sang merak sudah insaf

1
Sang Merak Sudah Insaf Sang Kancil tinggal di sebuah hutan berdekatan dengan sebuah gunung. Sang kancil merupakan seekor binatang yang cerdik. Sang Kancil juga dihormati oleh haiwan lain kerana sikap Sang Kancil yang suka membantu haiwan dalam kesusahan. Di dalam hutan itu juga tinggal seekor burung merak yang sangat sombong. Sang Merak bersikap sombong sebab merasakan dirinya lebih cantik kerna memiliki bulu-bulu yang berwarna-warni. Sang Merak tidak suka berkawan dengan haiwan di dalam hutan itu. Pada suatu hari, Sang Kancil memanggil semua haiwan di dalam hutan itu berkumpul di tepi nbatang sungai. Tujuan Sang Kancil meminta semua haiwan berkumpul kerana Sang kancil hendak menyampaikan sesuatu perkaara yang penting. Pada mulanya, Sang Merak tidak mahu menghadiri perjumpaan itu. Sang Merak tidak berminat untuk mendengar perkara yang disampaikan oleh Sang Kancil itu. Sang Merak beranggapan perkara yang disampaikan tidakla begitu penting. Namun setelah dipujuk oleh haiwan yang lain, akhirnya Sang Merak datang juga untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Dalam perjumpaan itu, Sang Kancil meminta semua haiwan mengumpulkan makanan. Makanan yang handak dikumpulkan itu terdiri daripada buah-buahan dan beberapa jenis tumbuhan. Tujuan pengumpulan itu diadakan kerana musim kemarau akan tiba tidak lama lagi. Semua haiwan bersetuju dengan arahan Sang Kancil itu kecuali Sang Merak. Sang Merak tidak berminat untuk mencari makanan dan mengumpul makanan di tempat tinggal Sang Kancil. Tidak berapa kemudian, musim kemarau pun tiba. Tanah menjadi kering. Daun-daun berguguran dari pokok. Pokok buah-buahan tidak lagi mengeluarkan buah. Semua haiwan berasa lapar. Mereka berada di tempat tinggal Sang Kancil. Sang Kancil mengagihkan makanan yang telah dikumpulkan oleh mereka dahulu. Sang Merak juga berasa lapar. Sang Merak teringat makanan yang telah dikumpulkan oleh Sang Kancil dan haiwan-haiwan yang lain. Sang Merak berjumpa dengan Sang Kancil dan meminta maaf atas sikap sombongnya. Sang Merak meminta sedikit makanan daripada Sang Kancil.

Upload: joelhew

Post on 13-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Sang merak

TRANSCRIPT

Page 1: Sang Merak Sudah Insaf

Sang Merak Sudah Insaf

            Sang Kancil tinggal di sebuah hutan berdekatan dengan sebuah gunung. Sang kancil merupakan seekor binatang yang cerdik. Sang Kancil juga dihormati oleh haiwan lain kerana sikap Sang Kancil yang suka membantu haiwan dalam kesusahan.

            Di dalam hutan itu juga tinggal seekor burung merak yang sangat sombong. Sang Merak bersikap sombong sebab merasakan dirinya lebih cantik kerna memiliki bulu-bulu yang berwarna-warni. Sang Merak tidak suka berkawan dengan haiwan di dalam hutan itu.

            Pada suatu hari, Sang Kancil memanggil semua haiwan di dalam hutan itu berkumpul di tepi nbatang sungai. Tujuan Sang Kancil meminta semua haiwan berkumpul kerana Sang kancil hendak menyampaikan sesuatu perkaara yang penting.

            Pada mulanya, Sang Merak tidak mahu menghadiri perjumpaan itu. Sang Merak tidak berminat untuk mendengar perkara yang disampaikan oleh Sang Kancil itu. Sang Merak beranggapan perkara yang disampaikan tidakla begitu penting. Namun setelah dipujuk oleh haiwan yang lain, akhirnya Sang Merak datang juga untuk menghadiri perjumpaan tersebut.

            Dalam perjumpaan itu, Sang Kancil meminta semua haiwan mengumpulkan makanan. Makanan yang handak dikumpulkan itu terdiri daripada buah-buahan dan beberapa jenis tumbuhan. Tujuan pengumpulan itu diadakan kerana musim kemarau akan tiba tidak lama lagi.

            Semua haiwan bersetuju dengan arahan Sang Kancil itu kecuali Sang Merak. Sang Merak tidak berminat untuk mencari makanan dan mengumpul makanan di tempat tinggal Sang Kancil.

            Tidak berapa kemudian, musim kemarau pun tiba. Tanah menjadi kering. Daun-daun berguguran dari pokok. Pokok buah-buahan tidak lagi mengeluarkan buah. Semua haiwan berasa lapar. Mereka berada di tempat tinggal Sang Kancil. Sang Kancil mengagihkan makanan yang telah dikumpulkan oleh mereka dahulu.

            Sang Merak juga berasa lapar. Sang Merak teringat makanan yang telah dikumpulkan oleh Sang Kancil dan haiwan-haiwan yang lain. Sang Merak berjumpa dengan Sang Kancil dan meminta maaf atas sikap sombongnya. Sang Merak meminta sedikit makanan daripada Sang Kancil.