s e s i jun 2 0 2 0 · 6. borang hep 6 : aku janji pelajar segala dokumen asal perlu dibawa bersama...

22
S E S I JUN 2 0 2 0 Ver 012020

Upload: others

Post on 23-Jul-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

S E S I JUN 2 0 2 0

Ver 012020

Page 2: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

ALUAN PENGARAH POLITEKNIK MERLIMAU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat untuk

menyambung pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka (PMM). Adalah diharapkan agar semua

pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan dalam program yang

dipilih seiring dengan misi Politeknik untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang

berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.

Saya amat berharap agar para pelajar baharu dapat menggunakan Buku Panduan Pendaftaran

Pelajar Baharu ini sebagai panduan supaya sesi pendaftaran sebagai warga PMM nanti dapat

berjalan dengan baik dan lancar. Akhir kata, saya dan seluruh warga PMM mengalu-alukan

kedatangan para pelajar baharu dan mengharapkan agar setiap pelajar menggunakan peluang

yang ada bagi mengukir kejayaan sebagai seorang insan yang cemerlang. Akhir kata SELAMAT

MAJU JAYA.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

En. Mohd Hatta Bin Zainal

Pengarah

Politeknik Merlimau, Melaka

Page 3: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

SELAMAT DATANG ke POLITEKNIK MERLIMAU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada semua siswa dan siswi Pelajar Baharu kerana berjaya mendapat

tempat pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka (PMM). Sehubungan dengan itu, anda

dikehendaki mendaftar diri sebagaimana yang dicetak pada Surat Pendaftaran Pelajar Baharu.

Sila fahami isi kandungan Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini dan melengkapkan semua

borang-borang pendaftaran yang disertakan. Akhir kata, kami mengalu-alukan kedatangan bakal

pelajar baru dan mengharapkan agar perjalanan bersama keluarga ke politeknik ini nanti berada

dalam keadaan selamat hendakNya.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Merlimau, Melaka

Tel : 06-263 6687 ( ext: 1183 / 1185 / 1186 )

HOTLINE : 011-56944427

Page 4: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

MAKLUMAT UMUM

Politeknik Merlimau (PMM) merupakan politeknik ke-14 yang ditubuhkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia. Ia terletak di daerah Jasin, 2 km dari pekan Merlimau, 24 km dari bandar

Melaka dan 19 km dari bandar Jasin. Politeknik mula beroperasi pada 17 November 2002 dan

telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002. PMM telah

beroperasi sepenuhnya dan menjadi salah satu nukleus yang penting kepada Merlimau.

VISI

Menjadi Institusi TVET Yang UNGGUL

MISI

1.Membangunkan graduan TVET yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang melalui pendidikan yang dinamik seiring dengan revolusi industri terkini.

2.Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

3.Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat, penyelidikan dan inovasi.

DASAR KUALITI

“Dasar kualiti Politeknik Merlimau Melaka (PMM) adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Pelancongan & Hospitaliti melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. PMM komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan”.

Semua Perkhidmatan Ini Akan Sentiasa Ditambah Baik Secara Berterusan Berasaskan Standard Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 & ISO 21001:2018.

MOTO Expertise For Excellence, X4X

Page 5: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

PERINGATAN

Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan

yang sewajarya agar proses pendaftaran anda dapat berjalan

dengan lancar dan memulakan pengajian anda di politeknik dengan

selesa. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara

tersebut di bawah tidak dipatuhi dan mengemukakan maklumat

palsu.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga berhak menarik balik

tawaran tempat pengajian di PMM sekiranya terdapat

percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat

yang telah anda berikan semasa memohon ke politeknik.

Page 6: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Pembayaran yuran perlu dibuat di Bank Islam Malaysia Berhad mengikut jumlah yang telah

ditetapkan oleh PMM. Pelajar yang mendapat tawaran asrama TIDAK DIBENARKAN membawa

kenderaan sendiri.

