s-w5.mpsp.gov.mys-w5.mpsp.gov.my/.../panduan_soalan_kepada_calon_w17.docx · web viewdi dalam...

5
PANDUAN PEPERIKSAAN KELAYAKAN BAGI MEMASUKI PERKHIDMATAN JAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI 1. Calon-calon perlu menjawab 50 soalan objektif 2. Masa yang diperuntukkan adalah 30 minit 3. Hitamkan pilihan jawapan dengan PEN di dalam kertas jawapan yang disediakan. 4. Calon-calon perlu mengisi nombor kad pengenalan dan jawatan yang dipohon dengan jelas di kertas jawapan yang disediakan. 5. Pastikan buku soalan dan kertas jawapan anda diserahkan kepada Ketua Pengawas / Pengawas peperiksaan sebelum meninggalkan dewan peperiksaan. 6. Sila gunakan kertas yang disediakan jika perlu membuat pengiraan. Sebarang pengiraan atau contengan di dalam buku soalan adalah dilarang. 7. Penggunaan alat pengiraan sama ada manual atau elektronik adalah tidak dibenarkan. Sila matikan atau silent mood telefon bimbit. 8. Setiap calon DILARANG sama sekali meniru atau berbincang semasa peperiksaan dijalankan 9. Anda boleh diarahkan meninggalkan dewan peperiksaan dengan serta merta jika didapati gagal mematuhi peraturan yang dinyatakan. 10. Anda tidak dibenarkan meninggalkan dewan peperiksaan 5 minit selepas peperiksaan bermula dan 5 minit sebelum peperiksaan tamat.

Upload: dotu

Post on 16-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: s-w5.mpsp.gov.mys-w5.mpsp.gov.my/.../Panduan_soalan_kepada_calon_W17.docx · Web viewdi dalam kertas jawapan yang disediakan. Calon-calon perlu mengisi nombor kad pengenalan dan jawatan

PANDUAN PEPERIKSAAN KELAYAKAN BAGI MEMASUKI PERKHIDMATAN JAWATAN

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

1. Calon-calon perlu menjawab 50 soalan objektif

2. Masa yang diperuntukkan adalah 30 minit

3. Hitamkan pilihan jawapan dengan PEN di dalam kertas jawapan yang disediakan.

4. Calon-calon perlu mengisi nombor kad pengenalan dan jawatan yang dipohon dengan jelas di kertas jawapan yang disediakan.

5. Pastikan buku soalan dan kertas jawapan anda diserahkan kepada Ketua Pengawas / Pengawas peperiksaan sebelum meninggalkan dewan peperiksaan.

6. Sila gunakan kertas yang disediakan jika perlu membuat pengiraan. Sebarang pengiraan atau contengan di dalam buku soalan adalah dilarang.

7. Penggunaan alat pengiraan sama ada manual atau elektronik adalah tidak dibenarkan. Sila matikan atau silent mood telefon bimbit.

8. Setiap calon DILARANG sama sekali meniru atau berbincang semasa peperiksaan dijalankan

9. Anda boleh diarahkan meninggalkan dewan peperiksaan dengan serta merta jika didapati gagal mematuhi peraturan yang dinyatakan.

10. Anda tidak dibenarkan meninggalkan dewan peperiksaan 5 minit selepas peperiksaan bermula dan 5 minit sebelum peperiksaan tamat.

11. Peperiksaan ini akan menguji pengetahuan calon-calon mengenai Pengetahuan Am, Pengetahuan Berkaitan Bidang Kerja, Dasar-Dasar Kerajaan, I.Q serta Sikap.

12. Calon-calon dikehendaki berpakaian pejabat ketika menghadiri peperiksaan ini.

Calon-calon tidak boleh meminda dan menunda tarikh serta masa peperiksaan

Page 2: s-w5.mpsp.gov.mys-w5.mpsp.gov.my/.../Panduan_soalan_kepada_calon_W17.docx · Web viewdi dalam kertas jawapan yang disediakan. Calon-calon perlu mengisi nombor kad pengenalan dan jawatan

CONTOH-CONTOH SOALAN

Tahap pengetahuan dan kesukaran soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut skim dan gred perjawatan yang dipohon oleh calon.

