bab5.rekabentuk teknologi. 1

23
8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1 http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 1/23  Bab 5:Reka bentuk Teknologi 1 B B B a a a b b 5 5 5 : : R R e e k kka b b e ee n nn t t u uk T e ekn o oo l lo g ggi Di akhir bab ini, anda seharusnya telah mempelajari:  Menjelaskan peranan web-servers dalam e-pembelajaran.  Menerangkan ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)  Perbandingan beberapa gabungan penggunaan alatan seperti e-mel, forum  perbincangan dan ruang sembang.  Membincangkan penggunaan rangkaian sosial dalam e-pembelajaran RINGKASAN BAB 5.1 Pengenalan 5.2 Internet 5.3 Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) 5.4 Alatan komunikasi 5.5 Pembangunan kandungan e-  pembelajaran 5.6 Alatan rangkaian sosial 5.7 Alatan audio Kata kunci Ringkasan Rujukan KANDUNGAN Bab 1: Pengenalan Bab 2: Teori Pembelajaran Bab 3: Reka bentuk Pengajaran & Teori Pengajaran Bab 4: Kerangka E-Pembelajaran Bab 5: Reka bentuk Teknologi Bab 6: Reka bentuk Kandungan Bab 7: Reka bentuk Pembelajaran Bab 8: Audiovisual & Teknologi Digital Dalam Bilik Darjah Bab 9: Integrasi Teknologi Dalam Sekolah

Upload: mringgit4884

Post on 02-Jun-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 1/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

1

BBBaaabbb 555::: 

RRReeekkkaaa bbbeeennntttuuukkk TTTeeekkknnnooolllooogggiii 

Di akhir bab ini, anda seharusnya telah mempelajari:

  Menjelaskan peranan web-servers dalam e-pembelajaran.

  Menerangkan ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)

  Perbandingan beberapa gabungan penggunaan alatan seperti e-mel, forum perbincangan dan ruang sembang.

  Membincangkan penggunaan rangkaian sosial dalam e-pembelajaran

RINGKASAN BAB

5.1 Pengenalan5.2 Internet5.3 Sistem Pengurusan

Pembelajaran (LMS)5.4 Alatan komunikasi5.5 Pembangunan kandungan e- pembelajaran

5.6 Alatan rangkaian sosial5.7 Alatan audio

Kata kunciRingkasan

Rujukan

KANDUNGAN

Bab 1: Pengenalan

Bab 2: Teori Pembelajaran

Bab 3: Reka bentuk Pengajaran & Teori Pengajaran

Bab 4: Kerangka E-Pembelajaran

Bab 5: Reka bentuk TeknologiBab 6: Reka bentuk Kandungan

Bab 7: Reka bentuk Pembelajaran

Bab 8: Audiovisual & Teknologi Digital Dalam Bilik Darjah

Bab 9: Integrasi Teknologi Dalam Sekolah

Page 2: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 2/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

2

5.1 PENGENALAN

Dalam bab ini akan membincangkan tentang pelbagai alatan dan teknologi yangdigunakan dalam mencapai hasil pembelajaran seperti yang digambarkan dalam

rangka e-pembelajaran (Rajah 5.1). Reka bentuk teknologi adalah terma yang

digunakan dalam merujuk alatan teknologi yang merealisasikan sembilan hasil

 pembelajaran iaitu, mengingat, memahami, mengaplikasikan, menganalisis, menilai,

mereka, memikirkan, menyelesaikan masalah sebenar dan bekerjasama.

ASAS

PEMBELAJARAN

MAYA

AKTIVITI

PEMBELAJARAN

PRINSIP E-KANDUNGAN

Rajah 5.1: Rangka pedagogi e-pembelajaran yang menggalakkan pembelajaranberkesan

5.2 INTERNET

a) Apakah itu internet?Internet merupakan rangkaian global yang menghubungkan berjuta pengguna dan

sumber. Di peringkat awal kemunculan, internet hanya digunakan dalam beberapa

sektor ketenteraan dan juga rangkaian universiti dengan tujuan kegunaan dalam

 penyelidikan serta keselamatan negara di Amerika. Internet telah berkembang dengan pesat dan dianggarkan dewasa ini (2011) terdapat kira-kira 4 billion komputer

HASIL

PEMBELAJARAN

Reka bentuk

Teknologi

Reka bentuk

kandungan

Reka bentuk

pembelajaran

Page 3: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 3/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

3

dihubungkan pada internet. Apakah yang menghubungkan kesemua komputer ini?

Protokol umum yang dipanggil TCP/IP (transmission control protocol/Internet

 protocol ) digunakan bagi sebagai saluran komunikasi yang boleh difahami di antara

komputer yang berbeza. Menurut kumpulan Miniwatts Marketing, terdapat anggaran2 billion pengguna sehingga Mac 2011 pada taburan Asia sebanyak 44%, Eropah

sebanyak 23%, Amerika Selatan sebanyak 13%, Amerika Utara sebanyak 10% dan

6% dari Afrika.

b) Sambungan ke internet

Teknologi telekomunikasi mudah alih diperlukan untuk menghubungkan internet

melalui komunikasi elektronik antara komputer dalam satu-satu jarak. Kaedah umum

 penghantaran data jarak jauh ialah melalui talian telefon. Oleh sebab komputer

menghasilkan signal digital, tambahan pula wayar telefon hanya direka untukmenghantar signal analog (suara), maka beberapa perubahan diadaptasikan. Alatan

tambahan digunakan di kedua-dua bahagian sambungan komunikasi, contohnya

komputer dan pelayan web yang menyimpan data.

Komputer

Talian Telefon

Modem

Rajah 5.1 Penghantaran dan penerimaan data melalui internet

Untuk membolehkan maklumat dihantar melalui talian telefon, gelombang signal

tersebut perlu diubahsuai bersesuaian dengan talian telefon tersebut. Modem adalah

alat yang digunakan untuk mengubahsuai gelombang signal data itu. Ia

menterjemahkan output komputer kepada format yang boleh dihantar melalui talian

telefon and untuk membolehkan capaian ke pelayan web yang mengandungi laman

web yang ingin dipaparkan di skrin computer (lihat gambar rajah 5.1). Apabila signal

kembali dari pelayan web melalui talian telefon, modem terjemah signal yang

diterima kepada signal yang difahami oleh komputer, seperti yang dipaparkan dalam

Pelayan Web[Kandungan yangdisimpan diproses sebagai laman webdengan menggunakan

 perisian khas]

Page 4: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 4/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

4

skrin komputer. Modem hanyalah sebagai alat, di mana perisian di dalamnya yang

terjemahkan signal masuk dan keluar.

