rph3

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( INKUIRI PENEMUAN ) Tarikh : 24 September 2012 Hari : Rabu Masa : 9.40 pagi – 10.40 pagi Kelas : 4 Dinamik Bilangan Murid : 31 orang Topik : Memahami ukuran panjang Objektif Pembelajaran : i. Murid dapat menyatakan pelbagai cara mengukur panjang ii. Murid menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang dalam sistem metrik. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat : 1. Menyatakan cara-cara menentukan ukuran panjang. 2. Menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang menggunakan sistem metrik iaitu mm, cm, m dan km.

Upload: jan-pablo

Post on 10-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( INKUIRI PENEMUAN )

Tarikh: 24 September 2012Hari:RabuMasa: 9.40 pagi 10.40 pagiKelas: 4 DinamikBilangan Murid: 31 orangTopik: Memahami ukuran panjangObjektif Pembelajaran: i. Murid dapat menyatakan pelbagai cara mengukur panjang ii. Murid menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang dalam sistem metrik.Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :1. Menyatakan cara-cara menentukan ukuran panjang.2. Menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang menggunakan sistem metrik iaitu mm, cm, m dan km.3. Menentukan ukuran panjang dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua daripada tiga alatan pengukuran.Pendekatan Pengajaran: Inkuiri Penemuan

Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengetahui alatan pengukuran yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti pembaris meter, pembaris pendek dan pita pengukur.Kemahiran Proses Sains : 1) Mendefinisi secara operasi tentang apakah pengukuran 2) Berkomunikasi mengenai alatan pengukuran yang biasa digunakan.KemahiranBerfikir: MenghubungkaitSikap dan Nilai Saintifik: Berani, yakin, dan berdikari.Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: Alat pengukuran, lembaran kerja, bahan/alatan.

Langkah / MasaIsi pelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(10 minit)Perbandingan ukuran panjang antara beberapa benda/alatan.i. Guru memulakan pengajaran dengan mempamerkan beberapa jenis bahan/alatan yang disediakan.

ii. Guru memilih beberapa orang murid.

iii. Murid yang dipilih tersebut akan mengambil alatan dan bergerak secara rawak kepada murid-murid lain untuk menunjukkan alatan tersebut.

iv. Guru meminta pandangan murid mengenai perbezaan panjang antara bahan/alatan yang dapat dilihat.

v. Guru menyoal murid bagaimanakah cara menentukan ukuran panjang bahan/alatan dengan tepat.

Contoh soalan:

a. Bagaimanakah kita dapat menentukan ukuran panjang sesuatu alatan?

b. Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur panjang?

vi. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran yang akan dipelajari.

Langkah 1(15 minit)Definisi dan kaedah pengukuran-Jarak diantara dua titik/tempat/kedudukan. i. Guru memberikan penerangan mengenai tajuk yang dipelajari di papan hitam.

ii. Guru meminta murid untuk memberikan perhatian dan membuat catatan ringkas berdasarkan penerangan guru.

iii. Guru menerangkan tentang cara-cara menentukan ukuran panjang.

iv. Guru menayangkan video tayangan mengenai cara-cara menentukan ukuran panjang dengan menggunakan pembaris pendek.

v. Guru meminta murid-murid meniru cara pengukuran tersebut.

Langkah 2(20 minit)Mengukur meja, pensel buku, dan pemadam menggunakan alat pengukuran terkini iaitu pembaris meter, pembaris pendek dan pita pengukur.

i. Guru meneruskan pengajaran dengan menunjukkan beberapa jenis alat pengukuran.

ii. Guru memperkenalkan setiap alat yang ditunjukkan kepada murid.

iii. Guru membahagikan murid kepada 5 buah kumpulan. Setiap kumpulan diminta mencari ukuran panjang bagi beberapa alatan yang disediakan menggunakan alat pengukuran yang disediakan.

iv. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil pengukuran masing-masing.

Langkah 3(10 minit)Alat pengukurani. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

ii. Murid perlu mengukur panjang objek di lembaran kerja menggunakan pembaris pendek, mengukur buku menggunakan pembaris meter.

Penutup(5 minit)Maksud dan kaedah ukuran panjang.

Alat pengukuran panjang.

Unit piawai untuk ukuran panjang dalam sistem metrik ialah mm, cm, m dan km.i. Guru merumuskan isi pelajaran dengan aktiviti soal jawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap tajuk yang telah dipelajari.

Contohnya:

a. Apakah yang dimaksudkan dengan ukuran panjang?

b. Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk ukuran panjang?

c. Apakah unit piawai untuk ukuran panjang?