zakat - yusuf al-qardhawi

65
BPMS 3013 | PENGURUSAN ZAKAT Isi Kandungan 1.0 Sinopsis.................................................2 2.0 Pendahuluan..............................................2 3.0 Definisi, Konsep dan Istilah Zakat.......................3 4.0 Kandungan dan Perbincangan...............................4 4.1 Zakat Harta.............................................. 4 4.1.1 Zakat Penternakan....................................4 4.1.2 Zakat Emas dan Perak................................11 4.1.3 Zakat Perniagaan....................................14 4.1.4 Zakat Pertanian.....................................17 4.1.5 Zakat Madu dan Produk Haiwan........................20 4.1.6 Zakat Barang Tambang dan Hasil Laut.................22 4.1.7 Zakat Pelaburan Kilang, Bangunan dan Lain-lain......24 4.1.8 Zakat Pendapatan....................................27 4.1.9 Zakat Saham dan Sekuriti Kewangan...................30 4.2 Zakat Fitrah............................................32 4.2.1 Hikmah disyariatkan Zakat Fitrah....................32 4.2.2 Golongan Wajib Membayar Zakat.......................33 4.2.3 Jenis Zakat Fitrah..................................36 4.2.4 Jumlah Zakat Fitrah.................................38 4.2.5 Waktu Membayar Zakat Fitrah.........................40 4.2.6 Golongan Yang Berhak Menerima Zakat.................40 4.3 Praktis Zakat di Malaysia...............................42 Page | 1

Upload: ziza-yusup

Post on 01-Feb-2016

130 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pengurusan Zakat

TRANSCRIPT

Page 1: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Isi Kandungan1.0 Sinopsis...........................................................................................................................2

2.0 Pendahuluan....................................................................................................................2

3.0 Definisi, Konsep dan Istilah Zakat..................................................................................3

4.0 Kandungan dan Perbincangan.........................................................................................4

4.1 Zakat Harta...........................................................................................................................4

4.1.1 Zakat Penternakan....................................................................................................4

4.1.2 Zakat Emas dan Perak............................................................................................11

4.1.3 Zakat Perniagaan....................................................................................................14

4.1.4 Zakat Pertanian......................................................................................................17

4.1.5 Zakat Madu dan Produk Haiwan...........................................................................20

4.1.6 Zakat Barang Tambang dan Hasil Laut.................................................................22

4.1.7 Zakat Pelaburan Kilang, Bangunan dan Lain-lain.................................................24

4.1.8 Zakat Pendapatan...................................................................................................27

4.1.9 Zakat Saham dan Sekuriti Kewangan....................................................................30

4.2 Zakat Fitrah...................................................................................................................32

4.2.1 Hikmah disyariatkan Zakat Fitrah.........................................................................32

4.2.2 Golongan Wajib Membayar Zakat........................................................................33

4.2.3 Jenis Zakat Fitrah...................................................................................................36

4.2.4 Jumlah Zakat Fitrah...............................................................................................38

4.2.5 Waktu Membayar Zakat Fitrah..............................................................................40

4.2.6 Golongan Yang Berhak Menerima Zakat..............................................................40

4.3 Praktis Zakat di Malaysia..............................................................................................42

5.0 Kesimpulan...................................................................................................................43

6.0 Rujukan.........................................................................................................................44

Page | 1

Page 2: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

1.0 Sinopsis

Topik tugasan ini adalah membincangkan tentang hukum zakat secara amnya dan fokusnya

adalah mengenai hukum zakat yang dibincangkan oleh Al-Qardhawi (1988) secara

khususnya. Dalam perbincangan ini, kami akan membincangkan mengenai rukun Islam yang

berkaitan dengan zakat serta hukumnya yang ditulis oleh Al-Qardhawi (1988) dengan bukti-

bukti dan dalil-dalil yang dirujuk dan diambil dari dua sumber rujukan utama iaitu mengikut

Al-Quran dan Hadis.

Tajuk perbincangan di dalam topik ini juga mengambil kira pendapat dari empat

mazhab-mazhab utama dan mengambil kira perbezaan pendapat di kalangan-kalangan

jumhur ulama’ seperti perbezaan dari segi fatwa, cara pelaksanaan dan sebagainya. Dengan

ini, perbincangan menjadi semakin luas dan pelajar dapat meneliti dan menilai pandangan

yang paling sesuai mengenai hukum yang dibincangkan. Segala pandangan ini diambil dari

buku yang dibincangkan oleh Al-Qardhawi (1988) dan mengambil pandangan yang paling

sesuai antara perbezaan pendapat yang ada.

Dalam penulisan ini juga kita akan dapat mengetahui dan belajar tentang jenis-jenis

zakat yang dikenakan, penerima-penerima zakat, nisab dan haulnya, penjelasan ulama’ dan

perbezaan pendapat di kalangan mereka dan fatwa-fatwa yang ada. Semua pekara ini akan

dibincangkan dengan merujuk pada Al-Quran dan Hadis. Oleh itu, kami berharap dengan

hasil tugasan kami ini dapat memberikan pembaca ilmu yang bermanfaat dalam topik

mengenai hukum-hukum zakat. Semoga tugasan dalam memperjelaskan isu-isu mengenai

zakat ini dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

2.0 Pendahuluan

Zakat adalah merupakan suatu kewajipan yang dituntut oleh syarak dan wajib bagi seluruh

umat Islam yang memenuhi syarat untuk melaksanakannya. Sesiapa yang tidak

melaksanakannya adalah tergolong dalam kalangan orang yang melakukan dosa-dosa besar.

Kepentingan zakat kepada diri sendiri, masyarakat dan negara tidak dapat lagi dinafikan

kerana zakat mampu mengubah diri seseorang itu, memajukan masyarakat sesebuah negara

dan membawa keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara.

Zakat ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat

harta dikenakan ke atas orang-orang yang mempunyai harta yang berlebihan di mana harta itu

mencapai nisab dan haul yang ditetapkan. Zakat harta ini bertujuan untuk menyucikan harta

Page | 2

Page 3: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

seseorang itu dari sebarang unsur yang tidak patuh syariah dan mendidik jiwa untuk selalu

berjuang ke jalan Allah dan membantu mereka yang dalam kesusahan. Zakat fitrah pula

bertujuan untuk menyucikan diri dan jiwa seseorang itu dari segala perkataan dan perbuatan

yang sia-sia. Zakat fitrah ini hanya dikenakan semasa umat Islam menjalani ibadah puasa di

bulan Ramadhan dengan tujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik ketika

hari raya Aidilfitri. Zakat juga merupakan kekayaan sesebuah negara, dimana jika zakat itu

benar-benar digunakan ke jalan yang benar, ia boleh menjadi sumber kekayaan. Hal ini

demikian kerana fungsi zakat untuk membantu golongan-golongan susah iaitu fakir dan

miskin.

Permasalahan yang sering kali muncul dalam zakat bukanlah disebabkan konsep dan

kewajipannya, tetapi adalah mengenai ilmu pemahaman yang berbeza-beza dikalangan orang

Islam mengenai kewajipan, syarat dan lain-lain. Ilmu mengenai zakat ini masih perlu

diperluaskan lagi dan diberi perhatian serta pencerahan kepada umat Islam supaya zakat ini

dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan di negara-negara Islam.

3.0 Definisi, Konsep dan Istilah Zakat

Zakat dari segi bahasa bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Pengertian bersih

dan suci dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya

daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada

sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya (Lembaga Zakat Selangor, 2014).

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan

kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang

ditetapkan oleh syarak. Golongan yang layak menerima zakat dipanggil golongan asnaf.

Golongan ini terdiri daripada fakir, miskin, amil, mualaf, riqab, gharimin, fisabilillah, ibnus

sabil.

Zakat adalah rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan Allah SWT

mensyariatkan zakat ialah mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang

berada kepada golongan yang kurang berada, membersihkan diri pembayar zakat,

membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat, mewujudkan sifat bersyukur

terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di kalangan golongan yang berada,

mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik, mewujudkan

Page | 3

Page 4: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

perhubungan antara hamba dengan Allah SWT di samping perhubungan antara manusia

dengan manusia.

Selain itu, zakat juga memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat

dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka, mewujudkan kesatuan di kalangan

masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan, memberi masyarakat satu cara

mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai Allah SWT dan melahirkan rasa tenang dan

tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Firman Allah swt dalam surah At-Taubah ayat 60 bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang

yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu

ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah At-Taubah 9: 60)

4.0 Kandungan dan Perbincangan

4.1 Zakat Harta

4.1.1 Zakat Penternakan

Antara binatang ternakan yang perlu dikeluarkan zakatnya iaitu unta, lembu, kerbau, kambing

dan biri-biri. Binatang-binatang tersebut telah dianugerahkan Allah kepada hamba-hambanya

untuk dimanfaatkan hasilnya. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Dia telah menciptakan binatang untuk kalian. Padanya kalian dapatkan kehangatan dan kegunaan lainnya dan sebahagian lagi kalian makan. Dan kalian menikmati

keindahannya ketika kalian menghalaunya ke kandang dan ketika kalian membawanya merumput di pagi hari. Dan mereka memikul beban kalian ke negeri yang hanya dapat

kalian capai dengan susah payah. Sungguh Tuhan kalian maha Penyantun, Maha penyayang.”

(Surah Al-Nahl 16: 5-7)

Antara isu yang dibincangkan dalam zakat penternakan adalah:

1. Syarat-syarat zakat ternak

Page | 4

Page 5: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Dalam perbincangan mengenai hukum zakat yang yang dikeluarkan oleh Al-Qardhawi

(1988), syarat-syarat zakat ternakan dapat dibahagikan kepada beberapa syarat. Antaranya,

cukup nisab, telah dimiliki setahun, diternak dan tidak digunakan untuk tujuan perkerjaan.

a. Cukup nisab

Bagi zakat binatang ternakan, perkara pertama yang perlu dipenuhi untuk mengeluarkan

zakat ialah cukup nisab, iaitu perlu mencapai kuantiti tertentu yang telah ditetapkan oleh

syarak. Bagi orang yang memiliki hanya seekor atau dua ekor unta, ia tidak tergolong di

kalangan orang yang perlu mengeluarkan zakat terhadap binatang ternakannya (Al-Qardhawi,

1988). Sebagai contoh, bagi binatang ternakan unta, jumlah minimum yang telah dipersetujui

oleh jumhur ulama’ adalah sebanyak 5 ekor. Kambing pula jika dibawah 40 ekor maka tidak

wajib dikenakan zakat.

b. Telah dimiliki satu tahun

Syarat ini berdasarkan amalan yang pernah dilaksanakan oleh Nabi dan khalifah dengan

melantik pengutip zakat untuk memungut zakat ternakan setiap setahun. Syarat satu tahun itu

adalah merupakan ketetapan para ulama’ mengenai kekayaan yang bukan untuk penggunaan

peribadi.

c. Diternak

Syarat yang dimaksudkan diternak ini ialah haiwan tersebut mestilah diurus dengan

sistematik sepanjang tahun dengan tujuan untuk memperoleh susu, benih baru dan daging.

Binatang ternakan ini hanya berlaku apabila binatang tersebut diternakkan dengan tujuan

untuk memperoleh susunya, anaknya, dagingnya atau untuk tujuan pembiakan. Tetapi apabila

binatang ternakan ini dijadikan sebagai alat penggangkutan dan untuk ditunggangi, maka ia

tidak wajib dikeluarkan zakatnya. Dalil syarat binatang yang diternak adalah seperti Hadis

sahih Bukhari yang bermaksud,

Rasulullah SAW berkata: Setiap unta yang digembalakan zakatnya setiap 40 ekor adalah seekor anak unta betina yang selesai menyusu.

(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Abu Daud)

Apabila syarat penternakan kambing sudah ditetapkan, maka wajib pulalah syarat itu

pada unta dan lembu dengan cara mengqiaskan pada kembing tersebut kerana terdapat

persamaannya (Al-Qardhawi, 1988).

Page | 5

Page 6: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

d. Tidak digunakan untuk tujuan pekerjaan

Binatang ternakan itu tidak boleh digunaka untuk tujuan pekerjaan dan untuk kepentingan

pemiliknya seperti menggunakan binatang ternakan untuk mengorek tanah pertanian,

mengambil air untuk menyirami tanaman, menggangkut barang dan sebagainya. Hadis dari

Ali yang bemaksud,

“Lembu-lembu yang dipekerjakan tidak ada zakatnya.”

(Hadis riwayat Abu Ubaid)

Jelasnya, binatang ternakan yang diperkerjakan sebagai pembajak tanah ladang dan untuk

mengambil air untuk menyirami tanaman tidak perlu dikeluarkan zakat kerana hasil dari

tanaman tersebut seperti buah-buahan dan gandum adalah benda yang akan dikenakan zakat.

Oleh itu, binatang ternakan yang digunakan untuk tujuan pertanian tidak dikenakan zakat

(Al-Qardhawi, 1988).

2. Zakat Unta

Menurut kesepakatan ijma ulama’ dan Hadis sahih yang diambil daripada Rasulullah SAW

dan para sahabatnya, nisab bagi 5 ekor sehingga 120 ekor adalah seperti berikut.