Pelayan web merupakan teknologi penting dalam e-pembelajaran, khususnya untuk

yang ditawarkan di internet atau intranet. Walaupun anda tidak terlibat dalam

 pembikinan atau pemilihan server, namun adalah penting sekiranya ada pengetahuan

tentang bagaimana ia dilakukan dan boleh lakukan. Ini memudahkan perbincangan

 berkenaan teknologi bersama orang IT. Terma „pelayan web‟ mempunyai dua

maksud, ia merujuk kepada perisian yang menghantar lama web kepada pelayar web,

dan juga merujuk kepada mesin perisian (lihat gambar rajah 5.1). Kandungan dimuat

naik ke pelayan web dan disimpan sehinggalah ada permintaan. Dengan adanya

 permintaan, barulah kandungan dipaparkan di skrin komputer pelajar melalui pelayar

seperti Explorer dan Mozilla. Dengan itu, seharusnya anda telah memahami mesej“Sorry, the Server is Down”  atau maksudnya, “Maaf, pelayar tidak dapat

memaparkan kandungan web” walaupun komputer anda tidak bermasalah. Terdapat

 berjuta pelayar web di dunia yang menyimpan dan menghantar berjuta-juta laman

kepada pengguna di internet.

Orang ramai selalu keliru di antara perbezaan Internet dan Worl d Wide Web   (lebih

dikenali sebagai „Web‟). Sebenarnya, Web lebih dikenali berbanding servis internet

yang lain. Di awal kemunculan internet, bukan mudah untuk menggunakan internet

memandangkan ia memerlukan kemahiran arahan untuk mendapatkan data melalui

internet. Seseorang itu perlu mengetahui aturan arahan yang tepat untuk mendapatkan

data yang diingini. Pada tahun 1991, Tim Berners-Lee menulis satu arahan programyang membolehkan pengguna melayari internet tanpa perlu kemahiran bahasa

komputer yang kompleks. Program beliau membolehkan pengguna melayari laman

web menggunakan pautan link yang menghubungkan laman web di internet. Dengan

hanya sekadar mengklik pautan, pengguna boleh beralih dari satu laman ke laman

yang lain tanpa perlu mengetahui arahan yang kompleks. Pautan ini, atau lebih

dikenali sebagai hyperlinks, menjadikan layaran internet lebih mudah dengan hanya

tunjuk dan klik. Himpunan dokumen-dokumen yang mempunyai pautan di internet

lebih dikenali sebagai World Wide Web, W3 ataupun Web.

Laman web merupakan dokumen yang memberi maklumat dan mengandungi

 beberapa siri pautan ke sumber laman yang lain. Dengan segala himpunan laman webini, ia dikenali sebagai tapak web (atau „web site’ ). Tapak web boleh mempunyai

 beberapa laman dan setiap laman mengandungi teks, grafik, animasi, audio dan video.

Umumnya, tapak web mempunyai laman utama (atau „homepage’ ) yang memberi

maklumat umum tentang laman tersebut dan satu atau beberapa pautan ke laman web

yang lain.

5.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a)  Apakah itu internet?

 b) 

 b) Jelaskan bagaimana data dihantar dan diterima melalui

internet.c) Bincangkan perbezaan antara Internet  dan Web.

Page 5: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 5/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

5

5.3 SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Sistem Pengurusan Pembelajaran atau  Learning Management System  (LMSmerupakan pakej perisian yang diletakkan di pelayar web untuk membolehkan

kandungan dibangun dan disampaikan, memantau penglibatan pelajar, dan menilai

 perkembangan pelajar di mana-mana dan bila-bila masa. Fungsi utama LMS ialah

untuk menyediakan platfom kepada pembikinan dan penyampaian kursus serta

menyediakan pelajar dengan kebolehan untuk menggunakan ciri-ciri interaksi seperti

 perbincangan, konferensi video, perbincangan forum dari mana-mana lokasi dengan

adanya capaian internet. Anda perlu menggunakan ID pengguna dan kata laluan untuk

akses ke LMS (Rajah 5.2).

Selepas log masuk, anda akan mempunyai akses kepada LMS iaitu pembelajaranmaya. Rajah 5.3 menunjukkan skrin biasa laman pembelajaran maya yang

mempunyai pelbagai fungsi,

  Pengumuman: Pelajar perlu klik pada bebutang ini untuk melihat sekiranya

tutor telah buat pengumuman mengenai kursus atau subjek berkenaan.

  Deskripsi kursus: pelajar disediakan sinopsis kursus, objektif, prasyarat (jika

ada), topik dan juga bahan rujukan.

 

Bahan pembelajaran: Bahan pembelajaran kursus boleh diberi dalam format berikut:

  Bahan pembelajaran di laman web adalah dalam format HTML di

mana pelajar boleh akses melalui pelayar.

  Format dokumen Word untuk setiap topik boleh dimuat turun dan

dicetak oleh pelajar.

  Format PDF untuk setiap topik juga boleh dimuat turun dan dicetak

oleh pelajar.

  Bahan sokongan: Pelbagai jenis bahan bantu pembelajaran disediakan untuk

 pelajar memuat turun seperti berikut:o  Pautan wed ke artikel, laporan, e-buku dan dokumen yang lain.

Rajah 5.2 Log masuk

Page 6: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 6/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

6

o  Klip video yang menerangkan konsep utama dan prinsip

o  Klip audio yang menerangkan konsep utama dan prinsip

Ringkasan topik dalam bentuk bahan slaid Powerpoint  

Apa jua bahan yang boleh dibuka dalam komputer

  Tugasan:Pautan ini memberi pelajar maklumat mengenai tugasan kursus. Ia

mengandungi penerangan apa yang perlu pelajar buat dan pecahan markah

untuk setiap bahagian (lihat rajah 5.5). Rujukan, ujian dalam talian serta tarikh

hantar tugasan juga dimaklumkan (lihat Rajah 5.4)

Rajah 5.3 Paparan biasa LMS

HOME  Rakan kursus Help Desk  

Deskripsi kurus

Bahan pembelajaran

  Format HTML

  Format Word

  Format PDF

Bahan sokongan

  Pautan Web

  Slaid Powerpoint

  Klip Video

  Klip Audio

Tugasan

Komunikasi

  Emel

  Forum perbincangan

  Ruang sembang

SELAMAT DATANG,

Ke Teknologi Pendidikan Kursus ini

akan dijalankan selama 14 minggu dan

anda adalah digalakkan untuk log

masuk ke laman ini dengan lebih kerap

Paparan gred

Profail

Digital Drop Box

Perpustakaan Digital

Pengumuman

Page 7: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 7/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

7

Rajah 5.4 Pautan tugasan

Rajah 5.5 Panduan kerja kursus

 

Perpustakaan Digital: Bebutang ini memberi akses ke pelbagai bahan dalam

 pengkalan data seperti jurnal, e-buku, majalah, tesis, disertasi, laporan kajian

dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut juga boleh dimuat turun dan dicetak.

  Komunikasi: Pautan ini mempunyai tiga alat komunikasi umum:

1.  Emel: Setiap   pelajar mempunyai e-mel dan boleh berkomunikasi

dengan pensyarah dan pelajar yang lain. Pelajar juga boleh

melampirkan beberapa fail berbeza format untuk edaran (Rajah 5.6).

Page 8: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 8/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

8

Rajah 5.6 Emel

2.  Forum perbincangan: Alat komunikasi ini membolehkan pensyarah

dan pelajar komunikasi sehala. Perbincangan sehala ini tidak

memerlukan pelajar dan pensyarah tidak perlu untuk berada dalam

talian pada masa yang serentak. Pelajar boleh menjawab secara talian

 pada topik yang dipos dalam forum. Kelebihan menggunakan forum

ini ialah perbincangan pelajar direkod dan teratur. Perbincangan juga

disusun secara rantaian di mana ia mengikut urutan dari topik utama ke

 jawapan mengikut turutan yang lebih mudah dicapai (Rajah 5.7).

Rajah 5.7 Forum perbincangan

Page 9: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 9/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

9

3.  Ruang sembang: Ia merupakan alat komunikasi untuk perbincangan,

kuliah dan sesi soal-jawab secara talian. Pensyarah boleh menjemput

 penceramah jemputan dan juga pakar subjek untuk menyertai laman

sembang tersebut (Rajah 5.8).

Rajah 5.8 Ruang sembang

  Digital Drop Box : Pelajar boleh menghantar tugasan mereka kepada pensyarah

melalui lampiran. Kekotak ini akan menyimpan rekod masa dan tarikh tugasan itu

dihantar. Pensyarah akan mempunyai semua rekod lampiran termasuklah nama

dan ID pelajar (Rajah 5.9).

Rajah 5.9 Digital drop box  

  Paparan gred: Pautan ini memberi akses pantas untuk pelajar menyemak

markah dan prestasi kesemua kursus mereka. Laman gred tersebut

memaparkan maklumat seperti yang berikut:

Page 10: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 10/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

10

  Gred penilaian

   Nilai markah keseluruhan

  Purata penilaian markah keseluruhan

5.4 TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Kolaborasi alat-alat membolehkan pelajar berkomunikasi dengan bebas di talian dan

 bekerjasama dalam tugasan. Ia penting dalam e-pembelajaran, e-mentor dan dalam

inisiatif pengurusan ilmu. Kebanyakan alat kolaborasi berfungsi dengan cara yang

sama. Pesanan yang ditaip dalam emel, forum dan ruang sembang dihantar melalui

 pelayan kepada penerima. Penerima pula menggunakan alat kolaborasi untuk

memaparkan pesanan yang diterima.

Alat kolaborasi biasanya memerlukan perisian untuk membolehkan komunikasi berlaku di kalangan peserta. Internet dan intranet dilaksanakan di pelayan kolaborasi

di pelayan web. Is berfungsi sebagai mengkoordinasi aliran jujukan pesanan di

kalangan peserta. Satu lagi pelayan kolaborasi dilaksanakan dalam sistem peserta. Ia

dipanggil klien kolaborasi yang membolehkan peserta menerima dan menghantar

 pesanan kepada peserta yang lain di dalam pelayan.

KOLABORASI SINKRONISASI vs ASINKRONISASIAlat kolaborasi boleh menyambung peserta secara sinkronisasi dan asinkronisasi.

  Komunikasi sinkronisasi, juga dipanggil persidangan langsung, iaitu semua

 peserta perlu berada dalam talian pada masa yang sama. Media komunikasi

 jenis ini termasuk sembang, papan putih, persidangan audio dan persidangan

video. 

  Komunikasi asinkronisasi, tidak memerlukan peserta untuk berada dalam

talian pada masa yang sama. Pelajar tidak perlu menunggu untuk pelajar lain

atau tutor untuk berada dalam talian untuk menghantar mesej. Mereka hanya

 perlu hantar, yakin bahawa ia akan sampai kepada orang yang dituju.

Komunikasi jenis ini, memerlukan pelajar menghantar mesej bila-bila masa.

Media asinkronisasi termasuklah e-mel dan forum perbincangan online.

Bagaimanapun, perbincangan forum adalah kurang sinkronisasi berbanding e-mel kerana tidak memerlukan balasan jawapan yang cepat. 

5.2  AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) 

Bincangkan alat yang membantu kolaborasi yang terdapat di

kebanyakan LMS.

 b)  Apakah alat yang banyak digunakan dalam LMS?

c) 

c) Terangkan bagaimana anda menggunakan LMS di sekolah

atau institusi endidikan.

Page 11: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 11/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

11

a) EMEL

Alat kolaborasi yang mudah dan paling lama adalah e-mel yang membolehkankomunikasi antara pelajar dan pengajar atau tutor. Selalunya e-mel dihantarkan

(dihantar kepada semua), kebiasaannya dari pengajar kepada semua pelajar untuk

mengumumkan perubahan atau peristiwa. Ia mudah, boleh dipercayai, murah, terbuka

dan umum kepada semua. Sesiapa sahaja yang boleh menggunakan komputer, boleh

menggunakan e-mel dan hampir semua orang mempunyai alamat e-mel hari ini.

Contoh pembekal popular yang menyediakan e-mel percuma ialah Google, Yahoo,

Hotmail dan lain-lain lagi.

Dalam pendidikan, e-mel yang digunakan oleh pelajar untuk bertanya soalan kepada

tutor dan pengajar, untuk membincangkan isu-isu dengan pelajar-pelajar lain dan juga

digunakan untuk menyerahkan tugasan. Pengajar menggunakan e-mel untuk

memberikan tugasan, menjawab soalan dan memberi pengumuman. E-mel

membolehkan penghantaran pelbagai jenis fail (teks, grafik, gambar, audio & video)

sebagai lampiran. Ia juga berfungsi sebagai arkib komunikasi antara penghantar dan

 penerima. Ia juga membolehkan untuk penyelenggaraan pangkalan data nama,

telefon.

b) KOMPONEN PERBINCANGAN ATAS TALIAN

Perbincangan dalam talian telah berkembang kepada aktiviti yang popular dalam

kehidupan ramai individu dan telah menjadi 'hobi kebangsaan' bagi orang-orang disemua peringkat umur di seluruh dunia. Ia adalah cabang langsung pertukaran sosial

dan profesional yang mengambil tempat di "newsgroup" dan "senarai pelayan".

Terdapat beberapa nama yang berbeza untuk alat-alat perbincangan dalam talian:

forum perbincangan, papan buletin, dan blog.

  Forum perbincangan: Perbincangan forum membenarkan pelajar dan tutor

untuk mengambil bahagian dalam perbualan dengan berkongsi dan membalas

mesej teks antara satu sama lain, walaupun mereka tidak boleh berada pada

satu-satu masa yang sama. Perbincangan forum adalah amat berharga apabila pelajar terlalu sibuk untuk menghadiri kuliah, tidak mempunyai masa, pelajar

terlalu malu dalam kuliah atau kurang kefasihan bahasa untuk berada dalam

 perbincangan kuliah sebenar. 

Di samping menyediakan struktur kursus, perbincangan dalam talian juga

 boleh digunakan untuk aktiviti sumbang saran, kumpulan kritik dan pasukan

reka bentuk. Lihat Rajah 5.4 yang menunjukkan contoh forum perbincangan.

Page 12: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 12/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

12

  Sembang dan pesanan pantas:  Berjuta-juta orang di seluruh dunia

 bersembang di internet untuk pelbagai kepentingan peribadi termasuklah

 belajar. Sembang memberi jawapan segera, perbualan secara spontan yang

sama seperti perbualan telefon tetapi dalam bentuk teks.

c) PERSIDANGAN AUDIO

Persidangan audio membolehkan pelajar

 bercakap antara satu sama lain. Ia pada

dasarnya menggunakan internet untuk

menjalankan persidangan. Dengan

 persidangan audio, persembahan bolehmenjadi lebih spontan (lihat Rajah 5.10).

Pelajar boleh menghadiri dengan perkara

visual tanpa perlu membaca teks pada masa

yang sama.

Keupayaan audio adalah penting

terutamanya dalam e-Pembelajaran di mana

komunikasi lisan atau pertukaran idea yang

cepat adalah penting, iaitu apabila tidak ada masa yang cukup untuk mencatit atau di

mana ungkapan spontan pemikiran yang penting. Persidangan audio ini membolehkan

aliran sehala atau dua hala.

  Audio sehala digunakan untuk menyampaikan ceramah, ucapan, membaca

atau nasihat, di mana pada masa yang sama pelajar boleh merujuk kepada

slaid yang telah disediakan.

  Audio dua hala digunakan untuk sesi soalan-jawab, debat, sumbang-saran idea

dan lakon-peranan.

Apabila membuat keputusan mengenai persidangan audio, anda perlu

memeriksa kualiti bunyi. Sebagai contoh, bunyi yang jelas dan mudah difahami oleh

 pelajar dengan jalur lebar rendah. Perkhidmatan Persidangan Audio membolehkan

ramai peserta untuk berbual dengan satu sama lain tanpa mengira lokasi merekamelalui telefon talian tetap atau telefon bimbit biasa. Satu persidangan audio

 pelanggan boleh menambah dua atau lebih peserta dalam persidangan tertentu. Para

 pelanggan boleh menjadualkan persidangan audio mereka melalui Web. Peserta

 berdaftar hanya perlu mendail nombor telefon tertentu dan diikuti kata laluan untuk

memasuki persidangan.

Page 13: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 13/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

13

d) PERSIDANGAN VIDEO

Persidangan video melibatkan video dankomunikasi dua hala audio antara dua pihak atau

lebih melalui sambungan jauh. Persidangan

video telah dibangunkan pada 1960-an

menggunakan teknologi telefon. Pada masa ini,

 persidangan video dilakukan melalui internet.

Perkembangan internet telah membantu mengurangkan kos

 persidangan video dan ia telah menjadi cara yang paling popular untuk persidangan

video jarak jauh. Antara alat sidang video yang paling popular hari ini adalah "Skype"

(yang merupakan perisian freeware) dan terbaru 'ooVoo', 'iVisit'. Persidangan video

membolehkan pelajar melihat dan mendengar antara satu sama lain malah

membolehkan komunikasi interpersonal yang mempunyai suara, gerak isyarat, bahasa

tubuh dan ekspresi muka. Dengan persidangan video, pelajar boleh melihat orang

yang bercakap dan melihat dalam bentuk objek 3-D, pergerakan dan isyarat.

