rph tahun 5h

11
Rancangan Pengajaran Harian Reka Bentuk Dan Teknologi Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Kelas 5 Harmoni Tarikh 14.4.2015 (Selasa) Masa 11.00 – 12.00 tengahari Bilangan Pelajar 13 Tajuk 5.0 Teknologi Pertanian Standard Kandungan 5.1 Menanam benih di dalam bekas Standard Pembelajaran 5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri- ciri seperti cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak diserang perosak. 5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, serampang tangan dan penyiram Pengetahuan Sedia Ada a) Murid- murid pernah berkebun dirumah sama secara sendiri atau bersama- sama keluarga. b) Murid- murid mempunyai hobi iaitu menyiram pokok bunga dan menanam pokok bunga dan sayur- sayuran. Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran ini, murid dapat: a) Menyusun “Word Puzzle”yang mengandungi ciri- ciri biji benih yang baik dengan betul dan akan melekatkannya pada papan

Upload: vasanthi-marimuthu

Post on 13-Sep-2015

81 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Rancangan Pengajaran Harian THN5 RBT

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian Reka Bentuk Dan TeknologiMata pelajaranReka Bentuk dan Teknologi

Kelas5 Harmoni

Tarikh14.4.2015 (Selasa)

Masa11.00 12.00 tengahari

Bilangan Pelajar 13

Tajuk5.0 Teknologi Pertanian

Standard Kandungan5.1 Menanam benih di dalam bekas

Standard Pembelajaran5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri- ciri seperti cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak diserang perosak.5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, serampang tangan dan penyiram

Pengetahuan Sedia Adaa) Murid- murid pernah berkebun dirumah sama secara sendiri atau bersama- sama keluarga.b) Murid- murid mempunyai hobi iaitu menyiram pokok bunga dan menanam pokok bunga dan sayur- sayuran.

Objektif PembelajaranDi akhir pengajaran ini, murid dapat:a) Menyusun Word Puzzleyang mengandungi ciri- ciri biji benih yang baik dengan betul dan akan melekatkannya pada papan putih. b) Menyebut ciri- cir biji benih yang baik dan yang rosak dengan kuat dan betul.c) Mengingati dan menulis ciri- ciri biji benih yang baik dan juga rosak. d) Mengenali nama alatan dan fungsi alatan pertanian.e) Menyebut dan menulis nama dan fungsi alatan dengan betul.

Penerapan Nilai Murniberhati- hati, kerjasama, mematuhi peraturan, mendengar arahan, hormatmenghormati, peka, yakin diri, bertanggungjawab

Kemahiran Berfikirmenjana idea, membuat inferens, menghubung kait, mengingat semula, membuat gambaran mental, menilai, membuat kesimpulan.

Bahan Bantu MengajarPersembahan powerpoint, komputer, LCD, bahan maujud (sudip tangan, serampang tangan, penyiram, pungkis), lembaran kerja

Penyerapan IlmuPendidikan moral

Strategi Pembelajaranberpusatkan guru, berpusatkan murid, berpusatkan bahan

KaedahPembelajaran koperatif, soal jawab, perbincangan

Elemen Merentas KurikulumTeknologi maklumat dan komunikasi

LangkahIsi pelajaranAktiviti P & PCatatan

Set induksi(5 minit)Tayangan video aktiviti berkebun

Soalan:1) Apakah yang sedang dilakukan dalam tayangan video tersebut?2) Apakah yang diajar oleh kakak tersebut kepada Upin dan Ipin?3) Apakah Upin dan Ipin membuat dalam video tersebut?Jawapan (Contoh)1. Mereka sedang berkebun2. Kakak mengajar cara membuat penanaman3. Upin dan Ipin mengubah anak benih.4. Upin dan Ipin menanam sayur sawi.

1. Guru akan memperkenalkan diri disebabkan pertama kali mengajar kelas tersebut. 2. Guru bertanya khabar kepada murid. 3. Guru meminta murid supaya memberi sepenuh perhatian semasa proses pengaran dan pembelajaran berlaku.4. Guru akan menayangkan sebuah video dan meminta murid untuk memberi sepenuh perhatian dan mencatat benda yang mereka lihat dalam video tersebut.5. Dengan berdasarkan jawapan murid, guru akan memperkenalkan topic pada hari tersebut.Teknologi Pertanian

BBM: video, LCD dan komputer

Kemahiran berfikir:menjana idea, meramal, menghubung kait

Strategi P&P:berpusatkan bahan, berpusatkan murid

Kaedah:Pemerhatian, kaedah sokratik (soal jawab)

Nilai murni:hormat-menghormati, peka, kerjasama, mematuhi peraturan, mendengar arahan

Langkah 1(15 minit) Ciri- ciri biji benih yang baik

SOALAN1. Apakah langkah penanaman pokok bunga atau sayur.

JAWAPAN (contoh)1. Menyediakan pasu2. Masukkan medium3. Masukkan biji benih

Biji benih yang matang Biji benih yang normal Biji benih yang bernas Biji benih yang tidak diserang perosak

1. Guru akan bertanya beberapa soalan kepada murid.2. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid guru akan memberikan sedikit penerangan dan akan membahagikan murid dalam 4 kumpulan.3. Guru akan memberi satu sampul surat yang mengandungi Word Puzzle kepada murid- murid.4. Word Puzzle tersebut mengandungi ciri- ciri biji benih yang baik. 5. Murid- murid dikehendaki menyusun perkataan tersebut.6. Guru akan melekatkan gambar biji benih pada papan putih.7. Murid- murid akan menyusun perkataan dengan cepat dan akan menampalkan disekitar gambar yang dilekatkan pada papn putih. 8. Murid- murid akan bertanding dengan kumpulan yang lain untuk menampalkannya didepan.9. Setelah melekat guru akan meminta murid untuk membaca setiap ciri dengan kuat dan betul.10. Seterusnya, guru akan menerangkan setiap ciri tersebut dengan lebih lanjut.BBM: sampul surat, Word Puzzle, pita pelekat, gunting

Kemahiran berfikir:menjana idea, menghubung kait

Strategi P&P:berpusatkan bahan

Kaedah:Perbincangan

Nilai murni:Kerjasama, mendengar arahan, bertanggungjawab

Langkah 2(10 minit)Ciri- ciri biji benih yang rosak Biji benih yang belum matang Biji benih yang berkulat Biji benih yang berlubang Biji benih yang tidak normal Biji benih yang retak atau pecah 1. Guru akan menerangkan tentang biji benih yang rosak melalui persembahan Powerpoint. 2. Guru akan menunjukkan gambar dan sedikit penerangan tentang biji benih yang rosak. 3. Guru akan memberi sedikit penerangan tentang biji benih yang rosak. 4. Seterusnya, guru akan bertanya soalan tentang ciri- ciri biji benih yang baik dan juga rosak.5. Guru akan membantu murid untuk menjawab soalan tersebut.6. Guru perlulah memastikan semua murid dapat menjawab soalan tersebut.BBM: Persembahan Powerpoint, LCD dan komputer

Kemahiran berfikir:membuat gambaran mental, membuat inferens.

Strategi P&P:berpusatkan bahan, berpusatkan guru

Kaedah:Diskusi (perbincangan)

Nilai murni:hormat-menghormati, peka

Langkah 3(15 minit)Memperkenalkan alat- alat pertanian dan fungsinya

Alat Alat Pertanian1. Sudip tangan- untuk menggali lubang di dalam pasu2. Serampang tangan- untuk menggembur medium3. Penyiram- untuk menyiram pokok bungan4. Pungkis- untuk mengangkut rumput yang dicabut.

SOALAN1. Adakah kita akan menggunakan tangan kita semata- mata apabila kita berkebun?2. Apakah alatan yang digunakan untuk membuat pertanian?1) Guru akan bertanya beberapa soalan.2) Guru akan memberi sedikit peneranga dan akan memperkenalkan alat- alat pertanian secara satu per satu.3) Guru akan menerangkan menggunakan persembahan powerpoint dan pada masa yang sama beliau akan menunjukkan benda maujud alatan yang diajar. 4) Guru akan menerangkan tentang nama dan fungsi alatan pertanian. 5) Alatan akan diedarkan kepada murid supaya mereka dapat lihat alatannya secara sebenar.6) Kemudian guru akan menunjukkan alat pertanian secara satu per satu dan akan bertanya nama dan fungsinya kepada murid- murid.7) Guru perlulah membimbing murid sewaktu menjawab soalan dan perlulah memastikan semua orang murid menjawab soalan yang diajukkan kepada mereka.BBM: Penyiram (1), Pungkis (1), Serampang tangan (5), Sudip tangan (5) (Benda Maujud), Persembahan Powerpoint

Kemahiran berfikir:menjana idea, membuat inferens, menghubung kaitan, membuat gambaran mental

Strategi P&P:Berpusatkan bahan, berpusatkan guru

Kaedah:Perbincangan

Nilai murni: Peka

Langkah 4(10 minit)

Pengukuhan

LEMBARAN1. Ciri- ciri biji benih yang baik2. Ciri- ciri biji benih yang rosak3. Nama dan fungsi alatan

1. Guru akan mengedarkan lembaran kepada murid.2. Murid- murid dikehendaki membuat latihan dengan sendiri tanpa merujuk kepada mana- mana sumber.3. Murid diberi 10 minit untuk menyiapkannya.4. Setelah murid siap guru akan membincangkan jawapannya bersama murid.5. Murid- murid akan menyemak jawapan dan akan membetulkan sekiranya ada pembetulan.BBM: lembaran kerja

Kemahiran berfikir:membuat urutan, membuat gambaran mental, mengingat semula

Strategi P&P:berpusatkan murid dan guru

Kaedah:Soal jawab

Nilai murni:mendengar arahan, mematuhi peraturan, berhati-hati,

Langkah 4(5 minit)Rumusan1. Ciri- ciri biji benih yang baik2. Ciri- ciri biji benih yang rosak3. Nama dan fungsi alatan

1. Guru akan meminta murid untuk mengemaskan barang- barang atas meja.2. Guru akan tanya beberapa soalan tentang topik pengajaran pada hari tersebut. 3. Murid akan menjawab dengan tepat dengan bimbingan guru.

TUGASAN SUSULANMurid- murid diminta melekatkan latihan yang dibuat dalam buku latihan mereka dengan kemas.Kemahiran berfikir:menjana idea, membuat inferens, menghubung kaitan, membuat gambaran mental, mengingat semula, membuat kesimpulan

Strategi P&P:Berpusatkan murid

Kaedah:Diskusi (perbincangan), soal jawab

Nilai murni: Peka, Amanah

REFLEKSI________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ULASAN________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________