Semua dokumen berikut MESTILAH DITANDATANGANI pelajar, ibubapa/penjaga dan *saksi

1. Borang HEP 1 : Borang Maklumat Peribadi Pelajar

2. Borang HEP 2 : Laporan Pemeriksaan Doktor

(Pemeriksaan Perubatan dicop dan ditandatangani oleh Doktor Perubatan

Kerajaan/Swasta yang SAH. Pihak kami TIDAK menanggung sebarang kos

pemeriksaan tersebut. Filem X-Ray TIDAK PERLU disertakan)

3. Borang HEP 3 : Kebenaran IbuBapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan

4. Borang HEP 4 : Ikrar Pelajar dan Lepas

Tanggung

5. Borang HEP 5 : Akuan Pelajar

6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar

Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh

pelajar.

Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan

Profesional / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum

Page 7: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a. Semakan dokumen asal akan dilaksanakan pada hari pendaftaran. Anda MESTI membawa

dokumen asal seperti yang diminta oleh pihak PMM. Pendaftaran akan DITOLAK sekiranya

anda gagal menunjukkan dokumen-dokumen tersebut dan terdapat PERCANGGAHAN

maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa

memohon ke politeknik.

b. Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Panduan Pendaftaran ini sebelum

pendaftaran. (sila turunkan TANDATANGAN anda, ibu/bapa/penjaga dan saksi).

c. Bayaran Yuran Pengajian, Yuran Asrama dan Yuran Pendaftaran TELAH DIBAYAR di bank

menggunakan kaedah pembayaran seperti yang dinyatakan. Jumlah bayaran seperti yang

ternyata di dalam Jadual Kutipan PMM.

Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah

membawa bersama SURAT PENGESAHAN PENAJAAN (SURAT ASAL) semasa mendaftar.

Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar

semasa pendaftaran.

RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN

PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR LELAKI

Baju

Kemeja lengan panjang dan bertali leher.

Seluar

Seluar panjang ‘slack’ berwarna hitam – jeans dan denim tidak dibenarkan.

Tali pinggang berwarna hitam –corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan tidak dibenarkan.

Kasut

Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin.

Kasut berladam logam yang berbunyi bising adalah DILARANG.

Page 8: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

Rambut

Pendek, kemas dan tidak diwarnakan.

Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas

telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.

Perhiasan

Sebarang bentuk perhiasan DILARANG melainkan cincin yang tidak keterlaluan. Cincin emas dilarang.

PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR PEREMPUAN

Baju

Berbaju kurung / blouse labuh melepasi paras punggung. Bertudung dan melebihi paras bahu bagi yang beragama Islam. Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian

yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan manamana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan

Kasut

Berbaju kurung / blouse labuh melepasi paras punggung. Bertudung dan melebihi paras bahu bagi yang beragama Islam. Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian

yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan manamana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan

Rambut

Berbaju kurung / blouse labuh melepasi paras punggung. Bertudung dan melebihi paras bahu bagi yang beragama Islam. Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian

yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan manamana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan

Perhiasan

Tidak digalakkan memakai barang kemas. Perhiasan yang berlebihan adalah DILARANG.

Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan DILARANG.

Paras belakang tidak

melebihi paras kolar.

Paras tepi tidak melebihi

paras atas telinga.

Paras depan tidak

melebihi paras dahi

Page 9: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

KEMUDAHAN KAMSIS / PENGINAPAN

Kemudahan kamsis adalah terhad dan ditawarkan untuk satu semester sahaja.

Pelajar Kamsis hendaklah membawa dua (2) helai kain selimut, dua (2)

helai kain cadar single bed dan dua (2) sarung bantal 60cm x

40cm dan bantal sendiri. Peralatan elektrik yang dibenarkan di

kamsis: Komputer riba, pencetak, telefon bimbit dan

kalkulator. Pelajar Kamsis boleh membeli makanan dan

minuman di kafeteria. Dianggarkan RM10.00 hingga RM20.00 sehari

diperlukan untuk perbelanjaan makan.

Semester seterusnya, anda perlu mengatur sendiri penginapan anda jika tidak ditawarkan kamsis.

Terdapat rumah sewa di persekitaran politeknik dengan anggaran kadar sewa sekitar RM300 –

RM1,000. Jenis sewaan pula ialah sebuah rumah atau dikira mengikut kepala (kadarnya RM 80-

120/orang).

