rph 3 menulis bm tahun 4 kssr

12
PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Set Induksi 1. Guru menunjukkan sebungkus kerepek pisang kepada murid. 2. Guru bersoal jawab dengan murid. - Apakah nama makanan - Makanan ini dibuat - Di manakah kita boleh membeli makanan ini? - Adakah harga kerepek mahal? Kenapa? - Pada pendapat kamu, berapakah harga bagi sebungkus kerepek Ilmu: Ekonomi Nilai : Menghargai EMK : Keusahawanan EK4 : Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta vokasional. KBT : Kontekstual- hubung kait Jenis kerepek: - Kerepek ubi - kerepek pisang - Kerepek kentang - Kerepek keledek - Kerepek keladi - kerepek sukun - Kerepek bawang Langkah 2 1. Murid membaca petikan yang telah diedarkan dengan bacaan mekanis. 2. Murid dibimbing oleh guru untuk memahami petikan. 3. Murid diminta untuk menyebut kata adjektif yang terdapat dalam petikan. Ilmu: Ekonomi Nilai: gigih berusaha Sistem Bahasa : Kata adjektif EMK: Keusahawanan EK5: Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan. CK 1 : Menyatakan pelbagai sumber pendapatan serta sumber-sumber alternatif (daripada keluarga, jiran,rakan sekerja atau KBT : BCB - bacaan mekanis Lampiran 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TEMA EKONOMI TAJUK Perusahaan Kerepek Pisang KELAS 4 RAJIN MASA 10.30-11.30 pagi STANDARD PEMBELAJARAN 3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah dengan betul. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. membina dan menulis dua jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dengan betul. 2. membina dan menulis tiga jawapan pemahaman berdasarkan soalan bercapah dengan betul. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Kajian Tempatan (Ekonomi) ii. Nilai: Bekerjasama, bertanggungjawab, gigih berusaha dan mencintai alam sekitar. ii. EMK: Keusahawanan EK 1 Sikap Keusahawanan iv. CK: 1.2 Mengenal pasti sumber pendapatan dan sumber alternatif. SISTEM BAHASA i. Tatabahasa: kata adjektif ii. Kosa kata umum BAHAN BANTU BELAJAR Lampiran, lembaran kerja dan benda maujud PENILAIAN P&P 1. Murid membaca petikan Perusahaan Kerepek Pisang . 2.Murid diminta menjawab soalan pemahaman Pentaksiran B3 DT1 E1

Upload: puyam-sabar

Post on 29-Jun-2015

1.417 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR

AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN

Set Induksi

1. Guru menunjukkan sebungkus kerepek pisang kepada murid.

2. Guru bersoal jawab dengan murid.

- Apakah nama makanan ini?- Makanan ini dibuat daripada

apa?- Di manakah kita boleh

membeli makanan ini?- Adakah harga kerepek ini

mahal? Kenapa?- Pada pendapat kamu, berapakah harga bagi

sebungkus kerepek pisang?

Ilmu: Ekonomi

Nilai : Menghargai

EMK : KeusahawananEK4 :Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta vokasional.

KBT : Kontekstual-hubung kait

Jenis kerepek:- Kerepek ubi- kerepek pisang- Kerepek kentang- Kerepek keledek- Kerepek keladi- kerepek sukun- Kerepek bawang

Langkah 2

1. Murid membaca petikan yang telah diedarkan dengan bacaan mekanis.

2. Murid dibimbing oleh guru untuk memahami petikan.

3. Murid diminta untuk menyebut kata adjektif yang terdapat dalam petikan.

Ilmu: Ekonomi

Nilai: gigih berusaha

Sistem Bahasa : Kata adjektif

EMK: Keusahawanan EK5:Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.

CK 1 :Menyatakan pelbagai sumber pendapatan serta sumber-sumber alternatif (daripada keluarga, jiran,rakan sekerja

KBT :BCB- bacaan mekanis

Lampiran 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA

TEMA EKONOMI

TAJUK Perusahaan Kerepek Pisang

KELAS 4 RAJIN

MASA 10.30-11.30 pagi

STANDARD PEMBELAJARAN

3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah dengan betul.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. membina dan menulis dua jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dengan betul.2. membina dan menulis tiga jawapan pemahaman berdasarkan soalan bercapah dengan betul.