Pengetahuan Berkaitan Bidang Kerja

1. Berikut adalah alatan pengukuran yang paling sesuai digunakan semasa lawatperiksa bagi mengukur keluasan bangunan:-

A. Pita UkurB. Rantai MetrikC. Pancang JajarD. Pembaris Berskala

Dasar-Dasar Kerajaan

2. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berteraskan kepada Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 yang menumpukan aspek-aspek berkaitan perpaduan negara. Sila pilih penyataan yang PALING TEPAT menggambarkan Dasar Pelajaran Kebangsaan

A. Sekolah-sekolah vernakular terpisah antara satu sama lain mengikut kedudukan geografi dan taburan penduduk.

B. Mewujudkan sistem pendidikan yang bersifat demokrasi dari segi peluang dan kualiti menerusi pengagihan peruntukan yang adil serta kurikulum dan peperiksaan yang sama kandungannya.

C. Menumpukan kepada pendidikan agama yang lebih teratur seperti Sekolah Pondok.

D. Menggalakkan guru-guru yang mengajar di sekolah Cina dibawa masuk dari China dan guru-guru tempatan turut dilatih mengikut sistem dari negara China.

Pengetahuan Am

3. Rukun Negara mempunyai lima prinsip utama. Apakah prinsip Rukun Negara yang ke-empat?

A. Kesopanan dan KesusilaanB. Kedaulatan Undang-undangC. Kesetiaan kepada Raja dan NegaraD. Keluhuran Perlembagaan

Page 3: s-w5.mpsp.gov.mys-w5.mpsp.gov.my/.../Panduan_soalan_kepada_calon_W17.docx · Web viewdi dalam kertas jawapan yang disediakan. Calon-calon perlu mengisi nombor kad pengenalan dan jawatan

IQ

4. Untuk perjalanan dari tempat P ke tempat Q, kita boleh gunakan bas, bot atau kapal terbang. Sama-sama dengan perjalanan dari tempat Q ke tempat R. Berapakah cara yang kita boleh gunakan untuk perjalanan dari tempat P ke tempat R, melalui Q?

A. 3B. 5C. 6D. 9

Sikap

5. Dalam menyelesaikan masalah, kadangkala saya akan gunakan cara yang saya rasa sesuai

.A. Tidak setuju B. Setuju

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU PENILAIAN GRED W19

1. Menyediakan laporan penilaian untuk harta tanah-harta tanah perdagangan kampung, kediaman kampung dant anah pertanian di kawasan bertugas.

2. Membantu Penolong Pegawai Penilaian kawasan dalam lawat periksa dan penyediaan maklumat penilaian.

3. Bertugas mengikut giliran dalam Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai.

4. Membantu Penolong Pegawai Penilaian dalam pengumpulan data dan maklumat untuk laporan penilaian.

5. Membantu Penolong Pegawai Penilaian dalam pelaksanaan projek Penilaian Semula di kawasan jagaan.

6. Menjalankan tugas berpandu kepada Prosedur MS ISO 9001.

7. Menyediakan laporan hapuskira penilaian untuk harta tanah-harta tanah perdagangan kampung, kediaman kampung dan tanah pertanian di kawasan bertugas.

8. Memeriksa bangunan yang memohon pulangan balik hasil mengikut jadual untuk memastikan syarat-syarat Seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan ditunaikan.

9. Menjalankan banci sewaan untuk memperolehi bukti sewaan semua harta di kawasan jagaan.

10. Mengemaskini atau menyediakan salinan baru pelan struktur dan geolist.

Page 4: s-w5.mpsp.gov.mys-w5.mpsp.gov.my/.../Panduan_soalan_kepada_calon_W17.docx · Web viewdi dalam kertas jawapan yang disediakan. Calon-calon perlu mengisi nombor kad pengenalan dan jawatan

11. Memasukkan data dan penyediaan maklumat untuk projek PEGIS.

12. Membantu Penolong Pegawai Penilaian menyediakan maklumat dan penilaian harta-harta Sumbangan Membantu Kadar di dalam kawasan bertugas.

13. Menyelesaikan pertanyaan di kaunter untuk kawasan jagaan.

14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Pegawai Atasan dari semasa ke semasa.