rekabentuk dan teknologi
TRANSCRIPT
REKABENTUK DAN TEKNOLOGI
1. Jenis Bahan
A. Kayu
Kayu merupakan bahan asas untuk pelbagai kegunaan contohnya untuk membina bangunan, membuat perabot, digunakan sebagai bahan api dan lain-lain.
Kecacatan kayu disebabkan oleh:
kecuaian semasa menebang pengeringan yang tidak teratur
serangan serangga perosak
Beberapa k ecacatan yang biasa berlaku pada kayu adalah:
retakan bulat retakan jantung retakan bintang
buku atau pusar berpiuh atau berpintal melengkung berspring
Jenis kayu, sifat dan kegunaannya.
B. Papan Lapis
Papan lapis dibuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipanggil "vernier". Lapisan vernier ini ditindih dan diglu bersama-sama dengan perekat tiruan. Tebal papan lapis adalah antara 3 mm hingga 32 mm dan dipasarkan dalam dua saiz:
o 91 cm x 183 cmo 122 cm x 244 cm
Terdapat dua jenis papan lapis iaitu kalis air dan tidak kalis air. Antara kebaikan papan lapis ialah:
o permukaannya rata dan lebaro ringan dan mudah dikerjakano tidak mudah mengecut atau meledingo bahagian hujung dan tepinya tidak mudah pecah jika dipaku atau diskru
C. Medium Density Fibre (MDF)
MDF dibuat daripada serat kayu lembut dan bahan kayu terbuangyang dimampat serta diglukan.
Ia boleh didapati dalam saiz 4' x 8' dengan pelbagai ketebalan.
MDF biasanya disadurkan dengan bahan kemasan untuk mendapatkan permukaan yang berwarna atau bercorak ira kayu.
MDF digunakan dengna meluas dalam pembuatan perabot moden dan perumahan.
D. Mounting Board
Mounting board ialah sejenis kertas keras atau kadboard. Ia boleh didapati dalam berbagai warna dan dalam dua saiz:
o 2' x 4'o 2' x 3'
Ia biasa digunakan dalam binaan projek, kotak, papan hiasan dan poster.
Perbandingan antara kayu, papan lapis, MDF & mounting board.
2. Jenis Pengikat
A. Paku
Paku menjadi pengikat yang biasa digunakan dalam kerja kayu. Ia biasanya diperbuat daripada keluli lembut yang bersadurkan zink. Ada juga paku yang
diperbuat daripada aluminium, tembaga dan loyang. Apabila membeli paku, nyatakan:
o saiz atau panjangnyao bentuk kepalao jenis bahan buatannyao diameter batango kuantiti iaitu beratnya dalam kilogram
Memilih saiz atau panjang paku:
o untuk memaku terus ke permukaan kayu, panjang paku mestilah 2½ kali tebal
kayu pertama.
o untuk memaku ke tepi kayu, panjang paku mestilah 3½ kali tebal kayu pertama.
