sejak kebelakangan ini

3
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah di Malaysia sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin meruncing dan perlu diatasi dalam kadar yang segera. Masalah disiplin berlaku tidak kira sekolah di kawasan bandar ataupun luar bandar, sekolah harian biasa ataupun sekolah berasrama penuh. Fenomena ini semakin merunsingkan banyak pihak terutamanya para guru dan ibu bapa. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes disiplin yang lain. Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena pendidikan. Ia telah lama wujud malah semakin serius kerana tiada jalan penyelesaian yang efektif walaupun pelbagai langkah penyelesian telah dilaksanakan sama ada bersifat undang-undang mahupun bukan undang- undang. Malah, isu ponteng sekolah ini mendapat liputan hangat daripada pihak media massa. Bukan itu sahaja, ponteng sekolah sering dikaitkan dengan masalah disiplin lain termasuklah, isu merokok, melepak di cafe siber dan pusat membeli–belah, kurang ajar dan sebagainya. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan masalah. Pelajar sekolah menengah terutamanya di peringkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng (Berita Harian, 2 April 2001). Walaupun masalah disiplin di Malaysia masih terkawal, namun gejala sosial harus dipandang serius kerana ianya ibarat suatu virus yang menjadi titik tolak permulaan kepada salah laku disiplin yang lebih besar seperti vandalisme, gengsterisme, penyalahgunaan dadah, mat rempit, ragut serta pelbagai aktiviti tidak bermoral yang jelasnya akan meruntuhkan akhlak pelajar . Sistem pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik antara alasan yang kerap diberikan oleh murid yang ponteng sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan

Upload: ivy-ting

Post on 22-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sad

TRANSCRIPT

Page 1: Sejak Kebelakangan Ini

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah di Malaysia sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin meruncing dan perlu diatasi dalam kadar yang segera. Masalah disiplin berlaku tidak kira sekolah di kawasan bandar ataupun luar bandar, sekolah harian biasa ataupun sekolah berasrama penuh. Fenomena ini semakin merunsingkan banyak pihak terutamanya para guru dan ibu bapa. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes disiplin yang lain.

Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena pendidikan. Ia telah lama wujud malah semakin serius kerana tiada jalan penyelesaian yang efektif walaupun pelbagai langkah penyelesian telah dilaksanakan sama ada bersifat undang-undang mahupun bukan undang-undang. Malah, isu ponteng sekolah ini mendapat liputan hangat daripada pihak media massa. Bukan itu sahaja, ponteng sekolah sering dikaitkan dengan masalah disiplin lain termasuklah, isu merokok, melepak di cafe siber dan pusat membeli–belah, kurang ajar dan sebagainya. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan masalah. Pelajar sekolah menengah terutamanya di peringkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng (Berita Harian, 2 April 2001). Walaupun masalah disiplin di Malaysia masih terkawal, namun gejala sosial harus dipandang serius kerana ianya ibarat suatu virus yang menjadi titik tolak permulaan kepada salah laku disiplin yang lebih besar  seperti  vandalisme, gengsterisme, penyalahgunaan dadah, mat rempit, ragut serta pelbagai aktiviti tidak bermoral yang jelasnya akan meruntuhkan akhlak pelajar .

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik antara alasan yang kerap diberikan oleh murid yang ponteng sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng sekolah daripada hadir ke sekolah. Keadaan ini berlaku apabila sesetengah guru kurang proaktif dalam menarik minat murid. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik pemgajaran yang kurang menarik, di samping tiada variasi aktiviti atau gerak kerja yang menarik. Malah, penggunaan kaedah pengajaran tradisional iaitu ‘chalk and talk’ juga membosankan murid. Murid masa kini, memerlukan kaedah pengajaran secara induktif dan gaya pembelajaran konstruktivisme dan mempergiatkan aktiviti berkumpulan yang berpusatkan murid. Selain itu, penggunaan bahan

Page 2: Sejak Kebelakangan Ini

bantu mengajar  secara interaktif perlu diaplikasinya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Selain itu, guru perlulah bersikap adil terhadap muridnya dan menunjukkan personaliti yang baik sebagai ‘role model’  kepada murid.

            Sekolah merupakan tempat berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran kedua selepas ibu bapa. Ini bermakna guru  juga amat penting dan bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah pelajar. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik dalam kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Setiap sekolah di Malaysia telah  diperuntukan dengan jumlah kewangan yang besar bagi memastikan suasana sekolah berada dalam keadaan selamat, ceria dan kondusif. Tetapi malangnya terdapat sebilangan sekolah gagal menggunakan peruntukan ini bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan yang selamat, ceria dan kondusif. Sebagai contoh,. pagar-pagar yang sedia ada telah rosak tetapi tidak dibaiki segera. Ini menyebabkan pelajar mudah untuk ponteng sekolah dan keluar masuk sesuka hati. Kerosakan pagar di sekeliling sekolah akan menyukarkan tugas guru untuk mengawal pelajar.

Faktor kawalan  disiplin sekolah yang longgar juga memberi ruang kepada pelajar untuk ponteng sekolah dan melakukan perkara-perkara negatif yang lain. Badan disiplin sekolah termasuklah guru disiplin dan pengawas tidak berfungsi dengan baik bagi membanteras kegiatan yang melanggar disiplin.  Justeru, tugas guru bukan sahaja mengajar dan mendidik, malah mereka juga perlu prihatin kepada perkembangan pelajar. Ketidakprihatinan guru terhadap pelajar menyebabkan pelajar berasa tidak dihargai  dan tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan pelajar membuat perkara-perkara yang negatif bagi mendapatkan perhatian guru mereka.