rph sistem suria

9
Tema Pelajaran / Topik Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta / Sistem Suria. Objektif Pembelajara n Di akhir pengajaran, pelajar dapat : 1. Menyatakan bahawa matahari adalah sebuah bintang dan merupakan pusat sistem suria. 2. Menyatakan bahawa matahari dikelilingi oleh 9 buah planet. 3. Menamakan 9 buah planet dalam sistem suria mengikut urutan. Hasil Pembelajara n 1. Memahami dan mengetahui bahawa matahari adalah pusat sistem suria yang dikelilingi oleh 9 buah planet melalui pesembahan MS Powerpoint yang disediakan oleh guru. 2. Meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan MS Powerpoint, MS Word dan MS Excel dalam menjawab soalan on-line dan soalan interaktif berkaitan isi pelajaran. 3. Meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan komputer bagi melayari internet untuk mencari bahan rujukan berkaitan isi pelajaran. 4. Mensyukuri nikmat Tuhan dan menyedari bahawa sains merupakan satu cara untuk memahami alam

Upload: babbyboe

Post on 03-Oct-2015

69 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

menerangkan mengenai sistem suria untuk tahun 6

TRANSCRIPT

Tema Pelajaran / Topik

Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta / Sistem Suria.

ObjektifPembelajaran

Di akhir pengajaran, pelajar dapat :

1.Menyatakan bahawa matahari adalah sebuah bintang dan merupakan pusat sistem suria.2.Menyatakan bahawa matahari dikelilingi oleh 9 buah planet.3.Menamakan 9 buah planet dalam sistem suria mengikut urutan.

Hasil Pembelajaran

1.Memahami dan mengetahui bahawa matahari adalah pusat sistem suria yang dikelilingi oleh9 buah planet melalui pesembahan MS Powerpoint yang disediakan oleh guru.2.Meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan MS Powerpoint, MS Word dan MS Excel dalammenjawab soalan on-line dan soalan interaktif berkaitan isi pelajaran.3.Meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan komputer bagi melayari internet untuk mencaribahan rujukan berkaitan isi pelajaran.4.Mensyukuri nikmat Tuhan dan menyedaribahawa sains merupakan satucara untuk memahami alam semesta.

Penilaian

1.Guru mengemukakan soalan kepada murid ( soal jawab ) selepas tayangan video dalam set induksi.2.Murid menjawab soalan On-line yang disediakan oleh guru dalam perisian MS Word.3.Murid menghasilkan model sistem suria serta melabel model yang dihasilkan.

Peruntukan Masa

60 minit

Ciri-Ciri Kelas

a)Tahun

b)Bilangan Murid

c)Pengetahuan SediaAda Tahun 6

35 orang murid.

Murid telah mempelajari tajuk Bumi, Bulan dan Matahari di Tahun Empat (4)

Liputan Kurikulum

Topik ini meliputi planet-planet dalam sistem suria, putaran dan peredaran planet, satelit-satelit semulajadi serta astroid.

Persediaan Guru

1.Menyediakan soalan On-line menggunakan MS Word.2.Menyediakan slide MS Powerpoint untuk menerangkan isi pelajaran.3.Menyediakan soalan interaktif ( melabel ) menggunakan MS Excel.4.Menyediakan video tentang sistem suria.5.Model sistem suria.5 batang kayu.5 gulung dawai.5 kotak plastesin.45 kad label nama-nama planet.5 bola kecil ( model matahari )

Penerapan Tmk

1.Penggunaan MS Word dan MS Excel untuk menjawab soalan .2.Penggunaan internet dan enjin pencari untuk memperoleh maklumat berkaitan tajuk pelajaran.3.Penggunaan rangkaian ( LAN ) dalam makmal komputer bagi menghantar dan mengambil tugasansecara On-li ne.

Persediaan TMK

1.Menempah bilik komputer serta memastikan komputer dan LCD Projektor berfungsi dengan baik.2.Memastikan sistem rangkaian ( LAN ) dan internet boleh digunakan.3.Menyediakan set soalan dalam MS Word dan MS Excel untuk soalan interaktif dan soalan penilaian.4.Menyediakan set slaid MS Powerpoint mengenai sistem suria untuk menerangkan isi pelajaran.5.Menyenaraikan alamat internet berkaitan sistem suria untuk kegunaan murid dalam mencari maklumatberkaitan isi pelajaran ( pautan pembelajaran ).6.Menyediakan video tentang sistem suria untuk digunakan dalam set induksi.

