risda - laman utama - suara r sda...rumpai, etefon/mortex dan rrimflow/g-flex. ppg dilaksanakan...

28
Suara PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH BIL: 4/2009 ISSN 0128/0112 PERCUMA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL Peningkatan Produktiviti Kebun PEKEBUN KECIL MENJADI KEUTAMAAN RISDA Menarik Di Dalam Pembangunan Pekebun Kecil Diutamakan ...ms.6 Sila Lihat ...ms.3 KEBUN AYAH CHIK EMBONG Mampu Menjana Lebih 2000 Kg/ Hek/Tahun ...ms.8 ANUGERAH KEPADA PEKEBUN KECIL CEMERLANG AHLI KELAB 2000 KG - Kg. Manjur, Manik Urai ...ms.26

Upload: others

Post on 09-Aug-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Suara

R SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAR SDAPIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

BIL: 4/2009ISSN 0128/0112

PERCUMA

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Peningkatan Produktiviti KebunPEKEBUN KECIL MENJADI

KEUTAMAAN RISDAMenarik Di Dalam

PembangunanPekebun KecilDiutamakan

...ms.6

Sila Lihat ...ms.3

KEBUN AYAH CHIK EMBONG Mampu Menjana Lebih 2000 Kg/Hek/Tahun

...ms.8

ANUGERAH KEPADA PEKEBUN KECIL CEMERLANG AHLI KELAB 2000 KG- Kg. Manjur, Manik Urai

...ms.26

Page 2: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

SidangPengarangPENAUNGDato’ Mohammad Izat Hasan

PENASIHATDato’ Hj. Ali Nordin Wahiduddin

KETUA PENGARANGHjh. Halimah Abd. Kadir

PENOLONG KETUA PENGARANGMuhammad Adnin Bakir Abu Bakar

SIDANG PENGARANGNazri RahmatHjh. Robiyah IsmailSharudin Abdullah

PENTADBIRANFauziah Mashood

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEDARAN/PENYELARASANUnit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua PengarahIbu Pejabat RISDA,Kuala Lumpur

Majalah Suara RISDA diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pengarah untuk diedarkan kepada pekebun kecil. Penerbitan buletin ini bertujuan menyebarkan maklumat mengenai RISDA, hal berkaitan industri tanaman getah dan sawit serta aktiviti sampingan yang boleh menyumbang kepada pendapatan tambahan kepada pekebun kecil. Suara RISDA juga mengalu-alukan sumbangan sebarang artikel, cadangan dan pendapat dari pembaca. Hantarkan sumbangan artikel anda kepada alamat:

KETUA PENGARANG SUARA RISDAUnit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua Pengarah, Tingkat 5,Ibu Pejabat RISDA,Karung Berkunci 11067,50990 Kuala Lumpur.atau Emel:[email protected] Faksimili:03-42565599http://www.risda.gov.my

Kandungan

DARI MEJA PENGARANGAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bertemu kembali dalam keluaran ‘Suara RISDA’ Bil. 4/2009 iaitu keluaran

terakhir bagi tahun 2009 ini.

Sepanjang tahun 2009, tema ‘Suara RISDA’ adalah produktiviti dan juga

memaparkan kisah kejayaan pekebun kecil dalam bidang produktiviti kebun.

Setiap keluaran telah dimuatkan dengan maklumat-maklumat teknologi getah

dan sawit untuk dimanfaatkan oleh pekebun kecil. Kepada para pekebun

kecil, semoga Buletin ‘Suara RISDA’ telah berjaya memberikan tunjuk ajar dan

panduan yang berguna dalam meningkatkan tahap pengetahuan dan berupaya

menjadi pemangkin untuk meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih

kepada penyumbang-penyumbang artikel dan penulis-penulis dari RISDA

seluruh negara yang telah menghantar artikel penulisan mengenai kejayaan

pekebun kecil di tempat masing-masing serta rencana-rencana teknologi yang

disumbangkan. Kepada Yang Berbahagia Dato’ Ali Nordin bin Wahiduddin, Timbalan Ketua

Pengarah (Pembangunan) merangkap Penasihat Buletin ini, terima kasih

atas tunjuk ajar dan panduan yang telah diberikan. Terima kasih juga kerana

menyumbang bakti dalam memastikan `Suara RISDA’ sentiasa di landasan

yang betul sebagai penyebar maklumat kepada pekebun kecil.

Terima kasih tidak terhingga kepada Sdr. Nazri Rahmat, Sdri. Robiyah

Ismail serta semua kakitangan di Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat

RISDA yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap

keluaran Buletin ini siap dan diedar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Semoga usaha ini diteruskan pada tahun 2010, insya-Allah.

Semarak Budi, Bakti dihargai..

2

3 Peningkatan Produktiviti Kebun Pekebun Kecil Menjadi Keutamaan RISDA

4 Tiga Jadi Konsortium Demi Memartabatkan Kehidupan Pekebun Kecil & Peneroka

5 Multi Cut Mampu Menyelesaikan Torehan Panel Tinggi

6 Pembangunan Pekebun Kecil Diutamakan

8 Kebun Ayah Che Embong

10 Pengawalan Perosak Tikus Di Ladang Sawit

12 Buang Persepsi Pertanian Tidak Mendatangkan Keuntungan

13 Pekebun Kecil Cemerlang RISDA Gemilang

16 Pekebun Kecil Dinasihatkan Untuk Menanam Semula Getah

17 Bermula Sebagai Hobi Kini Bertukar Sebagai Sumber Pendapatan

18 Projek Ternakan Lembu Fidlot

19 Inovasi Proplus Mampu Menyumbang Berat Kambing Boer Kepada 4kg Sebulan

20 Nordin Sasar 4 Tan Makanan Ringan Sebulan

22 ‘My Batik Beranang’ Lambang Kegigihan Mazaini & Zamri

24 Terung

26 Anugerah Kepada Pekebun Kecil Cemerlang Ahli Kelab 2000 Kg

27 Kemanisan Iman

Page 3: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

3

Oleh: HJH. HALIMAH ABD. KADIR

DARI sejak ditubuhkan pada tahun 1973, RISDA telah memberi penekanan kepada pembangunan tanah pekebun

kecil dan telah berjaya menanam semula seluas 1.2 juta hektar dengan getah, sawit dan tanaman lain. Kawasan tanah pekebun kecil yang sesuai untuk dibangunkan mulai terhad. Begitu juga dengan purata keluasan kebun yang dimiliki oleh pekebun kecil juga terhad iaitu 2.3 hektar. Untuk memastikan peningkatan pendapatan dari hasil kebun, produktiviti kebun sedia ada perlu ditingkatkan. Oleh itu, sebagai susulan sekarang, RISDA telah disarankan supaya memberi penekanan dan fokus kepada produktiviti kebun-kebun yang telah ditanam semula. Bagi tahun 2009, RISDA telah berusaha untuk meningkatkan produktiviti pekebun kecil getah dari 1,580 kilogram sehektar setahun kepada 1,600 kilogram sehektar setahun. Manakala bagi pekebun kecil sawit pula, daripada 18 tan sehektar setahun kepada 19 tan sehektar setahun. Peningkatan produktiviti pekebun kecil adalah penting bagi merealisasikan peningkatan pendapatan RM2,000 sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun 2010. Antara usaha-usaha yang dilaksanakan termasuk:

i. Penubuhan Kelab 2000 RISDA telah menubuhkan Kelab 2000 untuk getah bertujuan untuk menggalakkan pekebun kecil berusaha dengan gigih untuk memastikan mereka mengamalkan amalan pertanian yang baik (Good Agricultural Practices) untuk memperoleh hasil 2000 kg/hektar/tahun. Mereka yang berjaya mencapai penghasilan yang tinggi iaitu melebihi 2000 kg sehektar setahun diterima menjadi ahli kelab dan akan menerima beberapa kemudahan yang disediakan oleh RISDA.

ii. Pelaksanaan Impian 500RISDA telah mewajibkan kepada semua pekebun kecil yang akan menanam semula kebun mereka dengan tanaman getah

menanam pokok getah dengan bilangan melebihi 550 pokok setiap hektar. Tindakan seumpama ini penting bagi memastikan supaya kebun-kebun tersebut mengandungi bilangan pokok tidak kurang daripada 500 pokok ketika mula membuka tapak torehan atau bila dibayar bantuan terakhir. Jika berlaku kekurangan dalam tempoh tersebut, RISDA akan membantu pekebun kecil supaya menyulam pokok yang mati dengan pokok yang lain. Bilangan pokok getah dalam sesebuah kebun penting kerana akan menjadi salah satu faktor penentu kepada jumlah produktiviti atau pengeluaran yang dihasilkan oleh sesebuah kebun berkenaan.

iii. Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG)Untuk memastikan hasil getah dikeluarkan sepenuhnya, Program Peningkatan Pro-duktiviti Getah (PPG) telah diperkenalkan oleh RISDA pada tahun 2007 supaya pekebun kecil dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti getah ke tahap minimum 2000 kg sehektar setahun melalui amalan teknologi terkini. Input Pertanian yang dibekalkan termasuk baja, racun rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil :

a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut amalan agronomi yang baik supaya menjadi produktif.b. Memastikan kebun getah matang tidak terbiar ditoreh atau ditoreh semula.c. Memastikan kebun getah matang yang menyertai PPG terus ditoreh dan diurus

mengikut amalan agronomi yang baik.d. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti kebun getah matang ke tahap minimum 2000 kg/hektar/tahun.

iv. Program Pemantauan Teknologi 3:3:1:3Program ini bertujuan untuk mengesan impak peningkatan produktiviti getah melalui amalan agronomi dan teknologi .

v. Khidmat Pengembangan/Pendamping/LatihanDi samping usaha-usaha lain, khidmat pengembangan/ latihan formal dan informal serta pendampingan dalam bidang produktiviti kebun juga dijalankan bagi memantapkan lagi amalan pertanian yang baik. Bagi RISDA, pembangunan ahli isi rumah perlu diberi penekanan sebagai jaminan untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta taraf hidup masyarakat pekebun kecil dan luar bandar. Ini dilaksanakan dengan penubuhan Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK) bagi memastikan pekebun kecil dapat meningkatkan produktiviti kebun di samping anak-anak pekebun kecil dapat meneruskan pendidikan ke taraf yang lebih tinggi .

vi. Lain-lain- Mengesyorkan klon-klon yang berpotensi tinggi- Meningkatkan bilangan hari menoreh dari purata 11 hari kepada 12 hari sebulan.