Nisab unta Zakat yang wajib dikeluarkan

5 - 9 Seekor kambing

10 – 14 2 ekor kambing

15 – 19 3 ekor kambing

20 – 24 4 ekor kambing

25 – 35 Seekor anak unta betina (berumur 1 tahun lebih)

36 – 45 Seekor anak unta betina (berumur 2 tahun lebih)

46 – 60 Seekor anak unta betina (berumur 3 atahun lebih)

61 – 75 Seekor anak unta betina (berumur 4 tahun lebih)

76 – 90 2 ekor anak unta betina (berumur 2 tahun lebih)

91 - 120 2 ekor anak unta betina (berumur 3 tahun lebih)

Sumber: (Al-Qardhawi, 1988)

Nabi SAW mewajibkan zakat unta dibawah jumlah 25 ekor dengan kambing, bukan

dari unta itu sendiri. Namun, apabila telah mencapai jumlah 25 ekor keatas, maka zakat yang

dikeluarkan adalah dengan jenis unta itu sendiri.

Page | 6

Page 7: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

3. Zakat Lembu

Lembu merupakan binatang yang juga perlu dikeluarkan zakatnya. Lembu telah diciptakan

oleh Allah SWT untuk hambanya menikmati manfaat untuk kepentingan hidup seperti

mengambil susu, daging dan kulitnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Demi jiwaku dalam kekuasaanya atau demi tiada tuhan selain daripadanya, atau

sebagaimana janji atau sumpah. Apabila seseorang memiliki unta, lembu atau kambing dan

tidak menunaikan haknya, maka pada hari kiamat kelak ia tampak lebih besar dan lebih

gemuk dari dirinya yang biasa. Ternak-ternaknya akan menginjak-injaknya dengan telapak-

telapak kakinya dan menanduknya dengan tanduk-tanduknya. Setiap selesai rombongan

ternak yang terakhir menginjaknya, maka yang pertama mengulanginya. Itulah hukuman

yang ia peroleh.”

(Hadis riwayat Bukhari)

a. Nisab lembu dan kewajipan zakatnya

Dalam nisab lembu para fuqaha berselisih pendapat tentang nisab lembu dan wajib zakatnya.

Pendapat masyhur yang diambil dari keempat-empat mazhab mengikut nisabnya adalah:

Nisab lembu Zakat yang wajib dikeluarkan

1 - 29 ekor Tidak dikenakan zakat

30 ekor Seekor anak lembu jantan atau betina (umur 1 tahun)

40 ekor Seekor anak lembu betina (umur 2 tahun)

59 ekor Tidak ada tambahan

60 ekor 2ekor anak lembu jantan

70 ekor Anak lembu betina (umur 2 tahun) an anak lembu jantan (umur 1 tahun)

80 ekor 2 ekor anak lembu betina (umur 2 tahun)

90 ekor 3 ekor anak lembu jantan (umur 1 tahun)

100 ekor Seekor anak lembu betina (umur 1 tahun) dan 2 ekor anak lembu jantan

(umur 1 tahun)

110 ekor 2 ekor anak lembu betina (umur 2 tahun) dan seekor anak lembu jantan

(umur satu tahun)

120 ekor 3 ekor anak lembu betina (umur 2 tahun) atau 3 ekor anak lembu jantan

(umur 1 tahun)

Page | 7

Page 8: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Tabi: Anak lembu jantan yang berumur satu tahun masuk tahun kedua. Ia

dinamakan tabi kerana anak lembu tersebut masih mengikuti induknya.

Musinnah: Anak lembu betina berumur 2 tahun masuk tahun ketiga. Ia dinamakan

musinnah kerana mulai tumbuh giginya dan tidak diwajibkan zakat pada

lembu selain dari dua jenis anak lembu tersebut.

4. Zakat kambing biri-biri

Hadis yang diriwayatkan oleh Anas dalam surat Abu Bakar mengatakan bahawa dalam zakat

kambing biri-biri, jika jumlahnya 40 hingga 120 ekor, zakatnya adalah seekor kambing. Jika

jumlah kambing biri-biri adalah melebihi 120 sehingga 200 ekor, zakatnya adalah dua ekor

kambing. Apabila jumlah kambing melebihi 200 sehingga 300 ekor, zakatnya adalah 3 ekor

kambing. Apabila lebih dari 300, maka setiap 100 ekor zakatnya adalah seekor kambing.

Apabila kambing biri-biri yang diternak seseorang itu kurang dari 40 ekor, maka tidak wajib

dikeluarkan zakat kecuali dengan kehendak pemiliknya (Al-Qardhawi, 1988).

Hadis ini sama seperti di dalam Hadis Ibnu Umar dan kata sepakat dari para ulama’.

Nisab bagi haiwan ternakan kambing ini pula dapat dilihat seperti berikut:

Nisab Kambing Zakat yang wajib dikeluarkan

1 - 39 ekor Tidak ada zakat

40 – 120 1 ekor kambing

121 - 200 2 ekor kambing

201 - 399 3 ekor kambing

400 - 499 4 ekor kambing

500 - 599 5 ekor kambing

Demikian setiap 100 ekor zakatnya seekor kambing

Sebahagian para pembahas moden telah membuat kesimpulan bahawa syariat dalam

hal ini bertujuan untuk memberi kesempatan agar dapat menghasilkan kekayaan binatang

ternakan tersebut dan meringankan beban zakat terhadap para pemilik harta. Dalam kitab

Syarh ar-Risalah karangan Syekh Zarauq menyatakan,

“Setiap harta yang banyak, banyak pula biaya pemeliharaannya, dan pengurusannya menjadi lebih susah maka zakatnya sedikit, demi kebaikan pemiliknya, kerananya tercantum

dalam al-Ain, zakatnya 1/40 selain daripada itu lain pula.”

Page | 8

Page 9: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

(Al-Qardhawi, 1988)

5. Hukum zakat terhadap binatang ternakan yang masih kecil

Persoalan seterusnya adalah mengenai hukum zakat terhadap binatang ternakan yang masih

kecil. Hadis riwayat Malik dari umar, ia berkata kepada petugas zakatnya Sufyan bin

Abdullah at-Tsaqafi yang bermaksud:

“Kembalikan anak-anak kambing itu kepada mereka pengembala sebagai pemiliknya ditolak, ketika kau meminta zakatnya, janganlah kau ambil.”

(Al-Muwaththa, Jilid 1: 265)

Oleh itu dapatlah dibuktikan disini bahawa binatang ternak yang masih kecil tidak

diambil zakatnya.

6. Pengambilan zakat binatang ternakan

Isu seterusnya yang akan dibincangkan adalah mengenai isu pengambilan zakat ternak.

Beberapa perkara harus dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum pengambilan zakat ternak.

Antaranya adalah:

a. Mulus

Tidak terdapat sebarang cacat cela seperti sakit, luka, terlalu tua dan sebagainya yang

dapat mengurangi kegunaan dan nilai harganya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui

firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk, lalu kamu nafkahkan daripadanya.”

(Surah Al-Baqarah 2: 267)

b. Betina

Zakat yang perlu dikeluarkan kebanyakannya adalah harus dari betina, seperti dalam

zakat unta yang mengambil anak unta betina yang berumur satu tahun lebih, dua

tahun lebih, tiga tahun lebih dan empat tahun lebih. Perbincangan ini dapat dibuktikan

melalui Hadis Suwaid bin Ghaflah yang menyatakan, telah datang petugas Rasulullah

SAW kepada kami dan ia berkata:

“Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami untuk mengambil anak biri-biri betina dan anak kambing betina sebagai zakatnya.”

Page | 9

Page 10: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Ini jelas menunjukkan kekuatan Hadis tersebut bahawa binatang ternak dari betina

yang harus dizakatkan.

c. Umur

Faktor umur juga perlu diambil kira dalam pengambilan zakat ternak. Hal ini kerana

nas Hadis menetapkan umur-umur tertentu iaitu anak unta betina haruslah berumur 1

tahun lebih dan keatas, anak lembu jantan dan betina umur 1 tahun. Bagi anak lembu

jantan dan betina ini, harus ada syarat-syaratnya kerana mengambil zakat dibawah

umur tersebut akan memudaratkan fakir miskin dan mengambil zakat di atas umur

tersebut tidak adil bagi para pemilik harta.

d. Pertengahan

Pertengahan yang dimaksudkan di sini adalah pengumpul zakat tidak boleh

mengambil zakat yang baik atau yang kurang baik. tetapi harus mengambil dari

pertengahan, melainkan pemilik itu rela. Perkara ini dapat dibuktikan melalui sabda

Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiga perkara, barang siapa yang mengerjakannya, merasakan rasa iman, pertama: orang yang menyembah Allah yang satu, tiada tuhan selain Allah. Kedua memberikan zakat

hartanya untuk membersihkan jiwanya, ia menentukan pengeluaran zakatnya setiap tahun, ketiga ia tidak memberikan zakat dari binatang ternak yang sudah tua, yang buruk, yang

sakit, yang murah harganya dan tidak banyak air susunya, tapi ia mengeluarkan dari hartanya dengan yang pertengahan. Sesungguhnya Allah tidak meminta kebaikan

daripadamu dan tidak memerintahkan kamu dengan keburukan.”

(Nail al-Authar, Jilid 4: 114)

7. Zakat kuda

Pembahasan seterusnya adalah mengenai zakat kuda yang terdapat beberapa perbincangan

yang harus dijelaskan. Antara isu dalam zakat kuda ini adalah:

a. Zakat terhadap kuda tunggangan, angkutan dan kuda perang

Para ulama’ telah bersepakat bahawa kuda yang digunakan untuk tunggangan, pengangkutan

barang atau keperluan perang tidak dikenakan zakat. Hal ini kerana kuda-kuda tersebut

digunakan untuk keperluan pemiliknya dan tidak berkembang.

b. Kuda yang diperdagangkan

Para ulama’ telah bersepakat bahawa kuda-kuda yang dijadikan sebagai perdagangan akan

dikenakan zakat. Hal ini demikian kerana, kuda-kuda yang dikhususkan untuk perdagangan

Page | 10

Page 11: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

menunjukkan pengembangan, pertumbuhan dan terdapat lebihan sama ada yang dibela atau

secara sengaja diberi makan.

c. Kuda-kuda yang sengaja diberi makanan

Menurut para ulama’, kuda-kuda yang diberi makanan sepanjang tahun atau lebih tidak akan

dikenakan zakatnya. Dalil dari jumhur ulama’ tentang tidak wajib zakat pada kuda yang

bermaksud,

“Tiadalah ada zakat bagi seorang Muslim dalam perhambaannya dan kudanya”

(Al-Muntaqa, Jilid 4: 136)

4.1.2 Zakat Emas dan Perak

Emas dan perak berfungsi dengan baik sebagai alat pertukaran dan penyimpanan nilai

memandangkan banyak manfaat yang bakal diperoleh. Emas dan perak telah digunakan sejak

zaman dahulu sebagai alat tukaran nilai dan telah dikenakan zakat pada masa itu. Terdapat

faktor yang tersendiri mengapa emas dan perak dikenakan zakat, hal ini kerana emas dan

perak berfungsi sebagai alat yang menunjukkan kemewahan seseorang dan kesenangan hidup

di dunia yang perlu dikongsi bersama umat Islam yang lain yang lebih memerlukan. Emas

dan perak diwajibkan zakat walaupun ditempa dalam pelbagai bentuk yang lain. Zakat emas

dan perak terbahagi kepada dua iaitu zakat wang dan zakat perhiasan.

1. Zakat Wang

Zakat wang ditetapkan dalam Al-Quran, Sunnah dan Ijma ulama’. Firman Allah SWT yang

bermaksud,

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkahnya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa akan mendapat) siksa yang pedih.”

(Surah At-Taubah 9: 34-35)

Dari Jabir bin ‘Abdullah RA, Rasulullah SAW dalam Hadis sahih bersabda yang

bermaksud:

“Tidak wajib zakat perak yang kurang dari lima uqiah, zakat unta yang kurang dari lima ekor, zakat kurma yang kurang dari lima wasq.”

Antara syarat-syarat diwajibkan untuk zakat wang adalah seperti berikut:

a. Cukup nisab

Page | 11

Page 12: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Nisab seperti yang diketahui adalah jumlah terendah nilai harta yang dimiliki menurut

pandangan syariat. Jumlah harta dibawah jumlah tersebut menyebabkan pemilik tidak perlu

mengeluarkan zakat. Nisab zakat wang adalah sama dengan nilai 85 gram emas, yang sama

dengan 20 dinar seperti yang telah disebut oleh Hadis nabi.

Terdapat perbezaan pendapat mengenai situasi dimana terdapat syarikat yang

menghimpunkan ramai pemegang saham dengan jumlah wang yang mencapai nisab dan tidak

mencapai nisab bagi bahagian satu orang samada syarikat tersebut perlu mengeluarkan zakat

atau tidak. Menurut Abu Hanifah dan Malik, tidak wajib bagi setiap orang dari kumpulan

orang yang berurusan untuk membayar zakat, hingga sampai bagi setiap daripada mereka

satu nisab. Sedangkan menurut Syafi’i bahawa harta yang dimiliki secara bersama maka

hukumnya adalah seperti hukum harta perseorangan.

b. Cukup haul iaitu setahun

Zakat perlu dikeluarkan setelah sampai satu tahun (haul). Setiap setahun adalah diwajibkan

untuk membayar zakat. Menurut mazhab Hanafi, sempurnanya nisab tersebut disyaratkan

pada akhir tahun saja, pada permulaan tahun untuk permulaan pengiraan haul dan pada akhir

tahun untuk perwajiban zakat. Maka, tidaklah menjadi masalah jika ada kekurangan antara

keduanya. Sekiranya harta rosak atau hilang sebelum cukup haul terbatallah haul tersebut.