Rajah 5.11 Poin-poin video conferencing pembelajaran

Persidangan video kebanyakannya digunakan untuk menunjukkan prosedur fizikal &

 proses, kemahiran psikomotor, mendedahkan bentuk 3-D dan hubungan ruang, sambilmenambah realisme kepada objek dan berkomunikasi emosi manusia melalui bahasa

Page 14: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 14/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

14

 bukan lisan (gerak isyarat, ekspresi muka) dan nada suara. Kualiti persidangan video

 juga bergantung kepada kelajuan rangkaian, kualiti kamera video, kelajuan komputer

 pengajar, dan kelajuan komputer pelajar.

Lihat Rajah 5.11 yang menunjukkan pengajar menunjukkan satu eksperimen sains

kepada satu kumpulan pelajar yang terletak jauh. Anda perlukan alat yang menangkap

atau merekod masa sebenar video penyampai atau penonton dan menghasilkan output

langsung ke pemproses dan pelayan, dengan menggunakan alat seperti webcam,

kamera DV, atau kamera video analog biasa. Dalam usaha untuk merekod semua

kelas anda, kamera sudut lebar adalah pilihan yang baik. Anda juga perlu mikrofon

yang boleh merakam audio secara langusung dari penyampai atau penonton dan

menghasilkan output langsung kepada pemproses. Mikrofon perlu ditempatkan secara

strategik untuk menangkap suara semua pelajar di dalam kelas. Dalam suasana yang

kondusif, mikrofon 360 ° atau sistem mikrofon perlbagai sudut harus digunakan.

Anda memerlukan sebuah komputer yang boleh merekod video dari kamera, suara

dari mikrofon, menjalankan perisian persidangan video, dan menghantar dan

menerima data melalui Internet termasuklah peranti rangkaian yang menghubungkan

rangkaian anda ke Internet. Untuk mengurangkan kerumitan, beberapa syarikat telah

membangunkan unit persidangan video bersepadu yang mempunyai kamera,

mikrofon, dan unit pemprosesan dalam satu peranti. Ia juga mempunyai komunikasi

dua hala lebih daripada satu kumpulan pelajar yang disebut sebagai persidangan video

'multi-point' (lihat Rajah 5.12).

Rajah 5.12 Persidangan

Video pelbagai poin

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Bincangkan perbezaan di antara kolaborasi sinkronisasi dan

asinkronisasi?

 b) Apakah konferensi video?

c) Lihat pautan link berikut untuk pelbagai alat yang lain:

http://www.ivisit.com/ 

http://www.oovoo.com/download.aspx http://www.skype.com/intl/en/home 

Page 15: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 15/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

15

5.5 ALAT UNTUK MEMBANGUN KANDUNGAN E-PEMBELAJARAN

Kandungan yang berkualiti amat penting dalam e-pembelajaran oleh kerana fokus e-

 pembelajaran adalah penciptaan kandungan yang baik dan dipersembahkan dalam

 bentuk yang mendorong pelajar untuk belajar. Kandungan yang dibangunkan dalam

 bentuk teks perlu digabungkan dengan pelbagai elemen-elemen multimedia perlu

digabungkan dengan teks. Untuk memudahkan penciptaan laman web itu beberapa

'alat pengarangan' boleh digunakan, dihasilkan dan dijual sebagai perisian bebas-milik

yang disediakan secara percuma di laman web.

a)  ALAT PENGARANGAN KURSUS

Alat pengarangan kursus merupakan perisian khas yang direka untuk mewujudkan e- pembelajaran kursus yang melibatkan proses mencipta halaman dan menambah teks,

grafik dan media lain. Kebanyakan alat pengarangan kursus menawarkan template

yang menyediakan pelbagai jenis pengajaran. Dengan template ini pengarang tidak

 perlu sebarang kemahiran pengaturcaraan sebaliknya hanya perlu tarik-dan-letak

sahaja. Berikut adalah beberapa elemen template yang terdapat dalam alat canggih

kebanyakan mengarang kursus:

  Penulis boleh memasukkan teks menggunakan ciri yang serupa dalam

 pemproses Word yang lengkap dengan komponen seperti senarai, warna

latar belakang dan tekstur, dan glosari.

 

Penulis boleh menambah objek seperti grafik dan media

  Ujian –  Ujuian betul-salah, ujian aneka pilihan, padanan senarai, seret dan

lepas, isi tempat kosong, dan soalan esei. Ujian boleh menjana skor secara

automatik dan memberi maklum balas pada satu-satu soalan.

Penulis mengatur dan menggabungkan beberapa halaman ke dalam pengajaran yang

digabungkan untuk membentuk kursus lengkap. Laman-laman ini disusun reka bagi

memudahkan navigasi pelajar. Selain mewujudkan laman web, alat-alat pengarangan

kursus membolehkan pelajar untuk berinteraksi dengan laman web seperti menjawab

soalan dan mendapatkan maklum balas mengenai prestasi mereka.

Alat pengarangan kursus membolehkan pembangunan, pengujian dan penghalusan

komponen e-pembelajaran. Rutin pengarangan adalah seperti berikut:

  Pertama, penulis memilih template seperti teks, grafik, ujian dan media

lain untuk digabungkan dan membentuk set pengajaran dengan

 berpandukan hasil pembelajaran.

  Kedua, setiap pelajaran yang dibangnkan akan digabungkan untuk

membentuk kursus dan ia disimpan di pelayan we.

  Ketiga, pengarang memeriksa-selia setiap pengajaran.

Berikut adalah beberapa contoh alat pengarangan kursus: Authorware, Dreamweaver.

Page 16: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 16/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

16

Dalam banyak keadaan, banyak kursus e-pembelajaran mempunyai keperluan

khas. Banyak yang dibangunkan menggunakan alat pengarangan laman web. Dengan

menggunakan alat-alat pengarangan web, penulis dapat membina beberapa laman web

dan seterusnya membangun sebuah laman web kursus. Sebagai contoh "laman

Google" membolehkan anda untuk mewujudkan sebuah laman web yang gunakan

untuk menyampaikan kandungan kepada pelajar-pelajar di seluruh web. Kemudahan

 pengarangan laman web yang disediakan di "laman Google" adalah mudah untuk

digunakan dan tidak memerlukan apa-apa pengetahuan pengaturcaraan.

b)  EDITOR MEDIA

Tanpa editor media, e-pembelajaran akan menjadi seperti membaca buku-buku di

skrin TV. Editor media adalah alat yang mencipta dan memperbetul gambar, bunyi,

animasi, video dan media lain yang ada di laman web. Terdapat banyak media editor

dan berikut adalah beberapa alat:

KATEGORI   MEDIA 

Multimedia Alat untuk mencipta animasi bersuara.

