salman

3
Sebagai seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w., Salman merupakan seorang tokoh yang paling menonjol serta sangat disayangi oleh beliau disebabkan kerana keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman Al Farisi juga terkenal sebagai seorang Mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan. Makam sahabat Nabi, Salam al-Farisi. Salman al Farisi dikenal sebagai “Imam”, “Pewaris Islam”, “Hakim yang Bijaksana”, “Ulama yang Berpengetahuan Luas”, “Ahlul Bayt”. Semua gelaran tersebut diberikan kepadanya oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kehidupannya Salman al Farisi berasal dari negeri Dihqan, Iran. Ketika masih kecil dia sudah tertarik kepada agama Kristian, kemudian meninggalkan rumah kedua orang tuanya untuk mengikuti seorang rahib Kristian. Sebelum itu dia beragama Majusi. Setelah masuk Kristian dalam perjalananya menuju Syria, dia mengikuti dan belajar pada beberapa orang guru. Dari syria dia meneruskan perjalanannya ke Wadi al Qura di Arab Tengah, dalam rangka mencari seorang Nabi yang telah diberitakan telah memperbaiki agama Nabi Ibrahim AS, dan kedatangannya telah diramalkan oleh gurunya yang terakhir pada waktu menjelang akhir hayat sang guru. Dalam perjalanannya dipadang pasir, orang yang membimbingnya sebagai penunjuk jalan berkhianat dan kemudian menjualnya sebagai hamba kepada salah seorang Yahudi. Akan tetapi dia masih mempunyai kesempatan untuk pergi ke Madinah, masa itu hampir bersamaan dengan waktu hijrah nabi Muhammad SAW. Ketika mula masuk Islam, Salman masih menjadi hamba. Kemudiannya Rasulullah s.a.w telah menganjurkan sahabat agar membebaskan Salman. Beliau terkenal kerana sifat takwa dan zuhudnya. Beliau pernah hidup serumah dengan Abu Darda' yang terkenal sebagai seorang ahli sufi. Selanjutnya Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Sayidina Uthman bin Affan r.a. Ketika peperangan Khandak, beliau mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang Quraisy. Bila Abu Sufyan, pemimpin orang-orang Quraisy itu melihat parit tersebut, dia berkata: “Strategi seperti ini tidak pernah dilakukan oleh orang-orang Arab sebelum ini.”

Upload: nur-najiah-ibrahim

Post on 25-Jan-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sirah

TRANSCRIPT

Page 1: Salman

Sebagai seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w., Salman merupakan seorang tokoh yang

paling menonjol serta sangat disayangi oleh beliau disebabkan kerana keberanian, keikhlasan

serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman Al Farisi juga terkenal sebagai

seorang Mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan

dan kesenangan.

 

Makam sahabat Nabi, Salam al-Farisi. Salman al Farisi dikenal sebagai “Imam”, “Pewaris Islam”, “Hakim yang Bijaksana”, “Ulama yang

Berpengetahuan Luas”, “Ahlul Bayt”. Semua gelaran tersebut diberikan kepadanya oleh Nabi Muhammad s.a.w.

 

Kehidupannya

Salman al Farisi berasal dari negeri Dihqan, Iran. Ketika masih kecil dia sudah tertarik kepada

agama Kristian, kemudian meninggalkan rumah kedua orang tuanya untuk mengikuti seorang

rahib Kristian. Sebelum itu dia beragama Majusi. Setelah masuk Kristian dalam perjalananya

menuju Syria, dia mengikuti dan belajar pada beberapa orang guru.

Dari syria dia meneruskan perjalanannya ke Wadi al Qura di Arab Tengah, dalam rangka

mencari seorang Nabi yang telah diberitakan telah memperbaiki agama Nabi Ibrahim AS, dan

kedatangannya telah diramalkan oleh gurunya yang terakhir pada waktu menjelang akhir hayat

sang guru.

Dalam perjalanannya dipadang pasir, orang yang membimbingnya sebagai penunjuk jalan

berkhianat dan kemudian menjualnya sebagai hamba kepada salah seorang Yahudi. Akan tetapi

dia masih mempunyai kesempatan untuk pergi ke Madinah, masa itu hampir bersamaan dengan

waktu hijrah nabi Muhammad SAW.

 

Ketika mula masuk Islam, Salman masih menjadi hamba. Kemudiannya Rasulullah s.a.w telah

menganjurkan sahabat agar membebaskan Salman.

Beliau terkenal kerana sifat takwa dan zuhudnya. Beliau pernah hidup serumah dengan Abu

Darda' yang terkenal sebagai seorang ahli sufi.

