salamerdeka - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...dari ahli lembaga pusat perancangan bandar dan desa negeri...

20
Keluaran Bil:2/2014 Percuma SALAM M ERDEKA Mesyuarat PELAKSANAAN AKTA Ms 5 Sambutan Hari KEMERDEKAAN ke 57 Lawatan KERJA Ahli Lembaga Pusat Perancangan Ms 6 Taklimat Prosedur KEBENARAN MERANCANG & Taklimat LEMBAGA RAYUAN Bandar & Desa Negeri Sabah Ms 13 MENARIK Ms 9 DI DALAM : Lawatan AKADEMIK UTM, Johor Ms 18

Upload: doandieu

Post on 04-Apr-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

Keluaran Bil:2/2014

Percuma

SALAM M ERDEKA

Mesyuarat PELAKSANAAN AKTA Ms 5

Sambutan Hari KEMERDEKAAN ke 57

Lawatan KERJA Ahli Lembaga Pusat Perancangan

Ms 6

Taklimat Prosedur KEBENARAN MERANCANG & Taklimat LEMBAGA RAYUAN

Bandar & Desa Negeri Sabah Ms 13

MENARIK

Ms 9

DI DALAM :

Lawatan AKADEMIK UTM, Johor Ms 18

Page 2: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

Suryati Binti Mkod Anuar

Ketua Penolong Pengarah

Ketua Editor Pn. Rafidah Binti Hj. Jaapar

Penasihat

Pengarah En. Abdul Jamil Bin Arshad

Pereka Grafik

En. Zaruddin Bin Samian En. Mohd. Zulfadhli Bin Abd. Wahid Pn. Nur Sharina Binti Hamdan

Fotografi

I S I K A N D U N G A N Perutusan Tuan Pengarah En. Abdul Jamil Bin Arshad 03

Sambutan Hari Raya AidilFitri Lebaran Penuh Kesederhanaan 04

Mesyuarat Pelaksanaan Akta Bil 2/2014 05

Program Taklimat Lembaga Rayuan & Prosedur Kebenaran Merancang

06

..Garispanduan Perancangan Taman Tema 08

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 Disini Lahirnya Sebuah Cinta 09

Sambutan Hari Inovasi Penyertaan Sambutan Hari Inovasi 2014 10

15

16

sidang redaksi

Pn. Analiza Binti Hj. Adam

En. Haris Bin Arifin Pn. Hjh. Norisah Binti Ahmad

Editor

Penerbitan

j p b d n e g e r i m e l a k a

11 Garispanduan Perancangan Taman Atas Bumbung

12 ..Garispanduan Perancangan Taman Atas Bumbung

JPBD Semenanjung Malaysia

13 Lawatan Kerja Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah

17

18

19

Garispanduan Perancangan Taman Tema 07

Seminar Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa Ke II 14

Dokumen MS ISO 9001:2008 Bengkel Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti

Lawatan Kerja LADA, Langkawi, Kedah.

Lawatan Akademik Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Julai – Disember 2014

Perhimpunan Bulanan Jabatan Januari – Disember 2014

Page 3: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

Buletin bilangan 2/2014 ini mengandungi aktiviti yang berlaku di JPBD Melaka sepanjang setengah tahun bermula bulan Julai 2014 hingga Disember tahun 2014. Sepanjang tempoh itu, JPBD Negeri Melaka telah melalui berbagai aktiviti diperingkat jabatan mahupun di peringkat Negeri

PERUTUSAN PENGARAH Jpbd Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataa'ala kerana buletin Perancangan bil 2 /2004 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka kini telah berjaya dikeluarkan kepada umum.