Jika harta bertukar tangan dan milik kepada orang yang lain maka pengiraan haul dimulai

daripada awal semula. Jumhur berpendapat gaji dan upah disyaratkan haul. Abu Hanifah

mengatakan bahawa semua hal tersebut dikumpulkan bersama wang yang dimiliki maka

dikeluarkan zakatnya kecuali jika wang-wang dari hasil usaha tersebut akan dijadikan

pengganti harta yang berzakat.

c. Bebas dari hutang

Menurut Abu Hanifah, hutang yang mencegah wajibnya zakat adalah hutang-hutang yang

padanya terdapat keperluan dari setiap sudut pandangan manusia. Berbeza dengan hutang

nazar, kifarat, haji kerana tiada tuntutan dengannya dari sudut pandangan manusia. Menurut

golongan Syafi’i seperti dikatakan Nawawi, hutang mencegah sebarang penunaian zakat.

2. Zakat Perhiasan

Zakat perhiasan ialah salah satu daripada zakat emas dan perak. Emas dan perak adalah

sejenis galian yang diwajibkan zakat. Ini adalah kerana logam ini sangat berguna berdasarkan

Page | 12

Page 13: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

penggunaannya sebagai nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Barang-barang perhiasan

yang lain selain daripada emas dan perak iaitu intan, mutiara, sutera, suasa dan sebagainya

adalah tidak wajib zakat ke atasnya. Menurut Ibnu Qadamah, emas dan perak yang jelas

keharamannya juga adalah diwajibkan untuk membayar zakat jika tiada perbezaan pendapat

para ulama’ dan zakatnya hendaklah wajib dikenakan zakat sekiranya timbangannya cukup

senisab dan haul.

Antara jenis perhiasan yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

a. Perhiasan yang dijadikan simpanan

Perhiasan yang dijadikan hiasan diri dengan dipakai dan dimanfaatkan adalah tidak

diwajibkan zakat kerana dikategorikan sebagai perhiasan yang dimiliki untuk kepuasan nafsu

semata-mata. Oleh itu, pemilik yang menjadikan perhiasan seperti emas dan perak sebagai

harta dan kekayaan simpanan mereka menyebabkan zakat perhiasan diwajibkan keatas

mereka.

Menurut Sa’id bin al-Musayyab, perhiasan jika dipakai dan dimanfaatkan maka wajib

dizakati. Manakala itu, Malik pula berpendapat barangsiapa yang mempunyai biji emas dan

perhiasan emas atau perak yang tidak dimanfaatkan untuk dipakai maka wajib dikeluarkan

zakatnya setiap tahun, ditimbang dan diambil zakatnya sebanyak 2.5% kecuali jika

ukurannya kurang dari 20 dinar atau 200 dirham.

b. Perhiasan yang melebihi kebiasaan

Perhiasan yang melebihi batas berlebih-lebihan adalah wajib dibayar zakat. Hal ini kerana

syariat membolehkan pemakainya ataupun wanita berhias dengan emas sebagai perhiasan

wanita secara ala kadar.

Hukum berlebih-lebihan adalah haram atau makruh. Menurut Nawawi, sahabat-

sahabat kami iaitu Al-Syafi’iyyah berkata, setiap perhiasan yang diperbolehkan untuk kaum

wanita boleh dipakai jika di dalamnya tidak ada unsur berlebih-lebihan yang nyata, jika

perhiasan tersebut seperti gelang yang dipakai di kaki dengan berat 200 dinar maka yang

sahih menurut kepastian sebahagian kumpulan masyarakat mengharamkannya.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Makanlah, minumlah dan berpakaianlah dengan tanpa berlebih-lebihan dan tidak pula dengan sombong.”

Page | 13

Page 14: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

(Surah al-A'raaf 7:31)

4.1.3 Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan adalah salah satu harta yang wajib dikenakan zakat. Sebahagian ulama’

mendefiniskan bahawa harta perniagaan adalah sesuatu yang dibeli atau dijual untuk tujuan

memperoleh keuntungan. Seseorang itu wajib mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada

jumlah modal dan keuntungan apabila mereka memiliki harta perniagaan yang sudah cukup

setahun dan nilai harta tersebut mencapai jumlah nisab yang telah ditetapkan pada akhir

tahun tersebut. Antara perbincangan dalam zakat perniagaan adalah seperti berikut:

1. Landasan

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk

kamu.”

(Surah Al-Baqarah 2: 267)

Selain itu, terdapat juga landasan berbentuk Hadis yang menurut Ibnu Human

merupakan Hadis hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanadnya sendiri yang

bermaksud,

“Rasulullah SAW memerintahkan kami agar mengeluarkan sedekah dari segala yang kami maksudkan untuk dijual.”

2. Perbezaan pendapat tentang hukum zakat perniagaan

Semua mazhab Ahli Sunnah mempunyai pendapat yang sama iaitu harta perniagaan wajib

dikenakan zakat kecuali ulama’ Zahiri yang mempunyai pendapat berbeza. Pendapat ulama’

Zahiri tersebut adalah berdasarkan Hadis sahih Bukhari. Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud:

“Hamba dan kuda tunggang seorang muslim tidak wajib zakat.”

Namun, jumhur membantah pendapat ini kerana ia berbeza dengan apa yang berlaku

sekarang. Kuda yang ditunggangi dan hamba yang harus berbakti tidak dikenakan zakat

kerana kedua-duanya adalah perkara atau keperluan asas pada waktu tersebut.

Page | 14

Page 15: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Selain itu, alasan lain yang digunakan adalah kekayaan seseorang Muslim itu sangat

suci dan harus bebas dari sebarang kewajipan. Pada zaman Rasulullah SAW, perniagaan yang

dijalankan meliputi semua jenis barang yang biasa dijual beli. Namun, tidak pernah terdapat

satu pun Hadis yang mewajibkan zakat terhadap harta perniagaan.

Prinsip yang dikemukakan ini tidak sesuai dengan landasan bahawa dalam setiap

kekayaan yang dimiliki terdapat hak orang lain. Tambahan pula, prinsip tersebut juga tidak

selari dengan prinsip yang dinyatakan secara khusus dalam Al-Quran dan Sunnah.

Ulama’-ulama’ fiqh mazhab Imamiah juga berpendirian bahawa harta perniagaan

tidak wajib dikenakan zakat, bahkan berpendapat harta perniagaan tiada kaitan dengan zakat.

Namun, mereka berpendapat lain iaitu keuntungan perniagaan yang diperoleh itu dikenakan

zakat sebanyak 1/5, bukan dari jumlah modal perniagaan yang dilaburkan. Imam Imamiah

terdiri daripada golongan yang meyakini bahawa Sayyidina Ali adalah imam selepas

Rasulullah SAW dengan dalil nas secara lengkap (Zamihan Hj Mat Zin Al-Ghari, 2013).

Pendapat golongan ini diambil berlandaskan firman Allah SWT yang bermaksud,

“Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai ghanimah (harta rampasan perang), maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin,

serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan),”

(Surah Al-Anfaal 8: 41)

Mereka berpendapat bahawa semua hasil dan keuntungan perniagaan serta harta karun

termasuk dalam istilah ghanimah tersebut. Mereka juga berpendapat bahawa zakat sebanyak

1/5 itu hanya dikenakan atas keuntungan setelah ditolak dengan keperluan hidupnya serta

keluarganya selama setahun. Namun begitu, mazhab Sunni berpendapat, ghanimah dalam

firman Allah SWT di atas adalah rampasan perang, bukanlah keuntungan yang diperoleh

seperti mana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dan berdasarkan maksud daripada ayat itu

sendiri.

Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa harta perniagaan wajib dikenakan zakat.

Pendapat yang menolak hukum wajib terhadap zakat perniagaan adalah bertentangan dengan

landasan yang dipakai oleh masyarakat, ijma para sahabat dan juga ulama’ terkemuka.

3. Syarat zakat perniagaan

Page | 15

Page 16: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Antara zakat perniagaan adalah genap haul iaitu genap setahun, bebas dari bebanan hutang,

melebihi keperluan asas serta cukup nisab. Cukup nisab bermaksud melebihi jumlah

minimum tertentu yang mana pada hari ini nilainya bersamaan dengan 85 gram emas.

Menurut pendapat Imam Malik dan juga Imam Syafi’i, cukup nisab itu di kira pada akhir

tahun sahaja kerana menilai nilai harta perniagaan pada setiap masa adalah sukar. Zakat

perlulah dikeluarkan apabila harta perniagaan telah mencapai tempoh setahun dan jumlahnya

juga mencapai nilai minimum yang ditetapkan

Syarat seterusnya untuk zakat perniagaan adalah tindakan dan niat. Tindakan adalah

perbuatan membeli dan menjual dengan niat memperoleh keuntungan daripada tindakan

tersebut. Sebagai contoh, apabila seseorang itu membeli sebuah kereta untuk kegunaan

sendiri, maka ia tidak dikira sebagai harta perniagaan. Hali ini berbeza apabila seseorang itu

membeli beberapa buah kereta untuk dijual beli dan mendapatkan keuntungan, penggunaan

kereta-kereta tersebut untu keperluan sendiri tidak akan mengubah kereta-kereta tersebut

daripada sifat harta perniagaan.

Syarat seterusnya adalah harta perniagaan tersebut hendaklah bebas dari zakat

dualisme iaitu mengenakan dua zakat terhadap sesuatu harta dalam masa yang sama. Sebagai

contoh, apabila seseorang membeli tanah pertanian untuk dijual semula, namun ia digunakan

terlebih dahulu untuk tanaman dan telah pun dikeluarkan zakat hasil ke atasnya sebanyak

10%, maka tidak harus seseorang itu mengeluarkan zakat terhadap tanah tersebut.

Bagi barang yang tidak bergerak seperti bangunan dan perabot yang tidak dijual beli,

ia tidak termasuk dalam harta perniagaan yang perlu dikeluarkan zakat. Hal ini demikian

kerana, harta-harta seperti ini diperlukan bagi tujuan perniagaan dan ia bukan satu harta yang

berkembang.

4. Cara membayar zakat perniagaan

Tiga bentuk harta perniagaan yang dilaburkan adalah seperti berikut:

a. Harta dalam bentuk barang yang dibeli tetapi belum dijual

b. Harta dalam bentuk wang secara tunai atau di dalam bank yang di bawah

penguasaannya

c. Penghutang iaitu harta dibawah milik rakan kongsinya

Page | 16

Page 17: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Beberapa ulama’ Tabi’in mempunyai pendapat tersendiri tentang cara pembayaran

zakat perniagaan yang terdiri daripada beberapa bentuk. Antaranya, Maimun Mihran berkata,

“Apabila sudah tiba masanya untuk mengeluarkan zakat, kiralah jumlah wang tunai yang dimiliki dan nilai barang yang ada serta jumlah hutang yang terdapat pada orang yang

mampu. Kemudian, tolak dengan hutangmu sendiri dan barulah dikeluarkan zakat dari baki tersebut.”

(Al-Qardhawi, 1988)

Hasan Basri pula berkata,

“Apabila bulan seseorang untuk membayar zakat itu sudah tiba, zakat itu dikira dari jumlah wang yang ada ditangannya, barang yang terjual dan semua hutang yang ada kecuali hutang

yang belum jelas dan hutang yang tidak mungkin dibayar.”

(Al-Qardhawi, 1988)

Daripada pendapat-pendapat diatas, jelas bahawa seorang peniaga beragama Islam

harus membayar zakat dengan kadar 2.5% apabila sudah tiba tempoh atau masa dengan

menggabungkan seluruh kekayaan iaitu modal, keuntungan, simpanan dan hutang yang boleh

dikutip.

Abu Hanifah dan Syafi’i berpendapat bahawa peniaga boleh memilih untuk

mengeluarkan zakat dalam bentuk wang atau pun barangan. Sebagai contoh, seorang peniaga

kain boleh mengeluarkan zakat berupa kain itu sendiri dan juga boleh berbentuk wang yang

sama nilai dengan kain tersebut (Al-Qardhawi, 1988).

4.1.4 Zakat Pertanian

Pertanian adalah salah satu sumber pendapatan dan ekonomi bagi manusia. Dengan

mempunyai tanah dan tanaman yang subur boleh menjadikan seseorang itu kaya. Oleh kerana

itu jugalah hasil yang dikeluarkan dari bumi tersebut diwajibkan zakat, iaitu zakat pertanian.

Zakat pertanian umumnya adalah hak yang wajib ditunaikan mengikut kaedah pengiraan

daripada hasil pertanian yang tertentu pada waktu hasil tersebut dituai.

Zakat pertanian adalah mengeluarkan sebahagian daripada pendapatan bersih hasil

pertanian yang dimajukan oleh manusia dari jenis biji-bijian atau buah-buahan atau mana-

mana hasil pertanian yang memberi manfaat serta menepati semua syarat, rukun dan sebab

(‘illah) diwajibkan zakat (Mujaini Tarimin, 1990).

Page | 17

Page 18: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Zakat pertanian juga dikenali sebagai al-‘usyr, zakat al-zuru’ wa al-thimar atau zakat

al-mu’asyirat (Al-Qardhawi, 1994) yang mempunyai maksud yang sama. Hasil pertanian

wajib untuk dikeluarkan zakat daripadanya.