Selanjutnya Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith

dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan

baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman

pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Sayidina Uthman bin Affan r.a.

 

Ketika peperangan Khandak, beliau mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau

khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang

Quraisy.

 

Bila Abu Sufyan, pemimpin orang-orang Quraisy itu melihat parit tersebut, dia berkata:

 

“Strategi seperti ini tidak pernah dilakukan oleh orang-orang Arab sebelum ini.”

 

Salman al-Farisi terkenal dengan panggilan “Salman Yang Baik.” Beliau adalah alim yang hidup

sederhana dan gemar beribadah. Beliau memiliki sehelai jubah yang dipakainya dan dijadikan

alas tidur.

 

Beliau tidak akan mencari perlindungan di bawah bumbung namun tinggal di bawah pokok atau

di tepi dinding. Seorang lelaki pernah berkata kepadanya:

Page 2: Salman

 

“Adakah aku boleh membina sebuah rumah untuk tempat tinggal engkau?”

 

“Aku tidak perlukan rumah,” katanya.

 

Lelaki itu tetap berkeras dan berkata:

 

“Aku tahu bentuk rumah yang sesuai untuk kamu.”

 

“Terangkanlah padaku,” kata Salman.

 

“Aku akan membina sebuah rumah yang jika engkau berdiri di dalamnya, maka bumbungnya

akan terkena kepalamu dan jika menghulurkan kakimu, maka dindingnya akan terkena ia.”

 

Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai gabenor di Al-Madain yang terletak berdekatan

Baghdad. Salman mendapat gaji sebanyak lima ribu dirham. Semua wang tersebut

disedekahkannya kepada fakir miskin. Beliau menyara hidup dengan bekerja sendiri. Bila

beberapa orang datang ke Madain dan melihat beliau bekerja di sebuah kebun kurma, mereka

berkata:

 

“Tuan adalah amir di sini dan rezeki tuan sudah dijamin, tetapi tuan masih melakukan pekerjaan

ini!”

 

“Aku suka memakan hasil dari kerjaku sendiri,” jawabnya.

 

Diriwayatkan bahawa suatu ketika beliau pernah menziarahi Abu Darda’, yang dipersaudarakan

oleh Nabi dengannya ketika sampai di Madinah. Beliau dapati isteri Abu Darda’ berada dalam

keadaan tidak terurus lalu beliau pun bertanya:

 

“Mengapa dengan engkau ini?”

 

“Saudaramu tidak lagi menghiraukan dunia ini,” jawabnya.

 

Bila Abu Darda’ datang, dia menyambut kedatangan Salman dan menjamunya makanan.

Salman menyuruhnya makan tetapi Abu Darda’ berkata:

 

“Aku sedang berpuasa.”

 

“Aku bersumpah tidak akan makan kecuali engkau juga memakannya.”

 

Salman bermalam di rumah Abu Darda’. Pada waktu malam, Abu Darda’ bangun tetapi Salman

memegangnya lalu berkata:

 

“Hai Abu Darda’! Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu. Keluargamu mempunyai hak ke atasmu

dan dirimu juga mempunyai hak ke atasmu. Maka berikanlah hak kepada masing-masingnya.”

 

Page 3: Salman

Pada waktu subuh, mereka solat berjamaah. Kemudian, mereka keluar menemui Rasulullah

SAW dan menceritakan kisah yang telah berlaku. Rasulullah SAW menyokong perbuatan

Salman itu.

 

Ustaz Fauzi menceritakan kisah sahabat Nabi s.a.w., Salman Al Farisi

 

Sebagai seorang yang terpelajar, Salman terkenal kerana ilmunya yang luas dan hikmah

kebijaksanaannya. Ali berkata mengenainya bahawa beliau seperti Luqman Al-Hakim.

 

Kaab Al-Akhbar berkata:

 

“Salman dipenuhi dengan ilmu dan kebijaksanaan – seperti lautan yang tidak pernah kering

airnya.”

 

Menurut riwayat yang sahih, beliau meninggal dunia pada tahun 35 Hijrah, di zaman Khalifah

Uthman bin Affan, di Madain. Beliau meninggalkan tiga orang anak perempuan, yang seorang

tinggal di Asfahan, manakala dua orang lagi tinggal di Mesir.

 

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW pernah

berkumpul dengan para sahabat baginda termasuk Salman Al-Farizi. Sambil memegang bahu

Salman, Rasulullah SAW bersabda:

 

“Jika iman itu tergantung di bintang Suraya di langit, pasti akan dicapai oleh seorang lelaki dari

bangsa Farsi ini.”Nabi SAW juga menegaskan bahwa Salman Al Farisi termasuk

keluarganya(Ahlulbait).