rmk9

2
RMK-9 TERAS DASAR RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN Selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan juga wawasan tampuk pimpinan Negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di Negara kita pada akhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Revolusi ini akan berupaya mempergiatkan semula sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera pertumbuhan ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut : Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar; Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk; Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global; Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan. SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang ditetapkan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus seperti berikut : Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%; Mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion; Mencapai pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak 5.2%; dan Menarik pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan pengeluaran sektor makanan dan industri asas tani. Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-komoditi seperti yang telah disasarkan.

Upload: nooritapgsrsains09

Post on 20-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

penerangan

TRANSCRIPT

Page 1: RMK9

RMK-9

TERAS DASAR RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan juga wawasan tampuk pimpinan

Negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian

pertanian di Negara kita pada akhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Revolusi ini akan berupaya

mempergiatkan semula sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera

pertumbuhan ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam

Rancangan Malaysia Kesembilan akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut :

• Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan

penyertaan sektor swasta yang lebih besar;

• Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk;

• Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;

• Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan

• Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang ditetapkan, perancangan

dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus seperti berikut :

• Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan sumbangan sektor

perladangan sebanyak 3.2%;

• Mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion;

• Mencapai pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak 5.2%; dan

• Menarik pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan pengeluaran sektor

makanan dan industri asas tani.

• Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-komoditi seperti yang telah disasarkan.

Page 2: RMK9

STRATEGI PELAKSANAAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Penterjemahan hala tuju dan teras dasar Rancangan Malaysia Kesembilan akan menumpukan kepada

usaha ke arah menjayakan matlamat akhir dan sasaran yang telah ditetapkan. Program-program dan

projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bakal dilaksanakan adalah selaras dengan

strategi seperti berikut:

• Menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan

• Memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai

laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan

• Meningkatkan industri asas tani

• Mempelbagaikan sumber pendapatan golongan sasar

• Memanfaatkan Agro-bioteknologi dan Marin Bioteknologi

• Peningkatan Keupayaan Pemasaran

• Pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa

• Penyediaan Pinjaman dan Insentif

• Penumpuan kepada Total Factor Productivity

PENUTUP

Secara keseluruhannya, sasaran utama pembangunan pengeluaran agro-makanan dan pemprosesan

hiliran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ialah untuk memperbanyakkan golongan petani,

penternak dan nelayan moden dan komersial serta agro-entrepreneurs untuk menerajui pembangunan

agro-makanan yang private-sektor driven tanpa mengabaikan petani tradisional yang akan ditingkatkan

kapasiti dan keupayaan pengeluaran mereka agar dapat diserapkan dalam proses transformasi ini

supaya dapat meningkat produktiviti dan pendapatan mereka. Pelaksanaan Rancangan Malaysia

Kesembilan ini adalah selari dengan harapan tampuk pimpinan Negara untuk merevolusikan dan

mengindustrikan sektor pertanian ini supaya menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya saing.