1. Dalil yang mewajibkan zakat pertanian

a. Dari Al-Quran

“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk

kamu”

(Surah Al-Baqarah 2: 267)

“Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau-lampau (pada apa jua yang kamu

makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau lampau”

(Surah Al-An’am 6 : 141)

b. Dari Hadis

Sabda Rasulullah SAW

“Pada apa-apa yang diairi (disirami) dengan air hujan, mata air atau air tanah (takungan) dikenakan (zakat) sebanyak 10% , sedangkan pada apa-apa yang diairi dengan tenaga

dikenakan (zakat) sebanyak 5%”

(Hadis riwayat Bukhari)

“Pada apa-apa yang diairi dengan sungai dan hujan dikenakan (zakat) sebanyak 10%, sedangkan pada apa-apa yang diairi dengan pengairan dikenakan (zakat) sebanyak 5%”

(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

c. Ijma

Para ulama’ bersepakat (ijma) tentang wajibnya zakat sebesar 10% atau 5% dari keseluruhan

hasil tani, sekalipun mereka berbeza pendapat tentang ketentuan-ketentuan lain.

2. Jenis hasil pertanian yang wajib dikenakan zakat

a. Empat jenis makanan

Menurut Ibnu Umar dan sebahagian ulama’, mereka berpendapat bahawa zakat hanya wajib

kepada dua jenis bijian iaitu gandum (hintah) dan sejenis gandum lain (syair) dan dua jenis

buah-buahan iaitu kurma dan anggur.

Page | 18

Page 19: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Hadis yang diriwayatkan dari sumber Abu Burda dari sumber Abu Musa dan Mu’az,

bahawa Rasulullah SAW mengirim mereka berdua ke Yaman untuk mengajar penduduk

disana mengenai agama, di antaranya mereka diperintahkan memungut zakat daripada

gandum, biji gandum, kurma, dan anggur.

b. Seluruh makanan yang dapat disimpan

Menurut Malik dan Syafi’i zakat wajib keatas segala makanan yang dimakan dan disimpan,

bijian dan buahan kering seperti gandum, biji gandum, jagung padi dan sejenisnya.

c. Semua yang kering, tetap dan ditimbang

Zakat wajib keatas bijian dan buahan yang memiliki sifat ditimbang, tetap dan kering yang

juga berupa makanan pokok seperti gandum, padi, jagung, kacang dan rempah. Buah-buahan

yang mempunyai ciri seperti diatas juga adalah tidak dikecualikan seperti kurma, anggur dan

buah badam (Al-Qardhawi, 1988).

d. Semua hasil tanaman

Abu Hanifah berpendapat bahawa semua hasil tanaman iaitu yang dimaksudkan untuk

memperoleh keuntungan darinya adalah diwajibkan zakat sebanyak 10% atau 5%. Kayu api

dan ganja dikeculikan daripada wajib zakat.

Menurut Abu Hanifah, tebu, kunyit, kapas dan ketumbar wajib dikeluarkan zakatnya

sekalipun bukan makanan pokok. Tambah beliau lagi, semua buah-buahan wajib dikeluarkan

zakatnya seperti jambu, tin, manga dan lain-lain. Begitu juga wajib mengeluarkan 10% zakat

semua sayuran seperti timun, labu, tembikai, lobak dan lain-lain.

3. Nisab zakat tanaman dan buah-buahan

Jumhur dan para ulama’ berpendapat bahawa tanaman dan buahan hanya dikenakan zakat

setelah mencapai timbangan yang menyamai berat 5 ekor unta. Tetapi Abu Hanifah

berpendapat bahawa tanaman dan buahan itu sedikit mahupan banyak wajib zakat

berdasarkan pengertian Hadis sahih,

“Tanaman yang diairi oleh hujan zakatnya sepersepuluh.”

(Hadis riwayat Bukhari)

4. Zakat tanah yang disewa

a. Pemilik yang mengusahakan tanaman atas tanahnya

Page | 19

Page 20: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Pemilik yang merupakan petani kerana mengusahakan tanaman atas tanahnya sendiri adalah

sangat terpuji dalan pandangan Islam. Dalam hal ini, zakat hasilnya adalah 10% atau 5%

kerana tanah dan tanamannya sendiri.

b. Zakat dari tanah yang dipinjam atas peminjam

Menurut Al-Qardhawi (1988), bila seseorang itu meminjamkan tanahnya kepada orang lain

untuk dimanfaatkan tanpa sebarang ganjaran adalah amat digalakkan oleh Islam. Maka zakat

tanah hendaklah dibayar oleh peminjam yang mengusahakan sesuatu di atas tanah tersebut

dan bukan lagi menjadi tanggungjawab pemilik untuk mengeluarkan zakat.

c. Tanah yang diusahakan secara bersama oleh pemilik dan rakan kongsi

Apabila pemilik memberikan hak kepada rakan kongsi untuk mengusahakan tanahnya dengan

memperoleh sedikit keuntungan daripada keuntungan seperti perjanjian, maka zakat

dikenakan mengikut pendapatan masing-masing bila cukup senisab dengan hasil tanaman

yang lain.

Hanya bahagian individu yang cukup senisab sahaja diwajibkan mengeluarkan zakat

kerana bahagian yang tidak cukup senisab tidak dianggap sebagai orang kaya dan tidak

berkemampuan untuk membayar zakat.

Jumhur ulama’ berpendapat bahawa zakat diwajibkan ke atas yang menyewa. Hal ini

demikian kerana harta zakat adalah beban tanaman dan bukannya beban tanah dan pemilik

tidak menjana hasil pertanian daripada tanah tersebut maka pemilik tidak perlu mengeluarkan

zakat hasil tanaman yang bukan miliknya.

4.1.5 Zakat Madu dan Produk Haiwan

Madu adalah salah satu pemberian Allah SWT kepada hamba-hambanya yang banyak

mengandungi zat makanan. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan

oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan

dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-

bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”

(Surah Al-Nahl 16: 68-69)

Page | 20

Page 21: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Antara perbincangan yang terdapat dalam zakat madu dan produk haiwan adalah

seperti berikut:

1. Hukum zakat madu

Abu Hanifah dan pengikutnya berpendapat bahawa madu wajib dikeluarkan zakat dengan

syarat lebah tidak bersarang di tanah kharajiya. Hal ini disebabkan oleh tanah kharajiya telah

pun dikenakan cukai. Alasan yang digunakan untuk mewajibkan zakat ke atas madu diambil

daripada Hadis. Hadis Sulaiman Bin Musa yang bermaksud,

“Abu Sayarah Mut’i berkata: ‘Saya bertanya kepada Rasulullah bahawa saya mempunyai lebah.’ Beliau bersabda, ‘keluarkanlah satu per sepuluh.’ Saya meminta kepada Rasulullah

agar gunung saya dilindungi. Rasulullah melindungi gunung tersebut untuk saya,”

(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Namun begitu, terdapat juga pendapat yang tidak mewajibkan zakat madu. Malik,

Syafi’i Ibnu Abi Laila, Hasan Bin Abi Shalih dan Ibnu Al-Mundziri berpendapat bahawa

madu tidak wajib dikenakan zakat dengan alasan tidak terdapat ijmak dan Hadis yang pasti.

Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa madu adalah cecair yang keluar dari haiwan

seperti susu yang mana meneurut ijmak, susu tidak wajib dikenakan zakat.

Al-Qardhawi (1988) berpendapat bahawa madu wajib dikenakan zakat kerana ia

merupakan kekayaan yang mendatangkan keuntungan. Beliau berpendapat bahawa nas yang

umum itu tidak membezakan sesuatu kekayaan dengan kekayaan yang lain. Selain itu, Hadis

yang berkaitan dengan madu diriwayatkan dari sumber yang banyak.

2. Jumlah dan nisab zakat madu

Para ulama’ bersepakat bahawa jumlah zakat madu yang perlu dikeluarkan adalah sebanyak

10% berdasarkan Hadis yang telah dinyatakan di atas. Bagi nisab madu pula, terdapat

perbezaan pendapat antara ulama’ kerana tiada Hadis tertentu yang menjelaskan tentang

nisab zakat madu. Menurut Abu Hanifah, nisab zakat madu adalah 1/10 tanpa mengira sedikit

atau banyak madu tersebut.

Menurut Al-Qardhawi (1988), nisab madu adalah sama dengan harga lima wasaq

(653kg atau 50 kail Mesir) makanan asas sederhana seperti gandum. Abu Yusuf pula

berpendapat bahawa nisab madu diukur dengan nilai 5 wasaq gandum yang paling rendah

Page | 21

Page 22: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

kualitinya. Apabila harga madu mencapai nilai tersebut, maka wajib untuk dikeluarkan satu

per sepuluh sebagai zakat dan begitu juga sebaliknya.

3. Produk haiwan

Antara produk haiwan yang dihasilkan adalah susu dan juga sutera. Ulat sutera yang

dipelihara pada pokok sutera menghasilkan sutera yang sangat mahal di beberapa buah

negara. Menurut Al-Qardhawi (1988), susu dan sutera wajib dikenakan zakat 1/10 apabila

kedua-duanya belum dikenakan zakat pada dasarnya. Ia nya hanya untuk haiwan peliharaan

yang khusus diambil susu daripada haiwan tersebut dan bukanlah haiwan yang diniagakan.

4.1.6 Zakat Barang Tambang dan Hasil Laut

Al-Ma’aadin yang ditakrifkan oleh Ibnu Athir dalam an-Nihaya membawa maksud tempat

dari mana kekayaan bumi seperti emas, perak, tembaga dan lain-lain keluar. Takrifan dari

Ibnu Humam pula menyatakan bahawa ma’din berasal dari ‘and yang membawa maksud

menetap. Kanz pula dapat didefinisikan sebagai tempat tertimbunnya harta benda kerana

perbuatan dari manusia.

Bagi rikaz pula, ia mencakupi keduanya iaitu ma’din dan kanz. Kata ini berasal dari

perkataan rakz yang bererti simpanan. Tetapi yang dimaksudkan ialah maruz yang membawa

maksud yang disimpan. Menurut Ibnu Qudamah yang disebutkan di dalam al-Mughni yang

berkaitan dengan ma’din yang bermaksud,

“Sesuatu pemberian bumi yang terbentuk dari benda lain tetapi berharga.”

Dalam takrifan ini kita boleh mengolahkan maksud ayatnya seperti “sesuatu

pemberian bumi” adalah membawa maksud bukan sesuatu pemberian laut dan bukan

simpanan manusia. Ayat yang berbunyi “terbentuk dari benda lain” membawa maksud bukan

tanah dan lumpur (Al-Mughni, jilid 3: 23). Ma’din yang dikemukan oleh Ibnu Qudamah juga

adalah seperti emas, perak, timah, besi, intan, batu permata, batu akik dan batu bata. Dan bagi

barang dagangan pula ia menunjukkan barang-barang cair seperti minyak bumi, belerang dan

lain-lain yang sejenisnya.

1. Penemuan harta terpendam dan kewajipan zakat keatasnya

Harta yang terpendam yang dimaksudkan ialah harta yang disimpan oleh orang-orang

terdahulu dan dijumpai di dalam tanah, iaitu seperti emas, perak, tembaga dan lain-lain lagi.

Page | 22

Page 23: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Menurut ahli fiqh, mereka telah menetapkan sebanyak 1/5 bahagian zakat di dalamnya. Hal

ini dapat dibuktikan melalui Hadis sahih Bukhari yang bermaksud:

“Rikaz itu harus dikeluarkan zakatnya 1/5 bahagian.”

(Hadis riwayat Jama’ah)

Kewajipan ini juga dapat dilihat didalam ayat Al-Quran yang bemaksud:

“wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untukmu.”

(Surah Al-Baqarah 2: 267)

2. Barang tambang dan kewajipan zakat atasnya

Barang tambang yang dimaksudkan disini adalah yang dikeluarkan dari perut bumi iaitu

barang-barang tambang yang diletakkan Allah dalam tanah seperti emas, perak, tembaga,

besi, timah, belerang dan minyak bumi.

Menurut Abu Hanifah dan sahabatnya, setiap barang tambang yang dicipta dengan

menggunakan api atau diketuk dan ditempa, harus dikeluarkan zakatnya. Tetapi berbeza pula

dengan pandagan dari golongan hambali yang berpendapat bahawa tiada beza antara yang

dicipta dengan api dan yang bukan dicipta dengan api. Barang tambang yang dikenakan

kewajipan zakat ialah semua pemberian bumi yang terbentuk dari unsur lain tetapi berharga.

3. Nisab barang tambang dan waktu penghitungannya

Bagi barang tambang, maksud cukup satu nisab jumlah barang tambang yang diperoleh

bukanlah bermaksud bahawa cukup satu nisab itu sekali pertemuan, tetapi diperoleh berkali-

kali dan terus dijumlahkan. Tetapi hal ini bergantung kepada usaha, pendapatan dan jumlah

yang diperolehi. Apabila usaha ini dilakukan secara terus menerus dan memperoleh

pendapatan maka pendapatan itu akan terkumpul sehinggalah cukup nisab. Oleh itu, apabila

hasilnya sudah terkumpul tanpa putus, maka ia harus dikenakan zakat.