Oleh yang demikian buletin ini juga diharap akan menjadi rujukan utama kepada jabatan jabatan teknikal lain untuk mendapatkan maklumat perancangan. Disamping itu juga, Buletin JPBD Negeri Melaka ini jakan disiarkan dalam laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan semua lapisan dapat mengakses maklumat dan berita berkenaan aktiviti JPBD Negeri Melaka. Diharap buletin keluaran ini akan terus menjadi perantara antara jabatan dan juga kepada pelanggan luaran. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terimakasih kepada semua warga JPBD Negeri Melaka diatas kometmen dan kerjasama dalam menjalankan tugas disepanjang tahun 2014. Sekian ABDUL JAMIL BIN ARSHAD

Melaka telah melalui berbagai aktiviti diperingkat jabatan mahupun di peringkat Negeri Melaka. Antaranya ialah Sambutan Hari Kemerdekaan, Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di kalangan warga JPBD, sesi lawatan kerja ke Langkawi, dan lain-lain lagi. Disamping itu juga buletin ini memuatkan garispanduan yang telah diluluskan di mesyuarat JPN untuk digunapakai di Negeri Melaka serta berita-berita terkini Warga JPBD Negeri Melaka.

Page 4: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

“ selamat

dari kami warga

dengan ingatan tulus ikhlas

SALAM PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT SALAM AIDILFITRI 1 Syawal 1435h/2014

Page 5: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

Ahli Mesyuarat terdiri daripada Pegawai-Pegawai dari agensi teknikal, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)di Negeri Melaka dan Pegawai Undang-Undang Negeri Melaka.

Telah diadakan pada 19 Ogos 2014 bertempat di Ballroom Hotel Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka.

PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT

bil 2/2014

PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT MESYUARAT AKTA Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

172

Mesyuarat membincangkan perkara berkaitan Perlaksanaan Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Am) iaitu :- • Kadar Fi Kebenaran Merancang • Draf RT Hang Tuah Jaya 2025 • Penetapan Pengiraan Plot Ratio • Kaedah Perintah Pemeliharaan Pokok

Page 6: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

& TAKLIMAT LEMBAGA RAYUAN TAKLIMAT PROSEDUR KEBENARAN MERANCANG

PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT TAKLIMAT AKTA Prosedur Lembaga Rayuan

172 Prosedur Kebenaran Merancang

Telah diadakan pada 19 Ogos 2014, bertempat di Putri Resort, Ayer Keroh Melaka.

Panduan Perlaksanaan Akta 172 – Lembaga Rayuan dibentang oleh Bahagian Perundangan dan Kawal Selia, JPBD Semenanjung Malaysia

Prosedur Kebenaran Merancang Oleh Ketua Penolong Pengarah, JPBD Melaka

Ahli Mesyuarat terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)di Negeri Melaka dan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Melaka.

Page 7: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

DEFINISI

Taman Tema dalam konteks tempatan adalah

kawasan rekreasi komersil atau bukan

komersial yang menerapkan satu tema atau

gabungan beberapa tema dan bersifat kekal.

PERANCANGAN Garispanduan

TAMAN TEMA

Komponen Aktiviti Utama Pertimbangan Perancangan

Rekreasi Air Taman tema yang berasaskan sumber rekreasi air seperti tasik, laut, kolam air panas, marina, badan air buatan manusia yang menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi aktif.

• Dibenarkan di lokasi yang mempunyai badan air semulajadi atau buatan manusia seperti bekas lombong.

Hiburan Taman tema yang berasaskan sumber hiburan terkawal seperti aktiviti permainan untuk golongan kanak-kanak dan golongan dewasa.

• Dibenarkan dengan syarat tidak berpotensi menyebabkan kesesakan trafik yang ketara dan gangguan kepada aktiviti guna tanah berhampiran.

Kebudayaan/ Seni Taman tema yang berasaskan sumber kebudayaan dan seni yang mempamerkan ketulenan budaya dan kesenian bangsa tertentu yang boleh memberi pendedahan dan pendidikan kepada pengunjung.

• Dibenarkan di kawasan yang mempunyai sumber kebudayaan /kesenian dengan syarat tidak menyebabkan gangguan kepada aktiviti guna tanah sekitar.