PENGISIAN KURIKULUM

i. Ilmu: Kajian Tempatan (Ekonomi)

ii. Nilai: Bekerjasama, bertanggungjawab, gigih berusaha dan

mencintai alam sekitar.

ii. EMK: Keusahawanan – EK 1 Sikap Keusahawanan

iv. CK: 1.2 Mengenal pasti sumber pendapatan dan sumber alternatif.

SISTEM

BAHASA

i. Tatabahasa: kata adjektif

ii. Kosa kata umum

BAHAN BANTU BELAJAR

Lampiran, lembaran kerja dan benda maujud

PENILAIAN

P&P

1. Murid membaca petikan “Perusahaan Kerepek Pisang”.2.Murid diminta menjawab soalan pemahaman

Pentaksiran B3 DT1 E1

Page 2: Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR

atau hadiah.

AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN

Menulis

1 Murid menjawab soalan pemahaman dengan bimbingan guru.

2 Murid berbincang tentang jawapan dalam kumpulan dan tulis pada kertas.

3 Ketua kumpulan menulis jawapan di papan hitam.

4 Murid dan guru berbincang tentang jawapan.

5 Murid diminta untuk memurnikan jawapan masing-masing.

EMK :Keusahawanan EK 5Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.

KBT: KB – membuat kesimpulan

Lembaran Kerja 1

Penilaian

1. Murid membaca petikan “Perusahaan Kerepek Pisang”.

2. Murid diminta membina dan menulis jawapan bertumpu dan bercapah berdasarkan jawapan yang diberikan.

Ilmu: EkonomiNilai: Tekun

KBT:BCB : bacaan mekanis

Petikan 1Lembaran Kerja 1

Sistem bahasa : Tatabahasa: kata adjektifKosa kata: rangup,

Besar, rajin, tekun, kegigihan, memproses, pengusaha

Pentaksiran

Page 3: Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR

B3DT1E1

Pemulihan

1. Murid membaca ayat-ayat yang diberi.

2. Murid menjawab soalan bertumpu dan bercapah dengan memilih jawapan yang diberikan.

EMK: Keusahawanan – peka pada peluang perniagaan

Lembaran Kerja 2

KBT: BCB - membaca

AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN

Pengayaan

1. Murid menjawab soalan bertumpu dan bercapah berdasarkan petikan yang dibaca.

2. Murid membuat buku skrap tentang koleksi buku yang dibaca.

Ilmu : Kajian Tempatan

EMK :KeusahawananEK4Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta vokasional.

TMK: Menggunakan TMK untuk mencari maklumat.

Pentaksiran B3 DT1 E1

Penutup

1. Permainan bahasa Goreng Pisang.

Page 4: Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR

Petikan 1

Baca petikan di bawah.

Pak Cik Sapuan seorang pengusaha kerepek yang terkenal di negeri Perak. Beliau mempunyai sebuah kilang memproses kerepek pisang yang besar di Kuala Kangsar. Kerepek pisang keluaran syarikat Pak Cik Sapuan sangat sedap dan rangup. Pak Cik Sapuan bercadang untuk memperbesar perniagaannya.

Oleh itu, Pak Cik Sapuan telah menambah bilangan pekerja dan mesin memproses kerepek untuk meningkatkan keluaran syarikatnya. Pak Cik Sapuan juga sentiasa memastikan pembungkusan kerepek pisang keluarannya menarik dan berkualiti.

Kegigihan Pak Cik Sapuan sebagai pengusaha kerepek pisang patut dicontohi. Setiap orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh akan berjaya. Begitu juga murid-murid sekolah perlu berusaha untuk berjaya.

Sikap Pak Cik Sapuan yang rajin dan melakukan kerja dengan tekun menjadi ikutan kepada anaknya, Arman. Setiap hari, Arman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar cita-citanya untuk menjadi peniaga yang berjaya seperti bapanya akan tercapai. Bagi Arman, untuk mencapai sesuatu kejayaan perlulah memiliki ilmu.

