report kayu

27
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 81310 UTM JOHOR BHARU,JOHOR MALAYSIA. FOLIO PROJEK KOD DAN NAMA KURSUS SPPE 1012 ASAS KETUKANGAN TAJUK PROJEK AMALI KERJA KAYU NAMA MUHAMAD FAIZ BIN YAZID A14PP3046 1 SPPJ 2

Upload: sppj1415

Post on 24-Jan-2017

1.362 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Report kayu

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 81310 UTM

JOHOR BHARU,JOHOR MALAYSIA.

FOLIO PROJEK

KOD DAN NAMA KURSUS SPPE 1012

ASAS KETUKANGAN

TAJUK PROJEK AMALI KERJA KAYU

NAMA MUHAMAD FAIZ BIN YAZID

A14PP3046

1 SPPJ 2PENSYARAH DR. AMIRMUDIN BIN UDIN

TARIKH 23/12/2015

Page 2: Report kayu

PENGHARGAAN

Saya melahirkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya

menghasilkan folio mengenai ‘Projek Kayu’ setelah diberi tempoh selama 4 minggu untuk

menyiapkan projek ini. Alhamdulillah. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada rakan-

rakan yang banyak membantu serta bekerjasama semasa menjalankan projek kayu ini dan

tunjuk ajar kepada saya, terima kasih diucapkan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus ini, iaitu

Dr. Amirmudin Bin Udin selaku individu yang banyak memberikan tunjuk ajar serta

bimbingan kepada saya semasa menjalankan tugasan ini sehingga terhasilnya folio ini. Tidak

juga saya lupa ucapan terima kasih kepada staf bengkel, En Ros Iskandar Zulkarnain Bin

Mansor dan staf yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam membantu menjayakan

folio ini. Alhamdulillah.

Akhir kata, saya amatlah berharap tugasan yang telah disiapkan ini dapat mencapai

objektif yang dikehendaki.

Sekian, terima kasih.

2

Page 3: Report kayu

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN 4

2 PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL 5

3 PERALATAN TANGAN 7

4 LANGKAH KERJA 19

5 KESIMPULAN 23

3

Page 4: Report kayu

1.0 PENGENALAN

Amali bengkel kayu ini dilakukan adalah bagi mendedahkan pelajar kepada teknik-

teknik menggunakan peralatan di dalam bengkel seperti kikir, gergaji, alat pengukur dan

sebagainya. Sebagai contoh pelajar didedahkan teknik-teknik menggunakan pahat dengan

betul disamping mematuhi peraturan keselamatan. Selain itu, pelajar juga didisiplinkan agar

sentiasa mematuhi segala peraturan yang ada dalam bengkel.

Terdapat banyak peralatan yang digunakan di dalam bengkel ini. Antaranya seperti

kikir, gergaji,pahat dan lain-lain. Namun tidak semua peralatan yang digunakan dalam projek

ini. Projek yang akan dilakukan adalah membuat tanggam menggunakan kayu. Pengukuran

yang tepat dan kaedah yang betul adalah perlu untuk memastikan projek siap sempurna

sepenuhnya.

Projek ini diberikan kepada pelajar adalah untuk melatih pelajar menggunakan alatan

tangan dengan lebih mahir dan mengikut cara yang betul. Selain itu, projek ini juga dapat

menjadikan pelajar lebih berdisiplin dan menanam sikap bekerjasama antara satu sama lain.

Disamping itu, projek ini dapat membantu pelajar mengenali alatan tangan dan kegunaannya

dengan lebih tepat selain melatih mereka membiasakan diri menggunakan alatan tangan dan

mesin dengan lebih mahir.

Oleh itu, amali bengkel kayu merupakan satu modul yang amat penting untuk

dipelajari bagi mendedahkan bakal-bakal guru ini asas pertukangan dan pengurusan bengkel

untuk mereka melaksanakan disekolah.

4

Page 5: Report kayu

2.0 PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlulah kita mengetahui tentang

keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Pada peringkat awal, pensyarah akan

menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar. Peraturan keselamatan dalam

bengkel haruslah dipelajari dari semasa-kesemasa. Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita

berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak diingini berlaku. Punca-punca

keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat perlulah dikenal pasti dan tabiat kerja yang baik

serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja

atau peralatan berkeadaan baik. Setiap kerja yang dilakukan di dalam bengkel mesti

dilaksanakan dengan mempertimbangkan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain yang

berada dipersekitaran kita.

