rujukan stpm

5
Soalan 16: Jelaskan konsep dan ciri-ciri ekonomi tradisional Melayu pada abad ke-19. Pendahuluan: § Sejak dahulu lagi, Tanah Melayu telah dikenali oleh pedagang dari India sebagai Suvarnabhumi yang bermaksud “bumi emas.” Ini kerana, hasil bumi Tanah Melayu kaya dengan pelbagai sumber galian seperti emas dan perak. § Kedudukan Tanah Melayu yang strategik dari segi geografi juga menjadi daya penarik dan tumpuan kepada kegiatan perdagangan. Ini membuktikan, bahawa sejak dahulu lagi masyarakat Melayu telah terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi. Isi-isi penting: Konsep ekonomi tradisional § Ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi yang hanya cukup untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan menyara keluarga. Kegiatan ekonomi jenis ini juga dikenali sebagai ekonomi sara diri serta merupakan kegiatan asas dan kegiatan utama bagi masyarakat pada masa itu. § Tiada pengkhususan dalam pekerjaan ; masyarakat boleh melakukan pelbagai pekerjaan pada masa yang sama seperti petani, nelayan, penternak dan pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur. § Peralatan tradisional digunakan untuk mengerjakan suatu pekerjaan. Misalnya, bubu, tangguk, lukah, serkap dan jala khusus digunakan bagi menangkap ikan. § Berskala kecil. Tidak menghasilkan sesuatu keperluan untuk orang lain, hanya apabila adanya lebihan, barulah ada aktiviti penjualan. Ciri-ciri ekonomi tradisional 1) Tiada Pengkhususan Pekerjaan § Melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama. Pekerjaan juga melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua. § Kanak-kanak biasanya akan melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti menjemur ikan, menganyam tikar, dan memungut rotan. 2) Kegiatan Ekonomi Berkait Rapat Dengan Kawasan Penempatan § Tertumpu di kawasan berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika kawasan penempatan berhampian laut, maka kegiatan utama masyarakat cenderung kepada aktiviti perikanan.

Upload: mastar-boneka

Post on 16-Feb-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: RUJUKAN STPM

Soalan 16: Jelaskan konsep dan ciri-ciri ekonomi tradisional Melayu pada abad ke-19.

Pendahuluan:

§  Sejak dahulu lagi, Tanah Melayu telah dikenali oleh pedagang dari India sebagai “Suvarnabhumi” yang bermaksud “bumi emas.” Ini kerana, hasil bumi Tanah Melayu kaya dengan pelbagai sumber galian seperti emas dan perak. 

§  Kedudukan Tanah Melayu yang strategik dari segi geografi juga menjadi daya penarik dan tumpuan kepada kegiatan perdagangan. Ini membuktikan, bahawa sejak dahulu lagi masyarakat Melayu telah terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi.

Isi-isi penting:

Konsep ekonomi tradisional

§  Ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi yang hanya cukup untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan menyara keluarga. Kegiatan ekonomi jenis ini juga dikenali sebagai ekonomi sara diri serta merupakan kegiatan asas dan kegiatan utama bagi masyarakat pada masa itu.

§  Tiada pengkhususan dalam pekerjaan ; masyarakat boleh melakukan pelbagai pekerjaan pada masa yang sama seperti petani, nelayan, penternak dan pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur.

§  Peralatan tradisional digunakan untuk mengerjakan suatu pekerjaan. Misalnya, bubu, tangguk, lukah, serkap dan jala khusus digunakan bagi menangkap ikan.

§  Berskala kecil. Tidak menghasilkan sesuatu keperluan untuk orang lain, hanya apabila adanya lebihan, barulah ada aktiviti penjualan.

Ciri-ciri ekonomi tradisional

1)      Tiada Pengkhususan Pekerjaan

§  Melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama. Pekerjaan juga melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua.

§  Kanak-kanak biasanya akan melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti menjemur ikan, menganyam tikar, dan memungut rotan.

2)      Kegiatan Ekonomi Berkait Rapat Dengan Kawasan Penempatan

§  Tertumpu di kawasan berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika kawasan penempatan berhampian laut, maka kegiatan utama masyarakat cenderung kepada aktiviti perikanan.

§  Pertanian pula, lebih dekat dengan masyarakat yang tinggal di pedalaman kerana kekayaan hasil bumi seperti rotan, buluh, damar, kabung, mengkuang, pinang dan akar-akar kayu.

Page 2: RUJUKAN STPM

3)      Tiada Peralatan Moden

§  Hanya menggunakan peralatan tradisional dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan.

§  Alatan tradisional tersebut biasanya dibuat sendiri oleh seseorang pekerja. Misalnya, bubu yang diperbuat dari rotan kemudian dijadikan satu alat untuk menangkap ikan.

4)      Amalan Bergotong-royong

§  Amalan gotong-royong seperti berderau menjadi satu daripada ciri asas dalam kehidupan masyarakat tempatan. Berderau adalah amalan yang dilakukan bersama atau secara berkumpulan bagi memudahkan serta mempercepatkan penyiapan sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat.

§  Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti menanam dan menuai padi sawah.

5)      Tiada Lebihan Hasil

§  Dalam ekonomi tradisional, tiada hasil yang berlebihan diperoleh melalui pengeluaran kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya. 

