sbt

6
1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia mutakhir ini sentiasa melalui proses transformasi dan penambahbaikan agar kualitinya berada pada tahap yang tinggi demi merealisasikan misi dan visi pendidikan Negara. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah menzahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Jesteru itu bagi menyahut cabaran tersebut, maka sekolah berprestasi tinggi adalah merupakan satu alternatif terbaik untuk dicapai. Merujuk kepada pelbagai pendapat pengkaji-pengkaji seperti Morrison,K. Hopkins, D. Smith dan lain-lain lagi adalah jelas bahawa sekolah yang berprestasi tinggi boleh dicapai dan direalisasikan sebagai satu instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sekolah berprestasi tinggi ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Januari 2010. Sesungguhnya sekolah yang berprestasi tinggi bukanlah suatu impian yang tidak boleh menjadi realiti , malahan ia adalah sesuatu yang mampu digapai sekiranya kita mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat. Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar. Ini kerana merekalah merupakan bakal pemimpin kita pada masa akan datang terutamanya dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, bagi melahirkan satu generasi yang cemerlang seperti yang dirancangkan, kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru, satu reformasi pendidikan yang menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat , menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara.

Upload: sabariya-banu

Post on 13-Jul-2015

403 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sbt

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia mutakhir ini sentiasa melalui proses transformasi dan

penambahbaikan agar kualitinya berada pada tahap yang tinggi demi merealisasikan misi

dan visi pendidikan Negara. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah menzahirkan

sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan

ilmu. Jesteru itu bagi menyahut cabaran tersebut, maka sekolah berprestasi tinggi adalah

merupakan satu alternatif terbaik untuk dicapai. Merujuk kepada pelbagai pendapat

pengkaji-pengkaji seperti Morrison,K. Hopkins, D. Smith dan lain-lain lagi adalah jelas

bahawa sekolah yang berprestasi tinggi boleh dicapai dan direalisasikan sebagai satu

instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Sekolah berprestasi tinggi ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan

Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Januari 2010. Sesungguhnya sekolah yang berprestasi tinggi

bukanlah suatu impian yang tidak boleh menjadi realiti , malahan ia adalah sesuatu yang

mampu digapai sekiranya kita mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak yang

terlibat. Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya

sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus

kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas

keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan

memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar. Ini kerana merekalah merupakan

bakal pemimpin kita pada masa akan datang terutamanya dalam mencapai Wawasan 2020.

Oleh itu, bagi melahirkan satu generasi yang cemerlang seperti yang dirancangkan,

kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap

kecemerlangan pendidikan. Jesteru, satu reformasi pendidikan yang menyeluruh seperti

memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat ,

menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan

merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat

terpenting untuk menjayakan pembangunan negara.

Page 2: Sbt

1.1 KONSEP SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja

mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan

teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan

pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan

Negara.

Terdapat beberapa ciri sekolah berprestasi tinggi yang penting seperti mempunyai

kepimpinan pengetua yang dinamis dan berkesan , pengurusan kurikulum yang tersusun,

pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara

elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang dianggap sebagai berprestasi

tinggi.

1.2 ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

1.2.1 Kepemimpinan Pengetua yang Dinamis dan Berkesan:

a) Penampilan diri

Kesihatan fizikal dan mental yang sihat

Beramanah , ikhlas, ada sedikit unsure-unsur sense of humor dan

tidak mementingkan diri sendiri

Berkeyakinan diri yang tinggi dan mahir berkomunikasi

b) Ketrampilan pentadbiran dari segi kebolehan menganalisa masalah

Kebolehan membuat keputusan

Keperluan pengurusan organisasi

Sensitiviti

Page 3: Sbt

c) Pengurusan kurikulum yang tersusun - Pengurusan Pra Pengajaran

danPembelajaran

Ketentuan sistem kelas yang akan digunakan

Jadual waktu kurikulum

Pemilihan guru untuk mengajar sesuatu matapelajaran

Perancangan dan persediaan Pengajaran dan Pembelajaran

Penentuan set pelajar

d) Pemantauan P & P

Rondaan – mempastikan ada guru mengajar dan proses P & P

berjalan

Pencerapan pengajaran guru

Kekuatan dan kekurangan dari segi isi

Teknik pengajaran

Respon pelajar ke atas pengajaran yang dibuat

e) Semakan buku nota dan latihan pelajar

Memenuhi kuota latihan

Menghabiskan sukatan pelajaran

Kualiti pemeriksaan buku-buku ringkasan

Kerja-kerja pemulihan

f) Penyemakan buku rekod pengajaran guru

Perancangan tahunan , penggal , mingguan dan harian

Page 4: Sbt

1.2.2 Guru Sebagai Agen Perubahan

Peranan guru amat penting dalam meralisasikan halatuju sekolah berprestasi tinggi. Guru

bertindak sebagai agen perubahan yang mesti berupaya untuk mencapai aspirasi kerajaan

bagi membentuk asesebuah negara yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian sebagai

seorang profesionalisme, guru perlu menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam

pelbagai program yang disediakan sebagai persediaan untuk menjadi pengurus dan

pentadbir professional kelas pertama. Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai

profesionalisme keguruan, pengetahuan, dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan

pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru professional

yang berkesan kepada pelajarnya. Selain itu, guru harus bijak membuat refleksi kendiri

terhadap tahap pencapaian standard serta mengenal pasti keperluan pembangunan

profesionalisme diri untuk mencapai kecemerlangan tugas sebagai pendidik dan Pembina

Negara bangsa.

Di samping itu, setiap guru haruslah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan

saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara dan menyanjung warisan kebudayaan

Negara, menjamin pembangunan individu, dan memelihara masyarakat yang bersatu padu,

demokratik, progresif, dan berdisiplin. Setiap guru perlu bertanggungjawab untuk mengenal

pasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap anak didik mereka supaya

generasi pelapis mampu mengorak langkahke arah kecemerlangan diri, bangsa, dan

Negara.Selain mengajar, guru juga menggalas amanah yang berat kerana turut berperanan

bagi membentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek

pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran pedagogi. Dengan hal demikian,

guru harus berupaya untuk menerapkan kaedah pendidikan yang tepat melalui pemerhatian

terhadap situasi, suasana, dan karakter seseorang anak didiknya supaya nilai murni dapat

dipupuk dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didiknya.

Oleh itu, perlulah seseorang guru itu untuk mempunyai ketrampilan interpersonal,

seperti kemahiran kaunseling, kemahiran membina pasukan, kemahiran penyelesaian

konflik, kemahiran pengurusan takanan dan masa, dan akauntabiliti.Melalui ketrampilan

interpersonal juga, pengurusan kurikulum yang tersusun dapat dilaksanakan dengan rapi

dan terancang dapat dihasilkan.Di samping itu, guru turut dapat menyumbangkan tenaga

terhadap pengurusan prapengajaran dan prapembelajaran dari segi ketentuan sistem kelas

yang digunakan, jadual waktu kurikulum, dan penentuan kumpulan.

Page 5: Sbt

1.2.3 Pelajar yang Berdisiplin, Bijak, Intelek, dan Komited

Selain guru, pelajar turut berperanan dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam

mewujudkan sekolah berprestasi tinggi.Dalam mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, hal

yang perlu diingatkan adalah pelajar sekolah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan

faktor ini turut mempengaruhi keupayaan dan motivasi pelajar untuk belajar.Sebagai contoh,

pelajar dari latar kemiskinan mungkin mempunyai prestasi akademik yang rendah kerana

faktor kehidupannya yang merendah diri kerana kemiskinan.Ini mungkin menyebabkan

mereka tercicir dalam pelajaran dan pergaulan dengan rakan. Dalam hal ini kaunselor perlu

memainkan peranan untuk menyediakan sesi kaunseling secara empati dengan pelajar,

sementara yang lain juga berperanan sebagai pakar motivasi kepada mereka. Sebagai

contoh, guru menggunakan sebahagian daripada masa mengajar untuk menyampaikan

motivasi kepada pelajar. Dengan kata lain pelajar perlu bersedia memperoleh

kecemerlangan melalui bijak intelek dan bijak akademik selain menampilkan kecemerlangan

disiplin yang melibatkan penampilan sahsiah diri melalui pemakaian kemas, rambut yang

kemas dan pendek, tingkah laku yang sopan santun, baik tutur kata, rekod kehadiran ke

sekolah cemerlang, termasuk hadir kegiatan kokurikulum tanpa ponteng kecuali dengan

mengemukakan surat waris atau doktor.

1.2.4 Sokongan Ibu Bapa

Selain pengetua, guru, dan pelajar, ibu bapa juga berkepentingan dalam menyahut cabaran

kerajaan untuk menzahirkan system pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia ini.

Sokongan ibu bapa amat diperlukan dalam mewujudkan sekolah berprestasi

tinggi.Sokongan mereka diperlukan untuk menggalakkan anak mereka supaya belajar

dengan tekun kerana pendidikan merupakan satu daripada jalan yang membolehkan pelajar

keluar daripada kepompong kemiskinan. Oleh itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak

mereka agar ke sekolah untuk mendapatkan kemahiran membaca, menulis, dan mengira

demi masa depan yang cemerlang.Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar dapat

menjadi orang yang berilmu untuk kesejahteraan dan kejayaan dunia akhirat. Oleh yang

demikian, ibu bapa perlulah bergerak seiringan dengan guru bagi menjayakan aspirasi ini.

Page 6: Sbt

3.0 KESIMPULAN

Keseluruhan artikel ini membincangkan tentang elemen-elemen yang sesuai bagi

menganggap sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berprestasi tinggi dan

langkah-langkah yang sesuai bagi mencapaikan matlamat tersebut. Ini termasuklah dari

aspek yang paling utama iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran ( P&P) .Di samping itu ,

dibincangkan juga beberapa aspek lain yang difikirkan perlu di dalam usaha meningkatkan

pencapaian akademik serta pengurusan kurikulum dan kokurikulum di sesebuah sekolah.

Proses P&P merupakan antara peringkat yang terpenting dalam pendidikan di

sekolah. Sekiranya kita mempunyai proses pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan

canggih dan mampun menguasainya, sudah pasti penghasilan pelajar yang dihasilkan akan

lebih bermutu dan mampu mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara. Oleh itu , bidang

pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnyalah diberi

perhatian utama oleh setiap pengurus/pengetua sekolah. Dengan keinginan, tekad dan

azam yang tinggi, pasti kecemerlangan pretasi sekolah dapat dicapai.

Penyeliaan ke atas pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa sangat

diperlukan sebagai saluran pengawasan untuk pembaikan dan pemantapan supaya proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan di atas landasan yang betul dan bermutu tinggi

selaras dengan hasrat negara menjadikan pendidikan di Malaysia berada di pentasnya yang

tersendiri. Melalui langkah ini, diharap lebih banyak sekolah mampi di angkat sebagai

sekolah berprestasi tinggi seterusnya melahirkan pelajar cemerlang untuk pembangunan

modal insane Negara.

Guru sebagai medium penyebar hendaklah memastikan anak didik, pewaris Negara

diberi pendidikan sepenuhnya yang tidak berbelah bagi. Seberat mana pun tugas yang

digalas, guru harus sentiasa bagi menghasilkan insan yang cemerlang dan seimbang dari

segi harmoni dan jasmani.