Terdapat tiga bahagian yang penting dalam aspek keselamatan di bengkel. Antaranya ialah :

a) Keselamatan bengkel

b) Keselamatan alatan

c) Keselamatan diri

2.1 Peraturan Am Bengkel

a) Bengkel hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur.

b) Tempat khas disediakan untuk menyimpan alatan.

c) Hendaklah memastikan semua alat kawalan dan perlindungan elektrik bengkel berfungsi

dengan baik.

d) Laporkan kepada penyelia bengkel sekiranya terdapat satu keadaan bahaya.

e) Pastikan semua suis ditutup ketika meninggalkan bengkel.

f) Tidak bermain di bengkel.

g) Tidak menumpahkan minyak di atas lantai.

h) Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api.

5

Page 6: Report kayu

i) Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraaan yang baik.

j) Memastikan bengkel dibekalkan dengan peti pertolongan cemas.

k) Sentiasa peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

l) Sentiasa bersikap bertimbang rasa dan sentiasa membantu rakan sekerja atau sekelas.

m) Menyediakan peralatan yang berkaitan sahaja dengan kerja amali yang dilakukan.

n) Hendaklah melaporkan dengan segera kepada penyelia bengkel jika terdapat alatan dan

mesin yang digunanakan rosak dan merbahaya kepada orang lain jika digunakan.

o) Kesemua jenis alat yang tajam hendaklah dibawa dengan matanya sentiasa menghala

kearah bawah.

2.2 Peraturan Keselamatan Alatan

a) Pastikan alatan dalam keadaan selamat sewaktu digunakan.

b) Gunakan alatan yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.

c) Bersihkan alatan yang telah digunakan.

d) Laporkan kepada penyelia bengkel sekiranya alatan yang digunakan itu rosak, hilang dan

merbahaya untuk digunakan.

e) Menyimpan semua kayu yang tidak digunakan untuk projek dalam setor selepas selesai

kerja.

f) Menyimpan barang-barang yang mudah terbakar di tempat yang selamat.

2.3 Peraturan Keselamatan Diri

a) Hendakalah sentiasa mematuhi peraturan bengkel.

b) Hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas.

c) Laporkan kepada penyelia bengkel serta-merta sekiranya berlaku kemalangan.

6

Page 7: Report kayu

d) Pemakaian seperti jaket, tali leher, barang-barang kemas perlu dielakkan semasa

melakukan kerja-kerja bengkel.

e) Seseorang yang berambut panjang perlu mengikat rambutnya.

f) Baju berlengan panjang perlu dilipat hingga ke siku.

g) Gunakan kasut yang sesuai.

h) Beri perhatian kepada kerja dan alatan yang digunakan.

i) Jangan melakukan kerja-kerja bengkel dalam keadaan yang penat, mengantuk atau kurang

sihat.

j) Gunakan cermin mata keselamatan dan alat pelindung muka untuk melindungi mata.

k) Gunakan alat perlindungan telinga ketika menggukan mesin-mesin elektrik.

l) Gunakan alat penapis habuk ketika berada dalam bengkel kayu.

m) Menutup suis setiap kali hendak melakukan penyesuaian.

n) Mendapatkan kebenaran daripada penyelia bengkel sebelum menggunakan mesin.

