rph pantun teka teki tahun 5

12
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Putra Tarikh : 17 Julai 2013 Masa : 1 jam (7.45 pagi hingga 8.45 pagi) Bilangan Murid : 40 orang Tema : Kesusasteraan (Pantun Teka-teki) Tajuk : Buah-buahan Tempatan Hasil Pembelajaran/Kemahiran : Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 3 : (i) Membaca teks pelbagai laras dengan sebutan, dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. Fokus Sampingan : 6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang

Upload: hanis-izzati-ibrahim

Post on 01-Dec-2015

728 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Tema Buah buahan

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Pantun Teka Teki Tahun 5

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5 Putra

Tarikh : 17 Julai 2013

Masa : 1 jam (7.45 pagi hingga 8.45 pagi)

Bilangan Murid : 40 orang

Tema : Kesusasteraan (Pantun Teka-teki)

Tajuk : Buah-buahan Tempatan

Hasil Pembelajaran/Kemahiran :

Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar

serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 : (i) Membaca teks pelbagai laras dengan sebutan, dan intonasi yang betul serta gaya yang

sesuai.

Fokus Sampingan : 6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang

sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

Aras 1 : (i) Merujuk kepada kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan

perkataan yang tepat.

Page 2: RPH Pantun Teka Teki Tahun 5

Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :

i. membaca teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan) dengan sebutan, dan intonasi yang betul serta gaya yang

sesuai.

ii. menyatakan makna perkataan yang digaris dalam teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan).

iii. membulatkan kata adjektif yang terdapat dalam teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan).

Sistem Bahasa

Tatabahasa - Kata adjektif

Kosa Kata - Kolek, menoreh, belanga, meranduk

Pengisian Kurikulum

Ilmu - Kesusasteraan, kemasyarakatan

Nilai Murni - Kesyukuran, patriotisme, rasional

Kemahiran bernilai tambah

Kemahiran berfikir - Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.

Teori Kecerdasan Pelbagai - Muzik

Belajar Cara Belajar - Membaca mekanis

Page 3: RPH Pantun Teka Teki Tahun 5

Bahan Bantu Mengajar - Kayu pancing, buah-buahan di bakul, teks pantun teka-teki (buah-buahan tempatan),

slaid, audio lagu, dan lembaran kerja.

Masa

Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Contoh soalan:

·         Apakah benda ini?

·         Nama buah ini apa?

·         Ini buah tempatan atau buah import?

Tajuk :

Buah-buahan tempatan.

1. Guru meminta murid memejamkan mata.

2. Guru memancing murid menggunakan kayu pancing yang disediakan.

3. Murid yang dipancing akan membaca arahan yang terdapat pada kayu pancing.

4. Murid yang dipancing akan mencari tempat kotak buah-buahan disembunyikan.

5. Murid tersebut akan mengeluarkan buah-buahan itu satu persatu.

6. Soal jawab antara guru dan

Teknik :

·   Soal jawab

Nilai :

·   Kerjasama

BBM :

·   Kayu pancing, buah-buahan dalam bakul

Page 4: RPH Pantun Teka Teki Tahun 5

murid tentang buah-buahan yang terdapat dalam bakul.

7. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.

Langkah 1

(10 minit)

Teks pantun

Pantun teka-teki bertajuk “Buah-buahan Tempatan”. (Lihat lampiran 1)

Contoh perkataan yang sukar disebut :

·         Belanga

·         Rezeki

·         Bonda

·         Menoreh

·         Molek

1.    Wakil murid dikehendaki mengambil teks pantun daripada guru.

2. Murid diminta membaca secara senyap.

3. Guru bertanya kepada murid tentang perkataan yang sukar disebut.

4. Guru memaparkan slaid pantun teka-teki (buah-buahan tempatan).

5. Guru membuat demonstrasi cara membaca pantun dan murid dikehendaki meneliti intonasi, sebutan dan gaya

Teknik :

Tunjuk cara,perbincangan

Nilai :

·   Kerjasama

·   Tekun

BBM :

·   Slaid dan teks pantun teka-teki.

Page 5: RPH Pantun Teka Teki Tahun 5

·         Kolek

Slaid

Pantun teka-teki bertajuk “Buah-buahan Tempatan”.

guru semasa berpantun.

6. Murid yang disebut namanya diminta membaca pantun dengan menggunakan sebutan, intonasi dan gaya yang betul.

Langkah 2

(25 minit)

Teks pantun teka-teki bertajuk “Buah-buahan Tempatan”.