Safari Taman tema yang berasaskan sumber hidupan liar di mana pengunjung boleh merasai pengalaman berada di dalam zon kawasan hidupan liar dalam keadaan terkawal dilengkapi dengan langkah keselamatan.

Dibenarkan dengan syarat tidak menyebabkan gangguan kepada guna tanah sekitar.

Cabaran/ Adventure Taman tema yang berasaskan sumber cabaran lasak / ‘adventure’ / ‘extreme

park’ dan sebagainya.

• Dibenarkan dengan syarat tidak menyebabkan gangguan kepada guna tanah sekitar.

Under Water Taman tema yang berasaskan sumber ‘under water’ yang boleh memberi pendidikan, pendedahan dan kesedaran terhadap hidupan dan ekologi dalam air.

• Dibenarkan dibina di dalam bangunan dan luar bangunan.

JENIS TAMAN TEMA

Taman tema boleh dibangunkan berdasarkan jenis-jenis berikut:

i. Taman tema individu/sesebuah(hanya satu tema

sahaja, contoh: rekreasi air);

ii. Taman tema dalam kompleks perniagaan(satu tema

atau lebih, contoh: hiburan dan pendidikan);

iii. Taman tema bersepadu(gabungan 2 tema atau lebih,

contoh: rekreasi air, adventure); dan

iv. Taman tema replika(mempunyai konsep dan reka bentuk yang sama di pelbagai lokasi).

Keluasan mestilah bersesuaian

dengan tema yang hendak

dibangunkan dengan syarat

yang dicadangkan tidak

beroperasi menyebabkan

gangguan kepada gunatanah sekitar.

KELUASAN TAMAN

TEMA

ZON

PERANCANGAN

KAWALAN

KEPADATAN

Pembangunan taman tema

dibenarkan dalam zon

pelancongan, rekreasi dan

perniagaan.

Pembinaan/bangunan (built up

area) hendaklah tidak melebihi

40% dari keseluruhan kawasan

pembangunan.

KEMUDAHAN SOKONGAN

Perletakan kemudahan

sokongan seperti tempat

duduk, tandas dan tong

sampah perlu disediakan

dengan secukupnya di

tempat yang sesuai

dalam jarak mudah

sampai dengan berjalan

kaki.

Rangkaian laluan pejalan kaki

perlu menyeluruh dan mudah

sampai ke komponen-

komponen taman tema. Reka

bentuk perlu menarik, mesra

pengguna dan mempunyai ciri

keselamatan yang tinggi.

LALUAN PEJALAN

KAKI

Reka bentuk

kemudahan

sokongan perlu

menepati reka

bentuk Universal

Design.

Page 8: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

Perlu mengambil kira

faktor seperti cuaca

dan orientasi matahari

bagi mewujudkan

suasana selesa

kepada pengunjung.

Mematuhi prosedur

dan garispanduan

penanaman pokok

seperti dalam Garis

Panduan Landskap

Negara, 2008.

LANSKAP

PAPAN TANDA

Kemudahan utiliti seperti air,

telekomunikasi, elektrik dan

perparitan hendaklah

disediakan sewajarnya.

INFRASTUKTUR DAN

UTILITI

Bahan binaan perlu

mempunyai ciri

keselamatan dan

mesra pengguna.

Pemilihan spesis pokok

perlu bersesuaian

dengan fungsi sama

ada estetik, teduhan

atau penampan.

Pokok perlu

diselenggara dengan

baik bagi menjamin

keselamatan

pengguna.

Reka bentuk elemen

landkap kejur perlu

sesuai bagi menyerlah identiti taman tema.

Perletakan papan

tanda perlu

menggunakan warna

yang menarik, jelas

dan diletakkan di

kawasan strategik yang

mudah dilihat.

Laluan kecemasan perlu

disediakan sebagai langkah

berhati-hati sekiranya berlaku

kecemasan (cth: kebakaran,

bencana semulajadi seperti

banjir, kejadian ribut dan tanah

runtuh).