3.0 PERALATAN TANGAN

3.1 ALATAN MENANDA

NAMA ALATAN KEGUNAAN

Pembaris Keluli

- Mengukur dan memindahkan

- Membina garisan lurus pada permukaan

- Menguji kerataan permukaan

- Menguji kepersegian kayu

7

Page 8: Report kayu

Sesiku L

- Menguji sesuatu permukaan bersudut

tepar dan kerataan permukaan kayu

Pita Pengukur

- Mengukur jarak yang pendek dan

panjang

- Digunakan untuk memindah ukuran

Pisau Penanda

- Digunakan untuk menanda garisan yang

akan dipotong dengan gergaji atau pahat

semasa membuat tanggam

Pensil Tukang

- Pensil ini khas untuk kerja kasar bagi

membuat penandaan

Sesiku Bergabung- Digunakan untuk mendapatkan sudut

atas permukaan kayu

8

Page 9: Report kayu

Tolok Penanda

- Digunakan untuk mendapatkan ukuran

tebal atau lebar kayu

- Dapat menandakan dengan garisan selari

dengan iras kayu yang dibuat pada sisi

atau permukaan kayu

- Garisan akan dibuat menunjukkan tebal

atau lebar kayu dalam ukuran seragam

3.2 ALATAN MENGAPIT DAN MENYANGGA

NAMA ALATAN KEGUNAAN

Ragum Meja

- Digunakan untuk memegang benda

kerja semasa melakukan kerja

Apit G

- Mengapit kayu ketika proses

melakukan kerja

- Memegang kayu yang hendak

digerudi, dipahat dan digergaji

- Digunakan untuk proses memasang

tanggam, pemidang pintu, tingkap

perabut, papan yang dicantumkan

9

Page 10: Report kayu

Apit Panjang

atau digamkan

3.3 ALATAN MEMOTONG DAN MENAJAM

Ketam Pelicin

- Digunakan untuk mengetam

permukaan kayu selepas diketam

dengan ketam kasar dengan saiz yang

lebih tepat

Ketam Tertingkat- Membuat tertingkat pada bahagian

tepi atau hujung permukaan kayu

Ketam Golek

- Mengetam bahagian tepi permukaan

kayu kecil yang cembong

- Memotong secara lurus untuk

membuat tanggam

10

Page 11: Report kayu

Gergaji

Gergaji Lengkung Kayu

- Gergaji lengkung halus ini untuk

membuat lengkung yang sempit pada

papan nipis pada bahagian dalam dan

luar

Gergaji Kerat

- Digunakan khas untuk mengerat kayu

secara melintang urat kayu

Pahat Pelubang- Untuk membuang lebihan-lebihan

yang tidak diperlukan

- Untuk kerja meraut seperti mengemas

tanggam dan acuan yang mempunyai

pelbagai bentuk kumai

11

Page 12: Report kayu

Pahat Tepi Serong

Kikir

- Untuk mengikir atau membesarkan

lubang yang berbentuk segi empat

secara kasar

- Untuk mengikir alur atau lurah

- Untuk menipiskan permukaan kayu

3.4 ALATAN MENUKUL

NAMA ALATAN KEGUNAAN

Tukul Kuku Kambing

- Mengetuk dan mencabut paku

Tukul Besi Waringgton

- Penanda menukul paku yang kecil

seperti paku panel serta menekan

kayu hiasan dan venir ke temaptnya

semasa digamkan dan bahagian untuk

mengetuk paku di bahagian tepi

perabut yang sempit

12

Page 13: Report kayu

Gandin Kayu

- Untuk memahat dan memasang atau

menanggalkan tanggam

3.5 ALATAN MEMUTAR

NAMA ALATAN KEGUNAAN

Gerudi Tangan

- Digunakan untuk membuat lubang

yang tidak melebihi 8mm

Gerudi Engkol

- Digunakan untuk menebuk lubang

pada kayu

- Saiznya ditentukan mengikut

hayunannya

13

Page 14: Report kayu

3.5 BAHAN KEMASAN

Kemasan merupakan projek terakhir dalam penghasilan sesuatu produk sebelum

dipasarkan. Kaedah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan benda

kerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik dan bermutu tinggi, benda kerja atau

projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan

menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Antara langkah-langkah dalam kerja

kemasan adalah memilih cat atau kemasan yang sesuai, merawat kecacatan kayu dengan

menyapu dan menyumbat dengan tepung penyumbat (filler powder), menggosok dan melelas

permukaan kayu dengan kertas las (sand paper), serta menyapu warna pada permukaan kayu

jika perlu atau membancuh cat dan mengecat samada menggunakan berus atau spray.

TUJUAN KERJA KEMASAN

a) Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik.

b) Menghilangkan kesan calar atau cacat.

c) Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga.

d) Membuat projek kerja kayu yang lebih tahan lama.