KEMUDAHAN DOBI

Kemudahan dobi ada terdapat di setiap aras yang berkonsepkan layan diri

dan hanya ditawarkan kepada pelajar yang menduduki kamsis sahaja.

Page 10: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

BANTUAN KEWANGAN

Maksud bantuan kewangan (peringkat diploma) adalah:-

i. Pinjaman Pengajian – perlu membayar balik

ii. Biasiswa Pengajian - tidak perlu bayar balik (tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian)

iii. Bantuan Khusus Pengajian – Tidak perlu bayar balik seperti contoh pelajar OKU, pelajar

miskin/fakir, MARA (ibu/bapa berkhidmat dengan MARA), orang asli dan sebagainya.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya

untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. Pelajar perlu

menampung sendiri segala perbelanjaan yang diperlukan sepanjang pengajian.

Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat

dan seterusnya (jika layak) memohon biasiswa/pinjaman dari

Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di

PMM. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke politeknik

untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh

memohon daripada Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan

Tabung Kebajikan Bekas Polis.

Sila buat salinan Surat Tawaran PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

untuk memohon pinjaman @ bantuan kewangan @ biasiswa.

A. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

KAEDAH PERMOHONAN PTPTN (SECARA ONLINE)

1. Pemohon hendaklah memohon pinjaman PTPTN secara online melalui laman web

pinjaman online di alamat: http://www.ptptn.gov.my/gateway/

2. Sebelum membuat permohonan secara online, pemohon perlu mendapatkan maklumat

terperinci di laman web http://www.ptptn.gov.my/gateway/

3. Pelajar-pelajar Politeknik Merlimau yang memohon dikehendaki untuk meletakkan

nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad dan membeli no pin permohonan PTPTN di

Bank Simpanan Nasional. Garis panduan permohonan online seperti di laman web

http://www.ptptn.gov.my/

4. Serahan borang secara berkelompok akan dimaklumkan oleh Jabatan Hal Ehwal Dan

Pembangunan Pelajar.

Page 11: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

B. Bantuan Kewangan (Kategori Fakir / Miskin)

Pelajar yang telah sedang mengikuti pengajian boleh memohon bantuan kewangan di agensi-

agensi yang menghulurkan khidmat bantuan kewangan seperti Lembaga Zakat Negeri /

Majlis Agama Islam Negeri. Pemohon boleh merujuk kepada agensi berkenaan mengikut

negeri tempat tinggal. Pemohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat oleh agensi yang

berkenaan.

C. Biasiswa

Pelajar boleh memohon biasiswa daripada agensi-agensi awam/swasta. Pemohon adalah

terdiri daripada mereka yang telah melepasi peperiksaan semester satu dalam tempoh

pengajian di Politeknik dan mendapat keputusan yang cemerlang (CGPA yang tinggi –

bergantung kepada syarat-syarat agensi yang menawarkan biasiswa)

Secara umumnya pinjaman dari mana-mana agensi Yayasan Negeri tidak

dikenakan caj faedah untuk bayaran balik, manakala PTPTN mengenakan caj

faedah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun

semua agensi yang menawarkan khidmat pinjaman tertakluk kepada syarat-

syarat perjanjian mengikut kepada sebarang perubahan semasa agensi

tersebut. Pemohon boleh menyemak dengan agensi yang berkaitan melalui

laman web / telefon terus dengan agensi tersebut

Page 12: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK MERLIMAU

Koordinat GPS : N 2°10'6" E 102°25'38"

WAZE : Politeknik Merlimau

Page 13: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

CARTA ALIR HARI PENDAFTARAN

Saringan Kesihatan

Page 14: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

TARIKH LAPOR DIRI

JABATAN TARIKH / MASA / TEMPAT

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

4 OGOS 2020 ( SELASA )

8.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI

KAMSIS

JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI

4 OGOS 2020 ( SELASA )

2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG

KAMSIS

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

5 OGOS 2020 ( RABU)

8.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI

KAMSIS

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

5 OGOS 2020 ( RABU)

2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG

KAMSIS

JABATAN PERDAGANGAN

6 OGOS 2020 ( KHAMIS )

8.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI

KAMSIS

Page 15: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

PEMBAYARAN YURAN

Semua bayaran perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. Calon yang tidak menjelaskan yuran TIDAK boleh mendaftar ke dalam sistem. Sekiranya pelajar bertukar tempat pengajian/ institusi atau berhenti Politeknik Merlimau yuran yang telah dibayar boleh dituntut melalui saluran seperti dalam jadual di bawah :

Bil Jenis Yuran Tuntutan

1.