Page 5: Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR

Lembaran Kerja 1

B. Jawab soalan yang berikut.

1. Siapakah yang bercita-cita ingin menjadi peniaga yang berjaya?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

2. Apakah yang patut dicontohi oleh Arman daripada ayahnya?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

3. Bagaimanakah Pak Cik Sapuan dapat meningkatkan hasil pengeluaran kerepek

pisangnya?

_____________________________________________________________

____________________________________________________________

4. Mengapakah Arman berusaha dengan bersungguh-sungguh?

_____________________________________________________________

______________________________________________________________

Page 6: Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR

Lembaran Kerja 2

B. Jawab soalan yang berikut berpandukan ayat-ayat yang diberi.

Arman patut mencontohi kegigihan ayahnya mengusahakan perusahaan kerepek pisang

Arman berusaha dengan bersungguh-sungguh agar cita-citanya untuk menjadi peniaga yang berjaya seperti bapanya akan tercapai.

Arman yang bercita-cita ingin menjadi peniaga yang berjaya.

Pak Cik Sapuan dapat meningkatkan hasil pengeluaran kerepek pisangnya dengan menambah bilangan pekerja dan mesin memproses kerepek.

1. Siapakah yang bercita-cita ingin menjadi peniaga yang berjaya?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

2. Apakah yang patut dicontohi oleh Arman daripada ayahnya?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

3. Bagaimanakah Pak Cik Sapuan dapat meningkatkan hasil pengeluaran kerepek

pisangnya?

_____________________________________________________________

____________________________________________________________

4. Mengapakah Arman berusaha dengan bersungguh-sungguh?

Page 7: Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR

_____________________________________________________________

______________________________________________________________

Lembaran Kerja 3

Latihan Pengayaan

Baca dan jawab soalan yang berikut.

Setiap hari Encik Ramli akan memulakan tugasnya di sebuah kedai buku. Beliau merupakan pemilik sebuah kedai buku yang terbesar di Taiping, Perak.

Beliau dibantu oleh 50 orang pelekrja. Kedai bukunya beroperasi setiap hari termasuk pada hujung minggu. Waktu operasi bermula seawal 7.30 pagi hingga 9.00 malam. Hal ini memudahkan para pengunjung membuat pembelian.

Pelbagai jenis bahan bacaan yang dijual di kedai tersebut termasuklah alat tulis. Kedai bukunya dimuatkan dengan buku-buku dalam dan luar negari. Buku fiksyen dan bukan fiksyen yang dijual sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Encik Ramli menyediakan perkhidmatan pencarian buku yang terkini untuk para pelanggannya. Melalui cara ini, pelanggan dapat mencari buku yang ingin dibeli hanya dengan memasukkan maklumat tentang buku dalam komputer yang disediakan. Sistem pencarian berkomputer memudahkan pelanggan mendapat maklumat tentang lokasi buku yang diingini di dalam kedai itu.

Pihak pelanggan suka berkunjung ke kedai buku Encik Ramli kerana diskaun yang ditawarkan. Setiap hujung tahun diskaun istimewa diberikan kepada murid-murid. Mereka juga berpeluang untuk membaca pelbagai bahan secara santai di ruang khas yang disediakan.

Page 8: Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR

Encik Ramli berhasrat untuk menambah cawangan kedai bukunya di beberapa buah bandar lagi. Beliau gigih melakukan pelbagai promosi untuk memperkenalkan kedainya kepada umum. Beliau sering berpegang kepada prinsip “Usaha Tangga Kejayaan” untuk mencapai cita-citanya.

1. Siapakah Encik Ramli?

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Berapa harikah kedai Encik Ramli beroperasi dalam seminggu?

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Apakah kelebihan yang terdapat di kedai Encik Ramli yang memudahkan pengunjung?

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. Pada pendapat kamu, mengapakah pengunjung gemar ke kedai Encik Ramli?

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

5. Pada pendapat kamu, apakah yang menyebabkan Encik Ramli memperoleh kejayaan?

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 9: Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR

3

Page 10: Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR