rubella
TRANSCRIPT
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1. Pengenalan
2. Apa itu Rubella?
3. Sistem pertahanan badan
4. Tanda-tanda Rubella
5. Langkah-langkah pencegahan penyakit Rubella
6. Rekod serangan penyakit Rubella
7. Bila imunisasi untuk Rubella perlu diambil?
8. Kepentingan imunisasi MMR kepada kanak-kanak
9. Penutup
10.Bibiliografi
11.Kolaborasi
12.Refleksi
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
inayahnya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.
Di dalam tugasan ini, saya diberi tanggungjawab
dalam menghuraikan tugas mengenai imunisasi rubella, tanda-tanda rubella,
bila imunisasi perlu diambil ,kesannya jika tidak mengambil suntikan rubella
dan kepentingan mengambil suntikan MMR kepada kanak-kanak. Pelbagai
perkara baru dapat diketahui semasa
saya menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih diucapkan sebagai tanda penghargaan buat
pensyarah Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan iaitu En Hishamuddin bin
kerana telah banyak memberi bimbingan kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
menyumbang idea. Dan juga sekalong penghargaan juga
buat kakitangan perpustakaan dan Pejabat Kesihatan yang telah
memberi kerjasama yang baik kepada saya serta kepada
ahli keluarga yang tidak pernah jemu-jemu mendorong dan memberi
sokongan kepada saya sehingga kini.
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan
kematian di kalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam
mencegah dan mengurangkan penyakit ini. Semua kanak-kanak berhak
mendapat imunisasi yang lengkap. Dengan itu adalah penting untuk anggota
kesihatan melengkapkan diri dengan pengetahuan terbaru mengenai
perkembangan tentang imunisasi.
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi merupakan penyakit
berjangkit yang boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi, mortaliti dan risiko
samada penyakit itu dapat dirawat atau tidak. Kebanyakan daripada penyakit
penyakit ini dapat dicegah melalui imunisasi seperti penyakit rubella,tibi,
measles (campak),mumps (beguk), pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing
gigi), chicken pox (cacar), Japanese encephalitis dan lain-lain.
Penyakit-penyakit berjangkit ini kerap menyerang kanak-kanak dan
mempunyai komplikasi yang serius berbanding penyakit-penyakit lain.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan program imunisasi bagi
mencegah 6 penyakit utama iaitu:
• Tuberculosis (TB)
• Difteria
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
• Pertussis
• Tetanus
• Polio
• Measles
Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella untuk
remaja perempuan di Tingkatan 3 (berumur 15 tahun). Walau bagaimanapun
tahap umur imunisasi ini telah dipercepatkan ke Tahun 6 (berumur 12 tahun).
Pada tahun 1989, program imunisasi Hepatitis B diperkenalkan untuk bayi
yang baru lahir. Pada tahun 2002, Kementerian Kesihatan Malaysia
memperkenalkan jadual baru imunisasi.
Sehubungan itu, buku Fakta Imunisasi Kanak-kanak Bagi Kakitangan
Kesihatan turut diterbitkan untuk mempertingkatkan pengetahuan anggota
kesihatan mengenai imunisasi terutamanya imunisasi Hib dan MMR. Selain
itu turut bertujuan menyediakan anggota kesihatan dengan maklumat terkini
mengenai imunisasi Hib dan MMR supaya maklumat tersebut dapat
disampaikan kepada masyarakat dengan betul mengikut jadual imunisasi
baru. Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan
beberapa program bagi mencegah beberapa jenis penyakit.
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
1. APA ITU RUBELLA?
Rubella atau lebih dikenali sebagai German Measles (ia tak sama dengan
measles) merupakan jangkitan virus (togavirus). Ia merebak dengan cara
titisan udara dari hidung dan tekak mereka yang mempunyai rubella ataupun,
dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Rubella adalah penyakit
ringan di kalangan kanak-kanak dan dewasa. Walau bagaimanapun, wanita
yang tidak mendapat imunisasi terdedah dengan jangkitan rubella sewaktu
mengandung boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat. Ini dikenali
sebagai Congenital Rubella Syndrome. Rubella juga merupakan sejenis
penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus biasanya dengan bintik-bintik
ruam merah.
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
Ancaman virus Rubella yang paling menakutkan oleh virus Rubella ini ialah
sekiranya ia menjangkiti wanita yang hamil dalam tempoh 12 minggu pertama
atau tiga bulan. Ini disebabkan virus rubella boleh merentasi sistem
pertahanan uri dan masuk ke dalam tubuh janin yang sedang membentuk
menjadi bayi. Jangkitan virus rubella pada bayi dikenali sebagai sindrom
konginetal Rubella.