LALUAN

KECEMASAN

PEMBANGUNAN TAMAN TEMA DI BUKIT TINGGI

Tinggi

Cerun

(H)

100m Jarak Zon

Penampan = 2H

(200m)

• Menyediakan anjakan 1H : 2H jarak dari lereng

bukit ke kawasan pembangunan.

PEMBANGUNAN TAMAN TEMA DI KAWASAN PANTAI

PEMBANGUNAN TAMAN TEMA DI KAWASAN SUNGAI

PEMBANGUNAN TAMAN TEMA DI KAWASAN BEKAS

LOMBONG

Pembangunan taman tema di kawasan perlu

mematuhi garispanduan pembangunan di

kawasan pantai syarat seperti :-

• Bangunan kekal tidak dibenarkan dalam

lingkungan 20 meter atau 66 kaki dari MHWL

(Mean High Water Level).

• Menyediakan laluan awam selebar 6 meter

(20’)

Pembangunan taman tema di kawasan sungai atau

parit perlu mematuhi garispanduan Pembangunan di

Kawasan Sungai, JPS dengan syarat –syarat berikut :-

• Tidak dibenarkan pemajuan kekal di dalam

kawasan rizab sungai kecuali taman lanskap.

• Anjakan minimum bangunan kekal ialah 20 meter

(66 kaki).

• Pembinaan bangunan mesti menghadap sungai.

Pembangunan taman tema di kawasan bekas

lombong tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan

Teknikal berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan

Saliran dan Jabatan Mineral dan Geosains.

PIAWAIAN PEMBANGUNAN TAMAN TEMA

Aspek Piawaian

Sistem

Lalulintas

dan

Jalanraya

i. Jalan masuk utama ke kawasan taman tema

perlulah dibangunkan dalam bentuk dua hala

dengan kelebaran rizab jalan adalah 40 meter

atau 132 kaki (2 rantai).

ii. Jalan masuk perlu dilengkapi dengan

pembahagi jalan serta laluan pejalan kaki di

kedua-dua belah jalan.

Penyediaan

Tempat

Beribadat

Setiap pembangunan taman tema perlu

menyediakan kawasan beribadat bagi

pengunjung Islam samada dalam bentuk surau

/ bilik solat dengan keluasan yang bersesuaian

dengan keluasan projek dan bilangan

pengunjung.

Penyediaan

Tempat

Letak

Kenderaan

Penyediaan tempat letak kenderaan hendaklah

mengikut piawaian perancangan semasa.

Penyediaan

Zon

Penampan

(Buffer Zone)

Setiap pembangunan taman tema perlu

menyediakan zon penampan berlandskap

pada kelebaran 10 meter atau 33 kaki (1/2

rantai) di semua bahagian sempadan kawasan

pembangunan.

Perlu mengikut syarat-

syarat yang digariskan

dalam GP Papan Iklan

luar, JPBD 2009.

Page 9: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

MERDEKA PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT MERDEKA 57 Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

TAHUN

Sebanyak 9,468 peserta daripada 196 kontinjen membabitkan agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan pelajar sekolah serta institusi pengajian tinggi menyertai perbarisan sejauh empat kilometer.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan barisan Exco kerajaan negeri.

diadakan di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka dimana tempat Pengisytiharaan tarikh Kemerdekaan Oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Page 10: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

PROGRAM PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT SAMBUTAN HARI Anjuran JPBD Semenanjung Malaysia

INOVASI

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Sememanjung Malaysia telah mengadakan Sambutan Hari Inovasi pada 18 September 2014 bertempat di Dewan Besar, IKIM, Kuala Lumpur. JPBD Melaka telah menyertai pertandingan tersebut antaranya adalah :- • Pertandingan Video Pendek - JUARA • Pertandingan Pidato – Sijil dan hadiah

penyertaan

Page 11: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

GARISPANDUAN PERANCANGAN TAMAN ATAS BUMBUNG

DEFINISI

“Taman yang terletak di atas bumbung

termasuk di bawah, di aras atau di tingkat

tengah (intermediate floor level) dan podium

deck sesebuah bangunan”.

