report mesin larik

20
MESIN LARIK adalah satu mesin yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti memotong selari permukaan sebelah luar atau dalam, menggerudi, memotong benang skru, melulas, menggerek, memotong tirus, melorek, mencanai, menggilap, dan lain-lain. Pemotongan dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong ke arah bahan kerja yang sedang berpusing. Suapan mata alat dilakukan sama ada selari atau bersudut tepat dengan paksi bahan kerja. Mata alat pemotong boleh juga disuapkan bersudut dengan paksi bahan kerja seperti dalam kerja pemotongan tirus.

Upload: nio-tista

Post on 27-Jun-2015

3.950 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Report Mesin Larik

MESIN LARIK adalah satu mesin yang digunakan untuk melakukan kerja-

kerja seperti memotong selari permukaan sebelah luar atau dalam,

menggerudi, memotong benang skru, melulas, menggerek, memotong tirus,

melorek, mencanai, menggilap, dan lain-lain. Pemotongan dilakukan dengan

menyuapkan mata alat pemotong ke arah bahan kerja yang sedang

berpusing. Suapan mata alat dilakukan sama ada selari atau bersudut tepat

dengan paksi bahan kerja. Mata alat pemotong boleh juga disuapkan

bersudut dengan paksi bahan kerja seperti dalam kerja pemotongan tirus.

Page 2: Report Mesin Larik

AM :

1. Mengenali jenis-jenis mesin larik dan kegunaannya dalam proses

membentuk sesuatu projek yang ingin dihasilkan.

KHUSUS :

1. Mengamalkan langkah keselamatan ketika melarik.

2. Boleh mengendalikan mesin larik dengan lebih yakin.

3. Boleh memesin benang skru v di mesin larik.

4. Boleh melarik tirus, melorek dan menggerek.

5. Mengendalikan mesin raut untuk memesin muka rata, tegak dan

bertingkat.

6. Menggunakan alat-alat pengukur dan penguji dengan lebih yakin.

Page 3: Report Mesin Larik

1. Mesin Larik Tetengah

2. Mesin Peraut Universal.

3. Bilah Selari.

4. Pelaras tiang mata alat.

5. Pemegang mata alat lurus.

6. Pemegang mata alat membunga.

7. Pemegang mata alat melurah(lurus).

8. Mata alat melurah, mata alat menggerek dan mata alat benang v.

9. Spanar saiz 17 dan 21.

10.Allen key.

11.Pengunci bindu.

12.Tetengah berputar.

13.Gerudi pusat.

14.Pembaris keluli.

15.Angkup vernier.

16.Cuk gerudi.

17.Kain buruk.

18.Minyak pelincir.

19.Cecair penyejuk.

20.Pemegang mata alat menggerek.

21.Tolok tetengah dan tolok pic.

22.Kikir parut

Page 4: Report Mesin Larik

1. Mengutamakan kebersihan pada setiap waktu.

2. Mempunyai sikap tanggungjawab pada diri sendiri.

3. Bertimbang rasa terhadap rakan sekelas.

4. Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja sendiri.

5. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali.

6. Pakai pakaian bengkel yang sesuai dan elakkan daripada

menggunakan pakaian ang longgar.

7. Pakai kasut yang mempunyai pelindung keselamatan.

8. Gunakan pelindung mata seperti cermin mata, gogel atau alat

pelindung.

9. Elakka memakai barang-barang perhiasan seperti jam, cincin, dan

rantai.

10.Jangan bergurau senda dan mempermainkan kawan-kawan.

11.Rambut mestilah pendek dan kemas.

12.Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling

mengunci.

13.Elakkan memegang dan menyentuh alat-alat yang tajam.

14.Buang tepi yang tajam pada bahan kerja.

15.Matikan suis kuasa sepenuhnya setelah msein tidak digunakan lagi.

Page 5: Report Mesin Larik
Page 6: Report Mesin Larik
Page 7: Report Mesin Larik

1. Sebatang keluli dipotong dengan menggunakan gergaji kuasa

mengikut ukuran yang ditetapkan iaitu 80mm.

2. Keluli / bahan kerja tersebut diikat pada cuk 3 rahang dengan kuat

supaya bahan kerja tidak longgar semasa mesin sedang berpusing.

3. Setkan kelajuan yang sesuai pada kotak gear.

4. Mulakan kerja melarik selari pada bahagian hadapan bahan kerja

sepanjang 25mm sehingga menjadi berdiameter 20mm.

5. Pada bahagin yang berdiameter 20mm tersebut dilakukan kerja

membentuk separuh bulat dengan jejarinya 10mm.

6. Kemudian, lakukan kerja melarik selari sepanjang 15mm dengan

berdiameter 35mm.