Sindrom konginetal rubella terutama pada peringkat awal kehamilan ini
dianggap merbahaya kerana sifat janin mula membentuk. Sindrom konginetal
rubella memberikan risiko kecacatan yang tinggi terhadap bayi dalam
kandungan termasuk kecacatan seperti buta, katarak, hilang pendengaran,
masalah jantung dan adakalanya terencat akal. Dianggarkan lebih 85 peratus
bayi yang dijangkiti dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan terdedah
dengan risiko yang berbahaya. Malah wanita hamil yang dijangkiti sindrom
konginetal rubella pada akhir tempoh mengandung juga berhadapan dengan
risiko bayi yang dilahirkan mempunyai perkembangan yang lambat bagi
belajar berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti yang mudah.
Rubella pada remaja dan orang dewasa dicirikan dengan pening kepala, sakit
tekak, demam dan ruam kecil berwarna merah merupakan sejenis penyakit
yang amat mudah berjangkit. Ia biasanya menjangkiti kulit dan kelenjar limfa.
2. SISTEM PERTAHANAN BADAN
Sehingga kini, belum ada rawatan yang dapat menghindar atau membantu
wanita yang mendapat jangkitan Rubella semasa hamil. Oleh itu kaedah
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
suntikan vaksin vaksinasi digunakan dan kaedah vaksinasi dapat melindungi
wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal Rubella.
Suntikan vaksin ini merangsang sistem pertahanan tubuh dengan
menghasilkan antibodi. Wanita yang telah mendapatkan vaksinasi, perlu
menunggu sehingga tiga bulan selepas vaksinasi sebelum merancang untuk
hamil. Vaksin diperbuat daripada bakteria yang sama atau sebahagian
daripada bakteria yang menyebabkan terjadinya penyakit tersebut. Bezanya
bakteria yang terdapat dalam vaksin yang disuntik adalah bakteria yang telah
mati atau dilemahkan. Justeru, bakteria ini tidak akan menyebabkan mereka
yang disuntik jatuh sakit. Sistem pertahanan tubuh akan bertindak balas pada
vaksin yang disuntik ke dalam tubuh ibu yang menyebabkan terbentuknya
antibodi. Antibodi akan melindungi tubuh sekiranya anda diserang oleh
penyakit tersebut termasuklah bayi atau janin dalam kandungan.
Bagaimanapun sekiranya seseorang wanita itu telahpun hamil, dia tidak
digalakkan diberikan vaksinasi. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap
wanita yang hamil.
3. TANDA-TANDA RUBELLA
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
Tanda-tanda biasanya timbul diantara dua hingga tiga minggu selepas
dijangkiti virus itu. Tanda-tanda itu biasanya akan berterusan untuk dua
hingga tiga hari. Ruam merah jambu dan halus yang bermula pada muka dan
merebak ke arah badan. Kemudian bahagian tangan dan kaki sebelum hilang
dalam turutan yang sama.Untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang
terkena rubella, tanda-tanda dan gejalanya adalah ruam dan demam ringan
selama 2 hingga 3 hari (38°C dan kurang), sakit kepala, lemah lesu, batuk,
sakit tekak.kelenjar bengkak biasanya di leher atau berhampiran telinga dan
ruam-ruam merah di badan. Ruam bermula di muka, dan demam menurun.
Gejala beransur hilang apabila muncul ruam. Ruam hilang selepas lima hari
dan meninggalkan parut. Kadangkala jangkitan ini tidak disedari oleh pesakit
atau ibu-bapa.
Oleh kerana ia merupakan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat
menggunakan antibiotik. Kebiasaan untuk jangkitan virus, ia akan hilang
selama seminggu sehingga 10 hari. Kanak-kanak yang terlibat dengan gejala
ini perlu diasingkan di rumah.
Bayi yang terkena Congenital Rubella Syndrome boleh mengalami masalah
kecacatan mental, masalah jantung, pekak , katarak (menyebabkan buta)
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
jantung berlubang terencat tumbesaran atau akal dan masalah organ yang
lain seperti hati dan kura (spleen) .
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
4. LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT
RUBELLA
Untuk menghindar daripada penyakit
Rubella, seseorang itu boleh menjalani ujian darah bagi mengenal pasti sama
ada terdapat antibodi terhadap Rubella di dalam darah mereka. Wanita yang
merancang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian imuniti terhadap Rubella
sebelum mereka hamil. Vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang
bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal Rubella. Imunisasi ini tidak akan
dilakukan terhadap wanita yang hamil. Bagaimanapun, doktor tidak akan
menggugurkan kandungan sekiranya wanita terbabit tidak menyedari bahawa
mereka hamil ketika mendapat suntikan imunasi. Rubella amat mudah
berjangkit dalam tempoh satu minggu sehinggalah tujuh hari selepas ruam
timbul.