Grafik  

Lukisan – 

 kartun, ikon, gambar  Fotograf

Animasi Animasi adalah gambar yang memaparkan imej bersiri

dlam satu tempoh masa. Gambar bergerak ini terdapat

dalam bentuk 2D dan juga 3D.

Audio   Bunyi –  termasuk kesan bunyi dan suara penceritaan

  Muzik –  latar belakang muzik atau suasana muzik.

Video Video yang direkod menggunakan video digital perakam

video, telefon bimbit dan webcam boleh di edit dan di

hasilkan untuk dimuatnaik.

Page 17: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 17/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

17

c)  PENGUBAH KANDUNGAN

Dalam pembangunan kandungan e-Pembelajaran, faktor masa dan wang boleh

mendesak pembekal untuk mengitar semula persembahan yang sedia ada, buku teks,grafik dan dokumen. Penukar boleh digunakan di mana ianya adalah alat penukaran

yang membantu dalam mengubah satu format fail kepada format yang lain. Pengeluar

e-Pembelajaran menggunakannya untuk menukar kandungan yang dalam bentuk

dokumen Word, slaid powerpoint, gambar dan sebagainya ke dalam HTML atau

laman web yang boleh dipaparkan melalui web.

Sebagai contoh, terdapat beberapa perisian tersedia (ada disediakan secara percuma)

untuk menukar satu set slaid powerpoint ke dalam HTML. Semua animasi yang ada di

slaid powerpoint boleh dipaparkan di laman web.

Terdapat berbilion dokumen yang terdapat dalam fail pemprosesan Word. Ia boleh

ditukar ke dalam bentuk fail HTML dan dimuat naik di laman web. Sebagai contoh,

Microsoft Office membolehkan anda menyimpan dokumen Microsoft Word sebagai

HTML. Terdapat juga beberapa perisian lain yang tersedia untuk menukar fail

dokumen perkataan ke dalam HTML.

Anda juga boleh menggunakan Adobe Acrobat untuk menukar dokumen pemprosesan

 perkataan, spreadsheet, nota slaid, lukisan, dan imej-imej lain. Dokumen yang terhasil

adalah replika yang menyerupai visual dokumen yang sama dan boleh dimuat naik ke

web dan dipapar menggunakan Viewer Acrobat .

5.6 ALATAN JARINGAN SOSIAL

Boyd dan Ellison (200) mentakrifkan laman rangkaian sosial sebagai perkhidmatan

 berasaskan web yang membolehkan individu untuk membolehkan profil mereka ada

didapati di web (yang terhad sahaja yang mereka menjemput) dan mereka berkongsi

dengan orang yang mereka ingin bersosial. Laman rangkaian sosial memberi tumpuan

kepada membina komuniti dalam talian dengan orang yang berkongsi minat dan / atau

aktiviti, atau yang berminat dalam meneroka minat dan aktiviti orang lain (Wikipedia,

2009). Kebanyakan laman rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menyediakan

 pelbagai cara untuk pengguna untuk berinteraksi. Apa yang menjadikan laman

rangkaian sosial yang unik bukan sahaja membenarkan individu untuk bertemu orang

5.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah editor media?

 b) Apakah penukar kandungan?

c) Kenapa perlunya alat pengarangan kursus dalam

e-pembelajaran?

d) Terangkan bagaimana untuk menyampaikan e-pembelajaran

di laman web?

Page 18: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 18/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

18

yang tidak dikenali, malah membolehkan pengguna untuk menyuarakan dan melihat

orang yang berkomunikasi dengan mereka. Berikut adalah beberapa popular laman

rangkaian sosial:

Sejak pengenalan laman rangkaian sosial seperti  MySpace,  Facebook , Cyworld , dan

 Bebo  telah menarik berjuta-juta pengguna, yang kebanyakannya telahmengaplikasikan laman-laman ini ke dalam amalan harian mereka. Terdapat beratus-

ratus laman rangkaian sosial, dengan pelbagai keperluan teknologi, menyokong

 pelbagai kepentingan dan amalan. Sesetengah laman menarik pelbagai pengguna

kerana dari sudut bahasa yang sama, persamaan bangsa, agama atau identiti bangsa.

Laman web juga berbeza bergantung kepada gabungan maklumat baharu dan alat

komunikasi, seperti sambungan mudah alih, blog, dan gambar / video perkongsian.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Selepas menyertai laman rangkaian sosial, individu diminta untuk mengisi borang

yang mengandungi satu siri soalan. Profil dihasilkan menggunakan jawapan kepadasoalan-soalan tertentu, yang biasanya mengenai perihal seperti umur, lokasi,

kepentingan, dan seksyen " About Me". Kebanyakan laman web juga menggalakkan

 pengguna untuk memuat naik foto profil. Sesetengah laman membenarkan pengguna

untuk meningkatkan profil mereka dengan menambah kandungan multimedia atau

mengubahsuai paparan dan tata reka profil.

Ketelusan profil berbeza-beza mengikut lokasi dan mengikut kepada budi bicara

 pengguna. Secara asasnya, profil dikenal pasti oleh enjin carian, menjadikan mereka

kelihatan kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira sama ada atau tidak pengguna

mempunyai akaun. Sesetengah laman membenarkan pengguna untuk memilih sama

ada mereka mahu profil mereka menjadi umum atau " Kawan sahaja." Lamanrangkaian sosial seperti  Facebook   mengambil pendekatan yang berbeza, pengguna

Bebo, http://bebo.com/ 

Classmates, http://classmates.com/ 

Eons, http://www.eons.com/ 

FaceBook, http://www.facebook.com/ 

Friendster, http://www.friendster.com/index.php 

Jdate, http://jdate.com/ 

LinkedIn, http://www.linkedin.com/ 

Match.com, http://www.match.com/ 

MySpace, http://myspace.com/ 

Oukut, https://www.orkut.com/ OurStory, http://ourstory.com/ 

Riya, http://riya.com/ 

Tabblo, http://www.tabblo.com/studio/ 

Tagged, http://www.tagged.com/ 

Page 19: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 19/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

19

yang sebahagian daripada "rangkaian" yang sama boleh melihat profil masing-

masing, kecuali pemilik profil telah memutuskan untuk menafikan kebenaran kepada

mereka dalam rangkaian mereka.

