saya bangga sebagai melayu

Upload: uzmar-izmael-zubir

Post on 22-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Saya Bangga Sebagai Melayu

    1/5

    SAYA BANGGA SEBAGAI MELAYUDecember 29, 2011 at 7:53pm

    Kepada mereka yang tidak berbangga dengan bangsa sendiri kerana kepentingan-kepentingan

    tertentu dengan bangsa lain, maka di sini saya perturunkan pendapat tokoh berwibawa di negara

    ini , Prof. Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid , mengenai kebanggaannya menjadi Orang Melayu,kerana sejarah Bangsa Melayu itu sendiri amat tinggi nilainya Pengarang.

    BARU-BARU ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membukukan kertas kerja siri Syarahan

    Raja Ali Haji bertajuk Pantun dan Kebijaksanaan Akan Budi Melayu tulisan Profesor Diraja

    Ungku Aziz. Buku 58 halaman itu menyingkapkan tentang pantun Melayu mengenai tema

    pedagang.

    Ungku Aziz kini telah mengumpul lebih 16,000 pantun Melayu lama pelbagai tema dan akan

    diterbitkan pada awal tahun depan. Uniknya ahli ekonomi dan bekas Naib Canselor Universiti

    Malaya ini kerana mempunyai minat mendalam dalam seni dan budaya.

    Di ruang tamu kediamannya di Petaling Jaya, banyak lukisan pelukis terkenal tempatan, ada

    yang digantung dan banyak juga yang disusun di lantar.

    Ungku Aziz menganggap sastera rakyat iaitu pantun mempunyai keunikan dan lebih 500 tahun

    lebih awal daripada karya William Shakespeare. Kebijaksanaan dan pemikiran Melayu

    dipancarkan dalam pantun. Beliau menemui kehebatan orang Melayu berdagang sebelum

    kedatangan penjajah daripada pantun-pantun yang dikumpul.

    Dalam wawancara kali ini Ungku Aziz bercakap mengenai hubungan pantun dengan sikap serta

    kecemerlangan orang Melayu dulu serta membandingkan dengan sesetengah kalangan Melayu

    masa kini yang lebih memburu kebendaan.

    Bagi saya pantun menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti orang Melayu ketika itu. Ini

    membuktikan keupayaan orang Melayu jauh lebih baik dari sekarang, kata Ungku Aziz ketika

    diwawancara wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID

    di kediamannya Rabu lalu.

    Bagaimana Pak Ungku melihat pantun sebagai cermin pemikiran Melayu?

    UNGKU AZIZ: Saya boleh katakan pantun orang lama sekitar 100 atau 200 tahun lalu dianggap

    sebagai cerminan pemikiran Melayu. Ini sastera rakyat yang berbeza dengan sastera feudal.

    Minat saya tertumpu kepada sastera rakyat. Zaman sekarang orang buat pantun bebas, sastera

    bebas tetapi saya mengikut peraturan lama dalam mengumpulkan pantun. Tentang hukum

    pantun termasuk nahu dan sebagainya telah banyak buku mengenainya serta banyak teorinya.

    Saya sendiri mempunyai teori mengenai ini yang akan saya huraikan dalam buku yang lebih

    tebal pada masa akan datang. Buku kecil ini adalah sebagai perisa sebelum saya keluarkan

    buku lain nanti. Saya lebih fokus dalam buku ini mengenai pantun yang mempunyai kaitan

    dengan pedagang. Zaman dulu sebelum orang Melayu dijajah, pantun adalah amalan tetapi bila

    penjajah datang dan memusnahkan pusat perdagangan seperti Melaka dan di Ujung Padang

    dan ia diganti dengan Singapura, Jakarta dan sebagainya. Dengan itu sistem pedagang asal

    seperti yang saya tulis dalam buku pantun ini habis hilang semua sekali. Tetapi semangat itu

    https://www.facebook.com/notes/anak-muda-sayangkan-melayu/saya-bangga-sebagai-melayu/313860195314457https://www.facebook.com/notes/anak-muda-sayangkan-melayu/saya-bangga-sebagai-melayu/313860195314457
  • 7/24/2019 Saya Bangga Sebagai Melayu

    2/5

    berdasarkan teori saya timbul semula sekarang. Namun sekarang tidak dipanggil pedagang

    tetapi usahawan.

    Maknanya sejak dahulu orang Melayu sudah ada sifat pedagang?

    UNGKU AZIZ: Sifat ini sudah wujud sejak dahulu. Seperti yang saya nyatakan dalam muka surat

    empat mengenai sifat pedagang orang Melayu sudah biasa berdikari, berani dan perkasa, cerdik

    ilmu dagang dan sedia menanggung risiko. Inilah empat kualiti yang ada pada pedagang Melayu.