§  Masyarakat tempatan ketika itu dikatakan tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan penawaran kerana didorong oleh beberapa faktor, iaitu: Masalah tenaga buruh yang terbatas menyebabkan mereka terpaksa bergantung hanya kepada tenaga keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah dan sawah, Tiada ternakan yang boleh melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu hanya mula digunakan dalam kerja-kerja membajak pada suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan., Petani terpaksa menanggung beban kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendiri tidak dapat disiapkan dan Petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan 1/10 daripada hasil mereka kepada golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan itu bertambah, sumbangan kepada golongan pemerintah akan ditambah.

Penutup:

§  Kesimpulannya, ekonomi tradisional Melayu adalah lebih kepada kegiatan secara kecil-kecilan, belum terdedah kepada aktiviti penjualan langsung. Masyarakat petani pada masa itu, percaya sekiranya mereka mahu menambahkan harta dengan aktiviti ekonomi yang lebih besar, ini bermakna mereka perlu menyerahkan kepada pembesar dalam bentuk cukai yang juga lebih tinggi.

§  Oleh sebab itu, pengumpulan kekayaan lebih tertumpu kepada golongan pemerintah dan bukannya dalam kalangan petani itu sendiri.

Page 3: RUJUKAN STPM

Soalan 17: Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu tradisional mengamalkan ekonomi sara diri. Sejauh manakah kenyataan ini benar.

Pengenalan

§  Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri, separa sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan. 

§  Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu, sistem ekonomi separa diri dijalankan di Kedah dan Perlis, kegiatan ekonomi komersial dijalankan di Johor dan negeri-negeri Selat serta aktiviti perdagangan.

Isi-isi Penting:

1.       Ekonomi sara diri

§  Bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Lebihan pengeluaran akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain. Mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan beberapa faktor iaitu; Alat-alat tradisional digunakan seperti parang, cangkul, tenggala, Saiz tanah kecil dan tenaga buruh tidak mahir

§  Hasil pengeluaran adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja. Antara kegiatan yang dijalankan ialah pertanian ,iaitu padi sawah di Kedah, Kelantan dan Melaka dan padi bukit di lereng-lereng bukit oleh orang Asli. Tanaman sampingan seperti pisang, ubi kayu, keledek, tebu, sireh yang ditanam di sekeliling. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu, kambing, kerbau untuk bekalan makanan dan bekerja di sawah. Meramu seperti mengumpul damar, rotan, buluh , ubat-ubatan. Menangkap ikan air tawar dan air masin.

2.       Ekonomi Separa Sara Diri

§  Terdapat di Kedah dan Perlis. Hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain contohnya Pulau Pinang.

§  Tanah dimiliki oleh sultan dan rakyat dibenarkan untuk mengerjakan tanah tersebut.

3.       Pertanian Komersial

§  Di Johor sistem kangcu dijalankan. 1840an orang Cina dibawa masuk untuk mengerja ladang gambir dan lada hitam. Mereka diberi Surat Sungai iaitu hak untuk menanam lada hitam dan gambir di sepanjang sungai. Hasil dipasarkan melalui Singapura.

§  Tanaman kopi secara besar-besaran di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor oleh pedagang Eropah.

Page 4: RUJUKAN STPM

4.       Perlombongan

§  Diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh Cina seperti di Taiping, Larut, dan Sungai Ujong.

§  Terdapat perkongsian antara pembesar Melayu dengan taukeh-taukeh Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah contohnya Ngah Ibrahim dengan ketua kongsi gelap Perak.

5.       Perdagangan Antarabangsa

§  Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas tahun 1820an. Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem ekonomi kapitalis.

§  Juga dijalankan di Terengganu pada tahun 1830.

Kesimpulan

§  Ini membuktikan masyarakat Melayu tradisional tidak hanya mengamalkan ekonomi sara diri sahaja. Kesan daripada perkembangan ekonomi telah menghapuskan sistem barter dan digantikan dengan sistem mata wang.Pengenalan sistem sukatan barangan bertujuan untuk memudahkan sistem perdagangan. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.

Soalan 18: Bincangkan sebab-sebab masyarakat melayu tidak berminat untuk meningkatkan lebihan hasil pengeluaran ekonomi sara diri pada abad ke-19.

Pendahuluan

§  Sistem ekonomi sara masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai,iaitu sara diri,separa sara diri,ekonomi komersial,dan perdagangan. Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri  Melayu,sistem ekonomi  separa sara diri dijalankan di Kedah dan Perlis,kegiatan pertanian komersial dijalankan di Johor,Singapura,Pulau Pinang,dan Melaka serta aktiviti perdagangan.

§  Sebahagian besar daripada masyarakat Melayu menjalankan sistem ekonomi berbentuk sara diri.Sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja.Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran,hasil tersebut akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain.

Isi-isi Penting:

1.       Alat-alat tradisional yang digunakan untuk bertani.

Page 5: RUJUKAN STPM

§  Alat-alat tradisional seperti cangkul,parang,dan tenggala serta ketiadaan ternakan seperti lembu dan kerbau yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Kegiatan ekonomi tradisional dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan dan hasil lain untuk memenuhi keperluan harian.

§  Masyarakat tempatan pada masa ini tidak menggunakan teknologi moden. Alatan pertanian adalah mudah dan tradisional,iaitu penggunaan haiwan atau binatang dan manusia tanpa teknologi moden.

2.       Saiz tanah pertanian.

§  Masyarakat melayu memiliki saiz tanah  dalam ukuran yang kecil sahaja.Oleh sebab itu, masyarakat melayu tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian yang berlebihan hanya mampu untuk sistem sara diri dan memenuhi keperluan seharian mereka.

§  Petani disesetengah neger diminta menyerahkan satu persepuluh daripada hasilmereka kepada g