rph psk thn4 (kenali budaya malaysia)

10
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Matapelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tema : Kenali Budaya Malaysia Tajuk : Kenali dan Apresiasi Adab Sosial Warisan Budaya Malaysia Sub Tajuk : Adab Makan Tarikh :18 Februari 2010 Masa : 8.30 pagi-9.30 pagi Tahun : 4 Kencana Bilangan Murid : 30 Orang (14 lelaki dan 16 perempuan) Pengalaman Sedia Ada : Murid membesar dalam latar belakang sosiobudaya masing-masing. Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

Upload: lontong

Post on 19-Jun-2015

3.047 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH PSK Thn4 (Kenali Budaya Malaysia)

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tema : Kenali Budaya Malaysia

Tajuk : Kenali dan Apresiasi Adab Sosial Warisan Budaya Malaysia

Sub Tajuk : Adab Makan

Tarikh :18 Februari 2010

Masa : 8.30 pagi-9.30 pagi

Tahun : 4 Kencana

Bilangan Murid : 30 Orang (14 lelaki dan 16 perempuan)

Pengalaman Sedia Ada : Murid membesar dalam latar belakang sosiobudaya masing-masing.

Page 2: RPH PSK Thn4 (Kenali Budaya Malaysia)

Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Mengenalpasti warisan budaya setiap kaum

2. Membandingbezakan adab-adab makan setiap kaum

3. Menyenaraikan amalan budaya kaum lain.

Penerapan Nilai :

1. Menghormati amalan budaya kaum lain

2. Memupuk kesedaran terhadap nilai positif yang dibawa dalam setiap budaya

3. Menggalakkan kerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Pengajaran :

1. KBKK

2. Kecerdasan Pelbagai

3. Koperatif

4. Kajian Masa Depan

5. Kontekstual

Page 3: RPH PSK Thn4 (Kenali Budaya Malaysia)

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Tayangan video

bertajuk “Amalan

Kunjung-

Mengunjung di

Kampung”

Guru menunjukkan tayangan

video tentang aktiviti masyarakat

bertajuk “Amalan Kunjung-

Mengunjug di Kampung.”

KBKK

Langkah 1

(10 minit)

Perbincangan

tentang adab-adab

makan setiap kaum

Kaum Cina

menggunakan

Chopstick ketika

makan

Kaum Melayu dan

India menggunakan

tangan ketika makan

Guru mengedarkan lembaran

kerja kepada murid

Murid diminta memilih adab-

adab makan setiap kaum

dengan betul

Guru meminta murid

mengenalpasti adab makan

setiap kaum.

Guru berbincang dan

menerangkan adab makan bagi

setiap budaya

Rujuk lampiran A

Kecerdasan Pelbagai

- interpersonal

Langkah 2

(10 minit)

Demonstrasi adab

makan masyarakat

Malaysia

- Murid Melayu

mendemonstrasikan

Beberapa orang wakil murid

dikehendaki mendemonstrasikan

adab makan masyarakat

Malaysia

Guru membimbing murid untuk

Kecerdasan Pelbagai

- kinestetik

Page 4: RPH PSK Thn4 (Kenali Budaya Malaysia)

4.1 Lampiran A

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid

o Aktiviti dilakukan secara individu

o Dilakukan untuk menguji kefahaman awal murid terhadap budaya lain

Murid diminta memilih adab-adab makan setiap kaum dengan betul

o Murid perlu memilih adab makan setiap kaum berdasarkan gambar yang ditunjukkan

Guru meminta murid mengenalpasti adab makan setiap kaum.

o Berdasarkan lampiran kerja yang diberi murid-murid perlu mengecam gambar dan menjawab soalan

mengikut pengalaman sedia ada murid.

Guru berbincang dan menerangkan adab makan bagi setiap budaya

o Guru membincangkan latihan bersama-sama murid.

Mengapa kaum Cina menggunakan Chopstick ketika makan?

Apakah persamaan adab makan kaum Melayu dan Kaum India?

Page 5: RPH PSK Thn4 (Kenali Budaya Malaysia)

4.2 Lampiran B

Beberapa orang wakil murid dikehendaki mendemonstrasikan adab makan masyarakat Malaysia

o Guru memilih beberapa orang wakil murid untuk menunjukkan cara makan mengikut adab setiap kaum

Tiga orang wakil murid Melayu melakukan demonstrasi adab makan kaum India

Tiga orang wakil murid India melakukan demonstrasi adab makan kaum Cina

Tiga orang wakil murid India melakukan demonstrasi adab makan kaum Melayu

Guru membimbing murid untuk melakukan demonstrasi adab makan masyarakat Malaysia.

o Guru membetulkan cara murid-murid melakukan demonstrasi adab makan tersebut

Page 6: RPH PSK Thn4 (Kenali Budaya Malaysia)

4.3 Lampiran C

Guru meminta murid membawa makanan tradisional kaum masing-masing.

o Guru meminta murid membawa makanan tradisional pada minggu lalu

Murid bertukar makanan dan makan mengikut adab jenis makanan tradisional tersebut.

o Murid Melayu bertukar makanan dengan murid Cina dan murid India

o Murid Cina bertukar makanan dengan murid Melayu dan murid India

o Murid India bertukar makanan dengan murid Melayu dan murid Cina

Mana-mana murid yang mendapat makanan kaum Melayu dikehendaki makan dengan adab makan

kaum Melayu begitu juga dengan makanan kaum Cina dan kaum India.

Page 7: RPH PSK Thn4 (Kenali Budaya Malaysia)

4.4 Lampiran D

Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan mengikut nama kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Murut dan

Kadazan.

o Guru menyediakan kertas undian yang tertulis Melayu, Cina, India, Iban, Murut dan Kadazan pada setiap

kertas undi.

o Setiap murid mencabut satu undi dan guru hendaklah memastikan satu kumpulan terdiri daripada pelbagai

kaum.

Setiap kumpulan hendaklah mempunyai murid yang pelbagai budaya.

Guru meminta murid membandingbezakan adab-adab makan setiap kaum.

o Guru menyediakan kertas sebak/ mahjong kepada setiap kumpulan

o Murid secara kumpulan dikehendaki mencari persamaan dan perbezaan adab makan yang telah mereka

pelajari

Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

Guru membimbing dan menyemak hasil kerja murid.

o Guru menilai dan memberikan markah kepada setiap kumpulan yang berjaya mempersembahkan hasil

kerja mereka dengan baik dan kerjasama dalam kumpulan yang ditunjukkan.