    Kalau kita ada empat sifat ini kita boleh menjadi pedagang tetapi kalau tidak ada atau kurang

    satu atau dua sifat ini mungkin perniagaan anda akan bangkrap atau tidak begitu maju. Hari ini

    dalam perkara yang selalu saya kritik mengenai orang Melayu baru sifat mereka lebih kepada

    kiasu yang diambil dari perkataan Hokkien.

    Sifat ini yang banyak pada Melayu baru contohnya kalau ada satu kereta mereka mahu dua

    kereta atau kalau ada kereta kecil mereka mahu kereta besar. Mereka mahu lebih lagi dan tidak

    cukup serta tidak peduli tentang hal ehwal orang lain seperti masyarakat sudah semakin rosak

    dan lain-lain. Ini kerana mereka berpegang kepada sifat kiasu. Bagi orang Cina mereka boleh

    berjaya kerana mengamalkan sifat ini sejak lebih 4,000 tahun dahulu. Jadi sekarang dalam

    konteks Melayu baru mereka sudah mengenal sifat kiasu ini dan mereka tidak berapa peduli

    orang lain, atau dari keturunan mana. Mereka hanya bertumpu kepada kejayaan sendiri sahaja.

    Apakah orang Melayu sebegini tidak peduli untuk menolong orang Melayu lain?

    UNGKU AZIZ: Mereka berpandangan orang Melayu lain yang perlu membantu atau menjaga

    mereka. Namun hakikatnya masing-masing hanya pentingkan diri mereka sendiri. Kita tidakcerita tentang nilai agama yang baik dan sebagainya, itu cerita lain. Saya melihat ini sebagai

    pembuka cerita tentang sifat orang Melayu. Kalau mereka jujur dan ikhlas mereka ini berani

    menanggung risiko. Namun mereka banyak mengharap pada subsidi sahaja dan terus

    bergantung pada subsidi untuk hidup. Maka saya perlu tekankan orang Melayu tidak boleh

    bergantung kepada subsidi, tidak perlu mentaliti mengharap subsidi lagi dan mereka perlu

    berdikari. Kalau kita lihat dahulu ketika zaman Melaka, orang Melayu berdagang tanpa bantuan.

    Mereka masuk hutan sendiri mencari kayu-kayu seperti damar dan sebagainya dan kemudian

    menjualnya sendiri kepada pedagang luar yang datang dari Arab, Parsi, China, Venice dan

    sebagainya. Ketika itu perdagangan berlaku secara barter trade.

    Kita boleh lihat bagaimana aktiviti perdagangan ini meningkatkan kualiti dan taraf hidup orang

    Melayu ketika itu tanpa sebarang bantuan dari pemerintah dan orang lain. Berdasarkan pada

    buku ini saya kumpulkan pantun yang digubah oleh keluarga pedagang sama ada lelaki atau

    perempuan. Pantun-pantun ini menggambarkan emosi kaum pedagang contohnya pedagang

    dari Aceh yang berdagang ke Melaka dan kemudian terpaksa menunggu sehingga enam bulan

    kerana menanti angin bertukar arah. Maka dalam tempoh itu mereka akan saling mengenali

    penduduk tempatan dan apabila sampai masa untuk berpisah akan ada pantun untuk

    menyatakan emosi seperti pantun rindu, atau pantun sayang atau marah.

    Bagaimana boleh timbul minat pada pantun Melayu?

  • 7/24/2019 Saya Bangga Sebagai Melayu

    3/5

    UNGKU AZIZ: Saya ada beberapa perkara yang menjadi minat besar dalam hidup saya.

    Pertama dalam bidang seni sastera dan membaca novel sama ada terjemahan atau tidak

    daripada bahasa Perancis, Rusia dan pelbagai lagi. Saya biasa dengan cerita pendek Chekov

    misalnya. Pada saya Chekov adalah penulis cerita pendek paling hebat. Kemudian novel bahasa

    Perancis dan Inggeris. Kemudian saya meminati seni lukis dan mempunyai banyak koleksi

    lukisan dan saya juga mengumpul banyak buku tentang Picasso.

    Saya juga meminati sastera dan penulis bahasa Inggeris yang saya minati adalah Ernest

    Hemingway selain buku-buku politik Karl Marx. Sama ada bersetuju atau tidak dengan fahaman

    mereka, itu cerita lain. Saya membaca sekurang-kurangnya dua buku seminggu dan sekarang

    saya ada koleksi buku lebih 4,000 buah. Pada zaman sekarang saya juga mengumpul cakera

    padat tentang filem klasik seperti Lawrence of Arabia. Pada usia 89 tahun saya secara teorinya

    mempunyai banyak masa lapang untuk berbuat apa saja. Saya lain sikit dari orang yang

    mempunyai latar belakang ekonomi yang kebanyakannya tidak suka perkara-perkara seni. Saya

    sudah dilatih sebegini oleh arwah bapa saya.