2 KATEGORI TAMAN ATAS BUMBUNG

Taman Atas Bumbung Ekstensif

• Mempunyai beban taman yang ringan;

• Kos pembinaan yang murah; dan • Penyelenggaraan yang minimum.

Taman Atas Bumbung Intensif

• Bercirikan beban taman yang berat;

• Kos pembinaan yang tinggi; dan • Penyelenggaraan yang kerap

1. Keselamatan

• Reka bentuk dan kemudahan yang selamat untuk semua

golongan termasuk OKU, kanak-kanak dan warga emas.

2. Keindahan dan keselesaan

• Keadaan bersih, indah dan teratur.

3. Penjimatan dan kecekapan

• Penggunaan sumber jaya yang optimum.

• Taman Atas Bumbung tidak tertakluk kepada

dasar perancangan penyediaan 10% tanah

lapang dan rekreasi. Ia merupakan tambahan

dari jumlah keperluan tanah lapang (di atas

tanah);

• Perlu mematuhi kehendak Undang-undang Kecil

Bangunan Seragam 1984 dan syarat-syarat PBT;

• Permohonan Kebenaran Merancang (KM) perlu

mengandungi maklumat bangunan seperti reka

bentuk struktur dan kebenaran akses ke taman

atas bumbung; dan

• Perlu menerapkan elemen Green Building Index

(GBI) bagi menyokong Dasar Teknologi Hijau

Negara dan Pembangunan Hijau.

Keadaan Bumbung Bangunan

Kos dan masa yang efektif untuk membina taman atas bumbung pada bumbung bangunan baru.

Kapasiti Struktur Bumbung

Analisis keupayaan struktur bumbung oleh jurutera bangunan, arkitek dan arkitek landskap.

Akses Ke Bumbung

• Akses untuk pembinaan dan penyelenggaraan taman atas bumbung.

• Kemudahsampaian penduduk. • Laluan kecemasan.

Berat Beban Taman

• Analisis oleh jurutera bangunan, arkitek dan arkitek landskap professional berdaftar.

• Ambilkira sistem penyimpanan air, growing medium, jenis tumbuhan, jenis bekas tanaman, kelengkapan/peralatan pengudaraan dan pencahayaan.

• Carrying capacity taman atas bumbung.

Kos

Ambil kira struktur bumbung, sistem pengairan, bahan binaan, pengangkutan, penyelenggaraan, khidmat professional dll.

I. PERANCANGAN

KOMPONEN YANG DIBENARKAN TAMAN

ATAS BUMBUNG

• Gelanggang permainan ‘indoor’ • Bilik persalinan • Sauna • Tandas • Air pancut/terjun • Kolam renang • Lampu hiasan • Laluan pejalan kaki/laluan refleksologi • Pasu bunga • Bangku/meja • Barbeque grill • Pokok renek/menjalar/rumput • Tong sampah • Rock-garden • Bollard • Papan tanda • Wakaf/gazebo • Peralatan permainan (buai, gelongsor, jongkang-jongkit) • Plot tanah untuk bercucuk tanam • Lain–lain komponen yang bersesuaian, mematuhi kehendak

undang-undang dan mendapat kelulusan PBT

3 ASPEK UTAMA TAMAN ATAS BUMBUNG

KOMPONEN ASAS LAPISAN TAMAN ATAS BUMBUNG

1 – Dek Bumbung, penebat,

kalis air

2 – Lapisan penyimpanan

& perlindungan

3 – Sistem pengaliran

4 – Lapisan perintang akar

5 – Medium untuk tanaman

6 – Tumbuh-tumbuhan

PRINSIP PERANCANGAN

Page 12: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

Tujuan/Fun

gsi Taman

Reka bentuk bergantung kepada tujuan dan

fungsi taman.

Orientasi Bersesuaian dengan orientasi sinaran

matahari.