Jenis-jenis paku:
o Paku kepala rata
kepalanya besar, rata dan tidak boleh dibenamkan ke bawah permukaan kayu digunakan untuk kerja am untuk cantuman yang lebih kukuh dan kuat
Paku panel
kepalanya berbentuk kon dan kecil serta boleh dibenamkan ke bawah permuakaan kayu digunakan untuk kerja halus dan kecil
Paku payung
kepalanya berbentuk payung disadur dengan zink supaya tahan karat digunakan untuk memasang atap zink
Cara-cara memaku:
memaku tegak
untuk benda kerja kayu yang nipis paku dipegang secara tegak apabila mengetuk dengan tukul
memaku serong
memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh paku dipegang secara serong sedikit apabila mengetuk dengan tukul
B. Skru
Skru digunakan untuk:
o melekatkan kepingan kayuo menguatkan tanggamo memasang engsel dan kunci
Skru biasanya diperbuat daripada keluli lembut, tembaga atau loyang. Semasa membeli skru, nyatakan:
o jenis bahan
o jenis kepalao diametero panjang
Jenis-jenis skru
o skru kepala bulat
digunakan untuk meleketkan kayu nipis dan logam nipis pada kayu kepalanya timbul sebagai hiasan
b.skru kepala benam
digunakan untuk mengikat kayu yang lebih tebal, memasang kunci dan engsel pada pintu kepalanya terbenam di bawah permukaan kayu
Kebaikan menggunakan skru
memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh berbanding paku skru boleh ditanggalkan dan tidak merosakkan benda kerja kepala skru boleh digunakan sebagai hiasan
Cara memasang skru:
pilih dan gunakan skru yang sesuai panjangnya berdasarkan ketebalan kayu yang dicantumkan
panjang skru kepala benam seharusnya 2 kali tebal kayu cantuman yang pertama gerudi satu lubang kecil yang sama saiz dengan diameter batang skru pada kayu
cantuman benamkan lubang yang telah digerudi dengan gerudi benam uji saiz lubang benam denagn skru kepala benam pasang dan ketatkan skru kepala benam dengan pemutar skru sehingga kepalanya
terbenam
C. Glu
Glu digunakan untuk mencantumkan dua kepingan kayu supaya menjadi kukuh dan kekal. Ia juga digunakan untuk:
o melekatkan kayu papan lapiso menguatkan tanggam kayuo melekatkan MDF dan mounting board
Glu boleh didapati dalam dua jenis iaitu:
o glu haiwano glu tiruan
Glu tiruan lebih meluas penggunaannya dan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
o glu PVA (Polyvinyl Acetate)o glu sentuh
Kebaikan glu PVA:
o sesuai untuk cantuman kepingan kayu
o amat sesuai untuk menguatkan tanggam kayuo sesuai untuk kerja pemasangan kecilo lebih kuat dan kukuh daripada lekatan glu sentuh
Kebaikan glu sentuh:
o amat sesuai untuk melekatkan bahan-bahan yang berlainan jenis seperti logam
dengan kayu atau plastik dengan kayuo menjadi keras dan melekat dengan cepat apabila pelarutnya kering
Langkah mengglu dengan glu PVA:
o bersihkan kedua-dua permukaan kayu yang ingin dicantumkano sapu sedikit glu PVA pada kedua-dua bahagian kayu dengan beruso apit dengan ketat bahagian yang dicantumkan dengan apit Go bersihkan lebihan glu pada cantuman dengan kain basaho biarkan glu kering pada cantuman sebelum menanggalkan apit G
Langkah mengglu dengan glu sentuh
o bersihkan kedua-dua permukaan kepingan loagam dan kayu yang ingin
dicantumkan
o sapu sedikit glu PVA pada kedua-dua bahagian kepingan logam dan kayu dengan
pengikiso biar glu sentuh kering selama 2 hingga 5 minit sebelum dicantumo tekan rapat bahagian cantuman untuk memastikan cantuman yang kekal
3. Alatan Tangan
A. Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak yang lebih panjang dari pembaris keluli. Pita pengukur biasanya berukuran antara 3 hingga 6 meter.
B. Pembaris Keluli
Digunakan untuk mengukur dan menanda jarak, membuat garisan lurus serta memindahkan ukuran.
Diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat dan biasanya berukuran 300 mm (12") panjang.
C. Sesiku L
Sesiku L terdapat dalam berbagai saiz yang ditentukan oleh panjang bilahnya. Bilah dan tonggak dibina bersudut 90°. Ia berfungsi untuk:
o membuat garisan bersudut tepat (90°)o menguji kepersegian
o menguji kerataan permukaan kayu
D. Tolok
Penanda
Digunakan untuk:
o membuat garisan selari dengan muka atau tepi kayuo menanda tebal atau lebar pada beberapa kepingan kayu
Untuk mendapat garisan tanda yang tepat, pastikan:
o taji sentiasa tajamo skru tangan diketat dengan betulo muka tonggak sentiasa bersentuh dengan permukaan kayu apabila
menggunakannya
E. Tolok
Serong
Digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90°. Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan mengetatkan bilah tolok serong. Untuk mendapatkan sudut yang tepat, pastikan muka tonggak atau badan sentiasa
bersentuh rapat dengan permukaan kayu apabila menggunakannya.