    Bagaimana Pak Ungku melihat semangat generasi sekarang terhadap pantun Melayu?

    UNGKU AZIZ: Saya sudah mengumpul barangkali ada dua tiga ribu pantun tentang kasih, cinta

    dan sayang. Pantun-pantun ini ada kumpulannya termasuklah seperti pantun kanak-kanak. Pada

    masa depan akan ada satu bahagian yang akan menghurai mengenai pantun kanak-kanak.

    Dalam buku pantun ini saya hanya menulis tentang pantun pedagang. Insya Allah pada Februari

    atau Mac tahun depan saya akan terbitkan buku baru mengenai pantun Hikmah Melayu. Saya

    sedang mengumpul tentang perkara itu sekarang. Dalam komputer saya sudah ada sebanyak

    16,000 pantun. Kalau mengikut sejarah sejak 800 tahun dahulu sudah wujud pantun Melayusebelum wujud Shakespeare. Bagi saya tidak ada perasaan segan dan malu untuk saya memuji

    bahasa Melayu, kerana ia sudah wujud sebelum ada sasterawan terkenal Inggeris. Ketika itu

    orang Melayu sudah menghafal pantun-pantun ini kerana ketika itu mereka minda mereka tidak

    berkeladak dengan perkara-perkara lain. Mereka tidak perlu datang mesyuarat atau main golf

    dan sebagainya. Sama ada lelaki atau wanita mereka sangat pandai mengubah pantun.

    Bagi saya pantun ini menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti orang Melayu ketika itu. Ini

    membuktikan keupayaan orang Melayu jauh lebih baik dari sekarang yang sudah tidak tahu ke

    mana. Sekarang ini kalau kita hendak maju atau mencipta sesuatu kita perlu menguasai bahasa

    Inggeris. Saya tidak faham kenapa ini berlaku kerana orang lain yang tidak berbahasa Inggerisseperti Jerman, Jepun dan sebagainya boleh mencipta dan menguasai pelbagai perkara. Saya

    berpandangan jika kita mengkaji semula pantun dan apa saya tulis dalam buku ini, kita akan

    tahu bahawa orang Melayu dahulu bijak dan adil tetapi oleh sebab penjajahan yang kemudian

    mewujudkan keadaan kucar-kacir, semua ini hilang. Akhirnya yang rugi tetap orang Melayu

    kerana bangsa lain seperti India dan Cina mempunyai bahasa mereka sendiri yang telah wujud

    sejak sekian lama. Adalah sesuatu yang sangat merugikan kerana kita tidak menyimpan dan

    menghargai apa yang kita miliki. Akhirnya kita rugi. Apa yang saya lakukan ini bukan mendapat

    apa-apa bayaran dan sebagainya, ini hanya kerana kerja sendiri. Sebelum ini saya sudah

    mengkaji sejak 50 tahun dahulu tentang isu kemiskinan Melayu dan ia masih banyak berlaku dan

    saya akan tulis lagi mengenai perkara ini.

  • 7/24/2019 Saya Bangga Sebagai Melayu

    4/5

    Tapi dalam soal pantun Melayu saya sudah mula mengumpulnya sejak 20 tahun lepas kerana

    saya berpandangan ia sesuatu yang sangat menarik. Saya boleh membaca syair dan puisi

    dalam bahasa Perancis dan Jepun. Pantun Melayu adalah sesuatu yang unik dan tidak terdapat

    pada pantun lain. Kalau ada pun puisi Inggeris yang mana rimanya hanya terdapat pada hujung

    barisnya sahaja tetapi pantun Melayu pada awalnya sudah ada dan pada tengah barisnya sudah

    ada rimanya. Pada saya pembayang itu tidak penting kerana empat-empat baris itu adalah

    pembayang kalau kita periksa dengan halus. Saya berharap kalau ada umur panjang saya dapat

    membuat buku mengenai pantun dengan lebih mendalam dan diperhalusi lagi. Pantun Melayu

    kalau ada bab yang erotik sikit mereka berasa ia lucu. Tapi kini ia tidak boleh lagi dan sudah

    ditapis. Bagi saya ada sesuatu yang tidak betul dan itulah yang saya rasa.

    Kalau melihat pada pantun zaman dahulu jelas orang Melayu bijak tetapi sekarang Melayu tidak

    begitu, kenapa?

    UNGKU AZIZ: Dari segi semangat sekarang orang Melayu dilihat tidak berbangga berbahasa

    Melayu. Mereka yang pergi belajar di luar negara kalau balik sudah tidak boleh berbahasa

    Melayu dengan baik. Dalam bab sastera dan pantun pula seakan mereka ini tidak ada minat.