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
5. REKOD SERANGAN PENYAKIT RUBELLA
Penyakit Rubella ditakuti kerana rekod serangannya yang menakutkan.
Ketika wabak Rubella merebak di Amerika Syarikat pada tahun 1967-1965,
lebiH 20,000 bayi telah dilahirkan cacat. Wabak Rubella juga dikatakan
menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 kes keguguran dan bayi yang lahir
mati sejurus dilahirkan. Dianggarkan 25 peratus bayi yang mendapat
jangkitan Rubella pada tiga bulan pertama usia kandungan dilahirkan dengan
satu jenis atau lebih kecacatan. Ibu-ibu yang mendapat jangkitan Rubella
selepas trimester yang kedua, risiko mendapat sindrom konginetal Rubella
boleh menyebabkan masalah lain seperti:
* Lahir tidak cukup bulan
* Berat badan yang kurang
* Masalah makan
* Cirit-birit
* Jangkitan kuman dalam paru-paru
* Anemia
* Radang paru-paru
* Mudah mengalami pendarahan
* Bintik-bintik merah ungu pada muka dan tubuh
* Pembengkakan hati dan limpa
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
6. BILA IMUNISASI UNTUK RUBELLA PERLU
DIAMBIL?
Di Malaysia, imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles,
Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR
pada umur 12 bulan hingga 18 bulan dan kali kedua pada umur 11-12 tahun.
Perlindungan adalah sepanjang hayat. Sebanyak dua dos imunisasi MMR
diberikan iaitu dos pertama ketika kanak-kanak berusia setahun manakala
dos tambahan semasa mereka berada di tahun satu persekolahan rendah.
Menurut Pensyarah Pediatrik Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr.
Azam Mohd. Nor , Usia 12 bulan dipilih kerana jika diberikan terlalu awal,
vaksin mungkin tidak dapat bertindak balas dengan berkesan kerana bayi
masih membawa kekebalan si ibu semasa hamil. Kerana itu, penyusuan ibu
sangat digalakkan bagi memanjangkan lagi tahap dan tempoh daya tahan
kanak-kanak.
Ibu bapa yang tidak menyuntik MMR semasa bayi berusia 12 bulan hanya
mendedahkan kanak-kanak itu kepada ancaman beberapa penyakit yang
lebih besar pada masa akan datang, Suntikan imunisasi MMR diberikan sama
ada pada bahagian paha atau lengan. Ia akan meninggalkan kesan
sampingan yang ringan seperti sakit dan bengkak pada bahagian yang
dicucuk, mengantuk, demam, ruam dan bengkak kelenjar air liur di leher.
Menjawab soalan sama ada individu yang mendapat suntikan MMR masih
boleh dijangkiti. Pensyarah Pediatrik Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM),
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
Dr. Azam Mohd. Nor menjelaskan, dianggarkan dua hingga empat peratus
vaksin tidak berkesan.
Sebenarnya ada banyak sebab kenapa ia berlaku seperti cara
penyimpanannya yang tidak sesuai, pemberian vaksin yang terlalu awal
kepada bayi berusia kurang 9 bulan di mana vaksin tidak bertindak secara
baik dan kekebalan tidak sempurna.
Untuk ibu-ibu yang ingin mengandung boleh menghindar penyakit ini daripada
terkena bayi dan mengelakkan Congenital Rubella Syndrome.
Walaubagaimanapun, wanita yang ingin mengandung dinasihatkan untuk
tidak mengandung selepas 3 bulan menerima vaksin ini. Ini adalah kerana
kesan vaksin ini terhadap kandungan masih lagi tidak dapat diketahui.
Kemusykilan mengenai immunisasi yang diambil lebih dari satu imunisasi
yang berlainan adalah SELAMAT untuk diberikan dalam satu masa.Ia boleh
diberi di tempat yang berlainan seperti di kedua-dua peha atau lengan.
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
7. KEPENTINGAN IMUNISASI MMR KEPADA
KANAK-KANAK
Penyakit Komplikasi
Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakit-
penyakit berjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing
gigi), polio, tibi, hepatitis B, measles, mumps, rubella dan jangkitan meningitis
Haemophilus influenzae type b. Imunisasi merupakan satu proses
pembentukan imuniti atau perlindungan kepada individu melalui penggunaan
vaksin.
Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat
mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius
yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian. Kebanyakan penyakit
berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan
kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal. Seperti kata pepatah
"Mencegah adalah lebih baik daripada merawat". Imunisasi juga dapat
mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli
keluarga. Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik
dan wabak penyakit berjangkit. Imunisasi juga dapat mengurangkan atau
membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.
Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-efektif.
Cara penghasilan tersebut sebenarnya bertujuan menyukarkan pembiakan
virus di dalam tubuh manusia. Jika wujud keraguan, tambahnya, pihak
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
hospital akan melakukan suntikan di bawah penyeliaan doktor. Vaksi MMR
boleh diperoleh secara percuma di semua hospital dan klinik kesihatan
kerajaan, di seluruh negara.
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
Hampir semua kanak-kanak di negara ini telah menerima vaksinasi terhadap
beberapa penyakit yang berbahaya. Dahulu, sebelum terdapatnya vaksin,
beribu-ribu kanak-kanak telah menjadi lumpuh setiap tahun akibat polio.
Rubella pula menjadi punca kecacatan kelahiran pada bayi baru lahir dan
akhirnya menyebabkan kecacatan mental pada kanak-kanak tersebut. Di
samping itu, dahulu difteria merupakan punca utama kematian kanak-kanak
sekolah. Sebelum pengenalan imunisasi Haemophilus influenzae B (Hib)
pada tahun 2002, kuman Hib merupakan punca utama penyakit meningitis
(jangkitan pada selaput otak) yang telah menyebabkan ramai kanak-kanak
mengalami kecederaan otak yang kekal. Batuk kokol yang juga dikenali
sebagai ‘penyakit batuk 100 hari’ pula telah membunuh ramai kanak-kanak,
paling banyak sekali yang berumur di bawah 1 tahun.
Sememangnya, kanak-kanak telah mendapat lebih banyak kebaikan daripada
vaksinasi berbanding dengan program pencegahan penyakit lain yang
terdapat dalam sejarah perubatan.
Kini, oleh sebab vaksinasi begitu berkesan dan sudah hampir membasmi
kebanyakan penyakit yang serius, ada sebilangan ibubapa yang mula
bertanya dan memikir semula jika ia benar-benar bermanfaat.
Sebenarnya, penyakit yang berpunca dari virus serta bakteria dan boleh
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
dicegah dengan vaksin masih lagi menjangkiti ramai kanak-kanak di negara
kita atau dengan mudah boleh menjadi suatu wabak yang merbahaya. Kita
tidak boleh duduk diam serta berpuas hati dengan kejayaan menangani
penyakit-penyakit merbahaya ini; sebaliknya, kita perlu sentiasa berwaspada.
George Santayana telah menulis pada tahun 1905: “Mereka yang tidak ingat
akan kesilapan masa silam akan bakal mengulanginya semula” (“Those who
cannot remember the past are condemned to repeat it).
Kini satu kombinasi vaksin gabungan IPV dengan vaksin difteria, pertusis,
tetanus dan Hib (vaksin 5-dalam-1) dapat diberikan dalam satu suntikan
sahaja.
Kebanyakan daripada orang awam, termasuk ibubapa, tidak lagi ingat akan
wabak campak (measles) yang telah membunuh ramai kanak-kanak; bayi
yang dilahirkan cacat akibat daripada rubella serta kanak-kanak yang menjadi
cacat pendengaran setelah menghidap benguk. Kita sebenarnya telah
menjadi mangsa kepada kejayaan vaksin-vaksin kita.
Pada tahun 1990, seramai 45 juta kanak-kanak telah menghidap campak
(measles) dan penyakit ini telah menyebabkan 1 juta kematian. Sebelum
adanya vaksin MMR, benguk merupakan sebab utama jangkitan virus
diselaput otak (meningitis) dan cacat pendengaran pada kanak-kanak.
Sebelum vaksin Rubella diperkenalkan di Amerika Syarikat, setiap tahun
seramai 20,000 kanak-kanak telah dilahirkan dengan Sindrom Kongenital
Rubella yang menyebabkan kecacatan jantung, cacat pendengaran dan
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
kecacatan mental pada bayi yang baru dilahirkan.
Vaksin untuk MMR sudah digunakan lebih daripada 30 tahun dan ia
mempunyai kesan yang amat baik pada kesihatan kanak-kanak. Amerika
Syarikat dan Finland yang mengamalkan 2 dos suntikan MMR kini telah
bebas dari penyakit demam campak. Demam campak merupakan penyakit
yang mengancam nyawa kanak-kanak yang bakal dapat dibasmikan
berikutan pembasmian penyakit cacar dan polio. Vaksin MMR mempunyai
profil keselamatan yang sangat baik. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
telah mengumumkan bahawa ”MMR merupakan vaksin yang sangat
berkesan serta mempunyai rekod keselamatan yang amat membanggakan”
setelah digunakan selama 30 tahun serta lebih daripada 500 juta dos yang
telah diberikan.