PENINGKATAN PRODUKTIVITI KEBUN PEKEBUN KECIL MENJADI

KEUTAMAAN RISDA

mengikut amalan agronomi yang baik.d. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti kebun getah matang ke tahap minimum 2000 kg/hektar/tahun.

iv. Program Pemantauan Teknologi 3:3:1:3Program ini bertujuan untuk mengesan

Page 4: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

4

Oleh: HJH. ROBIYAH ISMAIL

SARANAN YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri agar tiga agensi pertanian terbesar

negara iaitu RISDA, FELDA dan FELCRA bergabung mewujudkan konsortium bagi menjalani pelbagai kegiatan ekonomi secara berkongsi, sekali gus meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan peneroka telah diambil tindakan serius oleh Pengerusi RISDA. Saranan Perdana Menteri tersebut dibuat dalam Majlis Penyampaian Dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) Peringkat Kebangsaan pada 23 Ogos 2009 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang. YBhg. Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, hasil perbincangan yang telah diadakan dengan ketiga-tiga agensi, beberapa program telah dikenal pasti untuk dilaksanakan bersama di samping mengutamakan perusahaan hiliran. Kata beliau lagi, `Jika ketiga-tiga agensi ini berkongsi dan membina kilang baja sudah tentu kita akan dapat mewujudkan skala ekonomi yang lebih besar berbanding jika setiap agensi mendirikan kilang masing-masing. Begitu juga jika kita bergabung bina kilang memproses buah sawit seperti di kawasan yang ada ladang milikan RISDA berdekatan tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Kalau semua buah kelapa sawit dihantar ke kilang tersebut, sudah tentu akan lebih maju dan memberi margin lebih besar kepada pekebun kecil dan peneroka’. Bentuk kerjasama dan konsep penubuhan konsortium dan pelaksanaan aktivitinya telah dibincang di peringkat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Asas jalinan kerjasama ini adalah secara operasi iaitu melibatkan kerjasama dalam bidang sedia ada melalui penubuhan konsortium yang melibatkan usahasama dalam projek-projek baru. Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dalam bidang

sedia ada dan Perjanjian Usahasama (Joint Venture Agreement) melibatkan projek-projek baru (project-based) dijangka akan ditan-datangani oleh ketiga-tiga agensi pada Januari 2010. Kerjasama secara ope rasi melibatkan per-kong sian pengalaman, il-mu pengetahuan serta penggunaan sumber, aset dan kemudahan antara ketiga-tiga agensi. Bagi menggerakkan kerjasama ini, jawatankuasa kecil yang dianggotai oleh ketiga-tiga agensi telah ditubuhkan bagi membincang dan menyelaras aktiviti dan program kerjasama dan melaporkan kemajuan dan pelaksanaan kepada jawatankuasa induk di peringkat Kementerian. Jawatankuasa kecil yang diwujudkan bagi tujuan ini adalah seperti berikut:• Jawatankuasa Kecil Penerokaan Bidang

Baru (Projek Khas)• Jawatankuasa Kecil Pemprosesan dan

Pemasaran Sawit• Jawatankuasa Kecil Pemprosesan dan

Pemasaran Getah• Jawatankuasa Kecil Pengurusan Ladang

dan Tanam Semula• Jawatankuasa Kecil Capacity Building Penubuhan konsortium adalah untuk melaksanakan projek pertanian berimpak tinggi. Cadangan penubuhan konsortium diletakkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan berdaftar di bawah Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (ROC) bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan KKLW. Sumbangan modal yang dicadangkan untuk melaksanakan projek bawah konsortium ini sebanyak RM300 juta. Se tiap agensi yang terlibat akan me-nyumbang RM100 juta sama ada mengguna pinjaman soft loan daripada Kementerian Kewangan (MOF) atau menggunakan sumber dana agensi. Ke-semua (MOF) dalam konsortium dimiliki oleh agensi-agensi berkenaan dengan setiap agensi memegang saham sebanyak 33.33%. Apabila ditanya siapakah akan menerajui konsortium ini dan bila akan dilaksanakan, YBhg. Tan Sri Rahim menjawab, `Hanya menunggu lampu hijau daripada PM untuk dilaksana yang dijangkakan pada tahun hadapan. Sementara siapa yang akan mengetuai konsortium ini, terpulanglah kepada PM untuk menentukannya.’

“Hanya menunggu

lampu hijau daripada PM untuk

dilaksanakan”

TIGA JADI KONSORTIUM...Demi Memartabatkan Kehidupan

Pekebun Kecil & Peneroka

Tan Sri Rahim mempengerusikan mesyuarat melibatkan tiga agensi.

Page 5: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Oleh: MOHD ZAKRI HUSSIN

MENYENTUH kepada sistem penorehan, ianya merupakan satu kaedah penting bagaimana

cara pengeluaran lateks dilakukan, sama ada melalui amalan biasa ataupun eksploitasi. Ini biasa diamalkan oleh tiap penoreh bagi memperolehi sumber lateks di dalam batang pokok getah tersebut. Kajian dan penyelidikan dibuat bagi mencari formula yang tepat telah dipratikkan dari masa ke semasa. Ini supaya tiap pekebun itu dapat meningkatkan pengeluaran hasil ladang mereka ke tahap maksimum. Pokok getah juga mempunyai tempoh ekonomik bagi pengeluaran hasil iaitu sehingga 25 tahun. Bermula daripada peringkat pertama seawal 4 ½ tahun, pokok mula ditoreh pada ketinggian 150cm daripada paras tanah atas ke bawah. Melalui kaedah tersebut biasanya penoreh menggunakan pisau toreh berbentuk jebong dan system torehan S1/2 d2 diamalkan. Berbalik kepada amalan eksplotasi yang dibuat itu, ianya mempunyai dua peringkat ketinggian iaitu di bawah 150cm dikenali sebagai panel BO 1-2 dan atas paras 150cm dikenali pula sebagai panel HO 1-4. Pada kedudukan itu, penoreh juga terpaksa melakukan dua cara atau kaedah bagi meneruskan penorehan mereka, kerana paras ke-tinggian panel tersebut memerlukan satu kemudahan berlainan seperti alat penyokong mata pisau atau galah panjang. Kebiasaannya umur pokok mula dibuat penorehan tinggi apabila mencapai 20 tahun ke atas. Pokok getah matang juga boleh mengeluarkan hasil yang lebih jika sistem penorehan yang diamalkan itu dapat mengikut sistem penorehan betul dan bersistem. Untuk mencapai peningkatan hasil lateks ke peringkat maksimum, penoreh perlu mengamalkan sistem torehan menaik terkawal. Melalui sistem tersebut cara pembahagian panel akan dibuat kepada beberapa bahagian. Pada kebiasaan

pelaksanaan tersebut akan dibahagi kepada 4 hingga 6 bahagian penal torehan. Amalan berkenaan adalah ba-gi memastikan di-sip lin pembahagian penal dipratikkan dan penggunaan kulit pokok juga dapat diselaraskan dengan tahun torehan

yang ditetapkan sehingga 5 tahun atau lebih. Selain itu penggunaan bahan rangsangan pokok getah juga lebih mudah dilaksanakan dan menjimatkan pekebun getah. Teknik menoreh yang diamalkan melalui sistem torehan menaik terkawal ini memerlukan pisau toreh bergalah panjang dan kukuh. Ini sebagai me-mudahurus kerja-kerja menoreh di kebun getah matang, lebih-lebih lagi kebun yang mengamalkan sistem torehan TMT. Alat tersebut juga dikenali sebagai ‘multi cut’ iaitu galah toreh berlaras. Galah itu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan lebih tahan lama bila digunakan. Multi cut diperbuat daripada ‘faiber

dan alumanium’, ianya lebih kukuh dan tahan kepada kerja-kerja lasak semasa melakukan kerja menoreh. Terdapat beberapa ciri penting yang boleh disifatkan baik dan ekonomik digunakan terhadap alat baru ini. Antaranya mudah dilaraskan dan boleh mencapai 280cm tinggi. Dengan menggunakan pelaras ketinggian ‘adjustable pin lock’ . Ianya mempunyai ciri-ciri keselamatan, mata pisau toreh yang digunakan boleh ditanggalkan dengan mudah melalui pemutar skru di hujung multi cut tersebut. Alat ini juga boleh diguna untuk kerja-kerja lain seperti mengait pelepah dan buah sawit, pokok buah-buahan, menyapu sawang labah-labah dan lain-lain kegunaan dengan hanya menukar mata pisau dengan alat yang diperlukan. Penggunaan multi cut ini telah diiktiraf penggunaannya oleh RISDA di dalam program pemindahan teknologi kepada pekebun kecil yang memiliki kebun getah matang. Selain itu alat ini juga telah dimasukkan ke dalam pekej PPG sebagai salah satu peralatan yang perlu dibekalkan kepada pekebun kecil yang melaksanakan sistem torehan menaik terkawal. Berdasarkan kepada amalan eks-plotasi yang diselaraskan oleh pihak RISDA itu, adalah amat bersesuaian dengan penggunaan multi cut ini diperluaskan ke satu peringkat yang lebih luas. Dengan demikian perkembangan pembangunan indusri getah dan sawit negara akan menjadi lebih produktif dan berdaya maju menjelang 2015 nanti.

MULTI CUT Mampu Menyelesaikan Torehan Panel Tinggi

Pekebun Kecil Kelantan mencuba multi cut.

5

Page 6: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Oleh: NAZRI RAHMAT

R ISDA ditubuhkan oleh kera-jaan dengan tujuan untuk membangun dan memajukan

masyarakat pekebun kecil supaya seiring dengan arus pembangunan dan kemajuan negara. Nikmat ke-majuan dapat dicapai menerusi pel bagai program dan aktiviti yang diasaskan kepada industri getah dan sawit. Program tanam semula terus menjadi program utama RISDA. Kebun-kebun getah tua yang tidak ekonomik ditanam semula dengan klon yang bermutu tinggi dan mampu mengeluarkan hasil yang lebih baik. Di samping program tanam semula, RISDA juga melaksanakan program-program sokongan lain seperti program khidmat pengembangan, latihan, pembangunan aktiviti eko-nomi tambahan, bekalan input per-tanian dan sebagainya. Program khidmat pengembangan dan latihan menekankan kepada pembangunan modal insan di kala ngan pekebun kecil yang merupakan aset kepada negara. Mereka perlu dibangunkan minda-nya selaras dengan kemajuan dan pembangunan negara yang pesat. RISDA telah merancang dan melaksanakan latihan formal dan tidak formal kepada pekebun kecil. Latihan formal dijalankan di Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK) iaitu pusat latihan RISDA dan juga di lapangan. Manakala latihan tidak formal dijalankan di lapangan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai

RISDA. Sepanjang tahun 2008, sebanyak 55,395 kursus atau latihan formal dan tidak formal seperti ceramah, lawatan susulan, bengkel dan seminar telah dapat dijalankan

yang melibatkan seramai 630,409 orang pekebun kecil. Manakala pelaksanaan program pembangunan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bertujuan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi pekebun kecil yang mampu meningkatkan pendapatan. Mereka bukan sahaja terlibat dengan program tanam semula getah atau sawit, malahan juga akan dilibatkan dengan kegiatan yang diasaskan kepada minat, kemahiran dan kepakaran yang dimilikinya. Sebagai contohnya, pekebun kecil boleh terlibat dengan kegiatan tanaman integrasi, ternakan lembu, kambing atau industri makanan ringan.

Pembangunan Pekebun Kecil Diutamakan

“RISDA juga tidak lupa kepada agenda pembangunan anak-anak pekebun kecil dengan memberi

penekanan kepada aspek pendidikan”

Pekebun kecil menerima tunjuk ajar di lapangan.

6

Page 7: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Di samping pembangunan fizikal dan ekonomi, RISDA juga memberi penekanan kepada pembangunan manusia dan institusi yang melibatkan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) dan Perkumpulan Pekebun Kecil (PWPK). Peranan wanita dalam program pembangunan masyarakat pekebun kecil memang tidak dinafikan. Sehingga akhir tahun 2008, sebanyak 735 buah PWPK telah dapat ditubuhkan di seluruh negara dengan keahlian seramai 14,887 orang. Dari jumlah tersebut, seramai 365 orang ahli bergerak aktif dalam aktiviti perniagaan. Kegiatan mereka juga mampu memberi pendapatan tambahan kepada keluarga. RISDA juga tidak lupa kepada agenda pembangunan anak-anak pekebun kecil dengan memberi penekanan kepada aspek pendidikan. Kolej RISDA telah diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab dengan melaksanakan latihan kemahiran dan akademik kepada anal-anak pekebun kecil. Sepanjang sesi pengajian tahun 2008, seramai 1,183 orang pelajar telah mendaftar dengan Kolej RISDA. Dari jumlah tersebut, seramai 745 orang atau 63 peratus adalah merupakan anak

pekebun kecil. Sebagai agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), RISDA turut membantu KKLW melaksanakan program-program pembangunan luar bandar. An tara program-program yang di mak sudkan ialah program mem basmi kemiskinan seperti Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan beberapa program lain, Program Pembangunan Desa di bawah Gerakan Daya Wawasan (GDW) dan program pembangunan di bawah Dana Khas Kerajaan

Persekutuan (DKKP) untuk Negeri Terengganu. Di bawah program membasmi kemiskinan, sehingga akhir ta-hun 2008, RISDA telah berjaya menghapuskan keseluruhannya pe kebun kecil pemilik pengusaha yang berdaftar dan tergolong dalam kelompok miskin tegar. Bilangan mereka yang terlibat ialah seramai 2,392 orang. Manakala untuk go-longan miskin, seramai 7,817 orang pekebun kecil pemilik pengusaha telah didaftarkan melalui banci tahun 2002. Pada akhir tempoh yang sama, RISDA telah berjaya mengurangkan seramai 6,725 orang atau 86 peratus daripada kelompok berkenaan. Adalah dijangkakan pada peng hujung tahun 2010, semua

pekebun kecil pemilik pengusaha yang tergolong dalam kelompok miskin tegar dan miskin akan dapat dikeluarkan daripada kelompok masing-masing. Kehidupan mereka akan berubah kepada taraf hidup yang lebih senang dan selesa. Sementara pekebun-pekebun kecil yang lain, kehidupan mereka lebih baik dengan pendapatan yang bertambah melalui penglibatan secara langsung dalam program-program pembangunan RISDA sepertimana yang telah dihu-raikan di atas.

Salah seorang anak pekebun kecil menerima cenderamata yang disampaikan Dato’ Seri Shafie Afdal.

Wanita pekebun kecil mengikuti seminar di RISTEC.

7

Page 8: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

8

Oleh: SYED DOL ISLAM BIN SYED ALI

USIA bukanlah satu halangan bagi seseorang pekebun kecil untuk mengeksploitasikan

kebun getah matang ke arah memaksimumkan produktiviti getah agar mencapai 2000 kg/hek/tahun. Bak kata pepatah, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Bagi Embong bin Mat Zin yang lebih mesra dipanggil Ayah Chik oleh penduduk sekitar Kg. Baru Serada, Kuala Terengganu walaupun telah

lama berstatus usia emas iaitu sekitar 75 tahun, beliau adalah satu-satunya pekebun kecil pemilik pengusaha yang masih setia bersama pokok getah sepanjang hari. Bagi Ayah Chik Embong, pokok getah merupakan punca rezeki yang paling amat berharga dan utama buat beliau. Atas kegigihan inilah beliau telah dipilih oleh pegawai luar kawasan Stesen Bukit Payung di bawah Pusat Tanggungjawab Marang/K.Terengganu, En. Mohamad bin Abdullah sebagai salah seorang peserta

3:3:1:3. Walaupun kebun Ayah Chik mempunyai keluasan 2.2711 hektar, tetapi beliau hanya menoreh pada kawasan yang masih produktif seluas 1.0117 hektar sahaja yang ditanam dengan klon RRIM 600 pada tahun 1980 dan klon RRIM 901 pada tahun 1990. Sebahagian lagi kebun beliau sudah cukup tua dan tidak produktif lagi. Apabila ditanya apakah rahsia kebun Ayah Chik yang mampu mencapai hasil melebihi 2000 kg./hektar/tahun semenjak dari tahun 2006 lagi? sambil

KEBUN AYAH CHIK EMBONG Mampu Menjana Lebih 2000 Kg/Hek/Tahun

Pose istimewa Ayah Chik Embong dalam kebunnya

Page 9: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

9

ketawa beliau menyatakan bahawa melalui pengurusan dan penjagaan kebun yang baik beliau mampu memperoleh hasil ke tahap maksimum seperti sekarang. Pada peringkat awal lagi beliau selalu mendapat khidmat nasihat daripada PPR kawasan dari segi penggunaan klon bermutu tinggi dan pengurusan kebun yang baik. Sementara menunggu kebun dapat ditoreh, Ayah Chik telah menggunakan sepenuhnya tanah dengan menanam kontan pisang. Di samping penggunaan baja mengikut aturan, pelbagai teknologi turut diamalkan oleh Ayah Chik dalam membangunkan kebun seperti menebang menggunakan jentolak, membakar akar-akar getah tua bagi menjauhkan daripada penyakit, cantasan terkawal dan galakan dahan serta kawalan rumpai dan lain-lain. Dengan berkat kesabaran tanpa jemu sebahagian kebun Ayah Chik mula dapat ditoreh dalam tahun 1987. Melalui nasihat dan tunjuk ajar PPR kawasan Ayah Chik telah mengamalkan cara penorehan yang betul dengan sistem s2d2. Bagi Ayah Chik walaupun setelah habis bantuan ke-6, seperti biasa setiap tahun kebun

getahnya sentiasa dibaja dengan baja yang dibelinya sen-diri tanpa bantuan RISDA. Ke sung guhan-nya ini menjurus kepada hasil kebun getahnya sentiasa tinggi. Malah beliau amat bersyukur kerana melalui pro-gram PPG pada tahun 2006, beliau memperoleh ber ba-gai kemudahan bekalan input ladang seperti baja, kimia dan penggalak susu. Dengan bantuan ini sedikit sebanyak telah membantu meningkatkan hasil kebun beliau. Lantaran itu tak hairanlah mengapa kebun Ayah Chik pada tahun 1996 mampu mencapai 2222 kg/hek/th, dan pada tahun 2007 sebanyak 2696 kg/hek/tahun manakala pada tahun 2008 meningkat kepada 2757 kg/hek/tahun. Biarpun di Terengganu sering me-nerima hujan yang banyak sepanjang tahun yang mana menjejaskan kerja-kerja penorehan pekebun kecil yang

mana keadaan ini turut tempias kepada Ayah Chik. Dalam sebulan Ayah Chik mampu menoreh sekitar antara 11 hingga 13 hari sahaja. Tetapi disebabkan pengaliran lateks pokok getahnya yang sentiasa banyak dan mencurah-curah, kadar berat sekali toreh sepokok sehari (GTT) beliau mampu mencapai 58 gm/pokok/hari. Sesungguhnya bagi Ayah Chik peningkatan hasil yang melimpah melebihi 2000 kg/hek/tahun adalah hasil pengurusan kebun yang baik yang telah diamalkan oleh beliau melalui tunjuk ajar dan khidmat nasihat pihak RISDA terutamanya pegawai kawasan.

ketawa beliau menyatakan bahawa getahnya sentiasa

Kerja penyenggaraan sering dilaksanakan di kebunnya.

Page 10: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

PENGAWALAN PEROSAK TIKUS DI LADANG SAWIT

SERANGAN tikus boleh berlaku di mana-mana peringkat penanaman sawit sama ada di peringkat muda ataupun

di peringkat matang. Pada peringkat muda, serangan boleh berlaku dengan cara memakan tisu umbut yang masih muda dan seterusnya mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut ataupun mati akhirnya manakala pada peringkat

matang, tikus gemar memakan buah yang telah masak dan kadang kala memakan jambak bunga betina apabila populasi telah meningkat terlalu tinggi. Kerugian akibat serangan tikus dianggarkan sehingga 240 kg minyak/hektar/tahun atau 5% hasil ladang dan boleh mencecah sehingga 10% bagi kawasan yang paling teruk diserang.

R. tiomanicus boleh mengurangkan hasil minyak sebanyak 5%. Kerosakan pelepah akan mengurangkan 20% buah tandan segar (BTS) pada tahun pertama.