F. Gergaji Tangan
Digunakan untuk memotong secara kerat dan belah. Ada dua jenis :
o mengerat kayu — memotong melintangi urat kayuo membelah kayu — memotong selari dengan urat kayu
Saiz gergaji di tentukan oleh:
o panjang bilaho bilangan gigi setiap 25 mm (1 inci)
Panjang bilah adalah antara 55 - 70 mm.
G. Gergaji
Puting
Digunakan untuk:
o memotong kayu bersaiz kecilo memotong tanggam kayu
Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan menguatkan bilah gergaji. Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual dalam ukuran panjang 250 - 300 mm
dengan 12 - 14 gigi setiap 25 mm (1 inci).
H. Gergaji Lengkung
Halus
Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan nipis. Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji. Mata gergaji dipasang menghala ke hulu.
I. Tukul Kuku Kambing
Digunakan untuk menukul dan mencabut paku. Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.
J. Tukul Warrington
Digunakan untuk menukul paku kecil dan kerja ketukan ringan. Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.
K. Pahat Tepi Serong
Digunakan untuk :
o kerja menatal tanggamo membersihkan bucu tanggamo kerja meraut
Saiznya ditentukan mengikut lebar mata pemotong. Saiz yang biasa digunakan adalah antara 4 mm hingga 25mm. Mata pahat dibuat daripada keluli berkarbon tinggi. Mata pemotong hendaklah diasah pada sudut 25° - 30° supaya sentiasa tajam.
L. Kikir Parut
Digunakan untuk:
o merata dan mengikir kayu dengna cepato membentuk lengkuk pada tepi kayu
Saiz kikir parut dikelaskan mengikut panjang kikir dan gred giginya. Ada empat jenis:
o kikir rata
o kikir separuh bulato kikir bulato kikir tiga segi
M. Gandin Kayu
Digunakan untuk:
o kerja pemasangan projeko menukul pahat
Saiz gandin ditentukan oleh saiz kepalanya. Terdapat dua jenis gandin kayu, iaitu:
o gandin kepala segi empato gandin kepala bulat
Kepala gandin biasanya dibuat daripada kayu, getah, plastik atau kulit.
N. Mesin Gerudi Mudah Alih
Mesin gerudi ini mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk menggerudi lubang yang berdiameter kecil.
Ia mempunyai tiga bahagian utama:
o Suis - menghidup dan mematikan putaran motoro Motor - memutar binduo Bindu - mencengkam dan memutar mata gerudi
Mesin gerudi mudah alih boleh menggerudi lubang secara menegak atau mendatar.
Kemasan merupakan proses terakhir dalam penghasilan sesuatu projek. Kemasan dilakukan dengan menyapukan bahan kemasan pada permukaan projek yang
telah siap. Tujuan kemasan ialah:
o supaya projek kelihatan cantik dan menarik
o permukaan projek licin dan mudah dibersihkano projek tahan lebih lamao projek selamat digunakan
Alatan kemasan terdiri daripada berus syelek, berus cat dan pengikis. Bahan kemasan yang biasa digunakan ialah syelek, lekar, cat licau, cat sembur, tona kayu,
lekar jernih dan pelekat. Sebelum kemasan dilakukan, permukaan benda kerja harus diratakan dengan tepung
penyumbat dan dilicinkan dengan kertas las.
4. Kemasan A. Tepung Penyumbat
Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat ira kayu dan liang kayu yang tidak rata. Ia boleh didapati dalam dua bentuk:
o tepung serbuk putih yang perlu dibancuh terlebih dahuludengan air dan pewarna
sebelum digunakano siap bancuh dengan pewarna
Pengikis dan kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan projek. Setelah tepung penyumbat kering, bersihkan dan licinkan permukaan projek dengan kertas
las.