4. Kekayaan laut

Barang kekayaan laut yang terdiri dari mutiara, ambar (batu permata), karang laut dan

sebagainya mempunyai beberapa pandagan mengenai hukum zakatnya. Menurut Abu

Hanifah, Hassan bin Shalih dan mazhab Zaidah Syiah, hasil zakat ini tidak perlu dikenakan

zakat. Namun begitu ada pendapat lain yang dikeluarkan, iaitu kekayaan laut perlu

Page | 23

Page 24: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

dizakatkan. Hal ini demikian kerana menurut riwayat yang dikeluarkan oleh Hasan Bin Imara

yang menyatakan bahawa Umar Bin Al-Khattab telah mengenakan zakat dari ambar (batu

permata) dan mutiara sebanyak 20%. Namun begitu ada juga pendapat yang menceritakan

bahawa Umar Al-Khattab hanya mengenakan 10% terhadap hasil laut tersebut (Al-Qardhawi,

1988).

Menurut pandangan dari dua imam besar iaitu Maliki dan Syafi’i, mereka

mengemukakan bahawa jumlah zakat yang dikenakan haruslah berbeza dari segi pekerjaan,

beban dan jumlah yang diperolehi. Dengan itu, jumlah zakatnya boleh menjadi 20% atau

2.5%.

4.1.7 Zakat Pelaburan Kilang, Bangunan dan Lain-lain

Hasil eksploitasi adalah kekayaan yang wajib dikenakan zakat kerana mengalami

pertumbuhan. Tedapat dua jenis hasil eksploitasi iaitu yang disewakan seperti bangunan, ala-

alat perhubungan dan lain-lain. Kedua adalah hasil produk yang dijual seperti susu dan bulu

daripada lembu dan kambing yang diternak. Hasil eksploitasi adalah keuntungan secara

berterusan yang diperoleh daripada sesebuah harta atau kekayaan tanpa berlakunya

perpindahan milik. Antara jenis kekayaan yang berkembang pada zaman ini adalah bangunan

yang disewakan, kilang untuk menghasilkan produk serta alat perhubungan seperti kereta,

kapal terbang dan kapal laut yang digunakan untuk mengangkut barang dan penumpang.

Antara perbincangan dalam zakat pelaburan kilang, bangunan dan lain-lain adalah seperti

berikut:

1. Perbezaan pendapat tentang hukum zakat pelaburan kilang, bangunan dan lain-

lain

Terdapat dua pendapat berkaitan dengan hukum zakat pelaburan kilang, bangunan dan lain-

lain iaitu tidak wajib zakat dan wajib zakat. Walau bagaimanapun, Al-Qardhawi (1988)

mengatakan bahawa pendapat yang mewajibkan kekayaan tersebut dikenakan zakat adalah

lebih kuat berdasarkan alasan-alasan tertentu.

Pertama, golongan yang berfikiran sempit mengemukakan bahawa hanya harta yang

dikenakan oleh Rasulullah SAW yang boleh dikenakan zakat. Namun, mereka yang

berfikiran luas membantah dengan mengatakan ketiadaan nas daripada Rasulullah SAW tidak

bermaksud zakat terhadap sesuatu harta itu tidak wajib. Hal ini demikian kerana Rasulullah

SAW hanya membicarakan kekayaan yang terdapat dalam masyarakat Arab pada waktu itu

Page | 24

Page 25: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

seperti unta, kambing, jagung, gandum, kurma, anggur dan mata wang perak. Ulama’-ulama’

Islam telah mewajibkan zakat atas kekayaan-kekayaan lain yang tiada nas berdasarkan

analogy kepada jenis-jenis kekayaan yang tedapat dalam masyarakat Arab.

Kedua, mereka yang berfikiran sempit berpendapat bahawa ulama’-ulama’ fiqh Islam

daripada pelbagai masa dan asal tidak pernah melaporkan tentang wajibnya zakat pelaburan.

Pendapat mereka yang berfikiran luas adalah harta yang berkembang dan mengalami

pertumbuhan tidak dikenal secara meluas pada masa itu bahkan terdapat harta yang

berkembang yang baru dikenali pada zaman modern ini. Namun demikian, sudah terdapat

beberapa fatwa ulama’-ulama’ fiqh bahawa beberapa harta kekayaan tersebut itu wajib

dikenakan zakat (Al-Qardhawi, 1988)

Ketiga, golongan yang berfikiran sempit juga mengemukakan fatwa ulama’-ulama’

fiqh bahawa rumah dan peralatan kerja dibebaskan daripada kewajipan zakat. Namun,

golongan yeng berfikiran luas berpendapat bahawa semua yang dibebaskan daripada

kewajipan zakat oleh para ulama’ itu adalah berbeza dengan apa yang kita ada sekarang.

Sebagai contoh, rumah untuk kediaman tidak sama dengan bangunan pencakar langit yang

dilaburkan, peralatan kerja seperti kapak dan gergaji juga tidak sama dengan mesin dan

peralatan yang digunakan untuk proses pengeluaran produk serta binatang tunggangan pada

zaman dahulu juga berbeza dengan kereta, kapal terbang dan kapal laut. Para ulama’ tidak

salah menetapkan hukum wajib zakat terhadap harta-harta tersebut kerana ia mengalami

pertumbuhan dan melebihi keperluan pokok pemiliknya.

2. Penetapan zakat bangunan, kilang dan lain-lain

Terdapat perbezaan pendapat dalam penetapan zakat bangunan, kilang dan lain-lain dalam

kalangan ulama’. Ulama’-ulama’ fiqh sunni dan Syi’ah berpendapat bahawa zakat tersebut

perlu dinilai dan disamakan dengan zakat perniagaan. Hal ini bermaksud zakat sebanyak

2.5% perlu dikira daripada harga bangunan yang dimiliki pada tahun tersebut dan ditambah

dengan keuntungan yang diperoleh juga pada tahun tersebut. Alasan bagi ulama’ yang

berpendapat sedemikian adalah kerana keumuman nas yang mewajibkan zakat secara mutlak

atas kekayaan. Selain itu, para ulama’ juga berpendapat bahawa kekayaan yang dilaburkan

sama dengan kekayaan yang diniagakan. Namun, pendapat ini tidak dipersetujui oleh

beberapa ulama’ kerana mereka berpendapat bahawa bangunan dan kilang yang disewakan

tidak sama dengan barang perniagaan. Barang perniagaan adalah sesuatu yang berpindah hak

Page | 25

Page 26: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

milik melalui proses jual beli. Manakala, bangunan dan kilang yang disewakan menghasilkan

keuntungan tanpa mengubah pemilikan kilang dan bangunan tersebut.

Pendapat yang kedua adalah zakat bangunan, kilang dan lain-lain dikira sebagai zakat

wang berdasarkan hasil pelaburan yang sudah diterima. Alasan yang dipakai oleh mereka

adalah nas yang umum. Al-Hashir fi Mazhab an-Nashir berpendapat bahawa rumah,

bangunan, kilang dan barang-barang lain yang disewakan harus dikenakan zakat sebanyak

2.5% apabila hasil sewanya mencapai 200 dirham setahun.

Pendapat mutakhir tentang zakat bangunan, kilang dan lain-lain adalah dikira sebagai

zakat tanaman dan buahan. Pendapat mutakhir ini bersetuju dengan pendapat kedua iaitu

zakat dikenakan ke atas keuntungan yang diperoleh. Namun, mereka tidak sependapat dengan

jumlah zakat yang dikenakan. Menurut mereka jumlah zakat yang dikenakan adalah sebanyak

10% atau 5% berdasarkan analogi kepada tanah pertanian. Mereka berpendapat bahawa hasil

daripada kilang dan bangunan itu sama dengan hasil pertanian. Ulama’-ulama’ fiqh yang

berpendapat sedemikian adalah seperti Abu Zahra, Abd Wahab Khalaf dan Abd Rahman

Hasan. Kekayaan yang dimiliki untuk memperoleh keuntungan wajib dikenakan zakat.

Sebagai contoh, alat-alat industri yang dilihat sebagai modal dan alat pelaburan. Alat-alat

industri tersebut merupakan kekayaan yang bertumbuh, keuntungan adalah diperoleh

daripada alat-alat tersebut dan juga keuntungan tersebut melebihi daripada keperluan

peribadinya. Selain itu, bangunan yang digunakan untuk tujuan pelaburan dan bukan untuk

kegunaan tempat tinggal peribadi juga dianggap sebagai suatu kekayaan yang bertumbuh dan

wajib dikenakan zakat. Bangunan-bangunan seperti ini mempunyai kemungkinan besar untuk

berkembang dan menghasilkan keuntungan yang banyak.

Al-Qardhawi (1988) berpendapat bahawa pendapat mutakhir oleh ulama’-ulama’

besar ini adalah lebih tepat dan benar kerana berlandaskan syariat yang benar iaitu qias.

Namun, beliau berpendapat bahawa kekayaan yang dikenakan zakat tersebut adalah lebih

menyeluruh termasuklah kekayaan yang bergerak dan yang tidak bergerak. Bagi kekayaan

tidak bergerak seperti bangunan dan kilang, zakat yang dikenakan adalah sebanyak 10% atau

5%. Bagi kekayaan yang bergerak pula seperti haiwan yang diambil hasil daripadanya, zakat

yang dikenakan adalah sebanyak 2.5% sahaja.

3. Nisab zakat pelaburan bangunan dan lain-lain

Page | 26

Page 27: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Para ulama’ berpendapat bahawa zakat pelaburan bangunan dan lain-lain dikira berdasarkan

nisab uang iaitu dengan nilai sebanyak 85 gram emas. Ia adalah lebih tepat dan mudah untuk

dilaksanakan berbanding dengan cara pengiraan yang lain. Zakat pelaburan bangunan dan

lain-lain dikira pada setiap tahun iaitu hasil produksi pada setiap bulan dijumlahkan sehingga

setahun. Tempoh setahun ini akan lebih menguntungkan fakir miskin dan golongan lain yang

berhak menerima zakat. Oleh itu, para ulama’ sependapat bahawa sesebuah kekayaan wajib

dikenakan zakat sudah cukup nisab seperti hasil sewa bangunan yang sudah cukup setahun.

Al-Qardhawi (1988) berpendapat bahawa zakat hanya dipungut dari jumlah

keuntungan bersih yang bermaksud setelah ditolak dengan kos dan perbelanjaan lain seperti

gaji, cukai, hutang dan lain-lain. Selain itu, jumlah minimum perlu juga dibebaskan dari

kewajipan zakat. Hal ini hanya berlaku ke atas mereka yang tidak mempunyai sumber

pendapatan lain. Sebagai kesimpulan, zakat bangunan, kilang dan lain-lain hanya dikenakan

setelah ditolak dengan kos, perbelanjaan serta tertakluk kepada jumlah keperluan minimum

pemilik dan keluarganya dalam tempoh setahun.

4.1.8 Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pekerjaan yang diusahakan

sendiri dan pekerjaan yang diusahakan oleh seseorang untuk manfaat pihak lain. Contoh

pekerjaan yang diusahakan sendiri adalah peniaga, doktor dan sebagainya tanpa ada campur

tangan pihak lain didalam urusan pekerjaannya. Mereka ini akan menerima upah melalui

hasil barang yang dijualnya. Dan yang kedua ialah pekerjaan yang diusahakan oleh seseorang

untuk manfaat pihak lain. Mereka ini akan menerima upah dari kerja-kerja yang telah selesai

dijalankan dan menerima upah dari pihak yang mereka bekerja, contohnya kakitangan

kerajaan dan swasta seperti guru, pensyarah dan sebagainya.

Isu perbahasan yang terdapat didalam topik ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu

perbahasan mengikut pandangan fiqh tentang pendapatan, nisab mata pendapatan dan jumlah

zakat penghasilan dan sejenisnya.

1. Pandangan fiqh tentang pendapatan

Dalam isu ini, perbahasan akan dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu mengikut pendapat

mutakhir dan juga pendapat pada masa kini.

Pendapat mutakhir iaitu Abdur Rahman Hasan, Muhammad Abu Zahrah dan Abdul

Wahab Khalaf berpendapat bahawa pendapatan dapat diambil zakatnya bila sudah setahun

Page | 27

Page 28: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

dan cukup senisab. Bagi Mahzab Hanafi pula, beliau menyatakan bahawa jumlah senisab itu

cukup terdapat pada awal dan akhir tahun sahaja tanpa harus terdapat dipertengahan tahun.

Oleh itu, telah terdapat beberapa Hadis yang membicarakan tentang harta pendapatan.

Antara bukti dari Hadis tersebut adalah dari Ibnu Umar yang bermaksud:

“Siapa yang memperoleh kekayaan maka tidak ada kewajipan zakat atasnya dan seterusnya.”

(Hadis riwayat Tarmizi)

Harta pendapatan menurut para sahabat dan Tabi’in, dari Ibnu Abbas, beliau

meriwayatkan tentang seorang laki-laki yang mengeluarkan zakat ke atas hasil yang

diperoleh. Hal ini menunjukkan bahawa ketiadaan ketentuan satu tahun bagi harta

penghasilan. Mengikut seorang dari sahabat nabi, iaitu Umar bin Abdul Aziz, dari Abu Ubaid

menyebutkan bahawa bila Umar memberikan gaji seseorang, ia memungut zakatnya, begitu

pula bila ia mengembalikan barang yang disita. Ia memungut zakat dari pemberian bila telah

berada di tangan penerima. Dengan ini, dapat dijelaskan lagi bahawa barang ‘Umalah adalah

sesuatu yang diterima seseorang kerana kerjanya. Sebagai contoh, gaji pegawai dan pekerja.

Oleh itu dapat disahkan disini bahawa, zakat pendapatan telah dikenakan sewaktu zaman

Umar.