JENIS TIKUSTerdapat tiga spesies tikus yang utama di ladang sawit yang meru-pakan tikus belukar iaitu Rattus tiomanicus, Rattus argentiventer dan Rattus rattus diardii (Gambar) Rattus tiomanicus lebih dominan dan boleh memanjat, Rattus argen-tiventer kurang memanjat dan me-nyerang pokok muda manakala Rattus rattus diardii pula lebih besar dan boleh mengatasi populasi R. tiomanicus. Tempoh matang tikus dianggarkan sekitar 3-4 bulan. Sepasang tikus boleh membiak setiap dua (2) bulan dan boleh melahirkan 4-8 ekor anak setiap kali. Sepasang tikus boleh membiak sehingga 2000 ekor setahun.

Rattus tiomanicus

Rattus argentiventer

Kerosakan tandan

Kerosakan bunga jantan

Kerosakan pangkal pelepah

Rattus rattus diardii

Oleh: MOHD HARIS MATORI

10

Page 11: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

KAWALAN TIKUSTikus di ladang sawit boleh dikawal menggunakan kawalan kimia, fizikal atau biologi. Kawalan tikus dijalankan sekiranya kerosakan BTS melebihi 5%. Kos input adalah antara RM30 - RM70/hektar/thn.

KAWALAN KIMIARacun tikus boleh didapati dalam pelbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 50 jenama yang berdaftar yang sebahagian daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun. Kawalan kimia melibatkan penggunaan racun di dalam umpan makanan tikus. Jenis racun yang sering digunakan dibahagi kepada dua (2) generasi iaitu Generasi 1 dan 2 seperti berikut: (Gambar 3)

Generasi 1 Generasi 2i. Warfarin i. Bromadiolone ii. Chlorophacinone ii. Brodifacoumiii. Coumatetralyl iii. Coumachlor iv. Difenacoum v. Difethialone vi. Flocoumafen

Umpan racun tikus berbentuk kiub dengan berat antara 4-20g setiap satu. Umpan yang baik berbentuk kiub 2 sm, wax-bound dan senang dilihat di ladang. Umpan diletakkan di setiap pokok dan diganti setiap 4 hari sehingga tikus memakan kurang 20% umpan atau kerosakan tandan kurang daripada 5%. Pelaksanaan kaedah ini memerlukan 4-6 pusingan (400-500 umpan racun/hektar). Tikus akan menjadi resistan terhadap sesuatu racun sekiranya digunakan berulang kali. Keresistanan kepada warfarin telah menyebabkan penggunaan racun generasi kedua seperti brodifacum (saiz kecil dengan berat 4 g/kiub (penggunaan 4 pusingan setiap 7-10 hari)), bromadiolone (satu (1) kiub bagi setiap 2 pokok (70-75 kiub /hektar) dan flocoumafen. Racun-

racun ini lebih toksik dan berkesan dalam dos yang lebih rendah dan selang masa ulangan yang lebih panjang. Wood (1976, 1984, 1988) menca dang-kan pengumpanan dijalankan di ka wasan seluas mungkin dengan kekerapan setiap 6 bulan (calendar baiting) manakala Ho (1996) mencadangkan pengumpanan hanya dijalankan apabila perlu sahaja, iaitu sekiranya populasi tikus meningkat dan kerosakan tandan adalah melebihi 5% (response baiting). Penggunaan kaedah response baiting dapat menjimatkan kos sehingga 78% berbanding calender baiting.

KAWALAN FIZIKALKawalan fi zi-kal me l ibatkan pe ma sangan pengha lang seperti pagar mata punai atau kolar zink pada pangkal pokok sawit belum matang (25sm x 50sm) dan kepingan zink tersebut hendaklah ditanam lebih kurang 15 sm di dalam tanah untuk mengelak tikus dari mengorak masuk (Gambar 4)

KAWALAN BIOLOGI

Penggunaan bu rung Pungguk Jela pang (Tyto alba javanica) (Gambar 5) bagi mengawal tikus telah mula direkodkan di Ma lay sia pada tahun 1969. Burung ini berkemungkinan berasal dari Sumatera/Jawa (Duckett, 2008; Medway and Wells, 1976). Tempoh hayat Tyto alba javanica dianggarkan sekitar 8-10 tahun. Burang Pungguk Jelapang kebiasaannya membiak dua kali setahun di antara Julai hingga Oktober dan antara November hingga Disember. Burung ini tidak boleh membina sarang sendiri dan hidup dalam tunggul pokok dan bumbung rumah. Pelet/najis Pungguk Jelapang terdiri dari tulang tikus dan bulu. Kebiasaanya ia mampu memakan 80-120gm mangsa/malam iaitu sekitar 1-2 ekor tikus.

Populasi burung Pungguk Jelapang boleh digalakkan dengan mendirikan sebuah kotak sarang bagi setiap keluasan seluas 2-10 hektar (Gambar 6). Pungguk boleh menghuni kotak sarang lebih daripada 2.5m. Apabila mengamalkan kawalan perosak bersepadu iaitu penggunaan racun kimia bersama burung Pungguk Jelapang, hanya racun Generasi 1 seperti warfarin boleh digunakan. Racun Generasi 2 seperti bromadiolone dan brodifacoum tidak digalakkan sama sekali oleh kerana ia amat toksik kepada burung Pungguk Jelapang. (Gambar 5)

Burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica) Gambar 6

Pembinaan Kotak Sarang Tempat Bertenggek

PENUTUPTerdapat banyak kaedah dalam mengawal tikus di ladang sawit. Ia boleh dilakukan dengan mengumpan racun, secara calender baiting atau response baiting. Bagi tempoh jangka panjang dan lebih ekonomik, kawalan boleh dilakukan secara integrasi dengan burung Pungguk Jelapang. Untuk impak yang lebih berkesan, pengawalan tikus perlu dilakukan secara bersepadu oleh semua pemilik dan pengusaha ladang sawit.

Disediakan oleh : Unit Pemindahan TeknologiBahagian Pengembangan dan Pemindahan TeknologiRISDA

SUMBER: Diadaptasi dari artikel oleh Dr. Norman Hj. Kamaruddin (MPOB) yang dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Kebangsaan Bil. 1/2009 pada 30.6.2009

GAMBAR 3

GAMBAR 4

GAMBAR 5

GAMBAR 6

11

Page 12: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Oleh: EMYZA AISAH

B UANG persepsi pertanian tidak mendatangkan keuntungan, demikian antara intisari

ucapan Menteri Muda Permodenan Pertanian, YB Datuk Peter Nyarok ak Penghulu Entrie. ‘Industri getah mempunyai potensi yang amat besar untuk dimajukan di Sarawak dan dijangka mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Penanaman getah mampu meningkatkan pendapatan para petani jika mengikut amalan pertanian yang baik,’ tambahnya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Program Tanam Semula Getah anjuran RISDA Bahagian Betong pada 26 Jun 2009 di Dewan Masyarakat Saratok. Beliau turut menasihati para petani supaya membudayakan `Pertanian Suatu Perniagaan’ untuk mencapai kejayaan. Dengan adanya bantuan pihak RISDA, para petani akan berupaya berdaya saing untuk meningkatkan potensi diri. Beliau juga mengingatkan para petani memanfaatkan sepenuhnya segala bantuan pertanian dan benih getah yang akan dibekalkan kelak. Menurut beliau, terdapat beberapa kes para petani didapati menjual baja dan racun yang

dibekalkan secara percuma dan tindakan ini amat merugikan kerajaan dan para petani sendiri. Tambah beliau lagi, dengan teknologi yang ada, penanaman getah yang sebelum ini mengambil masa selama tujuh tahun untuk ditoreh dapat dipendekkan kepada empat setengah tahun sahaja. Beliau turut mengingatkan kepada 50 orang peserta agar jangan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya di bahu kerajaan tetapi sebaliknya mereka sendiri perlu sentiasa proaktif dan berusaha untuk maju. Program tanam semula merupakan satu program untuk jangka masa

panjang dan pihak RISDA akan sentiasa memberi tunjuk ajar berterusan untuk membantu para petani. Kursus tanam semula yang julung kali diadakan ini mendedahkan para peserta tentang pengenalan kepada program RISDA, syarat-syarat Bantuan Tanam Semula dan Budaya Empat Tahun Setengah. Hadir sama dalam majlis ini ialah Cik Norliza Abdul Shukor mewakili Pengarah RISDA Negeri Sa-rawak, Pegawai RISDA Bahagian Be-tong, En. Muhd. Rizal Ahmad (Pegawai RISDA Bahagian Saratok), En. Daniel Supit (Pegawai Daerah Saratok), ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat tempatan.

Pertanian Tidak Mendatangkan KeuntunganBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSIBUANG PERSEPSI

meningkatkan pendapatan para petani jika mengikut amalan pertanian yang

berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Program Tanam Semula Getah anjuran RISDA Bahagian Betong pada 26 Jun 2009 di Dewan Masyarakat Saratok. Beliau turut menasihati para petani supaya membudayakan `Pertanian Suatu Perniagaan’ untuk mencapai kejayaan. Dengan adanya bantuan pihak RISDA, para petani akan berupaya berdaya saing untuk meningkatkan potensi diri. Beliau juga mengingatkan para petani memanfaatkan sepenuhnya segala bantuan pertanian dan benih getah yang akan dibekalkan kelak.

ut beliau, terdapat beberapa kes para petani didapati menjual baja dan racun yang

sentiasa proaktif dan berusaha untuk maju.

Program tanam semula merupakan satu program untuk jangka masa

RISDA Bahagian Saratok), En. Daniel Supit (Pegawai Daerah Saratok), ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat tempatan.

Datuk Peter Nyarok menyampaikan ucapan. Apa yang diperkatakan hanya mereka yang tahu.