ALATAN KEMASAN

1. Berus Syelek

Digunakan untuk meyapu syelek. Berus syelek juga mesti dibersihkan dengan cara

yang betul selepas digunakan supaya tidak rosak dan boleh digunakan lagi.

gambar

Cara membersihkan berus syelek ialah:

i. Bersihkan berus syelek dengan menggunakan spirit methil.

14

Page 15: Report kayu

ii. Basuh berus dengan menggunakan air dan sabun.

iii. Perah dan keringkan.

iv. Gantung berus syelek ditempat yang sesuai.

2. Kertas Las

- Kertas las juga dikenali sebagai kertas pasir atau kertas kaca. Ia dijual dalam bentuk

keping berukuran 22cm x 27cm.

- Saiz kertas las ditentukan oleh gred seperti 00, 0, 1, 2, dan 3.

- Gred 0 dan 00 adalah gred paling halus manakala 1 adalah halus dan 2 serta 3adalah

gred paling kasar.

- Bahan yang digunakan untuk membuat kertas las adalah silicin, karbida, dan

aluminium oksida.

- Terdapat dua jenis las iaitu kertas pelelas kalis air(untuk logam) dan kertas pelelas

tidak kalis air (untuk kerja kayu).

- Kertas las juga digunakan untuk menghilangkan kecacatan dan tanda pada kayu serta

menggosok kayu hingga licin.

- Kertas las mesti digunakan dengan cara yang betul supaya kerja kemasan dapat

dilakukan dengan sempurna.

Cara menggunakan kertas las ialah:

15

Page 16: Report kayu

a) Gunakan bongkah kayu kertas las yang biasanya dibuat daripada gabus, kayu

lembut atau getah.

b) Tujuannnya untuk menghasilkan permukaan yang sekata

c) Gunakan kertas las gred 2 (kasar) untuk menggosok

d) Gosok kertas las selari dengan permukaan kayu

3. Tepung Penyumbat

- Tepung penyumbat yang digunakan adalah merupakan pengemas seperti “Plaster of

Paris” atau kapur Paris.

- Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat lubang-lubang dan liang-liang kayu

sebelum kerja mengecat dan menyelek dilakukan.

- Tepung penyumbat dijual dalam bentuk yang mudah dibancuh dengan air sehingga

sebati.

Cara-cara menggunakan tepung penyumbat ialah:

i. Campur dan bancuh Kapur Paris dengan air sehingga pekat.

16

Page 17: Report kayu

ii. Sapu bahan tepung penyumbat dengan cara menggosokkannya merentasi uratkayu

dalam gerakan membulatdengan alat yang sesuai.

iii. Biarkan lapisan tepung penyumbat menjadi kering dan gosok menggunakan kertas

las supaya sama rata dengan permukaan kayu.

4. Syelek

- Syelek biasa digunakan kerana kerana ia mempunyai harga yang murah,

mudahdisediakan dan kalis air.

- Mempunyai dua jenis iaitu syelek jingga untuk kayu berwarna sederhana dan syelek

putih untuk kayu berwarna pucat atau gelap. Ia terdiri daripada syelek jingga yang

didapati dalam bentuk kepingan dan syelek putih yang didapati dalam bentuk cecair.

- Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca. Syelek yang

dilarutkan hendaklan disimpan didalam tin, supaya warna syelek tidak akan menjadi

gelap.

Cara menggunakan syelek adalah:

a. Kerja menyapu syelek dilakukan pada waktu hari cuaca panas bagi mengelakkan

bahagian yang disapu syelek menjadi putih.

17

Page 18: Report kayu

b. Guna berus syelek yang lebar dan lembut.

c. Sebelum mula menyelek, benda kerja dibersihkan dengan kertas las.

d. Bagi lapisan permulaan, sapu dengan gerakan panjang dan cepat.

e. Syelek mesti disapu selari dengan urat kayu.

f. Gunakan hujung berus untuk menyamakan lapisan ketika syelek masih basah dan

jangan disapu balik ke belakang.

g. Biarkan lapisan pertama kering. Kemudian, gosok dengan kertas las dengan perlahan

dan dibersihkan.

h. Sapu lapisan kedua. Kemudian biarkan kering dan gosok dengan kertas las dengan

perlahan dan dibersihkan.

i. Sapu lapisan ketiga.