Dalam zakat mutakhir ini juga, terdapat perbezaan pandangan empat mazhab dalam

masalah harta pendapatan. Abu Hanafiah berpendapat bahawa harta penghasilan itu

dikeluarkan zakatnya bila mencapai masa setahun penuh pada pemiliknya, kecuali jika

pemiliknya mempunyai harta sejenis yang harus dikeluarkan zakatnya. Bagi imam Malik

pula, harta penghasilan tidak dikeluarkan zakatnya sehingga mencapai tempoh setahun, sama

ada harta tersebut sejenis dengan jenis harta pemiliknya atau tidak sejenis, kecuali jenis

binatang peliharaan. Menurut imam Syafii pula, harta penghasilan itu dikeluarkan zakatnya

apabila mencapai waktu setahun meskipun ia memiliki harta sejenis yang sudah cukup nisab.

Bagi pendapat masa kini, tokoh yang terkenalnya ialah Muhammad Ghazali. Dalam

bukunya iaitu Islam wa al-Audza’ al-Iqtishadiya menyatakan bahawa penetapan wajib zakat

dalam Islam hanyalah modal, bertambah, berkurang atau tetap, setelah melebihi setahun,

seperti zakat wang dan perniagaan iaitu sebanyak 1/10 atau 1/20. Oleh itu, kesimpulan yang

dikeluarkan oleh Ghazali adalah sesiapa yang mempunyai pendapatan tidak kurang dari

pendapatan seorang petani yang wajib zakat, maka ia wajib mengeluarkan zakat yang sama

Page | 28

Page 29: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

dengan petani tersebut. Tanpa mempertimbangkan sama sekali keadaan modal dan

pensyariatannya.

2. Nisab Mata Pendapatan

Menurut Muhammad Ghazali dalam perbincangannya, beliau seringkali menggunakan

tanaman dan buah-buahan untuk dijadikan sebagai ukuran kiraan. Hal ini demikian kerana,

sesiapa yang memiliki pendapatan tidak kurang dari pendapatan seorang petani yang wajib

mengeluarkan zakat maka orang itu wajib mengeluarkan zakatnya. Ia bermaksud sesiapa

yang mempunyai pendapatan yang mencapai 5 wasaq (50 kail Mesir) atau 653 kg dari yang

terendah nilainya yang dihasilkan tanah, seperti gandum adalah wajib dikenakan zakat.

Dalam nisab mata pendapatan ini juga terdapat persoalan mengenai cara pengeluaran

zakat harta pendapatan. Menurut ulama’-ulama’ salaf ia mempunyai dua cara dalam

mengeluarkannya. Yang pertama adalah mengikut Az-Zuhri iaitu bila seseorang memperoleh

penghasilan dan ingin membelanjakannya sebelum bulan wajib zakatnya datang, maka

hendaklah ia segera mengeluarkan zakat itu terlebih dahulu daripada membelanjakannya.

Dan apabila tidak ingin membelanjakannya maka hendaknya ia mengeluarkan zakatnya

bersamaan dengan kekayaannya yang lain-lain. Dan pendapat yang kedua pula menurut

Makhul, apabila seseorang harus mengeluarkan zakat pada bulan tertentu kemudian

memperoleh wang tetapi kemudian dibelanjakannya, maka wang itu tidak wajib zakat. Yang

wajib itu hanya wang yang sudah cukup bulan untuk mengeluarkan zakat.

3. Jumlah Zakat Penghasilan dan Sejenisnya

Bagi perbincangan mengenai besar zakat penghasilan dan sejenisnya kita akan

melihat berapakah jumlah zakat yang ditetapkan untuk pelbagai penghasilan dan pendapatan.

Menurut Abu Zahrah dan teman-temannya, penghasilan yang diperolehi dari modal sahaja

atau dari modal kerja, seperti penghasilan fabrik, gedung, percetakan, hotel, kereta dan

sbagainya. Jumlah zakat adalah 1/10 dari pendapatan bersih setelah ditolak dengan hutang.

Bagi pendapatan yang diperolehi dari pekerjaan sahaja seperti pegawai kerajaan dan

golongan profesional yang menerima pendapatan dari pihak lain dalam tempoh tertentu,

maka jumlah zakat yang mereka wajib keluarkan 1/40.

Oleh itu, dapatlah kita melihat disini bahawasanya zakat yang dikenakan terhadap

pendapatan kerja lebih kecil berbanding zakat yang dikenakan terhadap pendapatan modal

(Al-Qardhawi, 1988). Hal ini demikian kerana, modal adalah merupakan suatu yang kukuh

Page | 29

Page 30: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

dan kerja pula merupakan pekara yang tidak begitu stabil. Maka, jelaslah disini bahawa Islam

itu indah dalam memberikan keadilan sebaiknya kepada penganut yang mengamalkan

ajarannya.

4.1.9 Zakat Saham dan Sekuriti Kewangan

Saham adalah surat bukti yang menyatakan bahawa seseorang turut serta dalam suatu

perjanjian untuk menyumbang dalam memajukan sesuatu dengan hasrat mendapat pulangan.

Pemilik saham berhak atas sebagian keuntungan yang dihasilkan syarikat yang dijalankan

oleh organisasi. Pemilik saham juga berhak mengemukakan cadangan dalam urusan-urusan

mengenai pimpinan syarikat. Sekuriti kewangan adalah surat bukti turut serta dalam pinjaman

kepada syarikat atau badan pemerintahan. Bunga sekuriti kewangan telah lebih dahulu

ditetapkan dan biasanya dibayar setengah tahun sekali dengan menukar tanda bukti yang

merupakan sekuriti kewangan itu sendiri.

Saham adalah bahagian dari modal suatu syarikat di mana seorang pemegang saham

itu termasuk pemilik aset syarikat. Sedangkan sekuriti kewanangan adalah perjanjian tertulis

dari bank, syarikat atau kerajaan kepada pembawanya untuk membayar sejumlah pinjaman

dalam masa tertentu dengan bunga tertentu.

1. Perbezaan saham dan sekuriti kewangan

Antara saham dan sekuriti kewangan terdapat beberapa perbezaan. Saham merupakan

bahagian kekayaan bank atau syarikat manakala sekuriti kewangan merupakan pinjaman

kepada syarikat, bank atau pemerintah. Saham memberikan keuntungan sesuai dengan

keuntungan syarikat atau bank yang berkemungkinan banyak atau sedikit sesuai dengan

keuntungan syarikat atau bank itu, dan terpaksa menanggung sekiranya syarikat mengalami

kerugian sedangkan sekuriti kewangan memberikan keuntungan tertentu atas pinjaman tanpa

bertambah atau berkurang. Pemegang sekuriti bererti pemberi hutang atau pinjaman kepada

syarikat, bank atau pemerintah sedangkan pembawa saham berarti pemilik sebagian syarikat

dan bank itu sebesar nilai sahamnya. Sekuriti kewangan dibayar setelah waktu tertentu,

manakala saham hanya dibayar dari keuntungan bersih syarikat.

Perbezaan lain antara saham dan sekuriti kewangan ialah sekuriti melibatkan bunga

yang berkategori riba yang dilarang. Walaupun begitu, sekuriti kewangan tetap merupakan

kekayaan dari pemiliknya yang sama dengan saham (Al-Qardhawi 1988).

Page | 30

Page 31: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Jika pemegang saham suatu syarikat turut memiliki syarikat tersebut, nilai saham-

sahamnya boleh naik dan turun sehingga pemilik sahamnya berkemungkinan untung atau

rugi. Sama seperti konsep mudharabah, maka berbeza dengan pemilik sekuriti kewangan

sebab ia hanya memberi pinjaman kepada pemerintah, bank, dan lain-lain yang mengeluarkan

sekuriti kewangan dengan diberi bunga tertentu dan bayaran dalam tempoh yang tertentu.

2. Syarat wajib untuk zakat saham dikeluarkan

a. Pendapat pertama: Jenis perniagaan yang mengeluarkannya

Samada syarikat itu syarikat industri, perdagangan atau campuran keduanya. Saham hanya

boleh dinilai setelah saham yang mencerminkan sebahagian kekayaan itu diketahui.

Berdasarkan faktor itu juga ditetapkan syarikat diwajibkan zakat atau tidak.

Pendapat ini dikemukakan oleh Syekh Abdul Rahman Isa dalam bukunya al-

Mu’amalat al-Haditha wa Ahkamuha. Ia berkata seperti berikut:

“Banyak orang yang memiliki saham syarikat tidak mengetahui bagaimana hukum zakat saham-sahamnya itu. Ada yang mengira bahawa saham-saham itu tidak wajib zakat, tetapi itu salah. Ada pula yang mengira saham-saham itu mutlak wajib zakat, tetapi itu juga salah.

Yang benar adalah bahawa harus dilihat bentuk saham itu sesuai dengan bentuk syarikat yang menerbitkan.”

Mengenai sekuriti kewangan, Syekh mengatakan, sekuriti adalah sejenis cek berisi

pengakuan bahawa bank, syarikat atau pemerintah berhutang kepada pembawa sejumlah

tertentu dengan bunga tertentu. Pembayaran harus disegerakan setelah sampai tempohnya.

Waktu itu zakatnya wajib dibayar untuk setahun setelah sekuriti kewangan itu berada dalam

tangan. Ini adalah pendapat Malik dan Abu Yusuf.

Tetapi bila tempohnya belum sampai, maka pembayaran zakatnya tidak wajib kerana

ia merupakan hutang yang tertangguh. Begitu juga apabila belum cukup setahun dalam

pemilikannya, berdasarkan ketantuan bahawa zakat wajib apabila sudah berlalu satu tahun.

b. Pendapat kedua: Saham dan perniagaan dilihat sebagai sesuatu yang sama

Ulama’-ulama’ besar seperti Abu Zahra, Abdur Rahman Hasan dan Khalaf, berpendapat

bahawa saham dan sekuriti kewangan adalah kekayaan yang diperjual-belikan, kerana

pemiliknya memperjual-belikan dengan menjual dan membelinya dan dari perniagaan itu

pemilik memperoleh keuntungan seperti pedagang dengan barang dagangannya kerana harga

pasaran sebenar berbeza dengan harga yang tertulis dalam perjanjian jual beli tersebut.

Page | 31

Page 32: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Berdasarkan pandangan itu maka saham dan sekuriti kewangan termasuk ke dalam kategori

barang dagang (Al-Qardhawi 1988).

4.2 Zakat Fitrah

Pengertian zakat fitrah adalah zakat yang harus di keluarkan oleh setiap muslim sama ada

lelaki atau perempuan, besar atau kecil, tua atau muda, di bulan Ramadhan sehingga

menjelang waktu solat Aidil Fitri. Dari sudut bahasa, zakat berasal dari perkataan Arab iaitu

fathara yang dapat berarti menjadikan, membuat dan mengadakan. Pengertian fitrah terdapat

pada ayat al-Qur'an surat al-Rum ayat 30 yang bermaksud :

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) firman Allah yang ia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu tidak ada perubahan pada firman Allah (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Surah Al-Rum 30: 30)

Zakat fitrah adalah zakat yang berfungsi mengembalikan manusia kepada fitrahnya,

yang bermaksud mensucikan diri mereka daripada kekotoran-kekotoran yang disebabkan

oleh pergaulan dan sebagainya sehingga manusia jauh daripada fitrahnya.

Hadis sahih Bukhari yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum kepada setiap orang yang merdeka, hamba sahaya, laki-

laki mahupun perempuan dari kaum Muslimin.”

Hanafiah menyatakan bahawa zakat fitrah itu wajib, bukan fardhu, berdasarkan

kaedahnya yang membezakan antara fardhu dengan wajib. Fardhu merujuk kepada segala

sesuatu yang ditetapkan berdasarkan dalil-dalil qath’i, sedangkan wajib adalah segala sesuatu

yang ditetapkan berdasarkan dalil zanni. Kesan daripada perbezaan ini menyebabkan orang

yang mengingkari fardhu adalah kufur dan sebaliknya orang yang mengingkari wajib adalah

tidak kufur.

4.2.1 Hikmah disyariatkan Zakat Fitrah

Hikmah diwajibkan zakat fitrah ini adalah sebagaimana Hadis sahih yang diriwayatkan oleh

Ibnu Abbas:

“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa dari kata-kata yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata kotor, serta untuk memberi

makanan pada orang-orang miskin.”

Page | 32

Page 33: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Hikmah pertama ialah berhubung dengan orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan.

Dalam berpuasa manusia tidak terlepas daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak

bermanfaat dan melakukan perbuatan yang sia-sia. Sedangkan, puasa yang sempurna ialah

puasa orang yang menjaga lidahnya dan anggota badannya. Tetapi manusia dengan

kekurangannya tidak terlepas daripada melakukan perkara berikut. Dari hal-hal berikutlah

wujudnya kewajipan berzakat fitrah diakhir bulan untuk menampung kekurangan-kekurangan

tersebut sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu akan menghilangkan sesuatu yang kotor.

Hal ini dianggap sama dengan solat sunat rawatib, sebelum atau selepas solat lima

waktu, untuk menampung kelemahan-kelemahan yang wujud dalam menunaikan rukun iman

tersebut. Menurut Waki’ bin Jarrah, zakat fitrah pada bulan Ramadhan berfungsi untuk

menampung kekurangan puasa sama seperti konsep sujud sahwi yang berfungsi untuk

menampung kekurangan solat.