Pekebun kecil RISDA Bahagiab Betong mendaftar diri di majlis tersebut.12

Page 13: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Oleh: MOHD. ZAKRI HUSSIN

DALAM usaha bagi melahirkan pekebun kecil cemerlang da-lam pelbagai bidang, RISDA

telah menumpukan berbagai usaha membangunkan sektor ini ke arah lebih komersial dan berdaya maju. Kejayaan itu akan boleh dicapai sekiranya ke-sedaran, pengorbanan dan usaha gigih bagi kalangan pekebun kecil itu sendiri digerakkan secara lebih efisien. Azam itu perlulah ditanam dengan tekad yang kuat untuk terus maju dan berjaya dalam usaha membangun ekonomi keluarga mereka masing-masing. Ini dapat dizahirkan dalam beberapa majlis penganugerahan yang diperkenalkan oleh pihak RISDA, di peringkat daerah, negeri mahupun peringkat kebangsaan. Mereka yang cemerlang dalam memartabatkan sektor ini akan dinobatkan sebagai pekebun kecil contoh dan mereka juga boleh dijadikan idola oleh pekebun-pekebun kecil lain untuk mencipta kejayaan bersama dalam industri yang diceburi. Pihak RISDA telah banyak berusaha membimbing dan membantu golongan ini supaya setiap pekebun kecil itu sendiri mampu bersaing dalam iklim ekonomi dunia semasa. Mereka juga perlu berubah menerokai ilmu-ilmu baru dalam memperkembangkan teknologi terkini dan memanfaatkannya secara berkesan. Sektor ini juga tidak terlepas daripada perkembangan arus globalisasi yang banyak mengubah senario semasa kehidupan pekebun kecil itu sendiri. Oleh yang demikian, pihak RISDA telah mengambil pelbagai inisiatif bagi mengembangkan pengetahuan ba ru kepada golongan tersebut supaya me reka tidak ketinggalan terutama dalam sektor

perladangan dan pertanian. Antaranya RISDA telah memper-kenalkan Model Bisnes Strategik RISDA pada tahun 2003. Di mana program tersebut boleh memperluaskan lagi skop aktiviti-aktiviti membangunkan sektor ini supaya seimbang dengan perubahan musim. Hasil usaha hampir enam tahun itu kini sudah menampakkan kejayaan dan ianya dapat dibukti oleh pekebun kecil terbabit. Fakta menunjukkan di mana kadar kemiskinan tegar di kalangan mereka dapat dikurangkan ke tahap 5% daripada 30% sebelumnya (fakta bancian 2002).

Bermula tahun 2007 hingga 2008, sektor pekebun kecil tidak lagi dipandang sepi oleh golongan korporat dan masyarakat umum. Dalam masa dua tahun itu, harga getah melonjak tinggi sehingga mencapai ke tahap RM7.00 sekilogram (getah buku) dan ini merupakan satu tamparan hebat kepada golongan pekebun kecil dalam mengusahakan kebun mereka. Banyak kebun-kebun getah tua diterokai, ditoreh dan menangguhkan penanaman semula dilakukan semata-mata ingin mengejar harga getah yang tinggi dan menguntungkan mereka. Tidak dinafikan senario tersebut diakui oleh semua masyarakat umum bahawa pekebun-pekebun getah pada masa itu

dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka melebihi paras sejahtera. Namun akhir-akhir ini harga ko-mo diti itu ada sedikit penurunan dan tidaklah jatuh begitu mendadak sehingga mengejutkan penoreh. Oleh yang demikian ramai pekebun sedar bahawa mereka tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada hasil getah mahupun sawit sahaja. Lantaran itu mereka telah mengambil inisiatif lain bagi merangka strategi pembangunan dalam mengoptimumkan penambahan pendapatan lain. Anta-ranya, melaksanakan projek ekonomi berasaskan kehendak pasaran secara ‘on farm’ atau ‘off farm’. Selain itu bagi mengimbangkan strategi pembangunan dalam sektor ini, RISDA turut membela nasib generasi baru pekebun kecil dengan melaksanakan program insan melalui pendidikan yang berterusan. Generasi kedua ini perlu didedahkan dengan perkembangan baru agar mereka dapat membudayakan sektor ini dengan lebih konsisten dan maju. Bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil pekebun kecil ke tahap maksimum, sekali lagi RISDA pada tahun 2008 telah menubuhkan pusat-pusat pengumpulan hasil keluaran mereka supaya dapat disatukan dalam kelompok yang besar. Melalui cara ini proses pemasaran hasil dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menguntungkan. Secara jelasnya bagi melahirkan Pekebun Kecil Cemerlang RISDA Ge-milang, semua pihak perlu mengambil inisiatif ini dan perlu berusaha untuk mencapainya agar matlamat kerajaan itu dapat dicapai. Seperti mana objektif RISDA pekebun kecil memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000.00 sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun 2010 nanti.

PEKEBUN KECIL CEMERLANG RISDA GEMILANG

“RISDA turut membela nasib generasi baru

pekebun”

13

Page 14: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

14

Berita Bergambar

Tan Sri Rahim Tamby Chik menyampaikan sijil Kursus Pemantapan Produktiviti Getah dan Sawit untuk pemaju masyarakat RISDA (PMR) di IKPK Kg. Awah, Pahang.

Sebahagian Pekebun Kecil menghadiri Majlis Pelancaran Program Tanam Semula di Dewan Masyarakat Saratok, Betong, Sarawak

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Dato’Ali Nordin Wahiduddin bertemu peserta projek Agropolitan Gunung Sadok di Rumah Aji, Ulu Awik, Betong, Sarawak

Tan Sri Rahim bertemu pekebun kecil sempena lawatan ke Projek PTD Kg. Kangka, Lundu, Sarawak.

Page 15: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

15

Pegawai RISDA Sarawak Haji Abdul Aziz Alias, mengadakan Taklimat Projek Tindakan Desa di Rumah Panjang James Medan, Sibu.

Pekebun kecil Teluk Yu bergambar kenangan bersama Ketua Pengarah RISDA Dato’ Mohammad Izat Hasan ketika lawatan kerja ke Langkawi.

Peserta Agropolitan Gahai, Pahang yang juga sebagai pekerja projek tanaman nanas untuk menambah pendapatan mereka.

Pekebun kecil di Kelantan melahirkan rasa gembira dengan penggunaan ‘multi cut’ mampu menyelesaikan Torehan Panel Tinggi.

Page 16: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

16

Oleh: EMYZA AISAH

PARA pekebun kecil yang membiarkan atau tidak mengusahakan kebun getah mereka berikutan penurunan

harga pasaran getah baru-baru ini mengambil kesempatan dengan menanam semula. YB Datuk David Teng Luang Chi, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan merangkap Menteri Muda Industri Makanan Sarawak berkata, peningkatan permintaan global getah asli dan kekurangan bekalan disebabkan oleh kurangnya aktiviti penanaman getah menjurus kepada kenaikan harga getah asli. Beliau yakin harga getah SMR 20 sekarang akan mencecah RM6.00 sekilogram dan akan bertahan untuk beberapa tahun akan datang. “Sebab itulah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) menggalakkan pekebun kecil getah untuk meneruskan usaha mereka,” kata YB Datuk Teng dalam sesi dialog dan ceramah tanam semula bersama pegawai-pegawai RISDA dan pekebun kecil tempatan di Dewan Suarah Sarikei pada 6 Ogos 2009. Sebelum itu, YB Datuk Teng telah diberi taklimat dan penerangan ringkas daripada Tn. Hj. Sopian Abu Bakar, Pengarah RISDA Negeri Sarawak. YB Datuk Teng dimaklumkan bahawa

satu geran istimewa akan diberikan kepada pekebun kecil getah yang berminat untuk menyertai Program Tanam Semula yang dikenali sebagai Pro-gram Tanam Se-mula Getah ke Getah (TSGG) dan para pekebun kecil diminta memanfaatkan ke sem-patan yang diberikan oleh pihak RISDA. Para hadirin juga dimaklumkan bahawa RISDA menyediakan pelbagai latihan secara formal dan informal selain, lawatan, pemantauan, demonstrasi kerja, sisi dialog, perbincangan dan mesyuarat dari semasa ke semasa kepada pekebun kecil yang berminat untuk menyertai program tanam semula ini. Dengan bantuan dan bimbingan RISDA, YB Datuk Teng percaya para pekebun kecil akan dapat menikmati pendapatan lebih RM2,000 sebulan menjelang tahun 2015. Sejak beberapa dekad yang lau, pihak RISDA telah berjaya membantu beribu-ribu pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia dalam usaha menambah pendapatan pekebun kecil melebihi RM1,500 sebulan. Program tanam semula ini boleh dilaksanakan dengan

menggabungkan aktiviti-aktiviti lain seperti penternakan dan inter-croping untuk menambah pendapatan mereka. Berdasarkan rekod, sejumlah 150,000 hektar tanah di Sarawak ditanam dengan getah, 60,000 hektar kawasan pekebun kecil klon penghasilan tinggi, 13,000 hektar mini estet klon penghasilan tinggi dan 86,000 klon getah tua. YB Datuk Teng berharap 86,000 hektar kawasan klon getah tua ini akan menyertai program tanam semula. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB En. Ding Kuong Hing (Ahli Parlimen Sarikei), En. Baharuddin Amran (Pegawai RISDA Bahagian Betong), En. Teng Ung Woo dan Hoo Suk Ngo (Pengerusi Penganjur bersama) selain penduduk tempatan.

Pekebun Kecil Dinasihatkan Untuk Menanam Semula Getah

Datuk David Teng mempengerusikan dialog.

Pengarah RISDA Negeri Sarawak Hj. Sofian Abu Bakar memberi penerangan kepada Pekebun Kecil yang hadir.

Page 17: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Oleh: SITI FATIMAH CHE AMAN

BUNYINYA seperti kata-kata gu-rauan tetapi pada hakikatnya dengan minat menjahit, kemu-

dian dipupuk de ngan menghadiri pelbagai kursus anjuran RISDA telah menyumbang pendapatan bulanan yang boleh menarik nafas lega kepada Puan Makalsom Mohamad, 40 tahun. Ibu kepada lima orang anak berusia antara 3 tahun hingga 19 tahun, empat lelaki dan seorang perempuan gigih berusaha dengan kesediaan menerima tempahan menjahit baju wanita. Berminat menjahit semenjak di bangku sekolah lagi dengan sokongan suami, En. Mohd. Nasir Kari yang membelikan beliau sebuah mesin jahit untuk memulakan operasinya. Puan Makalsom mengu bah suai tempat letak kereta di halaman rumah untuk dijadikan bilik operasif bersekali bilik pameran. Setiap bulan beliau menerima tempahan lebih 50 pasang kain untuk disiapkan. Tempahan yang beliau terima akan meningkat drastik menjelang musim perayaan. Kampung Gong Keding, Pasir Puteh, Kelantan telah menyaksikan kejayaan yang diusahakan oleh Pn. Makalsom. Tanpa berlengah, beliau terus mendalami bidang jahitan sebaik

tamat menduduki SPM pada tahun 1983. Pembantu Pertanian RISDA (Wanita) yang bertanggungjawab perkembangan PWPM ini ialah Pn. Siti Fatimah Che Aman yang sedia memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Puan Makalsom merupakan ah-li Perkumpulan Wanita di bawah kelolaan Pejabat Jajahan Pasir Putih dan Pengerusi Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil Bukit Awang yang ditubuhkan pada tahun 1991. Pada tahun 2004, Puan Ma-kalsom telah menerima bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) sebanyak RM4,000 untuk meluaskan lagi perniagaannya dengan mem beli

mesin jahit sulam, mesin jahit lurus, meja memotong pakaian, almari pameran pakaian dan gunting. Kini pendapatan hasil goyang kaki bagi memastikan mesin jahitnya terus beroperasi telah menyumbang lebih RM2,000 sebulan, selain memiliki jenama pakaian sendiri dan sebuah butik! Kepada generasi baru, Puan Ma-kalsom berpesan ringkas tetapi padat iaitu Usaha Tangga Kejayaan. Pn. Makalsom boleh dihubungi di talian 014-8059902.