B. Kertas Las
Kertas las juga dikenali sebagai kertas kaca atau kertas pasir. Digunakan untuk: merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum disapu bahan kemasan membersihkan calar, garisan dan tanda pada permukaan bahan Ia dijual dalam bentuk kepingan yang berukuran 23 cm x 28 cm (9" x 11"). Kertas las digredkan daripada nombor 00 (paling halus) hingga nombor 3 (paling kasar). Untuk kerja am, mulakan dengan kertas las gred 1½ dan untuk permukaan lebih licin,
gunakan kertas las gred 0 diikuti dengan yang paling halus iaitu gred 00. Langkah menggunakan kertas las:
o balutkan kertas las ke satu bongkah kayu lembut.o mula menggosok dengan kertas las gred kasar secra bersudut sedikit dengan urat
kayu.o kemudian, gosok selari dengan urat kayu dengan gosokan yang bertindih-tindih
dengan menggunakan kertas las gred sederhana dan gred halus.
C. Cat Licau
Digunakan sebagai lapisan penyudah projek supaya kelihatan cantik dan berkilat. Ia juga memberikan perlindungan dan mencegah logam daripada berkarat. Cat licau disapu menggunakan berus cat setelah benda kerja disapu dengan cat alas. Turpentin digunakan untuk membersihkan berus cat, mencairkan cat dan bertindak
sebagai pelarut cat.
D. Cat Sembur
Cat sembur memberikan kemasan yang lebih cantik dan berkilat berbanding dengan cat licau yang disapu dengan berus cat.
Cat sembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya lebih cair dan cepat kering. Cat sembur biasa digunakan pada kemasan badan motosikal, kereta dan lain-lain
kenderaan. Cat sembur dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.
E. Syelek
Syelek digunakan sebagai kemasan pada permukaan kayu supaya kecantikan urat kayu jelas kelihatan.
Syelek menjadikan permukaan kayu licin, senang dibersihkandan tahan lebih lama. Spirit metil digunakan untuk:
o membersihkan berus syeleko mencairkan syelek dan bertindak sebagai pelarut syelek
5. Bahan-bahan Lain Yang Boleh Digunakan Untuk Mencantikkan Projek
A. Tona Kayu
Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat yang memaparkan warna kayu asal. Ia digunakan untuk memberi warna seragam kepada cantuman projek yang terdiri dari
pelbagai jenis dan warna kayu.
B. Semburan Lekar Jernih
Lekar yang disembur pada permukaan bahan lebih cantik dan berkilat berbanding dengan lekar yang disapu dengan berus.
Lekar untuk kerja menyembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya menjadi lekar jernih.
Lekar jernih lebih cair dan boleh disemburkan dengan mudah serta cepat kering. Lekar jernih dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.
C. Pelekat
Terdapat 2 jenis pelekat, iaitu jenis keras seperti formika dan jenis lembut seperti sticker. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna. Kemasan ini dibuat secara menampal pada permukaan bahan.
6. Langkah Kemasan Cat
Bersihkan permukaan kayu dengan kertas las diikuti dengan berus. Sapu satu lapisan cat alas selari dengan urat kayu dan biarkan kering. Gunakan kertas las gred halus untuk meratakan dan melicinkan lapisan cat alas. Bersihkan
permukaan dengan kain.
Sapukan cat licau dan biarkan kering.
7. Langkah Kemasan Syelek dan Lekar
Licinkan permukaan benda kerja dengan kertas las yang dibalut pada bongkah kayu, kemudian bersihkan dengan berus atau kain.
Sapukan pewarna kayu yang dipilih pada permukaan benda kerja dengan berus dan biarkan kering.
Sapu syelek lapisan pertama pada benda kerja dengan berus syelek dan biarkan kering. Setelah itu, gosok dengan kertas las gred 00 dan bersihkan permukaan kayu.
Sapu lapisan yang kedua dan biarkan kering. Pastikan setiap lapisan itu kering sebelum memulakan lapisan lain.
Lekar disapu sebagai bahan kemasan terakhir. Lekar lebih keras daripada syelek dan tidak mudah calar. Biarkan lekar kering sendiri.