Hikmah kedua berhubungan dengan masyarakat dengan melahirkan rasa kasih dan

sayang terhadap orang yang miskin dan memerlukan. Hari raya ialah hari dimana setiap

muslim menzahirkan kegembiraan dalam setahun. Oleh itu, wajar untuk kita yang

berkemampuan membantu golongan yang memerlukan bagi bersama-sama menikmati

kegembiraan pada hari tersebut. Melalui pemberian zakat dapat mengelakkan daripada

mereka meminta-minta. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Zakat Fitrah merupakan pembersih bagi yang berpuasa dari hal-hal yang tidak bermanfaat dan kata-kata keji (yang dikerjakan waktu puasa), dan bantuan makanan untuk

para fakir miskin."

(Hadis hasan riwayat Abu Daud)

4.2.2 Golongan Wajib Membayar Zakat

Dalam mengeluarkan zakat fitrah, tidak diwajibkan atas semua golongan kerana terdapat

golongan-golongan tertentu yang sudah ditetapkan syaratnya untuk dikenakan zakat fitrah.

Pekara ini dapat dilihat seperti didalam Hadis sahih Bukhari dari Ibnu Umar yang

bermaksud:

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada laki-laki dan perempuan merdeka atau hamba sahaya, segantang kurma atau segantang gandum.”

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Hadis di atas menunjukkan zakat fitrah

dikenakan ke atas setiap insan Muslim, tidak ada perbezaaan antara orang merdeka dan

hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak dan dewasa, kaya dan miskin, masyarakat bandar

Page | 33

Page 34: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

mahupun luar bandar. Cuma yang terkecuali dari dikenakan zakat, adalah mereka yang bukan

muslim. Maka dengan ini dapatlah kita mengetahui bahawa zakat fitrah perlu dikeluarkan

oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Antara perbincangan yang terdapat dalam bahagian

ini adalah:

1. Hukum zakat fitrah terhadap isteri dan anak kecil

Persoalan mengenai isteri dan anak kecil yang perlu dikenakan zakat fitrah masih menjadi

persoalan dikalangan para ulama’, hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai perbezaan dalil-

dalil yang dikemukakan dan perbezaan menurut mazhab. Misalnya pendapat dari mazhab

Zahiri yang berpegang pada pendapat Abu Hanifah iaitu, zakat fitrah wajib bagi si isteri itu

sendiri, dikeluarkan dari hartanya.

Manakala, menurut pandangan Imam Laits dan Ishaq bahawa suami wajib

mengeluarkan zakat fitrah untuk isterinya, kerana isteri masih dikira didalam nafkah suami.

Dan menurut Imam Syafii yang diambil melalui Hadis mursal:

“Bayarlah zakat fitrah dari semua orang yang menjadi tanggungjawab kalian.”

Pendapat jumhur ulama’ adalah yang paling sesuai untuk memberikan jawapan dalam

topik perbincangan ini, iaitu zakat fitrah itu wajib bagi anak kecil diambil dari hartanya

apabila ia memiliki harta dan dikeluarkan oleh walinya, dan apabila tidak mempunyai harta

maka zakat fitrahnya wajib dibayar oleh orang yang memberikannya nafkah.

2. Hukum zakat fitrah terhadap janin

Menurut jumhur ulama’, kata sepakat telah dikeluarkan dengan menyatakan bahawa janin

tidak wajib untuk dizakatkan. Menurut Ibnu Hazm:

“Apabila janin dalam perut ibunya telah sempurna berumur seratus dua puluh hari sebelum terbitnya fajar malam hari raya Idil Fitri, maka wajib dikeluarkan zakat fitrah bagi dirinya.”

Zakat fitrah yang dikenakan keatas janin mengikut Usman adalah sebagai istihbah

iaitu sesiapa yang membuat baik akan lebih baik baginya. Tetapi tidaklah wajib dikenakan ke

atas janin (Al-Qardhawi, 1988).

3. Nisab zakat fitrah

Page | 34

Page 35: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Persoalan mengenai, adakah zakat perlu dikeluarkan apabila sampai nisab boleh dirujuk

kepada Hadis sahih Muslim dari Abu Hurairah RA iaitu Rasulullah s.a.w bersabda yang

bermaksud:

“Tidak wajib menzakatkan hamba sahaya melainkan zakat fitrahnya”

Melalui ayat ini kita dapat mengetahui bahawa semua orang kaya atau miskin yang

tidak mempunyai harta apabila cukup nisab, maka perlulah dizakatkan. Pekara ini juga sama

seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang

baik”

(Surah Al-Imran 3: 134)

Walau bagaimanapun, jumhur telah meletakkan syarat iaitu wajib dikenakan zakat

apabila sudah mencukupi keperluan makanan, pakaian dan keperluan sehariannya atau

terdapat lebihan dari penggunaan biasa.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Bayarkanlah zakat fitrah satu sha gandum atau bur dari setiap manusia, anak-anak atau orang dewasa, merdeka atau hamba sahaya, kaya atau fakir, laki-laki atau perempuan. Jika

kamu sekalian kaya maka Allah akan mensucikannya, dan jika fakir maka Allah akan mengembalikannya dengan yang lebih banyak daripada yang diberikannya.”

(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Dengan ini jelas bahawa Allah SWT mengenakan kewajipan zakat fitrah pada yang

kaya mahupun yang miskin adalah kerana mempunyai sebab dan akan digandakan pahalanya.

4. Syarat kewajiban zakat fitrah bagi si fakir

Para jumhur ulama’ mensyaratkan bahawa orang fakir wajib mengeluarkan zakat fitrah bila

dia pada hari dikenakan zakat fitrah mempunyai lebihan keperluan hariannya. Jika fakir

sekadar mempunyai tempat tinggal biasa, pakaian untuk yang dipakai untuk keperluannya

sahaja, binatang untuk digunakan keperluan dirinya sahaja dan tidak mempunyai harta

berkembang, maka tidak perlu dikenakan zakat. Namun, jika terdapat lebihan dari harta yang

boleh dikembangkan melebihi penggunaan keperluan kehidupan hariannya, maka perlulah

dia menzakatkan.

Page | 35

Page 36: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

5. Hutang yang mempunyai tempoh tidak menghalang dari dikenakan zakat fitrah

Orang yang mempunyai lebihan harta hendaklah mengeluarkan zakat fitrah walaupun hanya

berhutang. Namun. apabila dia dituntut segera menyelesaikannya, maka menyelesaikan

hutang adalah diutamakan. Menurut Ibnu Qudamah, sesungguhnya hutang tidak menghalang

dari dikenakan zakat fitrah, tidak seperti zakat harta kerana zakat fitrah sangat diwajibkan

sehingga fakir pun diwajibkan. Oleh itu, dapat difahamkan zakat fitrah akan digugurkan

apabila penjelasan hutang mahu disegerakan, maka seseorang itu tidak wajib untuk

membayar zakat fitrah, malah perlu membayar hutang yang disegerakan.

4.2.3 Jenis Zakat Fitrah

1. Dalam bentuk makanan

Hadis-hadis yang ada hanya menjelaskan beberapa jenis makanan tertentu yang dikenakan

zakat iaitu kurma, gandum, anggur (kismis) dan keju. Ada juga riwayat menetapkan tepung

gandum dan juga biji-bijian. Namun, golongan Maliki dan Syafi’i berpendapat bahawa jenis-

jenis makanan ini bukan bersifat ta’abbuddi dan tidak dimaksudkan benda itu sendiri. Hal ini

bermaksud bahawa seseorang Muslim boleh mengeluarkan zakat fitrah daripada makanan

asas di negera masing-masing. Pada zaman dahulu, Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah

dalam bentuk makanan atas dua tujuan iaitu pelakasanaannya lebih mudah kerana jarangnya

pemilikan wang pada zaman tersebut.

2. Dalam bentuk wang

Terdapat pelbagai pendapat berkaitan dengan zakat qimah ini. Zakat qimah adalah zakat yang

dikeluarkan dengan harga atau nilai.

Caranya adalah dengan berbentuk wang sebagaimana dengan makanan. Wang lebih

utama kerana ia dapat dimanfaatkan mengikut kepentingan penerima zakat. Tsauri, Abu

Hanifah dan sahabatnya membolehkan pengeluaran zakat fitrah dengan wang. Pada zaman

moden ini, zakat fitrah berbentuk wang adalah lebih mudah, praktikal dan bermanfaat

berbanding dengan zakat fitrah berbentuk makanan.

Al-Qardhawi (1988) berpendapat bahwa zakat fitrah dengan menggunakan wang

adalah sah sebagaimana yang diterangkan dalam kitabnya Fiqhu al-Zakah yang bermaksud:

“Pemberian dengan harganya ini lebih mudah di zaman kita sekarang ini, dan terutama di lingkungan negara industri, dimana orang-orang tidaklah bermuamalah, kecuali

Page | 36

Page 37: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

dengan uang. Dan sebagaimana pula di sebagian besar negara dan pada biasanya, lebih bermanfaat bagi orang-orang fakir. Sesungguhnya yang tampak bagi saya, bahwa

Rasulullah SAW itu mewajibkan zakat fitrah dengan makanan, karena dua sebab: Pertama, jarangnya mata uang di tanah Arab ketika itu, sehingga dengan memberi makanan itu, akan lebih memudahkan bagi orang banyak. Kedua, sesunggahnya nilai mata uang itu berubah

dan berbeda daya belinya dari satu masa ke masa lain, berbeda dengan satu sha’ makanan yang secara pasti mengenyangkan orang, sebagaimana makanan pada masa itu lebih mudah

bagi orang yang memberi dan lebih bermanfaat bagi orang yang menerima.”

Pernyataan di atas menjelaskan bahwa pada zaman sekarang wang lebih mudah dan

praktikal untuk membayar zakat fitrah. Hal ini demikian karena sebahagian besar orang orang

bertransaksi dengan wang. Selain itu juga zakat fitrah dengan wang akan lebih bermanfaat

bagi para mustahiq, dimana biasannya para mustahiq lebih banyak mendapatkan makanan

pada hari raya, sehingga mempunyai keinginan untuk dijual. Namun, apabila zakat fitrah

dikeluarkan dengan wang, maka para mustahiq dapat menggunakannya untuk membeli

sesuatu yang lain seperti pakaian dan keperluan yang lain.

Al-Quran adalah dasar hukum istinbat Al-Qardhawi (1988) yang bermaksud:

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan

doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah At-Taubah 9: 103)

Menurut Al-Qaradhawi (1988), ayat ini menunjukkan zakat pada asalnya diambil dari

harta (mal), iaitu apa yang dimiliki berupa emas dan perak termasuklah wang. Oleh itu, ayat

ini membolehkan seseorang Muslim membayar zakat fitrah dalam bentuk wang. Menurut

pandangan beliau juga sesungguhnya yang wajib adalah mencukupkan orang fakir dan

dengan menggunakan wang ianya lebih bermanfaat dan efektif.

Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan pendapat berkaitan dengan zakat qimah

(wang). Antaranya, nilai wang haruslah sama dengan 2.5 kg gandum atau kurma. Abu

Hanifah dan Abu Yusuf berpendapat bahawa zakat qimah boleh dipilih berdasarkan harga

kedua-duanya. Namun, menurut M. Yusuf Al-Qardhawi (1988), 2.5 kg perlu diambil dari

makanan asas negara yang berkualitas terbaik.

Terdapat ulama’ yang tidak membenarkan pengeluaran zakat fitrah dalam bentuk

wang. Imam Ahmad berpendapat bahawa zakat qimah ini tidak benar dan bertentangan

dengan Sunnah Rasulullah SAW. Ibnu Hazem pula berpendapat bahawa zakat qimah ini

bukan zakat yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. Menurut pendapat Imam Syafi’i,

Page | 37

Page 38: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

zakat fitrah dengan wang tidak dibolehkan dan harus membayar zakat fitrah dengan makanan

sebagaimana dalam kitab “Al-Umm” yang bermaksud:

“Dan tidak boleh mengeluarkan zakat kecuali berupa biji-bijian, tidak berupa tepung kasar dan halus juga tidak boleh mengeluarkan berupa harganya.”

Daripada perbincangan di atas, dapat kita fahami bahawa perbezaan pendapat ini

bergantung atas apa yang lebih bermanfaat bagi penerima zakat. Sebagai contoh, apabila

mengalami kesulitan mencari makanan, maka zakat makanan adalah lebih utama dan begitu

juga sebaliknya.

4.2.4 Jumlah Zakat Fitrah

Terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan jumlah zakat fitrah yang perlu dikeluarkan.

Antaranya adalah:

1. 2.5 kg dari segala jenis makanan

Hadis Ibnu Umar RA yang bermaksud,

“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan, 2.5 kg kurma atau gandum.”

(Hadis Riwayat Jamaah)

Hadis di atas jelas menjelaskan bahawa zakat fitrah dikenakan sebanyak 2.5 kg dari

setiap jenis makanan bagi setiap individu. Imam Dahlawi berpendapat bahawa 2.5 kg adalah

cukup untuk memenuhi keperluan keluargan dan tidak terlalu membebankan bagi mereka

yang mengeluarkan zakat. Pendapat Jumhur ulama’ adalah berdasarkan Hadis Abu Said yang

bermaksud,

“2.5 kg makanan, kurma, gandum, anggur dan keju.”

Imam Nawawi mengemukakan bahawa Hadis ini mempunyai dua petunjuk iaitu

‘makanan’ bagi penduduk Hijaz adalah gandum sahaja. Petunjuk seterusnya adalah setiap

jenis makanan yang perlu dizakatkan adalah sebanyak 2.5 kg, bukan memandang dari sudut

harganya.

