rph tahun 5 kssr (m4)

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 6 Mei 2015 (Rabu) Tahun : 5 Jaya Bilangan Murid : 29 Orang L (16) P (13) Masa : 7.45 pagi – 8.15 pagi Tajuk : Malaysiaku Boleh Aktiviti : Menghantar Dan Menerima Bola Dengan Tangan Standard Kandungan : Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori serangan dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran : 1.6.1 Melakukan pelbagai teknik hantaran bola ke sasaran dengan menggunakan alatan dan anggota badan yang dibenarkan. 2.6.1 Mengenal pasti pelbagai cara menghantar bola ke sasaran. 5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti. .Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Psikomotor : Membuat hantaran aras dada dengan lakuan yang betul.

Upload: noratiqahr

Post on 28-Aug-2015

253 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniTarikh: 6 Mei 2015 (Rabu)Tahun: 5 Jaya Bilangan Murid: 29 Orang L (16) P (13) Masa: 7.45 pagi 8.15 pagiTajuk: Malaysiaku BolehAktiviti: Menghantar Dan Menerima Bola Dengan TanganStandard Kandungan: Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori serangan dengan lakuan yang betul.Standard Pembelajaran : 1.6.1 Melakukan pelbagai teknik hantaran bola ke sasaran dengan menggunakan alatan dan anggota badan yang dibenarkan. 2.6.1 Mengenal pasti pelbagai cara menghantar bola ke sasaran. 5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti..Hasil Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. Psikomotor : Membuat hantaran aras dada dengan lakuan yang betul.2. Kognitif : Menunjukkan pelbagai cara menghantar bola ke arah sasaran.3. Afektif : Boleh menerima kemenangan dan kekalahan dalam sesuatu permainan.

EMK : Nilai Murni (Bekerjasama Dalam Kumpulan)BBM : Gelung (4), Bola (30), Skitel (4)LANGKAH / MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASICATATAN

Permulaan( 5 minit)

Memanaskan badan

Cabut Ekor

Setiap murid dikehendaki menyangkut sehelai kertas pada seluar di belakang. Murid akan berlari bebas di kawasan dalam skitel. Guru akan meniup wisel, apabila wisel dibunyikan, murid-murid cuba seberapa banyak ekor yang boleh daripada murid-murid lain sementara memastikan ekor sendiri tidak dicuri. Murid-murid yang telah kehilangan ekor di kehendaki keluar dari kawasan skitel dan berdiri di dalam gelung yang disediakan. Gelung A untuk lelaki dan B untuk perempuan. Murid-murid yang masih lagi ada ekor boleh terus kejar-mengejar. Guru akan meniup wisel bagi menamatkan permainan, murid yang memperoleh ekor terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

Alatan :-skitel dan gelung, kertas.

Nilai:-patuh pada arahan guru

Perkembangan (10 minit)

Aktiviti 1:

Hantaran Aras Dada Bergerak

Aktiviti 2 :

Hantaran Aras Dada Bersilang

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B,C dan D. Dua kumpulan akan berdiri secara barisan menghadap. Murid pertama akan menghadap murid pertama kumpulan yang berbeza. Bola dihantar ke murid dari kumpulan berbeza secara hantaran aras dada. Apabila murid tersebut selesai, murid pertama akan menghantar bola kepada murid seterusnya dan murid yang selesai menghantar bola akan beratur di belakang. Aktiviti diteruskan sehingga semua murid selesai.

-Penghantar:1.Menghadap sasaran.2.Kaki di buka seluas bahu.3.Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan pada aras dada.4.Tolak bola ke depan.5.Berlari ke barisan belakang.

-Penerima:1.Menghadap sasaran.2.Luruskan tangan ke depan.3.Cengkam bola dan serap daya.4.Berlari ke barisan belakang.

Murid dibahagikan dalam kumpulan yang sama. Mereka akan berdiri sambil menghadap kumpulan yang berbeza. Murid pertama kumpulan A akan memberikan bola kepada murid pertama kumpulan B. Kemudian, murid pertama kumpulan B akan menghantar bola kepada murid kedua kumpulan A. Pergerakan bola adalah secara bersilang serta berbentuk M dan murid akan menghantar bola dengan hantaran aras dada. Aktiviti diteruskan sebanyak 2 kali.

Alatan :-skitel-bola

Nilai:-patuh pada arahan guru

Kemuncak( 10 minit)Permainan Kecil :

Jaringan Emas Murid akan dibahagikan kepada kumpulan A,B,C dan D. Kumpulan A akan berlawan dengan kumpulan B manakala kumpulan C akan berlawan dengan kumpulan D. Murid akan bermain di dalam kawasan yang telah ditanda dengan skitel. Kedua-dua pihak perlu berada di tengah-tengah gelanggang untuk memulakan permainan. Pemain akan menghantar bola kepada kawannya yang berhampiran dengan gelung dan pemain pasukan lain perlu menghalang hantaran bola tersebut. Hanya dibenarkan menggunakan hantaran aras dada dan hantaran sisi. Murid yang hendak membuat hantaran tidak boleh menggerakkan kaki dan hanya berdiri secara statik sambil membuat hantaran. Penjaga gol yang akan mendapat bola hendaklah menyambut bola untuk mendapatkan mata. Sekiranya penjaga gol menyambut bola sambil kaki terkeluar daripada gelung dikira batal. Pasukan yang paling banyak membuat hantaran kepada penjaga gol di dalam gol dikira menang. Setiap gol dikira 1 mata. Alatan :-skitel-bola-gelung

Nilai:-patuh pada arahan guru-bekerjasama

Penutup(5 minit)Aktiviti Gerak Kendur:

Jalan-Jalan Ambil Angin

Soal Jawab

Murid-murid dikehendaki berjalan di sekeliling skitel sambil menarik nafas sebanyak 3 kali. Aktiviti dilakukan untuk merehatkan dan memulihkan degupan jantung selepas melakukan aktiviti.

Guru bertanyakan bagaimanakah cara membuat hantaran aras dada.

Jangkaan jawapan :

-murid menunjukkan cara menghantar bola aras dada yang dipelajari.

Nilai:-patuh pada arahan guru