan terhadap perisian yang baiksemakin bertamabah. Pembangunan perisian semakin kompleks untuk memberi kemudahankepada pengguna.Walau bagaimanapun krisis perisian belum tamat. Mungkin matlamat kejuruteraanperisian adalah untuk berurusan dengan masalah?

    Ringkasan Sejarah Komputer

    1937Dr.John Atanasoft dan Clifford Berry mencipta komputer elektronik yang pertamabergelar ABC.

    1946

    Dr.John Mauchly dan J.Presper Eckert melengkapkan komputer elektronik digital

    seberat 30 tan mengandungi 18,000 ' vacum tube ' dan seberat 30x50 kaki persegidiperkenalkan iaitu bermulanya era generasi pertama komputer.

    1958 Komputer menggunakan transistor diperkenalkan iaitu generasi kedua komputer.

    1964Komputer menggunakan litar kawalan di dalam cip IC( Intergrated Chip )diperkenalkan. IBM System 360 adalah komputer pertama menggunakannya danbermulanya generasi ketiga komputer.

    1970Komputer generasi keempat yang menggunakan cip LSI (Large Scale Intergration)diperkenalkan.Cip pada tahun 1965 hanya mengandungi 1000 litar berbanding LSIyang mengandungi 15000 litar.

    1975Ethernet ciptaan Robert Metcalfe adalah LAN yang pertama direka dan masih

    digunakan hinggan ke hari ini.

    1981 IBM memperkenalkan PC(Personal Computer) yang pertama.

    1984IBM memperkenalkan PC bergelar PC AT (Advance Technology) yang menggunakanmikroprosesor Intel 80286.

    1989Mikroprosesor Intel 80486 adalah yang pertama mengandungi 1 Juta transistor didalamnya.

    SUN Company , 2004.Tarikh Dikemaskini : 14hb Feb 2004