    Kalau yang berminat pun hanya mereka yang belajar dalam jurusan atau kajian Melayu. Dahulu

    orang Melayu berbangga dapat menyumbang untuk kebaikan Melayu. Itulah yang saya rasa

    tentang budaya dan dunia Melayu.

    Pada saya tidak ada terlintas pun di minda saya hendak berpindah ke London, Paris atau mana-

    mana negara luar. Malaysia adalah negara yang cukup sempurna bagi saya. Iklimnya baik,

    ekonomi dan sosialnya baik, malah kalau buruk sekalipun saya tetap berbangga tinggal di

    Malaysia. Kalau dilihat saya ini bukan Melayu sepenuhnya kerana datuk saya berasal dari Turki.Namun jiwa saya sangat berbangga sebagai Melayu dan dan saya sangat berpuas hati.

    Apa masalah sikap orang Melayu?

    UNGKU AZIZ: Masalah sikap ini kita kena lihat mereka dari mana desa atau bandar kerana ia

    berbeza. Kalau orang Melayu bandar ini mereka sudah biasa dengan sikap kiasu yang mana

    mereka nak lebih. Kalau mereka hendak lebih sebagai seorang usahawan itu bagus dan patut

    digalakkan tetapi tidak boleh menerima terlalu banyak subsidi nanti dia jadi lemak. Kalau mereka

    dari kampung ia sesuatu yang betul sekadar cukup makan dan mengusahakan ladang tetapi

    tidak kayalah. Namun keadaan sekarang generasi baru lebih bertumpu di bandar dan merekamerasa berhak untuk membuat pilihan. Namun walau bagaimanapun mereka mesti berbangga

    menjadi orang Melayu dan mempunyai semangat Melayu yang tinggi. Walau dilambung ombak

    setinggi manapun mereka mesti kekal dan bangga sebagai orang Melayu. Ada orang bertanya

    sama ada Melayu dahulu atau Malaysia dahulu. Tapi bagi saya walau macam mana pun mesti

    Melayu dahulu, tidak ada kompromi tentang hal ini. Mungkin ada orang kata ia bersifat

    perkauman, tapi cuba buka mana-mana surat khabar, Cina Inggeris atau India, akan ada

    kenyataan orang Cina mahukan ini, orang India pula mahu itu dan ini.

    Kita tidak pernah dengar kenyataan bahawa orang Malaysia mahukan itu dan ini. Mesti orang

    Cina akan kata pendidikan atau sekolah Cina dan begitu juga orang India. Jadi di mana kita?Mungkin saya salah dan boleh betulkan. Saya rasa dalam perkara ini terdapat keadaan kucar-

  • 7/24/2019 Saya Bangga Sebagai Melayu

    5/5

    kacir kerana ramai orang meletakkan harapan dan kehendak yang bermacam-macam.

    Bermacam-macam janji yang cuba dipenuhi tetapi akhirnya hanya tinggal janji. Saya ambil

    contoh dalam hal novel Interlok, keadaan yang timbul sangat kucar-kacir sehingga hendak

    dijadikan buku teks sudah timbul macam-macam masalah. Pada hal ia sudah terbit sejak 40

    tahun dahulu. Sekarang pun masih menjadi isu hendak cabut itu dan ini lama-lama apa akan jadi

    pada novel tersebut? Lebih baik tidak diterbitkan buku itu sebagai buku teks.

    Apakah ini kerana orang Melayu selalu mengalah?

    UNGKU AZIZ: Memang kalau dilihat berterusan begini orang Melayu itu lemah. Bila orang

    Melayu minta orang lain akan kata kita rasis tetapi bila kaum lain yang minta macam-macam ia

    tidak dilihat sebagai rasis pula. Kenapa? Orang Melayu tetap orang Melayu, tidaklah pula mereka

    ini nak mengamuk dan bunuh orang kerana mempertahankan hak. Ini tidak berlaku. sekarang ini

    kalau kita baca dalam surat khabar mengenai ketua baru IMF mereka mencalonkan Fisher. Dia

    ini adalah dari bank negara Israel dan kalau dicalonkan, kenapa dia yang dipilih dan tidak pula

    timbul soal rasis. Sedangkan orang yang paling rasis sekali adalah Yahudi. Mereka mahu negara

    Israel hanya diduduki oleh bangsa Yahudi sahaja. Mereka berasakan mereka bangsa terpilih dan

    saya sangat tidak boleh menerima perkara ini.

    Tidaklah saya tergamak nak cakap hapuskan semua bangsa Yahudi seperti yang dikatakan oleh

    Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. Dalam keadaan sekarang yang berlaku di negara ini bila

    ada sesuatu perkara yang sesuai dengan mereka tidaklah mereka kata ia perkauman tetapi jika

    tidak sesuai dengan mereka maka mereka bangkitkan soal rasis.

    Prof. Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid