rph bahasa malaysia minggu 23 sk ulu roban

4
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TEMA PETANI MODEN TAHUN 2 TAJUK TERNAKAN MASA 1130-1230 ( 60 Minit ) RABU STANDARD PEMBELAJARAN 3.8.2 Mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda bacaan. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: Membetulkan petikan yang diberikan dengan menggantikan sekurang- kurangnya 6 perkataan daripada 8 perkataan yang salah dengan yang betul. AKTIVITI 1. Murid berbincang dan berinteraksi dengan guru merangsang idea melalui gambar dalam Buku Teks muka surat 91. 2. Murid diimbas kembali pengetahuan mereka berkenaan dengan tanda baca dan simbolnya seperti tanda seru (!), noktah (.) dan koma (,) dengan bantuan kad imbas. 3. Murid diberi diberi beberapa ayat yang tidak mengandungi tanda baca dan dalam kumpulan, mereka perlu melekatkan kad bas yang mengandungi tanda baca yang sesuai ke dalam ayat tersebut. 4. Seterusnya murid diterangkan bahawa ayat yang betul perlulah mengandungi tanda baca yang betul dan ejaan yang sesuai, 5. Dengan melekatkan beberapa perkataan yang salah di papan hitam, murid perlu membetulkan perkataan tersebut dengan ejaan yang betul dengan menggunakan kad ejaan yang disediakan oleh guru. 6. Murid melakukan aktiviti pengukuhan yang terdapat pada Buku Teks muka surat 91. Pemulihan Murid mengenalpasti ejaan yang salah dalam petikan. Pengayaan Murid membetulkan sekurang-kurangnya 20 ejaan dalam petikan yang diberikan. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Pendidikan Moral Nilai : Budi bahasa, Bertanggungjawab EMK : TMK KB : Menjanakan Idea BAHAN BANTU BELAJAR Buku teks,lembaran kerja, kad ejaan, kad simbol. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / PENTAKSIRAN Murid-murid daoat mengenalpasti kesalahan ejaan dalam petikan.

Upload: kamisiah-bolhassan

Post on 02-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Bahasa Malaysia Minggu 23 Sk Ulu Roban

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMA PETANI MODEN

TAHUN 2

TAJUK TERNAKAN

MASA 1130-1230

( 60 Minit ) RABU

STANDARD PEMBELAJARAN

3.8.2 Mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda bacaan.

OBJEKTIFPada akhir pengajaran, murid dapat:

Membetulkan petikan yang diberikan dengan menggantikan sekurang-kurangnya 6 perkataan daripada 8 perkataan yang salah dengan yang betul.

AKTIVITI

1. Murid berbincang dan berinteraksi dengan guru merangsang idea melalui gambar

dalam Buku Teks muka surat 91.

2. Murid diimbas kembali pengetahuan mereka berkenaan dengan tanda baca dan

simbolnya seperti tanda seru (!), noktah (.) dan koma (,) dengan bantuan kad

imbas.

3. Murid diberi diberi beberapa ayat yang tidak mengandungi tanda baca dan dalam

kumpulan, mereka perlu melekatkan kad bas yang mengandungi tanda baca yang

sesuai ke dalam ayat tersebut.

4. Seterusnya murid diterangkan bahawa ayat yang betul perlulah mengandungi

tanda baca yang betul dan ejaan yang sesuai,

5. Dengan melekatkan beberapa perkataan yang salah di papan hitam, murid perlu

membetulkan perkataan tersebut dengan ejaan yang betul dengan menggunakan

kad ejaan yang disediakan oleh guru.

6. Murid melakukan aktiviti pengukuhan yang terdapat pada Buku Teks muka surat

91.

Pemulihan

Murid mengenalpasti ejaan yang salah dalam petikan.

Pengayaan

Murid membetulkan sekurang-kurangnya 20 ejaan dalam petikan yang diberikan.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai : Budi bahasa, Bertanggungjawab

EMK : TMK

KB : Menjanakan Idea

BAHAN BANTU BELAJAR

Buku teks,lembaran kerja, kad ejaan, kad simbol.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / PENTAKSIRAN

Murid-murid daoat mengenalpasti kesalahan ejaan dalam petikan.

REFLEKSI

Page 2: Rph Bahasa Malaysia Minggu 23 Sk Ulu Roban

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMA PETANI MODEN

TAHUN 2

TAJUK TERNAKAN

MASA 0900-1000 ( 60 Minit ) Khamis

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.1Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Membaca cerita dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

ii. Mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 kosa kata yang baharu dan merujuk kamus untuk mencari maksudnya,

AKTIVITI

1. Murid ditunjukkan kulit buku cerita yang bertajuk ‘Lembu Tua dan Lembu Muda’.

2. Murid dan guru berinteraksi dan mengeluarkan idea-idea mereka mengenai

sinopsis cerita tersebut.

3. Murid diterangkan kembali cara untuk membaca dengan menggunakan intonasi

yang betul mengikut tanda baca yang disediakan.

4. Murid dipilih secara rawak untuk membaca buku cerita tersebut manakala murid

yang lain mendengar dengan teliti.

5. Murid akan digantikan setelah membaca 2 hingga 3 ayat. Ketika murid digantikan,

guru akan bertanyakan murid yang lain untuk memastikan mereka menumpukan

sepenuh perjatian terhadap cerita yang dibacakan.

6. Semasa buku cerita sedang dibaca, murid akan mengenalpasti dan menyalinkan

beberapa perkataan baharu dalam buku tulis mereka.

7. Mereka akan mencari maksud bagi perkataan tersebut dengan menggunakan

Kamus Dewan yang disediakan.

8. Sebagai aktiviti pengukuhan, mereka hendaklah membina ayat melalui perkataan

tersebut.

PemulihanMurid membaca 10 perkataan daripada 20 perkataan yang diberikan dengan betul.

Pengayaan

Murid membina cerita berdasarkan kosa kata yang diberikan oleh guru.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan Moral, Sains

Nilai : Bekerjasama, tolong menolong

EMK : TMK

Page 3: Rph Bahasa Malaysia Minggu 23 Sk Ulu Roban

KB : Mengenal pasti

BAHAN BANTU BELAJAR

Lembaran kerja, buku cerita, kamus dewan,

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / PENTAKSIRAN

Murid dapat membaca dengan intonasi dengan betul dengan memahami perkataan yang dituturkan dengan jelas.

REFLEKSI

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMA PETANI MODEN

TAHUN 2

TAJUK Ternakan

MASA 0800-0900 ( 60 Minit) Jumaat

STANDARD PEMBELAJARAN

5.3.1Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN+FN, FN+FK, FN+FA dan FN+FSN dengan betul dalam pelbagai konteks

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Mengenal pasti ayat berpola FN+FA.

ii. Membina ayat berpola FN+FA.

AKTIVITI 1. Guru menunjukkan beberapa keping gambar dan bersoal jawab.

2. Murid ditunjukan tentang petikan dalam buku teks m/s 92.

3. Murid diperkenalkan apa itu maksud Frasa Nama dan Frasa Adjektif.

4. Melalui petikan dalam buku teks muka surat 92, murid mengenal pasti Frasa Nama

dan Frasa Adjektif dan menulisnya ke dalam jadual yang telah guru sediakan di

papan hitam.

5. Dalam kumpulan, murid membuat seberapa banyak ayat berpola FN+FA yang

sesuai dengan menggunakan frasa nama dan frasa adjektif yang terdapat dalam

jadual di papan hitam.

6. Hasil perbincangan akan dibentangkan.

7. Murid diberikan lembaran kerja berkenaan pembinaan ayat berpola FN+FA.

Pemulihan/ LINUS

Murid mengenalpasti frasa nama dan frasa adjektif apabila diberi 10 ayat berpola

Page 4: Rph Bahasa Malaysia Minggu 23 Sk Ulu Roban

FN+FA.

Pengayaan

Murid membina 10 ayat berpola FN+FA apabila diberikan kata nama dan kata adjektif.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai : Rajin, tolong menolong.

EMK : TMK

KB : Menjanakan Idea

BAHAN BANTU BELAJAR

Lembaran kerja, teks petikan dan gambar

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / PENTAKSIRAN

Murid-murid membina ayat berpola FN+FA dengan betul.

REFLEKSI