Sistem Pengairan

Reka bentuk menggalakkan rain water

harvesting system.

• Dilakukan oleh tukang paip atau

kontraktor profesional

Sistem

Perparitan

Untuk penyaluran lebihan air hujan.

• Komponen seperti longkang atau parit,

downspouts, discharge outlets dll.

Jenis

Tanaman

Pemilihan jenis tanam bergantung kepada

ketinggian bangunan, ketebalan growing

medium.

• Jenis tanaman mempengaruhi kekerapan

dan kos penyelenggaraan.

• Taman Atas Bumbung Ekstensif - rumput,

lumut, kaktus, tumbuh-tumbuhanlain yang

mampu tumbuh di kawasan kering atau

kurang air.

• Taman Atas Bumbung Intensif – pokok

renek, palma, paku-pakis, buluh, herba,

bunga dll.

Bahan

Kemasan

Lantai

Tidak licin, tahan lasak dan tahan lama,

mudah diselenggara.

CCTV Perlu disediakan untuk keselamatan.

Landskap Jenis tanaman yang bersesuaian .

Tidak berduri, tidak beracun.

Peralatan Permainan

Selamat, bebas dari permukaan tajam, kukuh,

daya tahan yang tinggi.

‘Fire-Break’

Perlu disediakan:

• Bahan yang tidak mudah terbakar.

• Penanaman fire retardant plant.

• Sistem percikan api.

• Perakuan oleh Jabatan Bomba dan

Penyelamat Malaysia.

Sistem

Penebat

• Penggunaan lantai dua lapis (double

slab).

II. REKABENTUK

III. PENYELENGGARAAN

• Bangunan bukan kegunaan awam perlu diselenggara oleh

pemaju atau pemilik bangunan.

• Management Corporation – memastikan penyelenggaraan

mencapai piawai yang ditetapkan (to a set standard).

• Memastikan kesinambungan penyelenggaraan,

digalakkan yuran atau kos penyelenggaraan untuk tempoh

3 – 5 tahun dikira bersekali dengan kos pembinaan.

• Pemasangan sistem pengesan kebocoran elektronik.

• Waterproofing membrane perlu diganti selepas tempoh 30-50 tahun.

AKTIVITI REKREASI TAMAN ATAS BUMBUNG

• Jogging

• Tinju

• Boling padang

• Silat

• Yoga

• Senamrobik

• Bersenam

• Indoor game

• Carrom

• Dart

• Catur

• Congkak

• Mahjong

• Table football

• Scrabble

• Ping pong

• Badminton

• Sepak takraw

• Aktiviti rekreasi dan sukan pasif lain yang

bersesuaian serta dibenarkan oleh pihak

pengurusan taman atas bumbung .

• Layang-layang

• Bola sepak

• Hoki

• Squash

• Berbasikal

• Bola jaring • Kriket

AKTIVITI REKREASI DAN SUKAN YANG SESUAI

AKTIVITI REKREASI DAN SUKAN YANG TIDAK SESUAI

Page 13: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

LAWATAN

JPBD Melaka telah menerima lawatan kerja dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah pada 20 Ogos 2014. Lawatan ini melibatkan 21 orang pegawai dari berbagai agensi yang menjadi Ahli Lembaga tersebut.

PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT LAWATAN KERJA

Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah

Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Rafidah Binti Hj. Jaapar bertajuk:-

Amalan Perancangan Terbaik Yang Dilaksanakan Di Negeri

Melaka–Isu dan Masalah Pelaksanaan dan

Penerimapakaian Garispanduan / Piagam Perancang.

Page 14: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

SEMINAR PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT SEMINAR MELAKA Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II

MAJU

Seminar Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II telah diadakan pada 8-9 September 2014 . Seminar ini telah dirasmikan oleh YB. Sazali Bin Muhd Din @ Muhamad Din – Timbalan Exco Perumahan, Kajian Tempatan & Alam Sekitar.

