rujukan lotc

Upload: yusmaliza-yusoff

Post on 03-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 rujukan lotc

    1/6

    Terdapat pihak yang berpendapat, pendidikan masa depan akan berlaku di luar bilik darjah.

    "The future of higher education lies outside the classroom" - Chronicle Higher Ed, circa 1999.

    Ianya disandarkan kepada perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang

    menjadi arus perdana dalam pelbagai sektor, termasuk sektor pendidikan.

    Bilik darjah yang wujud secara fizikal, dalam lingkungan empat dinding, secara tradisinya ruangbelajar di mana guru dan pelajar bersemuka. Walaupun umum bersetuju bahawa proses

    pembelajaran tidak semestinya berlaku di dalam bilik darjah, ia boleh berlaku di mana-mana

    melampaui batas ruang fizikal. Kehadiran ICT dalam pendidikan, telah membuka ruang dan

    peluang baru untuk kita memikirkan keperluan wujudnya ruang belajar baru - ruang belajar

    maya. Ruang belajar yang baru perlu memenuhi keperluan semasa - keperluan generasi yang

    lahir dan membesar dalam era ledakan maklumat! Mereka dikenali sebagai 'Generasi Net' atau

    'Technology Natives'.

    http://e-pembelajaran.blogspot.com/

    Pembelajaran Luar Bilik Darjah

    PENGENALAN

    Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh KementerianPelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebihberbentuk kontekstual. Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkanFour Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together danLearning to Be. Untuk memastikan PLBD dilaksanakan dengan lebih berkesan, PusatPerkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan PLBD (KementerianPelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu guru menjalankan PLBD. Pengertian, objektif dan

    tiga model PLBD yang melibatkan kerja lapangan dan lawatan dijelaskan dalam dokumen ini.Berdasarkan garis panduan dalam dokumen tersebut, Buku Panduan PLBD Ekonomi Asas iniadalah bertujuan untuk membantu guru Ekonomi Asas melaksanakannya dalam matapelajaranEkonomi Asas di sekolah.

    PENGERTIAN PLBD

    Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBDseperti berikut:

    Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yangterancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan

    mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaranyang progresif.

    http://e-pembelajaran.blogspot.com/http://e-pembelajaran.blogspot.com/
  • 7/29/2019 rujukan lotc

    2/6

    OBJEKTIF PLBD

    PLBD boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk ataukonsep yang akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau pun sebagai satuproses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep. Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domainpembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya

    ialah:

    Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas; Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna danmenyenorokkan; Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalamankontekstual; Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar; Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan; Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat.

    Menerapkan nilai-nilai murni.

    MODEL PLBD

    Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD:

    Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah.Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD)(Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)

    PERANCANGAN PLBD

    Sebelum PLBDSemasa PLBDSelepas PLBD

    PERANCANGAN PLBD

    GuruMurid

    Sebelum PLBD

    Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikapdan kemahiran)Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBDMemenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihaksekolah, PPD dan ibu bapaMemaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBDMendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungiMembuat tempahan tempat dan pengangkutanMemastikan bas mempunysi insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu.

  • 7/29/2019 rujukan lotc

    3/6

    Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk muridMemastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang muridMembahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiapkumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatanMelawat tempat PLBD dan merancang aktivitiMemberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-

    masingMembahagikan tugas & tanggung jawab kepada muridMenyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audiodll)Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatanMenguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatanMelatih teknik-teknik mengumpul maklumatMengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulanMemahami peraturan dan aturcara lawatanMenyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatanMemahami keperluan-keperluan keselamatan

    Semasa PLBD

    Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjagaMemberi bantuan bila diperlukanMengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumatMembuat pemerhatian secara langsungMengumpul dan merekod maklumatMematuhi peraturan-peraturan lawatanBerkerjasama dalam kumpulan

    Selepas PLBD

    Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh muridMembimbing murid membuat rumusanMenilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan &pengelolaan aktiviti).Menyusun maklumat yang dikumpulMenjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusanMenyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lainMenyediakan laporanMenghantar / membentang hasil / laporanMembincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)

    http://easeritanjong.blogspot.com/2008/04/pembelajaran-luar-bilik-darjah.html

    http://easeritanjong.blogspot.com/2008/04/pembelajaran-luar-bilik-darjah.htmlhttp://easeritanjong.blogspot.com/2008/04/pembelajaran-luar-bilik-darjah.html
  • 7/29/2019 rujukan lotc

    4/6

    6.8 PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH

    Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memainkan peranan yang penting dalam

    meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran dan mengukuhkan mutu pendidikan negara.

    Pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik akan membosankan murid dan seterusnya

    mempengaruhi pencapaian murid. Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR

    dan KBSM yang mempunyai potensi tetapi tidak diamalkan sepenuhnya ialah pembelajaran di

    luar bilik darjah.

    Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) merupakan salah satu kaedah pengajaran dan

    pembelajaran yang amat menarik dan berkesan jika dilaksanakan secara elektif dan bijaksana.

    PLBD adalah satu aktiviti terancang dengan objektif yang jelas. Pembelajaran dan pengajaran

    secara ini lebih berbentuk penerokaan yang berpusatkan murid.

    http://dillaloveart.blogspot.com/2010_04_01_archive.html

    PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH

    Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memainkan peranan yang penting dalam

    meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran dan mengukuhkan mutu pendidikan negara.

    Pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik akan membosankan murid dan seterusnya

    mempengaruhi pencapaian murid. Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR

    dan KBSM yang mempunyai potensi tetapi tidak diamalkan sepenuhnya ialah pembelajaran di

    luar bilik darjah.

    Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) merupakan salah satu kaedah pengajaran dan

    pembelajaran yang amat menarik dan berkesan jika dilaksanakan secara elektif dan bijaksana.PLBD adalah satu aktiviti terancang dengan objektif yang jelas. Pembelajaran dan pengajaran

    secara ini lebih berbentuk penerokaan yang berpusatkan murid.

    Beberapa jenis aktiviti sesuai dijalankan supaya merealisasikan pembelajaran luar bilik darjah.

    Ini termasuk lawatan bertujuan, kerja lapangan dan aktiviti penerokaan. Kesemua jenis aktiviti

    perlu dirancang terlebih dahulu oleh pihak sekolah yang mengelolakan aktiviti tersebut supaya

    menghasilkan manfaat kepada pembelajaran murid. Aktiviti PLBD yang dijalankan seharusnya

    merangkumi ciri-ciri berikut:

    i. ada kaitan dengan kurikulum mata pelajaranii. mempunyai aturcara aktiviti dan pelaporan

    iii. menggalakkan murid bekerja dalam kumpulan

    iv. melibatkan pembelajaran oleh murid secara aktif

    v. memberi peluang untuk murid menambah pengetahuan

    http://dillaloveart.blogspot.com/2010_04_01_archive.htmlhttp://dillaloveart.blogspot.com/2010_04_01_archive.html
  • 7/29/2019 rujukan lotc

    5/6

    i) Lawatan Bertujuan

    Pusat yang dilawati hendaklah sesuai dengan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Pada

    masa ini terdapat banyak pusat yang boleh dilawati bagi tujuan ini; agensi kerajaan pusat,

    agensi kerajaan negeri, badan berkanun atau swasta. Kebanyakan pusat ini menyediakan

    pelbagai program khas untuk pelawat seperti murid sekolah. Buku aktiviti, lembaran maklumat

    atau lembaran aktiviti juga disediakan. Dengan sedikit usaha tambahan, bahan itu boleh

    digunakan oleh guru menjadikan aktiviti PLBD dijalankan dengan bermakna, seronok dan

    menghidupkan pembelajaran sesuatu tajuk dalam kurikulum sekolah.