Pada tahun 2004, Puan Ma-kalsom telah menerima bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) sebanyak RM4,000 untuk meluaskan lagi perniagaannya dengan membeli

Makalsom boleh dihubungi di talian 014-8059902.

Bermula Sebagai HobiKini Bertukar Sebagai Sumber Pendapatan

17

Page 18: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Oleh: NORASMAH ABU BAKAR

PROJEK ternakan lembu fidlot ini telah dilaksanakan pada tahun 2007 secara berkelompok di bawah pengurusan pihak

Koperasi Pekebun Kecil Negeri Perlis dan dipantau oleh pihak RISDA Negeri Perlis. Lokasi projek ini terletak di Kampung Kok Mak, Padang Besar, Perlis. Tanah ini disewa daripada Yayasan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis pada kadar RM7,500.00 untuk jangkamasa 10 tahun. Projek ini telah dilaksanakan di bawah dua program iaitu Program Ak-tiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan Pro-gram Peningkatan Pendapatan (PPP). Terdapat 32 peserta dari pekebun kecil golongan miskin yang tidak mampu menjalankan projek menyertai Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan 10 orang peserta lagi dari golongan miskin tegar yang tidak berupaya menjalankan projek menyertai Projek Peningkatan Pendapatan (PPP). Projek-projek ini dijalankan dalam 2 fasa. Fasa pertama diperuntukkan sebanyak RM200,000.00 untuk 20 orang peserta dengan bilangan baka lembu sebanyak 88 ekor bawah Program Aktiviti Ekonomi Tambahan. Fasa kedua bagi Program Aktiviti Tambahan (AET) diperuntukkan sebanyak RM120,000.00 untuk 12 orang peserta dengan bilangan baka lembu sebanyak 64 ekor. Manakala bagi Program Peningkatan Pendapatan (PPP) diperuntukkan sebanyak RM 100,000.000 untuk 10 orang peserta dengan bilangan baka lembu sebanyak 50 ekor. Projek ini dilaksanakan secara s i s t em penternakan fidlot ia-

itu lembu-lembu ini ditempatkan di dalam kandang dan diberi makan serta minum setiap hari yang terdiri daripada pelet, rumput dan garam jilat. Kaedah penternakan secara fid-lot ini dipilih atas faktor utama iaitu ketiadaan kawasan ragut yang cukup untuk menampung keperluan makanan ternakan. Usahasama di antara pihak RISDA dengan Koperasi Pekebun Kecil Negeri Perlis Berhad dijalankan dengan persetujuan di mana kos operasi akan ditolak sebanyak 20% oleh pihak KPK dan pembahagian lebihannya iaitu KPK sebanyak 30% dan 70% adalah untuk peserta program ini. Setelah lembu dipelihara lebih ku-rang 3 bulan dari tempoh pemeliharaan dan berat di antara 250 kg hingga 300 kg dan boleh dipasarkan dengan harga RM6.80 hingga RM7.00 sekilo bagi

timbangan hidup. Lembu-lembu fidlot ini dipasarkan

di pasaran

tempatan dalam negeri dan di luar Negeri Perlis seperti di Kedah dan Perak. Peserta-peserta dibayar dividen sebanyak 4 kali. Bayaran pertama dibayar pada 8 Mei 2008 dan pembayaran terakhir adalah pada 16 September 2009. Pengalaman daripada projek yang dijalankan, menunjukkan bahawa projek ini amat berdaya maju untuk dijalankan bagi faedah kepada golongan miskin dan miskin tegar. Projek ini memberi impak yang nyata kepada golongan ini dengan menambahkan lagi pendapatan mereka biarpun ia tidak dijalankan oleh mereka sendiri. Jika projek ini berjaya dilaksanakan serta diuruskan oleh agen-agen yang mengurus secara bijak, ia dapat memberi kesan yang ketara kepada golongan sasar dengan pertambahan pendapatan yang dapat mengeluarkan mereka dari kategori miskin dan miskin tegar.

Projek Ternakan Lembu Fidlot

YB. Hj. Bakri Dato Ali bersama Ketua Pengarah RISDA dan PRN Perlis melawat projek.

18

Page 19: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Oleh: MD. SHUKOR JONID

RESEPI PROPLUS (untuk makanan 50 ekor kambing boer)

16 kg. rumput hancur -40%8 kg. hampas soya -20%8 kg. Pellet -20%250 gm molasn + 7.75 kg. Air (8kg) -20% Kos keseluruhan RM12.02 Kos makanan untuk seekor RM 0.24

Demikianlah resepi proplus yang mampu menyumbang berat setiap ekor kambing boer kepada 4.2 kg. sebulan dan seterusnya mampu menjana pendapatan yang lumayan!. Proplus adalah inovasi daripada gabungan tenaga kerja yang menjayakan Projek Pembiakbakaan Kambing Boer, Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) Berkelompok, Penggemukan Kambing Boer di Kampung Petasih, Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pengusaha projek ialah En. Mahmur b. Hj. Muhamud anak tempatan Jelebu sementara penyelia projek ialah En. Md. Shukor Jonid. Inovasi ini telah mendapat peng-iktirafan sebagai Johan Dalam Kategori Teknikal Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2009. Kumpulan inovasi

ini diketuai oleh En. Md. Shukor Jonid telah menerima anugerah mereka dalam Majlis Hari Inovasi dan Anugerah Kualiti RISDA yang telah berlangsung pada 10 November 2009 di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA.

Setiap peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) telah menerima RM500 seorang hasil ternakan kambing boer ini pada 4 September 2009. Ketika dikunjungi oleh rombongan Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia Cawangan Wilayah, En. Shukur telah menurunkan beberapa petua berkaitan ternakan kambing boer iaitu:

• anak kambing yang baru lahir hendaklah diberi susu ibunya dalam tempoh 24 jam. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan anak kambing akan mati.• Tempoh kambing boer bunting selama 5 bulan dan dalam tempoh ini, kambing jantan tidak akan mendekatinya

Semoga inovasi berupa resepi yang mampu menjana pendapatan yang lumayan daripada kumpulan dari Pejabat RISDA Stesen Jelebu ini akan dijadikan panduan kepada pekebun kecil yang lain untuk turut sama melakar kejayaan. Insya-Allah. Untuk tempahan kambing boer atau sebarang pertanyaan perihal penjagaan kambing boer, En. Mahmur bin Muhamud boleh dihubungi di talian 019-7525837.

INOVASI PROPLUS MAMPU MENYUMBANG BERAT KAMBING

BOER KEPADA 4KG SEBULAN

Berikut adalah carta Pembahagian Keuntungan/Dividen:AKTIVITI PENDAPATAN(RM) PERBELANJAAN (RM) Kos projek selama 8 bulan 93,948.00 Hasil Jualan Kambing 110,173.00 Untung Bersih 16,225.00 Bil. Agihan Pendapatan Jumlah (RM) 1 10% dimasukkan ke tabung 1,622.50 2 Pengusaha 1,102.50 3 Dividen Peserta PPRT 13,500.00 JUMLAH 16,225.00

19

Page 20: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Oleh: HAJI ABDUL SUKOR BIN ALI

BERMULA pada tahun 1981 berniaga kain, langsir, cadar dan menerima tempahan menjahit serta azam yang

tinggi hingga berjaya mengumpul modal sebanyak RM100,000,00. Hasil perbincangan dengan isteri serta mendapat pandangan keluarga, kawan-kawan dan taulan, beliau bertekad untuk menjadi usahawan IKS dan NBA Enterprise ditubuhkan. Encik Nordin bin Ashaari 53 tahun, lepasan SPM, bapa kepada tiga orang anak berumur 7 hingga 18 tahun gigih untuk mencipta kejayaan. Beliau mendapat sokongan dan dorongan dari isterinya Puan Zaini binti Hassan berusia 40 tahun seorang suri rumah sepenuh masa.

Produk beliau punya peminat tersendiri. Selain pelanggan terdiri daripada peniaga tempatan dan luar, beliau menjual sendiri di PPPK dan hasilnya beliau memperolehi pendapatan lumayan yang menjangkau RM30,000 sebulan. Encik Nordin mempunyai KPInya sendiri. Beliau m e n s a s a r k a n p ro d u k nya d a p a t

dijual 4 tan sebulan merangkumi pel-bagai jenis makanan ringan seperti kerepek ubi, kacang dal, rempeyek, pisang, jenis kekacang, pelbagai jenis kuih, jus minuman. Pembeli datang sendiri ke kedai dan memilih mengikut citarasa masing-masing. Beliau pandai me-narik hati pelanggan agar mereka terus membeli produknya. Kepada peniaga biasa yang membeli dengan kuantiti yang banyak untuk dijual semula dan pelanggan tetap, mereka akan diberi diskaun bagi barangan yang dibeli. Encik Nordin pernah mengikuti kursus produk halal, pembungkusan,

NORDIN SASAR 4 TAN

Oleh: HAJI ABDUL SUKOR BIN ALI Produk beliau punya peminat tersendiri. Selain pelanggan

dijual 4 tan sebulan merangkumi pelbagai jenis makanan ringan seperti kerepek ubi, kacang dal, rempeyek, pisang, jenis kekacang, pelbagai jenis kuih, jus minuman.

Pdan memilih mengikut citarasa masing-masing. Beliau pandai menarik hati pelanggan agar mereka terus membeli produknya. Kepada peniaga biasa yang membeli dengan kuantiti yang banyak untuk dijual semula dan pelanggan tetap, mereka akan diberi diskaun bagi barangan yang dibeli.