Seminar ini melibatkan 18 agensi teknikal di Negeri Melaka. Antara Objektif Seminar adalah :

• Membentangkan Pelaksanaan Pelan Tindakan 36 Indikator

• IAPG Perancangan Spatial Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II

Page 15: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

Bengkel Penambahbaikan MS ISO

9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti

DOKUMEN

JPBD Melaka melaksanakn Sistem Pengurusan Kualiti meliputi : 1. Pengendalian Mesyuarat

Jawatankuasa Perancnag Negeri 2. Penyediaan Pelan Projek Khas 3. Pemberian Khidmat Nasihat dan

Ulasan Bagi Permohonan Perancangan Bandar dan Desa

4. Pewartaan Rancangan Pemajuan 5. Penguruskan Permohonan Maklumat

Asas Perancangan

Bengkel Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 telah diadakan pada 23-25 Jun 2014 bertempat di ‘The Guest Hotel & SPA, Port Dickson, Negeri Sembilan. Tujuan bengkel ini diadakan bagi penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO) 9001:2008 JPBD Melaka.

Page 16: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT LAWATAN KERJA LADA, Langkawi.

JPBD Melaka telah mengadakan lawatan kerja ke LADA Langkawi bagi mendengar Taklimat Pembangunan dan Lawatan Tapak pada 21-24 November 2014 . Taklimat dan lawatan ini telah disertai oleh 21 orang kakitangan JPBD Melaka.

Aturcara Program : • Lawatan Pembangunan Tanah Tingi/ bukit

Guning Mat Cincang • Taklimat Pembangunan Langkawi oleh LADA • Lawatan Pengurusan Tapak Warisan Dunia

KILIM Geopark dan Pembangunan Pulau • Lawatan Pembangunan Warisan Sejarah

Langkawi

Page 17: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT LAWATAN AKADEMIK Universiti Teknologi Malaysia (UTM,) Skudai, Johor

Tajuk Taklimat : PEMBANGUNAN NEGERI

MELAKA Dibentangkan Oleh : En. Haris Bin Arifin

Program Lawatan Akademik Pelajar Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) Skudai, Johor

9 Oktober 2014

Page 18: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT MESYUARAT JAWATANKUASA Bil 3/2014 & Bil 4/2014

PERANCANG NEGERI

KERTAS KERJA BARU GARISPANDUAN PERANCANGAN TAMAN ATAS BUMBUNG ASAS RUJUKAN – KAJIAN SEMULA RANCANGAN STRUKTUR NEGERI

MJPN bil 3/2014 2 September 2014 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PEMAKLUMAN

PELAPORAN GUNATANAH SEMASA NEGERI MELAKA 2013 STATUS PEWARTAAN KAWASAN LAPANG DI NEGERI MELAKA APRIL- JULAI 2014 PEMAKLUMAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH SEKSYEN 201 BAGI APRIL-JULAI 2014

MJPN bil 3/2014 2 September

2014

KERTAS KERJA BARU GARISPANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF GARISPANDUAN PEMBINAAN LORONG BELAKANG DI DALAM PROJEK PERUMAHAN GARISPANDUAN ‘STANDARD PLANNING GUIDELINES FOR PRIMA HOUSING DEVELOPMENT’ PELAKSANAAN ‘MODERN PIG FARMING’ PERSETUJUAN DAN KELULUSAN SYOR JAWATANKUASA SIASATAN TEMPATAN DAN PENDENGARAN

BAGI DRAF RT DAERAH MELAKA TENGAH 2015 PENGUBAHAN, DRAF RT DAERAH ALOR GAJAH 2020 PENGUBAHAN DAN DRAF RT DAERAH JASIN 2020 PENGUBAHAN.