    Antara pusat-pusat yang boleh dipertimbangkan adalah:

    i. Muzium Negara/Muzium Negeri

    ii. Zoo Negara/zoo negeri

    iii. Pusat Sains Negara

    iv. Petrosains

    v. PORIMvi. MARDI

    vii. FRIM

    Di samping itu lawatan ke pusat yang tidak menyediakan program khas untuk murid boleh juga

    dilakukan. Pusat-pusat seperti kilang-kilang, ladang tanaman, dan ladang ternakan. Walau

    bagaimanapun guru perlu menyediakan tugasan yang sesuai dan berkaitan dengan lawatan

    untuk murid supaya mereka belajar dari lawatan itu dan berbincang pendapat mereka dengan

    rakan sebaya.

    ii) Kerja Lapangan

    Aktiviti lapangan sesuai dijalankan oleh murid dalam kumpulan. Aktiviti sedemikian boleh

    dijalankan di persekitaran sekolah, kawasan berhampiran dengan sekolah atau di suatu lokasi

    yang tertentu. Dengan perancangan yang rapi aktiviti lapangan boleh merangkumi pelbagai

    tugasan yang sesuai untuk semua murid yang masing-masingnya mempunyai pelbagai

    kecerdasan. Kemahiran seperti memerhati, merekod, melapor dapat diperkembangkan. Aktiviti

    kerja lapangan juga boleh mencetuskan minat dan sifat ingin tahu murid supaya melanjutkan

    pengetahuan mereka melalui bacaan dan rujukan tambahan serta perbincangan dengan rakan

    dan guru. Bagi murid yang berminat tinggi, kerja lapangan boleh menggalakkan mereka

    menjalankan kajian terhadap perkara yang merangsangkan minda mereka.

    Berikut adalah satu sampel tentang berbagai kerja lapangan yang sesuai:

    i. mengenal pasti spesis burung/pokok/bunga di persekitaran sesuatu lokasi

    ii. mengkaji jenis perniagaan di sepanjang satu jalan/dalam satu pekan kecil

    iii. mengkaji trend hujan yang turun di sesuatu kawasan

    iv. mengkaji kesan hakisan tanah

    v. mengkaji pencemaran alam di suatu kawasan

  • 7/29/2019 rujukan lotc

    6/6

    iii) Aktiviti Penerokaan

    Satu lagi kategori aktiviti PLBD yang boleh dilaksanakan oleh sekolah merupakan aktiviti

    penerokaan di lokasi yang memberi cabaran kepada murid. Cabaran yang dihadapi oleh murid

    dalam aktiviti penerokaan termasuk cabaran fizikal dan mental. Justeru itu, aktiviti penerokaan

    memberi peluang kepada murid untuk bekerja dalam kumpulan, membina semangatberpasukan serta membina kemahiran menyelesaikan masalah.

    Contoh aktiviti penerokaan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti perkhemahan, mendaki

    bukit dan orienteering.

    Aktiviti penerokaan sebaiknya diuruskan oleh guru yang mempunyai kepakaran dan

    pengalaman dalam jenis aktiviti yang ditetapkan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun guru-

    guru pelapis perlu dilatih mengelolakan aktiviti penerokaan tersebut supaya aktiviti sedemikian

    dapat dilaksanakan secara berlanjutan oleh sekolah dan melibatkan warga sekolah dengan

    lebih meluas.

    Kaedah pembelajaran luar bilik darjah mempunyai potensi menjadikan pengajaran dan

    pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Selanjutnya pelaksanaan PLBD ini

    diharapkan dapat melahirkan individu yang boleh bertindak dengan lebih berautonomi,

    bertanggungjawab, berpengetahuan di samping mempunyai nilai-nilai estetik dan dapat

    berkomunikasi dengan baik. Walau bagaimanapun kerjasama yang lebih erat antara sekolah

    dengan institusi dan agensi yang berkenaan perlu dipertingkatkan dalam menyediakan program

    yang lebih menarik dan bermutu. Pada masa yang sama, guru perlu mengambil inisiatif

    merancang dan mengendalikan penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran dan

    pembelajaran semua mata pelajaran. Sokongan moral dan kewangan perlu diberi oleh pihak

    sekolah, ibu bapa, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia untukmenjayakan program ini.

    http://dillaloveart.blogspot.com/2010_04_01_archive.html

    http://dillaloveart.blogspot.com/2010_04_01_archive.htmlhttp://dillaloveart.blogspot.com/2010_04_01_archive.html