4.0 PELAKSANAAN PROJEK KAYU

Proses Kerja Projek Kayu

CARA KERJA GAMBAR RAJAH

Langkah 1 : Memilih kayu yang sesuai untuk membuat

projek kayu. Melakukan pembahagian kayu kepada 9

bahagian dengan menggunakan gergaji kerat.

18

Page 19: Report kayu

Langkah 2 : Membuat lakaran atau lukisan yang menarik

mengikut daya kreativiti. Seterusnya memilih kayu dan

permukaan yang baik supaya tidak berlaku kecacatan

terhadap benda kerja. Setelah memilih kayu dan

permukaan yang dikehendaki, permukaan tersebut

diratakan dan diuji kerataannya. Buat ukuran dan

penandaan keatas permukaan benda kerja.

19

Page 20: Report kayu

Langkah 3 : Membuat lakaran keatas permukaan katu dan

menanda mengikut ukuran yang tepat. Melakukan kerja

pemotongan keatas benda kerja setelah selesai membuat

penandaan yang tepat mengikut ukuran sebenar kerja kayu.

Pemotongan benda kerja dengan menggunakan gergaji

kerat.

Langkah 4 : Melakukan pemotongan mengikut

lengkungan yang telah dilakar pada permukaan katu

dengan menggunakan gergaji lengkung atau ‘coping saw’.

Pemotongan perlulah dipotong dengan teliti dengan

mengikut garisan lakaran yang telah dibuat supaya tiada

belakunya keralatan semasa memotong.

Langkah 5 : Setelah kerja memotong telah selesai dibuat,

kerja mengikir pula dibuat. Benda kerja perlu dikikir di

bahagian lengkungan dan bucu benda kerja kerja supaya

dapat menghasilkan hasil kerja yang rata dan kemas. Kerja

mengikir dengan mengunakan kikir dan juga ketam golek

bagi melicinkan permukaan yang tidak rata.

Langkah 6 : Setelah mendapat hasil benda kerja telah

selesai dengan secara kasarnya. Langkah kerja untuk

20

Page 21: Report kayu

kemasan akan dilakukan bagi mendapatkan hasil kerja

kayu yang kemas. Langkah untuk meratakan dan

melicinkan permukaan kayu dengan mengosok permukaan

kayu dengan menggunakan kertas las.

Langkah 7 : Selepas selesai melicinkan permukaan kayu,

aktiviti mensyelek dilakukan bagi mendapatkan tona

warna kayu yang menarik. Benda kerja disyelek sebanyak

3 kali bagi mendapatkan warna yang menarik dan bersinar.

Langkah 8 : Langkah kerja terakhir ialah membuat lubang

dengan menggunakan gerudi tangan. Kemudian kerja kayu

dipasangkan dengan 3 pin skru yang bertujuan untuk

menjadi penyangkut kunci.

Langkah 9 : Kemudian benda kerja dipasangkan pin

pada bahagian belakang kerja kayu untuk menjadi

penyangkut di dinding.

21

Page 22: Report kayu

KESIMPULAN

22

Page 23: Report kayu

Setelah menyiapkan tugasan projek kayu ini, saya telah mendapat pelbagai pengalaman

seperti menggunakan alatan tangan dan mesin. Saya turut dapat mengenal nama-nama alatan

tangan dan mesin beserta fungsinya. Pengalaman seperti ini amat berguna untuk masa depan

kerana dengan adanya cara asas menggunakan mesin-mesin tersebut kita akan lebih arif

menggunakannya pada suatu hari nanti.

Di samping itu, saya juga lebih berdisiplin dalam melaksanakan tugasan ini. Buktinya

saya telah mnggunakan alatan tangan mahupun mesin-mesin dengan sangat berhati-hati

sehingga tiada berlaku sebarang kemalangan besar ataupun kecil. Saya juga telah dapat

menyiapkan tugasan ni dalam masa yang ditetapkan.

Kesimpulanya, tugasan projek kayu ini bukan sahaja dapat memberikan pengalaman

kepada saya tetapi ianya turut dapat meningkatkan disipin diri daripada segi menepati masa,

sentiasa berhati-hati dan sebagainya. Oleh itu, saya berharap agar tugasan ini dapat

meningkatkan ilmu pengetahuan saya dari pelbagai aspek.

23