sang kancil menipu harimau.doc

14
Tarikh : 27 April 2011 Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tajuk : Sang Kancil Menipu Harimau Tahun : Tahun 5 Jujur Bilangan murid : 30 Orang Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat : i. Membaca kuat perkataan dan ayat berdasarkan teks Sang Kancil Menipu Harimau dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. ii. Membina tiga ayat tunggal berdasarkan kata kerja yang terdapat dalam teks Sang Kancil Menipu Harimau . Hasil pembelajaran : Fokus utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 i. Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Upload: nor-azirah-abdul-latif

Post on 17-Sep-2015

107 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kisah

TRANSCRIPT

Tarikh : 27 April 2011

Masa : 8.00 pagi 10.00 pagi

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tajuk : Sang Kancil Menipu HarimauTahun : Tahun 5 JujurBilangan murid : 30 OrangObjektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat :i. Membaca kuat perkataan dan ayat berdasarkan teks Sang Kancil Menipu Harimau dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

ii. Membina tiga ayat tunggal berdasarkan kata kerja yang terdapat dalam teks Sang Kancil Menipu Harimau.

Hasil pembelajaran :

Fokus utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi

yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

i. Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat

tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus sampingan :

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk Aras 1

i. Membina perkataan dan pelbagai jenis ayat. Kemahiran bahasa : Kemahiran lisan, membaca, menulis

Sistem bahasa : Tatabahasa, ejaan, kosa kata, sebutan dan intonasi

Ilmu ; Pendidikan Moral, Pendidikan MuzikNilai : Amanah, Tidak MenipuKemahiran bernilai tambah : i) Kemahiran berfikir : menjana ideaii) kecerdasan pelbagai : kinestetik, muzikiii) kemahiran belajar cara belajar : mendengar dengan cekap, belajar secara berkumpulan

iv) kemahiran kontekstual : menghubungkaitBahan bantu mengajar : Petikan teks Sang Kancil Menipu Harimau, kad gambar, lembaran kerja, bunyi-bunyian haiwan.

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah membaca cerita dongeng dan tahu serba sedikit mengenai ayat tunggal dan ayat majmuk.Isi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Teknik penyoalan :

Contoh soalan:

i. Apakah haiwan ini?

ii. Dimanakah haiwan ini berada?Contoh jawapan jangkaan :

i. Kancil dan harimau.

ii. Di hutan dan zoo.

Gambar haiwan : Kancil

Harimau

Tajuk pelajaran adalah Sang Kancil Menipu Harimau

Set induksi ( 5 minit )

i. Guru bertanyakan tentang binatang peliharaan pelajar.ii. Guru menunjukkan kad gambar haiwan kepada murid.iii. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaranPembelajaran Kontekstual :

Menghubung kaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.Bahan :

Kad Gambar Haiwan

Petikan dalam lampiran 1Penilaian merujuk kepada skala bercerita seperti dalam lampiran 2

Langkah 1 (15 minit )

i. Guru mengedar petikan cerita kepada murid.

ii. Guru membaca petikan tersebut dan murid menyemak bacaan.

iii. Secara berkumpulan, murid dikehendaki membaca petikan dengan nada dan intonasi yang sesuai sambil murid lain menyemak bacaan.iv. Guru memberi penilaian terhadap cerita yang disampaikan oleh murid secara lisan.

Kemahiran belajar cara belajar :

- Mendengar dengan cekap.Bahan :

- Petikan Sang Kancil Menipu Harimau

Skala penilaian bercerita

Peta cerita lampiran 3

Langkah 2 ( 15 minit)

i. Guru mengedarkan peta cerita kepada murid berkaitan petikan yang dibaca.

ii. Secara berkumpulan, murid dikehendaki menyelesaikan soalan tersebut.iii. Guru dan murid berbincang tentang peta cerita

Kemahiran Belajar Cara Belajar :

Memahami teks yang dibaca.

Belajar secara berkumpulan.

Bahan :- Petikan teks cerita Sang Kancil Menipu Harimau

Peta cerita

Kata Kerja :

Duduk

Mencari

Makan

Mendengar

Menunggu

Menunjukkan

Memberikan

Memandang

Mengejar

Langkah 3 (20 minit )

i. Guru menerangkan serba sedikit mengenai Kata Kerja kepada murid-murid.

ii. Guru meminta murid menyenaraikan seberapa banyak

kata kerja dalam petikan teks

tersebut.

iii. Guru meminta murid membina dua ayat tunggal

dari kata kerja yang

tersenarai dalam petikan

tersebut.iv. Guru mengadakan sesi

perbincangan bersama murid- murid mengenai jawapan

mereka.

Kemahiran Berfikir:

Menjana idea dan fikiran.

Bahan :

- Petikan teks cerita Sang Kancil Menipu Harimau

Penutup Sosial

Bunyi- bunyian haiwan :- Anjing- Ayam

- Gajah

- Kambing

- Kucing

- Monyet

Penutup Kognitif

Contoh nilai :

- Amanah - Jangan berbohong

Penutup ( 5 minit )

i. Guru memperdengarkan bunyi-bunyian haiwan sambil membuat pergerakan dalam bulatan dan diikuti oleh murid-murid.ii. Guru meminta murid-murid menyatakan nilai dan pengajaran daripada cerita.