Encik kursus produk halal, pembungkusan,

berniaga kain, langsir, cadar dan menerima tempahan menjahit serta azam yang

tinggi hingga berjaya mengumpul modal sebanyak RM100,000,00. Hasil perbincangan dengan isteri serta mendapat pandangan keluarga, kawan-kawan dan taulan, beliau bertekad untuk menjadi usahawan IKS dan NBA Enterprise ditubuhkan.

Nordin bin Ashaari 53 tahun, lepasan SPM, bapa kepada tiga orang anak berumur 7 hingga 18 tahun gigih untuk mencipta kejayaan. Beliau mendapat sokongan dan dorongan dari isterinya Puan Zaini binti Hassan berusia 40 tahun seorang suri rumah sepenuh

tempatan dan luar, beliau menjual sendiri di PPPK dan hasilnya beliau memperolehi pendapatan lumayan yang menjangkau RM30,000 sebulan.

Encik Nordin mempunyai KPInya sendiri. Beliau m e n s a s a r k a n p ro d u k nya d a p a t

20

Makanan Ringan Sebulan

Page 21: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

perakaunan dan percukaian yang dianjurkan RISDA dan lain-lain agensi kerajaan yang lain. Sementara pembantu pertanian yang bertanggungjawab memantau dan mengikuti perkembangannya ialah Puan Kamarunisah Abu Bakar di Pejabat Stesen Sungai Mati. Pada tahun 2008, RISDA telah meluluskan bantuan pembinaan sebuah bangunan PPPK bernilai RM49,960.00 agar perniagaannya dapat dibesarkan lagi. Beliau dibantu oleh tiga orang pekerja tempatan yang dibayar gaji bulanan selain isterinya yang kadangkala turut sama melayan permintaan pelanggan. Bekalan kerepek diperolehi daripada usahawan PWPK

dan AET dalam daerah Muar/Ledang serta usahawan dari Batu Pahat, Parit Sulong dan juga daripada beberapa pengeluar seperti KY Food Staff dan Salleh Food. Kaedah bayaran pada pembekal dilakukan dengan dua cara iaitu bayaran tunai atau bayaran setelah produk habis dijual bergantung kepada persetujuan dengan pembekal. Bagi memudahkannya, sebuah van digunakan untuk memasarkan selain dari pelanggan datang sendiri mengambil kerepek di kedai PPPKnya. Usaha gigihnya telah mendapat pengiktirafan. Beliau pernah men-dapat anugerah Peladang Jaya Lelaki 2009 oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Muar Tengah. Pada 5

Ogos yang lalu, PPPK ini telah

dirasmikan oleh YB Ir. Tuan Haji Hamim bin Samuri, Ahli Parlimen Ledang. Turut serta dalam majlis ini, Encik Ka’ab bin Alias (Pengarah RISDA Negeri Johor) dan Encik Shazwan Mazly bin Mazlan (PRD Muar/Ledang). Beliau berhasrat untuk membesarkan bangunannya agar mampu berfungsi sebagai pasaraya menjual produk IKS. Kepada yang ingin mencebur diri dalam bidang yang diceburinya, beliau tidak lokek memberi kata-kata perangsang iaitu tanamkan sikap sabar, rajin berusaha dan dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman. Jangan mudah mengalah dalam mengharungi jatuh bangun dalam dunia perniagaan. Insya-Allah kejayaan akan dapat dicapai. Untuk keterangan lanjut, Encik Nordin boleh dihubungi di talian 06-9755027 atau 012-9060952.

21

Page 22: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Oleh: SUKIAM BT. GIMAN

‘MY BATIK BERANANG’ namanya kini gah di negeri Selangor Darul Ehsan. Seorang usahawan kelahiran RISDA, Pn. Mazaini bt. Ujang adalah pemilik syarikat ini yang kini beroperasi di Kampung Bukit Kepong, Beranang, Selangor Darul Ehsan. ‘My Batik Beranang’ ini bermula pada tahun 1992, secara kecil-kecilan di kawasan rumah beliau. Dengan bantuan serta dorongan padu yang diberikan oleh suaminya, En. Mohamad Zamri b. Mohd Radzi, 40 tahun, perusahaannya telah

mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ini kerana kegigihan suaminya memasarkan produk batik keluaran syarikat mereka. Bukan sahaja menerima tem-pahan daripada pelanggan, Pn. Ma-zaini juga menyumbangkan ilmu dengan menjalankan kursus-kursus kemahiran di kalangan ahli-ahli PWPK di kawasan Beranang, di mana ilmu yang dicurahkan dapat memberi peluang pekerjaan kepada ahli-ahli PWPK. Pada tahun 1994, atas kerjasama RISDA Stesen Mukim Beranang Selangor, Pn. Mazaini telah mendapat latihan asas di Kraftangan Malaysia

Kota Bharu, Kelantan. Beliau juga telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM 20,000.00 yang disumbangkan oleh Pejabat Daerah Hulu Langat untuk membina sebuah bengkel. Semakin hari perusahaan ini makin mendapat sambutan. Antara produknya yang laris seperti batik chanting ela digunakan untuk baju kurung dan kemeja lelaki, T. shirt batik, tudung dan hiasan dinding. Oleh kerana hasil kreativiti yang menarik dan cantik, hasil kerjanya telah menarik hati seorang usahawan yang terkenal di Langkawi. Pada tahun 1995, Pn. Mazaini dan En. Zamri telah berhijrah dan mengendalikan

‘MY BATIK BERANANG’Lambang Kegigihan Mazaini & Zamri

Puan Mazaini bersama suami Encik Mohamad Zamri Mohd. Radzi.22

Page 23: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

sebuah syarikat perusahaan batik di Pulau Langkawi. Sepanjang berada di tempat orang, pelbagai masalah dihadapi. Tapi ini tidak mematahkan semangat Pn. Mazaini dan suaminya untuk meneruskan perusahaan batik mereka. Akhirnya pada tahun 2007 beliau kembali ke kampungnya dan mengusahakan batik di Selangor. Atas kegigihan, kecekalan dan usaha yang tidak pernah kenal putus asa serta berwawasan untuk menjadi usahawan yang berjaya, kini impiannya telah terlaksana.

Dengan bimbingan, kursus-kursus dan promosi di beberapa tempat yang dianjurkan oleh pihak RISDA terutama di Putrajaya, ‘My Batik Beranang’ telah terkenal dengan hasil batik eksklusifnya. Semasa promosi di Laman Seni Putrajaya, En. Zamri pernah mendapat hasil jualan hampir mencecah RM18,000.00 seminggu. ‘My Batik Beranang’ sentiasa menerima tempahan untuk pakaian seragam ataupun cenderahati dari pejabat-pejabat, sekolah dan juga swasta. Kini beliau berasa amat

berbesar hati kerana mendapat tempahan tetap untuk hiasan dinding untuk setiap majlis yang diadakan di PWTC oleh sebuah syarikat. Untuk keterangan lanjut, Pn. Mazaini dan En. Zamri boleh dihubungi di alamat dan talian seperti berikut:-

`My Batik Beranang’No. 75, Bukit Kepong,43700 Beranang, Selangor Darul Ehsan.Tel/Fax: 03-87660776Hp : 017-6975159

Batik rekaan Mazaini di pakai kakitangan Koperasi UKM.

Pekerjanya sedang mencating batik. Pelawat dari Thailand melawat kilang batik Mazaini.

23

Page 24: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

24

PENGENALANTerung adalah sayuran jenis buah yang berbentuk bulat atau panjang dan berwarna hijau, ungu atau putih. Pokoknya rimbun dan tinggi lebih kurang 0.6 – 0.9 m. Jenis tempatan yang popular adalah seperti hitam bulat dan ungu panjang. Purata panjang buah terung adalah 25 – 27 cm dengan bergaris pusat 3 – 3.5 cm.

KEPERLUAN TANAMANJenis tanah - Tanah mineral, gambut, bris dan tanah bekas lombong.pH tanah - 5.5 – 6.8Taburan hujan - 1,250 mm/tahunIklim - TropikaSuhu - 25-35°C

PENYEDIAAN SEMAIANBahan tanaman : 240 g biji benih/haJarak tanaman : 5 cm x 5 cmCara menanam : Digalakkan benih terung ditanam di

Nama saintifik: Solanum melongenaFamili: Solanaceae

atas batas semaian atau kotak semaian. Untuk kotak semaian, gunakan baja seperti Nitrophoska Green (NPK 15:15:15). Jarak tanaman dalam kotak semaian ialah 5 cm antara biji dan 1 cm dalam.

PENANAMANBenih diperolehi dari buah yang cukup masak. Sebanyak 85g benih diperlukan untuk 0.4 hektar. Semaian boleh dibuat terus ke atas batas atau menggunakan kotak semaian. Untuk kotak semaian gunakan baja seperti Nitrop dan sebanyak 21g baja diperlukan untuk kotak yang berukuran 75 cm lebar dan 10 cm tinggi. Jarak tanaman dalam kotak semaian ialah 5 cm antara biji dan 1 cm dalam.

PENYEDIAAN TANAHBajak dan gemburkan tanah sehingga 15-22 cm dalam. Sediakan batas berukuran 1.2 m lebar dan 22-30 cm tinggi. Panjang sesuatu batas bergantung kepada keadaan. Jarak antara batas ialah 40 cm.

PENANAMANBahan Tanaman : 6,000 pokok/ha (umur 3-4 minggu)Jarak Tanaman : 90 cm. x 150 cmKepadatan : 6,000 pokok/ha

Anak benih yang berumur 3-4 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, siram dahulu anak benih supaya akarnya tidak rosak,. Jarak tanaman yang sesuai ialah 90 cm antara pokok, 150 cm antara baris.

TERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGTERUNGOleh: SYED MUNIR WAFA B. SYED KHALID WAFA

Page 25: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

25

PEMBAJAANTabur baja seperti Nitrophoska Green (NPK – 15:15:15) dengan kadar 7g sepokok 10 hari sekali. Baja organan seperti tahi ayam boleh digunakan di samping baja kimia. Kadar pembajaan ini bergantung kepada jenis dan kesuburan tanah.