Aktiviti Pelajaran

1.Guru menayangkan video berkenaan sistem suria sebagai permulaan pengajaran dan pembelajaran (Set induksi).2.Murid memerhati tayangan video dan slaid MS Powerpoint berkenaan sistem suria.3.Guru mengemukakan soalan kepada muridberpandukan pada tayangan video (soal jawab antara guru danmuridberkaitan tajuk pelajaran).4.Murid memberi maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan tayangan video danslaid MS Powerpoint.5.Guru menggunakan MS Powerpoint (nota dan gambarajah) untuk menerangkan isi pelajaran( menstrukturkan semula idea murid hasil daripada maklum balas murid ).6.Murid mencatat nota tentang isi pelajaran.7.Guru memperlihatkan kepada murid model sistem suria untuk menunjukkan kedudukan sebenarplanet-planet mengelilingi matahari.8.Murid memerhati model sistem suria untuk melihat simulasi keadaan sebenar sistem suria.9.Guru menyediakan soalan interaktif MS Excel ( melabel kedudukan planet dalam sistem suria ) untuk aktiviti murid.10.Murid menamakan dan melabel kedudukan setiap planet dalam sistem suria11.Guru menyediakan soalan On-line untuk dijawab oleh murid-murid sebagai penilaian akhir.12.Murid menjawab soalan on-line yang disediakan oleh guru sebagai penilaian pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti Guru

1.Guru menayangkan video berkenaan sistem suria sebagai permulaan pengajaran dan pembelajaran (Set induksi).

2.Guru mengemukakan soalan kepada muridberpandukan pada tayangan video (soal jawab antara guru dan muridberkaitan tajuk pelajaran).

3.Guru menggunakan MS Powerpoint (nota dan gambarajah) untuk menerangkan isi pelajaran ( menstrukturkan semula idea murid hasil daripada maklum balas murid ).

4.Guru memperlihatkan kepada murid model sistem suria untuk menunjukkan kedudukan sebenar planet-planetmengelilingi matahari.

5.Guru menyediakan soalan interaktif MS Excel ( melabel kedudukan planet dalam sistem suria ) untuk aktiviti murid.

6.Guru menyediakan soalan On-line untuk dijawab oleh murid-murid sebagai penilaian akhir.

Aktiviti Pelajar

1.Murid memerhati tayangan video dan slaid MS Powerpoint berkenaan sistem suria.

2.Murid memberi maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan tayangan video dan slaid MS Powerpoint.

3.Murid mencatat nota tentang isi pelajaran.

4.Murid memerhati model sistem suria untuk melihat simulasi keadaan sebenar sistem suria.

5.Murid menamakan dan melabel kedudukan setiap planet dalam sistem suria

6.Murid menjawab soalan on-line yang disediakan oleh guru sebagai penilaian pengajaran dan pembelajaran.

Keperluan Khusus

Tidak berkenaan

Laman Web

1.http://www.frontire.net/~kidpower/sun.html2.http://www.nineplanets.org3.http://www.spaceinfo.jaxa.jp/index_e.html4.http://kids.msfc.nasa.gov

Literasi

Orbit, Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto.

Numerasi

Tidak berkenaan

Bahan Rujukan Tmk Dan Bukan Tmk

1.Buku teks.2.Model sistem suria.3.Carta bergambar.4.Video berkaiatan sistem suria.5.Laman web :-http://www.frontire.net/~kidpower/sun.html-http://www.nineplanets.org-http://www.spaceinfo.jaxa.jp/index_e.html-http://kids.msfc.nasa.gov

Penerapan NilaiMurni

1.Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.2.Kerjasama kumpulan dalam menjalankan aktiviti.3.Mensyukuri nikmat Tuhan.4.Sifat ingin tahu terhadap sesuatu yang baru.

Kemahiran Berfikir

1.Melabel.2.Membanding beza.3.Menyusun mengikut urutan.4.Inferens.5.Menghubungkait.6.Berfikir secara kreatif