Yuran Pengajian

Unit Kewangan, Politeknik Merlimau

Melaka 2.

Yuran Asrama

3.

Yuran Pendaftaran

Pejabat, Koperasi Politeknik Merlimau

Melaka Berhad

Calon yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama dokumen asal tajaan semasa mendaftar. Calon perlu menjelaskan semua pembayaran walaupun mendapat tajaan. Pihak PMM akan membuat tuntutan kepada agensi berkenaan dan akan mengembalikan semua tuntutan yang diterima daripada agensi kepada pelajar.

Page 16: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

JUMLAH BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN

1. Terdapat 2 jenis yuran yang perlu dijelaskan sebelum Hari Pendaftaran iaitu :

Yuran Pengajian Yuran Asrama

2. Yuran Pendaftaran/ Pelbagai boleh dijelaskan semasa pelajar lapor diri di Politeknik

Merlimau.

Bil Jenis Yuran Jumlah Bayaran Pilihan di skrin ATM / CDM

PELAJAR DIPLOMA

1. Yuran Pengajian RM 200.00 POLITEKNIK KPT 14xxxxxRM200

2. Yuran Asrama RM 60.00

POLITEKNIK KPT

14xxxxxRM60

3. Yuran Pendaftaran/

Pelbagai RM 300.00

BAYARAN TUNAI ATAU QRPAY

MAYBANK

KAEDAH BAYARAN

1. Pindahan wang mesin ATM Bank Islam Malaysia Berhad

2. Mesin deposit wang (CDM) Bank Islam Malaysia Berhad

3. Bayaran secara Atas Talian Bank Islam Malaysia Berhad

Page 17: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

PANDUAN PEMBAYARAN

1. Bayaran di mesin ATM BIMB :

CTH KOD YURAN PENGAJIAN PMM

14000251RM200

CTH KOD YURAN ASRAMA PMM

14000251RM60

Page 18: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

2. Bayaran Cash Deposit Machine :

CTH KOD YURAN PENGAJIAN PMM

14000251RM200

CTH KOD YURAN ASRAMA PMM

14000251RM60

Page 19: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

3. Bayaran Secara Atas Talian :

Page 20: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan
Page 21: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

SENARAI SEMAK

Sila bawa dokumen di bawah semasa Hari Pendaftaran :

BIL PERKARA

1. Borang Jawapan Tawaran ( selain calon rayuan )

2. Salinan surat tawaran program pengajian (surat dari Jabatan Pengajian Politeknik)

3. Salinan surat panggilan Pendaftaran Pelajar Baharu (surat dari Politeknik Merlimau)

4. Borang HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5 dan HEP6

5.

Dokumen lampiran (dokumen ASAL):

Kad pengenalan Sijil SPM @ slip keputusan SPM Sijil berhenti sekolah Sijil ko-kurikulum

6. Resit bayaran Yuran Pengajian

7. Resit bayaran Yuran Asrama

8. Membuat pendaftaran online di http://www.jheppmm.com

9. Mencetak Slip Pendaftaran Online

10. 8 keping gambar paspot – Tulis nama & No. K/p di belakang gambar

11. Pakaian secukupnya sepanjang Minggu Haluan Siswa

Page 22: S E S I JUN 2 0 2 0 · 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan

SELAMAT MENDAFTAR

JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR

POLITEKNIK MERLIMAU

KB1031, Pejabat Pos Merlimau

77300 Merlimau, Melaka

Tel : 06-263 6687 ( ext: 1183 / 1185 / 1186 )

HOTLINE : 011-56944427

E-mel : [email protected]

Web : www.jheppmm.com