Contoh perkataan yang tidak difahami:

·         Belanga

(periuk tanah)

·         Meranduk

(mengharungi)

·         Paras

(rupa muka)

·         Kolek

1. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan perkataan yang tidak difahami.

2. Murid diminta menggaris perkataan yang disebut oleh guru, pada teks pantun.

3. Murid mencari makna perkataan yang digaris dengan menggunakan kamus dewan. (Rujuk lembaran kerja 1)

4. Perbincangan antara guru dan

Teknik :

·   soal jawab

·   perbincangan

·   sumbangsaran

Nilai :

·   Kerjasama

·   Tekun

BBM :

Page 6: RPH Pantun Teka Teki Tahun 5

(sampan kecil)

·         Molek

(cantik, bagus, elok)

Perkataan untuk dicari makna :

1.    Belanga

2.    Meranduk

3.    Paras

4.    Kolek

5.    Molek

Jawapan pantun

  teka teki :

Rangkap 1 : rambutan

Rangkap 2 : durian

Rangkap 3 : nenas

Rangkap 4 : manggis

murid tentang makna perkataan yang digaris.

5. Wakil kumpulan dikehendaki ke hadapan kelas untuk meneka jawapan kepada teka-teki dan menekan jawapan pada komputer riba.

·      Lembaran kerja, teks pantun, slaid

Page 7: RPH Pantun Teka Teki Tahun 5

Rangkap 5 : kelapa

Rangkap 6 : betik

Langkah 3

(10 minit)

Pengajaran :

Kata adjektif.

Contoh-contoh kata adjektif dalam pantun :

·         manis

·         merah

·         tajam

·         bersih

·         hitam

·         putih

·         cantik

·         molek

1. Guru menerangkan secara ringkas tentang kata adjektif.

2. Murid diminta mencari dan membulatkan kata adjektif yang terdapat dalam rangkap pantun teka-teki.

3. Wakil murid diminta menulis perkataan yang dibulat itu, di papan putih.

4. Perbincangan antara guru dan murid tentang kata adjektif yang terdapat di dalam teks pantun.

Teknik :

·   Tunjuk cara

·   Soal jawab

Nilai :

·   Kerjasama

·   Tekun

BBM :

·   Teks pantun teka-teki, lembaran kerja dan slaid.

Page 8: RPH Pantun Teka Teki Tahun 5

Langkah 4

(5 minit)

Kotak beracun tentang  bacaan pantun, makna perkataan dan kata adjektif.

Contoh soalan kotak beracun :

1.    Baca rangkap pantun di bawah:

Cantik parasnya si Puteri Molek,

Pergi ke kolam duduk berendam,

Rupa buahnya laksana kolek,

Bijinya umpama lada hitam.

2.    Berikan maksud perkataan bergaris:

Cantik parasnya si puteri molek,

Pergi ke kolam duduk berendam,

Rupa buahnya laksana kolek,

1. Murid diberi kotak beracun.

2. Guru memasang lagu dan meminta murid memberikan kotak beracun kepada rakan sebelah.

3. Murid menjawab soalan yang dicabut dari kotak beracun tersebut.

Teknik :

·   Soal jawab

Nilai :

·   Kerjasama

·   Tekun

BBM :

·   Teks pantun teka-teki, kotak beracun

Page 9: RPH Pantun Teka Teki Tahun 5

Bijinya umpama lada hitam.

3.    Sebutkan kata adjektif yang terdapat pada rangkap pantun di bawah :

Cantik parasnya si puteri molek,

Pergi ke kolam duduk berendam,

Rupa buahnya laksana kolek,

Bijinya umpama lada hitam.

Penutup

(5 minit)

Nyanyian lagu:

Nyanyian menggunakan rentak lagu “Ikan Kekek” dan rangkap pantun sebagai lirik lagu.

Isi pelajaran :

1.    Cara membaca pantun dengan betul.

2.    Makna perkataan yang digaris.

1. Murid bersama-sama guru menyanyi menggunakan rentak lagu “Ikan Kekek” dan rangkap pantun sebagai lirik lagu.

2. Guru menyimpulkan isi pelajaran dan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan.

3. Guru memberikan aktiviti

Teknik :

·   Nyanyian

·   Soal jawab

Nilai :

Page 10: RPH Pantun Teka Teki Tahun 5

4.    Kata adjektif.

Nilai murni :

·         Kesyukuran

·         Patriotisme

·         Rasional

latihan pengukuhan. (Lihat lembaran kerja 2)

·   Kesyukuran

·   Patriotisme

·   Rasional

BBM :

Audio lagu, lembaran kerja