Sebagai panduan gunakan syor seperti berikut:

WAKTU MEMBAJA JENIS BAJA JUMLAH DIGUNAKAN KG 0.4 HEKTAR (SEEKAR)Ketika menanam Tahi ayam 800 – 1500 kg10 hari selepas menanam NPK 15:15:15 30 – 40 kgSebulan selepas menanam Tahi ayam 1,250 – 1,500 kg10 hari kemudian NPK 15:15:15 55 – 65 kgSemasa pembuangan NPK 15:15:15 55 – 65 kgPermulaan kutipan hasil NPK 15:15:15 55 – 65 kg

KAWALAN

Kutip dan musnah semua daun yang bergulung. Sembur racun serangga seperti Sevin dengan kadar bahan aktif 0.1%.

Sembur racun serangga seperti Sevin atau Lannate dengan kadar bahan aktif 0.1% apabila terdapat tanda-tanda serangan. Kutip dan musnahkan buah-buahan yang diserang.

Sembur racun serangga seperti Sevin atau Trichlorphon dengan kadar bahan aktif 0.1% jika perlu.

Sembur racun serangga seperti Sevin atau Agrocide dengan kadar bahan aktif 0.1%.

Tiada kawalan kimia yang berkesan. Gilirkan tanaman dan gunakan jenis yang kebal seperti jenis tempatan. Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.

Racun dengan racun kulat seperti Maneb dengan kadar 0.1% bahan aktif. Jangan gunakan biji benih dari kawasan tanaman yang berpenyakit.

Sembur dengan racun kulat seperti Benlate selang dua minggu sekali pada kadar 0.1% bahan aktif.

JENIS PEROSAK DAN PENYAKIT

PEROSAKUlat Lipat Daun(Psara bipuntalis F)

Pengorek Terung(Leucinedes orbonalis Guen)

Kumbang Daun(Epilachna indica Muls)

Semut(Solenopsos spp.)

PENYAKITLayu Bakteria(Pseudomonas solanacearum)

Reput Buah(Phomopsis vexans)

Bintik Daun(Cercospora spp.)

KEROSAKAN/SIMPTOM

Ulat-ulat ini menggulung dan akhirnya merosakkan daun.

Ulat mengorek bahagian buah dan pucuk. Buah menjadi busuk serta pucuk akan layu dan mati.

Memakan daun terung.

Semut boleh merosak pucuk, benih dan pokok.

Serangan berlaku pada sebahagian pangkal dan akar pokok. Pokok menjadi layu dan selalunya bermula dari daun-daun muda. Batang dan ranting menjadi kecut dan kering. Akhirnya pokok akan mati.

Buah menjadi lembut dan reput disebabkan oleh serangan kulat.

Daun-daun menjadi perang. Apabila serangan penyakit menjadi terlalu teruk daunnya bertukar menjadi kuning dan gugur.

ANGGARAN PENDAPATANPendapatan penanaman terung bergantung kepada variety, kualiti dan harga pasaran. Adalah dianggarkan purata pendapatan tanaman tersebut antara barisan getah adalah purata RM5,200 sehektar/pusingan.

ANGGARAN PENDAPATAN DANKOS PENGELUARAN TANAMAN TERUNG ANTARA GETAH

SEPUSINGAN SEHEKTAR

Jarak Tanaman : 90 cm x 150 cmKepadatan : 6,000 pokok/haMula berhasil : 1 bulan selepas menanamJangka hayat : 5 bulan

PERKARA RMA. Pendapatan (8.074 kg @ 1.35/kg) 10,900 B. Perbelanjaan Bahan penanaman 50 Penyediaan tanah 420 Penanaman 180 Membaja dan mengapur 2,500 Merumput 350 Mengawal musuh penyakit 400 Memungut hasil 1,800 5,700C. Keuntungan (A-B) 5,200

*Anggaran pendapatan RM1,040/bulan

Page 26: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

Oleh: MOHD. ZAKRI HUSSIN

BAGI merealisasikan dan me mar-tabatkan sektor pekebun kecil ke arah lebih progresif dan sejahtera

melalui aktiviti perladangan dan komersial, RISDA telah pun melaksanakan beberapa strategi pembangunannya. Objektif yang disasarkan kepada kumpulan sasar itu bermatlamat bagi memperoleh pendapatan mereka mencapai sekurang-kurangnya RM2,0000.00 sebulan seke luarga menje-lang akhir tahun 2010. Antara strategi yang diberi tumpan utama adalah kepada pembangunan kebun, bermula daripada menanam dan seterusnya sehingga pengeluaran hasil. Khidmat pengembangan daripada pihak agensi diteruskan mengikut bidang dan ini merupakan satu inisiatif penting sebagai penyaluran maklumat kepada pekebun kecil. Tiap program yang dilaksanakan itu akan dipantau dari masa ke semasa oleh pegawai di lapangan dan ini adalah sebagai mengukur serta menilai tahap prestasi kerja mereka. Untuk mendapatkan ilmu dan garis panduan seperti ini adalah satu cabaran terutama dalam usaha meningkatkan hasil. Sebagai pekebun kecil, mereka perlu tahu peranan dan tanggungjawab untuk memakmurkan kebun agar pulangan yang diperolehi nanti menguntungkan mereka. Justeru itu, RISDA giat meneruskan program mengumpul seberapa ramai pekebun kecil yang telah menunjukkan prestasi ce mer lang dalam me ningkatkan pe nge luaran hasil ge tah melebihi 2000 KG. dan sawit 30 MT. sebulan sehektar se tahun. Sebagai me rang sang program ter sebut beberapa peng anugerahan dan pelancaran Ahli Kelab 2000 KG. dan 30 MT. telah dianjurkan di seluruh negeri.Dalam pada itu, pihak RISDA giat berusaha mempromosi matlamat kelab 2000 KG. dan 30 MT. ini kepada pekebun kecil dari masa ke semasa. Ini adalah bagi merangsangkan mereka supaya lebih berusaha meningkatkan pendapatan keluarga mereka ke tahap maksimum.

Baru-baru ini Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA telah merasmikan satu program Pelancaran Kelab 2000 KG. di Kg. Manjur, Manik Urai, Kuala Krai. Seramai 11 orang pekebun kecil menerima penganugerahan sebagai Ahli Kelab 2000 KG. pada hari itu. Sebelum ini seramai 273 orang pekebun kecil RISDA Kelantan sudah pun didaftar dan dianugerah sebagai ahli kelab tersebut yang dibuat dalam majlis berasingan. Menurut Tan Rahim, keistimewaan pekebun kecil yang telah tersenarai dalam kelab ini akan memperolehi kebaikan dan kelebihan seperti peluang-peluang lawatan dalam dan luar negeri, projek pembangunan dalam RISDA termasuk bekalan subsidi seperti baja, kimia dan mata benda yang berkenaan, kemudahan R & D dan peluang sebagai penasihat kepada pekebun kecil

lain ataupun sebagai instruktor projek. Tambah beliau lagi, penubuhan kelab ini bertujuan bagi menginovasikan pekebun kecil di samping meningkatkan produktiviti getah serta sawit ke tahap maksimum seperti yang disasarkan oleh pihak kerajaan. Sebelum itu, Tan Sri Rahim tidak melepaskan peluang untuk bersama pekebun kecil di kampung itu, turun ke ladang bagi mengikuti program membersih kebun getah secara bergotong-royong. Program ini adalah satu konsep dan cara hidup penduduk di kampung ini yang biasa mengamalkan semangat hidup bergotong-royong dan bekerjasama dalam satu masyarakat setempat. Turut hadir dalam majlis itu Pengarah RISDA Negeri Kelantan, Hj. Khalid Awang Said, timbalannya, En. Zahari Mat Amin serta pegawai RISDA Negeri dan Daerah. Memang tidak dinafikan semangat seperti ini sudah kian hilang dek perubahan masa dan keadaan semasa tetapi ada sesetengah kampung tradisional lain masih lagi mengamal cara hidup seperti ini. Amalan seperti ini juga merupakan satu konsep kehidupan harmoni dan damai di kalangan warga desa jika ianya dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh.

ANUGERAH KEPADA PEKEBUN KECIL CEMERLANG AHLI KELAB 2000 KG

- Kg. Manjur, Manik Urai

Baru-baru ini Tan Sri Rahim Tamby

26

Page 27: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang,

maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra) Berdasarkan hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada. Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata, “Syeikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24) Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah tingkatan ihsan dalam kerja-kerja amal yang dilakukan yang dirasai di sebaliknya pemerhatian Allah. Manisnya buah pula amat dirasai ketika buah sudah cukup tua bersedia untuk dinikmati. Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu. Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.

Mengikut Ibrahim al-Khawas, pro ses pembersihan hati berlaku melalui langkah-langkah berikut:

- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya. - Qiyamullail - Banyak beristighfar - Berkawan dengan orang yang jujur - Mencintai Allah dan orang salih. - Kurangkan makan- Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul

selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.

Dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).” Al-Syeikhani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.” menurut Dr. Aish al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW:

- Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh

umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.- Menjalankan perintah baginda dan menjauhi larangannya. - Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkannya. - Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.- Mencintai sahabat dan kaum kerabat baginda dan membela mereka.- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah baginda. - Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.

Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih. Tanda mencintai seseorang Muslim juga ialah menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita. Selain itu kita juga hendaklah mendoakan buat saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak berkelakuan sombong kepadanya.

KEMANISAN IMAN

27

Page 28: RISDA - Laman Utama - Suara R SDA...rumpai, etefon/Mortex dan RRIMFlow/G-Flex. PPG dilaksanakan supaya pekebun kecil : a. Memulihkan kebun getah matang yang tidak terurus mengikut

TransformasiPekebun Kecil

Lima dekad berlalu sudahLima PM mengubah wajahTanah airku mengatur langkahmelepaskan diri dari cengkaman penjajah.

Betapa besarnya wawasanmulantaran pengorbanan dan sumbanganmuseiring dengan arus permodenanmembangunkan sektor pertanian mengangkat martabat pekebun kecilseiring harapan pemimpin negarake arah 1 Malaysiarakyat didahulukanpencapaian diutamakan

Bersamamu RISDAtransformasi pekebun keciltitik-titik emas yang mereka caridi pohon-pohon susumuakan mengalir derasdari atas ke bawahdari belakang ke hadapandari lokal ke globalmencipta inovasi dan teknologi

Dan kini saksikanlahdalam panas udara membakardalam cemas jantung berdebardalam sabar tanaman membesarjadilah kamipetani, penternak, usahawan jaya

Kini riang dan puaspendapatan RM2000 sebulansudah dalam genggamanmalah kini kami mampumenggenggam lima angka sebulan.

nukilan:Saniah Mohd. AliPejabat RISDA DaerahSegamat, Johor