rujukan

3
http://www.nutp.org/new/ms/node/667 Guru kedua tumpu tugas sampingan Cadangan ringan tugas pendidik, jamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran KUALA LUMPUR: Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Peng, berkata antara lain guru pembantu boleh menumpukan kepada tugas sampingan lain seperti perkeranian serta pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi. Katanya, guru pembantu juga boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas. “Guru pembantu adalah cadangan yang baik, tetapi tidak boleh mengambil peranan sepenuhnya sebagai guru. “Guru pembantu boleh membantu guru di bilik darjah, tetapi tugas mereka tidak boleh bertindih, contohnya jika lebih tertumpu kepada tugas perkeranian dan pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Beliau mengulas cadangan itu, antara 28 perakuan dikemuka Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang peningkatan beban tugas guru, termasuk terlalu banyak penyertaan dalam kokurikulum dan sukan sehingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan. Yim Peng turut mencadangkan Kementerian Pelajaran supaya melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak ke jawatan tetap selepas mereka berkhidmat dalam tempoh tertentu. Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pelaksanaan dua guru satu kelas dapat memberi faedah kepada murid kerana mudah untuk mengawasi mereka.

Upload: susithra-baskaran

Post on 29-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RUJUKAN

http://www.nutp.org/new/ms/node/667Guru kedua tumpu tugas sampingan

Cadangan ringan tugas pendidik, jamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

KUALA LUMPUR: Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di

sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru,

sekali gus dapat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim

Peng, berkata antara lain guru pembantu boleh menumpukan kepada tugas sampingan lain

seperti perkeranian serta pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi.

Katanya, guru pembantu juga boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah

seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas.

“Guru pembantu adalah cadangan yang baik, tetapi tidak boleh mengambil peranan sepenuhnya

sebagai guru.

“Guru pembantu boleh membantu guru di bilik darjah, tetapi tugas mereka tidak boleh bertindih,

contohnya jika lebih tertumpu kepada tugas perkeranian dan pengurusan program teknologi

maklumat dan komunikasi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas cadangan itu, antara 28 perakuan dikemuka Jawatankuasa Khas Menangani Isu

Beban Tugas Guru 2010 dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin

Mohd Dom. 

Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang peningkatan

beban tugas guru, termasuk terlalu banyak penyertaan dalam kokurikulum dan sukan sehingga

menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.

Yim Peng turut mencadangkan Kementerian Pelajaran supaya melantik jurulatih kokurikulum

atau sukan bertauliah secara kontrak ke jawatan tetap selepas mereka berkhidmat dalam tempoh

tertentu.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed

Sabri Mohd Arsad, berkata pelaksanaan dua guru satu kelas dapat memberi faedah kepada murid

kerana mudah untuk mengawasi mereka.

Katanya, guru boleh memberi tumpuan terhadap proses P&P, manakala guru pembantu

berperanan memastikan proses berkenaan berjalan lancar di dalam bilik darjah.

“Justeru, guru pembantu perlu memiliki kelayakan Kursus Khas Perguruan, Kursus Perguruan

Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pendidikan atau mengambil mereka kalangan guru sandaran tak

terlatih (GSTT) bagi memenuhi keperluan terbabit,” katanya.

Hakcipta © 2010 KPPKPaparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768 Polisi Privasi | Polisi Keselamatan | Penafian |   |

Page 2: RUJUKAN

http://www.bharian.com.my/node/92019

KUALA LUMPUR: Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Ke-8 yang memberi fokus menangani isu beban tugas guru melalui inisiatif Penjajaran Tugas Utama Guru akan diperluaskan ke seluruh negara. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata langkah menempatkan pembantu guru itu dilihat sangat membantu dalam meringankan beban guru. "Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek rintis ini telah berjaya mengurangkan beban tugas guru dalam skop kerja perkeranian dan teknikal ICT daripada purata tiga jam hingga 7.4 jam seminggu bergantung kepada jenis tugas khas yang dipegang oleh guru," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Inisiatif penempatan pembantu guru yang dilaksanakan di bawah Program Rintis Pemantapan Profesion Guru (PPG) yang juga antara usaha dilaksana Kementerian Pendidikan dalam menangani beban tugas guru secara komprehensif, kini melalui projek perintis di Melaka dan Kedah. Di bawah inisiatif itu, pembantu guru yang terdiri daripada Pembantu Tadbir (Pentadbiran/Operasi) Gred N17 (PT N17) dan Juruteknik Komputer Gred FT17 (JK FT17) telah ditempatkan di sekolah untuk mengurangkan beban tugas operasi dan pentadbiran serta teknikal ICT Guru Tugas Khas iaitu Guru Data (GD), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta Guru Penyelaras Bestari (GPB). Mahdzir menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) mengenai langkah kerajaan bagi mengurangkan bebanan kerja luar hakiki bagi lebih 500,000 guru supaya tugasan hakiki sebagai pendidik tidak terjejas. Menurutnya, pengurangan beban tugas yang tiada kaitan dengan tugas hakiki guru itu dapat mengembalikan fungsi dan profesionalisme guru, namun, pelaksanaan rintis itu bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/92019