LAPORAN PUBLISITI DRAF RKK KUALA LINGGI LAPORAN PUBLISITI DRAF RKK MELAKA WORLD SOLAR VALLEY PERMOHONAN UNTUK MEMINDA KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KALI KE 71

BAGI CADANGAN KONSEP BERPAGAR DAN LALUAN KELUAR MASUK BERKAWAL BAGI PEMBANGUNAN CONTRY VILLA RESORT, JALAN GAPAM, MUKIM AYER PANAS, DAERAH JASIN, MELAKA.

PERMOHONAN UNTUK PENUKARAN ZON KEGUNAAN TANAH DAN MENAMBAH NISBAH PLOT DALAM RT HANG TUAH JAYA.

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI PENYERAHAN PEMBERIMILIKAN SEMULA DI BAWAH SEKSYEN 197 DAN 76 KANUN TANAH NEGARA DARIPADA BANGUNAN (KEDIAMAN DAN PERNIAGAAN) DAN TANAH KERAJAAN KEPADA BANGUNAN (KEDIAMAN DAN PERNIAGAAN) DI ATAS LOT 1719-1771,1772,1774,1775,1777,1779 DAN TANAH KERAJAAN MUKIM PERINGGIT, DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PEMAKLUMAN PELAPORAN PENCAPAIAN MURNUnet TAHUN 2013 STATUS PEWARTAAN KAWASAN LAPANG DI NEGERI MELAKA JULAI HINGGA OKTOBER 2014 PELAPORAN PROJEK ‘BROWNFIELD’ PEMAKLUMAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH SEKSYEN 201 BAGI JULAI-OKTOBER 2014

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) BIL

(LOT)

% LUAS

(HEKTAR)

%

TELAH DIWARTAKAN

i. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

ii. Majlis Perbandaran Alor Gajah

iii. Majlis Perbandaran Jasin

iv. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Jumlah

294

126

56

133

609

46.89

20.10

8.93

21.21

97.13

135.98

52.31

28.36

155.03

371.68

35.64

13.71

7.43

40.63

97.41

DALAM PROSES PEWARTAAN

i. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

ii. Majlis Perbandaran Alor Gajah

iii. Majlis Perbandaran Jasin

iv. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Jumlah

5

4

3

6

18

0.80

0.64

0.48

0.95

2.87

1.79

1.12

1.01

5.96

9.88

0.47

0.29

0.26

1.57

2.59

JUMLAH KESELURUHAN 625 100.00% 381.56 100.00 %

BELUM DI POHON PEWARTAAN (PBT)

i. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

ii. Majlis Perbandaran Alor Gajah

iii. Majlis Perbandaran Jasin

iv. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Jumlah

23

-

2

14

39

58.97

-

5.12

35.89

100 %

9.98

-

3.60

6.11

19.69

50.68

-

18.28

31.03

100 %

Sehingga Oktober 2014 jumlah kawasan lapang yang telah diwartakan diseluruh Negeri Melaka adalah seluas 371.68 hektar meliputi 609 lot.

PEWARTAAN KAWASAN LAPANG

Page 19: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

PELAKSANAAN AKTA 172 MESYUARAT PERHIMPUNAN BULANAN Aktiviti dan Program Sepanjang Tahun 2014

JABATAN

Bil Anjuran Unit

1/2014 Kawalan Perancangan

2/2014 Projek Khas

3/2014 Rancangan Pemajuna

4/2014 Korporat & Keurusetiaan

5/2014 UMGN

6/2014 Pentadbiran & Kewangan

7/2014 Kawalan Perancangan

8/2014 Projek Khas

9/2014 Rancangan Pemajuan

10/2014 Korporat & Keurusetiaan

11/2014 UMGN

12/2014 Pentadbiran dan Kewangan

Page 20: SALAMERDEKA - jpbdmelaka.gov.my jul-dis...Dari Ahli Lembaga Pusat Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah 17 18 19 Garispanduan Perancangan ... laman sesawan JPBD Melaka untuk membolehkan

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Melaka

Aras 5, Wisma Negeri, Bandar MITC , Hang Tuah Jaya,

75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel : 06-3333333 Faks : 06-2323443 http://www.jpbdmelaka.gov.my