Malaysia telah mula memberikan vaksinasi untuk demam campak pada tahun
1982 dan budak-budak perempuan yang bersekolah pula diberi suntikan
vaksin rubella sejak tahun 1986. Pada tahun 2002, polisi imunisasi ini telah
dipertingkatkan lagi dengan pengenalan vaksin MMR. Ini merupakan strategi
yang paling berkesan untuk melindungi anak-anak kita daripada 3 penyakit
merbahaya ini.
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
1. www.teknosains.info
2. http://umportal.um.edu.my/doc/berita/Survey%20on%20Rubella
%20Infection.doc
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page
4. http://us.geocities.com/maizurahm/
5. http://www.kismantoro.wonogiri.org/mod.php?
mod=publisher&op=viewarticle&cid=9&artid=14
6. http://www.mpaeds.org.my/Write-Ups/20060204-qa-vaccine.htm
7. http://www.geocities.com/alam_penyakit/MasalahKatarak.htm
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
BIL TARIKH PERKARA TINDAKAN TANDA
TANGAN
01 Jun 2008 Menerima tugasan Julia Hishar
@ Azhar
02 24 Julai
2008
Mencari maklumat di
perpustakaan awam
Julia Hishar
@ Azhar
03 01-15 Julai
2008
Mencari maklumat di
Internet dan ke Hospital
Segamat
Julia Hishar
@ Azhar
04 16 Julai
2008
Mengumpul semua
maklumat dari buku-
buku dan semua bahan
Julia Hishar
@ Azhar
05 25 Julai
2008
Menyiapkan tugasan Julia Hishar
@ Azhar
06 Ogos 2008 Menghantar tugasan Julia Hishar
@ Azhar
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
Sebaik sahaja menerima tugasan daripada En. Hishamuddin bin Hassan ,
saya telah mula mencari dan mengumpul bahan untuk menyiapkan kerja
kursus ini berdasarkan keterangan yang telah dikehendaki oleh beliau. Saya
mula mencari bahan dari Pusat Sumber IPTI dan Perpustakaan Awam iaitu
mengumpul majalah-majalah dan buku-buku yang bersesuaian untuk
dijadikan bahan rujukan. Setelah diteliti, majalah-majalah dan buku-buku
tersebut ternyata agak sukar untuk saya mendapat maklumat yang
diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Setelah itu, saya memulakan pencarian maklumat menggunakan
internet iaitu melalui enjin carian. Saya menjangka akan menemui banyak
maklumat melalui kaedah ini, namun setelah banyak kali mencuba, saya
hanya memperolehi sedikit sahaja maklumat yang dikehendaki. Dan
dikebanyakkan website maklumatnya sama.
Walaupun begitu, saya masih tidak berputus asa dan terus mencari.
Akhirnya, saya meneliti segala maklumat yang ada agak sesuai dengan tajuk
yang diberi. Setelah itu segala maklumat dikumpul dan disusun berdasarkan
keperluan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya turut pergi ke Hospital
Segamat bagi mendapatkan beberapa risalah atau apa-apa bahan yang
berkaitan. Saya bebesar hati apabila menerima layanan yang baik dari
kakitangan yang bertugas.
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella
Kemudian kerja merangka dan memilih maklumat dibuat secara
berhati-hati agar tidak mengundang sebarang kesilapan dan di akhir proses
ini saya meminta bantuan daripada rakan-rakan untuk menyemak rangka
kerja yang telah dibuat. Seterusnya, saya mula menaip tugasan ini sehingga
ke akhirnya.
Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, saya menyedari
bahawa masih banyak kelemahan dalam diri saya yang patut diperbaiki.
Antaranya, saya perlu meningkatkan lagi skill dan penguasaan saya dalam
pengguanaan teknologi maklumat dan penggunaan komputer. Saya yakin,
jika kelemahan ini dapat diatasi, hasil kerja yang lebih baik pasti dapat
dipersembahkan.
Saya berazam untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat
menyiapkan tugasan kerja-kerja kursus dengan lebih baik di masa akan
datang. Segala pengalaman yang diperoleh sepanjang menyiapkan kerja
kursus ini akan saya gunakan dengan sebaiknya.
Pendidikan Jasmani dan KesihatanRubella