Selepas menyertai tapak rangkaian sosial, pengguna diminta untuk mengenal pasti

orang lain dalam sistem dengan siapa mereka mempunyai kaitan. Label untuk

hubungan ini berbeza bergantung pada terma popular tapak termasuk "Kawan,"

"Kenalan," dan "Peminat." Kebanyakan laman rangkaian sosial memerlukan

 pengesahan dwi-arah untuk Persahabatan, tetapi sesetengahnya tidak. Ini dilabel

sebagai hubungan satu arah atau kadang-kadang dilabel sebagai "Peminat" atau

"Pengikut,".

TWITTER

Laman rangkaian sosial yang paling terkini adalah

twitter yang merupakan sistem yang boleh menghantar

140 aksara melalui laman web, telefon menggunakan

Sistem Pesanan Ringkas (SMS), atau e-mel. Twitter

 berperanan semata-mata hanya untuk kemaskini status,

 pos mesej atau 'tweet', tentang apa yang mereka

lakukan, fikir, makan, alami, atau mahu (Bennet, 2009).

Penghantar boleh menyekat penghantaran kepada rangkaian kawan-kawan atau

membenarkan akses terbuka. Pengguna menghantar dan menerima tweet atau SMS

melalui laman web Twitter secara percuma. Twitter telah mendapat populariti diseluruh dunia dan kadang-kadang digambarkan sebagai SMS Internet.

Menggunakan Twitter bermaksud anda bersiaran ke seluruh dunia secara langsung,

apa sahaja yang anda katakan, selagi ia di bawah 140 aksara satu-satu tweet. Sebagai

contoh, "Saya dalam perjalanan saya ke hospital untuk melihat bayi yang baru lahir

 Nina". Perpustakaan menggunakan Twitter untuk menyambung dan berbual dengan

 pelanggan. Daerah dan bandar menghubungkan penduduk mereka, mengumumkan

acara, perkongsian maklumat. Jabatan polis membuat orang ramai sedar ancaman,

mengingatkan ibu bapa amalan terbaik dalam keselamatan, dan menyampaikan

maklumat trafik. Pasukan sukan menyambung dengan peminat, berkongsi skor, berita

dan lain-lain. 

BLOG

Blog adalah seperti diari peribadi. Satu ruang

kerja pelbagai karya seperti politik, hobi, berita,

hiburan dan seumpamanya. Blog anda adalah apa

sahaja yang mengikut citarasa dan idea penulisnya.

Blog terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz, dan

tidak ada peraturan sebenar.

Page 20: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 20/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

20

Dalam bahasa yang mudah, blog adalah sebuah laman web, di mana anda berkarya

secara berterusan. Karya terkini dipaparkan di atas, agar pengunjung anda boleh

membaca apa yang baharu. Kemudian mereka mengulas mengenai atau link ke emailanda. Sejak Blogger dilancarkan pada tahun 1999, blog telah membentuk semula web,

 beri impak pada politik, mengubah jurnal kewartawanan, dan memungkinkan jutaan

orang untuk mempunyai suara dan berhubung dengan orang lain. Sebuah blog (juga

dikenali sebagai weblog atau log web) adalah sebuah laman web yang terdiri

 penyertaan (juga dipanggil post) yang terdapat dalam susunan. Blog biasanya

mengandungi ciri-ciri seperti komen dan link untuk meningkatkan interaktiviti

 pengguna. Blogs dicipta menggunakan perisian penerbitan khusus.

FACEBOOK

Facebook adalah perkhidmatan rangkaian sosial dan laman

web yang dilancarkan pada Februari 2004, yang dikendali dan

dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Pada Julai

2011, Facebook mempunyai lebih daripada 750 juta pengguna

aktif. Pengguna boleh mewujudkan profil peribadi, menambah

 pengguna lain sebagai kawan, dan bertukar-tukar mesej,

termasuk pemberitahuan automatik apabila mereka

mengemaskini profil mereka. Pengguna Facebook mesti mendaftar sebelum

menggunakan laman web ini. Selain itu, pengguna boleh menyertai kumpulan

 berkepentingan serupa, misalan yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah atau kolej,

atau ciri-ciri lain. Facebook membolehkan mana-mana pengguna yang berumur 13tahun untuk menjadi pengguna berdaftar laman web. 

WIKI 

Wiki adalah satu perisian pelayan yang

membolehkan pengguna bebas mencipta dan

menyunting kandungan halaman Web menggunakan

mana-mana pelayar web. Wiki menyokong hyperlink

dan mempunyai sintaks teks yang mudah untuk

mewujudkan muka surat yang baru dan hubungan

silang antara muka surat. Wiki adalah luar biasa di mana ia membolehkan penggunamenyunting kandungan web.

Seperti kebanyakkan konsep mudah, "suntingan terbuka" mempunyai beberapa kesan

yang mendalam dan sifat seni mengenai penggunaan Wiki. Ia membenarkan

 pengguna setiap hari untuk mencipta dan menyunting mana-mana halaman dalam

laman web, ini menarik kerana ia menggalakkan penggunaan Web dengan bebas dan

menggalakkan menyunting kandungan wiki. Ia juga membolehkan pelawat dengan

mudah menambah, membuang dan selainnya mengedit dan menukar beberapa

kandungan yang tersedia, kadang-kadang tanpa keperluan untuk mendaftar.