2. 1.25 kg tepung gandum

Page | 38

Page 39: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Abu Hanifah dan sahabatnya berpendapat bahawa jumlah zakat fitrah cukup dengan 1.25 kg

tepung gandum. Dalil-dalil Abu Hanifah dan ulama’ yang mempunyai pendapat yang sama

dengannya adalah seperti berikut :

“Rasulullah SAW bersabda : Zakat fitrah 2.5 kg tepung gandum dari dua jenis.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

“Zakat fitrah 1.25 kg dari tepung gandum.”

(Hadis riwayat Hakim)

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat 2.5 kg kurma atau gandum atau 1.25 kg tepung

gandum.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasai)

Daripada riwayat yang terkumpul, ia menjelaskan bahawa tepung gandum bukanlah

satu makanan yang terkenal semasa zaman Rasulullah SAW. Ulama’ berpendapat bahawa

jumlah zakat fitrah 1.25 kg tepung gandum ini adalah memadai dengan 2,5 kg gandum kerana

ketiadaan tepung gandum di Madinah pada waktu tersebut. Hadis yang menguatkan pendapat

ini adalah:

“Rasulullah SAW memerintahkan zakat fitrah 2.5 kg kurma dan gandum biji, maka para sahabat menyamakan 1.25 kg tepung gandum dengannya.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Daripada perbincangan dan penjelasan di atas, dapat kita simpulkan bahawa Hadis

berkaitan 1.25 kg tepung gandum tidak terlalu dhaif sehingga ditolak keseluruhannya. Oleh

itu, untuk mengeluarkan zakat tepung gandum, seseorang boleh mengeluarkan sebanyak 1.25

kg iaitu bersamaan dengan 2.5 kg kurma atas dasar ijtihad sahabat. Namun, mengeluarkan

zakat sebanyak 2.5 kg tepung gandum dapat menjamin keselamatan dan mengelak dari

kekhilafan serta mengikut jejak Rasulullah SAW (Al-Qardhawi, 1988)

3. Melebihi 2.5 kg

Al-Qardhawi (1988) berpendapat bahawa zakat fitrah yang melebihi dari batas yang

diwajibkan tidak menjadi masalah malah merupakan satu kebaikan. Firman Allah SWT yang

bermaksud,

Page | 39

Page 40: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

“Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya.”

(Surah Al-Baqarah 2: 184)

Ayat di atas merupakan penjelasan tentang fidyah puasa iaitu dengan memberi makan

orang miskin.

4.2.5 Waktu Membayar Zakat Fitrah

Hukum membayar zakat fitrah adalah berbeza-beza mengikut waktu zakat tersebut

dikeluarkan. Hukum tersebut boleh menjadi wajib, afdhal, sunat, makruh, dan malahan boleh

menjadi haram.

Zakat wajib dikeluarkan apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit

matahari pada keesokan harinya. Waktu yang paling afdhal mengeluarkan zakat fitrah ialah

sebelum solat sunat hari raya. Sepanjang bulan Ramadhan adalah disunatkan untuk

pembayaran zakat fitrah. Hukum menjadi makruh sekiranya pembayaran zakat dibuat selepas

solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal. Selepas terbenam

matahari satu Syawal adalah haram zakat fitrah.

4.2.6 Golongan Yang Berhak Menerima Zakat

Zakat fitrah tidaklah sama dari segi konsepnya, tujuannya dengan zakat harta. Kedua zakat

ini mempunyai perbezaan dari segi istilah dan tujuannya. Oleh itu, sudah tentu terdapat

perbezaan dari segi pengagihan kepada golongan yang berhak menerima zakat fitrah ini.

Mengikut para ulama’ pula, mereka telah mencapai kata sepakat bahawa zakat fitrah ini perlu

dibahagikan kepada fuqara Muslimin, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Cukupkanlah mereka (orang-orang fakir miskin) pada hari ini (hari raya puasa).”

(Hadis riwayat Imam Al-Baihaqi dan Daruqutni)

1. Perbezaan pendapat mengenai hak penerimaan zakat fitrah pada fakir zimmi

Dalam penentuan mengenai fakir zimmi dibolehkan menerima zakat fitrah atau tidak, para

ulama’ berpendapat bahawa golongan ini tidak dibolehkan menerima zakat fitrah manakala

bagi pendapat Abu Hanifah pula, beliau berpendapat bahawa hal itu dibolehkan. Perkara asas

perbezaaan pendapat dari yang tidak dibolehkan dan juga dibolehkan adalah dari persoalan

mengenai adakah zakat fitrah itu diberikan untuk yang fakir sahaja, atau untuk yang fakir dan

Islam.

Page | 40

Page 41: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Mengikut segolongan ulama’, mereka mensyaratkan ahli zimmi yang dibolehkan

menerima zakat fitrah ini adalah dari mereka yang terdiri daripada pendeta. Seperti riwayat

Ibnu Syaibah yang menyatakan bahawa Abu Maisarah memberikan zakat fitrah kepada para

pendeta. Amr bin Maimun, Amr bin Syurahbil dan Murrah Hamdani memberi zakat fitrah

sebahagian kepada para pendeta.

Namun demikian, zakat fitrah ini hanya boleh diberikan kepada ahli zimmi setelah

segala fakir miskin orang Islam telah dipenuhi terlebih dahulu.

2. Adakah zakat fitrah dibahagikan kepada lapan asnaf

Mengenai persoalan adakah zakat fitrah ini layak diterima atau tidak oleh lapan golongan

asnaf ini telah menjadi isu yang dibincangkan dan terdapat perbezaan pandangan oleh setiap

mahzab. Menurut Mazhab Syafi’i, zakat fitrah wajib diserahkan kepada golongan yang

berhak menerima zakat, mereka wajib diberi dengan adil dan rata. Manakala menurut mazhab

Ibnu Hazm, zakat fitrah yang diberikan sendiri oleh pengeluar zakat, maka tidak terdapat

bahagian petugas dan gugurnya bahagian muallaf kerana urusan mereka adalah dibawah

tanggungjawab penguasa.

Pendapat Ibnu Qayyim pula, beliau menyatakan bahawa zakat fitrah ini adalah layak

untuk orang-orang miskin sahaja, hal ini demikian kerana, beliau menyatakan bahawa Nabi

SAW tidak pernah membahagikan zakat fitrah kepada golongan lapan asnaf dan tidak pula

menyuruh untuk diberikan dan tidak pula dilakukan oleh para sahabat dan orang-orang

selepasnya.

Bagi Mazhab Maliki pula, beliau menyatakan bahawa zakat fitrah itu hanyalah

diberikan kepada golongan fakir dan miskin. Zakat fitrah tidak akan diberikan kepada

petugas zakat, muallaf, orang yang berhutang dan orang yang berperang kecuali jika

seseorang itu adalah benar-benar fakir.

Oleh itu dapatlah disimpulkan disini, bahawa didalam pengagihan zakat fitrah ini

terdapat tiga sudut pandangan yang berbeza, iaitu sudut pandangan dari mazhab Syafi’i,

Maliki dan jumhur ulama’. Bagi imam Syafi’i, beliau berpandangan bahawa zakat fitrah ini

wajib dibahagikan kepada lapan golongan asnaf. Manakala bagi pendapat imam Maliki,

beliau menyatakan bahawa zakat fitrah ini adalah wajib untuk golongan yang fakir sahaja.

Dan pendapat jumhur ulama’ pula, mereka membolehkan zakat fitrah ini dibahagikan kepada

Page | 41

Page 42: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

golongan lapan asnaf tetapi setelah tuntutan kepada fakir dipenuhi terlebih dahulu (Al-

Qardhawi, 1988).

4.3 Praktis Zakat di Malaysia

Terdapat beberapa perbezaan antara zakat yang dinyatakan dalam buku hukum zakat dengan

zakat yang dilaksanakan di Malayisa. Antara zakat yang dilaksanakan di Malaysia yang tidak

dinyatakan dalam buku tersebut adalah zakat wang simpanan. Wang simpanan termasuklah

wang yang disimpan dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa,

amanah saham nasional berhad dan lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana

institusi kewangan. Zakat wang simpanan ini dikenakan keatas jumlah baki terendah dalam

tempoh setahun simpanan (Pusat Pungutan Zakat, 2014). Ia juga hanya dikenakan apabila

jumlah wang simpanan menyamai atau melebihi nisab yang telah ditentukan.

Selain itu, zakat kumpulan wang simpanan pekerja. Wang tersebut adalah wang

simpanan milik individu sepanjang tempoh perkhidmatan yang telah mencukupi semua

syarat-syarat wajib zakat kecuali sempurna milik. Oleh yang demikina,caruman kumpulan

wang simpanan pekerja hanya diwajibkan zakat apabila ia dikeluarkan daripada simpanan

tersebut. Zakat ini berkonsepkan zakat simpanan atau zakat wang. Kewajipan zakat simpanan

ini adalah bersandarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud,

".....Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (dengan balasan)

azab seksa yang tersangat pedihnya. (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan hartabenda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselarkan dengannya dahi mereka, dan rusuk

mereka, serta belakang mereka (lalu dikatakan kepada mereka):"Inilah apa yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, oleh itu rasakanlah azab dari) apa yang kamu simpan itu."

(Surah At-Taubah 9: 34-35)

Namun, terdapat juga persamaan pelaksanaan zakat seperti yang dinyatakan dalam buku

Hukum Zakat dengan apa yang dilaksanakan di Malayisa. Antaranya adalah zakat saham.

Saham didefinisikan sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi

perdagangan khususnya di Bursa Malaysia. Zakat saham dikenakan keatas saham-saham

yang disenaraikan. Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada

dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang

dijual beli untuk tempoh kurang daripada setahun. Bagi saham-saham berbentuk pelaburan

jangka panjang iaitu melebihi setahun, maka zakat dikira keatas jumlah lot yang dipegang

dengan harga terendah seunit.

Page | 42

Page 43: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

Zakat yang lain yang juga dilaksanakan di Malaysia adalah seperti zakat pendapatan.

Zakat gaji dan pendapatan diisitilahkan sebagai zakat Al-Mal Al-Mustafad iaitu zakat yang

bersumberkan gaji dan pendapatan professional. Zakat gaji dan pendapatan ini termasuklah

segala jenis pendapatan seperti gaji, upah, bonus, elaun, pencen dan lain-lain bentuk

perolehan semasa hidup, bersara atau mati.

5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa zakat telah diwajibkan di Madinah dan diterangkan

batas-batas serta hukum-hukumnya. Zakat adalah sutu sistem Islam yang unik. Zakat

merangkumi sistem kewangan, ekonomi, sosial, politik, moral dan agama secara tidak

langsung.

Zakat dikategorikan sebagai sistem kewangan dan ekonomi kerana zakat merupakan

cukai harta yang ditentukan. Ia dapat dikategorikan sebagai cukai kepala iaitu zakat fitrah dan

sebagai cukai harta yang dipungut dari modal dan pendapatan. Zakat adalah sumber

kewangan baitulmal dalam Islam yang berterusan. Zakat digunakan untuk membebaskan

setiap orang dari kesusahan dan menyempurnakan keperluan mereka dalam bidang ekonomi

dan lain-lain. Zakat juga merupakan satu cara yang praktis untuk pengumpulan kekayaan dan

menjadikannya sebagai satu harta yang berkembang.

Zakat adalah sistem sosial kerana ia berfungsi menyelamatkan masyarakat yang

kurang bernasib baik bagi menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Golongan

yang bernasib baik akan membantu golongan lemah dan sekaligus merapatkan jurang sosial

sesama muslim. Zakat juga berfungsi sebagai satu sistem politik kerana pada asalnya

negaralah yang mengelola pemungutan dan pembahagiannya terhadap sasarannya dengan

menitikberatkan unsur keadilan. Hal ini dilakukan dengan menggunakan perantaraan yang

dipercayai iaitu amil zakat.

Zakat juga dapat dikategorikan sebagai sistem moral kerana zakat bertujuan

membersihkan hati orang kaya dari riak dan pentingkan diri. Zakat membersihkan golongan

ini dengan melakukan pengorbanan dan memahami penderitaan orang lain dengan melakukan

amal. Tidak dapat disangkal lagi bahawa zakat adalah sistem agama Islam. Zakat merupakan

salah satu daripada rukun Islam yang wajib dipatuhi dan diamalkan dalam kehidupan

seharian mukmin. Ianya satu ibadah yang penting untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT

bagi mendapatkan keberkatan-Nya.

Page | 43

Page 44: ZAKAT - Yusuf Al-Qardhawi

6.0 Rujukan

Lembaga Zakat Selangor. (2014). Pengertian Zakat. Retrieved at May 7, 2015 fromhttp://www.zakatselangor.com.my/.

M. Yusuf Al-Qardhawi. (1998). Hukum Zakat. Singapura: Penerbitan Pustaka Nasional Pte.Ltd.

Mujaini Tarimin. (1990). Zakat Pertanian: Sistem dan Pelaksanaannya. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Pungutan Zakat. (2014). Jenis Zakat. Retrieved at May 6, 2015 fromhttp://www.zakat.com.my/.

Yusuf Al-Qardhawi. (1994). Fatwa Masa Kini. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Zamihan Hj Mat Zin Al-Ghari. (2013). Bahaya penyelewengan syiah. Kuala Lumpur: MajlisPenjelasan Fatwa 2013.

Page | 44