Kecergasan Pelbagai:

Kinestetik MuzikBahan :

- Bunyi-bunyian haiwan

LAMPIRAN 1Cerita Sang Kancil Menipu Sang Harimau

Harimau ternampak Sang Kancil duduk di bawah sepohon pokok. Pada ranting pokok itu ada sarang tebuan.Hah, Sang Kancil ! Puas aku cari kamu, sekarang baru bertemu, kata harimau. Apalagi yang kamu hendak, harimau? tanya Sang Kancil. Aku nak makan kamu, kata harimau. Nak makan aku? Eh, sekarang tak boleh, harimau, kata Sang Kancil .Sang Kancil memberitahu dia sedang menjalankan perintah Raja Sulaiman.Aku diperintahkan menunggu benda ini, kata Sang Kancil sambil menunjukkan ke arah sarang tebuan.Sang Kancil memberitahu harimau itulah gong Raja Sulaiman.Baginda akan mendengar bunyi gong ini apabila baginda hendak ke hutan, kata Sang Kancil. Tentu sedap bunyi gong raja, kata harimau. Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira, kata Sang Kancil sambil memandang ke arah sarang tebuan itu.Harimau meminta Sang Kancil memalu gong itu kerana ia sangat ingin mendengarnya. Sang Kancil tidak mahu kerana katanya ia hanya diperintahkan supaya menjaganya, dan bukan memalunya.Tolonglah, Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Baginda bukan ada di sini, kata harimau merayu. Tak boleh. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tak jujur, kata Sang Kancil. Bagaimana kalau aku yang memalunya,kata harimau.Sang Kancil terdiam. Dia berfikir seketika.Baiklah harimau. Jika kamu ingin memalu gong raja ini, biarlah aku pergi jauh dari sini, kata Sang Kancil.Sang Kancil memberikan sebatang kayu kepada harimau.Palulah gong itu dengan kayu ini apabila aku suruh, kata Sang Kancil.Sang kancil pergi dari pokok itu. Apabila sudah jauh,ia berteriak dengan kuat,Harimau, palu!Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Wah, apabila sarangnya dipalu, maka keluarlah semua tebuan itu lalu menyengat harimau.Aummmm! Harimau mengaum dengan kuatnya. Dia meraung kesakitan. Semua tebuan itu menyerang seluruh badannya. Harimau lari dengan lajunya. Akan tetapi tebuan-tebuan terus mengejarnya. Mujurlah ia terjumpa sungai. Ia pun terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan dirinya.

LAMPIRAN 2GREDCIRI-CIRI PERTUTURAN/BERCERITA

Cemerlang (A) Sebutan dan intonasi amat baik jelas dan betul.

Penyampaian isi cerita amat menarik dan amat lengkap.

Penggunaan bahasa amat baik, tiada kesalahan bahasa.

Penyampaian amat lancar dan amat berkesan.

Baik (B) Sebutan dan intonasi yang baik jelas dan betul.

Penyampaian isi cerita yang menarik dan lengkap.

Penggunaan bahasa yang baik, terdapat beberapa kesalahan bahasa.

Penyampaian yang lancar dan berkesan.

Sederhana (C) Sebutan dan intonasi masih baik, jelas dan betul.

Penyampaian isi cerita yang masih menarik dan lengkap.

Penggunaan bahasa masih baik, terdapat beberapa kesalahan bahasa pada tahap sederhana.

Lemah (D) Sebutan dan intonasi yang lemah, kurang jelas dan sering melakukan kesilapan.

Penyampaian isi cerita yang kurang menarik dan kurang lengkap.

Penggunaan bahasa yang lemah, banyak kesalahan bahasa.

LAMPIRAN 4

AKTIVITI PENGAYAAN Sila cari sembilan kata kerja yang tersembunyiNOHAUDAIIBRMAYADO

SRRIBDUZTDIEMSMAR

HAKNQLUDNUMNIRAWS

AZAJWIUKULAUMAKJT

MENCARIIBKNNZFAAI

ARASAHLANTAJAANAK

TMRULAAHLAMUKDIRA

UMENUNGGUTHKIOLAH

LSHMUHWGIITKTPAGB

HIAZBAVILFOAAOHNI

ATMSMEMANDANGPDEN

ZNSZAFRIRAHBRNIDT

IIUYNARIIXHQMIHNI

RBDNAZUAKHEOITAEA

MENGEJARYAMPZAWMB

AHINILXERRNAIFLUD

1. __________________________6. _________________________

2. __________________________ 7. _________________________3. __________________________ 8. _________________________

4. __________________________ 9. _________________________

5. __________________________AKTIVITI PEMULIHAN

Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Kami _____________ ayam goreng itu.2. Budak itu _______________ buku di perpustakaan.

3. Semua pegawai diminta untuk _____________ dari tempat duduk.

4. Kakak ____________ teresak-esak kerana terlalu sedih.5. Kami semua ____________ apabila melihat pertunjukan ahli silap mata itu.6. Pelajar-pelajar _____________ membersihkan kawasan sekolah.

7. Pak Ali _______________ harimau itu dengan senapangnya.8. Ajwad _______________ sedulang makanan kepada tetamu.

9. Seluruh rakyat ______________ apabila

10. Julezza _____________ melihat keadaan rumahnya yang berselerak.Bagaimanakah keadaan watak utama ketika diserang tebuan?

Kenapakah watak utama melakukan perkara itu?

Apakah yang hendak dilakukan oleh watak utama?

Bagaimanakah keadaan watak utama?

Apakah kesudahan cerita ini?

Tujuan penting watak utama

Tajuk Cerita

Di manakah peristiwa itu berlaku?

Permulaan cerita

Siapakah watak utama cerita?

Akhir cerita

Jalan cerita

bangun

menangis

terpegun

Bergotong-royong

makan

membaca

menghidangkan

menembak

tercengang

memberontak

menunjukkan

mengejar