7. Tukarkan tiang mata alat dengan mennggunakan mata alat melorek /

membunga dan pusat alat membunga mestilah sama tinggi dengan

poin tetengah mati.

Page 8: Report Mesin Larik

8. Pada bahagian yang berdiameter 35mm dilakukan kerja membunga.

Mula-mula, laraskan kedudukan mata alat membunga bersudut tepat

dengan paksi benda kerja.

9. Tandakan bahagian yang hendak dibunga pada bahan kerja.

10.Setkan kelajuan mesin ¼ dari PPM yang biasa digunakan dan pilih

kadar hantaran yang perlahan.

11.Laraskan kereta ke hujung bahan kerja sehingga hanya setengah dari

muka roda bunga sahaja terkena pada bahan kerja.

12.Gerakkan kekesot lintang dan kenakan roda bunga pada permukaan

bahan kerja.

13.Hidupkan mesin dan neri kedalaman pemotongan 0.5mm kepada

bahan kerja atau sebelum menghidupkan mesin.

14.Hentikan mesin dan lihat keadaan corak yang dibentuk.

15.Gunakan pelincir pemotong untuk mengurangkan geseran dan

membolehkan tatal keluar dengan mudah.

Page 9: Report Mesin Larik

16.Lakukan kerja melarik selarik semula ke atas bahan kerja sepanjang

24mm dan berdiameter 25mm.

17.Kemudian, mata melurah dipasang pada pemegang mata alat dan

mulakan kerja melurah pada bahan kerja yang sepanjang 8mm dan

berdiameter 20mm.

18.Selepas itu, lakukan kerja mengulir pada bahagian yang telah dilarik

selari sepanjang 8mm dan berdiameter 25mm.

19.Setkan mesin sesuai untuk memotong pic yang diperlukan.

20.Setkan mata alat pada ketinggian paksi mesin. Dengan menggunakan

tolok tetengah laraskan mata alat supaya berkedudukan bersudut 90

dengan paksi bahan kerja.

21.Pilih PPM yang tepat untuk mengulir. Biasanya pada PPM 1/3 dari

yang digunakan untuk kerja melarik.

22.Hidupkan mesin dan dan kenakan mata alat pada bahan kerja.

Page 10: Report Mesin Larik

23.Hentikan mesin. Setkan dial senggatan kekesot lintang dan kekesot

bergabung kepada 0.

24.Undurkan mata alat dan kembalikannya kepermulaan.

25.Lihat dial pada pedoman dan pasang nat belah pada kedudukan yang

tepat sebelum memotong.

26.Hentikan mesin dan periksa pic yang dipotong dengan tolok pic.

27.Undurkan mata alat dan bawa mata alat kepermulaan ulir.

28.Ulangi operasi pemotongan sehingga ulir skru itu cukup dalam dan

licin. Periksa pemasangan dan gegasan dengan tolok atau nad

jodohnya.

29.Selepas semua kerja siap, lakukan kerja membuang segi pada

bahagian yang telah dibunga tadi.

30.Akhirnya, lakukan kemasan terakhir pada bahan kerja.

Page 11: Report Mesin Larik

1. Baca arahan projek yang disampaikan oleh tenaga engajar.

2. Pastikan ukuran bahan kerja yang dipotong bersesuaian dengan

proses pemesinan yang akan dilakukan.

3. Ukuran yang hendak dipotong, hendaklah dilebihkan supaya bahan

kerja selamat digunakan semasa proses pemesinan dijalankan.

4. Sebelum menggunakan mesin larik pastikan mesin larik berada

dalam keadaan selamat sebelum digunakan.

5. Pasangkan mata alat dan setkan mata alat dengan betul pada alatan

belakang supaya tepat.

6. Setkan kotak gear mengikut ukuran suapan yang sesuai dan ON

mesin larik.

7. Patuhi langkah-langkah keselamatan menggunakan mesin larik

bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

8. Mulakan melarik pada bahagian yang mudah dahulu dan diikuti

dengan langkah yang lebih susah sehingga kerja-kerja melarik

selari.

9. Bersihkan mesin larik setiap kali menggunakan mesin.

Page 12: Report Mesin Larik

Keseluruhannya untuk memberi pengetahuan kepada pelajar

mengenai apa itu mesin larik, cara penggunaannya, langkah-langkah

keselamatan, ketepatan ukuran dan cara pengukurannya dan juga pengagihan

masa.

Komennya ialah, kadang-kala terdapat mesin larik yang tidak

berfungsi dengan baik. Saya juga belum mahir sepenuhnya mengendalikan

mesin larik.

Page 13: Report Mesin Larik
Page 14: Report Mesin Larik
Page 15: Report Mesin Larik