rujukan kami -...

12
Condition Appraisal 1 ( C o m p a RUJUKAN KAMI : PMSB/KPL/CA-E0001/11/2009 TARIKH : 27/11/2009 ANALISA LAPORAN SISTEM / PERALATAN : SISTEM JANAKUASA TUNGGUSEDIA DAN PAPAN SUIS UTAMA TUJUAN : MENILAI KEADAAN SEMASA DAN KEPERLUAN BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM LOKASI : HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH. KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN. DISEDIAKAN OLEH; DISAHKAN OLEH; DILULUSKAN; ........................................... ................................................ ............................................ (ARIFF ISKANDAR BIN AZHAR) (MOHD ZAIN BIN ABD. MAJID) (RUZAIDI BIN HJ.DERAMAN) FACILITIES ENGINEER, SUPERVISOR IN CHARGE, CUSTOMER SERVICE MANAGER PRIMARY HORIZON SDN. BHD PRIMARY HORIZON SDN. BHD. PANTAI MEDIVEST SDN. BHD

Upload: lytruc

Post on 02-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

1

( C o m p an y N o .

RUJUKAN KAMI : PMSB/KPL/CA-E0001/11/2009

TARIKH : 27/11/2009

ANALISA LAPORAN

SISTEM / PERALATAN : SISTEM JANAKUASA TUNGGUSEDIA DAN PAPAN

SUIS UTAMA

TUJUAN : MENILAI KEADAAN SEMASA DAN KEPERLUAN

BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM

LOKASI : HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH. KUALA

PILAH, NEGERI SEMBILAN.

DISEDIAKAN OLEH; DISAHKAN OLEH; DILULUSKAN;

........................................... ................................................ ............................................(ARIFF ISKANDAR BIN AZHAR) (MOHD ZAIN BIN ABD. MAJID) (RUZAIDI BIN HJ.DERAMAN)FACILITIES ENGINEER, SUPERVISOR IN CHARGE, CUSTOMER SERVICE MANAGER

PRIMARY HORIZON SDN. BHD PRIMARY HORIZON SDN. BHD. PANTAI MEDIVEST SDN. BHD

Page 2: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

2

( C o m p an y N o .

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Bangunan Hospital Kuala Pilah

1.2 Tujuan

2.0 PENILAIAN KEADAAN SEMASA SISTEM JANAKUASA TUNGGUSEDIA

(GENERATOR SET)

3.0 PENILAIAN KEADAAN SEMASA SISTEM PAPAN SUIS UTAMA (MAIN

SWITCH BOARD)

4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEROSAKAN SISTEM

5.0 KESAN KEROSAKAN SISTEM

6.0 TINDAKAN SEMASA YANG TELAH DIAMBIL

7.0 SKOP KERJA YANG DICADANGKAN

8.0 KESIMPULAN

Page 3: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

3

( C o m p an y N o .

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Bangunan Hospital Kuala Pilah

Hospital Kuala Pilah siap dibina dalam tahun 1994 (Nucleus Concept)

oleh Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd., dibawah

pengawasan Jabatan Kerja Raya, Malaysia.

1.2 Tujuan

Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan satu penilaian ke

atas keadaan Sistem Janakuasa Tunggusedia (Generator Set) untuk system

bekalan elektrik tunggusedia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah,

Negeri Sembilan Darul Khusus. Laporan ini disediakan selaras dengan

keperluan dan kehendak yang terdapat didalam ‘Master Agreed Procedures,

FES 004’ yang telah termaktub didalam ‘Concession Agreement’, iaitu untuk

menilaikan keadaan kemudahan-kemudahan yang terdapat di hospital dan

mencadangkan supaya ianya dinaiktarafkan ataupun penggantian secara

keseluruhannya.

Di dalam “Supplementary Agreement – Schedule 6 Table C (g) ” bagi

skop kerja menaiktaraf sistem tersebut di bawah “Reimbursable Work” adalah

keadaan sistem tersebut perlu dinaiktaraf secara keseluruhan memandangkan

keperluan semasa atau masa hadapan perlu diambil kira untuk menampung

kesemua beban peralatan elektrikal.

Laporan ini telah disediakan berdasarkan kepada pemerhatian dan

penilaian teknikal yang telah dijalankan di seluruh bangunan Hospital Tuanku

Ampuan Najihah Kuala Pilah adalah terdiri dari bangunan:

Page 4: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

4

( C o m p an y N o .

a) Blok Wad-Wad (Tingkat Bawah dan Atas)

b) Klinik – klinik Pakar

c) Blok Kecemasan ( Tkt Bawah) dan Wad Bersalin (Atas)

2.0 PENILAIAN KEADAAN SEMASA SISTEM JANAKUASA TUNGGUSEDIA

(GENERATOR SET)

2.1 Keadaan sistem

2.1.1. Sistem janakuasa tunggusedia adalah satu sistem yang amat

penting dalam pembekalan elektrik kepada semua kemudahan atau

blok-blok bangunan serta nadi utama untuk menjanakan setiap

peralatan perubatan bagi merawat pesakit walaupun bekalan utama

elektrikal terputus.

2.1.2. Berdasarkan pemerhatian dan pemeriksaan yang dilakukan

didapati sistem tersebut bakal mengalami masalah yang berkaitan

dengan ketidakcukupan bekalan yang mampu dijana untuk keseluruhan

keperluan bangunan hospital.

2.1.3 Sistem janakuasa tunggusedia ini terdiri daripada 2 buah enjin

diesel yang mampu menjana sebanyak 350 kVA (350 kVA x 2) yang

telah dipasang mengikut keperluan dari mula pembinaan hospital ini iaitu

dari 1994 sehinggalah sekarang yang mana perkembangan serta

pembangunan dari keperluan elektrikal telah meningkat sama sekali.

Page 5: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

5

( C o m p an y N o .

2.1.4 Pembangunan yang diperkatakan adalah dari kewujudan

bangunan-bangunan baru yang diusahakan oleh pihak hospital bagi

memastikan kemudahan-kemudahan rawatan pesakit dapat diteruskan.

Contoh-contoh bangunan atau penambahan baru di dalam hospital

sehingga sekarang :

a) Stor tambahan (Stor perubatan) 2 bangunan baru

b) Penambahan bilik dan kemudahan di Jabatan Kemalangan

dan Kecemasan

c) Penambahan kemudahan Mammography di Jabatan

Pengimejan dan Diagnostik

d) Penambahan Jabatan Pentadbiran (Tingkat atas)

e) Penambahan bangunan Jabatan Pengimejan dan Diagnostik

f) Pengubahsuaian bangunan dan kemudahan di Unit Rawatan

Rapi (ICU)

g) Penambahan Ruangan Menunggu

h) Penambahan

2.1.5 Terdapat juga penambahan bangunan yang diluar jangkauan

bekalan elektrik janakuasa tunggusedia iaitu :-

a) Bangunan Jurupulih Carakerja

b) Bangunan Klinik Hijrah

c) Bangunan Rehat Pemandu

Page 6: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

6

( C o m p an y N o .

2.1.6 Kemajuan dan pembangunan didalam kawasan hospital

khususnya pembinaan bangunan akan turut melibatkan bebanan

tambahan pada janakuasa tunggusedia dan jika berlaku gangguan

bekalan elektrik, dikhuatiri janakuasa tunggusedia tidak akan mampu

membekalkan kuasa elektrik kepada seluruh bangunan hospital dan

akan membahayakan nyawa pesakit yang sedang menerima rawatan.

3.0 PENILAIAN KEADAAN SEMASA SISTEM PAPAN SUIS UTAMA (MAIN

SWITCH BOARD)

3.1 Keadaan sistem

3.1.1 Masalah yang bakal dihadapi oleh sistem elektrikal di hospital ini

juga melibatkan Sistem Suis Utama (Main Switch Board) MSB. Sistem

ini mempunyai keupayaan tampungan sebanyak 600Amp maksimum

dan beban semasa yang ditanggung adalah sebanyak 68%. Bebanan ini

juga akan terus berkembang selaras dengan pembangunan dan

penambahan kemudahan elektrikal.

3.1.2 Mengikut statistik asset semasa, terutama sekali asset elektrikal

dan mekanikal untuk hospital ini telah bertambah dengan banyaknya.

Dalam rekod penambahan asset dari tahun 2004-2009 (dalam 5 tahun

sahaja):

a) Asset mekanikal contoh penghawa dingin jenis asing (split

unit) dari julat kuasa 5hp, 3hp, 2hp dan 1.5hp telah bertambah

sebanyak 35%

Page 7: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

7

( C o m p an y N o .

b) Asset elektrikal contoh komputer, printer, fotostat, katil

elektrikal, katil hidraulik dan lain-lain lagi telah bertambah

sebanyak 25.5%

Kesimpulan penambahan peralatan dalam masa 5 tahun

sahaja telah meningkat sebanyak 61% tidak termasuk

keperluan peralatan kemudahan bangunan-bangunan baru

iaitu kipas, lampu dan lain-lain lagi.

3.1.3 Maka bebanan yang ditanggung oleh suis utama MSB adalah

semakin membimbangkan jika tidak dinaiktaraf untuk keperluan masa

hadapan.

4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETIDAKCUKUPAN SISTEM.

1.2.1 Penambahan bangunan (termasuk sistem)

1.2.2 Penambahan peralatan-peralatan elektrikal

5.0 KESAN KETIDAKCUKUPAN SISTEM JANAKUASA TUNGGUSEDIA DAN

SISTEM PAPAN SUIS UTAMA

Kesan kepincangan sistem ini menjejaskan perkhidmatan dalam

menjaga kesihatan dan kesejahteraan pesakit. Ianya juga memberi

kesan kepada :

Page 8: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

8

( C o m p an y N o .

- Lumpuhnya fungsi peralatan perubatan untuk merawat pesakit

contohnya mesin Hemodialysis.

- Lumpuhnya fungsi perawatan pembedahan jika terputusnya bekalan

elektrikal di dalam dewan bedah

- Mengurangkan efisyen praktis perubatan kakitangan perawatan

terhadap pesakit.

6.0 TINDAKAN SEMASA YANG TELAH DIAMBIL

Pihak kami telah memberikan sedikit sebanyak nasihat dan

gambaran kemudaratan kepincangan kedua-dua sistem ini yang datang

dari kerja-kerja penambahan pendawaian dan perpasangan elektrikal

dari penambahan atau pembinaan bangunan-bangunan baru yang

sepatutnya dikawal serta mengikut spesifikasi semasa beban yang sedia

ada.

7.0 SKOP KERJA YANG DICADANGKAN

Pihak kami mencadangkan supaya pihak hospital untuk

menaiktaraf kedua-dua sistem ini seperti berikut:-

a) Sistem janakuasa tunggusedia

Dari 350 kVA kepada 500kVA (atau lebih besar)

b) Sistem Papan Suis Utama (Main Switch Board)

Dari 600Amp kepada 1000 Amp (atau lebih besar)

Page 9: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

9

( C o m p an y N o .

Cadangan ini mengambil kira perkembangan bebanan

yang ditampung oleh kedua-dua sistem sepanjang 15

tahun ianya berkhidmat.

8.0 KESIMPULAN

Cadangan untuk menaiktaraf kedua-dua sistem ini, perlu dilakukan

memandangkan sistem sedia telah bakal mengalami ketidakcukupan

tampungan bebanan yang sukar elakkan dan mampu membahayakan

keselamatan dan kesejahteraan pesakit.

RUJUK LAMPIRAN 1 – LAPORAN BERGAMBAR

Page 10: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

10

( C o m p an y N o .

LAMPIRAN 1LAPORAN BERGAMBAR

Page 11: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

11

( C o m p an y N o .

GAMBAR-GAMBAR MENUNJUKKAN KEADAAN SEMASA SISTEMJANAKUASA TUNGGUSEDIA DAN PAPAN SUIS UTAMA DILOJI

KEJURUTERAAN HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALAPILAH.

Janakuasa Tunggusedia 1

Janakuasa Tunggusedia 2

Page 12: RUJUKAN KAMI - prihorizon.comprihorizon.com/edoc/conditional-appraisal/Elect_Main_Switch_Board... · BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM ... Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan

Condition Appraisal

12

( C o m p an y N o .

Panel ‘Synchronization’ (AMF board)

Papan Suis Utama