ringkasan status kualiti udara - nre.gov.my media/kenyataan … · aktiviti perindustrian termasuk...

Download RINGKASAN STATUS KUALITI UDARA - nre.gov.my Media/KENYATAAN … · aktiviti perindustrian termasuk loji janakuasa, loji pembakar bahan buangan dan loji pencampuran asfalt. Peraturan

If you can't read please download the document

Upload: dominh

Post on 07-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • KENYATAAN AKHBAR

    JABATAN ALAM SEKITAR

    SEMINAR PEMAKAIAN PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH) 2014

    27 NOVEMBER 2014

    _______________________________________________

    Ketua Pengarah Alam Sekitar YBhg. Dato Halimah Hassan

    telah merasmikan seminar Pemakaian Peraturan-Peraturan

    Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 peringkat

    kebangsaan di Putrajaya hari ini.

    Seminar ini bertujuan untuk memberi pemahaman dan

    pendedahan kepada pihak industri berkaitan Peraturan-

    Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 yang

    telah diwartakan oleh Jabatan Peguam Negara pada 4 Jun

    2014 dan mula berkuatkuasa pada 5 Jun 2014. Seminar ini

    telah dihadiri oleh pihak industri, para akademik dan juga

    juru runding dengan kehadiran dianggarkan seramai 300

    orang.

    Peraturan Udara Bersih ini digubal bagi mengawal

    pelepasan pencemar udara berpunca daripada pelbagai

    aktiviti perindustrian termasuk loji janakuasa, loji pembakar

    bahan buangan dan loji pencampuran asfalt. Peraturan baru

  • 2

    ini adalah bagi menggantikan Peraturan-Peraturan Kualiti

    Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 dan Peraturan-

    Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Dioksin dan Furan) 2004.

    Peraturan baru ini memberi penekanan kepada langkah-

    langkah pencegahan untuk menggalakkan pihak industri ke

    arah pematuhan kendiri (self regulation) seperti

    keperluan pemantauan kendiri (self monitoring) dan

    budaya penyelenggaraan secara berterusan

    (continuous maintenance culture) bagi meningkatkan

    pematuhan.

    Peraturan ini digubal bagi mengawal pelepasan pencemar

    udara berpunca daripada pelbagai aktiviti perindustrian yang

    spesifik mengikut sektor. Pengenalan standard yang spesifik

    ini membolehkan kawalan yang lebih praktikal dan adil, di

    mana industri yang berpotensi mengeluarkan bahan

    pencemar yang lebih banyak perlu mematuhi standard

    pelepasan yang lebih ketat.

    Peraturan Udara Bersih yang baru ini menggunakan

    pendekatan baru yang mengambil kira kemajuan teknologi

    kawalan terkini serta piawaian yang diguna pakai oleh

    negara maju dan serantau. Penambahbaikan kepada

    kaedah penguatkuasaan dan pemantauan bagi memastikan

    pematuhan secara berterusan adalah tumpuan yang

    diberikan dalam Peraturan Udara Bersih yang baru ini.

    Jabatan Alam Sekitar

    27 November 2014