Wiki menggalakkan interaksi kumpulan sosial dan kerjasama serta sokongankomunikasi tak sehala pada satu masa, dan di mana jua mereka berada. Ramai pelajar

Page 21: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 21/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

21

mendapati bahawa pembelajaran mereka adalah yang paling berkesan apabila mereka

terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka.

Gabungan beberapa laman web terdiri daripada karya kolektif banyak penulis. Iaserupa dengan blog dalam struktur dan logik, wiki membolehkan sesiapa sahaja untuk

mengedit, memadam atau mengubah suai kandungan yang telah diletakkan di atas

laman web menggunakan antara muka pelayar, termasuk kerja-kerja penulis

sebelumnya. Sebaliknya, blog, biasanya dikarang oleh individu, tidak membenarkan

 pelawat untuk menukar karya asal, hanya menambah komen kepada kandungan asal.

5.6 ALATAN AUDIO

ALATAN RAKAMAN

Audacity ® adalah percuma, perisian sumber terbuka untuk

rakaman dan menyunting bunyi. Ia boleh didapati untuk Mac

OS X, Microsoft Windows, GNU / Linux, dan sistem operasi

lain. Keluaran terbaru Audacity 1.3.13 (Beta). Audacity

1.2.6 adalah pembebasan utama, maju dan didokumentasikan

sepenuhnya. Anda boleh memasang Audacity 1.2.6 dan

1.3.13 pada mesin yang sama. 

PODCAST

Podcast adalah fail audio digital (biasanya MP3 atau AAC)disediakan untuk dimuat turun. Cara terbaik untuk memahami

Podcasting adalah dengan membayangkan penggabungan

antara blog (pos dalam bentuk artikel, berita, wawasan,

hiburan, sastera, dan banyak lagi) dan radio (medium

 penyiaran untuk mendengar berita dan hiburan).

Podcasting menjadikan ia mudah untuk mencipta dan menyebarkan kandungan audio

digital di seluruh web. Satu aggregator untuk podcast (seperti iTunes atau iPodder)

adalah repositori podcast untuk pengguna memuat turun. Podcasting memboleh

 pendengar menggunakan komputer disambungkan kepada Internet dan memainkanfail audio MP3. Podcasting pada asasnya satu pengaturcaraan radio yang boleh

dihasilkan dengan komputer, mikrofon, perisian, dan laman web untuk menyiarkan

 pengaturcaraan anda.

Podcast diterbitkan sebagai sebaran RSS. Pendengar dimaklumkan mengenai

 program-program baru oleh agregator mereka, yang kemudian memuat turun program

dan ke pemain audio MP3 pendengar, seperti iPod. Podcasting menawarkan pelbagai

kandungan kepada pendengar bila-bila masa dan di mana sahaja.

Page 22: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 22/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

22

RINGKASAN

  Pelayan web : Mempunyai dua makna utama: ia merujuk kepada perisian yang

menghantar laman web untuk pelayar dan juga merujuk kepada mesin fizikal

di mana perisian yang berjalan

  Sistem pengurusan pembelajaran atau  Learning Management System  (LMS)adalah satu pakej perisian yang dimasukkan ke dalam pelayan web untuk

membolehkan anda untuk membuat dan menyampaikan kandungan,

memantau penyertaan pelajar, dan menilai prestasi pelajar "bila-bila masa, di

mana sahaja".

  Forum perbincangan membolehkan pelajar dan tutor untuk mengambil bahagian dalam perbualan dengan berkongsi dan membalas mesej teks antara

satu sama lain, walaupun mereka tidak boleh didapati pada masa yang sama.

  Alat pengarangan kursus adalah perisian khas untuk mewujudkan kursus e-

 pembelajaran.

  Editor media adalah alat yang mencipta dan menghalusi gambar, bunyi,

animasi, video dan media lain yang ada dalam laman web.

  Converters adalah alat pengubah yang mengubah satu format fail yang lain.

  Laman rangkaian sosial adalah berasaskan web perkhidmatan yangmembenarkan individu untuk membolehkan profil mereka didapati di web

(terhad sahaja yang mereka menjemput) dan kepada yang mereka ingin

 berhubung.

  Twitter adalah sebuah laman rangkaian sosial yang boleh menghantar 140aksara dalam satu-satu mesej.

 

Podcast adalah fail audio digital (biasanya MP3 atau AAC) yang dibuat

tersedia untuk dimuat turun

5.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah laman rangkaian sosial? 

 b) Mulakan facebook atau twitter anda sendiri.c) Apakah pendapat anda tentang penggunaan laman rangkaian

dalam e-pembelajaran?

Page 23: Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

8/10/2019 Bab5.Rekabentuk Teknologi. 1

http://slidepdf.com/reader/full/bab5rekabentuk-teknologi-1 23/23

 

Bab 5:Reka bentuk Teknologi

23

  Sebuah blog (juga dikenali sebagai weblog atau log web) adalah sebuah laman

web yang terdiri daripada penyertaan yang terdapat dalam susunan kronologi

terbalik dengan karya entri yang terkini dipaparkan dahulu.

RUJUKAN

Boyd, D. & Ellison, N. (2007). Social network sites: Definition, history, and

scholarship. Journal of Computer-Mediated Communication, 13(1), article 11.

Boyd, D. (2004). Friendster and publicly articulated social networks. Proceedings of

 ACM Conference on Human Factors in Computing Systems (pp. 1279-1282). New

York: ACM Press.

Boyd, D. (2006a). Friends, Friendsters, and MySpace Top 8: Writing community into

 being on social network sites. First Monday, 11 (12). Retrieved July 21, 2007 from

http://www.firstmonday.org/issues/issue11_12/boyd/ 

Boyd, D. (2006b, March 21). Friendster lost steam. Is MySpace just a fad? Apophenia

 Blog . Retrieved July 21, 2007 from

http://www.danah.org/papers/FriendsterMySpaceEssay.html 

Horton, R. & Horton, K. (2002). E-Learning tools and technologies. Boston: Wiley.

 Nor Aziah Alias & Ahmad Marzuki Zainuddin, (2005). Innovation for Better

Teaching and Learning: Adopting the Learning Management System.  Malaysian

Online Journal of Instructional Technology Vol. 2, No.2, pp 27-40