rencana utusan online

Upload: azlinahassanbakri

Post on 10-Mar-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

rencana

ARKIB : 18/11/2012Projek Lynas, kemenangan untuk rakyat MalaysiaZulkifli Jalil

KAKITANGAN Syarikat Lynas berdoa selepas Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan menolak permohonan penduduk Kuantan untuk melanjutkan injunksi interim terhadap lesen operasi sementara (TOL).KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi di Kuantan semalam yang membenarkan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang memulakan operasi berkuatkuasa serta-merta mempunyai makna yang cukup signifikan.Ia bukan sahaja suatu kemenangan untuk negara tetapi juga kepada rakyat keseluruhannya.Kilang memproses bijih nadir bumi (rare earth) yang diimport dari Mount Weld, Australia Barat itu bukanlah loji atau reaktor nuklear yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif.Kilang itu tidak seperti Loji Nuklear Chernobyl di Ukraine yang meletup pada 26 April 1986 dan Fukushima Daiichi, Jepun yang meletus 11 Mac 2011 akibat dilanda tsunami besar.Laporan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kepada kerajaan Malaysia pada 30 Jun 2011 menyatakan undang-undang dan peraturan di Malaysia berhubung keselamatan radiasi adalah komprehensif dan mematuhi piawaian IAEA.Kilang memproses nadir bumi sebenarnya terdapat di China, Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, India dan negara-negara Scandinavia. Kilang yang sama sedang dirancang untuk dibina di Afrika Selatan dan Vietnam. Ketika ini China merupakan negara yang menguasai pasaran nadir bumi di dunia dengan memenuhi hampir 97 peratus permintaan dunia.Istilah nadir bumi merujuk kepada sejenis galian atau bijih yang terbentuk semula jadi yang biasanya ditemui dalam kerak bumi. Bahan ini digunakan dalam peralatan moden seperti Flat Screen TV, TV LED, komputer, telefon bimbit, panel solar untuk bekalan elektrik, kincir angin, komponen elektronik untuk pengeluaran kereta hibrid, bateri kereta, turbin angin,auto catalytic converterdan aditif dalam diesel.Dalam konteks ini, Lynas telah mengenal pasti kaedah bagi menstabil dan menurunkan paras radioaktif di dalam Fosfogypsum Besi (WLP) dari 0.165 peratus ke paras 0.03 peratus iaitu lebih rendah daripada paras yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa.Dengan penurunan tersebut, sisa WLP yang diuruskan Lynas dikategorikan sebagai bahan bukan radioaktif dan bukan toksik.Setelah distabilkan, WLP boleh digunakan sebagai bahan asas penting dalam pembinaan jalan raya dan tempat meletak kereta. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk tujuan komersial dan memberi faedah kepada negara.Ketika Lynas dijadikan isu oleh pakatan pembangkang yang mengaitkannya dengan isu politik dan keselamatan orang awam, sisa bahan kilang itu sebenarnya dijamin untuk diuruskan dengan selamat berteraskan piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Atom Malaysia dan Tenaga Atom Antarabangsa berasaskan piawaian berikut:* Reka bentuk dan pembinaan tempat penyimpanan dalam kawasan kilangnya telah diluluskan oleh AELB pada Mac 2010.* Bahagian dalaman set tempat penyimpanan adalah dilindungi oleh dua lapisan yang tidak dapat ditembusi air.* Penilaian oleh Agensi Nuklear Malaysia mengesahkan bahawa tiada kemungkinan kebocoran atau pencemaran air bawah tanah boleh berlaku.* Sebagai perlindungan tambahan, sel tempat penyimpanan akan dilengkapi dengan sistem pengesanan kebocoran.* Keadah pengawasan geoteknikal akan digunakan bagi memastikan kestabilan bahagian dalaman set tempat penyimpanan.* Air hujan dari sel tempat penyimpanan akan dibendung, di kitar semula dan dirawat.* Pembendungan air hujan direka bentuk berdasarkan senario hujan paling lebat yang telah berlaku dalam tempoh 100 tahun.* Dan walaupun kerajaan berpuas hati Lynas tidak menghasilkan bahan buangan radioaktif, tetapi sebagai langkah tambahan yang disyorkan oleh IAEA, Lynas hendaklah menyediakan kemudahan pelupusan tetap (PDF) di tempat yang jauh daripada penempatan awam.Hakikatnya, Lynas tidak datang ke Malaysia untuk mengelak peraturan ketat di Australia. Keperluan undang-undang di Malaysia adalah setanding atau lebih ketat daripada undang-undang Australia.Antaranya, Lynas melabur di Malaysia kerana iklim pelaburan yang kondusif dan berdaya saing. Malah, Gebeng dipilih kerana mempunyai kemudahan pelaburan yang diperlukan, kemudahan sokongan yang boleh dipercayai dan pekerja yang kompeten.Projek Lynas dijangka membantu pertumbuhan ekonomi negara dan menjana pelbagai perniagaan dan industri kecil di Malaysia.Kilang ini dijangka membawa masuk ke negara ini Pelaburan Langsung Asing (FDI) berjumlah RM2 bilion. Industri sokongannya akan menjana 2,700 peluang pekerjaan dan memberi kontrak bernilai RM1.2 bilion kepada kontraktor tempatan.Dengan kos berjumlah RM350 juta yang akan dibelanjakan setiap tahun untuk operasi kilang, hasil yang akan dikutip oleh negara daripada projek Lynas adalah bernilai RM8 bilion.Kongsi Konten di :

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121118/re_10/Projek-Lynas-kemenangan-untuk-rakyat-Malaysia#ixzz3QZaeTYyP Utusan Melayu (M) Bhd